Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: WA-21NCVC-29-05/2024 ANTARA SINAR TEKNIK URUS HARTA SDN. BHD. (No. Syarikat :199901025675 (500575-A)) …PLAINTIF
WA-21NCvC-29-05/2024
High Court of Malaysia11 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“and And Surveys, Bahagian Mukah & Anor V Bunyak Gadin & Ors And Another Appeal [2016] 5 CLJ 558, Koperasi Belia Nasional And Anor V Kerajaan Malaysia (Jabatan Kerja Raya Malaysia Cawangan Terengganu) [2010] MLJU 1710 dan Kwong Hing **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILI”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: WA-21NCVC-29-05/2024 ANTARA SINAR TEKNIK URUS HARTA SDN. BHD. (No. Syarikat :199901025675 (500575-A)) …PLAINTIF
3
DATUK SERI DR. HJ. DZULKEFLY AHMAD
5
DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM (PERDANA MENTERI MALAYSIA) DAN
6
DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN
7
YB SENATOR TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL
11
DATUK JOHAN MAHMOOD MERICAN 02/07/2025 11:29:49
13
MOHD HAZIZI BIN HARUN …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Ini merupakan Permohonan Defendan-defendan di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(b) atau (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) untuk membatalkan Writ Saman dan Penyataan Tuntutan Plaintif (Lampiran 10). [2] Mahkamah ini telah membenarkan Lampiran 10 dan berikut adalah alasan-alasan Mahkamah ini atas keputusan tersebut. RINGKASAN KES [3] Pada 21.3.2022, satu tender Perkhidmatan Sokongan Hospital bagi tempoh 5 tahun di Institut Kanser Negara (IKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (Tender) telah dibuka dan/atau diiklankan oleh Defendan Pertama (D1). Antara terma-terma nyata dan syarat-syarat berhubung dengan Tender tersebut adalah sebagaimana berikut- Arahan Am 1.15 Petender dilarang mengubah/meminda sebarang kandungan, terma atau perkataan di dalam dokumen tawaran tender selain untuk tujuan mengisi maklumat tawaran. Harga Tawaran 7.2. Sebarang rayuan mengenai kesilapan di dalam mencatatkan harga mengikut unit/kuantiti tidak akan dilayan. …
7
7.5. Tidak ada apa-apa pengecuali daripada cukai kastam atau pengurusan harga yang akan dipertimbangkan oleh KKM/IKN. Petender-Petender adalah dinasihatkan supaya membuat perkiraan (costing) yang betul sebelum mengemukakan tawarannya untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Semua aspek perkhidmatan/bekalan ini seperti anggaran keperluan IKN, keadaan tempat perkhidmatan / bekalan dan sebagainya patutlah diambil kira supaya harga yang ditawarkan itu dapat dianggap sebagai harga yang berpatutan. Serahan Dokumen Tender 21.5. Dokumen Tender yang telah lengkap seperti mana Senarai Semak hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Bahagian Perolehan & Aset, Aras 6, Institut Kanser Negara. Dokumen Tender mestilah sampai sebelum atau pada 15 April 2022 (JUMAAT), JAM
12
12.00 TENGAH HARI. Sebarang kelewatan tidak akan dipertimbangkan.
21
21.6. Kegagalan petender mematuhi dan mengemukakan semua dokumen yang telah disenaraikan dalam Senarai Semak akan mengakibatkan tawaran yang dikemukakan tidak akan dipertimbangkan.
22
22.2. Keputusan Tender adalah muktamad. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) / Institut Kanser Negara (IRN) tidak akan melayan sebarang surat-menyurat yang berupa rayuan dari petender-petender mengenai sebab-sebab tender mereka tidak berjaya.
22
22.3. Sebarang maklumat mengenai tender yang berjaya atau kontrak yang terikat dengan Kerajaan adalah tidak dibenarkan diiklankan dalam surat khabar, majalah atau risalah atau lain-lain sebaran am tanpa kebenaran Kerajaan terlebih dahulu. Keputusan Tender 30.4. Keputusan tender adalah muktamad. Kerajaan tidak akan melayan sebarang rayuan dan juga tidak perlu memberikan sebarang alasan terhadap mana-mana tender yang ditolak. (Syarat-syarat Tender tersebut) [4] Terdapat 21 pembida bagi Tender tersebut dan Plaintif adalah pembida No. 16/21. Pembida-pembida yang disenarai pendek untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Perolehan Kementerian Kesihatan Malaysia (LPKKM) adalah Plaintif dan Pembida No. 6/21 iaitu Ambang Wira Sdn. Bhd. (Ambang Wira). [5] Ambang Wira adalah kontraktor yang telah berjaya dalam Tender tersebut. Ambang Wira juga merupakan kontraktor sedia ada IKN. [6] Plaintif memplidkan bahawa terdapat pelanggaran Syarat-syarat Tender tersebut apabila Tender tersebut diberikan kepada Ambang Wira. [7] Dalam hal ini, Plaintif memplidkan bahawa telah terdahulu dianugerahkan Tender tersebut dan dimaklumkan secara lisan oleh Defendan Kelapan (D8) dan Defendan Ketiga belas (D13) pada sekitar 20.09.2022. Selain itu, Plaintif melalui Pernyataan Tuntutannya menyatakan bahawa tindakan terhadap Defendan-Defendan adalah berdasarkan suatu ‘surat’ yang dikatakan dikeluarkan oleh D2 kepada D1 berkaitan Tender tersebut. Surat yang dirujuk dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif tersebut adalah surat daripada D2 kepada D1 yang dikatakan telah ditandatangani pada 20.9.2022 mengenai persetujuan melantik Plaintif sebagai kontraktor Tender tersebut. [8] Plaintif menyatakan bahawa ia adalah kekal sebagai kontraktor yang terpilih untuk dianugerahkan dengan Tender tersebut berdasarkan makluman lisan D8 dan D13 dan surat 20.9.2022 tersebut kerana kontrak telah terbentuk. Inilah asas kepada tuntutan Plaintif kerana Plaintif menganggap dengan adanya makluman lisan dan surat 20.9.2022 tersebut, maka telah ada kontrak yang sah. [9] Defendan menafikan kewujudan surat bertarikh 20.9.2022. Namun menyatakan terdapat surat-surat daripada D2 kepada D1 bertarikh 5.09.2022 dan 21.09.2022 iaitu surat-surat dalaman antara kementerian yang telah diklasifikasikan sebagai “Sulit” (Surat-surat Sulit). Surat-surat Sulit ini tidak ditujukan kepada Plaintif dan bukan untuk edaran kepada pihak lain. [10] Menurut Pembelaan Defendan-defendan, D2 telah menandatangani surat dalaman Kerajaan bertarikh 5.9.2022 (Surat 5.9.2022) dan mengemukakan kepada D1 bagi memaklumkan keputusan D2 berkaitan Tender tersebut. Namun surat tersebut telah dibatalkan oleh D2 pada 1.11.2022. Defendan memplidkan bahawa tidak wujud sebarang ikatan kontrak antara mana-mana Defendan dan Plaintif. Selain itu, tidak ada apa-apa surat penganugerahan Tender yang telah dikeluarkan kepada Plaintif. Hujahan Defendan-Defendan [11] Defendan-Defendan berhujah bahawa D1 dan D2 bukan entiti undang-undang yang sah dan tidak boleh menyaman atau disaman. Penamaannya sebagai pihak-pihak dalam tuntutan ini sebagai Defendan, adalah salah tanggapan undang-undang, maka relif-relif yang dipohon terhadap D1 dan D2 seharusnya dibatalkan dan tidak dilayan oleh Mahkamah. [12] Selain itu, Defendan-Defendan berhujah bahawa tidak wujud sebarang ikatan kontrak antara Plaintif dan D1 dan/atau Defendan-defendan lain. Surat 5.9.2022 tersebut adalah komunikasi dalaman antara D1 dan D2 dan tidak pernah ditujukan kepada Plaintif dan tidak bersifat muktamad. [13] Seterusnya Defendan-Defendan berhujah bahawa tuntutan plaintif terhadap Defendan-defendan adalah mengaibkan, remeh serta menyusahkan dan penyalahgunaan proses Mahkamah. Hujahan Plaintif [14] Plaintif berhujah bahawa ia mempunyai kausa tindakan yang munasabah yang bukan mengaibkan, remeh atau meyusahkan, atau suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. [15] Selain itu Plaintif berhujah bahawa terdapat isu dalam tuntutan Plaintif yang melibatkan persoalan undang-undang yang serius. [16] Plaintif turut berhujah bahawa surat tersebut adalah surat penganugerahan Tender kepada Plaintif dan ia adalah bersifat muktamad, di samping terdapat perjanjian lisan yang sah di sisi undang-undang. [17] Plaintif seterusnya berhujah bahawa D1 dan D2 adalah suatu entiti yang boleh disaman di sisi undang-undang. Memandangkan salah satu tuntutan Plaintif ini adalah berkenaan kontrak, maka Plaintif berhak untuk menyaman D1 dan/atau D2. ANALISIS DAN DAPATAN [18] Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012 memperuntukkan- “(1) The Court may at any stage of the proceedings order to be struck out or amended any pleading or the endorsement, of any writ in the action, or anything in any pleading or in the endorsement, on the ground that—
a
it discloses no reasonable cause of action or defence, as the case may be;
b
it is scandalous, frivolous or vexatious;
c
it may prejudice, embarrass or delay the fair trial of the action; or
d
it is otherwise an abuse of the process of the Court, and may order the action to be stayed or dismissed or judgment to be entered accordingly, as the case may be.
2
No evidence shall be admissible on an application under subparagraph
1
(1)(a).
3
This rule shall, as far as applicable, apply to an originating summons as if it were a pleading.” [19] Kes-kes berkaitan Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012 adalah mantap. Rujuk antaranya Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v. United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 1 MLRA 611; [1993] 3 MLJ 36; [1993] 4 CLJ 7; [1993] 2 AMR 1969, Sim Kie Choon v. Superintendent of Pudu Prison & Ors [1985] 1 MLRA 167; [1985] 2 MLJ 385; [1985] CLJ (Rep) 293, Middy Industries Sdn Bhd & Ors v. Arensi Marley (M) Sdn Bhd [2013] 3 MLRA 114; [2013] 3 MLJ 511 dan Gasing Heights Sdn Bhd v. Aloyah bte Abd Rahman & Ors [1996] 2 MLRH 631; [1996] 3 MLJ 259; [1996] 3 CLJ 695; [1996] 3 AMR 3000). [20] Seterusnya di dalam kes Middy Industries Sdn Bhd & Ors v. Arensi-Marley (M) Sdn Bhd [2012] 1 LNS 830, Mahkamah Rayuan memutuskan- “[7] The words "frivolous or vexatious" generally refer to a groundless action or statement with no prospect of success, often raised to embarrass or annoy the other party to the action. [10] In short, the words "frivolous or vexatious" under r. 19(1)(b) refer to cases which are obviously unsustainable or wrong. The words connote purposelessness in relation to the process or a lack of seriousness or truth and a lack of bona fide; they also include proceedings where a party is not acting bona fide and merely wishes to annoy or embarrass his opponent, or when it is not calculated to lead to any practical result”. [21] Merujuk kepada Affidavit Sokongan Defendan yang diikrarkan pada 12.09.2024, Mahkamah ini mendapati bahawa Surat-surat Sulit tersebut merupakan surat dalaman untuk komunikasi antara kementerian dan bukan bertujuan untuk edaran kepada Plaintif. Selain itu, tiada surat bertarikh 20.09.2022 seperti yang diplidkan Plaintif. [22] Pihak Defendan berhujah bahawa Surat-surat Sulit ini adalah surat awalan antara D1 dan D2 mengenai persetujuan melantik Plaintif tertakluk kepada syarat-syarat yang perlu dipenuhi. Surat-surat Sulit tersebut hanya surat pemakluman oleh D2 kepada D1. Ianya tidak bersifat muktamad. Surat-surat Sulit tersebut tidak pernah diberikan atau dialamatkan kepada Plaintif. [23] Mahkamah mendapati bahawa Plaintif tidak pernah mengakui telah menerima Surat-surat Sulit tersebut kerana ianya tidak pernah dialamatkan kepada Plaintif. Manakala surat bertarikh 05.09.2021 yang dikeluarkan D2 kepada D1 tersebut telah dibatalkan oleh D2 sendiri menurut surat D2 bertarikh 1.11.2022. [24] Mahkamah seterusnya mendapati bahawa tiada surat yang dikatakan telah ditandatangani pada 20.9.2022 yang ditujukan kepada Plaintif untuk penganugerahan Tender tersebut. [25] Dalam hal ini, seksyen 4 Akta Kontrak 1950 adalah jelas menyatakan bahawa tawaran menjadi muktamad apabila ia disampaikan kepada pihak yang hendak ditawarkan dan penerimaan tawaran akan muktamad apabila penerimaan tawaran tersebut disampaikan kepada pihak yang membuat tawaran. [26] Mahkamah ini juga mendapati bahawa Syarat-syarat Tender tersebut adalah jelas menyatakan-Keputusan Tender 30.4. Keputusan tender adalah muktamad. Kerajaan tidak akan melayan sebarang rayuan dan juga tidak perlu memberikan sebarang alasan terhadap mana-mana tender yang ditolak. [27] Selain itu, adalah diakui bahawa proses tender Kerajaan adalah proses yang melalui beberapa tatacara yang ditetapkan dan dalam hal ini tawaran dan penerimaan bagi suatu kontrak Kerajaan hendaklah dilakukan dan dilaksanakan oleh Pegawai yang diberi kuasa sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 2 Akta Kontrak Kerajaan 1949. [28] Seterusnya Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Defendan-Defendan bahawa D1 dan D2 bukanlah merupakan satu entiti undang-undang yang sah dan tidak boleh menyaman atau di saman. Undang- undang adalah mantap berkaitan perkara ini (rujuk kes Bencon Development Sdn. Bhd. V Majlis Perbandaran Pulang Pinang & Ors [1999] 8 CLJ 37 dan Vestime Corporation Sdn. Bhd V. Yble Resources Sdn. Bhd & Ors [2006] 2 CLJ 197). [29] Selain itu Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif menuntut suatu relif melibatkan perintah berbentuk injunksi yang bercanggah dengan peruntukan undang-undang. Seksyen 29 Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Act 359] dan seksyen 54 Akta Relif Spesifik 1950 [Act 137] adalah jelas telah menghadkan bidangkuasa Mahkamah dalam memberikan perintah berbentuk injunksi sama ada interim atau tetap terhadap Kerajaan atau agensi Kerajaan (Rujuk kes-kes Government of Malaysia V. Lim Kit Siang [1988] 2 MLJ 12, Superintendent Of Lands And Surveys, Kuching Division & Ors V Kuching Waterfront Development Sdn Bhd [2009] 6 CLJ 751, Tan Bun Teet & Ors V Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia & Ors [2013] 3 CLJ 1115, Tan Sri Dato’ Tajuddin Ramli V Pengurusan Danaharta Nasional Bhd & Ors [2002] 5 MLJ 720, Superintendent Of Land And Surveys, Bahagian Mukah & Anor V Bunyak Gadin & Ors And Another Appeal [2016] 5 CLJ 558, Koperasi Belia Nasional And Anor V Kerajaan Malaysia (Jabatan Kerja Raya Malaysia Cawangan Terengganu) [2010] MLJU 1710 dan Kwong Hing Sauce Factory V Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur [2014] 1 LNS 1470). [30] Berdasarkan perkara di atas, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Defendan-defendan bahawa tuntutan ini adalah mengaibkan, remeh serta menyusahkan dan merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah. KESIMPULAN [31] Oleh itu, Lampiran 10 dibenarkan dengan kos. Tuntutan Plaintif adalah dibatalkan. -SGD- (DR. SUZANA BINTI MUHAMAD SAID) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCVC 1 Mahkamah Kuala Lumpur Bertarikh: 1 JULAI 2025 PEGUAM PIHAK-PIHAK Plaintif Tetuan Rodney & Co. Advocates & Solicitors A-12-06, Suria Residence Jalan Bazar U8/100 Bukit Jelutong, Shah Alam 40150 Selangor Darul Ehsan Defendan-Defendan Peguam Kanan Persekutuan Bahagian Guaman Jabatan Peguam Negara No. 45, Persiaran Perdana, Presint 4 62100 Putrajaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.