Seksyen 392 KK yang memperuntukkan sepertimana berikut-Punishment for robbery Whoever commits robbery shall be punished with imprisonment for a term which may extend to * fourteen years, and he shall also be liable to fine or to whipping. [10] Ini bermakna elemen pertuduhan telah dibuktikan bahawa, Tertuduh telah melakukan rompakan ke atas Big Farmasi yang beralamat sepertimana dalam pertuduhan, pada 12-4-2025 lebih kurang jam 8.40 malam dan telah melarikan wang tunai bernilai RM2797.30 milik farmasi. Mahkamah menerima pengakuan salah Tertuduh dan mensabitkan Tertuduh bersalah atas pertuduhan-pertuduhan terhadapnya. MITIGASI DAN PEMBERATAN [11] Seterusnya, sebelum menjatuhkan hukuman, Mahkamah mendengar mitigasi Tertuduh di mana Tertuduh mengulang kembali mitigasinya seperti dalam kes no. BA- 62RS-16-05/2025 memohon supaya diringankan hukumannya kerana Tertuduh telah menyesal dan mengaku salah serta tidak mahu membuang masa mahkamah. Tertuduh memohon hukuman penjaranya dikenakan bermula dari tarikh tangkapan iaitu 15-5-2025. Tertuduh berumur 43 tahun, masih bujang tetapi menanggung abang dan kakaknya. [12] Pihak pendakwaan memohon Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal bagi kesalahan ini sebagai pengajaran ke atas Tertuduh serta mengambilkira S/N cwkZ4fp/l0eC1h77GdgEg kekerapan kes seperti ini di Mahkamah ini dan juga kepentingan awam. Selain itu Mahkamah diminta mempertimbangkan kerugian yang dialami syarikat farmasi tersebut yang mana tidak dapat dikesan wang tunai yang telah dilarikan itu. HUKUMAN [13] Hukuman yang ditetapkan di bawah Seksyen 392 KK adalah pemenjaraan selama tempoh boleh sampai 14 tahun dan sebatan. Dalam hal ini Mahkamah mengambil kira bahawa pengakuan salah Tertuduh di peringkat awal telah menjimatkan masa semua pihak dan sewajarnya layak menjadi mitigasi bagi hukuman minima. Mahkamah juga mempertimbangkan tiada kecederaan kepada mangsa. [14] Namun pengakuan salah Tertuduh dan bagaimana kesalahan dilakukan Tertuduh perlu diseimbangkan dengan kepentingan awam. Dalam kes PP v Muhammad Fiqry Jafri & Anor (2021) 3 MLRH 703; (2021) 9 MLJ 915; (2021) 4 CLJ 552, mengenai faktor mitigasi melalui pengakuan salah Tertuduh, Mahkamah telah memutuskan bahawa- “[48] I take note that the repsondents pleaded guilty before the trial started. Judicial time and expenses were saved. Witnesses are spared of not only trips to the Court away from work or other responsibilities but more importantly, they are spared of rigorous cross-examination in a criminal trial”. [15] Dalam kes Nor Azuwan Hafifi Md. Akhir v. PP (2022) 1 LNS 2182, Mahkamah Rayuan telah merujuk kes Bachik Abdul Rahman v. PP (2004) 2 CLJ 572 dalam m/s 583 mengenai pengakuan salah Tertuduh yang boleh diterima bagi meringankan hukumannya, di mana Augustine Paul HMR menyatakan, S/N cwkZ4fp/l0eC1h77GdgEg "The position in law is that it is generally accepted that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty. The discount that is given is normally a reduction of the sentence by about a third of what would otherwise have been imposed." [16] Augustine Paul J seterusnya menyatakan bahawa pengakuan salah semata-mata tidak juga menjadi satu-satunya asas untuk memberikan keringanan hukuman kerana Mahkamah juga perlu melihat kepada tahap kekerasan (severity) sesuatu kesalahan atau rekod kesalahan lampau yang boleh mengatasi nilai pengakuan salah tersebut, kerana pada akhirnya Mahkamah perlu memberi penekanan kepada kepentingan awam. "One of the principles in sentencing is that a convicted person should be given a discount for pleading guilty. A reduction of about one third of the sentence that would otherwise have been imposed is normally given. This, however, is not a strict rule and the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount. The severity of the offence or the existence of a previous conviction may outweigh the mitigating effect of the guilty plea; so may the demands of public interest for a deterrent sentence as well as the absence of a good defence or of other mitigating factors. The guilty plea does not automatically entitle the convict to a lesser punishment.” Mahkamah Rayuan selanjutnya menyatakan: "...The exercise of the discretion to determine the date of commencement of the sentence of imprisonment is dependent on the facts and circumstances of each case.” S/N cwkZ4fp/l0eC1h77GdgEg [17] Dalam hal ini, pihak pendakwaan tidak mengemukakan rekod sabitan lampau Tertuduh. Walau bagaimanapun, pada hari ini Tertuduh telah disabitkan dan dihukum bagi pertuduhan di bawah Seksyen 392 dibaca bersama Seksyen 379 KK di Mahkamah ini dalam kes no. BA-62RS-16-05/2025. Ini mengundang kepada hukuman yang lebih berat supaya setimpal dengan dengan kesalahan itu kerana kekerapan kesalahan yang dilakukan Tertuduh. Oleh itu kes no. BA-62RS-16-05/2025 menjadi sabitan lampau Tertuduh yang perlu diambil kira dalam hukuman ini. [18] Mahkamah juga telah mempertimbangkan untuk meringankan hukuman pemenjaraan kepada 1/3 daripada hukuman asal dalam seksyen pertuduhan. Amalan mengurangkan hukuman asal kepada 1/3 hukuman telah menjadi amalan yang mapan di mana-mana Mahkamah bagi kes yang mana Tertuduh telah mengaku salah dan menjimatkan masa Mahkamah. Dalam kes PP v Sharithan a/l Pachemuthu [2000] 5 MLJ 368 Tertuduh yang dituduh di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki 18 gram campuran heroin (13.5g) dan monoacetylmorphine (4.5g) telah dipenjarakan 6 tahun dan 10 kali sebatan selepas Mahkamah mengurangkan hukuman kepada 1/3 daripada hukuman asal di mana Seksyen 39A(2) memperuntukkan hukuman pemenjaraan sama ada seumur hidup atau minima 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali. Ini kerana Tertuduh telah mengaku salah dan bekerjasama penuh dengan pihak polis semasa proses tangkapan dan siasatan. [19] Oleh kerana Tertuduh telah dijatuhi hukuman penjara bagi kes no. BA-62RS- 16-05/2025 iaitu penjara 3 tahun bermula tarikh tangkapan 15-5-2025, maka hukumannya sedang berjalan pada masa kes BA-62RS-17-05/2025 ini disebut. Oleh itu hukuman pemenjaraan bagi kes BA-62RS-17-05/2025 tidak boleh bermula daripada tarikh tangkapan Tertuduh kerana Pertuduhan dalam kes BA-62RS-17- S/N cwkZ4fp/l0eC1h77GdgEg 05/2025 ini adalah bagi kesalahan yang dilakukan pada tarikh dan masa yang berbeza, dan terhadap mangsa yang berbeza daripada kes no. BA-62RS-16-05/2025 dan tidak menjadi transaksi yang sama. [20] Mahkamah adalah terikat dengan peruntukan Seksyen 292(1) KTJ iaitu, perintah pemenjaraan hendaklah bermula sama ada daripada tarikh perintah di sini atau tarikh Tertuduh selesai menjalani hukuman yang sedang dijalani. Seksyen 292(1) KTJ memperuntukkan-Commencement of sentence of imprisonment on prisoner already undergoing imprisonment