/akn/my/judgment/court-of-appeal/2018/ba486182-2969-4d3d-965e-6974a733bc6a
Court of Appeal of Malaysia25 Jun 2018A-05(M)-199-05/2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“id, or stopped anyone driving past. He did none of these. Instead, he fled and came back later merely to retrieve his mobile phone. These are relevant conducts to take into consideration under s. 8 Evidence Act 1950.” [30] Hakim bicara yang bijaksana telah menolak keterangan perayu kononnya si mati telah menikam diriny”
“terial to the issue at hand. The version more consistent with these ought to be accepted as being more trustworthy and reliable. [44] The Supreme Court of India in Piara Singh & Ors v State of Punjab [1977] AIR 2274 laid down the approach to be adopted when the opinion of one expert differs from another as follows: “Wh”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO. A-05(M)-199-05/2017 ANTARA SYARAFI BIN ABU … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN (Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Taiping Perbicaraan Jenayah No. 45B-02-10/2015 Antara Pendakwa Raya Dan Syarafi Bin Abu) KORAM: AHMADI HAJI ASNAWI, HMR ABDUL RAHMAN SEBLI, HMR KAMARDIN HASHIM, HMR 2 PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Perayu telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh hakim bicara yang bijaksana di Mahkamah Tinggi Taiping ke atas pertuduhan berikut: “Bahawa kamu pada 2.2.2015 jam lebih kurang 11.55 pagi di KM 228.2 Leburaya Utara Selatan, di dalam Daerah Taiping, di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan, telah membunuh Nur Syuhada Binti Johari (NO. KP: 950312- 02-5274) dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan”. Kes Pendakwaan [2] Pada 2.2.2015 jam lebih kurang 10.00 pagi, Nur Syuhada binti Johari (“si mati”), pelajar di UITM Permatang Pauh, Pulau Pinang, telah mengejutkan rakan sebiliknya Sarah Husna binti Kamarul Bahrain (SP7) untuk memberitahu yang beliau akan bertemu dengan kawannya bernama “Syarafi” yang akan datang ke asrama untuk memulangkan komputer riba milik si mati yang dipinjamnya. SP7 tidak mengenali Syarafi dan hanya pernah melihat gambar Syarafi yang ditunjukkan oleh si mati melalui telefon bimbitnya. 3 [3] SP7 menemani si mati menunggu ketibaan Syarafi di pagar masuk asrama universiti tersebut. Sebuah kereta Proton Perdana warna hitam tiba tidak lama kemudian dan si mati pergi kearah kereta tersebut. Si mati bercakap dengan pemandu kereta selama beberapa minit dan akhirnya memberi isyarat kepada SP7 bahawa beliau akan masuk ke dalam kereta. Si mati masuk ke dalam kereta tersebut dan kereta bergerak meninggalkan kawasan asrama ke arah lebuh raya. SP7 memaklumkan apa yang berlaku kepada rakannya Nabila, dan mereka berdua mengambil keputusan untuk memaklumkan ibu-bapa si mati. Nabila kemudiannya telah memaklumkan perkara tersebut kepada ibu si mati. [4] Pada sekitar jam 11.00 pagi, bapa si mati, Johari bin Hashim (SP8), yang sedang memandu kereta menerima panggilan dari isterinya yang memaklumkan bahawa beliau menerima mesej dari kawan si mati bahawa si mati telah dilarikan oleh seorang bernama “Syarafi”. SP8 sememangnya mengenali Syarafi (perayu) dan ibu-bapanya kerana mereka tinggal di kawasan yang sama. SP8 juga mengetahui mengenai hubungan di antara si mati dan perayu yang menurutnya adalah sebagai “kawan” sahaja. Selain itu, kira-kira 6 bulan sebelum kejadian, SP8 pernah memberi amaran kepada 4 perayu supaya berhenti mengganggu si mati dan turut memaklumkan perkara tersebut kepada ibu-bapa perayu. [5] Sebaik menerima panggilan dari isterinya, SP8 menghubungi ibu perayu supaya perayu menghantar si mati pulang. SP8 kemudiannya menghubungi ibu perayu sekali lagi dan dimaklumkan perayu tidak menjawab panggilan ibunya. SP8 kemudian menerima panggilan dari bapa perayu yang memaklumkan bahawa si mati telah cedera akibat tikaman dan dalam keadaan tenat. SP8 bergegas ke balai polis Alor Setar dan pemeriksaan dengan balai polis Taiping mengesahkan terdapat laporan mengenai kejadian tikaman di lebuh raya dan mangsa berada dalam keadaan kritikal. SP8 dan isterinya bergegas ke hospital Kuala Kangsar. Semasa dalam perjalanan, SP8 menerima panggilan telefon dari pihak polis bahawa si mati telah meninggal dunia. [6] Md. Ikbal bin Ahmad (SP5) sedang menunggang motosikal di lebuh raya PLUS dari arah Taiping ke Ipoh apabila melihat sebuah kereta Proton Perdana hitam yang berhenti di lorong kecemasan. SP5 memperlahankan motosikalnya. SP5 nampak perayu berdiri di luar pintu pemandu dan si mati 5 duduk di kerusi penumpang hadapan. Melalui cermin pandang belakang dan motosikal bergerak perlahan, SP5 melihat perayu menarik si mati keluar dari kereta dengan cara menarik rambutnya dari belakang. Kedua-dua tangan si mati pula mengapai-gapai seolah-olah meminta pertolongan. SP5 menganggap mereka sedang bergaduh. SP5 tidak melihat apa berlaku seterusnya kerana jaraknya semakin jauh. SP5 kemudian berpatah balik ke arah kereta. Semasa dalam perjalanan balik ke arah kereta, SP5 melihat perayu memanjat besi pengadang tepi jalan dan turun ke bawah bukit. SP5 meletakkan motosikalnya dan berjalan ke arah kereta tersebut. SP5 melihat si mati terbaring di sebelah kereta dalam keadaan berlumuran darah dan seorang pakcik sedang menutup kepala si mati dengan kain sambil memberinya air dan mengajarnya membaca ayat suci Al-Qur’an. Orang ramai mula berkumpul di tempat kejadian. [7]
preamble
Menurut SP5, perayu datang kembali ke tempat kejadian kira-kira 40 minit kemudian dan melangkah mayat si mati, lalu mengambil telefon bimbit di dalam kereta dan mengeluarkan kata-kata “Tak mampus lagikah perempuan ini”. Perayu kemudian duduk di besi pengadang jalan dan bercakap di telefon. SP5 mendengar perayu bercakap di telefon seperti berikut: “Pak, pak saya minta maaf”. Orang ramai mula memukul perayu 6 dan SP5 bertindak menghalang mereka. SP5 mendengar perayu menyatakan si mati telah mengelar lehernya sendiri. Perayu cuba lari melepasi besi pengadang jalan tetapi ditahan oleh orang ramai dan diikat dengan tali pinggang miliknya. [8] Koperal Yahya bin Karti (SP4) sedang bertugas membuat rondaan apabila dimaklumkan mengenai kejadian pada kira-kira jam 12.00 tengah hari. Beliau kemudiannya telah diarahkan untuk pergi ke tempat kejadian. Setibanya di tempat kejadian, SP4 melihat kereta Proton Perdana berwarna hitam dengan nombor pendaftaran BFA 5087 di tengah jalan dan seorang wanita terbaring di tepi kereta tersebut dengan leher berlumuran darah. SP4 membuat tangkapan ke atas perayu yang ketika itu sedang duduk di tepi jalan. Perayu tidak melawan apabila tangkapan dibuat. [9] SP5 mendengar perayu memberitahu polis bahawa si mati telah membuang pisau ke bawah bukit di tepi jalan. Anggota polis dengan kerjasama orang ramai bertindak mencari pisau di sekitar kawasan tersebut. 7 [10] Penyiasatan polis mengesahkan pisau yang dijumpai di tempat kejadian (eksibit P39A) yang dikatakan digunakan untuk menikam si mati adalah milik abang perayu, Shahrul bin Abu (SP14). Kereta Proton Perdana bernombor pendaftaran BFA 5087 yang digunakan oleh perayu pula adalah milik abang ipar SP14. Perayu bekerja dengan SP14 sebagai tukang masak. Pada hari kejadian, perayu telah meminta kebenaran SP14 untuk pulang ke kampung di Kedah dan SP14 telah membenarkan perayu menggunakan kereta tersebut. [11] Ahli kimia, Hazwani binti Hafiz (SP13), menyatakan bahawa tiada profil DNA yang diperolehi dari sampel darah pada pisau tersebut (eksibit P39A) kerana sampel darah telah rosak hasil tindak balas bakteria akibat keadaan suhu sekitar yang panas dan lembap. [12] Melalui SP11 (Abdul Nasir bin Ibrahim), Pengurus Eksekutif PLUS, rakaman CCTV di Plaza Tol Juru telah dikemukakan dan ditayangkan di mahkamah. Rakaman menunjukkan kereta Proton Perdana No. BFA 5087 melalui Plaza Tol tersebut yang dipandu oleh seorang lelaki dan terdapat seorang penumpang perempuan di kerusi penumpang hadapan. Rakaman 8 juga menunjukkan aksi pemandu kereta menarik rambut penumpang tersebut semasa melintasi laluan tol. [13] Pegawai penyiasat, ASP Rahimi bin Abdul Rahman (SP16), mendapati bahawa kereta tersebut telah kehabisan minyak. Ini menjelaskan kenapa kereta tersebut berhenti di tempat kejadian. Rakaman percakapan beramaran perayu (eksibit D48) yang dikemukakan melalui SP16 mengesahkan perkara yang sama. [14] Ahli patologi, Dr. Siti Zanariah binti Md. Naziri (SP12), yang membuat bedah-siasat ke atas mayat si mati membuat dapatan bahawa sebab kematian si mati adalah akibat kesan tikaman tunggal di bahagian hadapan leher sepanjang 6 sentimeter yang memutuskan “carotid artery” dan menyebabkan pendarahan teruk yang kemudiannya mengakibatkan kematian si mati. Semasa disoal-balas, SP12 menolak cadangan bahawa kecederaan tersebut adalah akibat perbuatan si mati sendiri (‘self-inflicted’) dengan niat untuk membunuh diri. Berdasarkan percakapan beramaran perayu (eksibit D48), perayu menyatakan bahawa si mati telah mencederakan dirinya sendiri untuk membunuh diri. 9 Dapatan Hakim Bicara Di Akhir Kes Pendakwaan [15] Hakim bicara yang bijaksana memutuskan bahawa keterangan ikut keadaan secara keseluruhannya menjurus kepada kesimpulan yang tidak dapat disangkal (‘irresistible conclusion’) bahawa perayu adalah orang yang telah mendatangkan kecederaan yang menyebabkan kematian si mati. [16] Hakim bicara seterusnya memutuskan bahawa berpandukan kepada keterangan SP12, kecederaan tersebut adalah mencukupi pada lazimnya untuk menyebabkan kematian (“the injury was sufficient in the ordinary course of nature to cause death”) si mati sebagaimana peruntukan di bawah seksyen 300(c) Kanun Keseksaan. [17] Perayu dipanggil untuk membela diri setelah hakim bicara berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap perayu di atas pertuduhan yang dikenakan tersebut. 10 Kes Pembelaan [18] Perayu memberikan keterangan secara bersumpah. Perayu mendakwa bahawa dia dan si mati adalah pasangan kekasih sejak 4 tahun sebelum kejadian. Namun hubungan mereka telah mendapat tentangan dari keluarga masing-masing. [19] Pada hari kejadian, perayu berjumpa si mati untuk memulangkan komputer riba milik si mati yang dipinjamnya dan si mati kemudian bersetuju untuk mengikutnya pergi bersiar-siar. Semasa dalam perjalanan, berlaku pertengkaran mulut antara mereka apabila si mati membuat panggilan telefon dan menyatakan bahawa perayu telah membawanya lari. Si mati cuba terjun dari kereta dan perayu menghalangnya dengan cara memandu kereta dengan laju. [20] Si mati kemudian mengambil pisau yang terdapat dalam kereta dan cuba untuk membunuh diri tetapi dihalang oleh perayu. Kereta kemudiannya terhenti akibat kehabisan minyak. Perayu mencabar si mati untuk membunuh diri di luar kereta dan pada masa yang sama cuba merampas pisau dari si mati. Si mati kemudian “mengerat” lehernya sendiri. Perayu 11 tidak sempat menghalang kerana kejadian berlaku dengan pantas. Hanya selepas itu perayu berjaya merampas pisau dari tangan si mati dan membuangnya. [21] Perayu panik dan lari ke dalam hutan kerana takut dipersalahkan. Perayu kemudian sedar bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan kembali untuk melihat si mati. Perayu mengakui mengeluarkan kata-kata “tak mampus lagi ke” akibat tekanan perasaan dan kecewa dengan tindakan si mati membunuh diri hanya kerana pertengkaran mulut. Perayu melangkah mayat si mati kerana hendak mengambil telefon bimbitnya di dalam kereta yang berbunyi. Panggilan telefon tersebut adalah dari abangnya dan dalam perbualan, perayu telah meminta maaf dari keluarganya kerana takut akan ditangkap oleh pihak polis. [22] SD2 (Dato’ Dr. Bhupinder Singh a/l Jeswant Singh) adalah Senior Consultant Forensic Pathologist di Hospital Pulau Pinang dari tahun 2005 sehingga bersara pada bulan Oktober 2016. Keterangan SD2 bolehlah disimpulkan melalui keterangan berikut: 12 “S: In this particular case, the victim had one stab wound as can be seen in exhibit P8 photographs 15 and 23. You have seen those photos. Do you agree that this wound has been self-inflicted by the deceased? J: Yes Yang Arif. In my opinion, this is a self-inflicted wound, a single self-inflicted wound to the neck.” Keputusan Hakim Bicara Yang Bijaksana Di Akhir Kes Pembelaan [23] Hakim bicara yang bijaksana memutuskan bahawa pembelaan telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah bahawa kecederaan yang mengakibatkan kematian si mati adalah bukan akibat perbuatan perayu. [24] Sebaliknya pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap perayu melampaui keraguan yang munasabah dan perayu disabitkan dengan pertuduhan yang dikenakan tersebut, seraya dihukum gantung sampai mati. Rayuan Perayu [25] Berdasarkan Petisyen Rayuan dan hujahan yang dikemukakan, pada hemat kami, satu-satunya isu yang perlu diputuskan dalam rayuan ini adalah 13 sama ada kecederaan tikaman di leher yang menyebabkan kematian si mati (“kecederaan tersebut”) adalah akibat perbuatan perayu atau perbuatan si mati sendiri dengan niat untuk membunuh diri. Tiada isu mengenai dapatan hakim bicara yang bijaksana bahawa kecederaan tersebut adalah termasuk di dalam kategori kecederaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 300(c) Kanun Keseksaan. [26] Peguam bela yang bijaksana berhujah bahawa hakim bicara telah terkhilaf apabila membuat dapatan bahawa kecederaan tersebut adalah akibat perbuatan perayu dan menerima keterangan SP12 bahawa kecederaan tersebut bukan diakibatkan oleh si mati sendiri serta menolak keterangan pembelaan perayu yang disokong oleh SD2 bahawa kecederaan tersebut adalah akibat perbuatan si mati sendiri dengan niat untuk membunuh diri. Keputusan Kami [27] Tidak ada saksi yang melihat secara langsung perbuatan perayu menyebabkan kecederaan ke atas si mati yang mengakibatkan kematian si mati. Dengan itu Mahkamah perlu bergantung pada keterangan ikut 14 keadaan. Berdasarkan keterangan SP5 dan SP7, perayu adalah orang terakhir yang dilihat bersama si mati pada saat-saat terakhir hayat si mati. Tidak ada orang lain yang dilihat bersama mereka. SP5 yang lalu di tempat kejadian dan melihat apa yang berlaku di antara perayu dan si mati adalah saksi kepada detik-detik akhir hayat si mati dalam keadaan masih hidup, sebelum SP5 hanya beberapa minit selepas itu melihat si mati dalam keadaan nazak, terbaring berlumuran darah. [28] Pada hemat kami, keterangan SP5 seorang adalah mencukupi untuk dijadikan asas yang kukuh untuk membuat suatu kesimpulan yang tidak dapat ditolak (irresistible conclusion) bahawa kecederaan yang dialami oleh si mati yang membawa kepada kematiannya adalah akibat dari perbuatan perayu. Berdasarkan kepada keseluruhan keterangan yang dikemukakan di Mahkamah, kami bersetuju sepenuhnya dengan dapatan hakim bicara yang bijaksana di akhir kes pendakwaan bahawa (di m.s. 29, Jilid 1, RR): “[54] What SP5 saw was crucial. Syuhada was clearly in a state of despair, as she was dragged out of the car by the hair, while screaming and waving her hands frantically. The lacerations on Syuhada’s elbow as testified by SP12, supports SP5’s contention that she was dragged to the ground on her back from behind. In that moment when she was dragged out to the left side of the car, SP5 did not see what had happened. However, SP5 who had immediately turned back to the car, saw that Syuhada was bleeding profusely from the neck. The fact that Syarafi was the only one there and had acted violently against Syuhada, points irresistibly to only one conclusion: that he 15 was the only one that could have stabbed Syuhada in the throat using the knife that belonged to his brother”. [29] Seterusnya, tindakan perayu sebagaimana yang digambarkan oleh SP5 ketika jasad si mati terbaring di tempat kejadian mengukuhkan lagi keterangan terhadap perayu mengenai apa yang sebenarnya berlaku di antara mereka sejurus sebelum itu. Berdasarkan keterangan tersebut, hakim bicara yang bijaksana secara jelas dan tepat telah membuat dapatan bahawa (di m.s. 30, Jilid 1, RR): “[55] Syarafi's act when he came back to the scene is most damning. To have uttered the chilling words of "tak mampus lagi kah perempuan ini?" could only mean that he had felt no remorse or compassion towards Syuhada. SP5 had also heard Syarafi talking on his mobile phones saying "Pak, pak saya minta maaf". His remorsefulness could only be due to what he had done to Syuhada. [56] If Syarafi's statement to the police is to be believed, in that Syuhada had stabbed herself, then it would have only been reasonable to expect Syarafi to at the very least attend to her. He could have called for assistance by calling for medical aid, or stopped anyone driving past. He did none of these. Instead, he fled and came back later merely to retrieve his mobile phone. These are relevant conducts to take into consideration under s. 8 Evidence Act 1950.” [30] Hakim bicara yang bijaksana telah menolak keterangan perayu kononnya si mati telah menikam dirinya sendiri atas alasan berikut 16 sebagaimana dicatatkan di dalam alasan penghakiman di m.s. 44, 46, Jilid 1,RR): “[89] Syarafi claimed that he was in a relationship with Syuhada, albeit he readily admitted that it was one that was not approved by the parents. Nevertheless, he maintained that he loved and cared deeply for Syuhada. If that was indeed the case, and if one were to believe his testimony that he had attempted to stop Syuhada from killing herself, then why did he run away? A person who loved another would firstly do his best to firstly talk the other person from committing suicide. He would never dare her to kill herself, which was the case here with Syarafi, who even dragged Syuhada out of the car daring her to do it outside the car. [90] If indeed Syuhada had stabbed herself in the throat, why then did Syarafi run away immediately? He claimed to have panicked, but running away in panic can only connote guilt in these circumstances. If he had indeed cared for her, he should have then immediately gone to her aid. Syarafi could have stopped someone and asked for help, or call for an ambulance. After all, his mobile phone was in the car. Instead, Syarafi ran away leaving Syuhada bleeding profusely. [91] Although Syarafi had come back claiming that he had suddenly realised that he was not at fault, and that he wanted to have a look at Syuhada, his behaviour tells the opposite. Firstly, he did not attend to Syuhada, who was barely alive and still bleeding. Instead, he chose to answer his mobile phone, which was ringing. He even had the audacity to proclaim "tak mampus lagi ka" when he looked at Syuhada. This is not the behaviour of one who proclaimed love for Syuhada, and one who claimed that he did not inflict the wound on her. Conversely, it is the behaviour of a ruthless man who had imposed his will on a victim. [92] Although Syuhada may have willingly followed Syarafi initially, that willingness had ceased sometime during the journey. The CCTV recording at the Juru toll plaza showed her in distress held against her will. The fact that Syarafi drove fast, could only mean that he did not want her to try and escape. The fact that he was seen by SP5 pulling Syuhada's hair and dragging her out from the right side of the car when she was seated on the left side, is evident of a wicked man who had every intention to harm Syuhada. The abrasions on Syuhada's elbow supports the fact that she had fell down on the road when being dragged by Syarafi. 17 [93] The fact that the knife belonged to Syarafi's brother and was in a box in the car as he claimed, meant that only he knew that the knife was there, and had used the knife to stab Syuhada when they were outside the car. Syarafi had also admitted throwing the knife away, that was eventually found on the slope adjoining the highway. Although Syarafi claimed to have thrown away the knife to protect Syuhada from further injuring herself, I find that it is more probable that Syarafi had thrown the knife away in order to dispose of the murder weapon, a common act done by those who are guilty of the crime.” [31] Berdasarkan kepada keseluruhan keterangan yang dikemukakan, kami tidak mendapati apa-apa kekhilafan oleh hakim bicara yang bijaksana dalam menangani isu sama ada si mati telah menikam dirinya sendiri seperti dakwaan perayu atau sama ada kecederaan tersebut telah diakibatkan oleh orang lain, iaitu perayu sendiri. Kami mendapati isu ini telah ditangani secara komprehensif (seperti di atas) oleh hakim bicara dan kami tidak ada apa-apa yang signifikan untuk ditambah. [32] Namun begitu, kami ingin menekankan bahawa perbuatan perayu melarikan diri dan mengeluarkan kata-kata kesat dan melangkah mayat si mati tanpa sebarang rasa kesal, sama sekali tidak menyokong dakwaan perayu bahawa si mati telah membunuh diri. Alasan yang diberikan oleh perayu atas tindakannya melarikan diri dan mengeluarkan kata-kata kesat serta melangkah mayat si mati adalah tidak munasabah sama sekali walau 18 dalam apa keadaan sekali pun atau walau bagaimana tergugat sekali pun emosinya. Tindakan perayu yang sedemikian menggambarkan keadaan dirinya sebagai seorang yang tidak berperikemanusiaan dan berkebolehan untuk melakukan tindakan ganas dan kejam terhadap mangsa yang berseorangan dan tidak mampu untuk melindungi dirinya dari perbuatan ganas perayu. Sama Ada Hakim Bicara Yang Bijaksana Terkhilaf Dalam Menolak Keterangan SD2 Yang Menyokong Keterangan Perayu Bahawa Si Mati Telah Mencederakan Dirinya Sendiri [33] Di akhir kes pendakwaan, hakim bicara yang bijaksana turut menganalisis dan seterusnya menerima keterangan SP12 bahawa kecederaan yang dialami oleh si mati diakibatkan oleh perbuatan orang lain dan bukan oleh si mati sendiri dengan niat untuk membunuh diri. Di m.s. 30, Jilid 1, RR, hakim bicara menyatakan: “[57] I also accept SP12's testimony, that the wound could have only been caused by another person, in that the stab pattern would have been different, had Syuhada attempted to kill herself. I also find that the wound inflicted on Syuhada goes to show that Syarafi had every intention to cause death. To thrust a knife into the throat, which is a vulnerable part, causing a wound six centimetres deep, could only mean that Syarafi had inflicted the wound intentionally, and that it was inflicted with the intention of causing bodily injury on Syuhada.” 19 [34] Dalam kes ini terdapat dua keterangan pakar tentang naratif bagaimana si mati mengalami kecederaan yang membawa kepada kematiannya. Dan, keterangan kedua-dua saksi pakar tersebut adalah bertentangan di antara satu sama lain. SP12 menyimpulkan bahawa kecederaan tunggal yang dialami oleh si mati ditimpakan ke atas si mati oleh pihak lain dan menolak cadangan bahawa kecederaan tersebut adalah akibat perbuatan si mati sendiri dengan niat untuk membunuh diri. [35] SD2 pula menyatakan bahawa kecederaan yang dialami oleh si mati adalah self-inflicted. [36] Undang-undang adalah mantap bahawa hakim bicara mempunyai budi bicara (discretion) untuk memilih yang mana satu dari pandangan/pendapat pakar tersebut yang wajar diterima jika pandangan/pendapat pakar-pakar tersebut adalah berbeza - lihat Tengku Abdullah ibni Sultan Abu Bakar v Mohd. Latiff Shah Mohd. [1996] 2 MLJ 265; [1997] 2 CLJ 607. Keputusan untuk menerima sesuatu keterangan pakar berbanding keterangan pakar yang lain adalah terletak sepenuhnya di atas budi bicara mahkamah berdasarkan fakta dan keadaan sesuatu kes. 20 [37] Fungsi utama saksi pakar adalah untuk membantu mahkamah dalam bidang di mana mahkamah/hakim tidak mempunyai kepakaran. Namun begitu, fungsi untuk mendapatkan dapatan fakta (fact finding mission) adalah fungsi mahkamah/hakim seorang dan fungsi ini tidak boleh diserahkan kepada pihak lain, khususnya saksi pakar – lihat Wong Swee Chin v PP [1981] 1 MLJ 212. [38] Dalam situasi di mana wujud perbezaan (conflict) di antara keterangan saksi-saksi pakar, Mahkamah ini dalam kes Jitweer Singh a/l Ojagar Singh v PP [2016] 4 MLJ 525 memutuskan: “[43] ......When there is conflicting expert opinion, a judge should test it against the background of all the other evidence available in that particular case in order to decide which expert evidence is to be preferred. In particular, a judge must have regard to the direct evidence, whether in the form of oral evidence or contemporaneous documents, and the overall circumstances material to the issue at hand. The version more consistent with these ought to be accepted as being more trustworthy and reliable. [44] The Supreme Court of India in Piara Singh & Ors v State of Punjab [1977] AIR 2274 laid down the approach to be adopted when the opinion of one expert differs from another as follows: “What has happened is that two experts, namely, Dr Jatinder Singh and Dr Paramjit Singh had differed in their opinions. The High Court rightly observed that in view, of the difference of opinion between the two experts the evidence of Dr Jatinder Singh must be preferred as it is supported by the evidence of the eye-witnesses whose evidence is both reliable and trust-worthy and is also supported by other circumstances proved in the case. It seems to us that where 21 there is a conflict between the opinion of two experts the court should normally accept the evidence of the expert whose evidence is corroborated by direct evidence of the case which according to the court is reliable”. [45] It is also trite that a trial judge should not be quick to reject evidence of an expert whose findings are based on reports of facts unless the judge is satisfied that the inference or opinion derived from the said reports of facts is unsound. In evaluating the conflicting experts’ evidence the approach ought to be to examine the scientific grounds and bases on which they rely (Singapore Finance Ltd v Lim Kah Ngam (S’pore) Pte Ltd & Eugene HL Chan Associates (third party) [1984] 2 MLJ 202). [39] Dalam menangani isu ini (pendapat pakar yang berbeza) hakim bicara yang bijaksana telah merujuk (allude) kepada fakta-fakta dan keterangan-keterangan yang terbentang di hadapannya lalu menolak dakwaan perayu bahawa si mati telah menikam dirinya sendiri dan mendapati, atas alasan-alasan seperti diperincikan dalam perenggan 30 (di atas), bahawa perayu adalah orang yang telah menikam leher si mati dengan menggunakan pisau eksibit P39A. [40] Selanjutnya, berdasarkan kepada finding of facts seperti diperincikan di perenggan 30 (di atas), hakim bicara yang bijaksana telah menerima keterangan SP12 berkenaan dengan kecederaan yang dialami oleh si mati serta menolak keterangan SD2. Beliau telah memberikan alasan-alasannya 22 seperti terkandung di m.s. 46-48 Jilid 1, RR, diperturunkan in extensor untuk pencerahan maxima: “[94] I would prefer to accept the findings of SP12 as opposed to SD2. SP12 had conducted the post-mortem. She had the advantage of physically examining Syuhada's corpse. SD2 on the other hand, had merely referred to SP12's report and the post-mortem photographs of Syuhada's corpse. There is a huge difference between making a finding based on an autopsy, compared to merely viewing photographs and a report. With the former, SP12 was able to dissect and visually inspect Syuhada's corpse, an essential requirement for a pathologist to conduct a post-mortem. With the greatest of respect to SD2, I do not think that his wealth of experience can compensate the fact that he did not conduct the autopsy on Syuhada unlike SP12. There is a big difference between an analysis done physically and visually. When it comes to the human anatomy, I have no doubt that the findings based on the former are to be preferred over the latter. [95] ........ [96] Similarly in this case, I would prefer the findings of SP12. In any event, my preference on SP12's findings is also based on the findings of fact that I had set out in the preceding paragraphs. These findings support SP12's conclusion that Syuhada's wound was caused by another person. [97] Furthermore, there are simply no reasons to support the proposition that Syuhada had killed herself by stabbing her neck with the knife. She was furthering her studies in UiTM, was loved by her family, and was also in a relationship with a fellow student studying in the same campus. None of the witnesses had ever provided any reasons or theory, to support the proposition that Syuhada had reasons to kill herself. [98] In fact, if Syuhada was really inclined to take her life, she could have easily jumped out of the car when Syarafi drove at high speed. If she had known of the knife in the car, she could have easily attempted to kill herself before the car came to a stop when it had run out of fuel. I therefore reject the defence's proposition that Syuhada's death was her own doing.” 23 [41] Kami tidak mendapati sebarang alasan untuk tidak bersetuju dengan alasan-alasan yang digariskan oleh hakim bicara yang bijaksana yang memilih untuk menerima keterangan dan dapatan SP12 untuk menyokong dapatannya bahawa kecederaan si mati telah diakibatkan oleh perayu dan bukan oleh si mati sendiri. [42] Kami juga tidak mempunyai sebarang alasan untuk mengganggu dapatan hakim bicara yang bijaksana yang memilih untuk menerima keterangan dan dapatan SP12 dan menolak keterangan dan dapatan SD2 kerana tidak ditunjukkan di mana-mana bahawa hakim bicara yang bijaksana telah keliru atau tidak memahami keterangan dan dapatan SP12 atau SD2 atau alasan beliau (hakim bicara) untuk memilih keterangan SP12 adalah tidak kukuh sama sekali. [43] Sehubungan dengan isu seperti ini, Majlis Privy dalam kes Collector Of Land Revenue v Alagappa Chettiar [1971] 1 MLJ 43, melalui Lord Diplock di m.s. 46, telah memutuskan: 24 “A finding that the opinion of one expert witness is to be preferred to that of another, is also one of which is not lightly to be disturbed by an appellate court unless it can be demonstrated that the judge who heard and saw them give their evidence has misunderstood it or that his reasons for preferring one to the other are clearly unsound”. [44] Selain dari keterangan perayu dan SD2, tidak ada keterangan lain untuk menyokong hujahan/proposisi bahawa simati telah mencederakan dirinya sendiri dengan niat untuk membunuh diri. Kesimpulan [45] Berdasarkan kepada keseluruhan keterangan dan alasan-alasan di atas, kami dengan sebulat suara bersependapat bahawa tidak ada sebarang keraguan yang munasabah ditunjukkan di dalam kes ini bahawa perayu telah membunuh si mati sebagaimana pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. [46] Oleh yang demikian, rayuan perayu ditolak dan keputusan hakim bicara yang bijaksana disahkan dan dikekalkan. 25 BERTARIKH: 11hb. Mac 2019 ( AHMADI BIN HAJI ASNAWI ) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguam Bela Perayu: Naran Singh Tetuan Naran Singh & Co Peguambela dan Peguamcara Peguam Bela Responden: Nik Syahril bin Nik Ab. Rahman Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.