Samada kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak responden/Defendan merupakan fitnah? Penelitian secara keseluruhan terhadap perkataan-perkataan yang digunakan oleh pihak respondan/Defendan dalam hantaran yang dimuat naik olehnya di profil akaun Facebook milik responden/Defendan jelas menunjukkan bahawa ianya bukanlah satu fitnah terhadap pihak perayu/Plaintif. Mahkamah berpendapat inferens biasa samada secara langsung atau tidak yang diberikan oleh pihak perayu/Plaintif terhadap kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak responden/Defendan adalah tidak jelas dan lebih kepada merupakan tanggapan atau interpretasi pihak perayu/Plaintif sendiri. Selanjutnya, pihak perayu/Plaintif juga gagal untuk mengemukakan sebarang bukti atau saksi bagi menunjukkan bahawa mereka mempunyai inferen yang sama seperti pihak perayu/Plaintif apabila mereka membaca kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak responden/Defendan tersebut. Perayu/Plaintif telah mengemukakan seorang saksi iaitu SP2 yang merupakan adiknya. Namun keterangan SP2 juga pada pendapat Mahkamah tidak dapat membantu tuntutan pihak perayu/Plaintif dalam tindakan ini. Di peringkat ini, Mahkamah berpendapat bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak responden/Defendan perlu dilihat secara keseluruhan bagi pemahaman sebenar terhadap kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak responden Defendan. Mahkamah juga telah merujuk kepada kes-kes berikut iaitu; Ahmad Dusuki bin Abd Rani V Muhamad Rozaimi bin Ramle [2019] MLJU 1260 [IOD TAB: C] di mana Hakim Mahkamah Tinggi dalam dapatannya menyatakan seperti berikut: “[38] The test involved in determining whether or not the words complained of are defamatory is a two-stage process. Firstly, it must be considered what meaning the words would convey to an ordinary person; and secondly, it must be considered whether under the circumstances in which the words were published, a reasonable man would be likely to understand that in a defamatory way.” Sementara itu, dalam kes Dato’ Sri Dr Mohamad Salleh bin Ismail & Anor v Nurul Izzah bt Anwar & Anor [2018] 3 MLJ 726; [2018] 1 LNS 171 pula menyatakan antara lain; “.. the impugned statements must be viewed not in isolation, but rather in the context of the totality of the whole statement of which the impugned statement was but a part thereof… The burden lies with the plaintiff to establish by evidence that there was malice that had actuated the defendant’s defamatory statement.” Selain itu, melalui kes Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd yang dirujuk menyatakan bahawa; “…In determining the issue, the court does not look to the actual effect of the allegations on the person’s reputation, or the meaning of the words actually understood or taken by the listeners. It is not enough that the listeners actually take the words in a defamatory sense, for they must be reasonably justified in so understanding the words before they are found to be defamatory.” Dengan menggunapakai prinsip undang-undang dalam kes-kes ini, Mahkamah berpendapat bahawa kenyataan-kenyataan pihak responden/Defendan bukanlah bersifat fitnah terhadap pihak perayu/Plaintif dalam tindakan ini.