Lampiran
Lampiran 7 dipohon menjadi kos dalam kausa. [4] Alasan bagi permohonan untuk meminda ialah – (a) terdapat kesilapan menaip di bawah intitulement section 13 Akta Relief Spesifik 1950 yang sepatutnya ditaip sebagai seksyen 53. (b) pada 7-2-2024, Tetuan Kamarudin & Partners (peguam cara Pemohon) telah menulis surat kepada Tetuan G. Ram, Rosetta & Associates untuk mendapat persetujuan mereka untuk membuat pindaan secara lisan atau di bawah Aturan 20 kaedah 12 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 2012. Namun, surat Tetuan G. Ram, Rosetta & Associates bertarikh 7-2- 2024 menyatakan tidak bersetuju. (c) pindaan yang dicadangkan oleh Pemohon tidak akan menjeaskan mana-mana pihak dalam ap acara jua memandangkan kesilapan kerana menaip seksyen 13 tiada kaitan langsung dengan injunksi mandatori yang dipohon, manakala seksyen yang relevan adalah seksyen 53. (d) kesilapan pengkeranian wujud apabila kerani di Tetuan Kamarudin & Partners (peguam cara Pemohon) menaip angka 5 sebagai 1 semasa menaip Saman Pemula tersebut. [5] Lampiran 7 itu mengandungi Lampiran A iaitu Cadangan Saman Pemula Terpinda di mana angka 1 di “strike through” dan digantikan dengan angka 5. [6] Afidavit sokongan bagi Lampiran 7 ialah suatu afidavit yang diikrarkan oleh Annie Gomez, peguam bela dan peguam cara di Tetuan Kamarudin & Partners (peguam cara Pemohon) yang menyatakan kesilapan pengkeranian berlaku dalam huraian Saman Pemula di mana seksyen 13 seharusnya dinyatakan sebagai seksyen 53. [7] Dalam afidavit sokongan peguam cara Pemohon juga menyatakan mengenai ketidakpersetujuan Tetuan G. Ram, Rosetta & Associates melalui surat balasan bertarikh 7-2-2024 kepada peguam cara Pemohon. [8] Peguam cara Pemohon menyatakan bahawa tiada apa-apa fakta baharu yang diplidkan dalam Cadangan Pindaan kepada Saman Pemula itu dan pindaan ini boleh didengar secara terus (summarily) atas alasan pindaan kepada kesilapan pengkeranian sahaja. Pendengaran Saman Pemula [9] Mahkamah ini telah mengadakan pendengaran Saman Pemula ini melalui prosiding secara aplikasi Zoom seperti yang berikut: Tarikh Pihak Minit 18-12-2023 Peguam Pemohon: Walter Pereira [Kamarudin & Partners] Enclosure 1: Kes ditetapkan untuk pendengaran Saman Pemula secara ex parte (Enclosure 1) dengan Perakuan Segera (Enclosure 3) via Zoom. Peguam Pemohon berhujah secara lisan. Arahan Mahkamah untuk peguam pemohon menyerahkan kertas kausa kepada firma guaman Tetuan G. Ram, Rozetta & Associates pada atau sebelum 22-12-2023. Tarikh Pihak Minit Kes ditangguh untuk pendengaran secara inter partes. Court: 4-1-2024 (Hearing) Inter partes via Zoom pada jam 10:00 pagi. 4-1-2024 - Merujuk kepada emel dan surat daripada Tetuan G.Ram, Rozzeta & Associates bertarikh 2-1- 2024. Pendengaran pada 4-1- 2024 dilapangkan dan ditangguhkan ke 31-1-2024, 9.30 pagi. 31-1-2024 Peguam Pemohon: Walter Pereira [Kamarudin & Partners] Peguam Bukan Pihak-Pihak: Sivaperumal a/l Sakitazhan mewakili Tetuan G. Ram, Rozzeta Encloure 1 Kes ditetapkan untuk pendengaran Saman Pemula (Enclosure 1) via Zoom. Peguam En. Sivaperumal a/l Sakitazhan mewakili Tarikh Pihak Minit & Associates (Bukan Pihak-Pihak dalam kes ini) Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates (Bukan Pihak-Pihak dalam kes ini) hadir. Mahkamah memberi arahan untuk peguam Sivaperumal dari Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates diberi akses untuk memfailkan afidavit jawapan. Court: 14-2-2024 - untuk peguam yang mewakili Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates memfailkan afidavit jawapan. 28-2-2024 - untuk peguam Pemohon memfailkan afidavit balasan. 6-3-2024 - untuk pihak-pihak memfailkan hujah bertulis utama secara serentak. Tarikh Pihak Minit 13-3-2024 - untuk pihak-pihak memfailkan hujah bertulis jawapan secara serentak. 21-3-2024 - Kes ditetapkan untuk keputusan bagi Enclosure 1 via e-Review. [10] Sebelum Mahkamah ini dapat memberikan keputusannya bagi Lampiran 1 (yang ditetapkan pada 21-3-2024) dan lebih kurang seminggu sebaik sahaja prosiding pendengaran secara inter parte pada 31-1-2024 itu, pada 9-2-2024 peguam Pemohon memfailkan Lampiran 7 (untuk meminda Saman Pemula). Keputusan Mahkamah pada 13-2-2024 mengenai Lampiran 7 (untuk meminda Saman Pemula) [11] Pada 13-2-2024, Mahkamah ini menyalin semula minit sebagaimana dalam prosiding eReview – Tarikh: 13 Februari 2024 Peguam Pemohon 1: Dengan izin Yang Arif, saya Walter Pereira bagi pihak Pemohon dan En. Sivaperumal bagi pihak Responden. Ini adalah satu permohonan untuk meminda tajuk OS iaitu Seksyen 13 kepada Seksyen 53. Ini adalah kerana disebabkan suatu kesilapan kekeranian. Seksyen 13 tidak kena mengena dengan remedi OS yang dipohon iaitu suatu injunksi mandatori. Seksyen 53 Specific Relief Act adalah seksyen yang berkenaan. Pihak Responden juga mengaku dalam Afidavit mereka bertarikh 9.2.2024 dalam perenggan 2 bahawa Seksyen 13 tidak kena mengena dengan OS ini. Permohonan pindaan ini boleh didengar secara terus (summarily), memandangkan pengakuan Responden dan juga untuk menjimatkan masa Mahkamah Yang Mulia ini. Justeru itu, kami meminta suatu perintah seperti dipohon. Peguam Bukan Pihak-Pihak 1 : Dengan izin Yang Arif, selamat pagi. Saya Sivaperumal, Peguamcara mewakili Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates. Untuk makluman Mahkamah yang Mulia ini, Afidavit manakah yang dirujuk oleh Peguamcara di atas, pihak kami tidak memfailkan sebarang Afidavit untuk Notis Permohonan ini. YA, untuk makluman Mahkamah yang Mulia ini, Notis Permohonan ini difailkan dengan tergopoh-gopoh dan tidak mempamerkan professionalisme. Permohonan ini kononnya untuk membetulkan kesilapan penaipan kerani namun masih terdapat pelbagai typo dimana di dalam intitulement butiran hartanah disalah nyatakan dan nama Pemohon juga disalah nyatakan dan juga Peguamcara Pemohon tidak menyatakan aturan dan kaedah yang disandarkan. Perbuatan ini membuang masa kesemua pihak. Afidavit yang difailkan oleh Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates adalah Afidavit bertarikh 9.2.2024 untuk OS. Mahkamah: Hari ini ditetapkan untuk pendengaran dan seterusnya Keputusan bagi Lamp. 7 (NP untuk meminda Saman Pemula yang difailkan oleh Plaintif). Lamp. 1 ialah OS Ex Parte yang difailkan oleh Plaintif. Pendengaran secara inter parte juga telah diadakan. Untuk rekod, Tetuan G. Ram, Rozetta & Associates ialah Bukan Pihak-Pihak i.e firma guaman tersebut tidak dinamakan dalam OS (Lamp. 1) dan OS Terpinda (Lamp.7). Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan OS, affidavit dan mendengar secara lisan pernyataan/hujahan pihak-pihak. Mahkamah ini menolak Lamp. 7 dan kos sebanyak RM1000.00 dibayar oleh Pemohon kepada Bukan Pihak-Pihak (Tetuan G. Ram, Rozetta & Associates). [12] Sebaik sahaja keputusan diberikan (iaitu 2 hari selepas tarikh keputusan/Notis Rayuan Pemohon/Perayu bertarikh 15-2-2024), peguam Pemohon memfailkan rayuan kerana Mahkamah ini menolak permohonan interlokutori yang difailkan oleh Pemohon bagi pindaan. [13] Selanjutnya pada 19-3-2024 (iaitu 4 hari sebelum Mahkamah ini memberikan keputusannya bagi Lampiran 1), peguam Pemohon memfailkan suatu permohonan sebagaimana pada Lampiran 25 bagi penangguhan keputusan Saman Pemula (Lampiran 1) sehinggalah Mahkamah Rayuan mendengar rayuannya mengenai penolakan Mahkamah bagi Lampiran 7 tersebut. [14] Pada 20-3-2024, Mahkamah ini membenarkan penangguhan yang dipohon dan kos ditanggung oleh Pemohon. Dengan itu, keputusan bagi Lampiran 1 (Saman Pemula) ditangguhkan sehingga Mahkamah Rayuan memutuskan rayuan Pemohon. [15] Alasan keputusan Mahkamah ini bagi Lampiran 7 dinyatakan dalam alasan penghakiman ini. Dapatan dan Analisa Mahkamah [16] Mahkamah ini mendapati Saman Pemula yang difailkan oleh Pemohon semata-mata untuk mendapat suatu Perintah Mahkamah yang dapat menguatkuasakan hasrat Pemohon untuk – • injunksi mandatori dikeluarkan terhadap Tetuan G. Ram, Rosetta & Associates memaksanya memberi segala dokumen kepada Tetuan Kamarudin & Partners (peguam cara Pemohon) berkaitan dengan 2 Perjanjian JualBeli bertarikh 24-12-2018 dan surat-surat yang disampaikan kepada Pejabat Tanah berkenaan dengan 2 hartanah No. Hakmilik Geran 31252 Lot 4199 dan Geran 31251 Lot 4198 yang kedua-duanya terletak di Mukim Jimah, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. • memaksa Tetuan G. Ram, Rosetta & Associates melepaskan semua wang khususnya wang sebanyak RM405,360.85 (RM388,342.85 + RM17,018.00) yang dipegang sebagai pemegang amanah bagi Pemohon dalam Perjanjian- Perjanjian tersebut kepada Tetuan Kamarudin & Partners (peguam cara Pemohon). • Tetuan G. Ram, Rosetta & Associates diberikan dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh penyampaian Perintah ini kepada Tetuan G. Ram, Rosetta & Associates. • Pemohon dibenarkan memohon Perintah Komital sekiranya Tetuan G. Ram, Rosetta & Associates enggan, cuai atau gagal mematuhi Perintah Mahkamah ini. • kos ditanggung oleh Tetuan G. Ram, Rosetta & Associates. [17] Tindakan Pemohon memfailkan Saman Pemula ini adalah menjadikan Mahkamah ini mengeluarkan tiket “Kuasa” kepada Pemohon mendapat apa yang diingininya/dihasratkannya mengenai transaksi jual beli 2 hartanah yang berlaku dalam tahun 2018 kepada pihak yang tidak menjadi dan tidak dinamakan dalam Saman Pemula ini iaitu Tetuan G. Ram, Rosetta & Associates. [18] Adakah Mahkamah ini suatu pihak penguatkuasa atau polis untuk terus memberikan Perintah sebagaimana yang dipohon oleh Pemohon? Adakah Mahkamah ini tidak perlu “menyiasat” mengenai latar belakang kepada Saman Pemula ini? [19] Pindaan yang hendak dibuat oleh Pemohon sememangnya suatu kekhilafan pengkeranian berkenaan dengan angka “13” yang hendak digantikan dengan angka “53”. Namun begitu, pindaan tersebut masih tidak menamakan Tetuan G. Ram, Rosetta & Associates sebagai pihak Responden. [20] Mahkamah ini dengan jelas telah memberi arahan agar Saman Pemula ini disampaikan kepada Tetuan G. Ram, Rosetta & Associates agar suatu pendengaran inter parte dapat diadakan oleh Mahkamah ini. [21] Sebagaimana yang dinyatakan oleh peguam Pemohon hasrat mereka untuk meminda dan arahan Mahkamah ini untuk Tetuan G. Ram, Rosetta & Associates (yang bukan pihak dalam kes ini) tidak dipersetujui oleh Tetuan G. Ram, Rosetta & Associates. [22] Alasan mengapa Pemohon enggan/cuai/gagal menamakan Tetuan G. Ram, Rosetta & Associates dalam Saman Pemula ini hanya diketahui oleh peguam Pemohon. Adakah Mahkamah ini perlu menjadi penasihat undang-undang kepada peguam Pemohon agar menamakan Tetuan G. Ram, Rosetta & Associates dan dengan itu pindaansebagaimana Lampiran 7 yang bertujuan untuk mengubah angka “13” kepada angka “53” adalah straight forward dan boleh diputuskan secara terus/muktamad (“summarily”)? [23] Mahkamah ini mendapati kesan dan akibat kepada Saman Pemula ini memberikan impak besar kepada Tetuan G. Ram, Rosetta & Associates. Maka, Saman Pemula ini hendaklah difailkan dengan teratur dan menurut lunas undang-undang dan tatacara dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [24] Pada 9-2-2024, Tetuan G. Ram, Rosetta & Associates telah memfailkan 2 afidavit jawapan berkenaan dengan Saman Pemula ini iaitu Vol 1 (Lampiran 10) dan Vol. 2 (Lampiran 11). [25] Afidavit dan hujahan bertulis peguam daripada Tetuan G. Ram, Rosetta & Associates yang bukan pihak-pihak dalam Saman Pemula ini menyatakan dan menghuraikan berkenaan dengan latar belakang dan cerita mengenai transaksi jual beli 2 hartanah yang disebut oleh Pemohon dalam Saman Pemulanya. [26] Mahkamah ini tidak teragak-agak untuk menyalin semula hujahan peguam terpelajar Bukan Pihak-Pihak seperti yang berikut: PENDAHULUAN Dengan izin Yang Arif, Yang Arif, hujahan bertulis ini adalah daripada Bukan-Pihak-Pihak iaitu Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates yang beralamat di No. 31-2, Jalan PPH ½, Pusat Perdagangan Harmoni, 43950 Sungai Pelek, Selangor Darul Ehsan. Firma Bukan-Pihak-Pihak telah mengendalikan fail-fail berkenaan urusan Jual Beli Hartanah-Hartanah yang dinyatakan didalam tindakan ini. KERTAS-KERTAS KAUSA (a) Saman Pemula Pemohon di bawah Lampiran 1 bertarikh 06.12.2023. (b) Afidavit Sokongan Pemohon dibawah Lampiran 2 yang diikrarkan pada 06.12.2023. (c) Notis Permohonan (Permohonan Pemohon untuk meminda Saman Pemula bertarikh 9.02.2023 dibawah Lampiran 7. (d) Afidavit Sokongan untuk Notis Permohonan yang diikrarkan oleh Annie Gomez pada 08.02.2024 dibawah Lampiran 8. (e) Afidavit Jawapan yang diikrarkan pada 09.02.2024 oleh Sivaperumal A/L Sakitazan bagi pihak “Bukan Pihak-Pihak” dibawah Lampiran 10 (f) Afidavit Jawapan Pemohon yang diikrarkan pada 28.02.2024 dibawah Lampiran 16. HUJAHAN BUKAN PIHAK-PIHAK 1. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa Peguam cara Pemohon telah menyerahkan kepada pejabat pihak kami satu salinan Saman Pemula Ex Parte bertarikh 06.12.2023 pada 19.12.2023. Kami juga telah menerima email yang mana kami difahamkan bahawa Mahkamah yang Mulia ini telah mengarahkan Peguam cara Pemohon untuk memberikan maklumat pautan zoom yang ditetapkan pada 04.01.2024 kepada pihak kami. 2. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa Peguam cara Pemohon yang mempunyai pengetahuan penuh sepatutnya menamakan pihak kami sebagai Defendan atau meminda permohonan Pemohon untuk menamakan pihak kami sebagai Defendan, sebaliknya Permohonan Pemohon difailkan secara ex-parte dimana Yang Arif telah mengarahkan Peguam cara Pemohon memaklumkan kepada pihak kami memandangkan terdapat kepentingan pihak ketiga iaitu pembeli, tanggungjawab kami sebagai Peguam cara Pembeli akan terjejas di dalam tindakan Pemohon disini. 3. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa Peguam cara Pemohon telah pun mempunyai pengetahuan awal bahawa Seksyen 13 Akta Relief Spesifik 1950 di dalam intitulement adalah salah. Pihak kami telah pada 02.01.2024 menulis kepada Mahkamah yang Mulia ini untuk memohon penangguhan sidang zoom yang telah ditetapkan pada 04.01.2024, memohon kebenaran untuk memfailkan Afidavit Jawapan dan juga telah memaklumkan kepada Mahkamah yang Mulia ini bahawa permohonan Pemohon adalah cacat kerana bersandarkan seksyen yang salah dan juga bukanlah di dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi Shah Alam. Salinan surat tersebut telah pun diserahkan kepada Peguam cara Pemohon pada 02.01.2024. 4. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa Seksyen 13 Akta Relief Spesifik 1950 memperuntukkan seperti berikut: “13. Pelaksanaan spesifik sebahagian daripada kontrak jika bahagian yang tidak dilaksanakan adalah kecil. Jika suatu pihak kepada sesuatu kontrak tidak dapat melaksanakan keseluruhan bahagian kontraknya, tetapi bahagian yang mesti ditinggalkan tanpa dilaksanakan merupakan suatu bahagian yang kecil sahaja kepada keseluruhan kontrak itu dari segi nilainya, dan membenarkan pampasan dalam bentuk wang, Mahkamah boleh, atas guaman salah satu pihak, mengarahkan pelaksanaan spesifik seberapa banyak kontrak yang boleh dilaksanakan dan mengawardkan pampasan dalam bentuk wang bagi kekurangan itu” 5. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa pada tarikh pendengaran iaitu 31.01.2024, pihak kami telah memaklumkan kepada Yang Arif bahawa intitulement yang disandarkan oleh Pemohon adalah salah dan pohon kebenaran Yang Arif untuk membacakan peruntukan dibawah Seksyen 13 Akta Relief Spesifik 1950 untuk perhatian Mahkamah yang Mulia, namun Peguam cara Pemohon telah membantah dan menegaskan pendiriannya untuk meneruskan permohonan tersebut. 6. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa dibawah peruntukan Aturan 15 kaedah 13A, adalah jelas bahawa pihak kami telah dijadikan sebagai “Bukan-Pihak-Pihak” oleh Mahkamah yang Mulia ini untuk membolehkan kami memfailkan Afidavit Jawapan kerana pihak kami tidak berupaya untuk membuat sebarang pemfailan tanpa dinamakan sebagai salah satu parti kepada tindakan. Aturan 15 kaedah 13A memperuntukkan bahawa − “Notice of action to non-parties (O. 15, r. 13A) 13A (1) At any stage in an action to which this rule applies, the Court may, on the application of any party or of its own motion, direct that a notice of the action be served on any person who is not a party thereto but who will or may be affected by any judgment given therein.” Oleh yang demikian, pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa tidak ada keperluan bagi pihak kami seperti yang didakwa oleh Peguam cara Pemohon untuk membuat permohonan untuk mencelah disini kerana pihak kami tidak harus dibebankan kerana kecuaian pihak Pemohon dan arahan telah diberikan oleh Mahkamah yang Mulia ini untuk pihak kami dijadikan “Bukan Pihak-Pihak”. 7. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa Notis Permohonan Pemohon di bawah Lampiran 7 untuk meminda Saman Pemula bertarikh 09.2.2024 adalah cacat juga kerana terdapat pelbagai kesilapan, salah satu kesilapan ketara adalah nama Pemohon dan nombor butiran geran. Kesilapan akibat tindakan melulu dan tergopoh gapah pihak Pemohon di dalam memerangkap dan mengaibkan pihak kami telah mengakibatkan pembaziran masa dan kos kesemua pihak di dalam tindakan ini. 8. Pihak kami dengan rendah diri merujuk kepada kes Thirupathy Muniandy v. Binthumathy Ramakrishnan (Encls 5, 18, 26, 27, 28, 32, 33 & 370) [2019] MLRHU 2000 yang diputuskan oleh Yang Arif Hayatul Akmal Abdul Aziz di mana Yang Arif telah menyatakan seperti berikut: Fundamental Non-Compliance (I) Defective Intitulement On The OS [19] I would like to make a fundamental observation as regards to the application (encl 26) filed by PH. He had elected to use O 42 r 13 RC 2012 to move this court to hear his application to vary the said consent order. This is clearly procedurally erroneous when the correct and appropriate legislation to be referred to and used is s 97 of LRA that had set down the grounds for variation of a custody or maintenance (consent order in this case) order in a matrimonial proceeding. [20] Nowhere in the intitule of the said OS has that section been referred to, to appropriately move this court. This type of error had been ruled by the Court of Appeal as an embarrassing pleading and may be struck out unless sooner amended (see Cheow Chew Khoon @ Teoh Chew Khoon (Yang Berniaga Sebagai Cathay Hotel) v. Abdul Johari Abdul Rahman [1995] 1 MLRA 679; [1995] 1 MLJ 457; [1995] 4 CLJ 127, CA). Unfortunately, this error was never corrected by PH even though he had submitted before the court on s 96 LRA. Notwithstanding the fact that this error was never disputed or brought up by the parties during the hearing of this application, this court still holds that such fundamental defect that stood uncorrected would be fatal to PH's case as the law is settled in such matters. It is to be mentioned that on this ground alone PH application could be dismissed. eLaw Citation: [2019] MLRHU 2000 Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa memandangkan Peguam cara Pemohon telah pun mempunyai pengetahuan pada 02.01.2024 menerusi salinan surat daripada pihak kami tetapi masih degil dengan pendirian untuk meneruskan tindakan Pemohon tanpa mengambil sebarang langkah untuk meminda sehingga tarikh pendengaran yang ditetapkan pada 31.01.2024. 9. Pihak kami dengan rendah diri berhujah dengan merujuk kepada kes Cheow Chew Khoon @ Teoh Chew Khoon (Yang Berniaga Sebagai Cathay Hotel) v. Abdul Johari Abdul Rahman [1995] 1 MLRA 679 yang diputuskan di Mahkamah Rayuan dimana Yang Arif Gopal Sri Ram telah menyatakan seperti berikut: [46] The plaintiff, as noted earlier, says that if one were to undertake a careful scrutiny of the originating summons and the affidavit in support one would come to the conclusion that it is not an application made under O 89. The summons does not, as I observed very early in this judgment state any particular Rule of Court in its intitulement. Now, I think that is not only wrong but plainly embarrassing. How, might one ask, is a defendant or the Court to determine which Rule of Court the plaintiff is invoking unless he explicitly specifies it? If a defendant and the Court should have to conduct a close examination of the supporting affidavit in each case in order to determine the particular jurisdiction or power that is being invoked by an originating summons or other originating process that requires an intitulement, then a plaintiff will be at liberty to shift from one rule to another or indeed from one statute to another as it pleases him without any warning whatsoever to his opponent or the Court. It would make a mockery of the principle that there must be no surprise in civil litigation. If the submission of Counsel be the law, then it is wrong. But I am firmly of the view that it is not. [47] In my judgment, this matter, which is a point of practice and procedure, is to be resolved by reference to the fundamental principle that a party must not take his opponent or the Court by surprise. It is my opinion that an originating process requiring an intitulement must state, with sufficient particularity, either in its heading or in its body, the statute or Rule of Court under which the Court is being moved: otherwise it would be an embarrassing pleading and be may be liable to be struck out, unless sooner amended. [48] There is another difficulty that lies in the way of the plaintiff in the present case. It is this. In his affidavit in opposition, the defendant asserted that the plaintiff had invoked the summary procedure under O 89. In his affidavit in reply affirmed on 8 June 1994 [the plaintiff] admitted this. Before us Counsel for the plaintiff says that this was an erroneous admission of law and therefore not binding on the plaintiff. I will not express any concluded view on this submission. It is not necessary for me to do so because of the route I have taken to arrive at my decision in this appeal. But I will say this. Even assuming Counsel to be correct in the submission he has made, the concession in the affidavit would leave its reader with the distinct impression that the summary jurisdiction was indeed being invoked. Under such circumstances it may amount to a miscarriage of justice to allow the plaintiff to resile from the impression created but not corrected at first opportunity. [49] Having taken into account all that has been said on both sides of the Bar, having read and re-read the summons and the affidavits filed by the plaintiff several times and having given the matter my most anxious consideration, I am left with the indelible impression that the plaintiff did in fact resort to the O 89 procedure for the purpose of obtaining vacant possession of the premises with all due haste. One can well understand the plaintiff's desire to have vacant possession soonest possible. He has paid a very large sum for the premises and probably has his own plans for the future use. He undoubtedly feels, not without justification that his attempts at obtaining vacant possession are being thwarted. But the real reason for the present state of affairs is the plaintiff's resort to shortcuts that really are, and have proved to be, a much longer route to his intended destination. eLaw Citation: [1995] 1 MLRA 679 Oleh yang demikian, pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa kegagalan Peguam cara Pemohon untuk mengambil sebarang tindakan awal untuk meminda intitulement di dalam Saman Pemulanya walaupun mengetahui ianya salah adalah kecuaian sengaja bertujuan untuk membazirkan masa dan kos kesemua pihak. 10. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa firma G. Ram, Rozzeta & Associates adalah Peguam cara yang mewakili Pembeli di dalam transaksi-transaksi Jualbeli untuk hartanah-hartanah yang dinyatakan di dalam tindakan ini. Klausa 5 di dalam Perjanjian Jualbeli bertarikh 24.12.2018 untuk Geran No.31251, Lot No.4198, Mukim Jimah, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan menyatakan bahawa peguamcara “The vendor elects not to be represented by any Solicitors in this transaction”. Manakala klausa 6 menyatakan bahawa pembeli diwakili oleh Tetuan G.Ram, Rozzeta & Associates. 11. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa firma kami tidak mewakili Pemohon sebagai Penjual di dalam kedua-dua transaksi tersebut dan firma kami tidak pernah menjadi pihak di dalam kontrak Perjanjian JualBeli kedua-dua hartanah tersebut melainkan mewakili pembeli-pembeli di dalam transaksi tersebut. Untuk makluman Mahkamah yang Mulia ini, bayaran guaman terhadap segala urusan dan obligasi bagi pihak Penjual yang dilakukan oleh pihak kami adalah di dalam pengetahuan penuh Pemohon. Oleh yang demikian, tindakan Pemohon membangkitkan isu fee guaman adalah ibarat ‘kura-kura dalam perahu’. 12. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates adalah Peguam cara Pembeli yang menguruskan transaksi-transaksi Perjanjian Jualbeli dan juga menyempurnakan terma-terma di dalam Perjanjian Jualbeli memihak kepada pihak Pembeli. 13. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa untuk perhatian Mahkamah yang Mulia ini, Pemohon dan kesemua ahli keluarganya kecuali salah seorang daripada adik kandung Pemohon telah melantik firma Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates untuk tujuan memenuhi keinginan ibu Pemohon menulis wasiat. Ibu Pemohon pada waktu material sedang sakit kritikal dan berada di dalam Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus. Oleh yang demikian selaku Peguam cara, peguam Sivaperumal telah pergi ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan arahan daripada si mati yang masih hidup ketika itu. 14. Pihak kami berhujah bahawa seterusnya Pemohon telah melantik kami untuk membuat urusan geran probet dan menyempurnakan surat kuasa wakil bagi kedua-dua hartanah tersebut. Untuk makluman Mahkamah yang Mulia ini, Pemohon secara after thought telah pada masa material telah mengarahkan kami untuk memfailkan Saman Pemula di Mahkamah Tinggi Seremban untuk permohonan Pemohon dijadikan sebagai Pentadbir harta pusaka ibunya bernama Supamal a/p P.K. Ramasamy. 15. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa Pemohon mempunyai pengetahuan penuh sebab-sebab mengapa baki jualan untuk hartanah Geran 31251, Lot 4198 Mukim Jimah, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan masih di dalam pegangan kami sebagai Peguam cara Pembeli. Sebab utama adalah disebabkan penolakan perserahan pindahmilik kerana kelewatan pendaftaran surat kuasa wakil iaitu tanggungjawab pihak Penjual. 16. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa pendaftaran pindahmilik telah pun dibuat pada 28.02.2023 secara serentak dengan pengeluaran kaveat persendirian. Pihak kami juga telah berjaya mendapatkan rayuan pengecualian denda sebanyak RM7,960.00. Bukti-bukti yang kukuh telah dilampirkan didalam Afidavit Jawapan Sivaperumal yang diikrarkan pada 09.02.2024. 17. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa perserahan tersebut telahpun ditolak atas alasan bahawa duti setem pindahmilik perlu dibayar sekali lagi memandangkan Penjual telah lambat daftarkan surat kuasa wakil. Kami juga telah membuat beberapa rayuan dalam perantaraan dan juga Penjual sendiri telah menghadirkan diri di Pejabat Tanah untuk membuat rayuan tetapi telah ditolak. Pihak kami telah menasihatkan Pemohon untuk membayar semula duti setem dan denda lewat pendaftaran memandangkan Pembeli tidak bersalah. 18. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa Pemohon tidak berpuas hati dengan nasihat pihak kami dan telah melantik Peguamcara Tetuan Kamarudin & Partners. Untuk makluman Mahkamah yang Mulia ini kesemua dokumen yang dipinta telahpun diserahkan kepada Pemohon. 19. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa tindakan Pemohon di sini adalah mencurigakan kerana jika Pemohon mampu melantik Peguam cara baharu untuk mewakilinya maka Pemohon juga mempunyai kemampuan untuk membayar denda dan duti setem tanpa melengahkan masa. Untuk makluman Mahkamah yang Mulia, sebagai Peguam cara Pembeli, kami telah menyerahkan sebahagian harga jualan kepada Tetuan Ramachandran Shankar & Co atas Perintah Persetujuan menerusi Saman Pemula No: NA- 32NCvC-48-03/2019 di antara Pemohon dan adik kandungnya Sumathi a/p Sundrekanabadi. Untuk makluman Mahkamah yang Mulia ini, Pembeli telah mengambil risiko dengan membenarkan pengeluaran sebahagian daripada harga jualan untuk diserahkan kepada Peguamcara Puan Sumathi a/p Sundrekanabadi, Tetuan Ramachandran Shankar & Co dengan harapan pendaftaran pindahmilik dapat diteruskan dengan segera. Tetapi Pembeli telah mengalami pelbagai dugaan akibat pembohongan Pemohon di mana perserahan pindahmilik tidak berjaya memandangkan instrument Penjual terdapat kecacatan iaitu kelewatan pendaftaran. Sesalinan Perintah Persetujuan bertarikh 29.09.2022 tersebut dilampirkan untuk perhatian Mahkamah yang Mulia ini dan dieksibit sebagai “SP-3” di dalam Afidavit Jawapan Sivaperumal yang diikrarkan pada 09.02.2024. 20. Pihak kami dengan rendah diri berhujah laporan polis yang dibuat oleh Pemohon adalah didorong oleh sifat tamak dan nasihat yang kurang bernas. Ianya adalah percubaan malafide untuk memerangkap firma kami dan rekaan naratif palsu. Pemohon berlakon seolah-olah tindakan sitasi dan Perintah Persetujuan tidak wujud di dalam transaksi penjualan hartanah tersebut untuk memanipulasi dan mengelirukan Mahkamah yang Mulia ini. KRONOLOGI PUNCA KELEWATAN OLEH PEMOHON 21. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa Pemohon sebagai pemegang Surat Kuasa Wakil telah kononnya mengambil arahan daripada kesemua benefisiari-benefisiari simati Supamal a/p P.K Ramasamy dan telah membuat representasi bahawa kesemua benefisiari telahpun bersetuju kedua-dua hartanah ini dijual kepada anakguam kami sedangkan salah seorang benefisiari tidak mengetahui akan penjualan hartanah kepada Pembeli. 22. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa setelah Perjanjian Jual Beli ditandatangani oleh Pemohon dan Pembeli, salah seorang benefisiari bernama Sumathi a/p Sundrekanabadi telah menghubungi firma kami dan telah menyuarakan bantahan terhadap perjualan hartanah Geran 31251, Lot 4198 Mukim Jimah, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan atas alasan bahawa beliau mencabar kewujudan wasiat terakhir simati Supamal a/p P.K Ramasamy dan juga telah menyatakan bahawa beliau akan mengadakan perbincangan dengan Pemohon dan juga benefisiari yang lain untuk membatalkan transaksi jual beli dengan anakguam kami Hee Min Seng. 23. Pihak kami seterusnya berhujah bahawa bahawa benefisiari bernama Sumathi a/p Sundrekanabadi iaitu adik kepada Pemohon juga telah menghubungi anakguam kami Hee Min Seng dan telah memberi amaran bahawa beliau tidak akan menjual bahagian beliau. 24. Pihak kami seterusnya berhujah bahawa arahan anakguam kami adalah untuk membuat pindahmilik kedua-dua hartanah ini serentak dan juga tujuan pembeli membeli hartanah ini adalah atas alasan kedua-dua hartanah ini adalah bersebelahan. 25. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa kelewatan telahpun bermula dan kami dapat tahu daripada Pemohon yang akhirnya membuat pengakuan bahawa Puan Sumathi a/p Sundrekanabadi tidak bersetuju sama sekali dengan pembahagian hartanah bagi No. Hakmilik Geran 31251, Lot 4198 MK. Jimah, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan dan telah memaklumkan kepada pemohon bahawa Sumathi a/p Sundrekanabadi telah melantik peguam cara untuk mencabar transaksi perjualan No. Hakmilik Geran 31251, Lot 4198 Mukim Jimah, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. 26. Pihak kami berhujah bahawa Puan Sumathi a/p Sundrekanabadi telahpun memasukkan kaveat persendirian di dalam hartanah No. Hakmilik Geran 31251, Lot 4198 Mukim Jimah, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. 27. Pihak kami seterusnya berhujah bahawa pihak Pejabat Tanah Port Dickson atas nasihat pihak polis juga telah memasukkan Kaveat Pendaftar atas Tanah melalui perserahan No.5668/2019 yang telah didaftarkan pada 14.05.2019 Sesalinan carian rasmi dan Kaveat Persendirian melalui penserahan 5775/2019 telah diekshibitkan di dalam Afidavit Jawapan Sivaperumal yang diikrarkan pada 09.02.2024. 28. Pihak kami dengan rendah pindahmilik diri berhujah bahawa firma kami tidak dapat meneruskan proses kepada anakguam kami oleh kerana kewujudan kaveat persendirian yang telah dimasukkan oleh Puan Sumathi a/p Sundrekanabadi. 29. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa Pemohon telah meminta bantuan firma kami untuk membuat Permohonan Pembatalan Pendaftaran Kaveat Pendaftar yang telah didaftarkan melalui perserahan 5668/2019. 30. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa firma kami Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates telah memfailkan Saman Pemula untuk membatalkan Kaveat Pendaftar dan kami berjaya membatalkan Kaveat Pendaftar melalui Saman Pemula NA-24NCVC-339-11/2019. 31. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa anakguam kami tidak berpuas hati dengan Pemohon yang telah berbohong bahawa kesemua benefisiari telahpun bersetuju untuk menjual kepada anakguam kami. 32. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa pihak kami telah menasihatkan Pemohon untuk berbincang dengan Puan Sumathi a/p Sundrekanabadi untuk mencapai penyelesaian tetapi Pemohon telah berdolak dalih dan kelewatan yang berlanjutan telahpun memprejudiskan anakguam kami. 33. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa Pemohon telah menyerahkan Salinan dokumen Sitasi bertarikh 05.03.2021 berserta dendan “Afidavit Menentusahkan Penyataan Fakta” yang telah diikrarkan pada 01.03.2021 oleh Puan Sumathi a/p Sundrekanabadi dan telah meminta firma guaman kami untuk mewakili beliau dalam permohonan sitasi oleh Puan Sumathi a/p Sundrekanabadi. 34. Untuk makluman Mahkamah yang Mulia ini, pihak kami dengan rendah diri membawa perhatian Mahkamah yang Mulia ini kepada Afidavit yang telah diikrarkan oleh Puan Sumathi a/p Sundrekanabadi, di mana Puan Sumathi a/p Sundrekanabadi menyatakan bahawa “saya juga telah mengetahui bahawa hartanah-hartanah simati tersebut telahpun dijual kepada seorang lelaki cina tanpa pengetahuan saya. Saya telah memuat satu laporan polis pada 23.09.2019”. 35. Adalah amat jelas bahawa Pemohon telah memulakan proses penjualan hartanah tersebut tanpa pengetahuan Puan Sumathi a/p Sundrekanabadi yang mengakibatkan hak anakguam kami terjejas and telah mengelirukan kami sebagai peguam cara Pembeli. Fakta kelewatan pendaftaran pindahmilik amat jelas di sini. 36. Pada 27.09.2023, Tetuan Kamarudin & Partners telah menghantar surat kepada pihak kami bahawa Pemohon telah melantik firma tersebut untuk mewakilinya sebagai Penjual dan telah mengambil alih tugasan mewakili pihak Penjual. Tetuan Kamarudin & Partners juga mengetahui perserahan pindahmilik bagi Geran 31251 Lot 4198 telahpun ditolak dan penolakan perserahan pindahmilik adalah kerana kelewatan pendaftaran Surat Kuasa Wakil iaitu pihak Penjual. Firma tersebut meminta pihak kami untuk memberikan salinan-salinan asli dokumen berkaitan di mana pihak kami telah menjawab bahawa segala dokumen yang diminta kecuali geran asli telah diberikan kepada Pemohon. Untuk makluman Mahkamah yang Mulia ini, Perjanjian Jualbeli dan Borang 14A yang telah dieksibitkan oleh Pemohon di dalam Afidavit Sokongannya membuktikan bahawa Pemohon mempunyai segala dokumen yang diperlukan untuk pemprosesan lanjut bagi pihak Penjual oleh Tetuan Kamarudin & Partners. Persoalan disini adalah apakah langkah yang telah diambil oleh Penjual untuk membantu Peguam cara Pembeli? Rayuan yang telah dibuat oleh pihak kami sebagai Peguam cara Pembeli terpaksa digantung kerana kelewatan pendaftaran surat kuasa wakil iaitu instrument bahagian Penjual. Kami telahpun memaklumkan kepada Penjual bahawa Penjual hendaklah menanggung pembayaran semula setem duti pindah milik sebanyak RM23,850.00 dan juga penalti untuk pendaftaran semula. Untuk makluman Mahkamah yang Mulia ini. Pembeli telah mengalami kerugian sebanyak RM23,850.00 yang telah dibayar pada 17.01.2019. Jumlah ini perlu ditanggung oleh Penjual memandangkan Pembeli tidak bersalah dalam hal ini. Punca kelewatan keseluruhan adalah akibat pembohongan Penjual. Tetuan Kamarudin & Partners mempunyai pengetahuan penuh bahawa status hartanah Geran 31252, Lot 4199, Mukim Jimah, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan telahpun selesai. Namun tindakan firma tersebut untuk membuang masa kesemua pihak disini dengan membangkitkan isu status hartanah yang telah selesai amatlah menghairankan. Pihak kami juga telah menerangkan kepada Tetuan Kamarudin & Partners mengenai status kedua-dua hartanah tersebut dan bahawa MOT yang telah ditolak untuk hartanah Lot 4198 dan mengesahkan bahawa pihak kami telah menerima jumlah penuh harga jualan. Sesalinan kesemua surat penyuratan diantara Tetuan Kamarudin & Partners dan Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates telahpun dilampirkan di dalam Afidavit Jawapan Sivaperumal yang diikrarkan pada 09.02.2024. 37. Untuk makluman Mahkamah yang Mulia ini, permohonan Pemohon tidak bermerit dan memprejudiskan Pembeli di mana Pembeli adalah pihak yang tidak bersalah. Pesalah di sini adalah Pemohon yang secara terang menyalahgunakan proses undang-undang untuk kepentingan dirinya yang tamak. Peguam cara bijaksana Tetuan Kamarudin & Partners yang mempunyai kesemua pengetahuan dan dokumen berkaitan seharusnya mempunyai tanggungjawab sebagai “officers of Court” untuk menasihati Pemohon mengenai langkah yang perlu diambil untuk menyempurnakan tanggungjawab Pemohon sebagai Penjual. Pemohon telah membuat percubaan untuk menyalahkan Peguam cara Pembeli dengan tangan yang tercemar. 38. Untuk makluman Mahkamah yang Mulia ini, pihak kami mensyaki bahawa Pemohon secara strategik telah menggunapakai Surat Kuasa Wakil untuk menindas hak benefisiari yang lain dengan mengendahkan wasiat simati. Pemohon berkonspirasi untuk mengelakkan fiduciary duty sebagai Pentadbir Geran Probet dan kewajipan-kewajipan terhutang kepada benefisiari-benefisiari. 39. Tindakan Pemohon didalam merekodkan Perintah Persetujuan dan memaksa Peguam cara Pembeli dan Pembeli untuk melepaskan sebahagian harga jualan iaitu RM418,115.00 kepada Tetuan Ramachandran Shankar & Co, peguam cara benefisiari yang terkesan membuktikan kekotoran di tangan Pemohon dan niat malafidenya di dalam tindakan ini. Ini adalah perbuatan yang memprejudiskan kepentingan Pembeli sehingga ke hari ini, apakah nasib Pembeli jika baki pegangan dilepaskan ke tangan Pemohon. 40. Untuk makluman Mahkamah yang Mulia ini, pihak kami sebagai Peguam cara Pembeli di sini bertanggungjawab menjaga kepentingan Pembeli. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa kelewatan yang timbul akibat pembohongan Pemohon dan juga akibat beberapa tindakan yang telah diambil Puan Sumathi a/p Sundrekanabadi telah menghalang pendaftaran pindahmilik Geran 31251, Lot 4198, Mukim Jimah, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan keatas nama Pembeli dan mengakibatkan kerugian kepada Pembeli. 41. Pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa memandangkan Peguam cara Pemohon telah gagal untuk meminda intitulement dengan awal dan juga gagal untuk membuat klausa penterjemahan bagi Afidavit-Afidavit Pemohon yang menggunakan cap jarinya, juga telah kerap mengulangi kesalahan ketara nama Pemohon dan butiran nombor geran di dalam Notis Permohonan di dalam tindakan ini, malahan di dalam Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh Pemohon pada 28.02.2024 terdapat kesilapan pada nombor butiran geran dimana No Hakmilik Geran 31252, Lot 4199 dinyatakan sebagai ‘31251’. Oleh kerana ini, maka segala kesan akibat kesulitan yang timbul disini haruslah dipikul oleh Peguamcara Pemohon. 42. Oleh yang demikian, pihak kami dengan rendah diri berhujah bahawa segala kesan akibat kesulitan berkenaan dengan intitulement yang salah haruslah dipikul oleh Peguam cara Pemohon dengan merujuk kepada kes Karpal Singh v. Atip Ali [1986] 1 MLRA 95 di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: Supreme Court, Kuala Lumpur George Seah, Hashim Yeop Sani, Wan Hamzah SCJJ [Civil Appeal No. 69 Of 1986] 25 September 1986 JUDGMENT George Seah SCJ: The first thing to remember is that an advocate and solicitor is an officer of the Court and that his professional conduct is always under the supervision and scrutiny of the Court. It follows that when there is dereliction of duty on the part of an advocate and solicitor in the conduct of his professional work the Court may, in a proper case, order him to be personally liable for the costs of the proceedings after giving him an opportunity to defend himself. In the High Court below, after the learned Judge had struck out the civil suit, Karpal Singh (2nd defendant), appearing in person applied for the costs of the action to be borne by Karam Singh, learned counsel for the plaintiff, personally. The learned Judge declined to make such an order. On appeal, Karpal Singh argued that the learned Judge had failed to exercise his discretion judicially. It was submitted that after finding the civil suit brought by the plaintiff to be "conspiciously unmaintainable" and in the absence of any explanation given by Karam Singh, the learned Judge should have acceded to the application. We think the learned Judge had misconstrued the principle laid down by the House of Lords in Myers v. Elman [1940] AC 282 explained by Sachs J in Edwards v. Edwards [1958] P 235 and followed by the then Court of Appeal in the case of Mitra & Co. v. Thevar & Anor. [1960] 26 MLJ 79. In our opinion, having come to the conclusion that the civil suit filed by the plaintiff was "conspiciously unmaintainable" and having rejected the explanation given by Karam Singh, we think that this was a proper case where the learned Judge ought to have exercised his discretion and ordered that the costs of the proceedings be paid by Karam Singh, the lawyer, personally. We therefore allow the appeal and amend the order to the learned Judge by adding the words that "Karam Singh, do repay to the plaintiff, costs which the plaintiff has been ordered to pay to Karpal Singh, the 2nd defendant, under O. 59 r. 8(2)(b) of the Rules of the High Court 1980". Costs of the appeal to the appellant to be paid by Karam Singh personally. Deposit to be refunded to the appellant. eLaw Citation: [1986] 1 MLRA 95 Oleh yang demikian, pihak kami dengan rendah diri memohon kepada Mahkamah yang Mulia ini agar menolak permohonan Pemohon disini dengan kos yang wajar. [27] Hujahan peguam terpelajar Bukan Pihak-Pihak telah menzahirkan hal keadaan material berkenaan dengan Pemohon dengan Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates. Maka, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini berpendapat sekiranya Mahkamah ini membenarkan Lampiran 7 sebagaimana yang difailkan oleh peguam Pemohon, Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates yang ditinggalkan daripada dinamakan sebagai Pihak Responden dalam kes ini amat diprejudiskan dengan Perintah yang akan dikeluarkan kepada Pemohon. [28] Mahkamah ini juga tidak mengabaikan hujahan-hujahan yang difailkan pada 6-3-2024 dan 13-3-2024 oleh peguam terpelajar Pemohon berkenaan dengan Lampiran 7. Mahkamah mendapati berdasarkan hujahan tersebut, peguam terpelajar Pemohon telah memberikan versi latar belakang fakta mengenai transaksi jualbeli hartanah di mana peguam terpelajar Pemohon menghujahkan bahawa geran hakmilik asli tanah tersebut sememangnya berada dengan Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates. [29] Menurut peguam terpelajar Pemohon, memandangkan vacant possession bagi tanah tersebut telah diserahkan/dipindahmilik kepada Pembeli tetapi hingga kini pendaftaran pindahmilik masih belum dilaksanakan dan baki bayaran belum dilunaskan kepada Pemohon (Penjual), maka Pemohon (Penjual) menuntut baki bayaran tersebut daripada Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates. [30] Sebagai peguam kepada Pemohon, Tetuan Kamarudin & Partners telah meminta diserahkan dokumen, surat-menyurat dan stakeholder’s money yang berada dalam pegangan Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates, tetapi Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates enggan memenuhi permintaan peguam Pemohon. Oleh sebab itulah, peguam Pemohon memfailkan Saman Pemula ini dan pindaan kepada Saman Pemula. [31] Hujahan peguam terpelajar Pemohon − “8. The intitulement in the title ought to read Section 53 of the Specific Relief Act instead of Section 13. Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates also agrees that the intitulement has nothing to do with the mandatory injunctions and the correct section is S. 53. The error is clearly a clerical error. However, this Honourable Court has disallowed this amendment and it is now the subject of appeal at the Court of Appeal which was filed as a matter of urgency under Order 22 of the Rules of the Court of Appeal. … 11. The Applicant humbly pray to the Court to exercise its inherent power pursuant to Order 92 rule 4 of Rules of Court to prevent injustice.”. [32] Dalam hujahan balasnya, peguam terpelajar Pemohon menghujahkan – “4. However, procedurally, upon the directions of this Honourable Court to serve the cause papers on Messrs G. Ram, Rozzeta & Associates, Messrs G. Ram, Rozzeta & Associates made no attempt or effort to intervene and be made the Defendant and contest the ex parte Originating Summons, instead it chose to defend in these proceedings as a non-party.”. Peguam terpelajar Pemohon memetik keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Hong Leong Bank Bhd v. Staghorn Sdn Bhd & Other Appeals [2008] 2 CLJ 121 yang memutuskan bahawa “a non-party must intervene to be made a party under Order 15 rule 6 to be made a party.”. [33] Selanjutnya, peguam terpelajar Pemohon menghujah balas – “9. The arguments of the conduct of the Applicant in dealing with the Non-Party are irrelevant. They should be addressed in another forum and not here. 10. There is no defence whatsoever by Messrs G. Ram, Rozzeta & Associates in the Applicant’s OS application herein. 11. This is a clear and straightforward case for a mandatory injunction against Messrs G. Ram, Rozzeta & Associates.”. [34] Hujahan balas peguam terpelajar Bukan Pihak-Pihak adalah – (a) sebab utama proses pindah milik tidak dapat disempurnakan pada waktu material adalah kerana kelewatan di pihak penjual iaitu Pemohon. (b) pindahmilik borang 14A telahpun ditolak atas alasan Surat Kuasa Wakil lewat didaftarkan di Pejabat Tanah dan Pejabat Tanah telah mengarahkan bahawa pembayaran setem duti telah dilucutkan dan hendaklah dibayar semula. Pembeli enggan membayar sekali lagi setem duti tersebut memandangkan penolakan ini adalah berpunca daripada pihak Penjual yang leka bergaduh adik kandung, Sumathi a/p Sundrekanabadi. (c) sekiranya Pemohon jujur dan bertanggungjawab sebagai Pentadbir di dalam perkara penjualan hartanah-hartanah tersebut, hak Pembeli tidak akan dipertaruhkan di sini. (d) pemilikan kosong diberikan kepada Pembeli untuk tujuan mengelakkan bayaran penalti apabila adik kandungnya, Sumathi a/p Sundrekanabadi telah membuat laporan polis terhadap Pemohon dan memasukkan kaveat persendirian. (e) perbuatan Pemohon dan Peguam caranya di dalam mencuba mencari kesalahan Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates adalah menghairankan. (f) Pemohon yang mengharapkan Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates untuk mengikut telunjuknya kecewa apabila pihak Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates telah menasihatinya untuk menjalankan tanggungjawabnya dengan jujur dan telus. (g) Tetuan Kamarudin & Partners telah dimaklumkan bahawa Pemohon telah diberikan segala surat-menyurat, dokumen-dokumen berkaitan dan bahawa baki jualan tersebut hanya akan diberikan selepas pindah milik disempurnakan. (h) Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates telah menulis kepada Mahkamah ini pada 02.01.2024 dan salinan kepada Peguam cara Pemohon bahawa intitulement yang disandarkan adalah tidak relevan kepada pihak kami kerana kami bukanlah pihak kepada Perjanjian Jualbeli. (i) bidangkuasa Mahkamah yang seharusnya mendengar adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Di Seremban, Negeri Sembilan, Peguam cara Pemohon tidak mengambil sebarang langkah awal untuk membuat pindaan. (j) Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates tidak pernah menghalang mahupun menyuarakan bantahan terhadap perlantikan Peguam cara oleh Pemohon. Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates boleh dikatakan berharap agar Peguam cara Pemohon akan membuat segala tanggungjawab pihak Pemohon yang tergendala memandangkan Pemohon tidak berkerjasama ataupun menjalankan tanggungjawabnya sebagai penjual dan menyebabkan transaksi penyempurnaan iaitu proses pindahmilik tergantung sehingga kini. (k) Peguam cara Pemohon terlalu taksub untuk mendapatkan baki jualan yang dipegang oleh firma kami dan gagal untuk menasihati anakguamnya agar proses pindahmilik haruslah disempurnakan terlebih dahulu agar tidak memprejudiskan hak Pembeli (anakguam kepada Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates). (l) satu-satunya kes yang disandarkan oleh Pemohon iaitu Perak Hanjoong Simen Sdn Bhd v Perindustrian Tenaga Mix Sdn Bhd [2008] MLJU 222 adalah tidak relevan di dalam tindakan ini kerana tidak membabitkan konflik kepentingan langsung. Malah hak Pembeli akan diprejudiskan sekiranya baki jualan diserahkan sebelum pindah milik disempurnakan oleh Pemohon yang mempamerkan sikap tidak jujur. (m) permohonan Pemohon tidak bermerit dan dibawa dengan tangan yang tercemar dan bertujuan untuk menindas hak Pembeli. (n) Tetuan Kamarudin & Partners yang mempunyai kesemua dokumen sepertimana yang telah dieksibitkan di dalam kesemua Afidavit yang diikrarkan oleh Pemohon sepatutnya menasihati Pemohon dan membantu Pemohon untuk menyempurnakan tugasan Penjual yang tertunggak setakat hari ini. (o) lakonan Pemohon sebagai mangsa hanya menyerlahkan sikap tidak jujur dengan tangan yang kotor semata-mata untuk mendapatkan baki jualan tanpa menyempurnakan pindahmilik dan haruslah ditegur. (p) memandangkan Peguam cara Pemohon telah dilantik pada bulan September 2023, Pemohon seharusnya telah memulakan transaksi-transaksi pemprosesan yang sewajarnya untuk pindahmilik daripada membuang masa untuk memfailkan tindakan ini terhadap pihak kami yang ternyata akan menyerahkan baki jualan selepas pindah milik sempurna. (q) memandangkan Peguam cara Pemohon telah gagal untuk meminda intitulement dengan awal dan juga gagal untuk membuat klausa penterjemahan bagi Afidavit-Afidavit Pemohon yang menggunakan cap jarinya, juga telah kerap mengulangi kesalahan ketara nama Pemohon dan butiran nombor geran di dalam Notis Permohonan di dalam tindakan ini, malahan di dalam Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh Pemohon pada 28.02.2024 terdapat kesilapan pada nombor butiran geran dimana No Hakmilik Geran 31252, Lot 4199 dinyatakan sebagai ‘31251’. Oleh kerana ini, maka segala kesan akibat kesulitan yang timbul disini haruslah dipikul oleh Peguam cara Pemohon. [35] Mahkamah ini mendapati peguam terpelajar Pemohon berhujah memohon agar Mahkamah ini memutuskan secara adil untuk Pemohon. Adakah Mahkamah ini tidak perlu berlaku adil kepada Pihak yang tidak dinamakan dalam Saman Pemula ini yang mana kesan kepada Perintah Mahkamah ini bukan sahaja berbentuk dokumen tetapi juga mempunyai implikasi kewangan. Sebagai pemegang taruh (stakeholder), Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates ialah pemegang amanah kepada baki wang jualan bagi 2 hartanah tersebut yang dibeli oleh Pembeli yang bona fide. Kemelut yang membelenggu Pemohon dengan ahli keluarganya hendaklah diselesaikan agar apa yang dihajati oleh kedua-dua pihak (penjual dan pembeli) dapat dilaksanakan. [36] Mahkamah ini telah bertindak secara adil dari permulaan Mahkamah ini membaca dan meneliti Saman Pemula ini. Arahan Mahkamah tidak boleh diputarbelitkan oleh peguam terpelajar Pemohon. Penamaan nama Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates amat material untuk menyelesaikan kes ini secara tuntas dan muktamad. Jika peguam Pemohon mempunyai pengetahuan penuh mengenai tatacara sivil, peruntukan mengenai pindaan dan penamaan pihak, maka alasan penghakiman ini tidaklah perlu disediakan. Saman Pemula yang teratur dan lengkap akan dilupuskan secara adil kepada kedua-dua pihak secara adil. Kesimpulan [37] Berdasarkan alasan yang dinyatakan dalam penghakiman ini, Mahkamah menolak Lampiran 7 dengan kos sebanyak RM1000.00 dibayar oleh Pemohon kepada Bukan Pihak-Pihak. Bertarikh: 21 Mac 2024. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi pihak Pemohon (Perayu): Won Walter A/LPP Pereira Tetuan Kamarudin & Partners, Kuala Lumpur. Bagi pihak Bukan Pihak-Pihak: Sivaperumal A/L Sakitazan Tetuan G. Ram, Rozetta & Associates, Sungai Pelek, Selangor.