Rayuan Jenayah: BA-42H-16-07/2025 (BA-62RS-28 05/2025) Bahawa kamu pada 02/04/2025 jam lebih kurang 1.50 tengahari di Big Pharmacy Putra Heights, Jalan Putra Mahkota 7/6C, Pusat Bandar Putra Point, 47650 Subang Jaya, dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati melakukan rompakan terhadap Nur Anis Nabilah dengan merompak wang tunai berjumlah RM 1057.70 yang merupakan harta dalam kawalan penama tersebut dan ketika melakukan rompakan tersebut telah menggunakan sebilah parang sebagai senjata. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan. Tertuduh dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara dan 1 kali sebatan. (Hukuman bermula selepas tertuduh menjalani hukuman no. kes BA-62RS-30 05/2025.) [3] Hukuman maksima bagi kesalahan bawah seksyen 392 /397 KK adalah:- hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 14 tahun, dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat. [4] Perayu juga telah mengaku salah dan telah dijatuh hukum untuk 2 kes yang lain. Rayuan bagi kedua-dua kes ini (jika ada) tidak didengar di hadapan saya. Butiran hukuman bagi kes-kes tersebut adalah seperti berikut-BA-62RS-16-05/2025 (2 pertuduhan) Pertuduhan bawah seksyen s.392 /397 KK – dihukum 3 tahun penjara untuk setiap pertuduhan dan 4 kali sebatan untuk setiap pertuduhan (hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh perayu ditangkap. BA-62RS-17-05/2025 Pertuduhan bawah s.392/397 KK - dihukum dengan penjara 2 tahun dan 3 kali sebatan (Hukuman bermula selepas selesai hukuman penjara dalam BA-62RS-16-05/2025) . [5] Kesimpulan yang boleh dibuat, atas hukuman yang dijatuhkan oleh HMS-HMS adalah-hukuman pemenjaraan bagi kes-kes tersebut telah diperintahkan agar dijalankan secara berturut-turut selepas perayu menjalani hukuman bagi setiap kes. [6] Peguam perayu Encik KA Ramu, dalam hujahannya telah menyatakan bahawa beliau mengakui bahawa hukuman penjara sewajarnya dijalankan secara berturut-turut. Beliau sampai kepada keputusan ini apablla beliau meneliti hujahan Timbalan Pendakwaraya dan undang-undang berkenaan “one transaction rule and the totality principle” yang diputuskan dalam kes Mahkamah Tinggi Bachik bin Abdul Rahman v Public Prosecutor [2004] 2 MLJ 534 [7] Walau bagaimanapun, perayu melalui peguamnya telah memohon agar hukuman penjara 3 tahun bagi kes BA-42H-16-07/2025 (BA- 62RS-28 05/2025) dan BA-42H-15-07/2025 (BA-62RS-29-07/2025) diturunkan kepada 2 tahun penjara. Manakala hukuman 3 kali sebatan bagi kes BA-42H-14-07/2025 (BA-62RS-30-07/2025) diturunkan kepada 1 kali sebatan. [8] Oleh kerana tiada pertikaian oleh pihak perayu terhadap perintah HMS-HMS yang telah memerintahkan agar setiap hukuman bagi kes yang berbeza, dijalankan secara berturut-turut, saya tidak akan membincangkannya secara panjang lebar. Cukup untuk saya nyatakan disini bahawa perintah HMS-HMS adalah betul memandangkan kesalahan yang dilakukan oleh perayu adalah kesalahan yang berbeza dengan melibatkan masa, tempat dan mangsa yang berbeza. (Rujuk kes Bachik bin Abdul Rahman (supra). ) Sama ada mahkamah ini wajar mengusik hukuman yang telah diberikan oleh HMS-HMS [9] Perayu memohon agar hukuman penjara 3 tahun diturunkan kepada 2 tahun manakala hukuman 3 kali sebatan diturunkan kepada 1 kali sebatan. [10] Saya merujuk kepada alasan penghakiman HMS bagi kes BA-42H- 14-07/2025 (BA-62RS-30-07/2025). Saya dapati, HMS terpelajar telah sampai kepada keputusan menjatuhkan hukuman 2 tahun penjara dan 3 kali sebatan, setelah mengambil kira faktor kepentingan awam, latar belakang perayu dan pengakuan salah perayu. Disamping itu , beliau juga menyatakan seperti berikut:- [26] Mahkamah memutuskan untuk menghukum Tertuduh dengan penjara 2 tahun dari tarikh selepas Tertuduh selesai menjalani pemenjaraan bagi kes BA-62RS-17-05/2025 dan 3 kali sebatan. Ini bermakna, daripada jumlah pemenjaraan yang diperuntukkan di bawah seksyen pertuduhan iaitu penjara selama tempoh boleh sampai 14 tahun, Mahkamah telah menurunkannya menjadi 2 tahun sahaja dengan 3 kali sebatan. Jumlah sebatan adalah wajar untuk meninggalkan kesan dan memori kepada Tertuduh supaya menjadi pengajaran kepadanya agar tidak sekali-kali mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan. Hukuman ini adalah wajar bagi kes ini. [11] Manakala bagi kes BA-42H-15-07/2025 (BA-62RS-29-07/2025) dan BA-42H-16-07/2025BA-62RS-28-07/2025, HMS terpelajar telah sampai kepada konklusi hukumannya setelah membuat pertimbangan berikut:- In this case, Section 392 PC carries a maximum sentence of 14 years. The offence is one which brought about the threat of physical harm. It incurred a serious impact on the victim’s life and to an extent creates a rippling effect upon society i.e. that even during the day one cannot feel safe at in a public area. It cannot be said that this was crime that was born out of desperation but what is clear it is a crime which brought intimidation and a very real genuine threat of physical harm. One can only speculate the extent psychological trauma suffered by the victim in her place of work. Under the circumstances, this Court is compelled to go back to the fundamentals of sentencing which is the striking of a proper balance between public interest and the interest of the accused. … The term of public interest had played a central theme in the prosecution’s plea for a heavy sentence. This Court does not deny that public interest must be viewed with an upmost consideration as it is in all criminal offences. … As mentioned earlier, this Court understands there exists a degree of seriousness regarding the offence. This Court however, still has a commitment to bipartisanship in that the accused still retains undiminished rights under the law and his plea of guilt must also be afforded equal consideration. A guilty plea in earnest saves the time and cost of a full public trial. .. After considering all the relevant factors, I hereby sentence the accused to 3 years imprisonment with whipping (1 stroke). [12] Setelah saya meneliti alasan penghakiman HMS-HMS, saya mendapati tiada kekhilafan yang telah dilakukan oleh HMS-HMS apabila sampai kepada keputusan hukuman yang telah diberikannya itu. Saya mendapati ia berdasarkan prinsip-prinsip penghukuman yang betul. Hukuman yang diberikan adalah mengikut budi bicara HMS-HMS setelah melihat kepada fakta kes dan hal keadaan kes yang berkenaan. Hukuman yang diberikan adalah dalam ruang lingkup hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang. Ia tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan. Saya enggan mengusik keputusan HMS-HMS tersebut memandangkan tiada kekhilafan yang berlaku. Saya merujuk kepada kes Bhandulananda Jayatilake v. Public Prosecutor [1981] CLJU 139; [1981] 1 LNS 139, Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut:- Is the sentence harsh and manifestly excessive? We would paraphrase it in this way. As this is an appeal against the exercise by the learned judge of a discretion vested in him, is the sentence so far outside the normal discretionary limits as to enable this court to say that its imposition must have involved an error of law of some description? I have had occasion to say elsewhere, that the very concept of judicial discretion involves a right to choose between more than one possible course of action upon which there is room for reasonable people to hold differing opinions as to which is to be preferred. That is quite inevitable. Human nature being what it is, different judges applying the same principles at the same time in the same country to similar facts may sometimes reach different conclusions (see Jamieson v Jamieson [1952] AC 525, 549). It is for that reason that some very conscientious judges have thought it their duty to visit particular crimes with exemplary sentences; whilst others equally conscientious have thought it their duty to view the same crimes with leniency. Therefore sentences do vary in apparently similar circumstances with the habit of mind of the particular judge. It is for that reason also that this court has said it again and again that it will not normally interfere with sentences, and the possibility or even the probability, that another court would have imposed a different sentence is not sufficient, per se, to warrant this court's interference. Justeru, saya menolak rayuan-rayuan perayu. Bertarikh pada 1 Disember 2025 ROSZIANAYATI AHMAD Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam, Selangor Perayu Shawn Colin Doss A/L Arputhan Dosshery D/A Pengarah Penjara Penjara Kajang 43000 Kajang Selangor. Responden / Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin Timbalan Pendakwa Raya Kamar Peguam Negara Aras 5, No 45,Lot 4G7, Presint 4, Persiaran Perdana 62100 Putrajaya