Content
DALAM PERKARA MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA SELANGOR DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA WRIT SAMAN NO: BJ-A73KJ-32-03/2023 ANTARA SHARMILA HANIM BT JAINAL @ ZAINAL (membawa tuntutan di bawah Seksyen 7, Akta Undang-Undang Sivil 1956 (disemak 1972 dan dipinda Di bawah Akta 1984) Sebagai ibu kandung yang sah kepada Muhammad Syamil Azizi Bin Rosli, Simati) …PLANTIF [NO. K/P: 720526145438] DAN IBRAR HUSSAIN [NO. Pasport: UE6897512] …DEFENDAN PERTAMA MOHD ISMAIL BIN M. ALLAPITCHAY [NO. K/P: 560116075481] …DEFENDAN KEDUA ALASAN PENGHAKIMAN S/N uqzm6ElYUEqDpFsB09itow MUKKADIMAH [1] Ini adalah alasan penghakiman terhadap keputusan Mahkamah ini yang telah menolak tuntutan Plantif dengan kos mengikut skala pada 28.8.2024. Notis rayuan difailkan pada 4.9.2024 oleh Plantif terhadap keseluruhan keputusan Majistret. A. LIABILITI [2] Versi Plantif yang dibentangkan melalui penyataan tuntutan adalah pada 20.12.2020 jam 3.15 petang Plantif (simati) sedang menunggang motorsikal no. pendaftaran BLN 6065 di sepanjang KM 12 Jalan Kuala Selangor-Rawang berlaku kemalangan apabila Defendan (1) secara cuai menunggang motorsikal no. pendaftaran WUR 3460 di sepanjang jalan tersebut secara tiba-tiba dan tanpa amaran membiarkan motorsikalnya berlanggar dengan motorsikal yang ditunganggi oleh simati. [3] Versi Defendan (1) yang dibentangkan adalah semasa beliau sedang menungang motorsikal no. pendaftaran WUR 3460 dari Bestari Jaya menunju ke Kuala Selangor beliau mendapati terdapat 2 buah motorsikal yang ditunggangi dengan laju dari arah belakang di mana secara tiba-tiba sebuah motorsikal no. pendaftar BLN 6065 yang ditunggangi Plantif (simati) telah melanggar motorsikal Defendan (1) dari arah belakang. [4] Tiada keterangan saksi mata di tempat kejadian ditampilkan di Mahkamah ini walapun SP1 melalui keterangannya di Mahkamah mengesahkan berkenaan kewujudan saksi mata di tempat kejadian bernama Mohd Haikal Bin Hafizi . Sesungguhnya kini, Mahkamah bergantung kepada keterangan saksi bebas seperti Pegawai Penyiasat (SP1) dan Pemeriksa Puspakom (SP3) di samping keterangan senyap seperti gambar tempat kejadian, gambar kenderaan, laporan puspakom, rajah kasar dan laporan polis. [5] Prinsip undang-undang mantap menyatakan bahawa beban pembuktian kecuaian pada tahap imbangan kebarangkalian adalah di atas bahu plantif terlebih dahulu atas imbangan kebarangkalian sepertimana kehendak Seksyen 101 Akta Keterangan 1950. Prinsip ini juga telah ditegaskan dalam kes WONG THIN YIT V. MOHAMAD ALI [1971] 2 MLJ 175 yang memutuskan seperti berikut: In a negligence action, the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence and the plaintiff cannot succeed without proof of the defendant's negligence. [6] Selanjutnya, panduan dalam menentukan dua versi yang berbeza dan dalam menentukan versi mana satu yang lebih berkemungkinan (inherently probable) telah dinyatakan di dalam kes NOORIANTI ZAINOL ABIDIN & ORS V. TANG LEI NGE [1990] 2 S/N uqzm6ElYUEqDpFsB09itow MLJ 242. Mahkamah Rayuan dalam KES AHMAD ZULFENDI ANUAR V. MOHD SHAHRIL ABDUL RAHMAN [2022] 9 CLJ 307 telah mengikuti prinsip yang diputuskan dalam kes Noorianti (supra) seperti berikut: [17] We are mindful that this is consistent with the principle pronounced in the case of Noorianti Zainol Abidin & Ors v. Tang Lei Nge [1990] 1 CLJ 943; [1990] 2 CLJ (Rep) 545, where the High Court held that the court should not approach the case on the basis of deciding which of the conflicting versions ought to be believed - but rather to evaluate which account was inherently probable or improbable. [7] Mahkamah mendapati wujud 2 versi yang bertentangan berkenaan bagaimana kemalangan berlaku. Maka, bagi menentukan versi yang lebih berkemungkinan (inherently probable) mahkamah perlu mengambil kira versi tersebut berdasarkan versi yang diplidkan yang mana keterangan-keterangan seperti gambar tempat kejadian, rajah kasar, sukatan tempat kemalangan dan kerosakan kenderaan yang terlibat boleh digunakan sebagai petunjuk dan panduan bagi menguji keterangan pihak-pihak. ANALISA & DAPATAN MAHKAMAH [8] Bersandarkan kepada keterangan dan eksibit yang dikemukakan, adalah jelas bahawa Plantif gagal membuktikan bahawa kemalangan yang berlaku terjadi akibat kecuaian Defendan (1). Sepanjang kes Plantif berlansung, seramai 3 saksi iaitu Pegawai Penyiasat (SP1), Ibu Plantif (SP2) dan Pemeriksa Puspakom (SP3) telah dipanggil memberikan keterangan. Manakala sepanjang kes Defendan berlansung hanya Defendan (1) sahaja ditampilkan sebagai saksi (SD1). Lokasi Pertembungan dan Kerosakan Kenderaan [9] Semua pihak sedia maklum, dalam kes ini versi Plantif hanya sebenarnya boleh dibentangkan melalui keterangan SP1 (IO) yang telah selesai menjalankan penyiasatan kerana Plantif telah meninggal dunia. Oleh yang demikian, SP1 telah hadir ke tempat kemalangan pada jam lebih kurang 3 lebih petang pada hari yang sama kemalangan berlaku. SP1 telah menyediakan rajah kasar lokasi kemalangan – P2 & P2 (k) yang menjelaskan bahawa arah pejalanan kedua-dua motorsikal yang terlibat adalah dari atas ke bawah iaitu dari Bestari Jaya menuju ke Kuala Selangor di mana kemalangan telah berlaku di lorang A2- A3. Semasa pemeriksaan balas SP1 menceritakan bagaimanakah kemalangan berlaku hasil siasatan beliau diperturunkan seperti berikut: S/N uqzm6ElYUEqDpFsB09itow s