Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO. KES: BA-83-2944-11/2024 ANTARA
BA-83-2944-11/2024
Magistrates Court of Malaysia26 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“21. Mahkamah ini merujuk kepada kes Sau Soo Kim v PP [1975] CLJU 158; [1975] 1 LNS 158; [1975] 2 MLJ 134, Suffian LP menyatakan: Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves th”
“23. Namun, Mahkamah ini merujuk kepada kes PP v Amir Hamzah [2003] CLJU 736; [2003] 1 LNS 736; [2003] 3 AMR 626, Mahkamah telah menyatakan- “... The needs of the accused are far outweighed by issues of public interest.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO. KES: BA-83-2944-11/2024 ANTARA
1
LAWAN SITI AZRIN BINTI MOHAMAD AINI …ORANG KENA TUDUH (NO K/P: 890613-43-5304) (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Pihak Pendakwa Raya (PP) dan peguam bela telah memfailkan notis rayuan terhadap keseluruhan hukuman Mahkamah ini setelah OKT mengaku salah terhadap kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan.
2
Bagi pertuduhan pertama Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman enam (6) bulan penjara dari tarikh sabitan.
3
Pertuduhan kedua, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman satu
1
tahun penjara dari tarikh sabitan.
4
Pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut: PERTUDUHAN PERTAMA Bahawa kamu pada antara 11/06/2019 hingga 22/12/2023 bertempat di Pejabat Lembaga Zakat Selangor, Tingkat 1 Presint Alami, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik Seksyen 13, 40100 Shah Alam di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dengan curangnya telah menipu Jabatan Operasi Kewangan, Lembaga Zakat Selangor sehingga mendorong Jabatan Operasi Kewangan, Lembaga Zakat Selangor untuk membayar RM62,525.00 ke dalam akaun Bank Islam bernombor 12010024847050 atas nama Salmah Binti Ramli yang merupakan ibu kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan. HUKUMAN Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai lima (5) tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya. PERTUDUHAN KEDUA Bahawa kamu pada antara 05/03/2020 hingga 02/12/2023 bertempat di Pejabat Lembaga Zakat Selangor, Tingkat 1 Presint Alami, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik Seksyen 13, 40100 Shah Alam di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dengan curangnya telah menipu Jabatan Operasi Kewangan, Lembaga Zakat Selangor sehingga mendorong Jabatan Operasi Kewangan, Lembaga Zakat Selangor untuk membayar RM108,050.00 ke dalam akaun Bank Islam bernombor 12083025309481 atas nama Mohd Najid Bin Mat Hashim yang merupakan suami kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan. HUKUMAN Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai lima (5) tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.
5
OKT telah dituduh pada 13 Nov 2024. OKT tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan setelah dibacakan dan dibenarkan diikat jamin RM8000 bagi kedua-dua pertuduhan.
6
Setelah beberapa kali sebutan kes ditetapkan, representasi yang dikemukakan juga telah ditolak oleh pihak pendakwaan, Mahkamah telah menetapkan 4 hari untuk perbicaraan pada bulan April 2026. Pendakwaan memaklumkan akan memanggil 11 orang saksi untuk memberi keterangan.
7
Namun, pada 26 Ogos 2025, ketika sebutan kes, peguam bela memaklumkan OKT ingin menukar pengakuan kepada pengakuan bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan.
8
Apabila pertuduhan dibacakan sekali lagi dalam Bahasa Melayu, diterangkan dan difahami kepada OKT. OKT telah mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan. Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman berikut: Pertuduhan pertama : 6 bulan penjara dari tarikh sabitan Pertuduhan kedua : 1 tahun penjara dari tarikh sabitan.
9
Fakta kes berikut telah dibacakan dan telah diakui benar oleh OKT
1
Pengadu di dalam kes ini adalah Muhd Fikri Naim yang merupakan Ketua Divisyen Kutipan di Lembaga Zakat Selangor (LZS).
2
Tertuduh di dalam kes ini ialah Siti Azrin binti Muhammad Aini (No K/P: 890613-43-5304) merupakan pembantu tadbir di Jabatan Pentadbiran dan Sokongan Divisyen Kutipan, Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor.
3
Sekitar Jun 2024, LZS telah membuat audit dan siasatan dalaman dan mendapati bagi tempoh 2019 hinggga 2023, OKT telah menggunakan kedudukannya memasukkan nama suaminya Mohd Najib bin Mat Hashim dan ibunya Salmah binti Ramli bagi serahan Wakalah Agihan Zakat (WAZ).
4
Kesemua permohonan wakalah tersebut berbeza dan telah diubah suai daripada permohonan asal di mana pengubahsuaian ini telah dilakukan oleh OKT sendiri.
5
OKT menggunakan kedudukannya sebagai pembantu tadibir di Divisyen Kutipan, Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor yang ditugaskan untuk proses WAZ di mana kerja OKT adalah untuk memasukkan (key-in) data maklumat penerima WAZ di dalam sistem Customer Relationship Management (CRM).
6
Kemudian, OKT telah membuat penukaran nama dan maklumat penerima (akaun bank) kepada suami dan ibu OKT. Penerima asal WAZ tidak menerima bantuan sebaliknya diterima oleh ibu dan suami OKT.
7
Hasil keseluruhan siasatan yang diperolehi daripada keterangan saksi dan pembuktian dokumen jelas membuktikan OKT dengan curangnya telah menipu Jabatan Operasi Kewangan, LZS dengan mengubah maklumat penerima bagi serahan Wakalah Agihan Zakat, LZS sehingga mendorong pembayaran dilakukan oleh Jabatan Operasi Kewangan, LZS melalui beberapa transaksi ke dalam Bank Islam bernombor 12083 0253 09481 atas nama Mohd Najib bin Mat yang merupakan suami kepada OKT berjumlah RM108,050.00 dan ke dalam akaun Bank Islam bernombor 12010 0248 47050 atas nama Salmah binti Ramli yang merupakan ibu OKT berjumlah RM62,525.00
10
Mahkamah telah beberapa kali bertanyakan kepada tertuduh yang turut diwakili peguam belanya berkenaan pengakuan salah yang dibuat memandangkan melibatkan jumlah kerugian yang tinggi kepada LZS. Dalam kes ini melibatkan penipuan lebih kurang RM170,000 wang milik Lembaga Zakat Selangor yang telah masuk dalam akaun ibu dan suami OKT. OKT memaklumkan faham dan masih tetap ingin mengaku salah. Peguam bela juga mengesahkan anak guamnya menyatakan ingin mengaku bersalah.
11
Oleh itu, Mahkamah ini berpuas hati pengakuan salah oleh OKT terhadap pertuduhan, fakta kes dan kesemua eksibit adalah “unreserved, unequivocal and unqualified” dan telah merekodkan bahawa OKT mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan ini.
12
Pihak peguam bela dalam hujahan mitigasi menyatakan OKT berumur 35 tahun, telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak kecil dan masih bersekolah. OKT turut menanggung ibu yang telah uzur berusia 70 tahun. Ibu OKT juga mengalami pendarahan di kepala yang bergantung pada ubat dan rawatan susulan. Mata ibu OKT juga telah kabur. OKT kini sarat hamil 7 bulan dan perlu hadir pemeriksaan perubatan di Hospital Sungai Buloh. Ini juga merupakan kesalahan pertama OKT. OKT tiada rekod jenayah lampau.
13
OKT telah beri kerjasama baik dengan pihak Polis. Pengakuan salah OKT jimatkan masa Mahkamah dan semua pihak. OKT insaf dan menyesal serta janji untuk tidak mengulangi lagi. OKT juga telah diberhentikan kerja. Pihak peguam bela memohon untuk diberi pertimbangan untuk hukuman denda sahaja namun sekiranya Mahkamah berpendapat OKT perlu dipenjarakan, pohon penjara minima 1 hari dan tidak lebih daripada 7 hari.
14
Timbalan Pendakwa Raya dalam hujahan memohon hukuman setimpal agar kesalahan tidak berulang dan perlu mengambil kira keseluruhan wang terlibat anggaran lebih kurang RM170,000 milik Lembaga Zakat Selangor. Pihak Timbalan Pendakwa Raya turut memberi penekanan wang tersebut bukan duit sebarangan, wang tersebut adalah duit zakat.
15
Berdasarkan seksyen 173(b) Kanun Tatacara Jenayah, hukuman yang dijatuhkan terhadap OKT mestilah menurut undang-undang. Mahkamah ini merujuk kes Public Prosecutor v. Jafa bin Daud [ 1981] CLJU 28; [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315 di mana Mahkamah telah memutuskan, "a sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles".
16
Berdasarkan seksyen 417 Kanun Keseksaan, hukumannya ialah-Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai lima (5) tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya. Kepentingan awam
17
Mahkamah ini mendapati OKT telah melakukan kesalahan yang serius iaitu dengan curangnya menggunakan kedudukannya dengan sebagai pembantu tadbir telah menipu Lembaga Zakat Selangor yang menyebabkan wang zakat RM62,525.00 dimasukkan ke dalam akaun ibu OKT dan RM108,050.00 ke dalam akaun suami OKT.
18
Wang zakat hasil kutipan Lembaga Zakat Selangor sepatutnya dapat membantu golongan asnaf yang layak sahaja. Sebarang penipuan terhadap agihan wang zakat menyebabkan penafian hak kepada golongan yang memerlukan.
19
Mahkamah ini merujuk kepada kes R V BALL [1951] 35 Cr App R.164, di mana Hilbery J menyatakan seperti berikut: “In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our laws does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.” Pengakuan salah OKT
20
Dalam kes ini juga tertuduh telah mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan. Mahkamah ini mendapati pengakuan tersebut menjimatkan masa semua pihak. Saksi-saksi juga tidak perlu dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah.
21
Mahkamah ini merujuk kepada kes Sau Soo Kim v PP [1975] CLJU 158; [1975] 1 LNS 158; [1975] 2 MLJ 134, Suffian LP menyatakan: Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses Latar belakang OKT
22
Mahkamah telah mengambil kira kepentingan OKT sebelum hukuman dijatuhkan. Mahkamah ini juga mengambil maklum OKT mempunyai anak kecil seramai 5 orang yang masih bersekolah dan sedang sarat hamil 7 bulan ketika pengakuan salah dibuat dan ibu OKT juga yang telah uzur.
23
Namun, Mahkamah ini merujuk kepada kes PP v Amir Hamzah [2003] CLJU 736; [2003] 1 LNS 736; [2003] 3 AMR 626, Mahkamah telah menyatakan- “... The needs of the accused are far outweighed by issues of public interest.
24
Memandangkan penipuan tertuduh terhadap wang zakat Selangor tersebut melibatkan jumlah yang banyak. Mahkamah ini berpendapat kepentingan awam perlu lebih diutamakan berbanding kepentingan berdasarkan latar belakang OKT.
25
Mahkamah ini berpendapat hukuman yang diberikan berlandaskan prinsip undang-undang dan dapat memberi pengajaran, pencegahan dan pemulihan terhadap OKT serta sebagai amaran kepada orang awam agar tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT.
26
Mahkamah ini juga telah membenarkan permohonan penangguhan hukuman penjara setelah mendengar hujahan pihak peguam bela dan pihak pendakwaan juga tiada bantahan berkenaan permohonan tersebut. Bertarikh 27 September 2025 (MUHAMMAD SYAFIQ BIN SULAIMAN) Majistret Mahkamah Majistret Shah Alam Selangor Pihak pendakwaan: Muaz Khawarizmi bin Azfar Timbalan Pendakwa Raya Selangor. Pihak peguam bela:
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.