Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES : KA-45B-2-05/2023 PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA LAWAN SIDI AHMAD AMIN BIN MAMAT … ORANG KENA TUDUH (NO. K/P : 750110-06-5167) (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN
KA-45B-2-05/2023
High Court of Malaysia22 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ng the judgment of the Court of Appeal said: … As to what circumstantial evidence is, it is needful to quote only that part of the summing up to the jury that is set out in Idris v Public Prosecutor [1960] MLJ 296 at p 297; [1960] 1 LNS 40: With regard to the definition of circumstantial evidence I can give you no bett”
“encukupi pada lazimnya menyebabkan kematian' atau dalam Bahasa Inggerisnya, 'sufficient in ordinary course of nature to cause death' ada dijelaskan dalam kes State Of AP v. Rayavarapu Punnayya & Anor [1977] AIR 45 seperti yang berikut:”
“t" di bawah s. 300(c) yang dinyatakan di atas telah juga disentuh dalam kes Zulkiple Mohamad di mana dinyatakan: [34] In another Singapore Court of Appeal decision, it was held in Wang Wenfeng v. PP [2012] SGCA 47 that if the bodily injury intentionally inflicted was sufficient in the ordinary course of nature to cause”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES : KA-45B-2-05/2023 PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA LAWAN SIDI AHMAD AMIN BIN MAMAT … ORANG KENA TUDUH (NO. K/P : 750110-06-5167) (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN
1
OKT telah dituduh dengan satu pertuduhan membunuh yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan [Akta 574].
2
Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti yang berikut: “Bahawa kamu pada 04.11.2021, jam antara 11.00 pagi hingga 6.30 petang bertempat di Pusat Pemulihan Dadah & Akhlak Darul Munawarah, 06010 Sintok, Changloon, di dalam Daerah Kubang Pasu, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah membunuh Umar Muhajir bin Ghazali (No. K/P: 900501-02- 5243) dan dengan itu, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.”
3
Pada akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap pertuduhan dan telah melepas dan membebaskan OKT tanpa dipanggil membela diri.
4
Pihak Pendakwa Raya tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
5
Pada 1.11.2021, Umar Muhajir bin Ghazali (si mati) telah dihantar oleh abangnya (SP12) ke Pusat Pemulihan Dadah dan Akhlak Darul Munawarah (“Pusat Pemulihan tersebut”) setelah si mati didaftarkan oleh ayahnya untuk menjalani rawatan pemulihan dadah di sana.
6
Pada 4.11.2021, lebih kurang pukul 2 pagi, SP6 telah memaklumkan kepada OKT bahawa SP6 ada melihat kelibat pelatih melarikan diri. SP7 pula telah dimaklumkan oleh OKT untuk membuat pengawasan di Pusat Pemulihan tersebut sementara OKT mencari pelatih yang melarikan diri. Menurut SP7, semasa beliau membuat pengawasan, beliau mendapati bahawa kesemua pelatih di asrama mencukupi tetapi di dalam bilik pengasingan terdapat kekurangan seorang pelatih. Pelatih yang tiada di dalam bilik pengasingan adalah si mati.
7
SP6 dan OKT telah keluar menaiki motosikal untuk mencari si mati. Selepas beberapa kilometer menunggang, mereka telah menemui si mati di tepi jalan. SP6 menyatakan bahawa beliau telah menghampiri si mati dan memujuknya untuk balik ke asrama Pusat Pemulihan tersebut. Setelah beberapa minit SP6 memujuk si mati balik, OKT telah turun daripada motosikal dan menghampiri si mati. OKT telah menumbuk si mati di bahagian perut dan menolak si mati sehingga jatuh terlentang di tepi jalan. Selepas itu OKT telah duduk di atas badan si mati sambil mengarahkan SP6 untuk balik mengambil van.
8
SP6 telah balik ke Pusat Pemulihan tersebut menaiki motosikal untuk mengambil van sebagaimana diarahkan OKT. SP6 telah berjumpa SP7 dan meminta SP7 dengan pelatih lain untuk membawa van ke tempat OKT dan si mati berada. SP7 telah memanggil tiga orang pelatih untuk menemani beliau ke lokasi tersebut. Apabila sampai di sana, SP7 melihat si mati bersama OKT. Tiga orang pelatih yang bersama SP7 kemudiannya telah memegang si mati dan membawa si mati masuk ke dalam van untuk balik ke Pusat Pemulihan tersebut. Van tersebut dipandu oleh SP7. Semasa SP7 pergi mengambil si mati dari lokasi tersebut, SP7 melihat keadaan si mati lemah dan berselut, seolah-olah si mati baru lepas berlari jauh.
9
Apabila sampai semula ke Pusat Pemulihan tersebut, si mati telah dibawa keluar dari van dan dimandikan oleh OKT kerana keadaan badannya yang kotor. Setelah si mati sudah bersih, si mati telah dihantar semula ke dalam bilik pengasingan.
10
Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 11.00 pagi hingga 12 tengahari, di bilik pengasingan di Pusat Pemulihan tersebut, SP5 yang juga merupakan salah seorang pelatih di bilik pengasingan tersebut, telah melihat OKT datang dan bertanyakan siapa yang melarikan diri pada malam itu. SP5 nampak OKT memijak badan dan leher si mati lebih kurang 15 hingga 20 minit. Selepas itu OKT keluar dari bilik pengasingan tersebut dan SP5 melihat si mati duduk bersandar di dinding dalam keadaan kesakitan.
11
Seterusnya, pada sebelah petang, SP5 melihat si mati telah dipapah oleh dua orang pelatih untuk mandi di bilik air. Menurut SP5, si mati perlu dipapah kerana dia sudah tidak lagi mampu berjalan. Semasa di bilik air, si mati telah jatuh di atas bungkah kayu dan pengsan berdekatan kolam mandi. Si mati kemudiannya telah dibawa ke Bahagian Kecemasan, Hospital Jitra di mana si mati telah disahkan meninggal dunia oleh Doktor Syafiqah binti Sukri. Laporan maklumat pertama kematian si mati telah diterima oleh SP3 yang telah membuat laporan polis Jitra/008970/21 (eksibit P15). Setelah membuat laporan sebagaimana di eksibit P15, SP3 telah memaklumkan kejadian kepada pegawai penyiasat bertugas pada hari tersebut iaitu Inspektor Malkan.
12
Pegawai Penyiasat (SP15) yang juga merupakan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kubang Pasu pada ketika itu, dalam keterangannya menyatakan bahawa pada 4.11.2021, lebih kurang pukul 8.15 malam, beliau telah dimaklumkan oleh Inspektor Malkan berkenaan maklumat kematian si mati yang diadukan oleh Doktor Syafiqah binti Sukri. SP15 kemudiannya telah menghubungi SP8 dan Inspektor Malkan untuk mengambil tindakan siasatan awal berkenaan kejadian.
13
Selanjutnya, lebih kurang pukul 11.30 malam, SP15 telah dihubungi oleh SP8 berkaitan siasatan awal di mana si mati merupakan seorang pelatih di Pusat Pemulihan tersebut yang baru dimasukkan pada malam 1.11.2021 dan ditempatkan di sel kuarantin (bilik pengasingan) bersama enam orang pelatih lain. Pada 4.11.2021, lebih kurang pukul 6.20 petang, ketika mandi, didapati si mati dalam keadaan lemah dan tidak bermaya sebelum jatuh tersembam di lantai. Si mati telah dibawa ke Hospital Jitra, dan telah disahkan meninggal dunia.
14
Selain itu juga, maklumat awal diperolehi mendapati warden (OKT) di Pusat Pemulihan tersebut telah memukul si mati pada awal pagi 4.11.2021 di tepi jalan dan pada waktu tengahari.
15
Pada 4.11.2021, lebih kurang pukul 11 malam, SP8 bersama sepasukan anggota polis telah pergi ke Pusat Pemulihan tersebut dan menahan OKT. Hasil temubual dengan OKT, SP8 telah merampas pakaian yang dipakai OKT semasa kejadian. SP8 telah membuat laporan polis bagi tangkapan ke atas OKT dan rampasan pakaian dari OKT sebagaimana laporan polis Changloon/002111/21 (eksibit P18). SP8 juga selanjutnya telah diserahkan dengan beberapa helai pakaian yang dipakai oleh si mati semasa si mati melarikan diri oleh penjaga Pusat Pemulihan tersebut bernama Hishamuddin bin Abd Manap. SP8 telah turut membuat laporan polis bagi rampasan pakaian si mati sebagaimana laporan polis Changloon/002121/21 (eksibit P22).
16
Pada 5.11.2021, lebih kurang pukul 8.30 malam, SP8 telah menyerahkan barang kes pakaian-pakaian yang telah dirampas kepada SP15. Selanjutnya, pada 6.11.2021, lebih kurang pukul 10 pagi, SP15 telah pergi ke lokasi kejadian dan siasatan telah dijalankan ke atas bilik pengasingan, hadapan asrama pelatih, tempat mandi dan juga ke atas sebuah van Mitsubishi Delica berwarna biru bernombor pendaftaran WCA 2839. Semasa di lokasi kejadian, SP15 telah melakar rajah kasar (eksibit-eksibit P84 dan P85). SP15 turut mengarahkan jurufoto (SP2) untuk merakam gambar-gambar tempat kejadian (eksibit P7(1)-(35)).
17
Seterusnya, pada lebih kurang pukul 12.30 tengahari, SP15 telah pergi ke lokasi kejadian di mana si mati ditemui semasa melarikan diri iaitu di tepi Jalan Sintok – Padang Sanai di kawasan Bukit Kachi. SP15 turut melakarkan rajah kasar lokasi tersebut (eksibit P86) dan mengarahkan SP2 untuk merakam gambar-gambar tempat kejadian tersebut (eksibit P8A-D).
18
Pada 11.11.2021, Sarjan Nurul Iza binti Ismail telah menghantar barang-barang kes kepada ahli kimia, Puan Nurul Nadia binti Ahmad di Jabatan Kimia Malaysia (“JKM”), Pulau Pinang bagi tujuan analisis DNA. Antara barang kes yang dihantar JKM, Pulau Pinang adalah termasuk satu paket plastik yang ditanda S13 (eksibit P79) yang mengandungi satu bungkusan putih (eksibit P80) mengandungi sehelai kain pelikat yang ditanda S13(a) (eksibit P81) dan sehelai tuala yang ditanda S13(b) (eksibit P82). Ahli kimia telah mengeluarkan resit rasmi (eksibit-eksibit P49, P50 dan P51) penerimaan barang-barang kes tersebut. Pada 22.4.2025, kesemua barang kes tersebut berserta laporan kimia (eksibit P78) telah diserahkan semula kepada Inspektor Malkan.
19
Pada 5.11.2021 lebih kurang pukul 3.40 petang hingga 7.50 malam, bedah siasat ke atas si mati telah dijalankan oleh SP11 di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (“HSB”), Alor Setar. Gambar bedah siasat pula telah dirakam oleh SP1 sebanyak 188 keping (eksibit P2(1)-(188)). SP11 telah turut mengambil sampel rambut dari kepala (eksibit P59), kuku tangan kanan dan kiri (eksibit-eksibit P60 dan P61) serta tompokan darah di atas kertas FTA (eksibit P70) bagi tujuan analisis DNA. Bagi tujuan toksikologi pula, SP11 telah mengambil sampel darah (eksibit P56), air kencing (eksibit P55), cecair hempedu (eksibit P57) dan kandungan perut (eksibit P54).
20
SP11 telah menyediakan Laporan Bedah Siasat (Autopsy No: A 916/21) (eksibit P71) yang mengesahkan bahawa punca kematian si mati adalah ‘Blunt Force Trauma to the Abdomen’, yang mana ‘mekanisme kematian tersebut adalah disebabkan oleh pendarahan dalaman akibat luka koyak ke pembuluh darah aorta hasil dari kecederaan daya tumpul tersebut.’. Punca kematian tersebut berpunca daripada kecederaan ‘luka koyak menegak pada pembuluh darah aorta berukuran 1 cm panjang yang berkedudukan lebih kurang 5 cm dari pecahan pembuluh darah organ ginjal. Luka koyak tersebut disusuli dengan kesan pendarahan di sekitarnya’.
21
Berdasarkan keterangan SP11 juga, keputusan ujian analisis toksikologi yang dihantar menunjukkan kehadiran bahan-bahan ubat atau dadah seperti Zolpidem, 11-nor-delta-9- tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid, Fluvoxamine dan Nordazepam. Namun begitu, SP11 turut menyatakan bahawa jikapun tanpa kewujudan dadah dalam badan, kecederaan yang dialami si mati pada bahagian abdomen tersebut masih boleh menyebabkan kematian. Keterangan SP11 ini disokong oleh Laporan Bedah Siasat si mati (eksibit P71). ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH PADA AKHIR KES PENDAKWAAN
22
Mahkamah ini perlu membuat keputusan pada akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT selaras dengan kehendak seksyen 180 KTJ.
23
Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah]
24
Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti yang berikut: a) bahawa simati sebagaimana dinyatakan dalam pertuduhan telah mati; b) bahawa si mati telah mati akibat daripada bencana tubuh/kecederaan di bahagian abdomen yang dialaminya; c) bahawa bencana tubuh/kecederaan yang dialami oleh simati adalah akibat perbuatan OKT; d) bahawa perbuatan menyebabkan bencana tubuh/mencederakan tersebut dilakukan oleh OKT dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh/kecederaan kepada si mati, dan bencana tubuh/kecederaan dimaksudkan adalah cukup, pada lazimnya untuk menyebabkan kematian sebagaimana ditafsirkan di bawah subseksyen 300(c) Akta 574. Elemen (a): bahawa simati sebagaimana dinyatakan dalam pertuduhan telah mati
25
Berdasarkan keterangan SP11, mayat si mati telah dikenalpasti oleh SP8 dan SP12 (abang si mati). Berdasarkan keterangan SP11 di dalam pernyataan bertulis beliau (eksibit P67), ‘sebab kematian munasabah yang telah diberi ialah “Blunt Force Trauma to the Abdomen” (kecederaan daya tumpul ke abdomen) dan mekanisme kematian tersebut adalah disebabkan oleh pendarahan dalaman akibat luka koyak ke pembuluh darah aorta hasil dari kecederaan daya tumpul tersebut’. Keterangan SP11 ini disokong oleh Laporan Bedah Siasat si mati (eksibit P71).
26
Di samping itu, pihak Pembelaan juga tidak pernah menafikan mahupun mempertikaikan elemen pertama ini iaitu bahawa si mati telah mati. Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa elemen pertama ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. Elemen (b): bahawa si mati telah mati akibat daripada bencana tubuh/kecederaan di bahagian abdomen yang dialaminya
27
Bagi elemen ini, keterangan SP11 telah mengesahkan bahawa punca kematian si mati adalah ‘Blunt Force Trauma to the Abdomen’ yang turut disokong oleh Laporan Bedah Siasat berkaitan (eksibit P71).
28
Berdasarkan Laporan Bedah Siasat (eksibit P71), bedah siasat ke atas si mati telah dijalankan pada 5.11.2021 lebih kurang pukul 3.40 petang hingga 7.50 malam di Jabatan Perubatan Forensik, HSB, Alor Setar.
29
Dalam keterangannya, SP11 telah menjelaskan bahawa pemeriksaan awal luaran terhadap jasad si mati mendapati bahawa tubuh si mati telah ditutup dan berbalut dengan sehelai kain pelikat bercorak kotak berwarna jingga (eksibit P81) dan sehelai tuala mandi berwarna kelabu keperangan (eksibit P82).
30
Pemeriksaan lanjut pada bahagian luaran si mati menunjukkan terdapat kesan-kesan kecederaan berganda pada tubuh badan simati sebagaimana yang disenaraikan dalam Pernyataan Bertulis SP11 (eksibit P67) dan Laporan Bedah Siasat si mati (eksibit P71).
31
SP11 dalam keterangannya mengesahkan bahawa kecederaan yang menyebabkan kematian si mati adalah kecederaan daya tumpul ke abdomen si mati, dan mekanisme kematian tersebut adalah disebabkan oleh pendarahan dalaman akibat luka koyak ke pembuluh darah aorta hasil dari kecederaan daya tumpul tersebut. Kecederaan dimaksudkan oleh SP11 merujuk kepada kecederaan ‘luka koyak menegak pada pembuluh daerah aorta berukuran 1 cm panjang yang berkedudukan lebih kurang 5 cm dari pecahan pembuluh darah organ ginjal. Luka koyak tersebut disusuli dengan kesan pendarahan di sekitarnya’ sebagaimana di perenggan 16(xii) Pernyataan Bertulis SP11 (eksibit P67). Semasa soalan balas, SP11 turut menegaskan bahawa, jika si mati tidak mengambil dadah, dengan kecederaan 1 cm koyakan tersebut, si mati tetap boleh mati.
32
Berdasarkan keseluruhan fakta-fakta dan keterangan dikemukakan oleh SP11 ini, yang turut disokong oleh Laporan Bedah Siasat (eksibit P71), Mahkamah ini berpendapat bahawa kematian si mati adalah akibat daripada kecederaan di bahagian abdomen yang dialaminya.
33
Di samping itu juga, pihak Pembelaan juga tidak pernah menafikan mahupun mempertikaikan elemen kedua ini iaitu bahawa si mati telah mati akibat daripada kecederaan pada bahagian abdomen yang dialaminya. Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa elemen kedua ini juga telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. Elemen (c): bahawa bencana tubuh/kecederaan yang dialami oleh si mati adalah akibat perbuatan OKT
34
Bagi elemen ini, pihak Pendakwaan bergantung kepada keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence) kerana walaupun terdapat keterangan saksi (SP5) yang menyaksikan OKT memijak si mati tetapi tiada saksi mata yang melihat secara jelas OKT telah melakukan kecederaan yang membawa kepada kematiannya.
35
Dalam membuktikan keterangan mengikut keadaan ini, Mahkamah Persekutuan dalam kes Pathmanabhan a/l Nalliannen v Public Prosecutor and other appeals [2017] 3 MLJ 141 telah memutuskan seperti yang berikut: “[173] The law is well settled on the standard of proof required in criminal cases where the evidence presented before the court to prove the commission of the offence by the accused person is circumstantial in nature. [174] In Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] 1 MLJ 307, Thomson CJ, said that ‘… where the evidence is wholly circumstantial what has to be considered is not only the strength of each individual strand of evidence but also the combined strength of these strands when twisted together to make a rope’. [175] In Ahmad Najib bin Aris v Public Prosecutor [2007] 2 MLJ 505; [2007] 2 CLJ 229, Abdul Aziz Mohamad JCA (as he then was), delivering the judgment of the Court of Appeal said: … As to what circumstantial evidence is, it is needful to quote only that part of the summing up to the jury that is set out in Idris v Public Prosecutor [1960] MLJ 296 at p 297; [1960] 1 LNS 40: With regard to the definition of circumstantial evidence I can give you no better definition than quote to you the words of Lord Cairns in the case of Belhaven & Stenton Peerage reported in 1875–6 Appeal Cases, p 279: My Lords, in dealing with circumstantial evidence we have to consider the weight which is to be given to the united force of all the circumstances put together. You may have a ray of light so feeble that by itself it will do little to elucidate a dark corner. But on the other hand you may have a number of rays, each of them insufficient, but all converging and brought to bear upon the same point, and when united, producing a body of illumination which will clear away the darkness which you are endeavouring to dispel. In other words circumstantial evidence consists of this: that when you look at all the surrounding circumstances, you find such a series of undesigned, unexpected coincidences that, as a reasonable person, you find your judgment is compelled to one conclusion. If the circumstantial evidence is such as to fall short of that standard, if it does not satisfy that test, if it leaves gaps then it is of no use at all …”. [penekanan ditambah]
36
Pihak Pendakwaan telah menghujahkan bahawa keterangan SP5 berjaya membuktikan bahawa OKT yang telah mengakibatkan kecederaan yang dialami si mati yang telah membawa kepada kematiannya. Pendakwaan berhujah berdasarkan kepada fakta-fakta berikut: a) SP5 sendiri telah melihat OKT masuk ke dalam bilik pengasingan dan bertanyakan siapa yang telah melarikan diri pada malam itu; b) SP5 sendiri telah melihat OKT memijak badan dan leher si mati selama lebih kurang 15 – 20 minit; c) Si mati mengadu kesakitan dalam keadaan baring semasa kejadian tersebut berlaku; d) Si mati mengadu buah pinggangnya pecah; dan e) Kejadian tersebut telah turut disaksikan oleh tiga orang pelatih lain yang turut berada di dalam bilik pengasingan tersebut iaitu Hafiz, Kambit dan Ciku.
37
Mahkamah ini telah meneliti hujahan pihak Pendakwaan berkenaan fakta-fakta dikemukakan ini. Namun begitu, Mahkamah ini berpendapat bahawa berdasarkan keterangan-keterangan SP5, SP6 dan SP7, menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan si mati telah dipukul oleh orang lain pada sekurang-kurangnya tiga lokasi yang berbeza.
38
Lokasi pertama adalah semasa si mati hendak dibawa balik ke Pusat Pemulihan tersebut setelah si mati ditemui di tepi jalan. Berdasarkan keterangan SP7, beliau telah meminta bantuan tiga orang pelatih untuk bersamanya bagi tujuan membawa si mati balik semula ke Pusat Pemulihan tersebut dengan menaiki van. Walaupun berdasarkan keterangan SP7, beliau sendiri tidak melihat kejadian mana-mana pelatih yang bersamanya dalam van tersebut telah memukul si mati, tetapi beliau mengakui bahawa OKT ada menjerit kepada pelatih-pelatih tersebut supaya tidak memukul si mati. Pada pendapat Mahkamah ini, berkemungkinan OKT telah melihat pelatih-pelatih tersebut memukul si mati, dan kerana itulah OKT telah menjerit supaya mereka tidak memukul si mati. Tambahan pula, SP5 dalam keterangannya turut menyatakan bahawa semasa si mati telah dibawa balik ke bilik pengasingan, si mati telah memberitahu kepadanya yang si mati telah dipukul oleh ramai orang semasa si mati ditahan semula di tepi jalan. Oleh itu, kemungkinan si mati telah dipukul oleh pelatih-pelatih lain yang membantu membawa si mati ke dalam van, adalah juga fakta yang tidak boleh diketepikan sepenuhnya.
39
Lokasi kedua adalah di luar bilik pengasingan. Berdasarkan keterangan SP5, si mati juga telah turut dipukul oleh pelatih-pelatih lain sebelum simati dibawa masuk semula ke bilik pengasingan. Malahan SP5 turut menyatakan bahawa semasa si mati hendak dibawa masuk semula ke bilik pengasingan, keadaan di asrama kecoh, dan orang-orang yang turut memukul si mati adalah pelatih-pelatih yang berada di luar bilik pengasingan tersebut seramai lebih daripada 10 orang. Selanjutnya, SP5 dalam keterangannya turut menyatakan bahawa apabila si mati telah dibawa masuk semula ke bilik pengasingan pada awal pagi hari kejadian tersebut, si mati sudahpun berada dalam keadaan lemah. Berdasarkan fakta-fakta dinyatakan ini, adalah juga suatu kemungkinan bahawa si mati telah turut dipukul ataupun dicederakan oleh pelatih-pelatih lain yang berada di bahagian luar bilik pengasingan.
40
Selanjutnya, lokasi ketiga adalah semasa di dalam bilik pengasingan, apabila SP5 menyatakan yang OKT telah memasuki bilik tersebut dan memijak badan, dada serta leher si mati. Adalah tidak dinafikan bahawa kejadian OKT memijak si mati semasa di dalam bilik pengasingan tersebut adalah diakui oleh pihak Pembelaan. Namun begitu, berdasarkan keterangan SP5 juga, cara si mati dipijak oleh si mati adalah seolah-olah pijak yang bertujuan menghalang pergerakan si mati. Walaupun keterangan SP5 turut menyatakan bahawa OKT telah memijak secara menghentak kaki (tanjai), tetapi SP5 turut bersetuju bahawa tindakan tersebut lebih kepada menghayun dan bukanlah memijak di atas dada si mati seperti itu. Tambahan pula, keadaan si mati pada ketika itu adalah terbaring dan tidak melawan, seolah-olah menunjukkan yang si mati sudahpun mengalami kecederaan yang teruk sebelum OKT masuk dan memijak si mati.
41
Berdasarkan fakta-fakta yang telah dirungkaikan sebelum ini, jelas bahawa terdapatnya keterangan yang si mati telah dipukul di beberapa tempat yang berbeza dan turut melibatkan beberapa orang yang berbeza, selain OKT.
42
Hujahan Pendakwaan yang menyatakan bahawa OKT adalah orang terakhir yang dilihat bersama OKT, pada pendapat Mahkamah ini adalah tidak tepat. Ini kerana selepas OKT masuk dan dikatakan memijak si mati di dalam bilik pengasingan tersebut, si mati kekal berada di dalam bilik pengasingan tersebut sehingga lebih kurang pukul 6 petang pada hari kejadian yang mana bilik pengasingan tersebut turut dihuni oleh beberapa orang pelatih lain seperti SP5, Hafiz, dan Kambit. Ditambah pula dengan penemuan dua DNA individu yang tidak dikenali pada kain pelikat (eksibit P81) yang merupakan pakaian terakhir yang dipakai oleh simati, menunjukkan bahawa hujahan mengatakan OKT merupakan orang terakhir yang dilihat bersama si mati adalah tidak tepat.
43
Di samping itu juga, terdapat keterangan daripada SP5 yang menunjukkan bahawa semasa di dalam bilik pengasingan, OKT telah memukul bahagian dada dan leher si mati. Namun begitu, keterangan pakar perubatan forensik (SP11) menyatakan bahawa punca kematian si mati adalah ‘vertical tear measuing about 1 cm in length seen at the abdominal aorta located about 5cm below the birufurcation of the left renal artery’. Selanjutnya, berdasarkan keterangan SP11, kecederaan yang mengakibatkan kematian si mati tersebut terletak di bahagian abdomen yg merupakan bahagian dari rusuk terakhir sehingga ke pusat.
44
Satu-satunya keterangan yang cuba mengaitkan perbuatan OKT memukul si mati adalah keterangan SP5 dan jika berdasarkan keterangan SP5 yang menyatakan bahawa OKT telah memijak dada dan leher si mati, tidak mungkin berlakunya kecederaan pada bahagian abdomen yang telah mengakibatkan kematian si mati, yang mungkin berpunca daripada perbuatan OKT.
45
Selain itu juga, Mahkamah ini turut mendapati bahawa berdasarkan keterangan pakar perubatan forensik (SP11) bahawa kecederaan dialami oleh si mati juga mungkin boleh diakibatkan oleh keadaan cuba meloloskan diri daripada ruang sebesar lebih kurang 1 kaki di bilik pengasingan di Pusat Pemulihan tersebut. Sebagaiman prinsip undang-undang yang mantap, sekiranya terdapat dua inferens terhadap fakta sama yang dikemukakan, maka fakta yang memihak kepada OKT hendaklah diterimapakai. Sehubungan itu, Mahkamah ini mendapati fakta bahawa kecederaan yang membawa kepada kematian si mati adalah juga mungkin berpunca daripada tindakan si mati cuba meloloskan diri dari ruangan berukuran lebih kurang 1 kaki pada dinding bilik pengasingan tersebut, adalah keterangan yang perlu diterima oleh Mahkamah ini.
46
Berdasarkan dapatan-dapatan yang telah dibincangkan di atas, adalah jelas terdapat banyak keadaan atau fakta-fakta yang telah dihuraikan yang membawa kepada dua inferens yang berkemungkinan. Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa sekiranya terdapat dua inferens yang berkemungkinan, maka inferens yang memihak kepada OKT hendaklah diterima pakai oleh Mahkamah ini (rujuk keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Magendran a/l Mohan v Public Prosecutor [2011] 6 MLJ 1).
47
Sehubungan itu, berdasarkan keseluruhan faktor-faktor yang dirungkaikan di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa bencana tubuh/kecederaan tersebut adalah akibat daripada perbuatan
d
(d): bahawa perbuatan menyebabkan bencana tubuh/mencederakan tersebut dilakukan oleh OKT dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh/kecederaan kepada si mati, dan bencana tubuh/kecederaan dimaksudkan adalah cukup, pada lazimnya untuk menyebabkan kematian sebagaimana ditafsirkan di bawah subseksyen 300(c) Akta 574
48
Sebelum Mahkamah membuat dapatan berkenaan niat OKT hendak menyebabkan kecederaan terhadap si mati, Mahkamah ini akan menilai terlebih dahulu elemen bahawa kecederaan yang dialami si mati adalah cukup, pada lazimnya untuk menyebabkan kematian sebagaimana ditafsirkan di bawah subseksyen 300(c) Akta 574.
49
Pemakaian subseksyen 300(c) Akta 574 ini telah dibincangkan dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Muhammad Akmal Zuhairi Azmal & Yang Lain lwn. PP [2025] 4 CLJ 837. Dalam kes tersebut, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut: “[85] Seterusnya, salah satu elemen yang penting dalam pembuktian s. 300(c) ialah kecederaan luka-luka bakar yang dialami oleh si mati adalah mencukupi pada lazimnya untuk menyebabkan kematian. Penekanan di sini adalah pada frasa "lazimnya untuk menyebabkan kematian". (In the ordinary course of nature to cause death). [86] Kamus Dewan Perdana oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di ms. 1269, mentafsirkan makna perkataan "lazim" sebagai "biasa" atau "selalu". Di sini, perkataan lazimnya untuk menyebabkan kematian membawa maksud kebiasaannya atau selalunya membawa kematian. Sehubungan itu, pihak pendakwaan mesti membuktikan melampaui keraguan yang munasabah bahawa kecederaan luka-luka bakar yang dialami oleh si mati adalah mencukupi pada kebiasaannya atau selalunya untuk menyebabkan kematian. [87] Maksud frasa 'mencukupi pada lazimnya menyebabkan kematian' atau dalam Bahasa Inggerisnya, 'sufficient in ordinary course of nature to cause death' ada dijelaskan dalam kes State Of AP v. Rayavarapu Punnayya & Anor [1977] AIR 45 seperti yang berikut:
16
In Clause 3 of Section 300, instead of the words likely to cause death occurring in the corresponding clause (b) of section 299, the words "sufficient in the ordinary course of nature" have been used. Obviously, the distinction lies between a bodily injury likely to cause death and a bodily injury sufficient in the ordinary course of nature to cause death. The distinction is fine but real and if overlooked, may result in miscarriage of justice. The difference between Clause (b) of section 299and Clause (3) of section 300 is one of the degree of probability of death resulting from the intended bodily injury. To put it more broadly, it is the degree of probability of death which determines whether a culpable homicide is of the gravest, medium or the lowest degree. The word "likely" in clause (b) of section 299 conveys the sense of probable as distinguished from a mere possibility. The words "bodily injury...sufficient in the ordinary course of nature to cause death" mean that death will be "most probable" result of the injury, having regard to the ordinary course of nature. (penekanan ditambah) [88] Selanjutnya, maksud "sufficient" di bawah s. 300(c) yang dinyatakan di atas telah juga disentuh dalam kes Zulkiple Mohamad di mana dinyatakan: [34] In another Singapore Court of Appeal decision, it was held in Wang Wenfeng v. PP [2012] SGCA 47 that if the bodily injury intentionally inflicted was sufficient in the ordinary course of nature to cause death, s. 300(c)murder would have been committed "as a matter of course". Chan Sek Keong CJ speaking for the court also touched on the issue of "sufficiency" at p. 602:
33
33."Sufficiency" in this context refers to the high probability of death in the ordinary course of nature (Rajwant Singh v. State of Kerala, AIR 1966 SC 1874 at 1879). The test of whether a bodily injury is sufficient in the ordinary course of nature to cause death is objective - it is not necessary for the accused to have known or intended the potentially fatal consequence of inflicting the bodily injury. It is sufficient that the accused intentionally caused the particular bodily injury inflicted (Tan Chee Wee at [42]-[43]). Hence, a fatal act accidentally caused is a defence to a charge of s. 300(c)murder. (penekanan ditambah)”. [penekanan ditambah]
50
Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes tersebut di atas, kecederaan yang dialami, secara lazimnya akan menyebabkan kematian dan secara ‘lazimnya’ pula membawa maksud bahawa kecederaan yang dialami selalunya akan mengakibatkan kematian.
51
Dalam kes yang sama juga, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa dalam menentukan sama ada kecederaan yang dialami oleh si mati pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian adalah suatu persoalan fakta yang perlu ditentukan oleh Mahkamah: “[89] Kembali kepada kes ini, isu sama ada kecederaan luka bakar yang dialami oleh si mati pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian merupakan suatu persoalan fakta yang perlu ditentukan oleh mahkamah. Dalam membuat dapatan fakta ini, mahkamah perlu mempertimbangkan segala keterangan yang relevan terutamanya keterangan forensik dan perubatan seperti keterangan pakar yang melakukan bedah siasat terhadap si mati dan laporan bedah siasat serta keterangan pakar lain dalam bidang ini. Keterangan pakar-pakar ini amat penting dalam membantu mahkamah menentukan isu sama ada kecederaan luka bakar tersebut pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian kepada si mati. Mahkamah juga perlu meneliti keterangan lain yang relevan seperti keterangan saksi-saksi selepas kejadian si mati ditekap dengan seterika wap berkenaan yang boleh menunjukkan keadaan si mati setelah mengalami kecederaan berkenaan. (Lihat PP v. Muhammad Khairuanuar Baharuddin & Another Appeal [2025] 1 CLJ 517; PP v. Sanderasegaran Nithenanham [2024] 4 CLJ 823; Zulkiple Mohamad v. PP [2022] 1 CLJ 673). [90] Dinyatakan di sini juga keterangan pakar tidak sama sekali mengikat hakim bicara dalam membuat dapatan fakta berhubung isu ini tetapi akan membantu hakim bicara membuat dapatan fakta berkenaan dan dalam kes ini sama ada kecederaan pada si mati pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian. Keterangan pakar in boleh diterima di bawah s. 45 Akta Keterangan 1950.”.
52
Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan di atas, Mahkamah ini perlu meneliti keseluruhan keterangan pakar dan juga keterangan-keterangan lain dikemukakan oleh pihak Pendakwaan, bagi menentukan bahawa kecederaan dialami si mati secara lazimnya cukup untuk menyebabkan kematian ataupun tidak.
53
SP11 dalam keterangannya mengesahkan bahawa kecederaan yang menyebabkan kematian si mati adalah kecederaan daya tumpul pada abdomen si mati. SP11 turut menyatakan bahawa jika seseorang tidak mengambil dadah sekalipun, kecederaan yang dialami oleh si mati masih boleh menyebabkan kematian. Namun begitu, pihak Pendakwaan tidak pernah mengesahkan dengan SP11 sama ada kecederaan yang dialami oleh si mati tersebut, secara lazimnya akan menyebabkan kematian. Selanjutnya juga tiada keterangan dikemukakan yang boleh mengesahkan bahawa kecederaan yang menyebabkan kematian si mati tidak mempunyai peluang untuk diselamatkan (chances of survival). Ditambah pula dengan keterangan yang menunjukkan bahawa terdapat tempoh masa yang agak lama daripada masa si mati dibawa semula ke bilik pengasingan tersebut pada awal pagi sehinggalah kepada kejadian si mati rebah di bilik mandi pada sebelah petang, menunjukkan bahawa kemungkinan kematian si mati boleh diselamatkan jika menerima rawatan sewajarnya, turut menunjukkan bahawa elemen bahawa kecederaan tersebut secara lazimnya boleh menyebabkan kematian, telah gagal dipenuhi oleh pihak Pendakwaan.
54
Setelah Mahkamah ini membuat penelitian dan penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie bagi pertuduhan terhadap OKT dan dengan ini, Mahkamah melepas dan membebaskan OKT tanpa dipanggil membela diri. Bertarikh : 28 April 2026. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Hakim Mahkamah Tinggi 2 Alor Setar, Kedah. Timbalan Pendakwa Raya: Mohamed Shah Reza bin Noor Azman Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Peguam bagi pihak OKT: Mohd Fadhly bin Yaacob Mohd Hezeri bin Haron Tetuan Fadhly Yaacob & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.