'Closed fracture midshaft left 4th metacarpal bone (MCB) i) Berdasarkan laporan pakar ortopidik Plaintif daripada Mahkota Medical Centre bertarikh 26.2.2021, pakar Plaintif telah menyatakan bahawa Plaintif telah mengalami kecacatan-kecacatan seperti berikut:- a) 'Fixed flexion deformity (FFD) over left ring finger'; dan b) 'Restricted ROM of the left ring finger'; c) 'Reduced grip strength of the left hand'. ii) Kecacatan-kecacatan ini juga telah disahkan oleh pakar Defendan sendiri yang menyatakan seperti berikut:- a) 'Reduced ROM of the left ring finger'; dan b) 'Grip strength of the left hand is reduced'. Berdasarkan kes ABDUL AZIZ B NIJAM DIN V MURUGAIYA A/L RAMAN [2007] 1 PIR [67] di mana jumlah sebanyak RM8,000.00 telah diawadkan bagi kecederaan 'closed fracture of the right first metacarpal'. Mahkamah bersetuju untuk awardkan RM10,000 bagi kecederaan ini setelah mengambilkira kadar inflasi dari tahun 2007 hingga 2026. b) 'Near total amputation distal phalanx ring finger'; i) ' Berikutan kecederaan 'closed fracture midshaft left 4th metacarpal bone (MCB)' yang dinyatakan di atas, Plaintif telah menghidap gangren pada bahagian jari beliau di mana jari tersebut telah dipotong. ii) Potongan jari Plaintif adalah disebabkan secara langsung oleh kemalangan tersebut di mana tidak terdapatnya 'break in chain of causation' antara kemalangan tersebut dan kecederaan ini. Keduadua pakar Plaintif dan Defendan juga telah mengesahkan bahawa pemotongan jari Plaintif ini telah menyebabkan pelbagai kecacatan kepada Plaintif iaitu seperti berikut:- a) 'Reduced left hand grip'; b) 'Fixed flexion deformity (FFD) $ 2 0^{\circ}-4 0^{\circ} $". iii) Disebabkan kecacatan-kecacatan ini, Plaintif tidak lagi boleh menjalankan aktiviti harian dengan normal seperti berikut:- a) 'Pain in cold weather'; b) 'Occasional pain'; c) 'Weakness'; d) 'Numbness'; e) 'Unable to do heavy lifting'. iv) Berdasarkan kes SYUKUR BIN CHE SALLEH V MOHD TAUPIEF BIN HUSIN & ANOR (AND ANOTHER SUIT) [2015] 2 PIR [13] di mana jumlah sebanyak RM40,000.00 untuk 'total amputation of the distal phalanx of the right index finger'. v) Mahkamah ini bersetuju untuk awardkan jumlah sebanyak RM30,000.00 adalah adil dan munasabahkerana Plaintif mengalami 'near total ampution' dan bukannya 'total amputation' seperti yang dinyatakan dalam kes di atas.. c) 'Closed fracture middle phalanx left little finger'; i) Mahkamah dirujuk kepada kes LOO JIA WEN & ANOR V MOHD TALMIZI BIN ABDULLAH & ANOR [2024] AMEJ 0382 di mana Mahkamah Tinggi telah mengawadkan jumlah sebanyak RM10,000.00 telah diawadkan bagi 'closed fracture distal phalanx of left thumb', ii) Mahkamah bersetuju untuk awardkan RM10,000.00 adalah adil dan musabah bagi kecederaan ini. d) 'Base of distal phalanx fracture ring finger'. i) Berdasarkan kes Loo Jia Wen (Supra) bahawa jumlah sebanyak RM10.000.00 adalah adil dan munasabah untuk diawadkan oleh Mahkamah yang ini.. B) GANTIRUGI KHAS a) Kos rawatan masa hadapan [17] Pakar ortopidik Plaintif telah mencadangkan bahawa Plaintif perlu menjalani sesi-sesi fisioterapi seperti berikut:- a) "Physiotherapy for weakness of the left hand at RM80.00 per session at 3 sessions per week for a period of 3-4 months'; dan b) 'Physiotherapy for stiffness at the left ring and little finger at RM80.00 per session at 3 sessions per week for a period of 3-4 months'. [18] Pakar ortopidik Plaintif juga telah mencadangkan bahawa Plaintif perlu menjalani pembedahan masa hadapan untuk mengeluarkan implan pada jari beliau pada kadar RM10,000.00. [19] Kedua-dua cadangan pakar ortopidik Plaintiff untuk rawatan fisioterapi dan pembedahan masa hadapan untuk mengeluarkan implan juga telah dipersetujui oleh pakar ortopidik Defendan. [20] Mahkamah bersetuju untuk awardkan RM10,000.00 suatu jumlah yang adil dan munasabah sebagai kos rawatan masa hadapan. b) Kesakitan dan Penderitaan masa hadapan [21] Kedua-dua pakar ortopidik Plaintif dan Defendan telah mencadangkan bahawa Plaintif perlu menjalani pembedahan masa hadapan untuk mengeluarkan implan pada jari beliau di mana satu awad berasingan patut diawadkan bagi pembedahan ini. [22] Berdasarkan kes TIN FHUI SZE V TEOH TUN CHING & ORS [2011] 1 MLJU 883 di mana Mahkamah telah membenarkan RM35,000.00 bagi Plaintif dalam kes tersebut yang perlu menjalani 4 pembedahan masa hadapan. [23] Mahkamah bersetuju untuk awardkan RM5000.00 sebagi jumlah yang adil dan munasabah. c) Kos prostesis jari masa hadapan bagi Plaintiff [24] Mahkamah mendapati Plaintif telah mengalami kecederaan dan kecacatan yang amat teruk kepada bahagian jari beliau akibat kemalangan ini di mana jari beliau terpaksa dipotong. Plaintif sendiri telah memberi keterangan bahawa tangan kiri beliau telah menjadi lemah di mana genggaman tangan kiri beliau tidak lagi kuat seperti sebelum kemalangan. [ [25] Plaintif juga telah memberi keterangan bahawa akibat pemotongan jari tangan beliau, beliau kerap berasa malu di tempat awam seperti masjid di mana beliau perlu menunjukkan tangan beliau. Kesemua keterangan ini menunjukkan bahawa beliau perlu memakai jari palsu untuk mengembalikan rupa asal tangan beliau sebelum kemalangan. [26] Pakar prostesis Plaintif iaitu Puan Nadzirah binti Razak [SP-2] telah memberi keterangan-keterangan seperti berikut bagi keperluan untuk memakai jari palsu ini:- a) Bagi membolehkan Plaintif untuk menunggang m/sikal, membuat kerja, memegang barang seperti gelas, telefon bimbit dan sebagainya; b) Bagi membolehkan Plaintif membuat kerja-kerja penaipan atau memegang stereng kereta serta memenuhi ruang jari yang telah dipotong; c) Bagi memulangkan rupa asal jari Plaintif agar beliau boleh berasa lebih yakin apabila beliau berada di tempat umum. [27] Pakar prostesis Defendan turut menyokong keterangan di atas di mana beliau telah memberikan keterangan-keterangan berikut:- a) Untuk mengembalikan rupa asal jari Plaintif; b) Boleh membantu melindungi tempat di mana jari Plaintif dipotong dan mengurang kesakitan pada bahagian tersebut; c) Boleh membantu beliau dalam aktiviti harian seperti kerja-kerja penaipan; [28] Berdasarkan kesemua keterangan-keterangan di atas Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif jelas memerlukan prostesis jari untuk pelbagai fungsi di mana satu awad bagi prostesis jari adalah adil dan wajar untuk diberikan oleh Mahkamah ini. [29] Prostesis jari yang dicadangkan oleh pakar prostesis Plaintiff adalah berjenama 'Steeper UK Custome made cosmetic silicone finger prosthesis' di mana ciri-ciri prostesis jari jenama ini adalah seperti berikut:- a) Diperbuat sepenuhnya secara khas ('custom made') dan daripada silikon yang berkualiti tinggi; b) Diperbuat dengan cara 'silicone casting' untuk mengambil bentuk jari yang lebih tepat dan teliti; c) Warna jari palsu diambil menggunakan teknologi 'Spectromatch' bagi mendapatkan warna asal tangan Plaintiff; d) Bahawa prostesis jari ini tidak menggunakan foam' untuk memenuhi ruang jari yang telah dipotong di mana 'foam' ini boleh terkeluar dan/atau tercicir; [30] Bagi prostesis berjenama 'Regal brand' yang dicadangkan oleh pakar prostesis Defendan pula, beliau telah memberi keterangan seperti berikut:- a) Bahawa warna prostesis jari ini perlu dipilih mengikut sampel 36 warna yang sedia ada; b) Bahawa prostesis jari jenama ini mempunyai 'foam filling' untuk memenuhi ruang jari yang telah dipotong; c) Bahawa prostesis jenama ini dibuat melalui 'casting mold' di mana ini kemudiannya akan diubahsuai mengikut jari Plaintif; d) Kebanyakkan prostesis jari yang dibuat melalui 'casting mold' ini adalah lebih kurang sama; [31] Berdasarkan keterangan-keterangan di atas, Mahkamah bersetuju dan mendapati bahawa prostesis jari yang dicadangkan oleh pakar prostesis Plaintif adalah jauh lebih sesuai untuk Plaintif berbanding dengan cadangan pakar prostesis Defendan atas alasan-alasan berikut:- a) Warna yang digunakan untuk prostesis jari pakar Plaintif adalah lebih bertepatan kerana mengambil warna asal tangan Plaintif berbanding warna yang hanya boleh dipilih daripada 36 warna yang tetap bagi cadangan prostesis jari Defendan; b) Prostesis jari yang dicadangkan oleh pakar Plaintif adalah 'fully custom made' yang mana akan kelihatan jauh lebih serupa dengan jari asal Plaintif di mana ini mempunyai fungsi kosmetik yang jauh lebih baik berbanding prostesis jari yang dicadangkan oleh pakar prostesis Defendan; c) Prostesis jari pakar Plaintif tidak menggunakan 'foam' di mana foam' yang dimasukkan secara berasingan boleh terkeluar apabila tidak digunakan dan menyebabkan prostesis jari tersebut tidak lagi boleh digunakan sekiranya foam' tersebut hilang dan/atau tercicir; d) Bahawa kos yang dinyatakan dalam laporan pakar prostesis Defendan bukan semestinya kos akhir kerana kos yang dinyatakan hanya merangkumi percubaan sebanyak 2 kali sahaja (two-trial') di mana sekiranya masih tidak sesuai, kos prostesis jari tersebut akan meningkat. [32] Mahkamah bersetuju untuk mengawardkan jumlah sebanyak RM280.164.00 adalah adil dan munasabah sebagai kos prostesis jari masa hadapan bagi Plaintif. [33] Berikutan kemalangan tersebut, Plaintif juga telah menanggung kerugian dari segi kos perjalanan ulang-alik ke Hospital Kuala Lumpur sepertimana yang dinyatakan dalam laporan perubatan Plaintif daripada Hospital Kuala Lumpur bertarikh 30.1.2023. Walaupun tiada sebarang resit telah dikemukakan, ini adalah kos sampingan yang wajar telah ditanggung oleh Plaintif. Oleh itu Mahkamah awardkan jumlah sebanyak RM300.00 adalah adil dan munasabah. KESIMPULAN [34] Liabiliti ditanggung oleh Defendan pada kadar 100%. [35] Kuantum (atas dasar 100%) yang adil dan munasabah untuk diawadkan oleh Mahkamah yang Mulia ini adalah seperti berikut:- GANTIRUGI AM Kesakitan dan Penderitaan bagi kecederaan-kecederaan dan kecacatan a. 'Closed fracture midshaft left 4th metacarpal RM 10,000.00 bone (MCB)' b. 'Near total amputation distal phalanx ring finger' RM 30,000.00 c. 'Closed fracture middle phalanx left little finger' RM 10,000.00 d. 'Base of distal phalanx fracture ring finger' RM 10,000.00 Gantirugi masa hadapan a. Kos rawatan masa hadapan RM 10,000.00 b. Kesakitan dan penderitaan masa hadapan RM 5,000.00 HJ EFFANDIJNAZILA BIN HJ ABDULLAH Hakim Besyen KL Bertarikh 6 Julai 2026 beserta kos ikut skala dan faedah. Jumlah penghakiman dibayar kepada Tetuan N.M. Tiong & Co a. Kos perjalanan Plaintif RM 500.00 GANTIRUGI KHAS c. Kos protesis jari masa hadapan Plaintiff RM 280,164.00