(iv) Wujudnya satu amanah atas hartanah itu yang diwujudkan secara langsung dan/atau tersirat. [17] Setelah Mahkamah meneliti affidavit yang difailkan oleh pihak-pihak, Mahkamah mendapati isu-isu yang dikemukakan oleh Defendan sebagai isu untuk dibicarakan tidak dapat menidakkan hakmilik yang tidak boleh disangkal Plaintif atas hartanah tersebut. Walaupun Defendan didalam affidavit balasannya menyatakan bahawa Plaintif memberi persetujuan untuk kuil itu dibina di hartanah tersebut, namun tiada sebarang bukti dikemukakan didalam affidavit bahawa persetujuan itu wujud. Apa yang dikemukakan oleh Defendan adalah wujudnya notis pengusiran yang dikeluarkan oleh Plaintif kepada mereka sejak tahun 2014 lagi. Inilah yang diperkatakan didalam Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail (supra): “Where such assertion, denial or dispute by the other is equivocal, or lacking in precision, or is inconsistent with undisputed contemporary documents or other statements by the same S/N oxAq41h9TkiZvgt2qcC/w deponent, or is inherently improbable in itself, then the judge has a duty to reject such assertion or denial, thereby rendering the issue not triable”. [18] Oleh kerana kuil itu dibina tanpa persetujuan Plaintif atas hartanah milik Plaintif, adakah Defendan telah menceroboh tanah Plaintif. Apa yang terjumlah kepada pencerobohan tanah seperti yang diperjelaskan didalam kes Terra Damansara Sdn Bhd v Nandex Development Sdn Bhd [2006] 8 CLJ 657, YA Abdul Malik Ishak iaitu: - “[9] The tort of trespass to the land or what is known as trespass quare clausum fregit consists of three significant factors. Firstly, it is the act of entering upon land in the possession of another. Secondly, having entered upon such land the trespasser continues to remain on the land. Thirdly, the trespasser placing or projecting any object upon such land. It must be emphasised that in each case, the entry is without lawful justification (Baker v The Queen [1983] 153 CLR 338, 356) Adalah jelas Defendan telah memenuhi kriteria yang dinyatakan didalam otoriti diatas dan adalah jelas Defendan adalah penceroboh atas hartanah Plaintif dan perlu mengosongkan hartanah itu dan menyerahkan milikan kosong kepada Plaintif. S/N oxAq41h9TkiZvgt2qcC/w [19] Mahkamah Rayuan didalam Kosma Palm Oil Sdn Bhd v Koperasi Serbausaha Makmur Sdn Bhd [2004] 1 CLJ 239 memutuskan:- “[1] It was not in dispute that the defendant was/is the owner of the properties concerned. As such, it would not be unlawful for the defendant to regain possession of the properties, and the question of the defendant being a trespasser did not arise. There was therefore no “bona fide serious issues to be tried in this respect….” [20] Hak Plaintif atas hartanah itu diiiktiraf oleh Seksyen 340 (1) Kanun Tanah Negara yang memperuntukkan: - “The title or interest of any person or body for the time being registered as proprietor of any land, or in whose name any lease, charge or easement is for the time being registered, shall, subject to the following provisions of this section, be indefeasible. Hak Plaintif atas hartanah itu telah dibuktikan melalui Lampiran 12 ekshibit P1. Apapun yang didakwa oleh Defendan seperti ada perbincangan dengan wakil Plaintif dan isu kuil ini mendapat perhatian Majlis Mesyuarat Negeri tidak menukar fakta bahawa hartanah itu milik Plaintif dan Plaintif berhak mendapatkannya semula. S/N oxAq41h9TkiZvgt2qcC/w [21] Defendan juga mendakwa selama bertahun-tahun kuil itu ada di atas hartanah itu, Plaintif tidak mengambil apa-apa tindakan dan ini terjumlah kepada persetujuan mereka. Dakwaan ini bertentangan dengan bukti yang dikemukakan oleh Plaintif didalam affidavit sokongan dan juga Defendan didalam affidavit balasan mereka iaitu Notis Pengusiran yang dikeluarkan sejak tahun 2014 lagi. Ini jelas menunjukkan keberadaan kuil di atas hartanah itu tidak pernah mendapat persetujuan Plaintif dari dulu lagi. Plaintif merujuk kepada Seksyen 341 Kanun Tanah Negara yang memperuntukkan: - “Adverse possession of land for any length of time whatsoever shall not constitute a bar to the bringing of any action for the recovery thereof by the proprietor or any person or body entitled to an interest therein, and accordingly, the Limitation Act 1953, shall in no circumstances operate to extinguish any title to, or interest in, land. [22] Berdasarkan alasan-alasan diatas, tiada isu untuk dibicarakan yang ditimbulkan oleh Defendan kerana Plaintif adalah pemilik berdaftar atas hartanah dimana kuil itu berada. Hak Plaintif untuk mendapatkan kembali milikan kosong atas hartanah itu tidak memerlukan satu perbicaraan penuh kerana Seksyen 340 dan Seksyen 341 Kanun Tanah Negara telah secara jelas memberikan hak ini kepada Plaintif. Defendan adalah jelas penceroboh yang S/N oxAq41h9TkiZvgt2qcC/w tidak mempunyai apa-apa hak baik dari segi ekuiti dan undang-undang atas hartanah itu untuk memungkinkan mereka terus bermastautin disitu melalui binaan kuil tersebut. [23] Kesimpulannya, Mahkamah membenarkan permohonan Plaintif [Lampiran 11] untuk penghakiman terus atas relif-relif yang dipohon kecuali untuk gantirugi yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah ini. Kos permohonan adalah RM5,000.00 Bertarikh 14 Disember 2023 t.t. (NORLIZA BINTI OTHMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG S/N oxAq41h9TkiZvgt2qcC/w PEGUAMCARA BAGI PIHAK PLAINTIF : Zain Megat & Murad (Kuala Lumpur) D2-5-1 to D2-5-3a, Block D, Solaris Dutamas, No.1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur PEGUAMCARA BAGI PIHAK DEFENDAN : Edmund, Saravanan & Babu (Kajang) No: 20-D, Jalan Bs 9, Taman Bukit Segar 43200 Cheras Selangor S/N oxAq41h9TkiZvgt2qcC/w