Lampiran
Lampiran A yang dikemukakan dalam saman pemula dan adakah Plaintif S/N LzEaxIHyEkslwmeJdL2iQ atau Defendan Pertama berhak ke atas plot-plot yang ditandakan tersebut. (b) Adakah wajar untuk Mahkamah ini membuat perintah lelongan awam di bawah seksyen 145(2)(c) Kanun Tanah Negara (KTN). Sekiranya demikian berapakah jumlah harga lelongan awam tersebut. (c) Adakah sebarang perintah berkaitan dengan gantirugi perlu diberikan dalam kes ini. Keterangan dan Analisa 6. Secara ringkasnya keterangan pihak-pihak dalam kes ini boleh dirumuskan seperti yang berikut iaitu pada 03.07.2014 terdapat perjanjian di antara pihak Plaintif dan Defendan Pertama. Di dalam perjanjian tersebut telah dipersetujui Defendan Pertama membeli ½ bahagian daripada tanah HSD 290 Lot 206 Mukim Tanah Rata, Daerah Cameron Highlands, Negeri Pahang Darul Makmur dengan keluasan sebanyak 24467 kaki persegi dengan harga RM 900,000.00. Pembeli iaitu Defendan Pertama telah membayar RM 725,000.00 sebagai sebahagian daripada pembayaran tersebut. 7. Defendan Pertama mendakwa bahawa Plaintif telah membina tiga tingkat banglo pada bahagian di mana ia adalah merupakan bahagian Defendan Pertama. Ini dirumitkan lagi apabila tiada S/N LzEaxIHyEkslwmeJdL2iQ gambaran berkenaan dengan Plot 1 dan Plot 2 di dalam perjanjian jual beli tersebut. Defendan Pertama mendakwa bahawa dia telah diberikan gambaran palsu berkenaan dengan bahagian yang dijual kepadanya oleh Plaintif. 8. Sebaliknya Plaintif menyatakan bahawa pembinaan banglo tiga tingkat tersebut adalah di bahagian milik Plaintif. Pada masa yang sama didapati bahawa usaha untuk pembahagian sempadan harta tersebut telah dibuat pada sekitar tahun 2016. Malahan Plaintif menyatakan bahawa dia telah memaklumkan kepada Defendan Pertama bahawa dia hendak membina di rumah di Plot 2 hartanah tersebut. 9. Pada sekitar Disember 2019 Plaintif telah memulakan kerja-kerja pembersihan kawasan dan menjalankan kerja-kerja penambunan tanah bagi tujuan pembinaan rumah tersebut. Semasa pembinaan rumah tersebut Defendan Pertama telah membuat pengaduan kepada Majlis Daerah Cameron Highlands berhubung dengan pembinaan rumah tersebut. Majlis Daerah Cameron Highlands telah mengarahkan Plaintif menghentikan kerja-kerja pembinaan rumah tersebut. 10. Keterangan juga menunjukkan bahawa Defendan Pertama menyatakan Plaintif tidak mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mendapatkan kebenaran daripada Menteri Besar untuk pembahagian pecahan plot tersebut. Defendan Pertama telah berkali-kali menghubungi pihak Plaintif berkenaan dengan S/N LzEaxIHyEkslwmeJdL2iQ perkara tersebut namun tidak dapat apa-apa respon daripada pihak Plaintif. 11. Pada hemat Mahkamah inilah punca kepada pertikaian di antara pihak Plaintif dan Defendan Pertama dalam kes ini. Berdasarkan kepada keterangan tersebut fakta yang tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua Plaintif dan Defendan Pertama telah terlibat dalam perjanjian jual beli di mana dipersetujui bahagian yang sewajarnya diperolehi oleh pihak-pihak. Mahkamah juga mendapati terdapat kerja-kerja pengukuran telah dilakukan namun tiada terdapat persetujuan kedua-dua pihak-pihak berkenaan dengan di bahagian manakah yang sewajarnya dimiliki oleh Plaintif dan Defendan Pertama. Ia lebih parah lagi apabila Defendan Pertama mendakwa Plaintif telah membina banglo di kawasan miliknya. 12. Keterangan yang ada di hadapan Mahkamah ialah terdapatnya lukisan permohonan untuk pelan ukur bagi tujuan pecah bahagian tanah yang dikeluarkan oleh Juruukur Perunding & Services Ipoh Sdn Bhd yang tidak ditandatangani oleh Plaintif dan Defendan Pertama yang dalam pelan lukisan tersebut terdapatnya penandaan Plot 1 dan Plot 2. Disebabkan tiada sebarang persetujuan kedua-dua pihak maka pecahan kawasan tersebut tidak boleh dibuat. 13. Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif dan Defendan Pertama mempunyai masing-masing ½ bahagian kepada tanah tersebut. S/N LzEaxIHyEkslwmeJdL2iQ Ini dapat dikesan melalui catatan rekod ketuanpunyaan di dalam Borang 5CK KTN yang menunjukkan nama Ko Boon Leong ½ bahagian, Shyamala a/p Shanmuganathan ½ bahagian. Di dalam rekod ketuanpunyaan itu dinyatakan bahawa lot yang terbabit adalah lot 15341 keluasan sebanyak 2271 meter persegi. Namun demikian tiada penandaan yang jelas bahagian plot masing-masing di atas tanah tersebut. Ini bermakna bahawa Plaintif dan Defendan Pertama masih tidak menentukan plot masing-masing. 14. Selain daripada itu kedudukan perhubungan Plaintif dan Defendan Pertama dalam tanah tersebut adalah tergolong di dalam pemilikan bersama seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 342 KTN. 15. Penelitian kepada keterangan dalam kes ini mendapati bahawa kedua-dua pihak tidak dapat bersetuju berkenaan dengan pemecahan hakmilik bersama tersebut. Keterangan menunjukkan ketidaksefahaman itu timbul ekoran daripada kegagalan pihak-pihak untuk terlibat di dalam proses permohonan pecah milik dan ketidakpastian kawasan plot yang melibatkan Plaintif dan Defendan Pertama. Selain daripada itu didapati juga beberapa perbincangan yang dibuat sebelum ini di antara Plaintif dan Defendan Pertama telah buntu untuk menyelesaikan bahagian plot masing-masing sehingga proses pecah milik dimuktamadkan. Ini ditambah pula dengan pembinaan yang dilakukan oleh Plaintif dikatakan berlaku di kawasan tanah milik Defendan Pertama. S/N LzEaxIHyEkslwmeJdL2iQ 16. Adalah menjadi amalan yang baik bagi tuan punya tanah yang merupakan pemilik bersama untuk menyelesaikan proses pecah milik seperti yang diperuntukkan di bawah Kanun Tanah Negara. Namun demikian jika terdapat kegagalan untuk mencapai persetujuan permohonan ke Mahkamah boleh dibuat dan Mahkamah akan memutuskan sewajarnya. Bidang kuasa untuk berbuat demikian dinyatakan di bawah seksyen 145 KTN. Mahkamah semasa menimbangkan pecah milik tersebut boleh membuat pertimbangan seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 145 KTN seperti yang berikut: 145 Power of Court to facilitate termination of co-proprietorship (1) Where, in the case of any land vested in co-proprietors— (a) any of the co-proprietors will neither join in, nor consent to the making of, an application for partition under this Chapter; or (b) by reason of the operation of paragraph 136(1)(f) (as applied by section 141), partition of the land between all of the co-proprietors is incapable of being approved under this Chapter, the Court, subject to and in accordance with the provisions of any law for the time being in force relating to civil procedure, may, on S/N LzEaxIHyEkslwmeJdL2iQ the application of any of the co-proprietors, make such order as it may think just for the purpose of enabling the co-proprietorship to be terminated. (2) Without prejudice to the generality of the power conferred by subsection (1), the Court may on any application under that subsection order— (a) that, subject to the making between the co-proprietors of such payments as the Court may consider equitable having regard to the comparative values of the individual portions thereby proposed, any application for partition made by one or more of the co-proprietors in the terms specified in the order shall be deemed for the purposes of this Chapter to have been made by them all; (b) that the undivided share of any of the co-proprietors be transferred on the terms specified in the order to the other co-proprietors, or to any of them; or (c) that the land be sold. 17. Persoalannya dalam kes ini ialah apakah yang wajar dilakukan dalam pecah milik tersebut. Mahkamah berpendapat bahawa ketiadaan persetujuan pihak-pihak membolehkan Mahkamah ini mempertimbangkan agar satu perintah penjualan harta tersebut dilakukan melalui pelelongan awam. Apabila perintah tersebut dibuat pihak-pihak bebas untuk terlibat dalam pelelongan awam S/N LzEaxIHyEkslwmeJdL2iQ tersebut. Namun adakah ia satu tindakan yang sesuai dalam kes ini. Adalah tidak dapat dinafikan Mahkamah mempunyai budi bicara untuk mempertimbangkan perintah jualan dalam tindakan berkaitan dengan pembahagian tanah. Ini dinyatakan misalnya dalam kes Ong Chin Hai & Anor v Ong Hoo See & Ors [2022] 7 CLJ 852. Pada masa yang sama Mahkamah juga merujuk kepada seksyen 25 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan seperti yang berikut: 25 Powers of the High Court (1) Without prejudice to the generality of Article 121 of the Constitution the High Court shall in the exercise of its jurisdiction have all the powers which were vested in it immediately prior to Malaysia Day and such other powers as may be vested in it by any written law in force within its local jurisdiction. (2) Without prejudice to the generality of subsection (1) the High Court shall have the additional powers set out in the Schedule: Provided that all such powers shall be exercised in accordance with any written law or rules of court relating to the same. Ia dibaca bersama dengan Jadual seperti yang berikut: (Section 25 (2)) ADDITIONAL POWERS OF HIGH COURT S/N LzEaxIHyEkslwmeJdL2iQ 1. Prerogative writs Power to issue to any person or authority directions, orders or writs, including writs of the nature of habeas corpus, mandamus, prohibition, quo warranto and certiorari, or any others, for the enforcement of the rights conferred by Part II of the Constitution, or any of them, or for any purpose. 2. Distress for rent Power to issue and enforce writs or warrants of distress for arrears of rent. 3. Partition of land Power to direct a sale instead of partition in any action for partition of land; and in any cause or matter relating to land, and in any cause or matter relating to land, where it appears necessary or expedient, to order the land or any part thereof to be sold, and to give all necessary and consequential directions. 4. Sale of land Power to order land to be charged or mortgaged, as the case may be, in any case in which there is jurisdiction to order a sale. 5. Interpleader Power to grant relief by way of interpleader - (a) where the person seeking relief is under liability for any debt, money, or goods or chattels, for or in respect of which he has S/N LzEaxIHyEkslwmeJdL2iQ been, or expects to be, sued by two or more parties making adverse claims thereon; and (b) where a Sheriff, bailiff or other officer of court is charged with the execution of process of court, and claim is made to any money or goods or chattels taken or intended to be taken in execution under any process, or to the proceeds or value of any such goods or chattels by any person other than the person against whom the process is issued, and to order the sale of any property subject to interpleader proceedings. 6. Preservation of property Power to provide for the interim preservation of property the subject-matter of any cause or matter by sale or by injunction or the appointment of a receiver or the registration of a caveat or a lis pendens or in any other manner whatsoever. 7. Interest Power to direct interest to be paid on debts, including judgment debts, or on sums found due on taking accounts between parties, or on sums found due and unpaid by receivers or other persons liable to account to the Court. 8. Time Power to enlarge or abridge the time prescribed by any written law for doing any act or taking any proceeding, although any S/N LzEaxIHyEkslwmeJdL2iQ application therefor be not made until after the expiration of the time prescribed: Provided that this provision shall be without prejudice to any written law relating to limitation. 9. Writs of seizure and sale Power to enforce judgment of the Court for the payment of money to any person or into Court by a writ, to be called a writ of a seizure and sale, under which all the property, movable or immovable, of whatever description, of a judgment debtor may be seized, except property which is exempt from seizure and sale under any written law. 10. Other execution Power to enforce a judgment of the Court in any other manner which may be prescribed by any written law or rules of court. 11. Res judicata Power to dismiss or stay proceedings where the matter in question is res judicata between the parties, or where by reason of multiplicity of proceedings in any court or courts the proceedings ought not to be continued. 12. Transfer of proceedings Power to transfer any proceedings to any other Court or to or from any subordinate court, and in the case of transfer to or from a S/N LzEaxIHyEkslwmeJdL2iQ subordinate court to give any directions as to the further conduct thereof: Provided that this power shall be exercised in such manner as may be prescribed by any rules of court. 13. Set-off Power to allow a defence of set-off. 14. Discovery and interrogatories Power to order discovery of facts or documents by any party or person in such manner as may be prescribed by rules of court. 15. Costs Power to award costs. 16. Execution of documents Power to execute, or direct any of its officers to execute, any transfer, conveyance, assignment, contract or other document, including an endorsement on a negotiable instrument, which any person has been ordered by the Court to execute, if he has neglected or refused to execute the same or is out of the jurisdiction, and the same shall operate to all intents as if executed by that person. 17. Vexatious litigants Power to restrain any person who has habitually and persistently and without reasonable cause instituted vexations legal S/N LzEaxIHyEkslwmeJdL2iQ proceedings in any court, whether against the same or different persons, from instituting any legal proceedings in any court save by leave of a Judge. A copy of any such order shall be published in the Gazette. 18. Penelitian kepada Jadual di Butiran 3 tersebut sekiranya Mahkamah mendapati perlu atau suai manfaat (expedient) maka Mahkamah boleh membuat perintah penjualan bagi permohonan pemisahan partition hakmilik. Ia juga telah digunakan dalam kes Koh Heng Jin Holdings Sdn Bhd v. Phuah Beng Chooi & Anor [2016] 3 CLJ 837. 19. Ini bermakna Mahkamah perlu menimbangkan sama ada fakta dan keterangan dalam satu permohonan pemecahan hakmilik adalah wajar untuk perintah jualan diberikan. Mahkamah tidak boleh mengambil jalan mudah dengan memberikan perintah jualan sedangkan ianya tidak sesuai untuk diberikan perintah sedemikian. Pemakaian perintah jualan dapat dilihat pemakaiannya dalam keadaan apabila terdapatnya 20. Pada hemat Mahkamah penyelesaian kes pecahan hakmilik bagi tanah yang mempunyai pemilikan bersama bukanlah semata-mata melihatkan siapakah yang berhak menguasai tanah tersebut. Mahkamah perlu menimbangkan kepentingan pihak Plaintif dan Defendan Pertama. Sebelum daripada pertikaian ini pihak Plaintif dan Defendan Pertama telah bersetuju secara baik untuk mempunyai bahagian di atas tanah tersebut dan ia tidak S/N LzEaxIHyEkslwmeJdL2iQ wajar dicemari dengan tindakan yang menjejaskan perhubungan harmoni tersebut. 21. Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu mempertimbangkan hak Plaintif dan Defendan Pertama terhadap tanah tersebut. Mahkamah ini juga perlu memastikan kedua-dua pihak mempunyai hak seperti yang dizahirkan dalam rekod ketuanpunyaan. Namun disebabkan ketiadaan penentuan lot masing-masing maka Mahkamah perlu menggunakan budi bicara berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen yang dikemukakan kepada Mahkamah. Persoalannya ialah adakah perintah jualan tanah tersebut adalah wajar dan suai manfaat diberikan dalam kes ini. 22. Mahkamah ini merujuk kepada Butiran 3 di dalam Kuasa-kuasa Tambahan Mahkamah Tinggi yang menyatakan dalam keadaan suai manfaat jualan tanah boleh diberikan dalam kes-kes melibatkan pembahagian tanah. Ini bermakna ia bukannya jalan pintas untuk menyelesaikan pertikaian berkaitan dengan pembahagian tanah. Mahkamah ini berpendapat kedudukan tanah dan hasrat asal pemilik-pemilik tanah tersebut juga perlu diambil perhatian. Keterangan yang terdapat dalam kes ini menunjukkan pada asalnya terdapat persetujuan untuk pembahagian tanah tersebut tetapi ianya terbantut ekoran daripada tindakan yang sewajarnya tidak dilakukan oleh pihak yang sepatutnya melakukan permohonan pemecahan tanah tersebut. Ini juga perlu diberi perhatian oleh Mahkamah ini. S/N LzEaxIHyEkslwmeJdL2iQ 23. Walau bagaimanapun Mahkamah ini juga dalam menentukan perintah yang sewajarnya dalam kes ini tidak boleh terpengaruh dengan fakta bahawa pembinaan telah dibuat oleh Plaintif di atas tanah tersebut. Ia tidak boleh dijadikan kepada penentu kepada penentuan kepada bahagian Plaintif dan Defendan Pertama dalam ke sini. Jika ini dilakukan ia akan memprejudiskan pihak Plaintif dan Defendan Pertama dalam mendapatkan hak masing-masing di atas tanah tersebut. 24. Sesungguhnya pertikaian berkenaan dengan pembahagian tanah adalah satu perkara yang rumit untuk diselesaikan oleh pihak-pihak. Namun ia adalah wajar untuk diselesaikan secara berhemah di antara pemilik-pemilik tanah tanpa memerlukan campur tangan Mahkamah. Kendatipun begitu sekiranya pertikaian itu tidak boleh diungkaikan maka Mahkamah perlu membuat keputusan yang sewajarnya bagi kepentingan pemilik tanah dalam kes ini Plaintif dan Defendan Pertama. Perintah Akhir 25. Setelah menimbangkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen yang dikemukakan di Mahkamah, Mahkamah ini berpendapat perintah akhir adalah seperti yang berikut iaitu: (a) bahawa hakmilik bersama Plaintif dan Defendan Pertama ditamatkan dan dipecahkan bahagian sebanyak masing-S/N LzEaxIHyEkslwmeJdL2iQ masing 1136 meter persegi yang ditandakan sebagai Plot 2 kepada Plaintif. Sementara 1136 meter persegi yang ditandakan sebagai Plot 1 diberikan kepada Defendan Pertama. Plot 1 dan Plot 2 adalah seperti yang terdapat di Lampiran B. (b) Defendan Kedua hendaklah membuat endorsan ke dalam daftar hakmilik serta suratan hakmilik mengikut perintah di atas. (c) Kos dan bayaran pecah sempadan termasuk kos juruukur, pejabat tanah, pecah milik ditanggung oleh Plaintif dan Defendan Pertama secara sama rata. Bertarikh : 05 hb. Ogos 2025 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR S/N LzEaxIHyEkslwmeJdL2iQ Peguam Bagi Pihak Plaintif - Roshan Selvaretnam dan Diong Qian Tetuan Roshan Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Peguam Bagi Pihak Defendan Pertama - Gunasekaran Suppiah dan Nanda Kumar Tetuan A. M. Ong & Partners Ipoh, Perak Darul Ridzuan Peguam Bagi Pihak Defendan Kedua - Fatin Nadhirah binti Kassim Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Pahang Kuantan, Pahang Darul Makmur S/N LzEaxIHyEkslwmeJdL2iQ