When a person who is an escaped convict or is undergoing a sentence of imprisonment is sentenced to imprisonment, such imprisonment shall commence either immediately or at the expiration of the imprisonment to which he has been previously sentenced, as the Court awarding the sentence may direct. [12] Oleh itu Mahkamah adalah terikat untuk mengenakan hukuman penjara sama ada bermula dari tarikh perintah ini atau selepas Tertuduh selesai menjalani hukuman bagi Kes No. 16 dan Kes No. 17. Tertuduh memohon supaya hukuman penjaranya bermula daripada tarikh perintah pada 9-7-2025. Jika ini dibenarkan, maka pemenjaraan ke atas Tertuduh akan dipendekkan daripada tempoh sebenar. [13] Pihak pendakwaan memohon Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal bagi kesalahan ini sebagai pengajaran ke atas Tertuduh serta mengambilkira kekerapan kes rompak samun di Mahkamah ini dan juga kepentingan awam. Selain itu Mahkamah diminta mempertimbangkan kerugian yang dialami syarikat farmasi tersebut yang S/N Mt7NjDoxUkapqkPtJWAexw mana wang yang dilarikan tidak dapat dikesan. Tambahan pula, Pengadu telah mengalami trauma kesan penggunaan pisau sebagai senjata yang diacukan kepadanya oleh Tertuduh semasa Tertuduh mahu merompak farmasi. HUKUMAN [14] Hukuman yang ditetapkan di bawah Seksyen 392 dibaca bersama 397 KK adalah pemenjaraan selama tempoh boleh sampai 14 tahun dan sebatan. Dalam hal ini Mahkamah mengambil kira bahawa pengakuan salah Tertuduh di peringkat awal telah menjimatkan masa semua pihak dan sewajarnya layak menjadi mitigasi untuk hukuman minima. Mahkamah juga mempertimbangkan tiada kecederaan kepada mangsa. [15] Namun pengakuan salah Tertuduh ini perlu diseimbangkan dengan kepentingan awam. Dalam kes PP v Muhammad Fiqry Jafri & Anor (2021) 3 MLRH 703; (2021) 9 MLJ 915; (2021) 4 CLJ 552, mengenai faktor mitigasi melalui pengakuan salah Tertuduh, Mahkamah telah memutuskan bahawa sememangnya pengakuan salah Tertuduh telah menjimatkan masa Mahkamah - “[48] I take note that the respondents pleaded guilty before the trial started. Judicial time and expenses were saved. Witnesses are S/N Mt7NjDoxUkapqkPtJWAexw spared of not only trips to the Court away from work or other responsibilities but more importantly, they are spared of rigorous cross-examination in a criminal trial”. [16] Begitu juga dalam kes Nor Azuwan Hafifi Md. Akhir v. PP (2022) 1 LNS 2182, Mahkamah Rayuan telah merujuk kes Bachik Abdul Rahman v. PP (2004) 2 CLJ 572 dalam m/s 583 mengenai pengakuan salah Tertuduh, di mana Mahkamah mengatakan semestinya pengakuan salah Tertuduh harus diterima untuk meringankan hukuman Tertuduh. Augustine Paul HMR menyatakan, "The position in law is that it is generally accepted that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty. The discount that is given is normally a reduction of the sentence by about a third of what would otherwise have been imposed." [17] Namun, selanjutnya Augustine Paul juga menyatakan bahawa pengakuan salah semata-mata tidak boleh menjadi satu-satunya asas untuk memberikan keringanan hukuman kerana Mahkamah juga perlu melihat kepada tahap kekerasan (severity) sesuatu kesalahan atau rekod kesalahan lampau yang boleh mengatasi nilai pengakuan salah tersebut, kerana pada akhirnya Mahkamah perlu memberi penekanan kepada kepentingan awam. Jelasnya, apa yang penting adalah memelihara S/N Mt7NjDoxUkapqkPtJWAexw kepentingan awam. Oleh itu Mahkamah boleh mengurangkan hukuman 1/3 kepada hukuman asal. "One of the principles in sentencing is that a convicted person should be given a discount for pleading guilty. A reduction of about one third of the sentence that would otherwise have been imposed is normally given. This, however, is not a strict rule and the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount. The severity of the offence or the existence of a previous conviction may outweigh the mitigating effect of the guilty plea; so may the demands of public interest for a deterrent sentence as well as the absence of a good defence or of other mitigating factors. The guilty plea does not automatically entitle the convict to a lesser punishment.” [18] Oleh itu Mahkamah Rayuan selanjutnya menyatakan, bagaimana Mahkamah menentukan tempoh pemenjaraan adalah budibicara masing-masing yang mana akan bergantung kepada keadaan dan fakta kes - "...The exercise of the discretion to determine the date of commencement of the sentence of imprisonment is dependent on the facts and circumstances of each case.” S/N Mt7NjDoxUkapqkPtJWAexw [19] Dalam hal ini, pihak pendakwaan tidak mengemukakan rekod sabitan lampau Tertuduh. Walau bagaimanapun, Mahkamah ini telah mendengar 2 kes terdahulu yang melibatkan Tertuduh, iaitu dalam Kes No. 16 dan Kes No. 17 di mana Tertuduh telah disabitkan dan dihukum bagi kesalahan rompak samun juga. Malahan kejadian berlaku dalam bulan yang sama, hanya melibatkan tarikh, masa, farmasi dan mangsa yang berbeza. Rujuk para [2] di atas. Dapat dilihat, pada bulan April 2025, Tertuduh telah merompak samun Big Pharmacy (12-4-2025) (Kes No. 17) kemudian merompak samun Health Lane Pharmacy (23-4-2025) (Kes No. 30) dan kemudian merompak samun Friends Pharmacy (30-4-2025) (Kes No. 16) kesemuanya dilakukan pada waktu malam lebih kurang jam 8.00 hingga 9.00 malam. [20] Rentetan jenayah yang dilakukan Tertuduh ini mengundang kepada hukuman yang lebih berat walaupun Tertuduh telah mengaku salah pada tarikh pertama pertuduhan. Oleh itu permintaan Tertuduh supaya hukumannya bermula pada tarikh perintah ini, adalah tidak wajar. [21] Dalam menentukan tempoh pemenjaraan, Mahkamah juga telah mempertimbangkan untuk meringankan hukuman pemenjaraan kepada 1/3 daripada hukuman asal dalam seksyen pertuduhan sebagaimana amalan Mahkamah dalam kes terdahulu dalam situasi di mana Tertuduh mengaku salah di peringkat awal kes. Selain daripada penghakiman yang S/N Mt7NjDoxUkapqkPtJWAexw dirujuk di para [17] di atas, dalam kes PP v Sharithan a/l Pachemuthu [2000] 5 MLJ 368 juga telah diputuskan bahawa Tertuduh yang dituduh di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki 18 gram campuran heroin (13.5g) dan monoacetylmorphine (4.5g) telah dipenjarakan 6 tahun dan 10 kali sebatan selepas Mahkamah mengurangkan hukuman kepada 1/3 daripada hukuman asal di mana Seksyen 39A(2) memperuntukkan hukuman pemenjaraan sama ada seumur hidup atau minima 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali. Ini kerana Tertuduh telah mengaku salah dan bekerjasama penuh dengan pihak polis semasa proses tangkapan dan siasatan. Namun, oleh kerana ini adalah kes dadah, maka sewajarnya Mahkamah itu mempertimbangkan berat dadah sebelum menjatuhkan hukuman. [22] Dalam kes di sini, Mahkamah juga telah mempertimbangkan, oleh kerana Tertuduh telah dijatuhi hukuman penjara 3 tahun bermula tarikh tangkapan 15-5-2025 untuk Kes No. 16, diikuti dengan Kes No. 17 dengan hukuman penjara 2 tahun selepas Tertuduh selesai hukuman bagi Kes No. 16, maka sewajarnya hukuman bagi Kes No. 30 hendaklah bermula selepas Tertuduh selesai hukuman bagi Kes No. 17. Ini adalah adil kepada Tertuduh apabila melihat kepada kekerapan jenayah ini dilakukan Tertuduh. S/N Mt7NjDoxUkapqkPtJWAexw [23] Tambahan pula, sepertimana yang telah Mahkamah jelaskan kepada Tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman, Mahkamah ini adalah terikat dengan peruntukan Seksyen 292(1) KTJ berkenaan dengan permulaan hukuman penjara bagi banduan yang sedang menjalani hukuman. [24] Mahkamah juga mengambil judicial notice tentang keadaan sesak di penjara ekoran terlalu ramai banduan dipenjarakan. Oleh itu pemenjaraan yang minima telah menjadi perkara utama yang dipertimbangkan sebelum menjatuhkan hukuman. KESIMPULAN [25] Oleh itu, setelah menilai kesemua keterangan yang dikemukakan dan mitigasi Tertuduh serta pemberatan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah mendapati Tertuduh bersalah dan disabitkan bersalah atas pertuduhan ke atasnya di bawah Seksyen 392 dibaca bersama Seksyen 397 KK. [26] Mahkamah memutuskan untuk menghukum Tertuduh dengan penjara 2 tahun dari tarikh selepas Tertuduh selesai menjalani pemenjaraan bagi kes BA-62RS-17-05/2025 dan 3 kali sebatan. Ini bermakna, daripada jumlah pemenjaraan yang diperuntukkan di bawah S/N Mt7NjDoxUkapqkPtJWAexw seksyen pertuduhan iaitu penjara selama tempoh boleh sampai 14 tahun, Mahkamah telah menurunkannya menjadi 2 tahun sahaja dengan 3 kali sebatan. Jumlah sebatan adalah wajar untuk meninggalkan kesan dan memori kepada Tertuduh supaya menjadi pengajaran kepadanya agar tidak sekali-kali mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan. Hukuman ini adalah wajar bagi kes ini. Bertarikh 14 Julai 2025 Norazlin binti Othman Hakim Mahkamah Sesyen 3 Shah Alam Pihak Pendakwaan: Timbalan Pendakwaraya Negeri Selangor Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, IDCC Shah Alam, Selangor S/N Mt7NjDoxUkapqkPtJWAexw