Laporan DNA pada senjata yang ditemui telah mengesahkan penemuan DNA simati adalah positif pada senjata parang yang ditemui. Manakala hasil bedah siasat postmortem terhadap simati mengesahkan punca kematian adalah disebabkan oleh slash wound to the back combined with drugs intoxication. [5] Mahkamah mendapati fakta kes yang dikemukakan, diterangkan dan diakui oleh tertuduh telah membuktikan bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh. Justeru, tiada keperluan untuk pihak pendakwaan membuktikan kesnya lagi. Saya merujuk kepada kes Eng Song Hai v PP [1954] 1 MLJ 38 dimana Bellamy J memutuskan: The appellant had pleaded guilty to the charge as amended, and no question then arose of the prosecution proving their case. It only remained for the President to convict. Although the report and articles found in the possession of the appellant were produced at the trial and marked as exhibits, they were not "given in evidence": they were merely produced to the Court to assist the Court in reaching a proper decision as to sentence. This ground of appeal, therefore, fails. [6] Kesimpulannya, sepanjang prosiding ini, mahkamah mendapati tiada indikasi yang menunjukkan tertuduh tidak faham pertuduhan atau fakta kes yang dibacakan kepadanya. Rekod mahkamah jelas menunjukkan bahawa tertuduh faham pertuduhan pilihan yang dihadapi dan memilih untuk mengaku salah. Tertuduh juga faham sifat akibat dari pengakuan salahnya dan tetap juga memilih untuk mengaku salah. Tertuduh juga telah dibacakan fakta kes yang membuktikan kesalahan yang dilakukannya dan telah mengakui fakta kes tersebut. Rayuan Tertuduh [7] Di dalam hujahan mitigasinya, peguambela tertuduh menyatakan bahawa tertuduh berumur 49 tahun dan telah bercerai. Tertuduh telah ditangkap semenjak tahun 2023 dan telah berada di dalam penjara selama 3 tahun. Tertuduh telah bermuhasabah diri dan insaf dan berjanji akan menjalani kehidupan yang lebih baik. Tertuduh menjaga ibu yang uzur berusia 72 tahun dan seorang adik yang mempunyai penyakit mental. Tertuduh sedang cuba memperbaiki diri sendiri dan memohon agar diberikan hukuman penjara sependek mungkin dan diberikan peluang kedua untuk berbakti kepada ibu yang uzur apabila keluar dari penjara nanti, Hujahan Timbalan Pendakwa Raya [8] Pihak pendakwaan memohon hukuman berat memandangkan senjata yang digunakan adalah parang yang panjangnya 68cm . Simati mati secara tragik apabila dilibas sehingga menyebabkan kepatahan tulang dan terkena buah pinggang simati. Tindakan tertuduh menunjukkan daya atau kekuatan yang digunakan adalah amat kuat sehingga menyebabkan kematian. Pihak pendakwaan memohon mahkamah mendahulukan kepentingan awam berbanding kepentingan tertuduh. Keputusan Mahkamah [9] Mahkamah telah meneliti fakta kes dan segala dokumen yang dikemukakan serta hujahan pihak-pihak dan mahkamah mendapati kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh terhadap simati, tidak dapat dinafikan, adalah kejam. Namun begitu, di dalam kes ini pihak pendakwaan telah menawarkan suatu pertuduhan pilihan bawah s. 304 (a) KK yang membawa hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda. Hukuman di bawah pertuduhan pilihan ini adalah hukuman yang lebih ringan berbanding hukuman utama di bawah s.302 KK. Justeru, mahkamah mempunyai budibicara untuk menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi hukuman maksimum 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda. [10] Faktor utama yang perlu diambil kira oleh mahkamah ini adalah kepentingan awam. Namun begitu, dalam saya memberikan keutamaan kepada faktor kepentingan awam, saya juga dibimbing oleh prinsip undang-undang bahawa, pertimbangan terhadap kepentingan awam tidak semestinya bermaksud memberikan hukuman pemenjaraan yang panjang. Adalah menjadi undang- undang yang mantap, mengutamakan kepentingan awam juga bermaksud pesalah didorong untuk berpaling dari kehidupan jenayah kepada kehidupan yang jujur. Ini bermaksud hukuman yang diberikan juga mempunyai tujuan pemulihan terhadap pesalah. (Rujuk kes New Tuck Shen v. PP [1982] CLJ Rep 606 ;1982] CLJ 38B) [11] Bagi menentukan berapa lama hukuman penjara wajar diberikan, saya merujuk kepada kes Mahkamah Agung Mohd Abdullah Ang Swee Kang v. Public Prosecutor [1987] CLJ Rep 209 [1987] 2 CLJ 405 yang memutuskan bahawa terdapat beberapa faktor yang perlu mahkamah ambil kira sebelum memberikan hukuman pemenjaraan. Antara perkara yang perlu dilakukan adalah dengan melihat kepada fakta sesebuah kes itu sendiri. Mahkamah Agung memutuskan seperti berikut: [2] In assessing the length of custodial sentence, the Court must look at the overall picture in perspective by considering firstly, the gravity of the type of offence committed; secondly, the facts in the commission of the offence; thirdly, the presence or absence of mitigating factors, and fourthly, the sentence that have been imposed in the past for similar offences to determine the trend of sentencing policy, if any. The fact that a sentence of imprisonment is imposed as a deterrence does not justify the sentencer in passing a sentence of greater length than the facts of the offence warrant. The gravity of the type of offence involved must be considered in the light of the particular facts of the offence. [12] Melihat kepada fakta kes ini, tetuduh telah datang kepada simati dan melibasnya dengan parang panjang sehingga mencederakan tulang dan buah pinggang simati. Tindakan tertuduh adalah kejam. Satu nyawa telah hilang akibat tindakannya itu. Tertuduh tidak boleh dibiarkan terlepas dengan hukuman penjara yang ringan. Hukuman penjara yang diberikan hendaklah menggambarkan keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh. [13] Sungguhpun demikian, saya juga mengambil kira bahawa tertuduh adalah pesalah pertama dan tiada rekod kesalahan lampau. Ini juga adakah suatu faktor mitigasi. Di dalam kes ini semasa tertuduh dihukum, dia berusia 49 tahun dan masih mempunyai keluarga, iaitu seorang ibu yang berusia 72 tahun dan adik yang mempunyai penyakit mental. Saya percaya, tertuduh mempunyai potensi untuk kembali ke pangkuan masyarakat dan menjadi warganegara yang berguna bukan sahaja kepada keluarganya tetapi juga kepada masyarakat. [14] Saya juga mengambil kira bahawa tertuduh telah mengaku salah, ia adalah satu faktor mitigasi yang besar kepada hukuman yang bakal dijatuhkan terhadap tertuduh. Saya mengambil kira bahawa tertuduh telah mengaku salah terhadap pertuduhan pilihan sebaik sahaja ia ditawarkan dan dibacakan kepada tertuduh. Masa dan kos mahkamah dan pihak-pihak telah dijimatkan dengan pengakuan salah ini. Justeru tertuduh tidak wajar diberikan hukuman pemenjaraan yang terlalu penjang. (Rujuk kes Bachik Abdul Rahman v Public Prosecutor [2004] 2 MLJ 534 ) [15] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa pengakuan salah tertuduh melayakkannya diberikan hukuman dalam bentuk diskaun. Diskaun yang diberikan bukanlah diskaun terhadap hukuman maksimum kesalahan tersebut, tetapi diskaun terhadap hukuman yang bakal diberikan jika dia didapati bersalah selepas perbicaraan dijalankan. Saya merujuk kepada kes Public Prosecutor v. Ravindra N. Rethinam & Ors. [1992] 3 CLJ Rep 426, Hakim Visu Sinnadurai menyatakan:-