Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO.: BA-22NCC-152-08/2024 ANTARA SIEMENS MALAYSIA SDN BHD (SYARIKAT NO.: 93008-X) − PLAINTIF
BA-22NCC-152-08/2024
High Court of Malaysia29 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“O. 27 r. on the basis that the statement made by the parties on any documents. The only condition is that there must be clear, unequivocal and unambiguous.”. [33] Ini juga selaras dengan section 23 Evidence Act 1950 yang memperuntukkan − “In civil cases no admission is relevant if it is made either upon an express cond”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO.: BA-22NCC-152-08/2024 ANTARA SIEMENS MALAYSIA SDN BHD (SYARIKAT NO.: 93008-X) − PLAINTIF
1
PESTECH ENERGY SDN. BHD.
2
PESTECH INTERNATIONAL BERHAD (SYARIKAT NO.: 201101019901 [948035-U]) − DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Writ saman dan pernyataan tuntutan Plaintif bertarikh 16-8-2024, dan pada 4-12-2024 Plaintif memfailkan permohonan menurut peruntukan Aturan 14 kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk memperoleh penghakiman terus (Kand. 12) terhadap Defendan-Defendan dan setiap satu daripada mereka seperti yang berikut:
a
Jumlah Prinsipal secara kolektif sebanyak RM14,370,844.31 dan Faedah Pembayaran Lewat pada 31.5.2024 dalam jumlah RM1,744,258.66, dan Faedah Pembayaran Lewat ke atas jumlah tertunggak di bawah Invois-invois tersebut di atas, terakru dan masih terakru pada kadar 1% setiap bulan dari tarikh masing-masing Invois (termasuk tarikh tamat tempoh tersebut) seperti yang dinyatakan di dalam Lampiran A yang dilampirkan di sini, sehingga pembayaran penuh jumlah tertunggak daripada Defendan Pertama kepada Plaintif.
b
Kos.
c
Relief lain dan/atau yang selanjutnya yang dianggapkan wajar oleh Mahkamah ini.
a
RM9,060,000.00 di bawah Jaminan 20.10.2022.
b
RM39,232.80 di bawah Jaminan 20.1.2022 bersama dengan Faedah pada 31.5.2024 sebanyak RM 7,390.81 dan Faedah terakru dan masih terakru daripada 1.6.2024 pada kadar 1% setiap bulan sehingga tarikh pembayaran penuh.
c
Kos.
d
Relief-relif lain dan/atau yang selanjutnya yang dianggapkan wajar oleh ini. Alasan-alasan permohonan Plaintif adalah seperti yang terkandung dalam Afidavit Sokongan Nuraini Binti Nasrudin (No. K/P: 780324-10- 5686) selaras dengan Aturan 32 Kaedah 13(2)(a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan secara ringkas adalah seperti yang berikut:
a
Defendan-Defendan adalah dengan benar dan adil terhutang kepada Plaintif untuk jumlah sepertimana yang dituntut di sini; dan
b
Defendan-Defendan tiada pembelaan terhadap tuntutan Plaintif dan tiada isu-isu yang boleh dibicarakan. Writ saman dan pernyataan tuntutan (Kand. 1) [2] Plaintif adalah pembekal, antara lain, pelbagai perkhidmatan kejuruteraan. [3] Defendan Pertama melantik Plaintif untuk menyediakan barang-barang dan perkhidmatan (“Barang”) seperti berikut: i. Pembekalan Meter Pintar 1Phase untuk Projek Advanced Metering Infrastructure; ii. Pembekalan & Pengiriman Smart Meter untuk Smart Billing Project Deployment Phase 2 – Fasa Tunggal FR IM100. iii. Pembekalan & Pengiriman Smart Meter untuk Smart Billing Project Deployment Phase 2 – Pesanan Tambahan untuk 33,600 Unit FR IM100; iv. NUR 132/33kV Pencawang Barat – Kerja-kerja Perluasan SCADA; v. NUR Utara 132kV Geganti Perlindungan; dan vi. 7SR11 untuk Kemaman. [4] Selaras dengan pembekalan Barang tersebut maka, Plaintif memplidkan bahawa adalah sewajarnya −
a
Plaintif menuntut bayaran daripada Defendan Pertama semua amaun yang perlu dibayar dan tertunggak oleh Defendan Pertama kepada Plaintif melalui 6 surat tuntutan masing-masing bertarikh 20.6.2024 daripada peguamcara Plaintif, Tetuan Christopher & Lee Ong (“CLO”), walau bagaimanapun Defendan Pertama gagal dan/atau mengabaikan dan/atau tidak membayar kepada Plaintif, jumlah yang perlu dibayar dan tertunggak kepada Plaintif.
b
Plaintif menuntut bayaran daripada Defendan Kedua bagi − i. RM9,060,000.00 di bawah Jaminan 20.10.2022. ii. RM39,232.80 di bawah Jaminan 20.1.2022 bersama dengan Faedah pada 31.5.2024 sebanyak RM7,390.81 dan Faedah terakru dan masih terakru dari 1.6.2024 sehingga tarikh pembayaran penuh, melalui 2 surat tuntutan masing-masing bertarikh 20.6.2024 daripada CLO, namun Defendan Ke-2 gagal dan/atau mengabaikan dan/atau tidak membayar kepada Plaintif, jumlah yang perlu dibayar dan tertunggak kepada Plaintif. Oleh sebab perkara yang dinyatakan di atas, Defendan Pertama adalah terhutang kepada Plaintif untuk jumlah berikut:
a
Jumlah Prinsipal secara kolektif sebanyak RM14,370,844.31 dan Faedah Pembayaran Lewat pada 31.5.2024 dalam jumlah RM1,744,258.66 seperti pada Jadual A.
b
Faedah Pembayaran Lewat ke atas jumlah tertunggak di bawah Invois-invois di atas, terakru dan masih terakru daripada tarikh tamat tempoh Invois masing-masing (termasuk tarikh tamat tempoh tersebut) sehingga pembayaran penuh jumlah tertunggak daripada Defendan Pertama kepada Plaintif.
c
Defendan Ke-2 adalah terhutang kepada Plaintif bagi jumlah yang berikut: i. RM9,060,000.00 di bawah Jaminan 20.10.2022. ii. RM39,232.80 di bawah Jaminan 20.1.2022 bersama dengan Faedah pada 31.5.2024 sebanyak RM7,390.81 dan Faedah terakru dan masih terakru dari 1.6.2024 sehingga tarikh pembayaran penuh. [5] Plaintif memplidkan bahawa Defendan Pertama melantik Plaintif untuk menyediakan Barang dan Perkhidmatan tersebut. Plaintiff telah membekal kepada Defendan Pertama menurut antara lain Pengesahan Pesanan, Perjanjian Pembelian dan Surat Tawaran dan Plaintif telah mengeluarkan invois-invois kepada Defendan Pertama berkenaan dengan Pembekalan Barang dan Perkhidmatan. Namun begitu, terdapat jumlah yang terhutang dan masih kena dibayar oleh Defendan Pertama kepada Plaintif. Defendan Kedua pula yang menandatangani 2 Corporate Guarantee bertanggungan sebagaimana yang diplidkan oleh Plaintif. Pembelaan serta Bantahan Defendan-Defendan terhadap permohonan penghakiman terus [6] Berdasarkan pembelaan yang difailkan secara berasingan oleh Defendan-Defendan melalui peguam cara yang sama, Defendan-Defendan tidak menafikan mengenai − • Pembekalan Barang dan Perkhidmatan tersebut; • Order Confirmation; • Purchase Agreement; • Purchase Order; • Offer Letter; • peruntukan mengenai faedah/interest [7] Defendan Pertama mempertikaikan mengenai −
a
the PO states that the invoices (1 original and 2 copies) and Certified Delivery Order for goods delivered or Completion Verification Certified by Pestech’s [1st Defendant] Project Manager (3 copies) is required to be served on the 1st Defendant’s accounts department for payment process.
b
the PO further states that original invoices were to be received by the 1st Defendant’s office not more than 14 days from the date of the invoice. Further, a monthly statement was to be served on the Accounts Department of the 1st Defendant.
c
the 1st Defendant will contend that the Plaintiff has failed to comply with the terms set out in the PO as the invoices were not received within the specified time as set out above, and as such the Plaintiff is in breach of the terms of the agreement between the parties.
d
the calculation of the interest.
e
Corporate Guarantee: the 1st Defendant admits only in so far that a corporate guarantee was furnished by the 2nd Defendant in favour of the Plaintiff dated 20.10.2022 (“the 1st Guarantee”). the 1st Defendant admits only in so far that a corporate guarantee was furnished by the 2nd Defendant in favour of the Plaintiff dated 20.1.2022 (“the 2nd Guarantee”).
f
any interest to be charged on any late payment of 1% per month on any overdue amounts is baseless and unlawful. Pembelaan Defendan Kedua [8] Defendan Kedua membela dirinya dan menyatakan − “Merujuk kepada perenggan-perenggan 5 a) hingga e) Pernyataan Tuntutan, Defendan Kedua hanya mengakui setakat bahawa satu jaminan korporat yang telah diberikan oleh Defendan Kedua yang memihak Plaintif bertarikh 20.10.2022 (“Jaminan Pertama”). Defendan Kedua hanya mengakui setakat bahawa satu jaminan korporat telah diberikan oleh Defendan Kedua memihak kepada Plaintif bertarikh 20.1.2022 (“Jaminan Kedua”). Defendan Kedua hanya bertanggungjawab untuk membuat sebarang bayaran di bawah Jaminan Kedua sekiranya Plaintif telah melaksanakan sepenuhnya dan melepaskan daripada kewajipan mereka menurut Perjanjian Terjamin. Dalam hal ini, Defendan Kedua akan mengguna pakai penegasan-penegasan Defendan Pertama yang dinyatakan dalam menegaskan bahawa Plaintif telah gagal untuk mematuhi terma-terma di bawah Perjanjian Terjamin. Oleh yang demikian, Defendan Kedua tidak bertanggungjawab untuk membuat sebarang bayaran kepada Plaintif di bawah Jaminan Kedua. 4.4 Defendan Kedua akan merujuk kepada Jaminan Kedua dan Perjanjian Terjamin untuk terma-terma dan kesan sepenuhnya semasa perbicaraan perkara ini. Keputusan pada 5-7-2022 [9] Pada 29-4-2025, keputusan Mahkamah ini bagi Kand. 12 ialah − “Mahkamah ini telah meneliti dan mempertimbangkan writ saman, pernyataan tuntutan, pembelaan, notis permohonan Plaintif bagi penghakiman terus, afidavit dan hujahan bertulis. Mahkamah ini mendapati tiada isu atau persoalan yang menghendaki Mahkamah ini membicarakan isu/persoalan yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan dalam suatu perbicaraan penuh. Pembelaan Defendan-Defendan adalah tidak bermerit. Keterangan dokumentar yang lengkap (Ekshibit-Ekshibit Plaintif yang berkaitan adalah dirujuk) adalah memadai bagi saya memutuskan bahawa atas imbangan kebarangkalian Plaintif telah membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan. Peruntukan A. 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ialah suatu peruntukan yang memberikan kuasa kepada Mahkamah sama ada tuntutan ini boleh diselesaikan melalui penghakiman terus atau suatu perbicaraan penuh. Saya mendapati berdasarkan dokumen yang dikemukakan adalah jelas dan nyata bahawa Plaintif layak memperoleh penghakiman muktamad bagi tuntutannya. Mahkamah membenarkan penghakiman terus (Kand. 12) Plaintif terhadap Defendan Pertama dengan kos sebanyak RM6000.00 (tertakluk kepada fi alokatur). Bagi tuntutan terhadap Defendan Kedua, Corporate Guarantee bertarikh 20-10-2022 khususnya pada perenggan 3 adalah terpakai.”. [10] Defendan Pertama dan Defendan Kedua yang terkilan dan tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini merayu ke Mahkamah Rayuan. Undang-undang mengenai penghakiman terus [11] Ujian yang dinyatakan dalam keputusan Supreme Court dalam kes National Company For Foreign Trade v Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 2 MLJ 300, adalah− “We think it appropriate to remind ourselves once again that in every application under Order 14, the first considerations are (a) whether the case comes within the order and (b) whether the plaintiff has satisfied the preliminary requirements for proceeding under Order 14. For the purpose of an application under Order 14, the preliminary requirements are-
i
the defendant must have entered an appearance;
II
(ii) the statement of claim must have been served on the defendant; and
III
(iii) the affidavit in support of the application must comply with the requirements of rule 2 of Order 14. If the plaintiff fails to satisfy either of these considerations the summons may be dismissed. If however, these considerations are satisfied, the plaintiff will have established a prima facie case and he becomes entitled to judgment. The burden then shifts to the defendant to satisfy the Court why judgment should not be given against him.” [12] Sebaik sahaja beban pembuktian ini beralih, Defendan Kedua mesti berupaya untuk menunjukkan melalaui afidavit sama ada Defendan Kedua berjaya membangkitkan suatu isu boleh dibicarakan [South East Asia Insurance Berhad v Kerajaan Malaysia [1998] 1 AMR 657]. [13] Sama ada suatu isu itu ialah atau bukan isu boleh dibicarakan mestilah bergantung kepada fakta dan undang-undang yang dibangkitkan dan dizahirkan kepada Mahkamah dalam keterangan setiap kes [Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400]. [14] Jika semua isu adalah jelas dan perkara utama yang hendak diputuskan terus tanpa melalui perbicaraan maka permohonan bagi perkara itu patut menggunakan peruntukan di bawah Aturan 14 [Citibank NA v Ooi Boon Leong & 2 Ors [1981] 1 MLJ 282]. [15] Mahkamah mempunyai suatu budibicara yang luas sama ada membenarkan atau menolak permohonan plaintif untuk memasukkan penghakiman terus jika atas pendapat Mahkamah tindakan tersebut patut melalui suatu perbicaraan bagi keseluruhan atau sebahagian tuntutan [rujuk O 14 r 3(1) dan Concentrate Engineering Pte Ltd v UMBC Bhd [1990] 3 MLJ 1]. [16] Order 14 Rule 1(1) dan Order 14 rule 3(1) Rules of Court 2012 memperuntukkan − “1.
1
Where in an action to which this rule applies a statement of claim has been served on a defendant and that defendant has entered an appearance in the action, the plaintiff may, on the ground that the defendant has no defence to a claim included in the writ, or to a particular part of such a claim, or has no defence to such a claim or part thereof except as to the amount of any damages claimed, apply to the Court for judgment against that defendant.;
3
3.
1
Unless on the hearing on the hearing of an application under rule 1 either the Court dismisses the application or the defendant satisfies the Court with respect to the claim, or the part of a claim, to which the application relates that there is an issue or question in dispute which ought to be tried or that there ought for some other reason to be a trial of that claim or part, the Court may give such judgment for the plaintiff against that defendant on that claim or part as may be just having regard to the nature of the remedy or relief claimed.”. [17] Dalam kes Doshi v. Yeoh Tiong Lay [1975] 1 MLJ 85, the Federal Court held– “The purpose of O 14 of the Rules of Supreme Court 1975 is to enable the Plaintiff to obtain summary judgment without trial if he can prove his case clearly, and if the defendant is unable to set up a bona fide defence or raise an issue against the claim which ought to be tried, final judgment should be allowed.”. [18] Prinsip dalam kes Doshi (supra) diterimapakai dalam keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Ho Lai Ying & Anor v. Cempaka Finance Bhd [2004] 1 CLJ 232 – “Thus, a plaintiff would be entitled to obtain summary judgment without a trial if he can prove his case clearly which to us would mean the plaintiff has to establish the existence of certain facts and must prove that those facts exist before the court can determine the issue against the claim which ought to be tried.”. [19] Dalam sesuatu permohonan bagi penghakiman terus di bawah Aturan 14, ujiannya ialah, Defendan-Defendan mesti menunjukkan dalam keterangan afidavit bahawa pembelaannya bukan sahaja membangkitkan suatu isu, tetapi isu tersebut adalah isu yang boleh dibicarakan (rujuk Woolley Development Sdn Bhd v. Mikien Sdn Bhd [2008] 1 MLJ 585; Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400). [20] Mahkamah Rayuan dalam kes Pangiran Othman Shah bin Pangiran Mohd Yusoff & Anor v. Karambunai Resorts Sdn Bhd [formerly known as Lipkland (Sabah) Sdn Bhd] & Ors [1996] 1 MLJ 309 memutuskan − “Where the affidavit evidence discloses a dispute of facts, such facts must be analysed, and if they are found to be inconsistent with undisputed contemporary documents or inherently improbable in themselves, the court is entitled to reject those facts and proceed upon the undisputed contemporaneous documentary evidence.”. [21] Sebagai pembelaan kepada permohonan sebegini, Mahkamah Rayuan dalam kes Chen Heng Ping @ Tian Seow Hock & 5 ors v. Intradagang Merchant Bankers (M) Berhad [115] 3 CLJ 690, Mahadev Shanker JCA memutuskan pada muka surat 693− “When an application is made for summary judgment under O. 14 supported by an affidavit which goes to show that there is no defence, the defendants must show cause why leave to defend must be given. This means that the defendants must provide answers on oath which constitute evidence that they have a defence which is fit to be tried. Denials in a defence do not constitute evidence. They are challenges to the other side to show proof... .”. [22] Dalam kes South East Asia Insurance Bhd v. Kerajaan Malaysia [1998] 1 CLJ 1045, Shaik Daud Ismail JCA pada muka surat 1048 memutuskan − “It is well settled that if a defendant in an O. 14 application succeeds in raising even a single triable issue, it will not be a fit case and proper case to order summary judgment. It is only in plain and obvious cases where there are no issues to be tried should recourse be had to O. 14.”. [23] Mahkamah Rayuan dalam kes Best Re (L) Limited v. China Pacific Property Insurance Co. Ltd [2018] 1 LNS 654, memutuskan − “[36] In the dissenting judgment of Gunn Chit Tuan SCJ, it was observed that− The scope of O. 14 proceedings meant for cases which are virtually uncontested or uncontestable is now determined by the Rules of the High Court 1980. Generally, where a defendant shows that he has a fair case for defence, or reasonable grounds for setting up a defence, or even a fair probability that he has a bona fide defence, he ought to have leave to defend. Order 14 is not intended to shut out a defendant. The jurisdiction should only be exercised in very clear cases (Malayan Insurance (M) Sdn Bhd v. Asia Hotels Sdn Bhd; Gunung Bayu Sdn Bhd v. Syarikat Pembinaan Perlis Sdn Bhd). It was held in the well-known House of Lords' case of Jacobs v. Booth's Distillery Co that a complete defence need not be shown. The defence need only to show that there is a triable issue or question or that for some other reason there ought to be a trial, and leave to defence ought to be given, in fact, even though the defence is not clearly established, but only reasonably probability of there being a real defence, leave to defend should be given (Manger v. Cash). [24] Prinsip yang dinyatakan oleh Gunn Chit Tuan SCJ mengingatkan bahawa penghakiman terus hendaklah hanya dimasukkan dalam “virtually uncontested or uncontestable cases”. Proses ini tidak boleh menutup hak defendan. Penilaian dan Dapatan Mahkamah [25] Saya telah meneliti pliding, keterangan melalui afidavit dan dokumen serta memahami hujahan bertulis pihak-pihak. [26] Walaupun peguam cara terpelajar Plaintif menghujahkan bahawa keseluruhan pembelaan adalah direka 3 manakala peguam cara Defendan-Defendan menegaskan bahawa terdapat 2 isu utama yang perlu ditentukan oleh Mahkamah melalui perbicaraan dan bukannya sekadar membaca afidavit iaitu − i. whether the Plaintiff is entitled to their claim when the terms of verification process in respect of the invoices were not complied with; and ii. whether the Plaintiff is entitled to the purported late payment interest. Further, the issue of whether there has been an admission as to the debt by the 1st Defendant is also a triable issue. Mahkamah ini mendapati bahawa hakikat bahawa Defendan Pertama menerima Barang dan Perkhidmatan yang disediakan oleh Plaintif seperti yang diperincikan dalam Pernyatan Tuntutan dan menerima semua Invois-invois Plaintif yang dikeluarkan berkenaan dengan perkara yang sama (dan peringatan tetap mengenai jumlah tertunggak yang ditunggak oleh Defendan Pertama kepada Plaintif tanpa menimbulkan sebarang aduan adalah benar dan fakta ini tidak perlu dibicarakan. [27] Komunikasi pihak-pihak mengenai tunggakan bayaran disalurkan melalui surat-menyurat dan secara e-mel. Hal perkara mengenai pelan pembayaran juga dibincangkan oleh pihak-pihak, antaranya, wakil Defendan Pertama menyatakan − • “Thank you for your email and reminder. Apologies for the long outstanding payments. Will you be available anytime next week for a discussion on this topic at the Siemens office?” • e-mel antara Plaintif dan Defendan Pertama selepas mesyuarat antara Plaintif dan wakil Defendan Pertama pada 2.11.2023, di mana Plaintif mengulang kembali “pelan pembayaran” Defendan Pertama seperti berikut: “As discussed, your good-self mentioned your company's cash flow challenges, and in response, outlined a payment plan to address the issue. The proposed payment plan by your good-self is as follows:
1
Your company, Pestech Energy Sdn Bhd will pay MYR 3 million by March 2024.
2
Another payment of MYR 5 million is committed to pay by June 2024.
3
The remaining MYR 6.39 million will be settled by August 2024, considering Pestech Energy Sdn Bhd’s/IJM’s financial year-end closing in September 2024.
4
Pestech Energy Sdn Bhd will also try to make some payment in December 2023.”. [28] Plaintif juga menyatakan tindakan undang-undang ini diambil kerana kegagalan Defendan Pertama untuk mematuhi “pelan pembayaran” sendiri, Plaintif mengadakan satu lagi mesyuarat dengan Defendan Pertama pada 20.2.2024 untuk membuat susulan ke atas jumlah tertunggak daripada Defendan Pertama – sekali lagi Defendan Pertama tidak menafikan jumlah tertunggak, tetapi meminta lebih banyak masa untuk menyelesaikan perkara yang sama, mencadangkan satu lagi garis masa pembayaran yang disemak semula (yang tidak diterima oleh Plaintif) yang gagal dipenuhi oleh Defendan Pertama dalam apa jua keadaan. Maka, peguam cara Plaintif menghujahkan bahawa adalah terbukti daripada kelakuan Defendan Pertama pada setiap masa yang material bahawa dakwaan yang dibangkitkan dalam Pembelaan pada masa ini hanyalah satu pemikiran kemudian, memandangkan walaupun selepas pengeluaran Invois-invois Plaintif kepada Defendan Pertama, Defendan Pertama tidak mengemukakan bantahan dan hanya meminta lebih masa untuk membuat pembayaran jumlah tertunggak kepada Plaintif. Bagi Defendan Kedua pula, bukti bahawa Defendan Kedua terikat dengan persetujuannya untuk membayar kepada Plaintif apabila diminta apa-apa dan semua amaun yang perlu dibayar kepada Plaintif daripada Defendan Pertama, untuk jumlah tidak melebihi RM9,060,000.00. [29] Untuk menutup kes Plaintif melalui permohonan interlokutori ini vide penghakiman terus adalah wajar dan adil. Mahkamah ini telah berhati-hati sebelum memastikan Plaintif berhak dan layak untuk memperoleh penghakiman muktamad tanpa melalui perbicaraan. [30] Apabila Mahkamah berpuas hati dengan keterangan yang disediakan melalui afidavit dan dokumen yang dilampirkan oleh Plaintif maka tiada keperluan untuk mendengar tuntutan Plaintif ini melalui suatu perbicaraan penuh. [31] Pertikaian yang dinyatakan oleh Defendan-Defendan berjaya dibidas oleh Plaintif melalui dokumen yang diekshibitkan. Mahkamah ini berupaya secara terus untuk memberikan penghakiman terus menurut peruntukan Aturan 14 kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [32] Dalam kes ini juga terdapat pengakuan telah dibuat oleh Defendan-Defendan dan ini terjumlah kepada satu pengakuan. Doktrin pengakuan ini telah dijelaskan dalam kes Kawan Lama Builders Sdn Bhd & Anor v. Syarikat Lumut Quarry Sdn Bhd [2021] 1 CLJ 313 iaitu − “[23] It is important to note that O. 27 r. 3 of the ROC 2012 is concerned with admissions of fact, and it does not matter any such admission was made in a pleading, or otherwise. This court in the case of Vithal Kumar Jayaraman v. Azman Md Nor [2010] 3 CLJ 332 states that the words “or otherwise”: The words ‘or otherwise’ in the said rule are of general application and justify the making of an order or judgment where an admission is made by letter or other relevant documents or agreements which clearly show that the defendant has no defence to the plaintiff's claim. They are not confined to admission contained in the pleadings alone.... [24] In our view, a court can pass a judgment under O. 27 r. on the basis that the statement made by the parties on any documents. The only condition is that there must be clear, unequivocal and unambiguous.”. [33] Ini juga selaras dengan section 23 Evidence Act 1950 yang memperuntukkan − “In civil cases no admission is relevant if it is made either upon an express condition that evidence of it is not to be given, or under circumstances from which the court can infer that the parties agreed together that evidence of it should not be given. if an admission is made subject to a condition, then it must be accepted subject to that condition.”. Kesimpulan [34] Dalam hal keadaan dan alasan yang saya nyatakan di atas, Mahkamah membenarkan penghakiman terus (Kand. 12) Plaintif terhadap Defendan Pertama dengan kos sebanyak RM6000.00 (tertakluk kepada fi alokatur). Bagi tuntutan terhadap Defendan Kedua, kedua-dua Corporate Guarantee adalah terpakai. Bertarikh: 26 Mei 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara − Peguam cara bagi Plaintif: Sivaram Prasad bersama-samanya Ong Wei Ying Tetuan Christopher & Lee Ong Peguam cara bagi Defendan-Defendan: Aarthi Jeyarajah bersama-samanya S. Kumutha Tetuan Aarthi & Associates, Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.