Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-61-06/2023 PENDAKWA RAYA LAWAN SHAHROAZAHA BIN AHMAD (NO KP: 830921-10-5097)
BA-45A-61-06/2023
High Court of Malaysia27 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“bt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebut”
“anun Tatacara Jenayah dan juga seksyen 91 Akta Keterangan, sama ada ia terpakai dalam konteks kes ini. Mahkamah Persekutuan di dalam Ah Mee v PP [1967] 1 MLJ 220 telah memutuskan: “Section 91 of the Evidence Ordinance applies equally to criminal trials, no less than civil proceedings, and it categorically states ... Th”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.””
“57. Selain itu, berasaskan keterangan jelas dan melimpah ruah di dalam kes ini, tidak ada kelakuan OKT semasa ditangkap atau “overt act” apabila ditangkap di NPE. Rujuk Low Thiam Teck v PP [2014] MLJU 1005. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22”
“buktikan oleh pihak pendakwaan. Pihak pendakwaan juga gagal membuktikan akses eksklusif OKT kepada kereta tersebut. Rujuk Ooi Choo Hock v PP [2014] 2 MLJ 200; Pendakwa Raya v Mohd Riedzuan bin Hamzah [2020] CLJU 743. Elemen pengetahuan”
“ini diingatkan akan keputusan Mahkamah atasan terkini mengenai pemakaian seksyen 27 yang mana terdapat syarat-syarat ketat yang mesti dipatuhi oleh pihak pendakwaan. Rujuk Sagar Sharma & 1 lagi v PP [2025] CLJU 1142. Prasyarat yang perlu dipenuhi oleh pihak Pendakwaan untuk mengemukakan keterangan di bawah Seksyen 27 A”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-61-06/2023 PENDAKWA RAYA LAWAN SHAHROAZAHA BIN AHMAD (NO KP: 830921-10-5097)
1
Shahroazaha bin Ahmad (No. KP: 830921-10-5097), Orang Kena Tuduh (OKT) di Mahkamah ini menghadapi pertuduhan berikut: Pertuduhan: 17/12/2025 11:19:30 Kand. 124 Bahawa kamu pada 3.6.2022 jam lebih kurang 6.00 pagi bertempat di tepi jalan sebelah Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato Harun, KM 12, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, dalam Daerah Petaling, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 152,461.4 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama. Hukuman: Hukuman Mati atau penjara seumur hidup hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas tahun.
2
OKT mohon dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan oleh Jurubahasa Mahkamah ini.
3
Di akhir kes pendakwaan, setelah menimbangkan secara maksima keterangan saksi pendakwaan dan bukti dokumentar yang dikemukakan, Mahkamah ini membuat dapatan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT. Mahkamah ini memutuskan OKT dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri.
4
Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 7 orang saksi bagi membuktikan kes terhadap OKT iaitu seperti berikut: SP1 Mohd Zahari Ab Ghani (Pengusaha Kereta Sewa) SP2 Nor Haslina Binti Hamidi (Pemilik Kereta Vellfire NDD 1114) SP3 ASP Sherman Jackson A/L Jon Bosco (Pegawai Serbuan) SP4 Dr. Saravana Kumar A/L Jayaram (Ahli Kimia) SP5 Sjn Shahrom Bin Md Saad (Jurustor) SP6 ASP Faizal Bin Jamaludin (Pegawai Tangkapan) SP7 Insp Muhammad Syahir Bin Ajmain (Pegawai Penyiasat)
5
Pada 2.6.2022 jam lebih kurang 9.00 malam, satu taklimat berkenaan maklumat pengedaran dadah telah diberikan oleh (SP6) iaitu ASP Mohd Faizal Bin Jamaludin di Bilik Taklimat Pasukan Tindakan Khas, JSJN, Bukit Aman melibatkan 2 lelaki Melayu di sekitar Taman Medan, Petaling Jaya melibatkan kenderaan Ford Ranger no. pendaftaran DAN 166.
6
Pada 3.6.2022 jam lebih kurang 12.40 tengah malam, semasa SP6 bersama sepasukan polis dari Pasukan Tindakan Khas, JSJN, Bukit Aman berada kawasan Taman Medan, SP6 telah melihat kereta Ford Ranger no. pendaftaran DAN 166 menuju ke lebuhraya New Pantai Expressway (NPE). Seterusnya, SP6 dan pasukan telah mengejar kereta tersebut sehingga berjaya ditahan di KM 15.6, Lebuhraya NPE. Kedua-dua saspek telah keluar dari kereta dan cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap.
7
Setelah tangkapan dibuat, SP6 mendapati pemandu kereta Ford Ranger bernama Mohd Azhari Bin Mohd Rashid dan penumpang hadapan adalah OKT.
8
Seterusnya, pada 3.6.2022 jam lebih kurang 5.30 pagi, bertempat di Pejabat Narkotik IPD Petaling Jaya, ASP Sherman Jackson Jon Bosco (SP3) telah menjalan soal siasat terhadap
9
Pada jam lebih kurang 6.00 pagi, SP3 dan pasukan polis serta OKT telah tiba di tepi jalan sebelah SMK Taman Dato Harun, KM 12, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya dan melihat sebuah kereta Toyota Vellfire no. pendaftaran NDD 1114.
10
Setelah kereta Vellfire tersebut berjaya dibuka, hasil pemeriksaan dalam kereta, SP3 telah menjumpai di bahagian belakang penumpang barisan pertama sebanyak (8) guni putih yang masing-masing mengandungi (25) peket plastik kehijauan bertulis “CHINESE PIN WEI” di mana didalamnya terdapat hablur kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine (Anggaran Berat : 207,225 gram).
11
OKT dan rampasan dibawa balik ke Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. Barang kes dadah telahpun dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia dan hasil ujian dan analisis dadah adalah sepertimana jenis dan berat yang dinyatakan di dalam kertas pertuduhan.
12
SP1 (suami kepada pemilik Vellfire/SP2) mengesahkan bahawa kereta Toyota Vellfire no. pendaftaran NDD 1114 telah disewa oleh OKT untuk tempoh 2 hari iaitu bermula 2.6.2022 jam 11.00 malam sehingga 4.6.2022 jam 11.00 malam.
13
SP1 juga menyatakan bahawa pada 3.6.2022 jam antara 4.30 pagi sehingga 6.00 pagi, SP1 telah dihubungi oleh seorang anggota polis berbangsa Melayu dari Bukit Aman mengarahkan SP1 membawa kunci kereta Vellfire tersebut ke tempat kejadian.
14
Kereta Vellfire telah berjaya dibuka sebelum SP3 sampai di tempat kejadian. SP1 sahkan kunci tersebut [P11] merupakan kunci pendua yang mana kunci asal kereta tersebut telah diserahkan kepada OKT pada 2.6.2023 jam 11.00 malam.
15
Bagi membuktikan OKT melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B ADB 1952 sepertimana di dalam pertuduhan, pihak Pendakwa Raya hendaklah membuktikan intipati berikut: i. Dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya ii. OKT mempunyai kawalan dan jagaan terhadap dadah tersebut. iii. OKT mempunyai pengetahuan terhadap dadah tersebut. iv. OKT mengedar dadah tersebut.
16
Sebaliknya, pihak Pembelaan berhujah bahawa pihak Pendakwaan telah gagal untuk membuktikan suatu kes prima facie berdasarkan kepada kelompangan terhadap naratif kes pendakwan berasakan alasan-alasan berikut: a) Isu Pertama: Pihak Pendakwaan gagal membuktikan kawalan, jagaan & pengetahuan (milikan) OKT; b) Isu Kedua: Anggapan bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan adalah dibangkitkan di atas kegagalan pihak Pendakwaan untuk memanggil saksi- saksi material iaitu Mohd Azhari Bin Mohd Rashid dan “Mat”; c) Isu Ketiga: Percanggahan material di dalam keterangan saksi-saksi Pendakwaan; dan d) Isu Keempat: Wujudnya pecahan di dalam rantaian keterangan dan keraguan mengenai identiti eksibit barang kes dadah.
17
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan satu kes prima facie di bawah s.180 Kanun Tatacara Jenayah sebelum tertuduh dipanggil membela diri bagi menjawab pertuduhan tersebut.
18
Seksyen 180(1) Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan bahawa di akhir kes pendakwaan, Mahkamah hendaklah membuat suatu pertimbangan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT. Seksyen 180(1) Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan: “Procedure after conclusion of case for prosecution.
180
(1) When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
2
If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
3
If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
4
For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.”
19
Di dalam kes Mohamad Radhi Bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ Rep 311, Mahkamah Agong telah memutuskan: "It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction ( Munusamy v. PP). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt".
20
Menyentuh isu yang sama, Gopal Sri Ram HMR (pada ketika itu) di dalam kes Looi Kow Chai & Anor V. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734 telah menyatakan: "It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal".
21
Dalam kes Balachandran v. Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301 Mahkamah Persekutuan memutuskan: "[21] Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make out a prima facie case while s. 182A(1) enunciates that at the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The standard of proof on the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear terms. The submission made must therefore be ratiocinated against the background of the meaning of the phrase ' prima facie case ' in s. 180. Section 180(2) provides that the court shall record an order of acquittal if a prima facie case has not been made out while s. 180(3) provides that if a prima facie case has been made out the accused shall be called upon to enter his defence. A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase 'prima facie case ' is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary 11th Ed as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. [22]...Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case".
22
Selanjutnya di dalam kes Public Prosecutor v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: "[8] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is 'Yes', then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is 'No' then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.”
23
Prinsip undang-undang adalah mantap berkaitan beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan suatu kes prima facie di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah. Dengan berpandukan kepada prinsip kes di atas, Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi pendakwaan, kredibiliti saksi pendakwaan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan bagi menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua intipati pertuduhan bagi mewujudkan suatu kes prima facie terhadap OKT. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH Elemen pertaman : Identiti dadah
24
Pihak pembelaan mencabar secara serius elemen pertama dalam kes ini. Pihak pembelaan telah bertalu-talu mencabar saksi pendakwaan, terutamanya pegawai serbuan (SP3) berhubung rantaian keterangan barang kes berdasarkan kepada percanggahan dokumen borang geledah (eksibit P17) dan borang serah menyerah (eksibit P22) dengan barang kes di Mahkamah. CABARAN KE ATAS RANTAIAN KETERANGAN BARANG KES – BORANG BONGKAR (P17) DAN BORANG SERAH MENYERAH
25
Isu ini ditimbulkan oleh pihak pembelaan memandangkan terdapat percanggahan antara borang geledah dan borang serah menyerah dengan eksibit dadah yang dikemukakan di Mahkamah.
26
Berdasarkan eksibit fizikal yang dikemukakan di Mahkamah, adalah jelas terdapat percanggahan yang material di dalam penandaan pada eksibit P17 dan P22 dan eksibit fizikal barang kes dadah yang dikemukakan di Mahkamah.
27
Saksi pendakwaan (SP3) apabila menyedari kesilapan yang dilakukan ke atas Borang Geledah telah cuba memberikan penjelasan mengenai kesilapan pada Borang Bongkar melalui keterangan lisan di Mahkamah.
28
Persoalan kepada Mahkamah sepertimana dibangkitkan oleh pihak pembelaan adalah sama ada Borang Geledah tersebut boleh dipinda di Mahkamah ni melalui keterangan lisan.
29
Sebelum Mahkamah membuat dapatan mengenai isu ini, Mahkamah telah meneliti semula Nota Keterangan berkaitan isu dibangkitkan pihak pembelaan dan mendapati kesilapan-kesilapan dilakukan oleh SP3 adalah kritikal dan bukan kecil. Dalam erti kata lain, kesilapan dilakukan SP3 adalah bukan kesilapan mekanikal.
30
Percanggahan material melibatkan jumlah peket dalam guni bertanda “D”. Terdapat percanggahan material di dalam Borang Bongkar P17 seperti dinyatakan SP3 yang telah merampas 11 peket yang ditandakan D1d sehingga D11d.
31
Jika dibandingkan pula dengan Borang Serah Menyerah, terdapat 25 peket yang bertanda D1d sehingga D25d. Justeru itu, persoalan kritikal kepada Mahkamah ialah apa yang sebenarnya telah berlaku kepada peket-peket barang kes dadah yang tidak dimasukkan di dalam Borang Bongkar?
32
Melalui keterangan SP3 di Mahkamah, beliau mengakui kesilapan-kesilapan material tersebut. Dalam masa yang sama SP3 juga mengakui terdapat helaian Borang Geledah tersebut hilang/ “missing” yang mana menurut keterangan yang diberikan SP3 beliau menyatakan “should be B1a-B25a.”
33
Yang lebih parah lagi bagi kes pendakwaan ialah SP3 mengakui Borang Serah Menyerah (eksibit P22) juga tidak tepat. Dalam hal demikian, cabaran pihak pembelaan mengenai eksibit P17 dan eksibit P22 adalah bermerit dan telah menjejaskan kes pendakwaan.
34
Persoalan-persolan sebegini telahpun dijawab oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Kesavan Krishnan v PP & Satu Lagi Rayuan [2015] 6 CLJ 163 yang mana Mahkamah Persekutuan telah mengenepikan sabitan dan hukuman ke atas Perayu kerana terdapat keraguan yang munasabah dalam keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan kesan percanggahan yang wujud bukan merupakan percanggahan kecil tetapi adalah satu percanggahan material.
35
Mengambil pendekatan yang sama sepertimana keputusan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah ini berpandangan bahawa percanggahan material di dalam kes ini telah menjejaskan kes pendakwaan atas keterangan-keterangan saksi pendakwaan yang disandarkan oleh pihak pendakwaan.
36
Kembali kepada persoalan undang-undang juga dibangkitkan mengenai pemakaian seksyen 64 Kanun Tatacara Jenayah dan juga seksyen 91 Akta Keterangan, sama ada ia terpakai dalam konteks kes ini. Mahkamah Persekutuan di dalam Ah Mee v PP [1967] 1 MLJ 220 telah memutuskan: “Section 91 of the Evidence Ordinance applies equally to criminal trials, no less than civil proceedings, and it categorically states ... The report was information relating to the commission of an offence which shall be reduced to writing pursuant to section 107 of the Criminal Procedure Code and section 92 of the Evidence Ordinance goes on to exclude all parole evidence seeking to contradict or vary what was set out in writing. Hence it should have remained uncontradicted, on the prosecution evidence, ....”
37
Oleh itu, Mahkamah membuat dapatan bahawa SP3 yang menyediakan Borang Bongkar adalah terikat dengan Borang Bongkar yang telah disediakan. Dalam hal ini, terdapat kelompangan yang besar ke atas kes pendakwaan.
38
Mahkamah membuat dapatan bahawa perbezaan ini telah menimbulkan keraguan dan persoalan material mengenai identiti eksibit yang dihantar ke Jabatan Kimia dan yang dikemukakan di Mahkamah. ELEMEN KEDUA: INITIPATI MILIKAN - KAWALAN, JAGAAN
a
Kereta Toyota Velfire (eksibit P10) barang kes dadah dijumpai
39
Untuk membuktikan intipati “milikan”, pihak pendakwaan mestilah membuktikan elemen kawalan, jagaan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut.
40
Pihak pendakwaan menghujahkan elemen-elemen tersebut telah dibuktikan melalui keterangan saksi pendakwaan (SP1) iaitu suami kepada pemilik (SP2) kereta Toyota Velfire (eksibit P10) yang menyerahkan kereta tersebut kepada OKT.
41
Pihak pendakwaan menghujahkan memandangkan P10 berada dalam kawalan OKT, dadah-dadah tersebut telah dimasukkan oleh OKT di dalam kereta Velfire. Namun, tiada cap jari atau DNA OKT pada eksibit dadah untuk mengaitkan OKT dengan dadah yang dijumpai.
42
Fakta yang tidak dinafikan oleh mana-mana pihak iaitu kereta Velfire tidak dimiliki oleh OKT. Menurut keterangan SP7, pegawai penyiasat mengesahkan OKT telah menyewa kereta tersebut atas permintaan penama Mohd Azhari bin Mohd Rashid (Azhari). Dalam erti kata lain, urusan penyewaan kereta tersebut telah dibuat oleh Azhari.
43
Menurut SP3 kunci kereta Velfire telah diserahkan oleh Azhari kepada seorang yang bernama Mat. Kedua-dua penama yang dikaitkan dalam kes ini, iaitu Azhari dan Mat tidak dipanggil untuk memberi keterangan yang Mahkamah berpandangan adalah mustahak bagi kes pendakwaan.
44
SP7 telah memberi keterangan yang secara jelas menyatakan di Mahkamah bahawa kunci kereta Velfire tidak dirampas daripada OKT. Sebaliknya kereta Velfire telah berjaya dibuka apabila SP1 memberikan kunci pendua berkenaan apabila dihubungi oleh seorang anggota polis berbangsa Melayu pada pukul 4.00 pagi pada hari kejadian.
b
Keterangan SP1, SP3 dan SP7
45
Mahkamah juga mendapati terdapat percanggahan keterangan SP1, SP3 dan SP7 mengenai persoalan siapakah yang sebenarnya menghubungi SP1. Menurut keterangan SP1 beliau telah dihubungi oleh seorang anggota polis berbangsa Melayu dan mengarahkan SP1 untuk ke tempat kejadian sekitar 4.30 pagi dan SP1 telah tiba di lokasi pada jam 5.30 pagi. Sebaliknya, SP3 pula memberikan keterangan bahawa beliau yang telah menghubungi SP1.
46
SP3 memberi keterangan bahawa soal siasat dilakukan ke atas OKT lebih kurang 5.30 pagi. SP3 menyatakan bahawa selepas soal siasat tersebut beliau telah menghubungi SP1. Oleh itu, adalah terang lagi bersuluh bahawa terdapat percanggahan keterangan antara SP1 (seorang awam yang tidak mempunyai kepentingan atas kes ini) dan SP3 (polis). Keraguan ini telah menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
47
Sehubungan itu, pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan mengenai keterangan SP7 bahawa OKT yang telah memandu arah pihak polis ke tempat kejadian.
48
Selain itu, terdapat juga percanggahan material dalam keterangan saksi-saksi Pendakwaan berhubung siapa Pegawai Polis pertama yang sampai di tempat kejadian dan siapa yang telah membuka kereta tersebut.
49
SP1 telah mengesahkan bahawa Pegawai Polis yang berada di Lokasi tersebut apabila SP1 tiba adalah seorang Pegawai Polis Melayu dan Pegawai itu yang pertama membuka kereta tersebut selepas SP1 menyerahkan alat kawalan jauh kereta. SP1 secara nyata mengesahkan bahawa SP3 hanya tiba kemudiannya. SP3 pula mendakwa bahawa beliau Pegawai Polis pertama yang tiba di Lokasi tersebut.
50
SP7 juga mengesahkan bahawa berdasarkan siasatan beliau, tidak ada saksi yang melihat OKT telah memakir kereta Velfire di tempat kejadian.
51
SP7 juga semasa disoal balas oleh pihak pembelaan bersetuju bahawa semasa OKT dalam kawalan polis di Balai Polis selepas tangkapan di NPE, kereta Velfire tidak berada dalam kawalan
52
Berdasarkan di atas, Mahkamah berpandangan bahawa OKT tidak mempunyai kawalan dan jagaan ke atas kereta Velfire. Malahan tidak ada sebarang barang peribadi OKT yang dijumpai di dalam kereta Velfire tersebut yang boleh mengaitkan OKT dengan barang kes dadah yang dijumpai.
53
Mahkamah juga mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen “milikan” apabila tidak ada bukti atau keterangan yang konklusif yang menunjukkan OKT berada di dalam kereta Velfire semasa tangkapan mahupun berada berdekatan dengan kereta Velfire.
54
Sebaliknya keterangan adalah jelas bahawa OKT ditangkap di dalam kereta Ford Ranger dengan nombor pendaftaran DAN 166 di Lebuhraya NPE pada jam lebih kurang 12.50 pagi. Dadah pula dijumpai di dalam kereta Velfire yang diletakkan di hadapan Sekolah Taman Dato’ Harun pada pukul 6.00 pagi. Lokasi tangkapan dan tempat kejadian adalah sekitar 5 hingga 10 kilometer.
55
Persoalan kepada Mahkamah ialah siapakah yang meletakkan kereta Velfire di tempat kejadian dan siapa yang meletakkan dadah-dadah tersebut ke dalam Vellfire tidak dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Pihak pendakwaan juga gagal membuktikan akses eksklusif OKT kepada kereta tersebut. Rujuk Ooi Choo Hock v PP [2014] 2 MLJ 200; Pendakwa Raya v Mohd Riedzuan bin Hamzah [2020] CLJU 743. Elemen pengetahuan
56
Tidak ada sebarang keterangan saksi pendakwaan yang jelas menunjukkan OKT mempunyai pengetahuan mengenai barang kes dadah yang dijumpai di dalam Vellfire. Mahkamah ini merujuk kepada keputusan kes PP v Basri Salihin [1993] 1 CLJ 420 yang mana Mahkamah memutuskan- “In order for possession through having custody and control to incriminate a person, it must be such that the possessor must know the nature of things possessed.”
57
Selain itu, berasaskan keterangan jelas dan melimpah ruah di dalam kes ini, tidak ada kelakuan OKT semasa ditangkap atau “overt act” apabila ditangkap di NPE. Rujuk Low Thiam Teck v PP [2014] MLJU 1005.
58
Tambahan pula, saksi-saksi pendakwaan memberi keterangan dadah-dadah dijumpai di dalam 8 guni yang tidak dapat dilihat dari luar. ID 18 DAN ID 25 –SEKSYEN 27 AKTA KETERANGAN
59
Mahkamah ini diingatkan akan keputusan Mahkamah atasan terkini mengenai pemakaian seksyen 27 yang mana terdapat syarat-syarat ketat yang mesti dipatuhi oleh pihak pendakwaan. Rujuk Sagar Sharma & 1 lagi v PP [2025] CLJU 1142. Prasyarat yang perlu dipenuhi oleh pihak Pendakwaan untuk mengemukakan keterangan di bawah Seksyen 27 Akta Keterangan 1950 adalah seperti berikut:
i
the information is supplied by the appellant;
II
(ii) the appellant is in police custody;
III
(iii) the information supplied by the appellant has caused the discovery;
IV
(iv) the fact of thing discovered as a result of the information must be concealed; and
v
the police have no prior knowledge of the fact or things concealed.
60
Pihak Pendakwaan melalui SP3 telah berusaha mengemukakan keterangan di bawah Seksyen 27 Akta Keterangan dengan mendakwa bahawa wujud soal siasat pada jam 5.30 pagi dan Tertuduh telah memberikan maklumat yang membawa penemuan barang kes dadah di dalam kereta Velfire. SP3 menyatakan bahawa pasukanya dipandu arah oleh OKT ke lokasi kereta tersebut pada jam 6.00 pagi.
61
Akan tetapi, Mahkamah memutuskan maklumat tersebut tidak dapat diterima masuk sebagai keterangan (inadmissible) di bawah seksyen 27 Akta Keterangan kerana nyata terbukti bahawa pihak polis telah pun mengetahui tentang kewujudan dadah dan lokasi kereta tersebut tanpa sebarang maklumat daripada OKT. Masakan polis mengarahkan SP1 untuk membawa kunci di tempat kejadian pada pukul 4.30 pagi apabila seorang anggota polis berbangsa Melayu menelefon SP1.
62
SP3 mendakwa bahawa soal siasat bermula pada jam 5.30 dan maklumat diberikan pada jam 6.00. Keterangan ini bercanggah dengan keterangan SP1 yang mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi oleh pihak polis pada jam 4.30 pagi dan beliau telah diberikan lokasi kereta dan diminta hadir ke lokasi tersebut dengan membawa kunci kereta. SP1 tiba di lokasi sekitar 5.15 pagi, dan pada waktu itu pihak polis telah pun berada di tempat kejadian menunggu ketibaan ASP Sherman bersama OKT.
63
Dalam hal ini, percanggahan keterangan SP3 telah menyebabkan kredibiliti dan kebolehpercayaan keterangan beliau di Mahkamah adalah tercabar dan diragui. Mahkamah membuat dapatan bahawa terdapat percanggahan yang kritikal dalam kes ini.
64
Oleh yang demikian, Mahkamah membuat dapatan laporan polis ID 18 yang dikatakan sebagai maklumat di bawah seksyen 27 tidak memenuhi prasyarat seksyen 27.
65
Memandangkan pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pemilikan, jagaan, kawalan dan pengetahuan, maka pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan peruntukan anggapan statutori di bawah seksyen 37(da) ADB 1952 terpakai. SEKSYEN 114(g) AKTA KETERANGAN
66
Pihak pembelaan menghujahkan seksyen 114(g) Akta Keterangan terpakai terhadap pihak pendakwaan atas kegagalan pihak pendakwaan memanggil Azhari dan Mat.
67
Walaupun pihak pendakwaan tidak memanggil Azhari dan Mat, Mahkamah berpandangan tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa pihak pendakwaan telah menyembunyikan fakta atau keterangan. Ini adalah strategi yang diambil oleh pihak pendakwaan dan Mahkamah berpandangan pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan SP1, SP3 dan SP7 sebagai sandaran kes pendakwaan. Rujuk juga kepada seksyen 134 Akta Keterangan.
68
Mahkamah setelah membuat penilaian maksima atas keterangan saksi pendakwaan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan memutuskan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap OKT. Mahkamah memutuskan untuk melepas dan membebaskan OKT daripada pertuduhan tanpa OKT dipanggil untuk membela diri. Dated: 17 Disember 2025. Sgd (Y.A. DR HAZLINA BINTI HUSSAIN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN Timbalan Pendakwa Raya bagi pihak Pendakwa Raya: Tuan Mohd Izham bin Ali Peguam Bela bagi pihak OKT:
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.