Lampiran
Lampiran 45, bagi membatalkan tuntutan balas Defendan di bawah A. 18, k. 19(1)(a) dan/ atau (b) dan (d) KKM. [2] Sebagai latar belakang ringkas, Lido Waterfront Boulevard Sdn Bhd (“Lido Waterfront Boulevard”) melalui suatu surat anugerah bertarikh 20.1.2017 (“Surat Anugerah Lido Waterfront Boulevard”), telah melantik China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd (“CCCC”) sebagai kontraktor utama untuk kerja-kerja penambakan tanah bagi sebuah projek yang dikenali sebagai “Proposal for reclamation, revetment, drainage and associated works on land parcels known as LIDO Waterfront in Daerah Johor Bahru, Johor Darul Takzim” (“Projek”). [3] Pada masa yang sama, CCCC pula melalui suatu surat anugerah bertarikh 11.3.2017 dan 8.4.2018 (“Surat Anugerah CCCC”), melantik Defendan antara lain bagi pembekalan, penjualan dan/atau pengangkutan pasir-pasir bagi kerja penambakan tanah bagi Projek tersebut. [4] Kemudian, Defendan pula melalui suatu Surat Lantikan bertarikh 11/4/2017 (“Surat Lantikan Defendan”), melantik Plaintif untuk melakukan kerja-kerja melombong, mengangkut dan menghantar pasir laut (“Kerja-kerja”). [5] Plaintif mendakwa Kerja-kerja tersebut telah selesai dilaksanakan dan Defendan tidak pernah menolak pasir laut yang dihantar oleh Plaintif. Selain itu, Defendan juga tidak pernah menghalang, menyekat, memberhentikan atau menangguhkan penghantaran pasir laut tersebut sehinggalah Plaintif selesai melakukan Kerja-kerja tersebut. [6] Ekoran itu, pada 2.1.2020, Plaintif telah mengeluarkan suatu Penyata yang bertajuk “Debtor Transaction Aging Report” kepada Defendan (“Penyata”) untuk mengesahkan bahawa jumlah tuntutan Plaintif adalah sebanyak RM39,350,388.48 setakat 31.12.2019. [7] Bagaimanapun, Defendan telah gagal, enggan, ingkar dan/atau abai untuk membuat bayaran seperti dalam Penyata tersebut kepada Plaintif. [8] Ekoran itu, pada 10.2.2020, Plaintif telah mengeluarkan suatu Notis Tuntutan kepada Defendan bagi menuntut hutang berkenaan. [9] Berikutan Notis Tuntutan Plaintif tersebut, Defendan telah membuat 2 bayaran yang keseluruhannya sebanyak RM10 juta kepada Plaintif sebagai sebahagian bayaran (part payments). [10] Selepas menolak 2 bayaran yang dibuat tersebut, baki tuntutan yang masih tertunggak bagi Kerja-kerja tersebut adalah sebanyak RM29,350,388.48. [11] Pada 4.6.2021, Plaintif telah mengemukakan kepada Defendan sesalinan Penyata Akaun Plaintif setakat 31.5.2021 dan menuntut jumlah hutang tersebut daripada Defendan. [12] Oleh kerana tiada pembayaran dibuat oleh Defendan, maka pada 29.5.2024, Plaintif telah memfailkan Writ dan Pernyataan Tuntutan terhadap Defendan bagi menuntut jumlah hutang sebanyak RM29,350,388.48 beserta faedah dan kos. [13] Pada 30.7.2024, Defendan telah memfailkan Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas Terpinda di mana syarikat itu mendakwa bahawa Plaintif gagal menyempurnakan Kerja-kerja tersebut dan gagal mematuhi dan memenuhi kewajipannya berdasarkan Surat Lantikan Defendan. [14] Pada masa yang sama Defendan juga membuat tuntutan balas terhadap Plaintif bagi mendapatkan perintah antaranya bahawa pembekalan pasir-pasir oleh Plaintif adalah bercanggah dengan undang-undang (illegal and unlawful) dan menghendaki Plaintif memulangkan wang sebanyak RM187,658,644.36 yang telah dibayar oleh Defendan kepada Plaintif. [15] Pada 21.6.2024, Plaintif telah memfailkan Notis Permohonan dalam Lampiran 6 bagi mendapatkan penghakiman terus terhadap Defendan. [16] Tidak lama selepas itu, pada 13.9.2024, Plaintif memfailkan satu lagi Notis Permohonan dalam Lampiran 45 bagi membatalkan tuntutan balas Defendan terhadap Plaintif. [17] Memandangkan kedua-dua permohonan ini berkait rapat antara satu sama lain dan dengan persetujuan kedua-dua pihak, maka saya membenarkan kedua-duanya didengar serentak. [18] Sebagai permulaan, saya akan membincangkan permohonan Plaintif bagi penghakiman terus. Undang-undang berkaitan dengan penghakiman terus [19] A. 14, k. 1(1) KKM menyatakan – Permohonan oleh plaintif untuk penghakiman terus (A. 14 k. 1) 1. (1) Jika dalam suatu tindakan yang baginya kaedah ini terpakai suatu pernyataan tuntutan telah disampaikan kepada defendan dan defendan itu telah memasukkan kehadiran dalam tindakan itu, plaintif boleh, atas alasan bahawa defendan tidak mempunyai pembelaan kepada suatu tuntuan yang termasuk dalam writ, atau kepada suatu bahagian tertentu suatu tuntutan itu, atau tidak mempunyai pembelaan mengenai suatu tuntutan itu atau sebahagian daripadanya kecuali tentang amaun apaapa ganti rugi yang dituntut, memohon kepada Mahkamah untuk penghakiman terhadap defendan itu. [20] Bagi membolehkan sesuatu permohonan untuk penghakiman terus dipertimbangkan oleh Mahkamah, plaintif hendaklah mematuhi syarat sebagaimana yang telah diringkaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes National Company For Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 1 CLJ Rep 283, di mana George Seah HMP ketika menyampaikan keputusan mahkamah itu menyebut – We come now to consider the merit of the appeal. It was submitted by learned Counsel for the appellant that the learned Judge in the High Court was wrong to hold that the statement of claim does not disclose an enforceable contract. In so holding, it was contended that the learned Judge was under the misapprehension that "consideration" ought to be specifically pleaded in the statement of claim. We think it appropriate to remind ourselves once again that in every application under O. 14 the first considerations are (a) whether the case comes within the Order and (b) whether the plaintiff has satisfied the preliminary requirements for proceeding under O. 14. For the purposes of an application under O. 14 the preliminary requirements are: (i) the defendant must have entered an appearance; (ii) the statement of claim must have been served on the defendant; and (iii) the affidavit in support of the application must comply with the requirements of r. 2 of the O. 14. It is to be observed that a case is not within O. 14: (a) where no statement of claim has been served on the defendant; (b) where the indorsement on the writ includes a claim or claims outside the scope of O. 14 as coming within r. 1(2); (c) where the affidavit in support of the application is defective, e.g. in omitting to state the deponent's belief that there is no defence to the claim or part to which the application relates; (d) where the application is made in an action against the Government [O. 73 r. 5(1) ]. If the plaintiff fails to satisfy either of these considerations, the summons may be dismissed. If however, these considerations are satisfied, the plaintiff will have established a prima facie case and he comes entitled to judgment. The burden then shifts to the defendant to satisfy the Court why judgment should not be given against him [see O. 14 r. 3 and 4(1)]. [21] Dalam kes di hadapan saya ini, adalah jelas bahawa ketiga-tiga syarat berkenaan telah dipatuhi dan secara prima facie permohonan Plaintif layak dipertimbangkan. Seterusnya dalam kes Cempaka Finance Bhd v. Ho Lai Ying & Anor [2006] 3 CLJ 544, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa apabila semua syarat bagi penghakiman terus telah dipenuhi, maka beban akan berpindah kepada defendan untuk membangkitkan wujudnya isu yang boleh dibicarakan. [22] Ekoran itu, adalah menjadi tanggungjawab Defendan untuk membuktikan wujudnya isu yang boleh dibicarakan sehingga menyebabkan penghakiman terus ini tidak wajar dimasukkan terhadap syarikat itu. [23] Defendan dalam hujahnya menyatakan bahawa Plaintif tidak layak mendapat penghakiman terus kerana terdapat beberapa isu yang boleh dibicarakan iaitu – (a) Plaintif gagal mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Laut Malaysia (“JLM”); (b) wujudnya frod dan konspirasi yang dilakukan oleh Plaintif; (c) Plaintif tidak boleh bergantung kepada prinsip estoppel atas alasan kononnya Defendan tidak membantah penghantaran pasir oleh Plaintif; dan (d) terdapat keraguan terhadap surat kelulusan oleh JLM. Sama ada Plaintif gagal mematuhi syarat yang ditetapkan oleh JLM [24] Dalam hujahannya, Defendan menyatakan bahawa kerja-kerja pembekalan dan penghantaran pasir laut oleh Plaintif adalah tertakluk kepada surat kebenaran JLM bertarikh 15.6.2017 (“Surat Kebenaran JLM”) yang menyatakan antara lain bahawa – (a) hanya 4 buah kapal yang dinyatakan dalam surat tersebut sahaja dibenarkan beroperasi; (b) kapal-kapal tersebut hanya beroperasi dari tarikh surat hingga 7.8.2017 sahaja; (c) kapal-kapal tersebut mestilah dilengkapi dengan sistem pengenalan automatik (automatic identification system) sepanjang masa berada dalam kawasan perairan Malaysia; (d) sebarang penambahan atau pertukaran kapal yang dinyatakan dalam surat tersebut mestilah mendapat kebenaran JLM; (e) setelah selesai kerja-kerja dilaksanakan, suatu laporan mengikut format yang tertentu hendaklah dikemukakan kepada JLM; (f) semua laporan ketibaan dan pelepasan kapal-kapal hendaklah dibuat di Pejabat Laut yang berhampiran serta mematuhi semua prosedur JLM; dan (g) mematuhi arahan pengarah Laut Wilayah Selatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. [25] Menurut Defendan, Plaintif hanya menjalankan Kerja-kerja mulai 1.12.2017 iaitu 4 bulan selepas tarikh akhir yang dibenarkan oleh JLM. Selain itu, Defendan mendakwa Plaintif telah menggunakan kapal-kapal yang tidak tersenarai dalam Surat Kebenaran JLM bagi menjalankan Kerja-kerja bagi Projek tersebut. Oleh itu, tindakan Plaintif ini menurut Defendan adalah jelas melanggar syarat yang dikeluarkan oleh JLM tersebut dan ini menyebabkan Plaintif tidak berhak untuk menuntut sebarang bayaran daripada Defendan. [26] Mengenai hujah Defendan berkaitan dengan syarat yang dikenakan oleh JLM, saya mendapati Surat Kebenaran JLM tersebut dikeluarkan oleh JLM kepada Formula Waja Logistics Sdn Bhd (“Formula Waja”) dan bukannya kepada Plaintif. Selain itu, Surat Kebenaran JLM tersebut dikeluarkan selepas Surat Lantikan Defendan dikeluarkan kepada Plaintif. [27] Pemerhatian saya terhadap Surat Lantikan Defendan mendapati, perkara mengenai syarat yang dikenakan oleh JLM tersebut langsung tidak dinyatakan di dalamnya. Bagi tujuan rujukan, berikut disertakan Surat Lantikan Defendan tersebut: [28] Oleh yang demikian, saya bersetuju dengan hujah Plaintif bahawa tiada sebarang persetujuan antara Defendan dan Plaintif bahawa pembayaran yang akan dibuat oleh Defendan adalah tertakluk kepada kelulusan atau pengenaan syarat JLM. Tambahan pula, JLM dalam suratnya bertarikh 16.7.2024 (“Surat JLM 2024”) mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh Plaintif. Surat JLM 2024 tersebut adalah seperti di bawah– [29] Mengenai Surat JLM 2024 atas, Defendan meragui keesahannya atas alasan Surat 2024 dikeluarkan sehari selepas surat pertanyaan dikemukakan oleh Plaintif pada 15.6.2024. Oleh itu, Defendan berhujah bahawa wujud tanda tanya mengenai kecepatan JLM dalam menjawap pertanyaan Plaintif selain Surat JLM 2024 tidak menerangkan secara terperinci apakah syarat yang telah dipatuhi oleh Plaintif. [30] Dalam soal kecepatan JLM dalam membalas surat Plaintif serta kandungan Surat 2024 yang tidak terperinci, persoalan itu sepatutnya dibangkitkan oleh Defendan kepada JLM sendiri. JLM mempunyai alasan tersendiri tentang bagaimana jabatan itu memberi respons kepada surat yang dihantar kepada jabatan itu. Mahkamah ini tidak wajar bertindak atau membuat keputusan berdasarkan andaian dan syak semata-mata. Sebaliknya mahkamah semestinya membuat keputusan berlandaskan fakta dan keterangan yang menyakinkannya. [31] Mengenai kandungan dalam Surat JLM 2024 tersebut, saya suka merujuk kepada kes WTWT Sdn Bhd v. Chew Meu Jong & Ors And Another Case [2018] CLJU 1458; [2018] MLJU 1360; [2018] MLRHU 1136; [2018] AMEJ 1171, di mana Noorin Badaruddin HMT (sekarang HMR) menyatakan: [16] Firstly, from the cause papers and the exhibits filed herein, this Court finds that the advantage it has in both the Originating Summonses comes in the form of ample contemporaneous undisputed documents such as the e-mails, minutes of meetings and the Constitution in support of and relevant to all the averments and issues raised. It is the finding of this Court that the entire dispute herein circles around those documents. Document more often than not speaks louder than words with the exception such as fraud and misrepresentation. It is trite that when contemporaneous documents are available, it would be more reliable to refer to the contemporaneous documents than to believe a party's version as stated in the affidavit. When there are disputes of facts, the Court will look at contemporaneous documents. The principle is, he who asserts must prove and the landing will go towards the facts supported by those documents. Reasonable inferences can be made when one asserts and if no documentary evidence is adduced to support such assertions then the averments made in the affidavits become unsubstantiated statements. But it does not mean that when there are no supporting documents, viva voce evidence must be automatically called for. It cuts both ways. [17] … [18] … [19] The authorities stated in the above give a reminder to the courts that where it involves evidential point, documentary evidence has the higher value than oral evidence. The test of veracity comes in when oral evidence is caught with contemporaneous documents. What the witness say as to the documents will be irrelevant to the construction of the meaning. [32] Berdasarkan kepada otoriti di atas, pada pandangan saya, tiada sebab kukuh untuk saya menolak pengesahan yang diberikan oleh JLM dalam Surat JLM 2024 yang jelas menyatakan bahawa tiada kesalahan dilakukan oleh Plaintif. Mengenai kepantasan JLM dalam membalas pertanyaan Plaintif, pada pandangan saya, ia tidak boleh menjadi asas kepada mahkamah untuk menolak Surat JLM 2024. Selama mana tiada surat penafian dikeluarkan oleh JLM bagi mempertikaikan Surat JLM 2024, mahkamah ini mestilah menerima kandungan yang terdapat dalam Surat JLM 2024. [33] Berdasarkan kepada pemerhatian di atas, saya mendapati hujah Defendan bahawa Plaintif melanggar syarat yang dikenakan oleh JLM adalah tidak berasas. Sama ada Plaintif telah melakukan frod dan konspirasi [34] Defendan menegaskan bahawa bagi tujuan Projek, Surat Kebenaran JLM hanya membenarkan kawasan yang dikenali sebagai approved sand source area (“ASSA”) di mana pasir laut di kawasan itu sahaja yang boleh diambil. Pada masa yang sama, suatu syarikat yang dikenali dengan Bidari Kekal Sdn Bhd (“Bidari Kekal”) merupakan pemegang konsesi bagi ASSA tersebut. sehubungan itu, Defendan akan membayar levi kepada Bidari Kekal bagi setiap pasir laut yang diambil oleh Plaintif bagi tujuan Projek berkenaan. [35] Bagaimanapun, berdasarkan kepada sistem pengenalan automatik yang dipasang pada kapal-kapal Plaintif, menunjukkan kapal-kapal tersebut tidak melalui ASSA, tetapi melalui kawasan di luar ASSA. Oleh itu, Defendan mendakwa Plaintif telah mengambil pasir laut luar dari ASSA sedangkan Defendan telah membayar levi kepada Bidari Kekal bagi pasir laut yang diangkut oleh Plaintif. Justeru, Defendan berhujah bahawa Plaintif bersama dengan Bidari Kekal telah melakukan frod dan konspirasi terhadap Defendan. [36] Dalam hal dakwaan frod dan konspirasi yang dilakukan oleh Plaintif, saya mendapati perkara ini tidak pernah dibangkitkan oleh Defendan dalam Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas Terpindanya. Sebaliknya, ia hanya ditimbulkan setelah Plaintif memfailkan permohonan bagi penghakiman terus. Selain itu, saya mendapati tiada sebarang dokumen dikemukakan oleh Defendan bagi menunjukkan bahawa ia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Bidari Kekal kononnya syarikat itu bersama Plaintif telah melakukan frod dan konspirasi terhadap Defendan. [37] Sehubungan itu, saya bersetuju dengan hujah Plaintif bahawa isu ini merupakan suatu pemikiran terkemudian selain mahkamah tidak wajar untuk menimbang perkara yang tidak pernah diplidkan oleh Defendan sebelum ini. Sama ada Plaintif tidak boleh bergantung kepada prinsip estoppel atas alasan kononnya Defendan tidak membantah penghantaran pasir oleh Plaintif [38] Defendan menegaskan bahawa Plaintif tidak boleh bergantung kepada prinsip estoppel atas alasan kononnya Defendan tidak membantah penghantaran pasir oleh Plaintif. Ini kerana, menurut Defendan, Kerja-kerja yang dijalankan oleh Plaintif melanggar syarat yang ditetapkan oleh JLM. [39] Dalam hal ini, sebagaimana yang saya nyatakan di atas, saya mendapati tiada sebarang pelanggaran syarat telah dilakukan oleh Plaintif berdasarkan surat Surat JLM 2024. Oleh itu, isu pelanggaran syarat JLM sebagaimana yang didakwa oleh Defendan adalah tidak berasas. [40] Selain itu, saya mendapati fakta bahawa Defendan tidak pernah menghalang, menyekat, memberhentikan atau menangguhkan penghantaran pasir laut tersebut sehinggalah Plaintif selesai melakukan Kerja-kerja tersebut, adalah benar. Ini diakui sendiri oleh Defendan dalam plidingnya. Namun, apabila tuntutan pembayaran dibuat oleh Plaintif, barulah Defendan membangkitkan isu mengenai pelanggaran syarat JLM oleh Plaintif. Hakikatnya, dengan penghantaran pasir laut oleh Plaintif, telah membolehkan Lido Waterfront Boulevard melancarkan fasa pertama pembangunan Projek pada bulan September 2024. [41] Di samping itu, saya juga mendapati Defendan tidak pernah mempertikaikan atau membantah Penyata Tuntutan Bayaran yang dikemukakan oleh Plaintif bagi Kerja-kerja yang dijalankannya. Ini pada pandangan saya adalah suatu pengakuan Defendan terhadap keberhutangannya kepada Plaintif. [42] Dalam hal ini saya sula merujuk kepada penghakiman Suryadi Halim Omar HMT (pada masa itu) dalam kes Caltex Oil Malaysia Ltd v. Classic Best Sdn Bhd [2006] CLJU 266; [2007] 4 MLJ 772 di mana beliau menyatakan – In coming to a decision in cases involving goods sold and delivered such as in this case, I would place due emphasis on the written documents, namely the Statement of Accounts, Invoices, Delivery Orders, Delivery Notes and the Debit Notes. These documents would collectively constitute a contract reduced into writing. This principle had been laid down in the case of Pernas Trading Sdn Bhd v. Persatuan Peladang Bakti Melaka [1979] CLJU 65; [1979] 1 LNS 65; [1979] 2 MLJ 124 where Salleh Abas FJ (as he then was), delivering the judgment of the Federal Court said, "We feel that this course of action is not open to the respondents, as it is clear that under Section 92 of the Evidence Act 1950, oral evidence to contradict, vary, add to or subtract from, the terms of any contract, grant or disposition of property which had been reduced in writing is not admissible. The sales invoice and the delivery note being the contract reduced in writing between the appellants and the respondents section 92 therefore applies." See also YK Fung Securities Sdn Bhd v. Ronald Yeoh Kheng Hian [1989] 2 CLJ 664 (Rep); [1989] 2 CLJ 1284; [1989] 3 MLJ 490 where the High Court had decided that "he was subsequently furnished with the relevant monthly statement of accounts to which he had no objections, protest or queries." Further in the case of Syarikat Pakar Kayu dan Perdagangan Sdn Bhd v. Maa-sk Sdn Bhd [1986] CLJ 694 (Rep); [1986] 1 CLJ 595, also a case concerning goods sold and delivered, the High Court granted the Plaintiff's application for Summary Judgment on the ground that the Defendant had not raised any objection or queries even though detailed particulars of the transactions were provided through the monthly Statements of Accounts. Based on the above authorities and by virtue of Section 92 of the Evidence Act 1950, the Defendant in this case cannot offer oral evidence to contradict, vary, add to or subtract from, the terms of any contract. In the present case, the Plaintiff had sent Statement of Accounts and invoices to the 1st Defendant. The fact is undisputed. Letters of Demand were sent by the Plaintiff to the Defendant and the Defendant had neither protested nor questioned the Plaintiff on the Statements of Accounts, Invoices, Delivery Notes, Debit Notes and the Letter of Demand. Furthermore, the 1st Defendant had stopped payment of its two cheques issued to the Plaintiff without giving any reasons. [43] Begitu juga dalam kes Perangsang Dagang Sdn Bhd v. Tanjung Teras Sdn Bhd & Ors [2008] 2 CLJ 199, di mana Mariana Yahya HMT (sekarang HMR) memutuskan – [12] In cases involving goods sold and delivered, there is no one piece of agreement signed by both parties. Indeed, there is nothing of that sort. Instead, the law, through the guidance of cases, had recognised that all the documentation that accompany the day to day transactions would collectively constitute a binding contract. The documents as one would recollect from the vast number of cases are Delivery Orders, Delivery Notes, Invoices, Statement of Accounts and Debit Notes. In the case of Caltex Oil Malaysia Ltd v. Classic Best Sdn Bhd & Ors [2006] CLJU 266; [2006] 1 LNS 266, Suriyadi J held that: In coming to a decision in cases involving goods sold and delivered such as in this case, I would place due emphasis on the written documents, namely the statement of accounts, invoices, delivery orders, delivery notes and the debit notes. These documents would collectively constitute a contract reduced into writing. [13] More often then not, the defendants would dispute the amount owing or ever entering into any agreement with the plaintiff. On the agreement aspect, as mentioned above, the day to day documents would collectively constitute a binding contract as well as the fact that the parties had been transacting for years and the defendant had been making payments. On the latter, failure to raise any objections as to the amount stated in the documents or imposition of interest despite the fact that the parties had been transacting for years would give rise to a situation of "non query of account stated". The non-query would estop the defendant from raising now any disputes that they could have raised earlier. [44] Berdasarkan kepada pemerhatian di atas saya bersetuju dengan hujah Plaintif bahawa tindakan Defendan yang tidak pernah menghalang, menyekat, memberhentikan atau menangguhkan penghantaran pasir laut tersebut sehinggalah Plaintif selesai, merupakan suatu estoppel dan oleh itu Defendan dihentikan daripada membangkitkan isu itu bagi menafikan tuntutan Plaintif. Kesimpulan mengenai permohonan penghakiman terus [45] Adalah jelas kepada saya bahawa Defendan gagal membangkitkan bahawa wujudnya sebarang isu yang boleh dibicarakan bagi menghalang penghakiman terus diberikan. Oleh yang demikian saya membenarkan permohonan Plaintif dalam Lampiran 6 bagi mendapatkan penghakiman terus terhadap Defendan. Permohonan Plaintif bagi membatalkan tuntutan balas Defendan [46] Dalam hal membatalkan apa-apa tuntutan dalam pliding, A. 18, K 19(1) KKM 2012 menyatakan seperti berikut: Pembatalan pliding dan pengendorsan (A. 18 k. 19) 19. (1) Mahkamah boleh pada mana-mana peringkat prosiding memerintahkan supaya dibatalkan atau dipinda mana-mana pliding atau pengendorsan, apa-apa writ dalam tindakan itu, atau apa-apa jua dalam mana-mana pliding atau dalam pengendorsan, atas alasan bahawa – (a) ia tidak mendedahkan kuasa tindakan atau pembelaan yang tidak munasabah, mengikut mana-mana yang berkenaan; (b) ia mengaibkan, remeh atau menyusahkan; (c) ia boleh mejejaskan, menghalang atau melengahkan perbicaraan tindakan itu dengan adil; atau (d) ia selainnya adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah, dan boleh memerintahkan tindakan itu digantung atau ditolak atau penghakiman dicatatkan dengan sewajarnya, mengikut mana-mana yang berkenaan. [47] Peruntukan di atas jelas memberi kuasa kepada mahkamah ini untuk membatalkan mana-mana tuntutan sekiranya pihak yang satu lagi berjaya membuktikan wujudnya salah satu elemen dalam kaedah 19(1) di atas. [48] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa sesuatu permohonan di bawah A. 18, k. 19(1) KKM 2012 hanya berjaya apabila tuntutan itu secara jelas tidak boleh dikekalkan atau tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah. [49] Dalam kes Bandar Builders Sdn Bhd v. United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 7, Mahkamah Agung memutuskan bahawa prinsip yang mahkamah bertindak dalam melaksanakan kuasanya di bawah A. 18, k. 19(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 adalah mantap dengan menyatakan – “The principles upon which the court acts in exercising its power under any of the four limbs of O 18 r 19(1) of the RHC are well settled. It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule..., and this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it ‘obvious unsustainable.’ ... It cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case, in order to see whether the party has a cause of action or a defence ... The authorities further show that if there is a point of law which requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under O 33 r 3 ... The court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable.” [50] Mahkamah Persekutuan melalui Mohamed Azmi HMP dalam kes New Straits Times (Malaysia) Bhd v. Kumpulan Kertas Niaga Sdn Bhd [1985] CLJU 1; [1985] 1 LNS 1; [1985] 1 MLJ 226 memberikan panduan bagaimana penilaian terhadap pliding yang berkaitan dibuat dengan menyatakan seperti berikut: "It is therefore clear law that in an application to strike out pleadings under order 18 rule 19(1) (a), no evidence shall be admissible, and the court must consider only the pleadings for the purpose of determining whether the Statement of Claim disclosed no reasonable cause of action or the Statement of Defence disclosed no defence. The test to be applied is whether on the face of the pleading, the court is prepared to say that the cause of action or the defence is obviously unsustainable (see AG of the Duchy of Lancaster v. L and NW Ry Co) [1892] 3 Ch 274." [51] Sehubungan itu, isu utama di hadapan Mahkamah sekarang adalah sama ada Tuntutan Balas Defendan secara jelas tidak boleh dikekalkan atau tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah. [52] Saya mendapati Tuntutan Balas Defendan adalah atas alasan bahawa Plaintif melanggar syarat yang ditetapkan oleh JLM dalam surat jabatan itu melalui Surat Kebenaran JLM. Ekoran itu, Defendan menuntut daripada Plaintif supaya semua bayaran yang telah dibuat oleh Defendan kepada Plaintif dikembalikan serta gantirugi. [53] Dalam hal ini, saya mendapati tiada sebarang notis tuntutan dibuat oleh Defendan kepada Plaintif bagi mendapatkan jumlah yang dituntutnya. Selain itu, isu pelanggaran syarat JLM ini juga telah saya ulas dalam perenggan sebelum ini semasa menimbang permohonan Plaintif bagi penghakiman terus. Ringkasnya, saya memutuskan bahawa berdasarkan Surat 2024 adalah jelas bahawa Plaintif tidak melanggar sebarang syarat yang dikenakan oleh JLM. Oleh itu, saya bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa tuntutan balas Defendan ini tidak boleh dikekalkan atau tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah serta sesuatu yang remeh dan menyalahgunakan proses mahkamah. [54] Sebagai kesimpulan, saya membenarkan permohonan Plaintif bagi membatalkan tuntutan balas Defendan dengan kos. Tarikh: 6.5.2025 - - tt - (SHAMSULBAHRI BIN HAJI IBRAHIM) Hakim, Mahkamah Tinggi Malaya, Johor Bahru Peguam: Bagi pihak Plaintif - Mohd Hafarizam Harun (Tan Vincent dan Norhazira Binti Abu Haiyan bersamanya); Tetuan Tan Vincent & Co Bagi pihak Defendan - Khong Zhi Jian (Daryl Tan bersamanya); Tetuan Tan & Khong Chambers