Pengerusi Lembaga Tatatertib, setelah menimbang segala maklumat yang diterima, berpendapat tuan patut dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atas pertuduhan yang berikut: [19] Oleh yang demikian, saya mendapati bahawa Surat Tunjuk Sebab itu adalah memadai dan memenuhi kehendak PPPAKT bagi membolehkan Pemohon mempertahankan diri dengan mengemukakan representasi. Mengenai hujah Pemohon bahawa Responden Pertama perlu menyatakan alasan bagi menyokong dapatan prima facie sebelum mengemukakan Surat Tunjuk Sebab, pada pandangan saya, hujah tersebut adalah tidak berasas kerana perkara itu tidak dikehendaki oleh PPPAKT. Pandangan saya ini berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Agong dalam kes Ghazi Mohd Sawi v. Mohd Haniff Omar, Ketua Polis Negara, Malaysia & Anor [1994] 2 CLJ 333; [1994] 1 MLRA 93; [1994] 2 MLJ 114; [1994] 2 AMR 1257 yang menyatakan – "[33] Similarly, in this case, we have examined the relevant provisions of the General Orders 1980 (Chapter D), and it is beyond dispute that these provisions have been assiduously followed by the respondent, and having regard to all the authorities cited earlier on an oral hearing or inquiry under the circumstances of this case was not justified. In dealing with General Orders 1980 (Chapter D) we remind ourselves that we are dealing with General Orders that have legislative effect and we must guard ourselves against adding words into them which were never intended. In this regard, we found support in the passage of the judgment of Barwick CJ in Twist v. Randwick Municipal Council [1976] 136 CLR 106 at p 110: ... if the legislation has made provision for that opportunity to [to be heard] to be given to the subject before his person or property is so affected, the Court will not be warranted in supplementing the legislation, even if the legislative provision is not as full and complete as the Court might think appropriate. Thus, if the legislature has addressed itself to the question whether an opportunity should be afforded the citizen to be relevantly heard and has either made it clear that no such opportunity is to be given or has, by its legislation, decided what opportunity should be afforded, the Court being bound by the legislation as much is the citizen, has no warrant to vary the legislative scheme. Sama ada pertuduhan cacat dari segi kandungan, kehendak undang-undang, tidak mengandungi butiran penuh, tiada masa yang tepat, tidak menyatakan ketulenan cap keselamatan yang terlibat dan tidak menyatakan apakah faedah yang diperolehi oleh Pemohon [20] Dalam hujahnya, Pemohon menyatakan bahawa pertuduhan yang dikemukakan kepadanya adalah cacat dari segi kandungan, kehendak perundangan, pertuduhan yang salah, berbentuk fikiran terkemudian, tidak jelas, tidak mengandungi butiran penuh, tidak munasabah dan direka dengan niat yang tidak baik demi untuk menyingkirkan Pemohon dari Jabatan Imigresen. [21] Dalam hal ini, saya telah meneliti setiap pertuduhan yang dikemukakan kepada Pemohon dan mendapati pertuduhan tersebut jelas lengkap menerangkan tarikh, masa dan butiran kesalahan yang dikatakan dilakukan oleh Pemohon serta memetik peruntukan dalam PPPAKT yang merujuk kepada kesalahan tersebut. Selain itu, tiada keterangan yang dikemukakan oleh Pemohon dalam surat representasinya bahawa beliau keliru dengan pertuduhan yang dikenakan kepada beliau. [22] Perlu dinyatakan bahawa, adalah menjadi satu undang-undang yang mantap bahawa dalam sesuatu pertuduhan, sama ada tatatertib mahupun jenayah, masa yang terperinci bukanlah suatu kemestian. Sebaliknya tempoh jarak antara masa seperti “antara jam ini hingga jam ini” adalah memadai untuk menjelaskan masa kesalahan itu dikatakan dilakukan. [23] Begitu juga mengenai dakwaan Pemohon bahawa pertuduhan-pertuduhan adalah pertuduhan lama dan telah basi (stale) kerana berlaku pada tahun 2016 sedangkan prosiding tatatertib hanya dimulakan pada tahun 2019. Pada pandangan saya, kesalahan tatatertib tidak mempunyai tempoh tamat. Sebaliknya, PBT boleh mengambil tindakan tatatertib apabila terdapat kesalahan tatatertib dilakukan tanpa menetapkan tarikh masa tertentu. Dalam kes Public Services Commission Malaysia & Anor V. Vickneswary RM Santhivelu CLJ 573 [2008] 6, kesalahan tatatertib berlaku pada tahun 1977 manakala tindakan tatatertib hanya diambil 7 tahun kemudian iaitu pada tahun