The Liquidator of Sin Hai is therefore seaking directions from this Honourable Court for the release of the Sin Hai Entitlement to Sin Hai. S/N letRwgswBkuoNWshvSMccw ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-21-12/2021 10 Latar Belakang Kes [7] Di dalam Notis Usul di bawah Lampiran - 1 ini, Pelikuidasi kepada Sin Hai Estate Berhad (dalam likuidasi) (“Sin Hai”) telah memohon kepada Mahkamah ini untuk pelepasan bahagian Sin Hai, yang berjumlah sebanyak RM31,905,637.41 termasuk semua faedah yang terakru, selepas ini dikenali sebagai Kelayakan Sin Hai (“Sin Hai Entitlements”), yang timbul daripada pulangan interim ke atas dividen yang berjumlah sebanyak RM100,000,000.00 oleh Sing Lian Sdn Bhd (dalam likuidasi) (“Sing Lian”). [8] Manakala, Tey Sui Kiat dan Tey Boon Giow & Sons Sdn Bhd adalah merupakan penyumbang-penyumbang (“contributories”) kepada kedua-dua Sin Hai dan Sing Lian, memegang pegangan saham sebanyak 29.42% di dalam Sing Lian dan 38.21% di dalam Sin Hai. [9] Sing Lian telah digulungkan melalui perintah Mahkamah Tinggi Seremban bertarikh 24.2.2012. Pada 21.6.2012, Mr. Wong Weng Foo telah dilantik sebagai Pelikuidasi (Pelikuidasi kepada Sing Lian) (“Sing Lian Liquidator”). S/N letRwgswBkuoNWshvSMccw ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-21-12/2021 11 [10] Sin Hai telah digulungkan melalui perintah Mahkamah Tinggi Melaka bertarikh 27.9.2011 dan Mr. Lim Aik @ Lim Yeok telah dilantik sebagai Pelikuidasi (“Liquidator”). Melalui perintah Mahkamah Rayuan bertarikh 14.12.2015, Mr. Lim Aik @ Lim Yeok telah diberhentikan. Dan digantikan dengan Mr. Mok Chew Yin (“Sin Hai Liquidator”) melalui perintah Mahkamah bertarikh 20.1.2016. [11] Terdapat pemilikan saham secara bersilang (“cross shareholdings”) antara Sin Hai dan Sing Lian, di mana Sin Hai memegang 31.91% saham di dalam Sing Lian dan pada masa yang sama, Sing Lian memegang sebanyak 43.08% saham di dalam Sin Hai (“cross shareholdings”) [12] Mahkamah Tinggi Melaka yang mempunyai bidangkuasa ke atas Sin Hai (dalam likuidasi) telah memberikan arahan-arahan untuk menyelesaikan isu pemilikan saham secara bersilang (“cross shareholdings”) tersebut dan melalui perintah bertarikh 6.11.2015 (Ekshibit “MCY-2”) telah melantik Crowe Howarth Advisory Sdn Bhd, pakar bebas untuk membantu Mahkamah bagi menyelesaikan isu pemilikan saham secara bersilang (“cross shareholdings”) tersebut. S/N letRwgswBkuoNWshvSMccw ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-21-12/2021 12 [13] Kemudiannya, memandangkan kemungkinan akan berlakunya beberapa konflik kepentingan, Ferrier Hodgson Monteiro & Heng pula telah dilantik menggantikan Crowe Howarth Advisory Sdn Bhd. [14] Lanjutan itu, kedua-dua Pelikuidasi Sin Hai dan Pelikuidasi Sing Lian telah menyediakan dua (2) cadangan yang bercanggahan untuk menyelesaikan isu berkenaan “cross shareholdings” tersebut. [15] Pelikuidasi kepada Sin Hai telah mencadangkan Kaedah “a Net Cash Distribution” (“NCD”) untuk menyelesaikan isu “cross shareholdings” tersebut melalui Notis Usul bertarikh 15.8.2016 (Notis Usul Sin Hai) (“Ekshibit “TSK-3”) sebagaimana yang terdapat di dalam Contributories Affidavit No. 1 di bawah Lampiran - 4. [16] Manakala, Pelikuidasi kepada Sing Lian pula telah membantah (Notis Usul Sin Hai tersebut dan melalui Notis Usul bertarikh 12.12.2017 (Notis Usul Sing Lian) (Ekshibit “TSK-4”) telah memohon untuk “distribution in specie” saham-saham Sing Lian yang dipegang oleh Sin Hai (Saham-Saham Sing Lian) kepada penyumbang-S/N letRwgswBkuoNWshvSMccw ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-21-12/2021 13 penyumbang Sin Hai sebagai kaedah untuk menyelesaikan isu pemilikan saham secara bersilang (“cross shareholdings”) tersebut. [17] Seterusnya, setelah mendengar hujahan kesemua pihak, maka melalui perintah bertarikh pada 28.2.2020 (Ekshibit “TSK-7”), Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak Notis Usul Sin Hai tersebut dan membenarkan Notis Usul Sing Lian, dan tertakluk kepada pengesahan atau sanksi oleh Mahkamah Tinggi Seremban, telah memerintahkan “distribution in specie” saham-saham Sing Lian kepada penyumbang-penyumbang (“contributories”) Sin Hai. [18] Selanjutnya, pada 8.11.2022 suatu Perintah Persetujuan (“Consent Order”) telah direkodkan di Mahkamah Rayuan yang mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi yang bertarikh pada 28.2.2020 tersebut (Ekshibit “TSK-7”) untuk kaedah “distribution in specie” berkenaan. [19] Sehubungan itu, dengan pengimplementasian skim atau kaedah “distribution in specie” tersebut, maka penyumbang-penyumbang (“contributories”) kepada Sin Hai (selain dari Sing Lian) adalah juga penyumbang-penyumbang (“contributories”) kepada Sing Lian. S/N letRwgswBkuoNWshvSMccw ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-21-12/2021 14 [20] Seterusnya, di atas permohonan pihak-pihak, kes ini telah didengar bersama-sama dengan kes NA-28PW-23-05-2024, memandangkan ia melibatkan isu dan kausa tindakan serta pihak-pihak yang sama. Analisis dan Penemuan Mahkamah Isu Pertama: Sama ada Kelayakan Sin Hai (“Sin Hai Entitlement”) adalah merupakan aset dan hutang yang tertunggak kepada Sin Hai [21] Di dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa pengagihan lebihan aset (“surplus assets”) oleh pelikuidasi syarikat yang digulungkan (“liquidator of wound up company”) adalah berlainan atau pun berbeza sama sekali daripada pengisytiharan dividen oleh syarikat yang tidak digulungkan. Dalam erti kata lain, pengagihan lebihan aset oleh pelikuidasi tidak mewujudkan sebarang hutang yang tertunggak samada kepada Sin Hai atau pun kepada penyumbang. [22] Oleh itu, memandangkan ia bukannya merupakan hutang kepada Sin Hai, maka kelayakan Sin Hai (“Sin Hai Entitlement”), yang merupakan pengagihan lebihan aset (“surplus assets”) Sing Lian, tidak boleh dianggap sebagai aset kepada Sin Hai (‘Sin Hai Assets’). S/N letRwgswBkuoNWshvSMccw ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-21-12/2021 15 Isu Kedua: Sama ada wujud edaran pengagihan (“circular distribution”) jika kelayakan Sin Hai dibenarkan untuk dilepaskan kepadanya [23] Seterusnya, di dalam kes ini Mahkamah mendapati bahawa jika sekiranya kelayakan Sin Hai tersebut dilepaskan sebagaimana Notis Usul Sin Hai di bawah Lampiran - 1 tersebut, maka akan wujud perkara-perkara berikut:-