Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO. PA-22NCvC-126-07/2018 ANTARA SHARIFAH BINTI ZAINUDDIN (No. K/P: 670121-08-5446) (berniaga sebagai TOP LEVER ENTERPRISE No. Pendaftaran: IPO124436-V) …. PLAINTIF
PA-22NCvC-126-07/2018
High Court of Malaysia16 Mar 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“dakan untuk membatalkan geran probet yang dikeluarkan bagi wasiat, satu sitasi di bawah kaedah 7 perlu dikeluarkan terlebih dahulu. Mahkamah Rayuan di dalam kes Kok Chee Yoong & Anor v. Wong Lee Yuen [2018] MLRAU 265 memutuskan tuntutan plaintif bagi mendapatkan perintah membatalkan surat kuasa tadbir pusaka yang diber”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO. PA-22NCvC-126-07/2018 ANTARA SHARIFAH BINTI ZAINUDDIN (No. K/P: 670121-08-5446) (berniaga sebagai TOP LEVER ENTERPRISE No. Pendaftaran: IPO124436-V) …. PLAINTIF
1
ONG BEE EAN (No. K/P: 610527-07-5462)
2
GAN SHANG YUH (No. K/P: 610505-07-5525)
3
MILAN CREST SDN BHD (No. Syarikat: 929937-U) ….. DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Defendan pertama dan kedua telah memfailkan Lampiran 167 sementara defendan ketiga memfailkan Lampiran 186 di bawah Aturan 33 kaedah 2 dan/atau kaedah 5 dan/atau Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”) memohon Mahkamah memutuskan isu awal sebelum bicara. 01/08/2023 15:58:11 PA-22NCvC-126-07/2018 Kand. 230 [2] Bagi Lampiran 167 persoalannya ialah: Sama ada Writ Saman Dipinda Semula (“Writ”) dan Pernyataan Tuntutan Terpinda Plaintif bertarikh 28 Oktober 2022 adalah cacat dan defektif, yang mana perlunya dibatalkan dengan kos, kerana terdapat keingkaran Aturan 72 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”)? [3] Bagi Lampiran 186 persoalannya ialah: Soalan (1): Sama ada Mahkamah Tinggi dalam Saman Pemula No. 24-1162- 07/2012 (“OS 1162”) dan Guaman Sivil No. 22-NCvC-684-10/2012 (“Guaman 684”) telah memutuskan bahawa Gan Gim Khuan ("GGK") telah dengan sah menamatkan perjanjian jual beli bertarikh 24-03-2004 yang dimeterai antara GGK sebagai penjual dan Plaintif sebagai pembeli berhubung dengan penjualan dan pembelian Lot 834 ("SPA 24-03-2004") dan perjanjian jual beli bertarikh 07-09-2004 yang dimeterai antara GGK sebagai vendor dan Plaintif sebagai pembeli berhubung dengan penjualan dan pembelian Lot 196 ("SPA 07-09-2004") pada 11.01.2006 dan 07.02.2006 masing-masing? Soalan 2 (a) & (b): Sekiranya No. 1 dijawab dalam afirmatif –
a
Sama ada Plaintif berhak di sisi undang-undang untuk membuka semula dan membuat litigasi semula isu sama ada GGK telah dengan sah menamatkan SPA 24-03-2004 dan SPA 07-09-2004 pada 11.01.2006 dan 07.02.2006 masing-masing?
b
Sama ada Plaintif berhak menuntut apa-apa hak atau kepentingan di bawah SPA 24-03-2004 dan SPA 07-09-2004? Soalan No. 3: Adakah dakwaan Plaintif bahawa Wasiat GGK telah dipalsukan oleh Defendan Pertama untuk mendapatkan Geran Probet mempunyai apa-apa kaitan dengan isu sama ada GGK telah menamatkan SPA 24-03-2004 dan SPA 07-09-2004 ketika dia masih hidup pada 11.01.2006 dan 07.02.2006 masing-masing? Soalan No. 4: Sama ada Plaintif mempunyai apa-apa locus standi atau asas undang-undang untuk memfailkan prosiding di sini untuk membatalkan: (i) Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 27-09-2012 yang diberi di bawah OS 1162 ("Perintah MT 27-09-2012"), (ii) Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 30-11-2012 yang diberi di bawah Guaman 684 ("Perintah Mahkamah Tinggi 30-11-2012"), dan (iii) Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 22-03-2013 yang diberi di bawah Guaman 684 ("Perintah MT 22-03-2013") atas dakwaan bahawa Wasiat GGK dipalsukan oleh Defendan Pertama untuk mendapatkan Geran Probet? Soalan No. 5: Sama ada tindakan Plaintif di sini yang difailkan pada 27.07.2018 untuk mencabar kesahihan penamatan GGK terhadap SPA 24-03- 2004 dan SPA 07-09-2004 pada 11.01.2006 dan 07.02.2006 masing-masing dihalang oleh Akta Had Masa 1953? Soalan No. 6: Sama ada tindakan Plaintif di sini untuk membatalkan Geran Probet bertarikh 01.11.2010 di bawah Saman Pemula No. 32-189- 2010 dan Perintah Kebenaran Menjual bertarikh 15.02.2012 di bawah Saman Pemula No. 24-100-01/2012 harus dibuang kerana Plaintif gagal mematuhi kehendak Aturan 72 Kaedah 2, Aturan 72 Kaedah 7 dan Aturan 72 Kaedah 8(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012? Soalan No. 7: Sama ada Plaintif yang bukan ahli keluarga GGK dan yang tidak mempunyai kepentingan dalam harta pusaka GGK mempunyai locus standi untuk mencabar Wasiat GGK dan untuk memohon Geran Probet dan Perintah Jualan yang diperoleh oleh Defendan Pertama sebagai wasi GGK dibatalkan? Soalan No. 8: Sama ada Plaintif masih berhak untuk menuntut hak untuk menyelesaikan jual beli Lot 834 dan Lot 196 di bawah SPA 24-03- 2004 dan SPA 07-09-2004 yang telah ditamatkan oleh GGK ketika beliau masih hidup pada 11.01.2006 dan 07.02.2006 masing-masing? Soalan No. 9: Sama ada Plaintif mempunyai apa-apa hak atau apa-apa locus standi untuk mencabar keupayaan undang-undang Defendan Pertama sebagai wasi GGK untuk memasuki perjanjian jual beli bertarikh 06- 01-2012 berhubung dengan jual beli Lot 196 & Lot 834 oleh harta pusaka GGK kepada Defendan Ketiga ("Milan SPA 06-01-2012")? Soalan No. 10 (a) & (b):
a
(a)Sama ada Defendan Ketiga merupakan pembeli bona fide dan pemilik benefisial Lot 864 dan Lot 196 seperti yang telah ditentukan oleh Mahkamah Tinggi menurut Perintah MT 27-09- 2012 di bawah OS 1162?
b
(b)Sama ada pemilikan dan hakmilik Defendan Ketiga terhadap Lot 864 dan Lot 196 tidak boleh dipertikaikan menurut Seksyen 340 Kanun Tanah Negara? [4] Fakta kes bagi kedua-dua permohonan ini adalah seperti berikut. Plaintif memasuki satu Perjanjian Jual Beli bertarikh 2.5.2003 (“SPA Asal”) dengan Gan Gim Khuan (“simati”) bagi dua lot tanah di bawah pegangan GM 608 Lot 196 Mukim 12 Daerah Barat Daya Pulau Pinang dan GM 508 Lot 834 Mukim 12 Daerah Barat Daya Pulau Pinang dengan keluasan keseluruhan 69,826.68 kaki persegi dengan harga RM2,862,893.88. Plaintif telah menjelaskan bayaran deposit sebanyak RM200,402.57. [5] Kemudian plaintif mendapat tahu bahawa sebahagian hartanah tersebut seluas 26,351.68 kaki persegi akan diambil oleh kerajaan untuk pelebaran jalan. Berikutan itu plaintif menamatkan SPA atas alasan simati tidak mendedahkan perkara ini. Walau bagaimanapun mengikut simati SPA Asal dibatalkan kerana plaintif gagal membuat bayaran baki harga belian.
6
Plaintif seterusnya menyatakan dia dan defendan kedua bagi pihak simati berbincang dan bersetuju untuk membeli balik tanah seluas 3,286.0471 meter persegi di bawah pegangan GM 508 Lot 834 dengan harga RM1,450,211.00. Perjanjian Jual Beli ditandatangani pada 24.3.2004 (“SPA 1”) dan deposit RM200,402.57 bagi SPA Asal digunakan untuk SPA 1 ini. Plaintif diberi tempoh 4 bulan untuk membayar baki dan penangguhan selama dua bulan dibenarkan dengan syarat faedah 10% setahun dikenakan. Kemudian plaintif dan simati telah memasuki satu lagi Perjanjian Jual Beli bertarikh 7.9.2004 (“SPA 2”) di mana plaintif membeli tanah seluas 3,201.0631 meter persegi di bawah pegangan GM 608 Lot 196 dengan harga RM1,412,682-80. [7] Sementara itu plaintif juga berurusan dengan Petronas Dagangan Berhad (“PDB”) berkenaan tanah-tanah yang menjadi tajuk perkara dalam SPA 1 dan SPA 2. Tidak dipertikaikan baki harga belian masih tidak dijelaskan oleh plaintif sementara urusan dengan PDB belum selesai. Plaintif kemudiannya menerima surat daripada peguam simati KJ Soo & Co. bertarikh 11.1.2006 dan 7.2.2006 menamatkan SPA 1 dan
2
Namun plaintif pula menandatangani Perjanjian Jual Beli tanah-tanah itu kepada PDB pada 20.7.2007 (“Perjanjian Petronas”). Perjanjian Petronas ini juga tergendala sebab proses pengambilan tanah dan hanya pada 30.1.2008 plaintif dimaklumkan melalui surat bahawa pengambilan tanah tersebut dibatalkan. Selepas itu plaintif dan PDB meneruskan transaksi di antara mereka dan plaintif telah menghubungi defendan kedua untuk urusan pembayaran baki harga belian tanah-tanah tersebut di mana ketika itu plaintif dimaklumkan simati telah meninggal dunia. Simati telah meninggal dunia pada 4.5.2010. [8] Melalui surat bertarikh 5.7.2011 KJ Soo & Co. telah menawarkan plaintif wang berjumlah RM1,200,000.00 untuk melepaskan hak plaintif membeli tanah-tanah tersebut. Sebelum itu pada 1.11.2010 defendan pertama memperoleh geran probet melalui Petisyen No. 32-189-2010 sebagai wasi pusaka simati. Pada 6.1.2012 defendan pertama menjual tanah-tanah tersebut kepada defendan ketiga dan telah mendapatkan Perintah Jualan pada 15.2.2012 melalui Saman Pemula No. 24-100- 01/2012 (“OS 100”). [9] Selepas ini beberapa tindakan guaman telah berlaku iaitu:
a
(a)Defendan ketiga melalui Saman Pemula No. 24-1162-07/2012 (“OS 1162”) memohon kaveat oleh plaintif diketepikan dan berjaya. Rayuan plaintif kepada Mahkamah Rayuan ditolak.
b
(b)Plaintif memfailkan Guaman Sivil No. 22NCVC-684-2012 (“GS 684”) terhadap defendan pertama, di antara lainnya, untuk satu perintah injunksi menghalang defendan pertama memasuki apa-apa perjanjian mengenai tanah-tanah tersebut dan untuk pelaksanaan spesifik bagi SPA 1 dan SPA 2 yang telah ditamatkan tanpa bantahan oleh plaintif. Defendan pertama memohon untuk membatalkan tuntutan plaintif ini. Tuntutan plaintif ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi dan rayuan plaintif ke Mahkamah Rayuan ditolak. [10] Dalam tuntutan kini plaintif di antara lainnya mencabar kesahihan wasiat simati beralaskan berlakunya frod oleh defendan pertama memalsukan wasiat simati dan beberapa perintah agar Mahkamah membatalkan geran probet, penghakiman dalam OS 100, OS 1162 dan GS 684, dan membatalkan Perjanjian Jual Beli di antara defendan pertama dengan defendan ketiga. Isu dan analisis [11] Kedua-dua permohonan ini mempunyai tujuan dan arah yang sama. Jika keputusan Mahkamah ini berpihak kepada defendan pertama dan kedua bagi Lampiran 167 maka keputusan tersebut juga akan memihak kepada defendan ketiga dalam Lampiran 186 dan
Lampiran
Lampiran 186 akan menjadi akademik. Maka saya berpendapat Lampiran 167 patut diputuskan. [12] Aturan 33 kaedah 2 KKM 2012 memperuntukkan bahawa Mahkamah boleh memutuskan isu sama ada fakta atau undang-undang atau sebahagian fakta dan sebahagian undang-undang sebelum perbicaraan dimulakan dan boleh melupuskan kes tersebut berdasarkan keputusan atas isu berkenaan. Mahkamah Agung dalam kes Newacres Sdn Bhd v. Sri Alam [1991] 1 CLJ Rep 321 Mohd Jemuri Serjan HB Borneo di m.s. 327 menyatakan: “We would interpolate to say that O. 33 r. 2 is suitable if there is a point of law which, if decided in one way, is going to be decisive of litigation and the advantage should be taken of these facilities. (See Everett v. Ribbands & Anor. [1952] 2 QB 198 at p. 206 per Romer LJ).”. [13] Melihat kepada pernyataan tuntutan plaintif dan soalan yang dikemukakan dalam Lampiran 167, saya bersetuju bahawa isu undang-undang yang dibangkitkan iaitu sama ada Aturan 72 KKM 2012 dipatuhi bagi tuntutan plaintif adalah sesuai untuk diputuskan dan akan membolehkan satu keputusan dibuat bagi pelupusan tuntutan plaintif. [14] Perenggan 46.3 pernyataan tuntutan terpinda plaintif (Lampiran 147) relif yang dipohon ialah seperti berikut: “46.3 Satu Perintah bahawa Geran Mengenai Probet harta pusaka Gan Gim Khuan yang diperolehi oleh Defendan Pertama pada 01/11/2010 melalui tindakan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Petisyen No. 32-189-2010 adalah tidak sah dan terbatal kerana telah diperolehi secara frod;”. Perkataan-perkataan yang digunakan bagi relif ini adalah jelas. Saya tidak dapat memberi pemahaman yang lain selain plaintif memohon geran probet dibatalkan. Oleh itu hujah peguam terpelajar bagi pihak plaintif bahawa plaintif dalam tindakan ini tidak mencabar geran probet tersebut tidak tepat atau betul. Berikutan ini adalah jelas bagi saya tuntutan plaintif ini adalah satu tindakan probet. [15] Aturan 72 kaedah 2 KKM 2012 menghendaki mana-mana tindakan untuk membatalkan geran probet yang dikeluarkan bagi wasiat, satu sitasi di bawah kaedah 7 perlu dikeluarkan terlebih dahulu. Mahkamah Rayuan di dalam kes Kok Chee Yoong & Anor v. Wong Lee Yuen [2018] MLRAU 265 memutuskan tuntutan plaintif bagi mendapatkan perintah membatalkan surat kuasa tadbir pusaka yang diberikan kepada defendan adalah prosiding probet yang ditentang atau dipertikaikan dan oleh itu pematuhan kepada Aturan 72 adalah mandatori dan membenarkan tuntutan plaintif dibatalkan. [16] Dalam tindakan plaintif ini jika Mahkamah memutuskan kedua-dua SPA di antara plaintif dan simati ditamatkan secara sah maka tuntutan plaintif gagal. Sama ada wasiat itu dipalsukan atau tidak juga tidak lagi menjadi isu kerana tidak lagi relevan. Sama ada kedua-dua SPA di antara plaintif dan simati tidak ditamatkan dan masih sah dan plaintif berjaya maka penjualan hartanah berkenaan kepada defendan ketiga boleh menjadi tak sah dan ini akan tertakluk kepada kekebalan (defeasibility) hakmilik defendan ketiga. [17] Dalam menentukan sama ada hakmilik defendan ketiga boleh dibatalkan ia akan bergantung kepada kedudukan defendan pertama sebagai wasi/penjual. Dan ini melibatkan isu sama ada frod dilakukan oleh defendan pertama melalui wasiat yang dikatakan palsu. Ini akan mencabar perintah mahkamah yang memberikan geran probet kepada defendan pertama. [18] Maka di sini tindakan ini menjadi satu tindakan yang mencabar geran probet yang dikeluarkan kepada defendan pertama dan di bawah Aturan 72 kaedah 2 KKM 2012 satu sitasi perlu dikeluarkan. Pernyataan tuntutan plaintif dan relif-relif yang dipohon jelas termasuk pembatalan geran probet tersebut dan kapasiti defendan pertama sebagai wasi sama ada defendan pertama boleh melupuskan tanah-tanah tersebut kepada defendan ketiga. Keputusan [19] Adalah jelas ketiadaan sitasi menghalang plaintif untuk meneruskan cabarannya. Plaintif tidak pada bila-bila masa memohon satu sitasi dikeluarkan dan oleh itu gagal mematuhi kehendak Aturan 72 KKM 2012. Oleh yang demikian saya memutuskan soalan yang dikemukakan dalam Lampiran 167 adalah cacat dan defektif. Dalam ertikata lain jawapan bagi soalan yang dikemukakan ialah afirmatif. Bagi Lampiran 186, saya berpendapat soalan-soalan yang dikemukakan melibatkan isu-isu yang dipertimbangkan oleh Mahkamah Rayuan di mana Mahkamah Rayuan memutuskan isu-isu tersebut perlu dibicarakan. Hanya soalan 6 yang boleh menentukan tanpa perbicaraan dan jawapan saya ialah afirmatif. Jawapan afirmatif bagi soalan 6 mencukupi untuk memutuskan tuntutan P adalah cacat. Berikutan itu Lampiran 167 dan 186 dibenarkan dan tuntutan plaintif ditolak dengan kos. (TUN ABD MAJID BIN TUN HAMZAH) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Pulau Pinang Tarikh: 1 Ogos 2023 Peguamcara-Peguamcara:- Peguamcara Pihak Plaintif THE LAW OFFICE OF MOHD HARRIS Peguambela dan Peguamcara No. 20, Tingkat 1, Jalan Lestari Utama Taman Amalina Lestari 27600 Raub PAHANG Tel : 09-3561355/3562355 Faks : 09-3558355 Peguamcara Pihak Defendan Pertama dan Defendan Kedua THE CHAMBERS OF YU SHIN ONG Peguambela dan Peguamcara Unit 12A, Level 12 Menara KWSP Jalan Sultan Ahmad Shah 10050 PULAU PINANG Tel : 04-2266203 Faks : 04-2263903 Peguamcara Pihak Defendan Ketiga TETUAN PHEE, CHEN & UNG Peguambela dan Peguamcara No. 11B, Jalan Tavoy 10050 PULAU PINANG Tel : 04-2291932/2295932 Faks : 04-2275933
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.