(iii) Sing Lian, kemudiannya, akan mengagihkan lebihan aset (“surplus assets”) yang diterima dari Sin Hai tersebut S/N KqzmwPjbm0K1BHWBFyhz4g ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-23-05/2024 15 kepada penyumbang-penyumbangnya sendiri, termasuk Sin Hai, dan keseluruhan proses ini akan diulangi semula. [20] Mahkamah mendapati ini adalah tidak konsisten dan bercanggah dengan Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 28.2.2020 [“Dis Orders”] (Ekshibit “TSK-7”) yang terdapat di dalam “Contributories Affidavit No. 1 di bawah Lampiran - 4 (Kes No. 28PW-21-12/2021) dan juga asas kepada pegangan kepentingan (“stakeholding”) tersebut dan ia tidak seharusnya atau tidak sewajarnya dibenarkan oleh Mahkamah ini. Dalam lain perkataan, di dalam tindakan ini, telah wujudnya “Dis Orders” (Ekshibit “TSK-7”) yang dengan jelas telah memerintahkan “a distribution in specie” bagi mengelakkan pusingan agihan (“circular distribution”) tersebut. [21] Justeru itu, Mahkamah mendapati bahawa Notis Usul Sing Lian di bawah Lampiran - 1, di mana Pelikuidasi Sing Lian memohon agar Kelayakan Sin Hai (“Sin Hai Entitlement”) ini diagihkan terus kepada penyumbang-penyumbang yang berkenaan (yang mana kesemua mereka adalah merupakan penyumbang-penyumbang kepada Sing Lian lanjutan dari pengimplementasian skim “a distribution in specie” S/N KqzmwPjbm0K1BHWBFyhz4g ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-23-05/2024 16 yang dinyatakan tersebut di atas) adalah lebih bermerit dan berasas bagi mengelakan pusingan agihan di antara Sing Lian dan Sin Hai. [22] Dalam lain perkataan, Notis Usul Sing Lian di bawah Lampiran - 1 adalah lebih konsisten dengan perintah-perintah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah sebelum ini yang bertujuan untuk mengelakkan edaran ataupun pusingan pengagihan (“circular distribution”) ke atas dividen-dividen antara Sing Lian dan Sin Hai yang timbul dari isu milikan saham bersilang (“cross shareholdings”). Isu Kedua: Sama ada akan wujudnya peningkatan kos iaitu fi Pelikuidasi [23] Selanjutnya, di dalam kes ini Pelikuidasi kepada Sin Hai, iaitu Mok Chew Yin, telah mengesahkan di dalam afidavitnya (“Liquidator’s Affidavit”) di bawah Lampiran - 34 bahawa fi yang akan dikenakan untuk pemilikan dan pengagihan Kelayakan Sin Hai (Sin Hai Entitlement”) tersebut adalah berjumlah sebanyak RM1,917,338.24 (Ekshibit MCY-18) sepertimana yang ditunjukkan di bawah Table C. S/N KqzmwPjbm0K1BHWBFyhz4g ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-23-05/2024 17 [24] Manakala, Pelikuidasi kepada Sing Lian iaitu Wong Weng Foo di dalam Notis Usul 23, dengan jelas telah mengesahkan di dalam Sing Lian’s Affidavit No (2) para 14.2 bahawa tidak ada sebarang fi selanjutnya yang akan dikenakan (“no further fees chargeable”) untuk pengagihan terus Kelayakan Sin Hai (Sin Hai Entitlement”) tersebut sebagaimana yang dipohon olehnya didalam Notis Usul 23. [25] Oleh itu, selagi Kelayakan Sin Hai (“Sin Hai Entitlement”) tersebut dilepaskan kepada Pelikuidasi kepada Sin Hai (“Liquidator’s for Sin Hai”), maka ia akan melibatkan kos yang tinggi dari segi fi Pelikuidasi yang terpaksa ditanggung oleh pemegang-pemegang saham (“shareholders”) sendiri yang mana ia boleh dielakkan jika sekiranya Kelayakan Sin Hai (“Sin Hai Entitlement”) tersebut diagihkan terus oleh Pelikuidasi kepada Sing Lian kepada penyumbang-penyumbang kepada Sin Hai yang juga merupakan penyumbang-penyumbang kepada Sing Lian berdasarkan “Dis Orders” tersebut. S/N KqzmwPjbm0K1BHWBFyhz4g ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-23-05/2024 18 Kesimpulan [26] Oleh yang demikian, berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut di atas, Mahkamah mendapati bahawa pelepasan Kelayakan Sin Hai (“Sin Hai Entitlement”) tersebut kepada Pelikuidasi kepada Sin Hai (“Liquidator’s for Sin Hai”) akan menimbulkan banyak kesan prejudis kepada kepentingan penyumbang-penyumbang kepada Sin Hai (“Sin Hai Contributories”) dan Sing Lian (“Sing Lian Contributories”). [27] Sebaliknya, Pelikuidasi kepada Sing Lian boleh dengan mudah mengagihkan Kelayakan Sin Hai (“Sin Hai Entitlement”) tersebut kepada penyumbang-penyumbang Sing Lian (“Sing Lian Contributories”) yang juga merupakan penyumbang-penyumbang Sin Hai (“Sin Hai Contributories”) berdasarkan “Dis Orders” tersebut. [28] Oleh itu, Mahkamah memutuskan untuk membenarkan Notis Usul Pemohon iaitu Sing Lian Sdn Bhd (dalam Likuidasi) (“Sing Lian”) di bawah Lampiran - 1 dengan kos sebanyak RM10,000.00 dan jumlah kos RM10,000.00 ini mesti dibayar oleh Responden Kedua (Sin Hai) kepada Pemohon (Sing Lian) tertakluk kepada bayaran fi alokatur. S/N KqzmwPjbm0K1BHWBFyhz4g ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-23-05/2024 19 Disediakan oleh: t.t. (Mohamad Haldar bin Abdul Aziz) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 2 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. Bertarikh: 23 haribulan November 2024. S/N KqzmwPjbm0K1BHWBFyhz4g ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-23-05/2024 20 PEGUAMCARA PERAYU / SIN HAI ESTATE BERHAD (DALAM LIKUIDASI): TETUAN LEE HISHAMUDDIN AILEN & GIEDHILL Aras 6, Menara 1 Dutamas Solaris Dutamas No 1, Jalan Dutamas 1 50480 Kuala Lumpur. PEGUAMCARA RESPONDEN PERTAMA / SING LIAN SDN BHD (DALAM LIKUIDASI): TETUAN DANIEL & WONG D4-1-6, Block D4 Solaris Dutamas No 1, Jalan Dutamas 1 50480 Kuala Lumpur. S/N KqzmwPjbm0K1BHWBFyhz4g ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-23-05/2024 21 PEGUAMCARA PENYUMBANG-PENYUMBANG TEY SUI KIAT DAN TEY BOON GIOW & SONS SDN BHD / CONTRIBUTORIES: TETUAN OWEE & CO D2-U2-15, Block D Solaris Dutamas No 1, Jalan Dutamas 1 50480 Kuala Lumpur. S/N KqzmwPjbm0K1BHWBFyhz4g