Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KAJANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BH-B53F-2-10/2023 ANTARA SHARUL RIDZUAN BIN AB. SALAM (NO. K/P:760705-02-6107) …PLAINTIF
BH-B53F-2-10/2023
Sessions Court of Malaysia14 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Mahkamah Persekutuan Dato’ Sri Dr Mohamad Salleh bin Ismail & Anor v Nurul Izzah bt Anwar & Anor [2021] 2 MLJ 577 yang menyatakan bahawa: “[40] The defence of justification can be found in s8 of the Defamation Act 1957 which states: In an action for libel or slander in respect of words containing two or more distinct c”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KAJANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BH-B53F-2-10/2023 ANTARA SHARUL RIDZUAN BIN AB. SALAM (NO. K/P:760705-02-6107) …PLAINTIF
1
DAN ROKIAH BINTI DENAN
2
MUSTAFA BIN DENAN
3
IBRAHIM BIN DENAN (NO. K/P:740201-10-5997) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (SELEPAS PERBICARAAN PENUH) PENDAHULUAN [1] Dalam tindakan ini, Plaintif telah memfailkan satu tuntutan fitnah terhadap Defendan-Defendan, yang merupakan adik-beradik kepada isterinya. S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w [2] Pertikaian mereka berasaskan hubungan kekeluargaan yang tegang, khususnya berkaitan penjagaan ibu mertua Plaintif dan perkara yang berlaku sekitar kematian dan pengebumian arwah. [3] Dalam tort fitnah lisan, beban terawal berada pada Plaintif untuk membuktikan pada imbangan kebarangkalian bahawa kata-kata yang di dakwa adalah memfitnah, merujuk kepadanya, dan telah “diterbitkan” kepada pihak ketiga. Hanya selepas unsur-unsur itu dipenuhi barulah Mahkamah berpindah kepada pembelaan substantif seperti kebenaran (justifikasi) dan komen adil, serta isu ganti rugi. Prinsip keterangan pula menuntut keterangan lisan yang menyentuh fakta “yang boleh didengar” mestilah keterangan langsung daripada saksi utama iaitu ‘direct witness’ dan kegagalan memanggil saksi material boleh membawa kepada ‘adverse inference’. FAKTA KES [4] Merujuk kepada Pernyataan Tuntutan Terpinda, Plaintif adalah adik ipar kepada Defendan-Defendan. [5] Plaintif telah berkahwin dengan adik bongsu Defendan-defendan pada 12.03.2016 dan pasangan tersebut dikurniakan seorang anak pada 24.09.2021. Selepas perkahwinan, Plaintif dan isterinya menetap di rumah ibu mertua di Semenyih. [6]
Preamble
Menurut Plaintif di dalam Pernyataan Tuntutan Terpinda, sejak tahun 2016 beliau dan isterinya tinggal bersama ibu mertua yang uzur dan membantu menjaga serta menguruskan keperluan harian dan rawatan ibu mertua. Plaintif juga menyatakan bahawa beliau S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w menanggung sebahagian perbelanjaan rumah termasuk kerja pengubahsuaian kediaman. [7] Dalam Pernyataan Pembelaan, Defendan-defendan menafikan bahawa tanggungjawab penjagaan ditanggung sepenuhnya oleh Plaintif serta menyatakan bahawa mereka turut menjaga ibu mereka sehingga ke akhir hayat. Dalam Jawapan Kepada Pembelaan, Plaintif mengekalkan pendiriannya bahawa beliau memikul tanggungjawab penjagaan secara berterusan. [8] Berdasarkan Pernyataan Tuntutan Terpinda Plaintif, pertikaian antara pihak-pihak kemudiannya berlaku melalui tiga peristiwa yang dirujuk oleh Plaintif sebagai asas kepada tindakan ini. Insiden Pertama — 25 Ogos 2019 (melibatkan Defendan Kedua) [9] Plaintif menyatakan bahawa pada 24.08.2019 berlaku pertukaran mesej melalui aplikasi WhatsApp antara Defendan Kedua dan isterinya. Pada 25.08.2019, Defendan Kedua didakwa telah hadir ke rumah ibu mertua Plaintif ketika terdapat saudara mara keluarga yang berada di situ. Plaintif mendakwa bahawa Defendan Kedua telah mengeluarkan kata-kata yang menurut Plaintif membawa maksud bahawa Plaintif mempelajari dan mengajar ajaran agama yang tidak betul serta menjejaskan reputasinya sebagai seorang guru agama, dan bahawa kata-kata tersebut diucapkan di hadapan pihak ketiga. [10] Dalam Pernyataan Pembelaan, Defendan Kedua menafikan bahawa kenyataan seperti yang dinyatakan oleh Plaintif pernah diucapkan dan mempertikaikan kehadiran pihak-pihak yang didakwa berada di tempat kejadian. Dalam Jawapan Kepada S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w Pembelaan, Plaintif mengekalkan dakwaannya bahawa kenyataan tersebut telah dikeluarkan dan didengar oleh pihak ketiga sebagaimana dinyatakan di dalam pliding. Insiden Kedua — 30 Oktober 2021 (melibatkan Defendan Ketiga) [11] Plaintif selanjutnya merujuk satu insiden pada 30.10.2021 yang didakwa melibatkan Defendan Ketiga. Menurut Plaintif, Defendan Ketiga telah membuat satu kenyataan kepada isterinya yang didakwa membawa maksud bahawa Plaintif dan isterinya mengambil kesempatan dalam urusan penjagaan ibu mertua dan akan menjadikan Defendan Ketiga seperti “orang suruhan”. [12] Kenyataan tersebut tidak didakwa didengar sendiri oleh Plaintif.
Preamble
Menurut pernyataan Plaintif, maklumat berkenaan diperoleh melalui penyampaian pihak ketiga. Dalam Pernyataan Pembelaan, Defendan Ketiga menafikan bahawa beliau telah mengeluarkan kenyataan sebagaimana yang didakwa serta menyatakan bahawa sebarang komunikasi yang berlaku adalah dalam konteks perbualan suami-isteri. Dalam Jawapan Kepada Pembelaan, Plaintif mengekalkan dakwaannya bahawa kenyataan tersebut wujud dan telah disampaikan melalui pihak ketiga. Insiden Ketiga — 10 Mac 2022 (melibatkan Defendan Pertama) [13] Insiden terakhir yang dirujuk oleh Plaintif berlaku pada 10.03.2022 semasa urusan pengebumian ibu mertua Plaintif di tanah perkuburan. Plaintif menyatakan bahawa beliau telah turun ke dalam liang lahad untuk membantu proses pengebumian. Plaintif S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w mendakwa bahawa pada ketika itu Defendan Pertama telah mengeluarkan kenyataan “dia bukan waris” di hadapan orang ramai dan dalam keadaan yang menurut Plaintif memalukannya di khalayak. [14] Dalam Pernyataan Pembelaan, Defendan Pertama mengakui bahawa kenyataan tersebut diucapkan, namun menyatakan bahawa kenyataan itu dibuat dalam konteks urusan pengebumian bagi merujuk status waris yang dimaksudkan pada ketika itu serta menafikan bahawa ia diucapkan dalam bentuk atau tujuan yang memalukan Plaintif. Dalam Jawapan Kepada Pembelaan, Plaintif mengekalkan dakwaannya bahawa kenyataan tersebut memberi kesan memalukan terhadap dirinya di hadapan hadirin. [15] Dalam Pernyataan Tuntutan Terpinda, Plaintif menyatakan bahawa kesan daripada ketiga-tiga insiden tersebut beliau mengalami tekanan emosi dan beranggapan bahawa reputasi serta kedudukannya dalam kalangan masyarakat telah terjejas. Defendan dalam Pernyataan Pembelaan menafikan bahawa sebarang kerosakan reputasi telah berlaku akibat tindakan mereka dan menyatakan bahawa Plaintif memikul beban pembuktian berhubung dakwaan tersebut. [16] Plaintif telah memanggil empat (4) saksi untuk memberi keterangan bagi menyokong kes Plaintif iaitu: - i. Plaintif (SP1); ii. Muhammad Hanafi bin Razali (SP2); iii. Khairunisa binti Mohamad Nazor (SP3); dan iv. Fauziah binti Mohamad Salleh (SP4). S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w [17] Manakala, Defendan telah memanggil (5) lima orang saksi untuk memberi Keterangan bagi menyokong kes Defendan iaitu: - i. Defendan Pertama (SD1); ii. Defendan Ke-2 (SD2); iii. Ismail bin Mohd Isa (SD3); iv. Defendan Ke-3 (SD4); dan v. Halimah binti Mohammed Zin (SD5). UNDANG-UNDANG FITNAH LISAN [18] Dalam menilai tuntutan ini, Mahkamah berpegang kepada prinsip bahawa untuk berjaya dalam tindakan fitnah, Plaintif wajib membuktikan tiga unsur utama. Pertama, bahawa wujud kenyataan yang bersifat memfitnah. Kedua, bahawa kenyataan tersebut merujuk kepada Plaintif. Ketiga, bahawa kenyataan tersebut telah diterbitkan atau disampaikan kepada pihak ketiga. Prinsip ini dirumuskan dengan jelas dalam kes Datuk Seri Anwar bin Ibrahim v Wan Muhammad Azri bin Wan Deris [2014] 9 MLJ 605 yang menyatakan seperti berikut: “[15] It would be useful to first set what a plaintiff has to prove to establish a cause of action in defamation. It is trite law that to succeed in defamation action, three basic elements the plaintiff has to establish, these are:
a
(a)the statements are defamatory;
b
(b)the statement must refer to the plaintiff; and S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w
c
(c)there must be a publication (see Ayob bin Saud v TS Sambanthamurthi [1989] 1 MLJ 315; [1989] 1 CLJ Rep 321).” [19] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes rujukan Plaintif kepada kes Datuk Husam bin Musa v The New Straits Times Press (M) Bhd [2014] 8 MLJ 370 HC yang diputuskan Mahkamah Tinggi seperti berikut: - “THE RELEVANT LAW AND PRACTICE [13] In Kian Lup Construction v Hong Kong Bank Malaysia Bhd [2002] 7 MLJ 283; it was held: In other words, the plaintiff must prove (3) elements of the tort of defamation, which are:
a
the plaintiff must show that the statement bears defamatory imputations;
b
the statement must refer to or reflect upon the plaintiff’s reputation; and,
c
the statement must have been published to a third person by the defendant....” ISU-ISU UNTUK DIBICARAKAN [20] Berdasarkan pliding dan isu-isu untuk dibicarakan di Lampiran 21, Mahkamah merumuskan bahawa isu-isu utama yang perlu diputuskan ialah: S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w
1
Sama ada Defendan Kedua telah mengungkapkan pernyataan fitnah pertama kepada saudara mara sebelah ibu mertua.
2
Sama ada pernyataan fitnah pertama yang telah dibutirkan oleh Defendan Kedua adalah fitnah.
3
Sama ada Defendan Ketiga telah mengungkapkan pernyataan fitnah kedua kepada isterinya dan telah disampaikan kepada birasnya.
4
Sama ada pernyataan fitnah kedua yang telah dibutirkan oleh Defendan Ketiga adalah fitnah.
5
Sama ada Defendan Pertama telah mengungkapkan pernyataan fitnah ketiga kepada Plaintif semasa majlis pengebumian almarhumah ibu mertua Plaintif.
6
Sama ada pernyataan fitnah ketiga yang telah dibutirkan oleh Defendan Pertama adalah fitnah. PENILAIAN DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu 1 & 2: Dakwaan terhadap Defendan Kedua (25.08.2019): sama ada pengucapan berlaku dan, jika berlaku, sama ada ia suatu fitnah [21] Bagi dakwaan terhadap Defendan Kedua yang didakwa berlaku pada 25 Ogos 2019, Plaintif menyatakan bahawa Defendan Kedua telah mengeluarkan kata-kata yang mempertikai pegangan agama dan pengajarannya, kononnya Plaintif “belajar agama yang tidak betul” dan frasa seumpamanya, dan bahawa kenyataan tersebut diucapkan di hadapan ahli keluarga termasuk tiga orang saudara dari Melaka. Pada asasnya, Plaintif menegaskan bahawa S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w pengucapan tersebut berlaku dalam suasana kekeluargaan yang dihadiri pihak ketiga, dan oleh itu memenuhi unsur penerbitan. [22] Namun setelah Mahkamah meneliti keterangan Plaintif, saksi-saksi beliau, serta keterangan saksi pembelaan yang relevan, Mahkamah mendapati bahawa struktur pembuktian Plaintif terhadap dakwaan ini adalah tidak kukuh dan tidak memenuhi ambang imbangan kebarangkalian. Ini kerana asas dakwaan tersebut tidak disokong oleh ‘direct witness’ yang mendengar sendiri perkataan itu keluar daripada mulut Defendan Kedua, sebaliknya banyak bergantung kepada tafsiran dan penyampaian melalui pihak lain. [23] Lebih signifikan, saksi SD-3, iaitu individu yang dinamakan sendiri oleh Plaintif sebagai seorang yang hadir pada masa dan tempat kejadian, telah memberi keterangan yang tegas bahawa beliau tidak berada di lokasi pada 25.08.2019 dan bahawa kejadian seperti yang didakwa oleh Plaintif tidak berlaku pada tarikh tersebut. Keterangan SD-3 adalah konsisten, tidak berbelah bahagi, dan tidak dipatahkan dalam pemeriksaan balas. Mahkamah berpendapat bahawa keterangan SD-3 membawa nilai probatif yang tinggi, kerana beliau bukan sahaja seorang saksi bebas, malah merupakan saksi material yang secara langsung berkait dengan naratif kehadiran khalayak yang di dakwa oleh Plaintif sebagai asas penerbitan kepada pihak ketiga. [24] Apabila individu yang dikatakan hadir pada tarikh kejadian sendiri menafikan kehadirannya, dan Plaintif pula tidak memanggil mana-mana daripada individu lain yang dinamakan sebagai turut hadir untuk menyokong versinya, wujud jurang probatif yang ketara dalam kes Plaintif. Plaintif juga tidak memberi alasan yang munasabah mengapa saksi-saksi berkenaan tidak dipanggil, S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w sedangkan mereka merupakan saksi material yang jika benar kejadian berlaku, sepatutnya mampu mengesahkan kewujudan pengucapan tersebut. [25] Dalam keadaan sedemikian, Mahkamah berhak, dan dalam kes ini wajar, menarik inferens yang tidak memihak kepada Plaintif bahawa saksi-saksi yang tidak dipanggil itu, jika dipanggil, tidak akan menyokong versinya. [26] Mahkamah juga meneliti hujahan bahawa terdapat sedikit perbezaan dalam keterangan Defendan, namun Mahkamah berpendapat bahawa sebarang ketidakselarasan kecil yang dipetik oleh Plaintif tidak menyentuh inti persoalan undang-undang yang sebenar. Tuduhan dalam tindakan ini bukan mengenai persepsi umum terhadap Plaintif sebagai seorang guru agama, tetapi adalah suatu dakwaan khusus bahawa Defendan Kedua telah mengucapkan kata-kata tertentu pada tarikh, tempat dan dalam keadaan yang dinyatakan. Untuk tujuan itu, undang-undang meletakkan beban yang jelas kepada Plaintif untuk membuktikan kewujudan pengucapan, rujukan kepada dirinya, dan penerbitan kepada pihak ketiga melalui keterangan langsung yang boleh dipercayai. [27] Dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif bukan sahaja tidak berada pada ketika pengucapan itu didakwa berlaku, malah keseluruhan dakwaan beliau mengenai apa yang dikatakan oleh Defendan Kedua bergantung kepada apa yang disampaikan kepadanya oleh orang lain. Tanpa sokongan daripada ‘direct witness’ yang mendengar sendiri kata-kata tersebut, dan tanpa bukti dokumentar atau apa-apa rekod kontemporari yang menguatkan dakwaan itu, keterangan Plaintif tidak mencapai tahap S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w yang diperlukan bagi membuktikan unsur pengucapan di sisi undang-undang. [28] Oleh itu, Mahkamah berpuas hati bahawa Plaintif gagal membuktikan unsur pertama tindakan fitnah, iaitu kewujudan kenyataan yang didakwa diucapkan oleh Defendan Kedua. Kegagalan ini bukanlah satu kekhilafan teknikal, tetapi merupakan kegagalan substantif pada peringkat threshold tindakan. [29] Apabila kewujudan kenyataan itu sendiri tidak terbukti, maka unsur penerbitan kepada pihak ketiga juga tidak dapat dipenuhi, dan Mahkamah tidak lagi perlu melangkah kepada persoalan seterusnya sama ada kenyataan tersebut bersifat fitnah atau sebaliknya. [30] Dengan mengambil kira keseluruhan keterangan dan beban undang-undang yang terpakai, Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif tidak berjaya membuktikan kesnya terhadap Defendan Kedua atas imbangan kebarangkalian bagi kedua-dua isu ini. Isu mengenai sama ada kenyataan tersebut membawa maksud fitnah tidak timbul untuk diputuskan kerana unsur asas pengucapan dan penerbitan telah pun gagal dibuktikan. Isu 3 & 4: Dakwaan terhadap Defendan Ketiga (sekitar 30.10.2021): sama ada pengucapan berlaku melalui perbualan telefon suami-isteri dan, jika berlaku, sama ada ia suatu fitnah [31] Berhubung dakwaan terhadap Defendan Ketiga yang dikatakan berlaku sekitar 30 Oktober 2021, Plaintif menghujahkan bahawa Defendan Ketiga telah menuturkan kata-kata yang membawa maksud Plaintif dan isterinya akan menjadikan isteri Defendan S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w Ketiga seperti “kuli” atau “maid”, dan bahawa kenyataan tersebut dikatakan terbit daripada suatu perbualan telefon antara suami dan isteri yang kemudiannya disampaikan daripada seorang kepada seorang yang lain sebelum akhirnya sampai kepada Plaintif.
Preamble
Menurut Plaintif, rantaian penyampaian ini menunjukkan wujudnya penerbitan yang memadai dalam konteks tort fitnah. [32] Namun apabila Mahkamah meneliti secara teliti keterangan saksi-saksi yang dikemukakan, jelas bahawa struktur pembuktian dakwaan ini bukan sahaja bersifat hearsay bertingkat-tingkat, malah elemen kritikal mengenai isi sebenar perbualan asal telah dinafikan oleh saksi yang dikatakan terlibat secara langsung dalam komunikasi tersebut. Isteri Defendan Ketiga, iaitu SD-5, yang dipanggil sebagai saksi oleh pihak Defendan, telah memberi keterangan yang konsisten bahawa suaminya tidak pernah menggunakan frasa seperti yang dituduh. Menurut SD-5, perbualan tersebut hanyalah berkisar kepada keuzuran ibu mertua dan keletihan dirinya, dan suaminya hanya menyatakan bahawa jika beliau kepenatan, beliau tidak perlu menguruskan ibunya pada ketika itu. Beliau dengan jelas menafikan wujudnya sebarang ungkapan yang merendahkan atau menghina Plaintif. [33] Keterangan SD-5 ini adalah penting kerana beliau merupakan individu paling hampir dengan perbualan yang dirujuk. Dalam keadaan saksi perantara sendiri menafikan isi kata-kata yang didakwa, dan Plaintif pula tidak memanggil mana-mana ‘direct witness’ lain yang berada dalam peringkat lebih awal rantaian komunikasi tersebut, Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif gagal membuktikan isi sebenar pengucapan yang dikatakan berasal dari Defendan Ketiga. S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w [34] Lebih utama lagi, keseluruhan pengetahuan Plaintif mengenai insiden ini tidak datang daripada pendengaran langsung, tetapi melalui satu rantaian penyampaian yang panjang melibatkan beberapa individu. Setiap lapisan rantaian itu menambah jarak antara sumber asal komunikasi dengan dakwaan yang akhirnya dikemukakan di Mahkamah. Perbezaan antara kenyataan yang didakwa oleh Plaintif dan keterangan SD-5 menunjukkan dengan jelas bahawa terdapat unsur tafsiran, tokok tambah dan penyimpangan maklumat apabila ia bergerak dari seorang kepada seorang yang lain. [35] Di samping itu, Mahkamah mengambil perhatian bahawa perbualan yang dirujuk berlaku dalam lingkungan komunikasi peribadi antara suami dan isteri. Dari sudut keterangan, komunikasi sedemikian bukan sahaja bersifat peribadi, malah ia secara prinsipnya tidak dengan sendirinya membentuk “penerbitan” dalam erti undang-undang tort fitnah. Perbualan suami-isteri di ruang peribadi tidak boleh secara automatik ditukar menjadi satu bentuk penyiaran umum yang boleh dipertanggungjawabkan kepada Defendan, lebih-lebih lagi apabila mahkamah mendapati bahawa kandungan sebenar komunikasi itu sendiri tidak terbukti. [36] Dalam menilai kedua-dua isu ini, Mahkamah berpandukan prinsip bahawa dalam tindakan fitnah lisan, Plaintif wajib membuktikan dua perkara pada peringkat awal, iaitu bahawa kenyataan yang dipertikaikan benar-benar telah diucapkan oleh Defendan, dan bahawa kenyataan itu telah diterbitkan kepada pihak ketiga melalui tindakan Defendan sendiri. Dalam kes ini, bukan sahaja unsur pengucapan gagal dibuktikan melalui keterangan langsung, malah unsur penerbitan juga tidak dapat dipautkan kepada Defendan S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w Ketiga, kerana sebarang bentuk penyampaian yang berlaku kemudiannya adalah hasil komunikasi antara pihak lain yang berada di luar kawalan Defendan. [37] Plaintif mendakwa Defendan Ketiga telah mengeluarkan satu kenyataan berunsur fitnah. Namun demikian, saksi Plaintif, SP-4 menyatakan bahawa kenyataan tersebut dibuat tiga hari selepas kematian ibu mertua Plaintif. “(Nota Keterangan – muka surat 47, baris 7 hingga 14) CL Saya rujuk puan kepada perenggan 29 di muka surat 15 tersebut. FA Okey. CL Okey. Boleh puan bagitahu bilakah, okay, ungkapan kata-kata tak payah lagi pergi uruskan mak itu, nanti dia orang jadikan awak macam kuli macam maid pula. Dakwaan ini bilakah dibuat oleh Defendan ketiga? FA Pada hari Ahad, hari Ahad, 3 hari selepas arwah mak saya meninggal. CL Tiga hari selepas arwah… FA Arwah Mak saya meninggal.” [38] SP-4 juga mengakui bahawa beliau tidak mendengar sendiri kenyataan tersebut daripada Defendan Ketiga. Ia hanyalah maklumat yang disampaikan oleh pihak ketiga melalui perbualan telefon, dan oleh itu tidak boleh dianggap sebagai keterangan yang kukuh: S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w “(Nota Keterangan – muka surat 47, baris 15 hingga 14) CL Ibu meninggal. Okay. Okay, boleh bagitahu mahkamah ini macam mana puan mendapat tahu uh uh ungkapan kata-kata seperti ini? FA Defendan ketiga punya isteri ada call saya dan beritahu pada saya. CL Okey. Okey, semasa uh semasa isteri defendan ketiga membuat call tersebut. Adakah puan membuka loudspeaker punya feature? FA Tak buka, tapi saya memang boleh didengar, boleh dengarlah, kami tak buka loudspeaker lah tapi boleh dengar dengan jelas. CL Okey, puan. Saya katakan kepada puan, puan tiada di hari kejadian, semasa kata-kata ini diungkapkan oleh Defendan ketiga kepada isterinya. FA Defendan ketiga punya isteri yang call saya sendiri. CL Yang maksudnya puan tak ada di hari kejadian lah? FA Hari kejadian yang macam mana itu? CL Maksudnya semasa defendan ketiga, diungkapkan kata-kata di perenggan ini, puan tiada, puan tidak mendengar kata-kata ini secara terus oleh defendan ketiga? FA Oh, saya dengar secara terus daripada defendan ketiga. CL Jadi boleh bagitahu uh puan ada di masa kejadian sewaktu Defendan ketiga ungkap kata-kata berikut kepada isterinya. S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w FA Dia isterinya yang beritahu pada saya ketika dia nak pergi ke rumah arwah mak mertua saya. CL Okay, boleh bagitahu siapa lagi ada di hari kejadian tersebut? FA Tidak ada. Saya saja yang dia call saya. CL Jadi puan tahu pasal itu melalui call lah? FA Ya, melalui isteri dia sendiri yang beritahu. CL Okay. Okey, boleh saya cadangkan kepada puan PH Puan, Maksud puan, isteri Defendan yang menelefon puan. FA Ya, saya. PH Isteri Defendan ketiga? FA Ya. CL Jadi boleh saya cadangkan kepada puan, ada kemungkinan kata-kata ini bukanlah kata-kata seperti yang telah defendan ketiga ungkapkan sepatah-sepatah? FA Saya rasa betul ungkapan dia, tak ada yang tak betul.” [39] Mahkamah bersetuju bahawa berdasarkan keterangan SP-4 sendiri, jelas bahawa beliau tidak berada di tempat kejadian dan tidak mendengar sendiri kata-kata yang didakwa dikeluarkan oleh Defendan Ketiga. Kenyataan tersebut hanya dimaklumkan kepada beliau oleh Pihak ketiga, iaitu isteri Defendan Ketiga, melalui penggilan telefon. Maka, kewujudan dan ketepatan sebenar kata-S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w kata yang didakwa itu adalah meragukan serta tidak dapat disahkan secara langsung. [40] Mahkamah juga berpendapat bahawa adalah tidak wajar untuk memindahkan liabiliti kepada Defendan Ketiga berdasarkan apa yang akhirnya sampai ke telinga Plaintif selepas melalui beberapa lapisan tafsiran pihak ketiga, lebih-lebih lagi apabila saksi yang terlibat dalam peringkat awal rantaian komunikasi itu telah menafikan wujudnya frasa yang dikatakan berunsur fitnah. Dalam keadaan sedemikian, Mahkamah tidak dapat menerima bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan kedua-dua unsur pengucapan dan penerbitan atas imbangan kebarangkalian. [41] Oleh itu, Mahkamah membuat dapatan bahawa dakwaan terhadap Defendan Ketiga gagal di peringkat threshold, iaitu pada unsur asas kewujudan kenyataan dan penerbitan. Apabila unsur-unsur tersebut tidak terbukti, Mahkamah tidak lagi perlu melangkah kepada isu seterusnya berhubung sama ada kenyataan tersebut bersifat fitnah ataupun tidak. Dengan itu, bagi Isu 3, Mahkamah menjawab bahawa pengucapan tidak terbukti; dan oleh yang demikian, Isu 4 tidak timbul untuk dipertimbangkan. [42] Berdasarkan kesemua pertimbangan ini, Mahkamah berpuas hati bahawa kegagalan Plaintif dalam kes terhadap Defendan Ketiga bukanlah kegagalan kecil atau teknikal, tetapi merupakan kegagalan yang bersifat asas pada peringkat unsur pengucapan dan penerbitan. Tanpa pembuktian yang memadai pada dua unsur teras ini, tindakan fitnah tidak dapat berdiri sebagai satu tuntutan yang berdaya hidup. Oleh itu, Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif gagal membuktikan dakwaannya terhadap Defendan Ketiga atas imbangan kebarangkalian. S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w [43] Dengan dapatan ini, Mahkamah tidak meneruskan penilaian terhadap persoalan sama ada kenyataan yang didakwa itu, andaikata wujud, membawa maksud fitnah dari sudut undang-undang, kerana keperluan untuk sampai ke peringkat tersebut hanya timbul apabila unsur-unsur awal telah dipenuhi. Maka bagi isu-isu ini, Mahkamah menjawab bahawa pengucapan tidak terbukti dan penerbitan tidak terwujud dalam erti undang-undang, dan oleh yang demikian isu mengenai sifat memfitnah tidak timbul untuk dipertimbangkan. Isu 5 & 6: Dakwaan terhadap Defendan Pertama (10.03.2022): sama ada pengucapan “dia bukan waris” berlaku di tanah perkuburan, dan jika berlaku, sama ada ia suatu fitnah [44] Bagi insiden yang didakwa berlaku pada 10 Mac 2022 di tanah perkuburan, Plaintif menyatakan bahawa semasa upacara pengebumian ibu mertuanya, Defendan Pertama telah menjerit, dengan nada yang kuat dan nyaring, ungkapan “dia bukan waris” sambil menuding jari telunjuk ke arahnya, dan bahawa kata-kata tersebut diucapkan di hadapan ramai orang kampung yang hadir.
Preamble
Menurut Plaintif, perbuatan ini bukan sahaja memalukannya, malah menjatuhkan maruah dan kedudukannya di sisi masyarakat. [45] Defendan Pertama, sebaliknya, memberikan keterangan yang menggariskan konteks berbeza terhadap pengucapan tersebut. Beliau menjelaskan bahawa pada ketika itu pengurus kubur telah meminta hanya waris-waris sahaja untuk turun ke dalam liang lahad bagi membantu urusan pengebumian jenazah ibunya. Keterangan menunjukkan bahawa dua adiknya telah pun berada di dalam liang S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w lahad dan masih terdapat seorang lagi adik lelaki yang belum dipanggil. Dalam suasana inilah, Plaintif, yang merupakan menantu, tiba-tiba turun ke dalam liang lahad tanpa diminta oleh sesiapa. Defendan Pertama menerangkan bahawa beliau sekadar memaklumkan kepada pengurus atau penggali kubur bahawa Plaintif “bukan waris”, bagi menjelaskan bahawa masih ada waris sebenar yang belum turun dan bahawa Plaintif bukan orang yang dimaksudkan oleh arahan “waris-waris sahaja” itu. [46] Dalam pemeriksaan balas, Defendan Pertama dengan jelas menafikan dakwaan bahawa beliau menjerit atau menuding jari kepada Plaintif. Transkrip menunjukkan bahawa apabila dicadangkan beliau telah menunjuk jari telunjuk dan mengeluarkan kata-kata dengan suara yang tinggi, beliau menolaknya dan menegaskan bahawa beliau hanya menyebut “dia bukan waris” dengan nada biasa sewaktu Plaintif turun secara tiba-tiba ke dalam liang lahad, dan bahawa selepas itu beliau tidak berkata apa-apa lagi serta membiarkan Plaintif membantu adik-adiknya menguruskan jenazah. Keterangan ini adalah konsisten merentasi pemeriksaan utama, balas dan semula, dan Mahkamah mendapati tiada percanggahan material yang menjejaskan kredibilitinya. [47] Dalam menilai unsur “pengucapan”, Mahkamah menerima bahawa frasa “dia bukan waris” memang telah diucapkan oleh Defendan Pertama pada waktu dan tempat yang dirujuk. Namun, Mahkamah secara tegas menolak dakwaan tambahan Plaintif bahawa ianya diucapkan dalam bentuk jeritan yang nyaring dan diiringi dengan perbuatan menuding jari secara menghina. Tiada saksi bebas yang mengesahkan adanya jeritan atau perlakuan sedemikian, dan saksi S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w yang dipanggil oleh Plaintif sendiri tidak menyokong perincian cara pengucapan seperti yang diceritakan oleh Plaintif. [48] Dalam hal ini, SP-2 iaitu Muhammad Hanafi telah dipanggil oleh Plaintif sebagai saksi bagi menyokong versi tersebut. Namun, keterangan SP-2 menunjukkan bahawa beliau adalah bekas murid dan juga pekerja Plaintif, maka beliau bukanlah saksi yang benar-benar bebas. Walaupun Mahkamah tidak menolak keterangannya semata-mata atas hubungan tersebut, Mahkamah mengambil pendekatan berhati-hati. Apabila SP-2 diminta menggambarkan bagaimana kata-kata itu diucapkan, beliau menyatakan bahawa Defendan Pertama “mengatakan” bahawa Plaintif bukan waris dan bahawa hanya waris boleh masuk ke liang lahad. Beliau tidak menyebut bahawa Defendan Pertama menjerit, tidak menyebut adanya tudingan jari, dan tidak menggambarkan sebarang perbuatan yang jelas berbentuk penghinaan terbuka. Apa yang ditambah oleh SP-2 ialah pandangan peribadinya bahawa kata-kata itu boleh memalukan seseorang dan diucapkan dengan cukup jelas untuk didengar, tetapi gambaran ini masih tidak mengangkat pengucapan tersebut ke tahap jeritan menghina seperti yang dibawa oleh Plaintif dalam naratifnya. [49] Dari sudut ini, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah menambah elemen-elemen seperti jeritan dan tudingan jari yang tidak disokong oleh saksi lain, termasuk saksi yang dipilihnya sendiri. Ini menjejaskan kredibiliti Plaintif tentang bentuk sebenar pengucapan, walaupun Mahkamah menerima bahawa frasa “dia bukan waris” memang diucapkan. [50] Mahkamah kemudian beralih kepada persoalan kebenaran fakta. Dalam pemeriksaan balas, Plaintif sendiri telah mengakui bahawa S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w beliau bukan waris dalam konteks urusan pengebumian tersebut. Apabila dicadangkan kepadanya bahawa kenyataan “dia bukan waris” adalah satu kenyataan yang benar, Plaintif menjawab bahawa ia memang benar, cuma beliau berasa ia memalukan dalam suasana pada masa itu. Pengakuan ini amat penting, kerana ia menjadikan kandungan kenyataan yang dipertikaikan itu sebagai suatu kebenaran dari sudut fakta. Dalam undang-undang fitnah, kebenaran merupakan pembelaan yang lengkap. Sebuah kenyataan yang benar tidak menjadi fitnah semata-mata kerana ia menimbulkan rasa tersinggung atau rasa malu kepada pihak yang mendengarnya. Fitnah melindungi seseorang daripada tuduhan yang palsu dan mencemarkan, bukan daripada kenyataan yang benar tetapi pahit. [51] Berdasarkan pengakuan Plaintif sendiri semasa pemeriksaan balas bahawa beliau “bukan waris”, kenyataan tersebut adalah benar secara fakta dan diperturunkan nota keterangan seperti berikut: “(Nota Keterangan – muka surat 10, baris 9 hingga 15) CL Okay, jikalau saya tukar konteks encik, Boleh saya nyatakan, kalau saya berkata bahawa encik bukanlah seorang, seorang jurutera, adakah itu suatu herdikan dan cacian? SR Tidak pasti. CL Tidak pasti. Boleh saya katakan kepada encik bahawa perkataan dia bukan waris adalah suatu kenyataan yang benar? SR 14. Benar, saya bukan waris.” S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w [52] Mahkamah turut meneliti keterangan Plaintif bahawa walaupun beliau mengakui kebenaran kata-kata itu, beliau menganggap ia memalukan kerana niatnya pada masa itu hanyalah untuk membantu menguruskan jenazah sebagai tanda penghormatan terakhir kepada ibu mertuanya. Beliau juga menyatakan bahawa dalam kalangan mereka yang mengenalinya, mungkin kata-kata itu tidak dianggap menghina, tetapi bagi orang kampung yang tidak mengenalinya, ia adalah memalukan. Mahkamah menerima bahawa secara subjektif Plaintif mungkin berasa malu atau tersinggung. Namun, undang-undang fitnah tidak mengukur sifat memfitnah berdasarkan sensitiviti individu, sebaliknya dengan menilai bagaimana seorang yang munasabah (reasonable man) yang mengetahui konteks peristiwa itu akan memahami kenyataan tersebut. [53] Dalam konteks ini, Mahkamah memberi penekanan khas kepada keadaan di tanah perkuburan pada waktu itu. Pengurus kubur telah memberikan arahan yang jelas bahawa hanya waris dibenarkan turun ke liang lahad. Plaintif, sebagai menantu, bukanlah waris dalam erti kata urusan pengurusan jenazah dan susunan waris yang lazim diikuti. Berdasarkan “reasonable man” yang hadir di tanah perkuburan dan menyedari arahan ini, apabila mendengar Defendan Pertama menyebut “dia bukan waris”, akan memahami kenyataan itu sebagai penjelasan mengenai status Plaintif dari sudut urusan pengebumian, iaitu bahawa beliau bukan orang yang dipanggil turun mengikut susunan waris yang dimaksudkan. Ia tidak membawa maksud bahawa Plaintif bukan ahli keluarga, bukan seorang yang baik, atau tidak mempunyai maruah, ia hanya menjelaskan kedudukan operatif beliau dalam situasi ritual S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w pengebumian tersebut. Maka, dari segi maksud, Mahkamah berpuas hati bahawa kenyataan itu tidak membawa erti fitnah menurut ukuran yang munasabah. [54] Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Dato’ Sri Dr Mohamad Salleh bin Ismail & Anor v Nurul Izzah bt Anwar & Anor [2021] 2 MLJ 577 yang menyatakan bahawa: “[40] The defence of justification can be found in s8 of the Defamation Act 1957 which states: In an action for libel or slander in respect of words containing two or more distinct charges against the plaintiff, a defence of justification shall not fail by reason only that the truth of every charge is not proved if the words not proved to be true do not materially injure the plaintiff’s reputation having regard to the truth of the remaining charges. [41] What this means is that it is not necessary to prove the truth of every defamatory allegation if the words not proved to be true do not materially injure the plaintiff’s reputation. In short, there only needs to be substantial justification of the whole libel and it is not necessary to prove the truth of every word of the libel. ‘As much must be justified as meets the sting of the charge, and if anything be contained in a charge which does not add to the sting of it, that need not be justified’ (see Workers’ Party: Tay Boon Too; Workers’ Party v Attorney-General [1975] 1 MLJ 47). [42] Where a claimant complains that words are defamatory of him in their natural and ordinary meaning, the defendant is S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w entitled to justify those words in any meaning which those words are capable of conveying to a reasonable man (see Gatley on Libel and Slander (12th Ed) para 27.8 citing Prager v Times Newspapers Ltd [1988] 1 WLR 77 (‘Prager’)). In Prager’s case, it was held, per Purchas and Nicholls LJJ: It is open to a defendant, who seeks to justify the words complained of in a sense other than that attributed to them by the plaintiff, to plead what he contends to be the real meaning of the words, but he is not obliged to do so provided that he spells out sufficiently the meaning which, if the Jury find it to be the real meaning of the words, he will seek to justify.” [55] Mahkamah kemudian meneliti elemen penerbitan kepada pihak ketiga. Plaintif menyatakan bahawa terdapat lebih 30 orang kampung yang mendengar kata-kata tersebut dan bahawa reputasinya tercemar dalam kalangan mereka. [56] Namun tiada seorang pun daripada mereka dipanggil sebagai saksi. Pengurus kubur yang menjadi saksi penting dalam latar insiden juga tidak dipanggil. Ahli keluarga lain yang berada hampir dengan liang lahad turut tidak dipanggil untuk mengesahkan bentuk dan cara kenyataan itu diucapkan. Plaintif hanya memilih untuk memanggil SP-2, seorang saksi yang jelas mempunyai hubungan kepentingan dengannya. Dalam keadaan di mana Plaintif mendakwa terdapat ramai saksi, kegagalan untuk memanggil mana-mana saksi neutral atau saksi paling material tanpa penjelasan yang munasabah membolehkan Mahkamah mengundang inferens di bawah Seksyen S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w 114(g) Akta Keterangan 1950 bahawa sekiranya saksi-saksi tersebut dipanggil, keterangan mereka tidak akan menyokong versinya. [57] Apabila kegagalan ini dipadankan dengan keterangan Defendan Pertama yang konsisten, serta fakta bahawa tiada bukti objektif bahawa penduduk kampung telah mengubah pandangan mereka terhadap Plaintif hasil daripada insiden itu, Mahkamah berpuas hati bahawa penerbitan kepada pihak ketiga dalam bentuk yang didakwa oleh Plaintif tidak terbukti. Dalam tort fitnah, penerbitan bukan sekadar kebarangkalian bahawa orang lain mungkin mendengar, tetapi perlu dibuktikan bahawa kenyataan itu benar-benar sampai kepada pihak ketiga dalam bentuk yang berpotensi menjejaskan reputasi. Beban ini tidak telah dipenuhi oleh Plaintif. [58] Setelah menimbangkan keseluruhan keterangan dan hujahan, Mahkamah merumuskan bahawa kes terhadap Defendan Pertama gagal pada tiga lapisan utama. Pertama, dari sudut fakta, kenyataan yang dipertikaikan adalah benar, seperti yang diakui sendiri oleh Plaintif. Kedua, mengikut tafsiran ‘reasonable man’ dalam konteks urusan pengebumian, kenyataan tersebut tidak membawa maksud fitnah, ia hanyalah penjelasan mengenai status waris untuk mematuhi arahan pengurus kubur. Ketiga, unsur penerbitan kepada pihak ketiga dalam bentuk yang dikatakan mengaibkan tidak dibuktikan atas imbangan kebarangkalian. Setiap satu asas ini, secara sendiri, sudah memadai untuk menolak tuntutan terhadap Defendan Pertama. Apabila ketiga-tiganya wujud secara serentak, jelas bahawa kegagalan kes Plaintif adalah bersifat substantif, bukan teknikal. S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w [59] Walaupun demikian, Mahkamah menegaskan bahawa sekalipun andaian dibuat bahawa penerbitan kepada pihak ketiga dapat dibuktikan, tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama masih tidak dapat berdiri kerana kenyataan yang dipertikaikan adalah benar dan dalam konteks yang munasabah tidak membawa maksud fitnah. Dengan itu, Mahkamah berpuas hati bahawa Plaintif gagal membuktikan kesnya terhadap Defendan Pertama atas imbangan kebarangkalian bagi kedua-dua isu ini, dan tuntutan terhadap Defendan Pertama hendaklah ditolak. KEROSAKAN REPUTASI DAN KESAN YANG DIDAKWA [60] Plaintif dalam keterangannya menghujahkan bahawa akibat daripada kenyataan-kenyataan yang didakwa fitnah itu, beliau telah mengalami tekanan emosi yang mendalam, dipulaukan oleh keluarga mertua, dipandang serong oleh masyarakat sekeliling, dan akhirnya hubungan rumah tangganya turut terjejas sehingga berlaku perceraian dengan isterinya. Menurut Plaintif, segala emosi dan sosial yang dialaminya adalah berpunca daripada kata-kata yang dikatakan telah diucapkan oleh Defendan-Defendan dalam tiga insiden yang menjadi asas tindakan ini. [61] Mahkamah meneliti dengan berhati-hati dakwaan-dakwaan ini serta keterangan yang dikemukakan untuk menyokongnya. Apa yang dapat disimpulkan ialah, selain daripada keterangan Plaintif sendiri, tiada sebarang bukti objektif atau keterangan saksi bebas yang datang ke Mahkamah untuk mengesahkan bahawa reputasi Plaintif di mata masyarakat atau keluarganya telah menurun kerana kenyataan-kenyataan yang didakwa. Tiada seorang pun jiran, rakan S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w sekerja, majikan, atau ahli masyarakat yang tampil untuk menyatakan bahawa pandangan mereka terhadap Plaintif berubah selepas insiden-insiden itu. Tiada juga bukti dokumentar atau sebarang catatan kontemporari seperti laporan rasmi, aduan bertulis atau kesan terhadap kedudukannya dalam mana-mana institusi yang dikemukakan kepada Mahkamah. [62] Apa yang wujud hanyalah keterangan Plaintif bahawa beliau “merasa” dipandang serong dan “merasa” dipulaukan. Mahkamah tidak menafikan bahawa perasaan ini mungkin wujud dan dialami secara jujur oleh Plaintif. Namun, dari sudut undang-undang fitnah, kerosakan reputasi diukur bukan semata-mata melalui apa yang dirasakan oleh Plaintif, tetapi melalui bukti bahawa pandangan pihak ketiga terhadapnya benar-benar telah berubah atau terjejas. Fitnah ialah tort yang melindungi reputasi seseorang di mata orang lain, bukan semata-mata melindungi perasaan hati individu itu terhadap dirinya sendiri. Justeru, Mahkamah perlu melihat kepada bukti objektif tentang apa yang berlaku di luar diri Plaintif, bukan sekadar keadaan emosi dalaman yang diceritakannya. [63] Mahkamah juga mengambil kira bahawa, dalam konteks fitnah lisan, undang-undang lazimnya tidak mengandaikan kerosakan secara automatik kecuali bagi kategori-kategori tertentu yang tidak relevan dalam kes ini. Sebagai prinsip umum, Plaintif perlu menunjukkan kewujudan kerosakan sebenar kepada reputasinya – misalnya kehilangan peluang, kehilangan pekerjaan, kemerosotan kedudukan sosial, atau sekurang-kurangnya perubahan nyata dalam cara beliau dilayan dan dipandang oleh orang sekeliling. Di dalam kes ini, tiada satu pun bentuk kerosakan yang konkrit sebegitu dibuktikan. Plaintif tidak menunjukkan bahawa beliau S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w hilang kerjaya, hilang sumber pendapatan, atau dihina secara terbuka oleh pihak ketiga disebabkan ucapan Defendan-Defendan. [64] Sebaliknya, apabila keterangan keseluruhan dikupas, jelas bahawa konflik yang melanda kehidupan Plaintif jauh lebih luas dan rumit daripada tiga kenyataan yang menjadi fokus tindakan ini. Pertikaian berkaitan penjagaan ibu mertua, perbezaan pandangan dengan ipar-duai, ketegangan yang memuncak dalam rumah tangga dan hubungan yang telah lama renggang antara pihak-pihak, semuanya telah wujud dan berlarutan sebelum dan di luar insiden-insiden yang dirujuk sebagai fitnah. Tekanan emosi yang dialami Plaintif, malah penceraian dengan isterinya, tidak dapat dengan selamat dipautkan secara langsung dan khusus kepada kenyataan-kenyataan yang didakwa, tanpa mengambil kira rangka konflik keluarga yang lebih luas yang jelas hadir dalam latar fakta kes ini. [65] Faktor-faktor ini turut disahkan oleh Khairunisa binti Mohamad Nazor (“SP-3”) yang menyatakan bahawa tekanan emosi Plaintif berpunca daripada pelbagai sumber dan bukan hanya daripada kenyataan Defendan-Defendan: “(Nota Keterangan – muka surat 33, baris 10 hingga 15) MI Okey, terima kasih doktor, dan perenggan seterusnya. Jadi doktor identify lah daripada apa, rawatan tersebut ya, daripada perjumpaan tersebut dengan pesakit. Masalah utama apa, pesakit tersebut, apa ya, doktor? KH Berdasarkan laporan perubatan itu, apa antara punca uh stress ataupun tekanan pada masa itu adalah berkaitan dengan hal keluarga dan juga perkahwinan dia, beliau. (Nota Keterangan – muka surat 37, baris 6 hingga 11) S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w CL Baiklah. Doktor, setuju atau tidak, saya katakan bahawa terdapat faktor faktor lain selain daripada faktor keluarga dan hubungan suami isteri dengan bekas isteri Plaintif yang telah menyumbang kepada kemurungan Plaintif? KH Kalau berdasarkan laporan perubatan yang ditulis sini, yang kita kenal pasti pada masa itu, antara punca stress adalah berkaitan dengan hal keluarga dan perkahwinan. Itu sahaja yang ditulis dalam laporan perubatan lah.” [66] Mahkamah sekali lagi menegaskan bahawa, sekalipun Plaintif benar-benar berada dalam keadaan tertekan dan sedih akibat pertelingkahan keluarga yang berpanjangan, undang-undang fitnah tidak membenarkan Mahkamah memikul segala beban kesusahan itu kepada Defendan-Defendan berdasarkan suatu andaian umum. [67] Tanggungjawab Mahkamah ialah memastikan bahawa apa jua ganti rugi yang dipertimbangkan mestilah berpunca secara langsung dan boleh dikenal pasti daripada sesuatu perbuatan fitnah yang telah dibuktikan memenuhi semua unsur: wujudnya kenyataan yang memfitnah, kenyataan itu merujuk kepada Plaintif, kenyataan itu diterbitkan kepada pihak ketiga, dan kenyataan itu menjejaskan reputasi Plaintif. Di dalam kes ini, dapatan Mahkamah di peringkat terdahulu sudah pun menetapkan bahawa Plaintif gagal pada unsur-unsur asas tersebut iaitu sama ada kerana kenyataan yang didakwa tidak pernah wujud, atau kerana ia tidak diterbitkan dalam erti undang-undang, atau kerana ia adalah kenyataan benar yang tidak membawa maksud fitnah dalam konteksnya. S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w [68] Dalam keadaan di mana unsur asas fitnah telah gagal dibuktikan, dakwaan mengenai kerosakan reputasi dan tekanan emosi tidak mampu “menghidupkan” semula satu tuntutan yang telah pun cacat di peringkat ini. Kerosakan, betapa besar sekali pun dari sudut emosi atau peribadi, tidak boleh berdiri sendiri tanpa kewujudan perbuatan fitnah yang sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh menganugerahkan ganti rugi semata-mata sebagai simpati terhadap keadaan Plaintif jika tiada perbuatan salah yang terbukti secara undang-undang di pihak Defendan-Defendan. [69] Walau bagaimanapun, bagi tujuan melengkapkan rekod alasan, Mahkamah menyatakan secara alternatif bahawa sekalipun andaian dibuat bahawa Plaintif berjaya membuktikan kewujudan kata-kata fitnah yang memenuhi unsur-unsur terdahulu, rekod keterangan dalam kes ini masih belum memadai untuk menyokong suatu dapatan kerosakan reputasi yang jelas. Ketiadaan saksi bebas mengenai perubahan pandangan masyarakat, ketiadaan bukti tentang kerugian khusus, dan latar konflik keluarga yang telah sedia wujud sebelum insiden-insiden yang dirujuk, kesemuanya menjadikan dakwaan kerosakan reputasi itu terlalu longgar dan tidak cukup untuk menjustifikasikan sebarang pengawardian ganti rugi yang bermakna. [70] Maka, Mahkamah membuat dapatan bahawa dari sudut kerosakan reputasi dan kesan yang didakwa, Plaintif tidak berjaya memenuhi beban pembuktian yang diletakkan ke atasnya. Dapatan ini selari dan konsisten dengan dapatan Mahkamah mengenai unsur-unsur fitnah yang lain. S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w KESIMPULAN [71] Setelah meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi, dokumen yang dikemukakan serta hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah berpuas hati bahawa Plaintif gagal membuktikan kesnya terhadap kesemua Defendan atas imbangan kebarangkalian. Bagi dakwaan terhadap Defendan Kedua dan Ketiga, Mahkamah mendapati bahawa unsur pengucapan dan penerbitan tidak terbukti melalui keterangan langsung yang boleh diterima dimana naratif Plaintif banyak bergantung kepada penyampaian berlapis dan tidak disokong oleh saksi neutral yang material. [72] Berhubung dakwaan terhadap Defendan Pertama, Mahkamah menerima bahawa frasa “dia bukan waris” telah diucapkan, namun ia terbukti diucapkan dalam konteks operatif urusan pengebumian dan tidak membawa maksud fitnah menurut tafsiran ‘reasonable man’. Elemen penerbitan kepada khalayak juga tidak dibuktikan, manakala kebenaran intipati kenyataan tersebut menutup ruang liabiliti fitnah. [73] Secara total, kegagalan Plaintif bukanlah pada satu aspek sahaja, tetapi pada beberapa elemen asas tort fitnah yang masing-masing, secara berdiri sendiri, sudah mencukupi untuk menolak tuntutan ini. [74] Sehubungan dengan itu, Mahkamah memutuskan bahawa tuntutan fitnah yang dibawa oleh Plaintif terhadap kesemua Defendan adalah tidak berjaya dan dengan ini ditolak sepenuhnya. [75] Kos tindakan ini diberikan kepada Defendan-Defendan sebanyak RM20,000.00 S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w Bertarikh: 12 Januari 2026 T.T (MAZULIANA BINTI ABDUL RASHID) Hakim Mahkamah Sesyen Kajang, Selangor KAUNSEL: Bagi Pihak Plaintif: Tetuan Liyana & Co. Bagi Pihak Defendan-Defendan: Tetuan Aizat Izuan Shakeel S/N bjtDnbqZgEeliZUbKSe7w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.