Content
1 DI DALAM MAHKAMAH SESYEN (2) DI TELUK INTAN DALAM NEGERI PERAK NO. KES: AC-62JS-2-02/2021 & AC-62JS-3-02/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN SHAHRUL KAMAR BIN MOHAMED SHAHARUDDIN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
AC-62JS-3-02/2021
Sessions Court of Malaysia1 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“35. Selain itu, keraguan yang munasabah OKT perlu menepati standard undang-undang sebagaimana diputuskan di dalam kes PP v. Saimin & Ors [1979] CLJU 115; [1971] 1 LNS 115; [1971] 2MLJ 16 oleh YA Sharma H; “It has been said that the ‘reasonable doubt’ is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the co”
“47. Sebagaimana yang diputuskan di dalam kes PPv. Jafa Bin Daud [1981] CLJU 28; [1981] 1LNS 28; [1981] 1 MLJ 315; “A sentence according to law means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accord”
“h terang lagi bersuluh bahawa sebarang hubungan seksual di antara mangsa dan OKT adalah salah dari segi agama, undang-undang dan norma masyarakat. Mahkamah ini merujuk kes Suharman Mohamad Noor v. PP [2020] CLJU 2026; [2020] 1 LNS 2062 [2020] MLJU 2258 yang membincangkan lebih lanjut mengenai elemen ini. Dapatlah dirum”
“ng hubungan seksual di antara mangsa dan OKT adalah salah dari segi agama, undang-undang dan norma masyarakat. Mahkamah ini merujuk kes Suharman Mohamad Noor v. PP [2020] CLJU 2026; [2020] 1 LNS 2062 [2020] MLJU 2258 yang membincangkan lebih lanjut mengenai elemen ini. Dapatlah dirumuskan bahawa pihak pendakwaan dapat”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH SESYEN (2) DI TELUK INTAN DALAM NEGERI PERAK NO. KES: AC-62JS-2-02/2021 & AC-62JS-3-02/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN SHAHRUL KAMAR BIN MOHAMED SHAHARUDDIN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
1
Shahrul Kamar (OKT) telah dituduh melakukan jenayah sumbang mahram dan mencabul kehormatan anak kandungnya yang berumur di awal 20-an. Mangsa juga seorang OKU pendengaran dan mempunyai moderate intellectual disability.
2
Bagi kelima-lima pertuduhan ke atas OKT, perbicaraan dijalankan secara joint trial di mana pihak pendakwaan telah memanggil lapan belas (18) orang saksi untuk memberi keterangan.
3
Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah Sesyen (2) Teluk Intan (mahkamah ini) telah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes pada tahap prima facie. OKT dipanggil membela dirinya.
4
Di akhir kes pembelaan, mahkamah telah memutuskan bahawa OKT telah gagal membela dirinya pada tahap keraguan yang munasabah bagi kelima-lima pertuduhan. Oleh yang demikian, mahkamah ini S/N oyvHnEpXNUqkNf9ihq0X0A telah mendapati OKT bersalah dan mensabitkan OKT untuk kelima-lima pertuduhan tersebut.
5
Hukuman terhadap OKT adalah seperti berikut; Kes AC-62JS-2-02/2021 Pertuduhan 1 Sek: 376B Kanun Keseksaan Hukuman: 30 tahun penjara dari tarikh sabitan (1 Ogos 2025) dan 2 kali sebatan rotan Pertuduhan 2 Sek: 376B Kanun Keseksaan Hukuman: 30 tahun penjara dari tarikh sabitan (1 Ogos 2025) dan 2 kali sebatan rotan Pertuduhan 3 Sek: 376B Kanun Keseksaan Hukuman: 30 tahun penjara dari tarikh sabitan (1 Ogos 2025) dan 2 kali sebatan rotan Kes AC-62JS-3-02/2021 Pertuduhan 1 Sek: 376B Kanun Keseksaan Hukuman: 30 tahun penjara dari tarikh sabitan (1 Ogos 2025) dan 2 kali sebatan rotan S/N oyvHnEpXNUqkNf9ihq0X0A Pertuduhan 2 Sek: 354 Kanun Keseksaan Hukuman: 5 tahun penjara dari tarikh sabitan (1 Ogos 2025) dan 1 kali sebatan rotan
6
Memandangkan hukuman pemenjaraan berjalan serentak dari tarikh sabitan (1 Ogos 2025), pemenjaraan yang perlu dilalui OKT adalah selama 30 tahun sahaja manakala jumlah sebatan adalah sebanyak 9 sebatan. Pada 1 Ogos 2025, OKT memohon untuk penangguhan hukuman (stay of execution) bagi memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Ipoh. Mahkamah ini membenarkan permohonan OKT.
7
Berikut adalah justifikasi mahkamah ini di dalam mensabitkan OKT bagi kesemua pertuduhan ke atasnya. Pertuduhan 8. Berikut adalah rumusan lima (5) pertuduhan yang dirangka pendakwaan terhadap OKT. Kes Pertuduhan AC-62JS-2- 02/2021 Pertuduhan 1 Tarikh:10 Mac 2021 Masa: Lebih kurang 1 PM S/N oyvHnEpXNUqkNf9ihq0X0A Tempat: Q2-106, Kuarters Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesen, Muallim, Perak. Kesalahan: Sumbang mahram di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan Pertuduhan 2 Tarikh:11 Mac 2021 Masa: Lebih kurang 1.43 PM Tempat: Q2-106, Kuarters Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesen, Muallim, Perak. Kesalahan: Sumbang mahram di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan Pertuduhan 3 Tarikh:3 Ogos 2021 Masa: Lebih kurang 8.15 AM Tempat: Q2-106, Kuarters Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesen, Muallim, Perak. Kesalahan: Sumbang mahram di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan S/N oyvHnEpXNUqkNf9ihq0X0A AC-62JS-3- 02/2021 Pertuduhan 1 Tarikh:3 Ogos 2021 Masa: Lebih kurang 8.40 AM Tempat: Q2-106, Kuarters Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesen, Muallim, Perak. Kesalahan: Sumbang mahram di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan Pertuduhan 2 Tarikh:3 Ogos 2021 Masa: Lebih kurang 8.40 AM Tempat: Q2-106, Kuarters Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesen, Muallim, Perak. Kesalahan: Mencabul kehormatan mangsa dengan cara mengambil tangan mangsa dan meletakkan di atas kemaluan OKT. Kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Naratif Kes Pendakwaan 9. Pihak pendakwaan telah memanggil 18 orang saksi seperti berikut; S/N oyvHnEpXNUqkNf9ihq0X0A Saksi Nama Peranan SP1 Inspektor Yadalhi Bin Taim Pegawai Tangkapan SP2 Koperal Mohd Zaharudin Bin Mohd Zain Penjaga Stor IPD Mualim SP3 Inspektor Nor Salica Binti Mohd Saad Perakam keterangan mangsa di CIC SP4 Fauziah Binti Aarif Ibu mangsa/ isteri OKT SP5 Insp Raja Nabila Binti Raja Abdul Samad SP6 Shahrul Hafiz Bin Abdullah Abang mangsa/ anak OKT SP7 Sarjan Sahliza Binti Raja Zakaria Pembantu Juruanalisis Makmal Forensik Bukit Aman SP8 ASP Latifah Juruanalisis Unit Siasatan Audio Video Makmal Forensik Cheras SP9 Farah Diana Binti Shahrul Kamar Adik mangsa/ anak OKT SP10 Insp Nurul Husna Bt. Mohd Noor Perakam video temubual mangsa di CIC SP11 Farah Najwa Bt. Shahrul Kamar Mangsa/ Anak OKT SP12 Wan Zalina Binti Wan Faizal Ahli kimia S/N oyvHnEpXNUqkNf9ihq0X0A SP13 Dr. Nasiha Binti Omar Pegawai perubatan di Bahagian O&G Hospital Slim River SP14 Dr. Kalaivani A/P Gengiah Pegawai Perubatan di Bahagian O&G Hospital Slim River SP15 Dr Saramah Binti Mohd Isa Pakar Psikiatri Forensik di Klinik Pakar Psikiatri Ulu Kinta SP16 Dr Thevadarshani a/p Perpakaran Pegawai Perubatan di Bahagian Kecemasan Hospital Slim River SP17 Dr Wong Li Yuan Pegawai Perubatan di OSCC Hospital Slim River SP18 Inspektor Intan Syafika Binti Shata Pegawai Penyiasat SD1 Shahrul Kamar Bin Mohamed Shaharuddin Tertuduh SD2 Muhammad Syahrizaz Bin Mohamed Shahruddin Adik tertuduh
10
Secara ringkasnya, terdapat 3 tarikh untuk kejadian-kejadian jenayah yang dilakukan OKT iaitu pada 10 Mac 2021, 11 Mac 2021 dan 3 Ogos 2021.
11
Bagi kesemua kejadian, ia dilakukan di dalam bilik tidur di unit Q2- 106, Kuarters Politeknik Sultan Azlan Shah. Menurut keterangan salah seorang anak OKT iaitu SP9, setiap kali kejadian, bilik tidur akan dikunci dari dalam oleh OKT. S/N oyvHnEpXNUqkNf9ihq0X0A
12
Menurut SP9 lagi, beliau berasa curiga kerana pada tarikh-tarikh kejadian, OKT berada bersama kakaknya (mangsa) di dalam bilik tidur. Malahan, bilik dikunci dari dalam. Menurut SP9 lagi, beliau hairan kerana OKT menjelaskan kepada beliau bahawa kakaknya (mangsa) dipanggil masuk ke bilik untuk melipat baju-baju mereka tetapi apabila mangsa keluar dari bilik, baju-baju masih tidak berlipat.
13
Menurut SP4, pada tarikh-tarikh kejadian, beliau tiada di rumah. Namun rasa curiga anak-anak mereka iaitu SP6 dan SP9 menyebabkan SP4 melaporkan kejadian jenayah di balai polis yang berhampiran.
14
Selain itu, sebagai ibu SP4 juga ada bertanyakan mangsa sendiri dengan menggunakan gambar kerana mangsa adalah seorang OKU yang tidak mampu bertutur dan berfikir seperti orang normal.
15
Setelah yakin mangsa dirogol dan dicabul OKT, SP4 telah pergi ke balai polis yang berhampiran untuk membuat laporan polis berkenaan OKT. Walaubagaimanapun, pihak polis di balai tersebut menasihatkan SP4 meletakkan cctv di dalam bilik tidur utama bagi mencari bukti.
16
Tidak lama kemudian, SP4 menyuruh anak lelakinya iaitu SP6 membeli CCTV. Usai membeli CCTV, SP6 memasang cctv tersebut dan kemudiannya meletakkan di dalam bakul pakaian kotor di bilik tidur utama.
17
Rakaman CCTV yang dimainkan di mahkamah ini ada menunjukkan OKT mengambil tangan mangsa dan meletakkan tangan mangsa ke S/N oyvHnEpXNUqkNf9ihq0X0A atas kemaluan OKT. OKT juga ada melakukan hubungan seks dengan mangsa dan dirakam oleh CCTV tersebut.
18
Dari segi keterangan sokongan untuk jenayah sumbang mahram, laporan perubatan menunjukkan ada koyakan lama pada jam 3 dan 6 di selaput dara mangsa.
19
Walaubagaimanapun, pihak pembelaan menafikan rakaman CCTV yang dikemukakan di mahkamah sebagai eksibit kerana tarikh rakaman di CCTV dan tarikh kejadian di pertuduhan berbeza.
20
Pihak pembelaan juga mencabar CD rakaman CCTV yang dikemukakan kepada mereka yang tiada tandatangan ASP8 iaitu juruanalisis Unit Siasatan Audio Video Makmal Forensik Cheras.
21
Seterusnya, pihak pembelaan mencabar warna seluar yang dipakai OKT ketika kejadian kerana warna seluar yang dipakainya di dalam rakaman CCTV berbeza daripada warna seluar yang dikemukakan di mahkamah sebagai eksibit.
22
Pihak pembelaan menghujahkan semua kejadian dirancang (set-up) oleh SP4 yang ingin bercerai dari OKT. Oleh sebab itu, pada kejadian 3 Ogos 2020, SP4 telah memasukkan bahan terlarang ke dalam minuman OKT. Akibat bahan terlarang tersebut, OKT bertindak melakukan sumbang mahram dan mencabul mangsa sebagaimana di dalam rakaman cctv. S/N oyvHnEpXNUqkNf9ihq0X0A
23
Dapatan Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan adalah pada tahap prima facie case sebagaimana yang diputuskan di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734.
24
Adakah pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes mereka pada tahap prima facie di dalam kes ini? Bagi kesalahan sumbang mahram (incest), Mahkamah ini merujuk Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang menyatakan seperti berikut: “A person is said to commit incest if he or she has sexual intercourse with another person whose relationship to him or her is such that he or she is not permitted, under the law, religion, custom or usage applicable to him or her, to marry that other person.”
25
Berdasarkan Seksyen 376A Kanun Keseksaan, terdapat elemen-elemen kesalahan sumbang mahram yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan iaitu; a) OKT telah melakukan hubungan seksual dengan mangsa; b) hubungan seksual OKT dan mangsa berlaku sama ada dengan persetujuan mangsa ataupun tidak; c) hubungan antara OKT dan mangsa adalah hubungan yang dilarang oleh undang-undang, agama, adat dan norma masyarakat.
26
Berikut adalah analisa Mahkamah ini bagi setiap elemen kesalahan sumbang mahram: a) Elemen OKT telah melakukan hubungan seksual dengan mangsa. S/N oyvHnEpXNUqkNf9ihq0X0A Pihak pendakwaan telah mengemukakan rakaman CCTV di mana rakaman menunjukkan OKT ada mencabul dan merogol mangsa. Rakaman tersebut telah dipertontonkan di dalam mahkamah Adalah jelas wajah OKT dan wajah mangsa di dalam rakaman tersebut. Raman tersebut telah dicamkan dan diakui benar oleh saksi-saksi pendakwaan iaitu SP4 (isteri OKT), SP6 (anak lelaki OKT yang telah memasang CCTV), SP9 (anak perempuan OKT), SP8 (juruanalisis Unit Siasatan Audia Video PDRM), SP11 (mangsa) dan SP18 (Pegawai Penyiasat) Rakaman rogol dan cabul tersebut juga telah diakui benar dan diakui tiada kesan kacauganggu (tempered) oleh SP8 iaitu juruanalisis Unit Siasatan Audio Video dari Makmal Forensik PDRM Cheras. Dari segi koyakan selaput dara mangsa (hymen tear), pihak pendakwaan telah memanggil dua orang doktor dari Bahagian O&G Hospital Slim River iaitu SP13 dan SP14. Kedua-dua mereka mengakui ada memeriksa vagina mangsa (SP11) dan mendapati terdapat koyakan lama selaput dara (hymen tear) pada nombor 3 dan 6. Keterangan mereka disokong oleh laporan perubatan (P44). Mahkamah ini seterusnya merujuk lanjut Seksyen 375 Kanun Keseksaan (bahagian explanation) yang telah menjelaskan bahawa ‘penetration is sufficient to constitute the sexual intercourse necessary to the offence of rape.’ Oleh itu, koyakan S/N oyvHnEpXNUqkNf9ihq0X0A lama pada selaput dara mangsa adalah mencukupi bagi pihak pendakwaan mengaitkan mangsa dirogol OKT. Walaupun pihak pendakwaan menafikan rakaman CCTV adalah benar dan koyakan selaput dara mangsa (hymen tear) bukan disebabkan oleh rogol tetapi mungkin disebabkan mangsa pernah jatuh, mahkamah ini mendapati penafian OKT tidak dapat menandingi kekuatan pembuktian yang dibawa oleh pihak pendakwaan. Oleh itu, bagi elemen pertama sumbang mahram, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan dengan jayanya. b) Elemen perbuatan rogol berlaku tanpa persetujuan mangsa Mangsa di dalam kes ini adalah seorang OKU kurang upaya pendengaran. Manakala laporan psikiatrik mangsa yang disediakan oleh SP15 (Pakar Psikiatri Forensik dari Klinik Pakar Psikiatri Ulu Kinta) telah merumuskan mangsa didiagnos mempunyai moderate intellectual disability. Dalam erti kata lain, mangsa tidak mengalami masalah mental (mangsa tidak gila). Kelemahan mangsa adalah beliau tidak dapat bertutur dengan jelas dan mempunyai kemampuan menggunakan bahasa isyarat yang terhad. Namun, menurut SP15, mangsa dapat memahami soalan ringkas dan dapat memberi jawapan yang releven dengan soalan yang diajukan. S/N oyvHnEpXNUqkNf9ihq0X0A Sama ada kejadian sumbang mahram mendapat persetujuan mangsa ataupun tidak, mahkamah ini mendapati ia bukanlah isu besar kerana kapasiti mental mangsa tersebut. c) Elemen hubungan antara OKT dan mangsa adalah hubungan yang dilarang oleh undang-undang, agama, adat dan norma masyarakat. SP4 mengakui bahawa mangsa adalah anak kandungnya (anak kedua) manakala SP6 dan SP9 telah mengakui bahawa mangsa adalah saudara kandung mereka. Pihak pembelaan juga tidak pernah menafikan hubungan ayah kandung-anak kandung antara OKT dan mangsa. Justeru, bagi elemen ini, adalah terang lagi bersuluh bahawa sebarang hubungan seksual di antara mangsa dan OKT adalah salah dari segi agama, undang-undang dan norma masyarakat. Mahkamah ini merujuk kes Suharman Mohamad Noor v. PP [2020] CLJU 2026; [2020] 1 LNS 2062 [2020] MLJU 2258 yang membincangkan lebih lanjut mengenai elemen ini. Dapatlah dirumuskan bahawa pihak pendakwaan dapat membuktikan elemen ini dengan jayanya.
27
Manakala untuk kesalahan OKT mencabul mangsa, telah terzahir melalui rakaman CCTV yang sama. Jadi pembuktian melalui CCTV S/N oyvHnEpXNUqkNf9ihq0X0A ini sudah mencukupi untuk memenuhi elemen-elemen Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
28
Dari segi keterangan 18 orang saksi pendakwaan, mahkamah ini mendapati keterangan yang diberikan mereka adalah jelas dan mengikut prosedur. Daripada keterangan saksi-saksi pendakwaan, tiada tanda-tanda niat jahat untuk mengenakan OKT. Walaupun terdapat sedikit percanggahan ia tidak memudaratkan kes pendakwaan kerana percanggahan tidak berlaku pada isu-isu material/ utama kes ini.
29
Selain itu, terdapat soalan-soalan yang diajukan oleh pihak pembelaan kepada saksi-saksi pendakwaan untuk menimbulkan keraguan munasabah seperti tujuan SP4 melaporkan kes kepada pihak polis disebabkan ingin menuntut perceraian dan SP4 ada meletakkan dadah ke dalam minuman OKT untuk membuatkan OKT khayal lalu mendorong OKT mencabul dan merogol mangsa.
30
Di peringkat pendakwaan, pihak pembelaan turut mengemukakan perbualan whassap antara SP4 dan OKT (IDD20). Di dalam perbualan whassap tersebut, SP4 menuntut OKT membayar hutan dan beliau menuntut cerai dari OKT. Selain itu terdapat juga dokumen-dokumen bersifat penyata kewangan seperti IDD21,IDD22,IDD23 dan IDD23. Malah pihak pembelaan turut mengemukakan artikel-artikel dari MStar dan Google berkaitan selaput dara (IDD45) dan IDD46(A) dan (B). S/N oyvHnEpXNUqkNf9ihq0X0A
31
Seterusnya, mahkamah ini merujuk lanjut kes Mohd Yusri Mangsor & Anor v. PP [2014] 7 CLJ 897 di muka surat 909 di mana YA Mohd Zawawi Salleh HMR (beliau semasa itu) telah menyatakan sebagaimana berikut: “(g) Further, it is the paramount duty of the court to consider entire evidence of a witness brought on record in the examination - in-chief, cross examination and re-examination. In other words, court must take overall view of the evidence of each witness.”
32
Oleh itu, analisa mahkamah ini secara maximum evaluation di akhir kes pendakwaan mendapati elemen-elemen kes sumbang mahram di bawah Seksyen 376A dan cabul di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Dalam erti kata lain, satu kes prima facie telah berjaya diadakan oleh pihak pendakwaan.
33
Maka, selaras dengan Seksyen 173(h)(i) Kanun Tatatcara Jenayah, mahkamah ini telah memanggil OKT untuk membela dirinya.
34
Kes Pembelaan Adalah menjadi undang-undang yang mantap OKT perlu mengemukakan satu keraguan yang munasabah seawal mungkin di peringkat pendakwaan sahaja sebagaimana yang dinyatakan di dalam kes Megat Halim Megat Omar lwn PP [2009] 1 CLJ 154; S/N oyvHnEpXNUqkNf9ihq0X0A “Although in our criminal jurisprudence, there is no burden on the accused person to prove his innocence but merely for him to raise a reasonable doubt as to his guilt, it is trite that his defence should be put to the prosecution at an early stage during prosecution case. Failure to do so may more the trial court to dismiss a particular line of defence as an afterthought, or a recent invention as happened in this case.”
35
Selain itu, keraguan yang munasabah OKT perlu menepati standard undang-undang sebagaimana diputuskan di dalam kes PP v. Saimin & Ors [1979] CLJU 115; [1971] 1 LNS 115; [1971] 2MLJ 16 oleh YA Sharma H; “It has been said that the ‘reasonable doubt’ is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your consciences, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself I doubt if he is guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgment and finds a resting place there. Or as sometime said, it must be a doubt so solemn and substantial as to produce in the minds of jurors some uncertainty as to the verdict to be given. A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to the evidence.” S/N oyvHnEpXNUqkNf9ihq0X0A
36
Mahkamah ini mendapati pembelaan OKT di dalam kes ini telah dimasukkan seawal kes pendakwaan lagi. Jadi pembelaan OKT bukanlah satu afterthought.
37
Di dalam pembelaannya OKT menegaskan kejadian rogol dan cabul terhadap mangsa tidak pernah berlaku. OKT menafikan rakaman CCTV yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah bukti yang benar.
38
OKT juga menegaskan bahawa SP4 memang berniat jahat mengada-adakan cerita OKT merogol mangsa kerana mahu bercerai dengan OKT. Bagi isu ini, mahkamah mendapati ia tidak dapat dikaitkan dengan rakaman CCTV yang terang-terang menunjukkan OKT merogol dan mencabul mangsa. Selain itu isu SP4 bernat jahat terhadap OKT tidak kuat untuk menafikan kesan koyakan lama pada selaput dara mangsa.
39
Malah, mahkamah mendapati OKT pula yang mempunyai niat jahat mengenakan SP4 kerana merogol anak kandung mereka. Seorang suami yang diharapkan untuk menjaga maruah anak perempuan telah merogol anak perempuannya itu sendiri lalu ‘play victim’ dengan alasan SP4 yang berniat jahat mereka-reka cerita rogol dan cabul. Inilah yang dikatakan ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.
40
Seterusnya pihak pembelaan membangkitkan isu CD rakaman CCTV yang diberikan kepada pihak pembelaan telah dikacau ganggu S/N oyvHnEpXNUqkNf9ihq0X0A dan tidak tulen kerana tiada penandaan lengkap . Bagi isu ini, mahkamah hanya berpandukan kepada rakaman CCTV yang dikemukakan dan dimainkan semasa peringkat pendakwaan di mana saksi-saksi berkaitan telah dipanggil untuk mengesahkan rakaman tersebut adalah benar. Jadi, rakaman CCTV daripada CD yang dimainkan di mahkamah ini boleh dijadikan bukti kukuh pihak pendakwaan.
41
Pihak pembelaan telah juga mengemukakan laporan perubatan OKT (P55) yang mengesahkan beliau adalah penghidap bipolar. Namun, mahkamah ini berpendapat penyakit yang dihadapi OKT tidak dapat mewujudkan satu keraguan munasabah yang dapat melepaskan OKT daripada 5 pertuduhan yang telah dirangka oleh pendakwaan.
42
Keterangan SD2 iaitu adik lelaki OKT tidak dapat memberi sebarang nilai beladiri kerana ia tidak berkaitan dengan tarikh-tarikh kejadian. SD2 Cuma dapat memberi keterangan berkaitan keadaan OKT yang tidak terurus setelah OKT pulang ke kampung. SD2 juga mengesahkan OKT ditangkap oleh pihak polis bagi tujuan penyiasatan kes ini.
43
Di akhir kes pembelaan, mahkamah ini telah menilai keterangan OKT, SD2 dan seterusnya hujahan bertulis kedua belah pihak serta nas undang-undang yang berkaitan. Mahkamah ini berpendapat pihak pembelaan telah gagal mengadakan satu keraguan yang munasabah sebagaimana yang diperlukan oleh standard undang-undang negara ini. S/N oyvHnEpXNUqkNf9ihq0X0A
44
Oleh yang demikian, mahkamah ini telah mendapati OKT bersalah dan mensabitkan OKT bagi kelima-lima pertuduhan.
45
Hukuman Bagi kelima-lima pertuduhan, OKT hanya perlu menjalani 30 tahun pemenjaraan bersama 9 sebatan rotan (OKT telah membuat permohonan penangguhan hukuman dan telah dibenarkan oleh mahkamah ini).
46
Hukuman adalah berjalan serentak walaupun tarikh-tarikh kejadian adalah berbeza. Mahkamah ini berpendapat adalah wajar hukuman dijalankan serentak bagi mengelakkan ‘crushing effect’. Mahkamah ini mengambil kira OKT tidak mempunyai rekod lampau, seorang penghidap bipolar disorder dan telah berumur 47 tahun pada masa hukuman dijatuhkan terhadapnya.
47
Sebagaimana yang diputuskan di dalam kes PPv. Jafa Bin Daud [1981] CLJU 28; [1981] 1LNS 28; [1981] 1 MLJ 315; “A sentence according to law means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principle.” Bertarikh:8 Januari 2026 S/N oyvHnEpXNUqkNf9ihq0X0A
48
Justeru, setelah mengambil kira prinsip undang-undang, mahkamah ini berpendapat hukuman terhadap OKT adalah adil dan setimpal. Pihak pendakwaan: TPR Nur Azimah Bt Ismail, TPR Cheah Shuh Yuan dan TPR Azalea Sharmeen Zaizan. Pihak pembelaan: Encik Kanthan dari Yayasan Bantuan Guaman Disediakan oleh: Intan Nurul Farena Bt Zainal Abidin Hakim Mahkamah Sesyen S/N oyvHnEpXNUqkNf9ihq0X0A
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.