Keterangan SP4 (mangsa) 4 Semasa memberi keterangan, SP4 (mangsa) berumur 19 tahun dan memberi keterangan secara bersumpah. Semasa kejadian, SP4 berumur 14 tahun 4 bulan dan tinggal tinggal bersama nenek (SP3), bapa saudaranya yang dipanggil Alang (SP5) dan OKT di Taman Bersatu Kuala Nerang. OKT ialah suami kepada nenek (SP3) dan datuk tiri kepada SP4. SP4 meninggalkan rumah neneknya kerana tidak tahan dengan perbuatan OKT yang mencabulnya sebanyak tiga kali. S/N Xm9Clpgur0mYBctiz0PO9A Kejadian pertama berlaku pada waktu petang ketika dia bersama neneknya di belakang rumah. Nenek meminta SP4 mengambil air di peti ais di dapur. Semasa SP4 membuka peti ais, OKT berdiri di belakangnya dan memegang kedua-dua belah payudara SP4 dengan tangannya. Tangan kanan OKT memegang payudara sebelah kanan dan tangan kiri OKT memegang payudara kiri. SP4 tidak bertindak balas semasa kejadian tersebut yang berlangsung selama kira-kira satu minit. Selepas kejadian, SP4 mengambil air dan memberikan kepada nenek yang berada di belakang rumah. SP4 tidak memberitahu nenek tentang kejadian tersebut pada masa itu. Kejadian ini berlaku pada bulan Februari atau Mac 2019 di rumah neneknya di Taman Bersatu, Kuala Nerang. SP4 menyatakan bahawa kejadian kedua berlaku lebih kurang seminggu selepas kejadian pertama, pada waktu malam di dapur. Pada masa tersebut, SP4 sedang membancuh air di kabinet dapur. SP4 ada nampak OKT sedang isi air di botol. Ketika itu nenek berada dalam bilik. Setelah OKT habis isi air, dia letak botol air dekat kabinet dan menuju ke arah SP4. Kemudian OKT berdiri di belakang SP4 dan memegang kedua-dua belah payudaranya dengan tangan kanan dan kiri beliau. SP4 bertindak dengan menyiku OKT, menyebabkan dia meleraikan tangannya. Kejadian ketiga berlaku di dalam bilik SP4 pada waktu Maghrib, beberapa hari selepas kejadian kedua. Pintu bilik tutup dan tiada tombol pintu ketika itu. S/N Xm9Clpgur0mYBctiz0PO9A SP4 sedang duduk di penjuru katil dan sedang bermain telefon. OKT masuk ke bilik SP4, datang dari belakang dan sekali lagi memegang payudara kiri dan kanan SP4. SP4 menyiku OKT dan OKT meleraikan tangannya lalu keluar dari bilik. Dalam ketiga-tiga kejadian tersebut, SP4 tidak menjerit atau meminta tolong. Dia tidak mengingati pakaian yang dipakai oleh OKT, tetapi mengesahkan bahawa dia berpakaian lengkap. SP4 sendiri memakai t-shirt dan seluar tanpa tudung semasa kejadian-kejadian tersebut berlaku. Semasa kejadian ketiga, nenek berada di rumah. SP4 tidak menjerit atau meminta tolong semasa kejadian kerana takut untuk memberitahu nenek. Selepas itu SP4 telah menulis surat. Tempoh masa antara kejadian pertama hingga kejadian ketiga adalah dari bulan Februari hingga Mac 2019. SP4 menulis surat (Ekshibit P5) kepada nenek (SP3) dan bapa saudaranya (SP5) untuk memberitahu tentang kejadian-kejadian tersebut sebelum melarikan diri dari rumah. Surat tersebut ditulis pada tengah malam dan menceritakan kejadian-kejadian di mana OKT mencabul SP4 sebanyak 3 (tiga) kali. SP4 tidak menyatakan dalam surat ke mana dia akan pergi, tetapi menyebut bahawa dia tidak tahan dengan perangai OKT. SP4 mengesahkan bahawa salinan surat yang dirujuk di Mahkamah adalah surat yang ditulis olehnya. S/N Xm9Clpgur0mYBctiz0PO9A SP3 dan SP5 memanggil SP4 sebagai Cacha. Di dalam surat tersebut (Ekshibit P5), SP4 merujuk kepada dirinya sebagai Ca, OKT sebagai Tok Wan dan neneknya sebagai Tok. Di dalam surat (Ekshibit P5), SP4 menyebut bahawa OKT telah meramas ‘ni Ca’ dan ‘ni saya’. Apa yang dimaksudkan oleh SP4 ialah bahawa OKT telah meramas buah dadanya. Selepas meninggalkan surat di biliknya, SP4 keluar dari rumah dan pergi ke rumah kawannya, Danila, di Tanjung Bendahara, menaiki motorsikal milik neneknya (SP3). SP4 melarikan diri kerana ingin meminta bantuan bapa Danila untuk dimasukkan ke bawah jagaan JKM. Pagi keesokan harinya, nenek (SP3) dan bapa saudara (SP5) menemui SP4 di rumah Danila dan membawanya pulang ke rumah nenek. Dalam perjalanan pulang, nenek bertanya kepada SP4 mengenai surat tersebut dan SP4 mengesahkan kejadian yang ditulis dalam surat itu. Nenek menanyakan mengapa SP4 tidak menjerit atau memberitahu tentang kejadian tersebut, dan SP4 menjawab bahawa dia takut. Setelah pulang ke rumah nenek, SP4 tidak lagi berjumpa dengan OKT. Selepas kembali ke rumah nenek dari rumah Danila, SP4 berpindah ke rumah ibu kandung SP4 yang terletak di kampung belakang Aman Central. Setiap S/N Xm9Clpgur0mYBctiz0PO9A cuti sekolah, SP4 akan kembali ke rumah nenek walaupun dia takut kerana sudah biasa tinggal dengan nenek sejak kecil dan tidak boleh berenggang dengan dia. Oleh kerana ibu tinggal di dalam sebuah bilik dengan seorang teman lelaki, ibu telah halau SP4 untuk balik tinggal bersama nenek. Semasa SP4 berada di rumah rakan sekolahnya yang bernama Azimah, beliau telah minta bantuan ibu Azimah untuk menghubungi pihak JKM. Selepas pihak JKM dihubungi, pihak JKM telah membawa SP4 ke balai polis Alor Setar dan balai polis Kuala Nerang untuk membuat laporan. Pegawai JKM yang membawa SP4 ialah En Sabri (SP1). SP4 juga dibawa ke Hospital Kuala Nerang dan Hospital Sultanah Bahiyah untuk pemeriksaan lanjut. SP4 dimasukkan ke wad hospital selama hampir sebulan, tetapi tidak ingat sebabnya dan tidak diberitahu oleh pihak hospital. Semasa di hospital, SP4 tidak ingat jika ada pemeriksaan lain yang dilakukan selain daripada pemeriksaan darah dan badan. Selepas keluar dari hospital, SP4 diambil oleh bapanya dan beliau tinggal di Kuala Lumpur sehingga November 2020. SP4 mengetahui bahawa OKT telah ditangkap dan dibebaskan dengan ikat jamin. Selepas November 2020, SP4 tinggal di Rumah Kanak-kanak Rembau. S/N Xm9Clpgur0mYBctiz0PO9A Keterangan SP5 1.5 SP5 adalah bapa saudara kepada SP4. Beliau tahu mengenai kes cabul SP4 melalui surat (Ekshibit P5) yang ditulis oleh SP4. Selepas membaca surat tersebut, SP4 telah keluar bersama ibunya (SP3) dan seorang lagi adiknya yang bernama Zakirah Zulkifli untuk mencari SP4 dan membawanya pulang. SP3 telah tanya SP4 mengapa beliau lari dari rumah dan tidak beritahu mengenai kejadian dan SP4 menjawap bahawa dia takut dan dia tidak ingin SP3 dan OKT gaduh. SP4 juga ditanya kenapa dia tidak jerit dan minta tolong dan SP4 jawap bahawa dia takut. Sebelum kejadian, OKT tinggal sekali di rumah SP3. Selepas kejadian tersebut OKT datang sekejap waktu petang sahaja sebab SP3 telah gaduh dengan OKT dan SP3 tidak membenarkan dia tinggal di situ. Selepas kejadian, SP4 datang ke rumah neneknya pada hujung minggu. OKT tidak datang ke rumah apabila SP4 berada di rumah. SP4 terlalu rapat dengan neneknya dan dia sangat gembira apabila jumpa mereka.