Preamble
Menurut subperaturan 16(5), sebarang keputusan Responden Ketiga adalah muktamad. [73] Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Pemohon bahawa Responden Kedua telah bertindak bertentangan dengan undang-undang apabila masih mengekalkan kuatkuasa hukuman pada 15.12.2018 sedangkan Responden Ketiga telah menghantar balik kes dan mengarahkan agar kes Pemohon ditimbang semula. Oleh itu, tiada keputusan dalam aspek hukuman secara spesifik dan jelas kepada Pertuduhan Pertama dan Pertuduhan Kedua. [74] Responden menghujahkan bahawa Pemohon telah diberikan peluang untuk membuat representasi mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada. [75] Dalam hal ini, saya mendapati Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 tidak mensyaratkan bahawa Pihak Berkuasa Tatatertib perlu memberikan alasan sebelum mengenakan hukuman terhadap seseorang penjawat awam setelah beliau mengemukakan representasi mahupun rayuan. Apa yang perlu dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib setelah menerima representasi ialah sama ada kenyataan yang terdapat dalam representasi itu dapat membebaskan dirinya daripada sabitan atau tidak. [76] Selanjutnya, saya berpandangan bahawa Responden Ketiga telah menghantar balik kes Pemohon untuk dipertimbangkan semula oleh Responden Pertama dan Responden Kedua adalah selaras dengan perenggan 16(4)(a) Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. [77] Responden Pertama dan Responden Kedua setelah mempertimbangkan semula kes Pemohon masih mengekalkan keputusan yang sama, iaitu hukuman buang kerja yang berkuat kuasa pada 15.12.2018 tidak melanggar prinsip keadilan. Ini adalah kerana Responden Pertama dan Responden Kedua setelah mempertimbangkan semula kes dan respresentasi yang dibuat oleh Pemohon, Responden Pertama dan Responden Kedua mendapati tiada keperluan untuk mengubah keputusan yang dibuat sebelum ini. [78] Pemohon kemudian telah diberikan peluang untuk mengemukakan rayuannya melalui surat bertarikh 17.03.2020 kepada Responden Ketiga melalui Ketua Jabatannya selepas Responden Pertama dan Responden Kedua memutuskan untuk mengekalkan keputusan buang kerja yang berkuat kuasa pada15.12.2018. [79] Responden Ketiga setelah meneliti semula prosiding tatatertib dan alasan yang diberikan oleh Responden Pertama dan Responden Kedua masih mengekalkan keputusan yang sama. Keputusan Responden-Responden adalah selaras dengan subperaturan 37(4) dan peraturan 37D Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan menjatuhkan hukuman buang kerja selaras dengan Peraturan 38 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 . [80] Di dalam kes Halimatussaadiah v. Public Service Commission [1992] 1 CLJ 413, Eusoff Chin J (pada masa itu) menyatakan – “As regards the issue of ‘finding of guilt’ of the plaintiff before the PSC imposed the punishment of dismissal, I think it is perfectly clear that order 26 (4) of the GO ‘D’ does not require the PSC to make such finding. What the PSC is required to decide is whether the explanation given by the plaintiff, had exculpated the plaintiff to the satisfaction of the PSC.”. [Penekanan ditambah] [81] Prinsip yang sama dipakai dalam kes T Ganeswaran v Suruhanjaya Polis Diraja Malaysia & Satu Lagi [2005] 6 MLJ 97 di mana dinyatakan — “Bagi mempertimbangkan alasan ini ingin kami nyatakan bahawa mengikut undang-undang perayu tidak perlu didapati bersalah. Yang perlu dipertimbangkan oleh responden pertama ialah sama ada representasi yang dikemukakan oleh perayu itu dapat membebaskan (exculpate) dirinya dari tuduhan terhadapnya dengan memuaskan. Sekiranya representasi perayu tidak dapat berbuat demikian terhadap beliau maka responden pertama berhak menjatuhkan hukuman serta-merta.”. [Penekanan ditambah] [82] Maka, saya berpendapat bahawa segala prosiding tatatertib yang dijalankan oleh Responden Pertama dan Responden Kedua serta prosiding rayuan yang dibuat oleh Responden Ketiga adalah selaras dengan peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Perlembagaan Persekutuan serta “common law” (law of natural justice and law of procedural fairness) dalam proses pembuangan kerja Pemohon. Sama ada Responden-Responden telah mematuhi prinsip Wednesbury dan doctrine of proportionality dalam menjatuhkan hukuman buang kerja ke atas Pemohon. [83] Adalah menjadi hujah Pemohon bahawa hukuman yang dikenakan terhadap beliau adalah terlalu berat dan tidak munasabah mengambil tahap keseriusan jenis kesalahan tatatertib yang dipertuduhkan. Pemohon berhujah tiada surat teguran daripada Responden-Responden sebelum tindakan drastik ini diambil. Tambahan pula, Pemohon telah berkhidmat selama 12 tahun dengan rekod cemerlang dan tidak pernah terlibat dengan kesalahan tatatertib sebelum ini. [84] Dalam hal ini, adalah menjadi undang-undang mantap bahawa semakan kehakiman bukanlah suatu bentuk rayuan dalam menentukan sama hukuman yang dikenakan munasabah atau sebaliknya. Dalam kes T. Ganeswaran (supra), Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa— “Judicial review is not an appeal from a decision but a review of the manner in which the decision was made, and, therefore the court is not entitled on an application for judicial review to consider whether the decision itself was fair and reasonable.”. [Penekanan ditambah] [85] Prinsip undang-undang di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah (“KKM”) 2012 adalah jelas dan mantap berkaitan kuasa Mahkamah ini di mana Mahkamah boleh menyemak keputusan Pihak Berkuasa Awam yang menjalankan tugas atau fungsi awam hanya atas alasan sama ada sesuatu keputusan tersebut adalah salah (illegality), tidak rasional (irrationality) atau kecacatan prosedur (procedure impropriety). [86] Saya ingin menegaskan bahawa permohonan Semakan Kehakiman bukan bertujuan untuk menyemak keputusan tetapi untuk menyemak proses keputusan itu dibuat dan dalam Permohonan Semakan Kehakiman, Mahkamah tidak menjalankan bidang kuasa rayuan tetapi bidang kuasa penyeliaan. [87] Sehubungan itu, saya berpandangan bahawa di dalam sesuatu permohonan Semakan Kehakiman sepertimana di dalam kes ini, tugas dan fungsi Mahkamah adalah terhad ke atas isu-isu perundangan sahaja. Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengkaji serta memutuskan perkara fakta yang hanya berada di dalam pengetahuan serta pertimbangan pihak berkuasa yang memutuskan sesuatu keputusan. [88] Perlu disebut juga dalam kes-kes yang melibatkan tuntutan tatatertib oleh badan awam, Mahkamah perlu akur bahawa badan awam itu adalah pihak yang lebih mengetahui dalam membuat apa-apa peruntukan kesalahan disiplin, maka bukan menjadi tugas Mahkamah untuk menambah ganti mana-mana peruntukan tatacara disiplin itu. Dalam hal ini, rujukan dibuat kepada kes Hj AH Othman v. Telekom Malaysia Bhd. [2003] CLJ 310 yang menyatakan bahawa— “...In this regard, we agree and gratefully adopt the view expressed by L’Heureux-Dube J speaking on behalf of the majority of the Supreme Court of Canada in The Board of Education of the Indian Head School v. Knight: …“lt must not be forgotten that every administrative body is the master of its own procedure and need not assume the trappings of a court. The object is not to import into administrative proceedings the rigidity of all the requirements of natural justice that must be observed by a court, but rather to allow administrative bodies to work out a system that is flexible, adapted to their needs and fair.”‘. [Penekanan ditambah] [89] Mengenai hukuman pula, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 secara jelas memberikan budi bicara kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam menentukan hukuman yang wajar mengikut bentuk hukuman yang disenaraikan dalam perundangan tersebut. Oleh yang demikian, saya berpandangan sebagai pihak yang dipertanggungkan oleh undang-undang, Pihak Berkuasa Tatatertib adalah pihak yang paling layak dalam menentukan hukuman yang bersesuaian berdasarkan kepada keseriusan kesalahan yang dilakukan, dan bukannya mahkamah. [90] Dalam kes Ng Hock Cheng v. Pengarah Am Penjara & Ors [1998] 1 CLJ 405 Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa— “…After the High Court had judicially reviewed and upheld the disciplinary authority’s finding of misconduct or breach of any provision of the code of conduct under the said General Orders, in regard to any further and consequent order of punishment or penalty as prescribed by the “General Orders” aforesaid and imposed on the public officer in question, the High Court was right in not judicially reviewing such consequential order of dismissal or otherwise interfering with such order. The Court of Appeal was also right for not interfering with the same for reasons which we will discuss as follows. To so further review judicially would be acting against the concept, in the case of an order of dismissal, that there should not generally be any employment against the will of employer or employee. After all is said and done, persons in the public service categorized under art. 132 of the Federal Constitution are in fact employees. The court in truth is not substituting the order of dismissal with its own measure of punishment and if in the latter case, it would amount to the court forcing the employer/government to still employ him, or specifically enforcing a contract of personal service. It cannot be denied further that the disciplining of a public officer by his department head, is part of the function of the executive branch of the government and any usurpation by a court will be viewed with something very much more than disfavour even though the judiciary is the judicial branch of the government as well as an institution which belongs to the people. To repeat, a court intervenes only on the nature and manner of accusation against a public officer as distinct from a consequential punishment as explained above. Just like a professional body being the best tribunal to judge the seriousness of misconduct of its members, in a similar vein, an employer, including a government is the best person to judge similarly the seriousness of misconduct of an employee.”. [Penekanan ditambah] [91] Begitu juga dalam kes Kerajaan Malaysia & Ors v Tay Chai Huat [2012] 3 MLJ 149 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti yang berikut: “[39] Thus, a court should not substitute what its thinks is the “correct” decision. What the court is concerned with is not the decision but the decision-making process. It does not entail the court substituting its discretion for that of the decision maker. Unless that restriction on the power of the court is observed, the court will in my view, under the guise of preventing the abuse of power, be itself guilty of usurping power”, per Lord Brightman in Chief Constable of the North Wales Police Force v. Evans [1982] 1 WLR 1155 at p. 1173.”. [Penekakan ditambah] [92] Berdasarkan kepada alasan di atas, saya mendapati Pemohon gagal untuk membuktikan kepada Mahkamah wujudnya ketaksahan, ketakaturan prosedur dan ketidakrasional yang memungkinkan Mahkamah ini untuk membenarkan permohonan ini. Isu-Isu Lain [93] Mengenai isu yang dibangkitkan oleh Pemohon bahawa terdapat percanggahan kepentingan (conflict of interest) dengan kehadiran Unit Integriti dalam prosiding tatatertib, saya telah meneliti isu berkenaan dan mendapati tiada keterangan yang menunjukkan Unit Integriti telah mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh Responden-Responden. Kehadiran Unit Integriti adalah bersifat pentabdiran semata-mata (administrative nature) iaitu sebagai urus setia yang menyediakan dan membentangkan kertas pertimbangan dan tidak terlibat dalam membuat keputusan. [94] Dalam hal ini, saya merujuk kepada kes Ezaky Mulya bin Sapawi v Dato' Sri Nadzri Siron Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia & Ors (supra) di mana Mahkamah Rayuan telah bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa kehadiran pihak berkepentingan tidak mengakibatkan prosiding tatatertib tidak sah dan telah memutuskan seperti yang berikut: "PRESENCE OF INTERESTED PARTIES [91] In the meeting of the DB, interested parties, as termed by the appellant, were present. They were Jamil bin Mohd Dahlan (investigating officer and director of integrity/discipline), Noraini bt Mohd Nawi (principal assistant director, integrity section), Noorashikin bl Bahari (assistant director, discipline unit) and JPJ officers. In the DAB, there were 17 others including the legal advisor (LA). [92] It was submitted the presence of these parties had rendered the disciplinary proceedings defective. Further, where the DAB was legally represented, the appellant ought to be allowed to be heard. [93] Reference was made to Federal Hotel Sdn Bhd v National Union of Hotel, Bar & Restaurant Workers [1983] 1 MLJ 175 that it is contrary to natural justice to allow one side to be legally represented but refuse the same right to the other and that this is a gross violation of the fundamental principles of natural justice. [94] On the presence of the interested parties (other than the LA, which will be dealt with separately), the HCJ examined the establishment and composition of the DA and DAB as set out in regs 2 and 12of the Disciplinary Board Regulations 1993. The following was then said in paras 48 and 49 of the judgment: