Lampiran
Lampiran 7 dipohon menjadi kos dalam kausa. [4] Pada 13-2-2024, Mahkamah ini menolak Kand 7 dengan kos. Pemohon tidak berpuas hati dengan keputusan ini merayu ke Mahkamah Rayuan. [5] Pada 16-8-2024, rayuan oleh Pemohon (Perayu) dibenarkan dengan kos sebanyak RM5000.00 dibayar oleh Pihak Terkilan kepada Perayu (Pemohon). Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 13-2-2024 adalah diketepikan. Saman Pemula Dipinda Semula (Kand. 34) [6] Dalam Kand. 34, Pemohon telah meminda saman pemulanya dengan memasukkan nama Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates sebagai Defendan. [7] Relief yang dipohon dan alasan permohonan adalah sama dan serupa sebagaimana sebelum ini iaitu − • injunksi mandatori dikeluarkan terhadap Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates memaksanya memberi segala S/N RRulJ9ehkmUhUdeMo8qTw dokumen kepada Tetuan Kamarudin & Partners (peguam cara Pemohon) berkaitan dengan 2 Perjanjian JualBeli bertarikh 24-12-2018 dan surat-surat yang disampaikan kepada Pejabat Tanah berkenaan dengan 2 hartanah No. Hakmilik Geran 31252 Lot 4199 dan Geran 31251 Lot 4198 yang kedua-duanya terletak di Mukim Jimah, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. • memaksa Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates melepaskan semua wang khususnya wang sebanyak RM405,360.85 (RM388,342.85 + RM17,018.00) yang dipegang sebagai pemegang amanah bagi Pemohon dalam Perjanjian-Perjanjian tersebut kepada Tetuan Kamarudin & Partners (peguam cara Pemohon). • Tetuan G. Ram, Rozzeta a & Associates diberikan dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh penyampaian Perintah ini kepada Tetuan G. Ram, Rosetta & Associates. • Pemohon dibenarkan memohon Perintah Komital sekiranya Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates enggan, cuai atau gagal mematuhi Perintah Mahkamah ini. • kos ditanggung oleh Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates. [8] Pemohon juga memfailkan afidavit sokongan pembetulan yang mengikrarkan perkara yang berikut: S/N RRulJ9ehkmUhUdeMo8qTw (a) membuat pindaan lisan untuk meminda tajuk (intitulement) dalam Saman Pemula iaitu pada nombor geran serta ejaan nama Pemohon. (b) geran probate bertarikh 2-4-2019 (salinan) dilampirkan berkenaan dengan perlantikan Pemohon sebagai Pentadbir bagi harta pusaka ibunya bernama Suppamal a/p P. K. Ramasamy. (c) Defendan (Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates) ialah peguam cara bagi pembeli-pembeli untuk 2 hartanah tersebut. Manakala, Pemohon sebagai penjual tidak melantik peguam cara untuk mewakilinya. (d) pembeli-pembeli telah menyelesaikan bayaran bagi harga jualan kedua-dua hartanah tersebut. (e) bagi hartanah pertama, pendaftaran pindah milik telah disempurnakan pada 10-4-2019 dan hartanah telah menjadi milik pembeli. Defendan (Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates) enggan menyerahkan baki harga jualan hartanah pertama sebanyak RM17,018.00 kepada Pemohon. (f) bagi hartanah kedua, pendafran pindah milik belum selesai walau pun kaveat persendirian telah dikeluarkan. Defendan (Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates) memegang RM410,890.00 sebagai pemegang amanah sehingga selesai urusan jual beli hartanah kedua. S/N RRulJ9ehkmUhUdeMo8qTw (g) keengganan Defendan (Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates) menyerahkan dokumen yang berkaitan dengan urusan jual beli hartanah kedua dan wang yang dipegang oleh Defendan menyebabkan saman pemula ini difailkan. Kand. 38 − Afidavit oleh Defendan (Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates): [9] En. Sivaperumal a/l Sakitazan, peguam cara di tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates mengikrarkan afidavit Defendan menyatakan − (a) Pemohon telah menandatangan perjanjian jual beli bagi penjualan 2 hartanah tersebut kepada pembeli-pembeli. Pemohon mempunyai semua dokumen berkaitan dengan transaksi jual beli 2 hartanah tersebut. (b) keengganan Defendan menyerahkan baki harga jualan sebagaimana dipohon dalam saman pemula ini ialah kerana tuntutan Pemohon tidak jelas dan tiada huraian. Defendan telah menyelesaikan bayaran baki harga jualan selepas tolakan yang berkaitan dan komisen bagi agen. (c) pendaftaran pindah milik bagi hartanah kedua telah dibuat pada 28-2-2023 secara serentak dengan pengeluaran kaveat persendirian. S/N RRulJ9ehkmUhUdeMo8qTw (d) perenggan 13, 14 dan 15 afidavit Defendan menjelaskan mengenai kelewatan di pihak Pemohon dan peguam cara Pemohon untuk melaksanakan urusan pendaftaran pindah milik hartanah kedua dan perbalahan kekeluargaan berkenaan dengan pengagihan hasil jualan hartanah. [10] Mahkamah ini mendapati permohonan Pemohon untuk mendapatkan segala dokumen berkaitan dengan 2 perjanjian jual beli bagi 2 hartanah tersebut daripada Defendan (Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates) untuk diserahkan kepada peguam cara Pemohon adalah suatu permintaan yang relevan bagi urusan menyempurnakan transaksi jual beli hartanah tersebut khususnya hartanah kedua yang dikatakan pendaftaran pindah milik tertunggak akibat daripada kelewatan di pihak Pemohon. Memandangkan Pemohon kini mempunyai peguam cara untuk mewakilinya maka sewajarnya Defendan menyerahkan dokumen-dokumen yang dipohon tersebut. Tiada apa-apa yang memprejudiskan Defendan. Walau pun Defendan menyatakan bahawa selaku penjual, Pemohon mempunyai segala dokumen tersebut dan Pemohon sendiri yang menandatangani perjanjian jual beli, Mahkamah berpendapat alasan Pemohon yang tidak diwakili peguam semasa transaksi jual beli adalah bukti menunjukkan bahawa Pemohon tiada dokumen yang diingininya itu. S/N RRulJ9ehkmUhUdeMo8qTw Defendan juga tidak pernah menyatakan bahawa penyerahan dokumen tersebut akan memberikan kesan kepada Defendan dan tidak juga pernah menafikan bahawa mereka tidak lagi memiliki dokumen-dokumen tersebut sebagaimana Pemohon yang telah menyatakan bahawa beliau tidak memiliki dokumen-dokumen tersebut. [11] Berkenaan dengan permohonan Pemohon agar semua wang baki harga jualan kedua-dua hartanah sebanyak RM427,908.00 yang dipegang oleh Defendan sebagai amanah diserahkan/dilepaskan kepada peguam cara Pemohon, Mahkamah mendapati keengganan Defendan untuk memenuhi tuntutan Pemohon adalah tidak wajar. Penegasan Defendan sebagaimana dinyatakan dalam perenggan 22 dan 23 afidavit jawapan Defendan iaitu − “22. Saya menegaskan bahawa Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates mewakili pihak pembeli dan juga menurut perintah persetujuan Mahkamah Tinggi Seremban sebahagian daripada harga jual beli telah pun diserahkan kepada Tetuan Ramachandran Shankar & Co. dan sebahagian lagi dipegang oleh Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates dan hanya akan diserahkan selepas pihak Penjual membayar penalti dan juga pembayaran semula duti setem. 23. Untuk makluman Mahkamah yang Mulia ini, saya sebagai peguam cara pembeli di sini bertanggungjawab menjaga kepentingan pembeli. …”. S/N RRulJ9ehkmUhUdeMo8qTw Mahkamah mendapati bahawa hakikat bahawa Defendan (Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates) sememangnya ada memegang baki harga jualan hartanah-hartanah tersebut adalah jelas dan nyata. Mahkamah percaya maklumat yang hendak disampaikan oleh Defendan bahawa Defendan perlu menjaga kepentingan pembeli-pembeli hartanah juga perlu dipakai kepada peguam cara Pemohon selaku penjual hartanah-hartanah yang perlu menjaga kepentingan penjual (Pemohon). Syarat “hanya akan diserahkan selepas pihak Penjual membayar penalti dan juga pembayaran semula duti setem” tidak boleh menjadi suatu sekatan untuk Defendan melepaskan baki harga jualan hartanah-hartanah kepada peguam cara Pemohon yang semestinya dipegang sebagai amanah. [12] Selanjutnya, sebagai peguam cara yang mewakili pembeli-pembeli yang membeli hartanah-hartanah/harta pusaka ibu Pemohon, hak untuk memegang baki hasil jualan sewajarnya diserahkan kepada peguam cara Pemohon (penjual). Apa-apa hal perkara mengenai pengagihan hasil jualan kepada waris (adik beradik Pemohon) dan apa-apa urusan mengenai pendaftaran pindah milik hartanah-hartanah bukanlah menjadi faktor untuk Defendan terus memegang baki wang hasil jualan tersebut. Tiada alasan kukuh dan konkrit diberikan oleh Defendan untuk terus memegang baki wang hasil jualan tersebut. Ini kerana pemohonan yang dibuat oleh Pemohon juga memberi kesan bahawa wang tersebut akan tetap akan dipegang sebagai pemegang amanah bagi Pemohon oleh Tetuan Kamarudin & Partners (peguam cara Pemohon). Kepentingan S/N RRulJ9ehkmUhUdeMo8qTw pihak-pihak masih lagi terjamin kerana wang tersebut bukannya diserahkan terus kepada Pemohon. Kesimpulan [14] Berdasarkan alasan yang dinyatakan dalam penghakiman ini, Mahkamah membenarkan Kand. 34 dengan kos sebanyak RM5000.00 dibayar oleh Defendan kepada Pemohon, tertakluk kepada fi alokatur. Defendan diperintahkan memberi dokumen dan wang seperti dipohon dalam 10 hari bekerja dari tarikh penyampaian Perintah ini ke atas Defendan. Bertarikh: 7 April 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi pihak Pemohon: Annie Gomez Tetuan Kamarudin & Partners, Kuala Lumpur. Bagi pihak Defendan: Sivaperumal A/L Sakitazan & Ganesh Tetuan G. Ram, Rozzeta & Associates, Sungai Pelek, Selangor. S/N RRulJ9ehkmUhUdeMo8qTw