Lampiran
Lampiran 96 – Hujahan Bertulis Defendan b) Lampiran 97 – Ikatan Otoriti Defendan c) Lampiran 98 - Hujahan Bertulis Plaintif d) Lampiran 99 – Ikatan Otoriti Plaintif e) Lampiran 100 – Hujahan Bertulis Balasan Plaintif f) Lampiran 101 – Hujahan Bertulis Balasan Defendan g) Lampiran 102 – Ikatan Otoriti Defendan [4] Secara umumnya, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa isu yang ditimbulkan oleh Defendan dalam pembelaan adalah bukan isu untuk dibicarakan (selain daripada isu yang dipersetujui kedua-dua pihak untuk diputuskan). Ia lebih kepada terjemahan (interpretasi) kepada perjanjian yang telajh ditandatangan dan dipersetujui kedua-dua pihak. [5] Apa yang dibangkitkan selain daripada Perjanjian yang dirujuk adalah diluar skop dan tidak disokong oleh mana-mana keterangan dan adalah tidak relevan. S/N bpGk4Ie50u7JLzng47MRg ISU YANG DIPERSETUJUI UNTUK MAHKAMAH PUTUSKAN 1. Samada cek Maybank 969200 RM350,000.00 adalah dibayar untuk Hartanah PN 15653, Lot 3739, Mukim Pedah, Jerantut Pahang ataupun Hartanah Hakmilik 1301, Lot 1123? Mahkamah: Mahkamah memutuskan bahawa Cek Maybank 969200 berjumlah RM350,000.00 adalah dibayar bagi Hartanah PN 15653, Lot 3739, Mukim Pedah, Jerantut Pahang [1] Perjanjian Jual Beli yang dirujuk oleh Plaintif dalam Penyataan Tuntutannya dan juga yang dipersetujui dan tidak dipertikaikan oleh Defendan adalah satu Perjanjian Jual Beli bertarikh 6/10/202 (selepas ini dirujuk sebagai “Perjanjian Tersebut”). [2] Terma perjanjian antaranya butir hartanah, harga jualan, tempoh bayaran dan sebagainya adalah sebagaimana dalam “Perjanjian Tersebut”. [3] Isu melibatkan cek Maybank berjumlah RM350,000.00 adalah jelas dibuktikan melalui nombor rujukan (reference) dan “remarks” yang mana ia ditujukan bagi Hartanah PN 15653, Lot 3739, Mukim Pedah, Jerantut Pahang. [4] Dalam masa yang sama, Defendan telah menandatangani penerimaan cek Maybank tersebut. Cek tersebut juga tercatat atas S/N bpGk4Ie50u7JLzng47MRg nama Defendan, Defendan juga telah bersetuju menandatangani kedua-dua “Deed of Trust” bertarikh 13/2/2020 sebaik sahaja jumlah RM350,000.00 tersebut dikreditkan ke dalam akaun Defendan. [5] Bukti seterusnya ada merujuk kepada Penyata Akaun Maybank yang mana jelas menunjukkan cek nombor 960200 berjumlah RM350,000.00 adalah untuk PN 15653, Lot 3739, Mukim Pedah, Jerantut Pahang dan tiada butir hartanah lain dinyatakan dalam cek berkenaan. 2. Samada harga jualan RM1,600,000.00 untuk Hartanah-hartanah HSM13473 dan HSM 13474 telah dibayar penuh? Mahkamah: Mahkamah memutuskan bahawa Hartanah-hartanah HSM13473 dan HSM 13474 telah dibayar penuh. [1] Perjanjian Jual Beli yang dirujuk dalam isu ini adalah 2 perjanjian bertarikh 3/11/2021 (selepas ini akan dirujuk sebagai “Perjanjian Tersebut 1”). [2] Terma perjanjian antaranya butir hartanah, harga jualan, tempoh bayaran dan sebagainya adalah sebagaimana dalam “Perjanjian Tersebut 1”. Ia melibatkan 2 lot hartanah dengan masing-masing nilai jual beli adalah RM800,000.00. jumlah kedua-dua hartanah ini adalah RM1,600,000.00. S/N bpGk4Ie50u7JLzng47MRg [3] Bagi harga Jual Beli ini, pihak Plaintif telah membayar sepenuhnya jumlah tersebut. Ini disahkan sendiri oleh Surat Akujanji (Letter of Undertaking) bertarikh 1/11/2021. [4] Dalam Letter of Undertaking tersebut, terdapat perbincangan dan persetujuan oleh kedua-dua pihak. Ini boleh dilihat daripada Ikatan Dokumen Bersama di Bahagian C, mukasurat 9 (dibaca bersama mukasurat 1, 5-7, 8-10, 15-16, 17 – 19 Ikatan Dokumen Bersama Bahagian A, mukasurat 1, 8 Ikatan Dokumen Bersama Bahagian C, mukasurat 1-3 Ikatan Dokumen Tambahan Bahagian B, mukasurat 1-4, 5-6, 7-12 Ikatan Dokumen Tambahan Bahagian C). [5] Semua perbincangan dan persetujuan ini adalah dalam pengetahuan dan persetujuan Defendan sendiri. Daripada kesemua dokumen yang dirujuk, Plaintif telah Berjaya membuktikan bahawa jumlah yang perlu dan sepatutnya dibayar oleh Plaintif telah dijelaskan sepenuhnya (bahkan ada lebihan bayaran). 3. Samada RM36,000.00 duti setem untuk Hartanah-hartanah HSM 13473 dan HSM 13474 harus dibayar oleh pembeli atau penjual? Mahkamah: Mengikut Klausa 18 perjanjian Jualbeli, duti setem RM36,000.00 adalah dibayar oleh Defendan. [1] Sebagaimana dinyatakan oleh Mahkamah sebelum ini, pihak-pihak bersetuju isu-isu diputuskan berdasarkan keterangan dokumen S/N bpGk4Ie50u7JLzng47MRg yang dibekalkan. Kesemua dokumen adalah dipersetujui tanpa dipanggil saksi bagi menerangkan setiap dokumen yang dirujuk. [2] Oleh itu, dapatan Mahkamah juga dalah bersandarkan kepada dokumen dan perjanjian yang telah dimasuki kedua-dua pihak. [3] Bagi isu ini, peruntukan Klausa 18 Perjanjian adalah jelas. Duti setem bagi hartanah ini adalah berjumlah RM36,000.00. 4. Isu tambahan – samada Defendan menandatangani dokumen kosong dan tanpa nasihat peguam? [1] Defendan ada pengetahuan terus dan faham sifat dan tanggungjawab sebelum menandatangani perjanjian. [2] Defendan sendiri memilih untuk tidak melantik peguam sendiri. Perjanjian melibatkan 6 keping tanah. Terdapat peguam yang mengendalikan dokumen perjanjian jual beli iaitu Tetuan Loi & Co. Defendan memilih untuk berurusan dengan Tetuan Loi & Co. [3] Kedua-dua Defendan dan peguam adalah berbangsa Cina dan tidak mustahil ia diterangkan dalam Bahasa yang boleh difahami oleh Defendan sebelum beliau bersetuju untuk mendatangani apa-apa dokumen. [4] Dokumen-dokumen juga di tandatangan di hadapan peguam yang layak dan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya. Tiada apa-S/N bpGk4Ie50u7JLzng47MRg apa laporan polis di pihak Defendan melaporkan unsur ugutan, paksaan, misrepresetasi, penipuan dan sebagainya. Oleh demikian, dokumen-dokumen yang dimasuki dan ditandatangani kedua-dua pihak adalah sah dan mengikat kedua-dua pihak. [5] Dalam pada bila-bila masa, Defendan tidak pernah mempertikaikan kesahihan perjanjian, memplidkan apa-apa penipuan/frod, tidak pernah menafikan ada penerimaan cek atau menafikan ada tandatangan mana-mana perjanjian, dokumen, Letter of Undertaking dan sebagainya. [6] Defendan juga bersetuju memilih untuk kes ini diputuskan tanpa memanggil saksi memberi keterangan di Mahkamah atau melalui affidavit. Walaupun ada diplidkan dalam pembelaan isu-isu yang dinyatakan seperti tiada penerangan jelas terhadap klausa perjanjian, ia telah dipersetujui untuk tidak dibicarakan. [7] Oleh demikian, Mahkamah ini perlu bersandarkan kepada dokumen dan perjanjian semata-mata, Mahkamah juga tidak boleh mentafsirkan sendiri perjanjian yang telah dipersetujui mengikut niat pihak-pihak yang telah memasukinya. [8] Mahkamah merujuk kepada kes CIMB BANK BHD v. ANTHONY LAWRENCE BOURKE & ANOR, FEDERAL COURT, S/N bpGk4Ie50u7JLzng47MRg PUTRAJAYA [2019] 2 CLJ 1 yang memutuskan sebagaiumana berikut: [26] We agree with the defendant that parties are bound by the terms of the contract which they entered into and that it is the court's duty to give effect to the clear and plain meaning of the words in the said clause. That is quite trite. [27] The law recognises the principle of freedom of contract. Parties to a contract are free to determine for themselves what their obligations are. As Sir George Jassel MR said in Printing and Numerical Registering Company v. Sampson (1875) LR 19 Eq 462 at 465: ... men of full age and competent understanding shall have the utmost liberty of contracting, and that their contracts when entered into freely and voluntarily shall be held sacred and shall be enforced by Courts of justice. Therefore you have this paramount public policy to consider - that you are not lightly to interfere with this freedom of contract. [28] It is also trite that an agreement must be construed by the words used in the agreement and the court is not empowered to improve upon the instrument which it is called upon to construct. This we S/N bpGk4Ie50u7JLzng47MRg have stated in Berjaya Times Square Sdn Bhd v. M Concept Sdn Bhd [2010] 1 CLJ 269; [2010] 1 MLJ 597 where it was reiterated: The court has no power to improve upon the instrument which it is called upon to construct, whether it be a contract, a statute or article of association. It cannot introduce terms to make it fairer or more reasonable. However, that meaning is not necessarily or always what the authors or parties to the document would have intended. It is the meaning to a reasonable person having all the background knowledge which would reasonable be available to the audience to whom the instrument is addressed; See Investors Compensation Scheme Ltd v West Bromwich Building Society. It is this objective meaning which is conventionally called the intention of the parties, or the intention of Parliament or the intention of whatever person or body was or is deemed to have been the author of the instrument. [29] The House of Lords in Investors Compensation Scheme Limited v. West Bromwich Building Society [1998] I WLR 896 had observed: The 'rule' that words should be given their 'natural and ordinary meaning' reflects the common sense proposition that we do not easily accept that people have made linguistic mistakes, particularly in formal documents. On the other hand, if one were S/N bpGk4Ie50u7JLzng47MRg to nevertheless conclude from the background that something must have gone wrong with the language, the law does not require judges to attribute to the parties an intention, which they plainly not have had. [9] Mahkamah juga merujuk kepada Hujahan Bertulis Defendan. Mahkamah mendapati bahawa apa yang dihujahkan di pihak Defendan tidak diterjemahkan oleh dokumen-dokumen yang dirujuk. [10] Mahkamah juga membuat dapatan bahawa jika benar apa yang dihujahkan oleh Defendan sebagai contoh penafian Defendan tentang tujuan bayaran RM350,000.00 atau menafikan akuan terima resit dan menegaskan dokumen dipalsukan oleh Plaintif, Defendan tidak akan bersetuju untuk submit kepada kes ini ditutup tanpa dipanggil saksi memberi keterangan. Mahkamah merujuk hal ini sebagaimana hujahan Defendan diperenggan 27 dan 28 Lampiran 96 yang Mahkamah petik sebagaimana di bawah: 27. The Defendant vehemently denies signing this Acknowledgment of Receipt and asserts that the document is fabricated by the Plaintiff. 28. This Acknowledgment of Receipt for Full Purchase price cannot be relied upon, as there exist a valid and duly executed Sales and Purchase Agreement dated 6/10/2020, signed by all relevant parties S/N bpGk4Ie50u7JLzng47MRg including the Plaintiff’s solicitor Mr Loi, the Defendant and The Timbalan Pendaftar Kuala Lumpur. [11] Alegasi-alegasi ini penting untuk dijelaskan melalui saksi terutama peguamcara yang bertindak bagi kedua-dua pihak dalam kes ini. Walaupun begitu, kedua-dua pihak Plaintif dan Defendan telah setuju dan menyerah kepada Mahkamah ini (submit to this court) bahawa hanya isu yang dipersetujui akan diputuskan oleh Mahkamah ini. [12] Walau apapun, dalam tuntutan ini, Mahkamah dapati bahawa pihak Plaintif telah Berjaya membuktikan tuntutan mereka dan juga persoalan dan isu yang dikemukakan telah dijawab secara positif memihak kepada Plaintif. Plaintif telah berjaya membuktikan segala terma dan syarat dalam perjanjian telah dipatuhi. [13] Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan HO HUP CONSTRUCTION COMPANY BERHAD V. WOO THIN CHONG [2018] 2 MLRA 321 yang memutuskan seperti berikut: "[43] It was trite that while it was true that the overall burden of proving a civil claim on a balance of probabilities was on the party bringing the action (the plaintiff), a party who alleged or relied upon a particular fact had the onus or responsibility to establish on evidence the existence of that fact.” S/N bpGk4Ie50u7JLzng47MRg [14] Oleh demikian, Mahkamah membuat dapatan bahawa Plaintif telah membuat bayaran penuh kepada perjanjian jual beli tersebut dan Defendan perlu menyerahkan milikan kosong bagi hartanah dalam isu. Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan Defendan bertanggungan membayar kadar faedah sebagaimana dinyatakan dalam “Perjanjian-perjanjian Tersebut”. [15] Oleh demikian, tuntutan Plaintif sebagaimana perenggan 13 Penyataan Tuntutan Terpinda Plaintif dibenarkan dengan kos RM10,000.00. [16] Bagi Tuntutan Balas Defendan, Defendan telah gagal membuktikan tuntutan balas tersebut. Oleh demikian, Tuntutan Balas Defendan ditolak dengan kos. Sekian untuk pertimbangan YAH S/N bpGk4Ie50u7JLzng47MRg Disediakan oleh: Sazlina Safie ………………………… Sazlina Bt Safie Hakim Sesyen, Mahkamah Sesyen 2 Sivil, Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang. Tarikh :4/8/2025 PEGUAMCARA PLAINTIF: TEW MIN SIEW [TETUAN LE SIEW & CO.] PEGUAMCARA DEFENDAN: KUNAMONY KANDIAH [TETUAN MOHD LATIP & ASSOC.] S/N bpGk4Ie50u7JLzng47MRg