the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender's previous record; (e) the offender's contribution and support to his family members; (f) the offenders means; (g) the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc. [6] All these factors where applicable need to be addressed by the defence to secure a just sentence. It is equally important for the prosecution to rebut the facts adduced by the accused if they are not bona fide, as ultimately the power to sentence is placed on the trial judge and the judge had to rely on the facts adduced in court. In addition, if the accused is a young offender or below the age of 21 years, special consideration may have to be taken into account or probation report need to be considered, etc. [7] It is important to note that the court has to consider various sentencing principle not only to the nature of the crime but also to each criminal and his antecedent and ultimately decide whether to be lenient or severe. The sentencing policy in a crux is aptly described by Hilbery J in R v. Ball 35 Cr. App. R164. His Lordship observed: "In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from criminal ways to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe." [40] OKT dalam rayuan ada menyatakan bahawa OKT berusia 40 tahun, sebelum ditahan, OKT bekerja sebagai anggota JPJ. Selepas dituduh, OKT telah digantung tugas dan menyara keluarga dengan bekerja sebagai makanik dengan pendapatan RM2,000.00 sebulan. OKT menanggung ibu yang uzur, isteri dan 6 anak OKT berumur antara 5 – 18 tahun. Ini adalah kesalahan kali pertama OKT. Sepanjang tempoh ditahan dan perbicaraan berjalan, OKT telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM. OKT telah menyatakan keinsafannya. [41] Hujahaan pemberatan hukuman oleh pihak pendakwaan pula berkisar kepada kesalahan yang berbentuk satu kesalahan berat, hukuman yang perlu mengambilkira kepentingan awam melebihi kepentingan OKT dan juga boleh memberikan mesej kepada orang awam. [42] Dalam dapatan Mahkamah hukuman penjara dan denda yang dikenakan telah mengambilkira kesemua factor yang dinyatakan. Ia bukanlah satu hukuman minima dan ringan jika diambilkira dari segi kesan besar kepada OKT sendiri yang akan memberi impak besar juga kepada orang awam terutama penjawat awam. [43] Mahkamah memetic semula penghakiman dalam kes PP v. MORAH CHEKWUBE CHUKWUDI di atas terutama di perenggan “(g) the effect of conviction and sentence on his job opportunities;”. [44] Kesalahan yang dilakukan oleh OKT ini adalah satu kesalahan di bawah “Jenayah Kolar Putih” iaitu merujuk kepada perbuatan jenayah tidak ganas yang dilakukan oleh golongan profesional, berjawatan tinggi, atau berkedudukan sosial yang dihormati. Ia biasanya bermotifkan keuntungan kewangan melalui cara haram seperti rasuah, pecah amanah, pengubahan wang haram, penipuan, dan penyelewengan, yang sering berlaku dalam konteks perniagaan atau pentadbiran. [45] Jenayah ini boleh terjadi disebabkan jawatan yang dipegang dan kuasa yang ada di tangan OKT ketika itu. Setelah dituduh, OKT telah digantung kerja. Setelah disabikan dengan kesalahan ini, Mahkamah percaya OKT akan hilang jawatan, kedudukan, pendapatan serta segala kemudahan dan kelebihan (pencen, gratuity dan sebagainya) sebagai seorang kakitangan kerajaan. [46] OKT akan hilang mata pencarian. OKT juga hilang peluang untuk menggunakan kedudukan yang ada. OKT akan sukar diterima masuk semula ke dalam masyarakat dengan rekod yang ada. Jika umum melihat kesan yang OKT terima, penjawat awam khususnya akan menjauhi kesalahan serupa. Ini telah memberi mesej kepada orang ramai dan dalam masa yang sama menjaga kepentingan awam melebihi kepentingan OKT sendiri. [47] Dalam masa yang sama, hukuman penjara walaupun nampak ringan dibandingkan hukuman yang boleh dikenakan penjara 20 tahun, Mahkamah mengambilkira bahawa kesalahan jenayah kolar putih ini perlu dibezakan dari jenayah lain yang mana Mahkamah setuju penjenayah lain perlu diasingkan dari masyarakat bagi satu tempoh yang mana memberi keinsafan kepada penjenayah agar tidak mengulangi kesalahan apabila keluar penjara bagi satu tempoh yang panjang. [48] Dalam hal ini, OKT tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat apabila keluar dari penjara kelak. Tambahan pula OKT telah menyatakan keinsafannya dan sepanjang dituduh dan digantung kerja, OKT telah menerima hukuman dari segi kehilangan mata pencarian tetap bulanan sebagai penjawat awam serta nama baik telah tercemar. [49] Mahkamah juga mengambilkira bahawa OKT adalah ketua keluarga kepada 8 jiwa yang bergantung kepada OKT selama ini. Tempoh OKT dalam penjara bukan sahaja memberi hukuman kepada OKT tetapi kepada mereka yang bergantung hidup kepadanya. Ini dalam masa yang sama boleh menjadi sebagai peringatan dan amaran keras kepada anggota penjawat awam diluar sana. [50] OKT juga telah hilang pendapatan tetap selepas dituduh. OKT hanya bekerja sebagai mekanik dengan pendapatan rendah. Denda minima RM10,000.00 dengan 9 pertuduhan menjadikan kesemuanya berjumlah RM90,000.00 pada pandangan Mahkamah adalah satu hukuman yang munasabah dan kena dengan keadaan. OKT sememangnya tidak mampu membayar jumlah tersebut. [51] Jika denda tidak dibayar, Mahkamah telah memerintahkan agar OKT dikenakan hukuman penjara bagi tempoh 2 bulan. Bagi 9 pertuduhan, OKT akan perlu menjalani hukuman penjara lagi 18 bulan kerana tidak membayar denda. [52] Berkait dengan rayuan OKT terhadap hukuman yang telah dikenakan, Mahkamah ini berpendapat hukuman yang dikenakan adalah selaras dengan kesalahan yang dihukum selepas bicara penuh dengan saksi (dan bukan melalui pengakuan salah yang telah menjimatkan masa Mahkamah). Selain itu, hukuman yang setimpal dan adil telah dipertimbangkan setelah meneliti keseluruhan fakta kes dan rayuan/rayuan pemberatan yang ada. [53] Hukuman yang dikenakan boleh dikatakan sangat wajar apabila hukuman penjara berjalan serentak dan denda adalah denda yang minima serta tempoh keingkaran bayaran denda juga hanya 2 bulan bagi setiap pertuduhan. [54] Oleh demikian, hukuman pemenjaraan dan denda serta kemungkiran bayaran denda akan mengakibatkan hukuman penjara bertambah tersebut adalah satu hukuman setimpal terhadap OKT juga apabila diambilkira bahawa ini adalah kesalahan OKT yang pertama dan OKT telah dihapuskan segala jawatan dan peluang untuk mengulangi kesalahan yang sama mulai tarikh perintah ini. Sekian untuk pertimbangan YAH. Disediakan oleh: Sazlina Safie ……………………… Sazlina Bt Safie Hakim Sesyen, Mahkamah Sesyen 2, Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang. Tarikh :2/2/2026 PEGUAMCARA TERTUDUH/PERAYU TETUAN FATIN & ZAHARMAN TIMBALAN PENDAKWARAYA/RESPONDEN TIMBALAN PENDAKWARAYA SPRM