Content
JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A53KJ – 668 – 10 / 2023 ANTARA SHAM DANIEL BIN ABDULLAH … PLAINTIF
JA-A53KJ-668-10/2023
Sessions Court of Malaysia24 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“57. Mahkamah juga ingin merujuk kepada kes Abdul Waffiy bin Wahubbi & Anor v. A K Nazaruddin bin Ahmad [2017] 5 LNS 52; [2017] MLJU 761 tentang rujukan kuantum di dalam Compendium di mana YA S Nantha Balan, H (sekarang HMR) menyatakan: “It is axiomatic and imperative that when awarding damages for pain and suffering fo”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A53KJ – 668 – 10 / 2023 ANTARA SHAM DANIEL BIN ABDULLAH … PLAINTIF
1
1.
2
WMS INDUSTRIAL GAS & EQUIPMENT SDN BHD … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Plaintif membawa tuntutan ini terhadap defendan bagi gantirugi am kecederaan dan gantirugi khas perbelanjaan akibat satu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 10.8.2022.
2
Pada 24.1.2025 selepas perbicaraan penuh Mahkamah mendapati plaintif bertanggungan cuai sepenuhnya terhadap kemalangan tersebut dan menolak tuntutan plaintif dengan kos.
3
Plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan defendan dan telah merayu ke Mahkamah Tinggi terhadap keseluruhan dapatan liabiliti dan kuantum.
4
Alasan-alasan Mahkamah adalah seperti berikut. JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 2
5
Plaintif adalah penunggang motorsikal no. JVM 6715 dan defendan pertama merupakan pemandu motorlori no. JSP 6838 yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 10.8.2022 pada lebih kurang jam 9.00 malam di Jalan Felda Ulu Tebrau.
6
Defendan kedua pula merupakan pemilik berdaftar motorlori JSP 6838 tersebut.
7
Saksi-saksi yang dipanggil di dalam kes ini ialah: i. Sarjan Mohd Zulheilmie bin Mohd Saba, Pengawai Penyiasat (SP1); ii. Siti Naturawani binti Md Tumin, Billing Officer Executive (SP2); iii. Plaintif (SP3) iv. Defendan Pertama (SD1). Versi Plaintif 8. Keterangan plaintif ialah pada hari kejadian, plaintif sedang menunggang motorsikal JVM 6715 dari Kilang Venture Technocom Systems Sdn Bhd menuju ke Ulu Tiram. Setibanya di selekoh Jalan Siantan / Jalan Kekwa Felda Ulu Tebrau, tiba-tiba motorlori JSP 6839 dari arah bertentangan masuk ke laluan plaintif dan melanggar motorsikal plaintif. JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 3
9
Plaintif mendakwa motorlori JSP 6838 melanggar bahagian depan motorsikal plaintif ketika masuk ke laluan plaintif dari arah bertentangan.
10
Motorsikal plaintif mengalami kerosakan di bahagian handle, fork, cover set, lampu depan, mudguard depan, cermin sisi dan lain-lain kerosakan.
11
Plaintif membuat laporan polis pada 11.10.2022 (eksibit P2 m.s 2 Ikatan B).
12
Semasa disoal balas plaintif setuju bahawa beliau sudah dapat melihat motorlori defendan dari jarak agak jauh kerana motorlori defendan merupakan kenderaan yang besar. Plaintif juga bersetuju menunggang di bahagian kiri laluannya adalah lebih selamat.
13
Plaintif juga bersetuju semasa disoal balas bahawa kemalangan berlaku di kawasan selekoh dan plaintif patut menunggang dengan berhati-hati di kawasan selekoh.
14
Kemalangan ini disiasat oleh SP1. Keterangan SP1 ialah: i. SP1 pergi ke tempat kejadian pada keesokan hari jam lebih kurang 2.10 pagi; ii. Semasa sampai ke tempat kejadian, kenderaan-kenderaan terlibat telah dialihkan dan terdapat kesan calar dan/atau seretan di atas jalan raya; iii. Kesan calar/seretan ini dilakar di dalam Rajah Kasar (eksibit P2 m/s 6-7 Ikatan B); JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 4 iv. SP1 mengesahkan kesan calar / seretan berada di tengah-tengah jalan dan masuk ke laluan motorlori defendan tetapi tidak dapat pastikan kesan tersebut bermula dari arah mana; v. Motorlori defendan bergerak dari bawah ke atas Rajah Kasar manakalah motorsikal plaintif ditunggang dari atas ke bawah rajah kasar; vi. Tempat kejadian terdapat lampu jalan tapi pengcahayaan masih samar-samar; vii. Sungguhpun motorlori defendan adalah kenderaan besar dan berat namun laluan yang digunakan oleh defendan cukup lebar untuk memuatkan motorlori defendan; viii. Tiada saksi bebas mahupun rakaman CCTV atau kamera papan pemuka di dalam kes ini. ix. Keputusan kes adalah Refer to Magistrate (RTM) kerana keterangan pihak-pihak adalah bercanggah. Versi defendan 15. Keterangan SD1 ialah pada hari kejadian, SD1 dalam perjalanan dari Kuantan hendak ke Senai. Apabila sampai di simpang Jalan Kekwa / Jalan Siantan dan semasa motorlori bergerak perlahan melalui satu selekoh tiba-tiba motorsikal JVM 6715 dari arah bertentangan masuk ke laluan motorlori SD1 dan melanggar motorlori tersebut.
16
SD1 membuat laporan polis dan laporan pembetulan pada 11.8.2022 (eksibit D4 dan D5 m/s 4 – 5 Ikatan B). JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 5
17
Keterangan SD1 lagi beliau Nampak motorsikal plaintif datang dari arah depan dalam jarak agak jauh tapi tidak menyangka motorsikal tersebut akan memasuki laluannya.
18
SD1 menafikan membawa motorlorinya dalam keadaan laju.
Preamble
Menurut SD1 lagi motorlorinya dilengkapi dengan alat GPS yang boleh merekodkan kelajuan dan lokasi motorlorinya pada sepanjang masa.
19
Semasa pemeriksaan utama SD1 memberitahu motorsikal plaintif sudah terjatuh terlebih dahulu dan terseret sehingga melanggar bahagian hadapan kanan motorlorinya. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH Liabiliti 20. Adalah satu undang-undang matan bahawa plaintif menanggung beban untuk membuktikan kesnya terhadap defendan di dalam tuntutan ini. Di dalam kes ini, persoalannya ialah sama ada terdapat keterangan yang cukup untuk mendapati plaintif telah Berjaya berbuat demikian dan beban pembuktian telah beralih kepada defendan untuk mengakasnya (rujuk s 101 Akta Keterangan 1950; Neo Chan Eng v Koh Yoong [1960] 26 MLJ)
21
Di dalam kes ini seperti keterangan SP1 terdapat dua versi yang bercanggah tentang bagaimana kemalangan tersebut berlaku. Apabila terdapat percanggahan ini maka pendekatan terbaik Mahkamah ialah untuk menimbang keterangan-keterangan yang ada JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 6 dan menentukan versi mana yang lebih berkemungkinan dan bukannya versi mana yang lebih dipercayai. Ini merupakan pendekatan yang telah diutarakan di dalam banyak kes-kes terdahulu seperti kes-kes Noorianti bt Zainol Abidin v Tang Lei Nge @ Tang Lye Cheng (1990) 2 CLJ (Rep) 545 dan Tabarani [1999] 3 CLJ
188
188.
22
Mahkamah juga boleh menggunakan bukti senyap seperti rajah kasar, gambar-gambar dan kerosakan-kerosakan pada kenderaan untuk membantu membuat keputusan (rujuk Che Zah Din v. Nordin Nayan [1987] 1 CLJ 57).
23
Bukti senyap di dalam kes ini yang membantu Mahkamah membuat pertimbangan ialah kesan calar / seretan yang dijumpai oleh SP1 di tempat kejadian semasa siasatan.
24
Kesan calar/seretan tersebut telah dilakarkan di dalam rajah kasar eksibit P6 dan dirakamkan di dalam gambar-gambar P7(5), (15), (19) dan (20).
25
Laluan tempat kemalangan merupakan jalan satu lorong dua hala dengan kelebaran 3.4 meter pada setiap lorong. Plaintif dari arah atas ke bawah rajah kasar manakala defendan dari arah bawah ke atas rajah kasar.
26
Kawasan kemalangan sedikit berselekoh. Dari arah plaintif jalan tersebut berselekoh ke kiri namun selekoh tidak tajam dan tidak JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 7 menghalang sepenuhnya pandangan hadapan seperti di dalam gambar P7(9), (10), (11) dan (12).
27
Terdapat lampu jalan di tempat kejadian dan berdasarkan gambar-gambar yang dirakamkan oleh SP1 Mahkamah berpendapat pengcahayaan adalah mencukupi untuk pengguna jalan raya melihat kenderaan-kenderaan yang berada di atas jalan raya.
28
Kedua-dua pihak di dalam kes ini mendakwa membawa kenderaan masing-masing dengan kelajuan munasabah dan kedua-duanya mendakwa kemalangan berlaku kerana kecuaian pihak lagi satu memasuki laluan mereka.
29
Memandangkan terdapat dua versi kemalangan yang bercanggah, maka rujukan kepada keterangan senyap sebagai pemberat kepada neraca timbangtara adalah disyorkan seperti yang telah diputuskan oleh nas-nas terdahulu.
30
Pada pendapat Mahkamah keterangan senyap yang utama di dalam kes ini ialah kesan calar / seretan yang dijumpai di tengah-tengah jalan tersebut.
31
Kesan calar / seretan itu ditandakan sebagai Kesan Sereta (KS) di dalam rajah kasar boleh dilihat melangkaui kedua-dua belah lorong A-A1 dan A1-A2.
32
32.
Preamble
Menurut plaintif, pelanggaran berlaku kerana motorlori defendan memasuki lorongnya iaitu A1-A2. Sekiranya versi plaintif benar maka kemalangan sudah semestinya berlaku di laluan A1-A2. JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 8 Sememangnya ada kesan calar di lorong A1-A2 namun versi plaintif tersebut tidak menjelaskan kesan calar/sereta di laluan motorlori defendan iaitu di lorong A-A1.
33
SD1 mendakwa kemalangan berlaku di laluan A-A1 iaitu laluan motorlori. Keterangan SD1 ialah motorsikal plaintif terlebih dahulu terjatuh dan terseret sehingga masuk ke laluan motorlori defendan dan berlanggar dengan motorlori defendan.
34
Sekiranya benar versi defendan ini maka ianya menjelaskan kesan calar / seretan yang berada di tengah-tengah kedua-dua laluan A-A1 dan A1-2 tersebut. Ini bermakna kesan seretan/kesan calar bermula dari lorong A1-A2 semasa motorsikal plaintif terjatuh terlebih dahulu dan berhenti di laluan di lorong A-A1 apabila berlanggar dengan motorlori defendan.
35
Kesan calar / seretan tersebut boleh juga bermula di laluan motorlori defendan di A-A1 apabila motorsikal plaintif memasuki laluan motorlori defendan dan terlanggar motorlori dan motorsikal terseret oleh motorlori sehingga ke laluan A1-A2.
36
Dalam kedua-dua keadaan di atas, pertembungan antara motorlori defendan dan motorsikal plaintif berlaku di laluan motorlori defendan A-A1 dan ini bermaksud motorsikal plaintif yang memasuki lorong motorlori defendan secara salah.
37
Arah motorlori defendan ialah dari bawah ke atas. Sekiranya kesan calar / seretan bermula dari laluan plaintif, ianya bertentangan dengan arah pergerakan motorlori defendan sedangkan tiada apa- JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 9 apa keterangan menunjukkan motorsikal terseret ke laluan defendan selepas pelanggaran.
38
Mengambil kira kedudukan kesan calar / seretan tersebut juga mengambil kira arah perjalanan kedua-dua kenderaan versi defendan bahawa motorsikal plaintif terjatuh terlebih dahulu di lorong A1-A2 sebelum terseret dan bertembung dengan motorlori di laluan A-A1 adalah munasabah.
39
Selain itu, versi defendan ini disokong oleh kerosakan yang dialami oleh kenderaan-kenderaan yang terlibat di dalam kemalangan ini.
40
Motorlori defendan mengalami kerosakan di bucu hadapan kanan seperti yang disahkan oleh SP1, plaintif dan SD1 semasa perbicaraan.
41
Manakala kerosakan motorsikal plaintif lebih tertumpu kepada bahagian kanan dan bukannya pada bahagian hadapan. Kerosakan pada bahagian kanan adalah konsisten dengan versi defendan bahawa motorsikal plaintif telah jatuh terseret terlebih dahulu sebelum berlanggar dengan motorlori defendan di laluan defendan.
42
Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan defendan bahawa plaintif memberikan keterangan yang tidak konsisten di dalam kes ini. Keterangan-keterangan plaintif tersebut adalah seperti berikut: i. plaintif mengakui telah dapat melihat motorlori defendan dari jarak agak jauh kerana saiz motorlori yang besar; ii. plaintif mengaku telah gagal menunggang dengan berhati-hati semasa menghampiri selekoh; JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 10 iii. plaintif bersetuju kesan kerosakan pada motorsikal tidak konsisten dengan versi kemalangan yang ditunjukkan oleh plaintif di dalam Mahkamah; iv. plaintif bersetuju beliau sepatutnya menunggang di sebelah kiri laluan A1-A2 memandangkan sudah melihat motorlori defendan dari agak jauh dan sedang menghampiri selekoh.
43
Jelas sekali keterangan-keterangan plaintif tidak menyokong versinya sendiri. Versi plaintif bukan sekadar bertentangan dengan keterangan senyap yang ada malahan juga tidak konsisten dengan keterangan plaintif sendiri.
44
Mahkamah berpendapat plaintif sendiri adalah cuai di dalam mengendalikan motorsikalnya di dalam kes ini sehingga mengakibatkan malapetaka tersebut. Keterangan defendan melalui SD1 adalah selari dengan keterangan senyap yang dikemukakan oleh pegawai penyiasat SP1.
45
Mahkamah juga menolak hujahan plaintif yang SD1 memandu motorlori defendan dengan laju pada masa kejadian.
46
Mahkamah menerima penjelasan SD1 bahawa motorlori dipandu dengan perlahan kerana kelajuan motorlori dipantau oleh syarikat melalui alat GPS yang dipasang pada motorlori. Tambahan pula sekiranya motorlori defendan dipandu laju sudah pasti kesan kerosakan pada motorlori dan motorsikal lebih teruk akibat impak yang kuat. Kesan kerosakan minimal pada kedua-dua kenderaan di JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 11 dalam kes ini selari dengan keterangan SD1 bahawa motorlori di bawa dengan perlahan dan/atau dalam kelajuan yang munasabah.
47
Defendan berhujah bahawa keterangan SD1 tidak boleh dipercayai kerana SD1 telah mengemukakan keterangan tambahan mengenai motorsikal plaintif terjatuh dahulu terseret dan berlanggar bertentangan dengan laporan polis SD1. Selain itu terdapat juga percanggahan keterangan SD1 mengenai jalan raya berselekoh di kawasan kemalangan.
48
Mahkamah menilai keterangan SD1 secara keseluruhannya dan berpendapat sungguhpun terdapat percanggahan, keterangan SD1 adalah konsisten dengan keterangan-keterangan senyap yang dikemukakan dan percanggahan yang ada tidak material.
49
Mahkamah memegang kepada dictum Wan Yahya H (pada ketika itu) di dalam kes Pie bin Chin v Public Prosoecutor [1985] 1 MLJ 234, 235 (HC) yang memutuskan: “Discrepancies are no doubt present in this case, as they do ostensibly appear in most cases in evidence of witnesses for the prosecution as well as the defence. The transcripts of most evidence, when thoroughly tooth-combed by any able lawyer, never failed to yield some form of inconsistencies, discrepancies or contradictions but these do not necessarily render the witness's entire evidence incredible. It is only when a witness's evidence on material and obvious matters in the case is so irreconcilable, ambivalent or negational that his whole evidence is to be disregarded.”
50
Pertimbangan yang perlu dibuat oleh Mahkamah pada peringkat ini bukanlah mengenai versi siapa yang patut dipercayai tetapi versi JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 12 yang mana lebih berkemungkinan dengan keterangan-keterangan yang ada.
51
Mahkamah telah memberikan sebab-sebanya di atas mengapa Mahkamah berpendapat versi defendan adalah lebih berkemungkinan. Kemalangan ini disebabkan oleh kecuaian plaintif sendiri yang gagal menunggang motorsikal dengan baik dan berhati-hati sehingga terjatuh sendiri sebelum terseret memasuki laluan motorlori defendan dan bertembung dengan motorlori defendan. SD1 tidak menyumbang apa-apa kecuaian di dalam kes ini.
52
Atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah memutuskan plaintif telah gagal membuktikan kesnya terhadap defendan. Provisional Kuantum (atas dasar 100%)
53
Mahkamah ingin merujuk kepada beberapa nas undang-undang yang menggariskan pendekatan yang sewajarnya diambil oleh Mahkamah semasa memberikan awad gantirugi.
54
Di dalam kes Inas Faiqah Mohd Helmi (A Child Suing Through His Father And Next Friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 CLJ 885 di mana Abdul Hamid Embong HMP menyatakan: “It is trite that damages serve as compensation, not a reward, less still a punishment (see Ong Ah Long v. Dr S Underwood [1983] 2 CLJ 198; 1983] CLJ (Rep) 300; [1983] 2 MLJ 324). In assessing damages, the court should not be motivated by sympathy and award fair compensation based on cogent evidence. The court should not JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 13 descend into a domain of speculation. The evaluation of those evidence, which form the basis of any risk of future damage, must therefore still be undertaken. And the trial judge can only evaluate such evidence based on the recognised balance of probabilities standard.
55
Plaintif menanggung beban pembuktian bahawa plainitf berhak menuntut sesuatu jumlah gantirugi tersebut dan hendaklah mengemukakan bukti-bukti yang menyokong tuntutannya. Di dalam kes Guan Soon Tin Mining Co v. Wong Fook Huan [1968] 1 LNS 43; [1969] 1 MLJ 99 Ong Hock Thye HMP memutuskan: “The respondent, as plaintiff, of course had to discharge the burden of proving both the fact and the amount of damages before he could recover. Where he succeeded in proving neither fact nor amount of damage he must lose the action or, if a right was infringed, he would recover only nominal damages. Where he succeeded in proving the fact of damage, but not its amount, he would again be entitled to an award of nominal damages only.”
56
Antara perkara yang perlu diambil kira semasa mengira jumlah kuantum yang akan diberikan ialah kadar inflasi serta kejatuhan nilai matawang seperti yang diputuskan di dalam kes Raji Transport Sdn Bhd v. Idayu Zukafli [2004] 5 CLJ 479.
57
Mahkamah juga ingin merujuk kepada kes Abdul Waffiy bin Wahubbi & Anor v. A K Nazaruddin bin Ahmad [2017] 5 LNS 52; [2017] MLJU 761 tentang rujukan kuantum di dalam Compendium di mana YA S Nantha Balan, H (sekarang HMR) menyatakan: “It is axiomatic and imperative that when awarding damages for pain and suffering for personal injuries, the court must endeavour to ensure that the sum awarded falls within the range as stipulated in the Compendium and it JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 14 would be wrong for trial courts to ignore the range of damages as recommended in the Compendium and to pluck a quantum from the air and make an award for a particular injury which does not resonate with the range in the Compendium.”
58
Awad yang diberikan juga perlu seiring dengan tren semasa berdasarkan keputusan kes-kes terdahulu yang digunakan sebagai perbandingan (rujuk Red and Yellow Omnibus [1993] 2 CLJ 480).
59
Awad yang diberikan di dalam kes ini adalah berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan, Revised Compendium 2018, nas ndang-undang serta kadar inflasi matawang terkini. Gantirugi Am 60. Bagi tujuan taksiran gantirugi am kecederaan, kedua-dua pihak memfailkan laporan-laporan perubatan / pakar seperti berikut: i. Laporan perubatan oleh Dr Halimatun binti Ismail dari Hospital Sultan Ismail Johor Bahru; ii. Laporan perubatan bertarikh 30.12.2022 oleh Dr Yap Keat Chian dari Kempas Medical Centre; iii. Laporan “Final Report / Memo” bertarikh 11.8.2022 oleh Dr Muhammad Nurazmi bin Mohd Hisam iv. Laporan perubatan pakar plaintif bertarikh 30.3.2023 oleh Dr Jeyaratnam T Satkunasingam dari Mahkota Orthopaedic Bone & Joint Clinic; v. Laporan perubatan pakar defendan bertarikh 9.1.2024 oleh Datuk Dr Peraba Subramaniam dari Peraba Orthopaedic Clinic. JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 15
61
Kesemua laporan-laporan di atas dipersetujui tertakluk kepada hujahan.
62
Kecederaan-kecederaan yang dialami oleh plaintif berdasarkan laporan-laporan tersebut ialah: i. Burst fracture L1 & compression fracture T12 ii. Right superior and inferior pubic rami fracture iii. Sacrum fracture with spinopelvic disassociation iv. Laceration wound over right heel v. Multiple scars
63
Mahkamah merujuk kepada laporan pakar ortopedik defendan bertarikh 9.1.2024 yang menjelaskan keadaan terkini plaintif (m/s 5 Ikatan C) “The burst fracture of the L1 has mal-united. The compression fracture of T12 has united. The sacrum fracture has united. The fractures of the right inferior and superior pubic rami have mal-united. The laceration wound over the right heel has healed. … The patient has completed his physiotherapy sessions at Kempas Medical Centre. There is no wasting of the quadriceps and calf muscles. The muscles power of the right hand and left lower limbs is a normal grade 5 and movements of the right and left hips, knees, ankles, subtalar joints and toes are normal and full. The limitation of movements of the thoracolumbar spine in extension, right and left rotation may further improve with time and as he goes about doing his JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 16 daily activities. He does not require any more supervised physiotherapy. It is now more than 17 months since the injuries. The patient is not on any analgesics. … This patient can return to work. This patient can return to work. This patient has reached his maximum medical improvement.”
64
Laporan pakar ortopedik defendan dibuat lebih kurang 10 bulan selepas laporan pakar ortopedik plaintif. Oleh kerana terdapat jurang masa yang lama di antara kedua-dua laporan tersebut, maka Mahkamah memberi keutamaan kepada laporan pakar yang terkini yang menggambarkan keadaan plaintif pada masa sekarang.
65
Gantirugi am kecederaan yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut: Burst fracture L1 & compression fracture T12 66. Mahkamah memberikan awad sekaligus kepada kedua-dua kecederaan ini kerana kedua-duanya berada di kawasan yang sama iaitu di kawasan sendi torakolumbal. Pemeriksaan pakar defendan sperti yang dinyatakan di atas mengesahkan plaintif telah sembuh dari kecederaan ini dengan sedikit sahaja keilatan. JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 17
67
Mahkamah merujuk kepada kes Ng Yong Kiat v Lee Pei Fen & 2 Ors [2021] 2 PIR [50] di mana Mahkamah membenarkan RM35,000.00 bagi kecederaan “L1 burst fracture & L3 compression fracture”.
68
Berdasarkan kes di atas dan keadaan plaintif yang sudah pulih dengan tiada keilatan signifikan Mahkamah membenarkan RM40,000.00. Right superior and inferior pubic rami fracture
69
Kecederaan ini dirawat melalui plating dan kecederaan telah pulih walapun kepatahan tidak bercantum sempurna (malunited).
Preamble
Menurut laporan pakar defendan, plaintif sudah boleh mencangkung dan berdiri tanpa bantuan selain pergerakan pada bahagian pinggul, lutut, pergelangan kaki dalam keadaan normal. Oleh yang demikian, plaintif dipercayai sudah pulih dari kecederaannya.
70
Mahkamah merujuk kepada kes Windah Permatasari binti Imran & Anor v Law Chee Soon & Anor [2021] 2 PIR [48] yang membenarkan RM25,000.00 bagi kecederaan ‘fracture of right inferior and superior of pubic rami’ dan kes Abdullah Sani bin Che Mat & Anor v Ahmad Kamal bin Ramli & Anor [2019] 1 PIR [46] yang membenarkan RM20,000.00 bagi kecederaan ‘left superior and inferior pubic rami fracture’. JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 18
71
Berdasarkan nas undang-undang di atas dan keadaan plaintif yang sudah sembuh dan tiada keilatan serius, Mahkamah membenarkan RM25,000.00 bagi kecederaan ini. Sacrum fracture with spinopelvic disassociation 72. Kepatahan ini bercantum dengan baik seperti di dalam laporan pakar ortopedik defendan dan tiada apa-apa keilatan serius dialami plaintif.
73
Mahkamah merujuk kepada kes Muhammad Khairul Nizam Mat Jusoh v Perniagaan Wen Soon & 1 lagi [2015] 1 PILRU 110 dimana awad dibenarkan sebanyak RM12,000.00 bagi ‘fracture of the sacrum’.
74
Mahkamah membenarkan RM13,000.00 bagi plaintif berpandukan kepada kes tersebut. Laceration wound over right heel
75
Kecederaan berukuran 5 cm dan tiada apa-apa ulasan lanjut mengenainya di dalam laporan-laporan pakar. Mahkamah percaya plaintif telah sembuh daripada kecederaan ini.
76
Mahkamah membenarkan awad RM4,000.00 berdasarkan Compendium 2018. Multiple scars 77. Parut-parut yang dialami oleh plaintif akibat kemalangan seperti yang dilaporkan oleh pakar ortopedik defendan ialah: JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 19 i. A 16 cm x 0.5 cm hyper-pigmented, operative scar noted over thoracolumbar spine; ii. A 12 cm x 1 cm hyper pigmented, operative scar noted over the lumbar sacral region; iii. A 6 cm x 0.5 cm hyper pigmented, operative scar noted over the left side of lower back; iv. A 4 cm x 0.5 cm hyper-pigmented, operative scar noted over the right side of lower back; v. A 2 cm x 2 cm hyper-pigmented, operative scar noted over the right of lower flank; vi. A 8 cm x 1 cm hyper-pigmented operative scar noted over the supra pubic region; vii. A 5.5 cm x 1 cm hyper-pigmented L/W scar noted over the medial aspect of right ankle.
78
Bagi parut-parut ini Mahkamah membenarkan RM7,000.00 merujuk kepada Compendium 2018. Kesakitan dan kesengsaraan (pembedahan masa depan)
79
Mahkamah mengambilkira cadangan pakar ortopedik plaintif untuk membuang implant pada L1 vertebra, right superior pubic rami dan inferior pubic rami memandangkan kepatahan telah sembuh. Mahkamah membenarkan RM5,000.00 bagi kesakitan dan kesengsaraan masa hadapan semasa plaintif menjalani rawatan ini. Awad ini tidak dikenakan faedah. JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 20 Gantirugi Khas 80. Adalah satu undang-undang matan bahawa gantirugi khas yang merupakan gantirugi yang boleh dikira hendaklah diplid secara khusus dan juga dikemukakan bukti kerugiannya.
81
Di dalam kes Sam Wun Hoong v Kader Ibramshah [1981] 1 MLJ 295 Mahkamah Persekutuan memutuskan – “In an action for personal injuries, there are two classes for damages which have to be considered — special damage which has to be specially pleaded and general damage which need not be specially pleaded. In both classes of damages, the burden of proof based on the balance of probabilities in the evidence, lies on the plaintiff. Special damage consists of out-of-pocket expenses, such as hospital bills and actual loss of earning during period of total incapacity, and is generally capable of substantially exact calculation.”
82
Mahkamah merujuk kepada kes Lee Tai Kau v Rajendren Manickam [1995] 4 MLJ 163 yang memutuskan: “Special damages must be specifically pleaded and proved and it was not enough for the plaintiff to write down the particulars and throw it to the court to decide.”
83
Gantirugi khas yang dituntut oleh plaintif adalah seperti berikut. Pembedahan masa hadapan (membuang implant)
84
Anggaran kos pembedahan membuang implant pada L1 vertebra, right superior pubic rami dan inferior pubic rami di hospital swasta ialah RM40,000.00 oleh pakar ortopedik plaintif. Mahkamah JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 21 membenarkan 1/3 daripada jumlah tersebut iaitu dibundarkan kepada RM13,000.00.
85
Rawatan yang sama juga boleh diperolehi di hospital kerajaan dengan kos yang minimal sekiranya plaintif tidak ingin meneruskan di hospital swasta. Fisioterapi 86. Mahkamah bersetuju yang plaintif sudah tidak perlukan supervised physiotherapy memandangkan plaintif sudah boleh berjalan dan bergerak seperti normal tanpa apa-apa alat bantuan. Tuntutan ini ditolak oleh Mahkamah. Perbelanjaan pengangkutan ahli keluarga melawat di hospital 87. Plaintif berada di hospital selama 5 hari dan plaintif menyatakan ahli keluarganya datang melawat setiap hari. Mahkamah membenarkan kos RM50/sehari sebagai kos pengangkutan ahli keluarga melawat plaintif di hospital memandangkan tiada apa-apa resit atau dokumen dikemukakan untuk mengesahkan jumlah sebenar yang ditanggug sebagai kos tersebut. Perbelanjaan pengangkutan untuk rawatan susulan di hospital 88. Plaintif juga menjalani rawatan susulan pesakit luar sebanyak 4 kali selepas kemalangan. Mahkamah membenarkan RM50/setiap kali rawatan sebagai kos pengangkutan plaintif ke hospital. Tiada apa- JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 22 apa resit dikemukakan bagi membuktikan kos sebenar yang ditanggung oleh plaintif. Bil rawatan Hospital
89
Keterangan SP2 iaitu wakil Kempas Medical Centre mengesahkan bil rawatan (inpatient) bagi plaintif ialah RM107,086.55 dan rawatan susulan (outpatient) sebanyak RM1,118.60.
90
Mahkamah membenarkan 1/3 daripada RM107,086.55 (kos rawatan inpatient) berjumlah RM36,068.40 mengikut prinsip yang digariskan di dalam kes Chai Chee Yong v Lew Thai [2004] 2 CLJ 321 dan diikuti di dalam kes Lim Hock Boon v Aw Chee Keong [2019] 1 LNS 1531 di mana plaintif menanggung beban membuktikan rawatan di hospital swasta adalah perlu dan tiada rawatan yang sama di hospital kerajaan / awam.
91
Di dalam kes ini plaintif gagal memberikan sebab-sebab mengapa beliau mendapatkan rawatan di Kempas Medical Centre sedangkan pada masa kejadian plaintif sebenarnya telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru. Rekod juga menunjukkan plaintif sendiri telah meminta keluar dari hospital tersebut (discharge at own risk) untuk mendapatkan rawatan di Kempas Medical Centre.
92
Mahkamah menolak daripada mengambilkira bil rawatan susulan / luar kerana bil tersebut dibayar oleh ibu plaintif dan bukannya plaintif sendiri. Ibu plaintif bukannya individu yang dijadikan pihak di dalam kes ini. JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 23 Kerosakan pakaian 93. Tuntutan ini ditolak kerana tiada keterangan menyokong kehilangan yang dialami oleh plaintif. Tongkat / kerusi roda / kemudahan perubatan 94. Tuntutan ini ditolak kerana tiada keterangan menyokong perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh plaintif. Plaintif juga tidak mengambil apa-apa ubatan lagi semasa beliau memberi keterangan di Mahkamah.
95
Berdasarkan dapatan-dapatan Mahkamah berkenaan liability, Mahkamah memutuskan di atas imbangan kebarangkalian, plaintif telah gagal membuktikan kesnya terhadap defendan.
96
Tuntutan plaintif ditolak dengan kos. Kos mengikut skala. Bertarikh pada 25 Mac 2025 ………………………………. LAILAWATI BINTI ALI Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 3 Johor Bharu, JOHOR JA-A53KJ-668-10/2023 Alasan Penghakiman 24 Bagi pihak plaintif: Bagi pihak defendan:
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.