Fakta kes berdasarkan Alasan Penghakiman dan Nota Prosiding sepertimana di dalam Rekod Rayuan (RR) Jilid 1 bolehlah diringkaskan seperti berikut: a) Pada 23.04.2024 anggota penguatkuasa JPJ Ibu Pejabat Putrajaya yang diketuai oleh KPPPK Rusmaidi Bin Othman bersama dua (2) anggota iaitu PPP Mohd Saiful Supian Bin Muhamad dan KPP Mohd Nizam Bin Ali telah telah diarahkan untuk menjalankan Operasi Harian melibatkan kenderaan berat yang membawa lebih muatan. b) Pada jam lebih kurang 12.35 petang bertempat di Jalan Salak Tinggi, pasukan ini telah mengesan sebuah kenderaan jenis Tipper Dumper nombor pendaftaran BQM256 yang disyaki membawa lebih muatan. c) Setelah diperiksa, kenderaan itu dikenalpasti membawa muatan tanah dan melakukan kesalahan gagal pamer lesen pengendali di dalam kenderaan semasa diperiksa. d) Notis Penentu Berat Kenderaan Di Bawah Seksyen 82(1) АКТА 715 telah dikeluarkan kepada pemandu, Karding Bin Tadaga, No. KP: 700603125441 oleh KPPPK Rusmaidi Bin Othman. e) Pemandu lori, Karding Bin Tadaga mempunyai lesen f) Kenderaan BQM256 telah ditimbang menggunakan mesin penimbang gandar mudah-alih INTERCOMP di Stesen Penguatkuasa JPJ Semenyih oleh KPPP Mohd Saiful Supian Bin Muhamad dan didapati jumlah muatan tanah yang dibawa sebanyak 68,500kg berbanding had maksimum yang dibenarkan ke atas lesen pengendali, nombor rujukan permit 2B0240705- 6/21 iaitu 31,000kg. g) Terdapat jumlah lebihan muatan sebanyak 37,500kg (120.97%) sepertimana yang tercatat pada tiket timbang nombor 145 (P2- ms4 jilid 3 RR). h) Syarikat perayu telah dituduh pada 3.7.2024. Pada masa material, lori tersebut telahpun disita oleh JPJ pada 23.4.2024 i) Pada 2.12.2024, Majistret telah membuat perintah pelesapan sementara lori berkenaan kepada Syarikat Perayu menurut seksyen 80(3) Akta 715. j) Pada 25.2.2025, Syarikat Perayu telah mengaku salah ke atas kedua-dua pertuduhan terhadapnya. k) Atas pengakuan salah Syarikat Perayu, Majistret telah menjatuh hukuman denda bagi kedua-dua pertuduhan dan memerintahkan pelucuthakan lori berkenaan. l) Tidak berpuas hati atas perintah lanjutan diberikan Majistret, Syarikat Perayu merayu atas keputusan tersebut.