Lampiran
Lampiran D (Eksibit P55 (B). SP2 juga memberikan pendapat pakarnya dengan mengatakan bahawa kecederaan-kecederaan dan parut-parut akibat kecederaan yang terdapat pada tubuh SP18 adalah “Non-Accidental Injury”. Memetik kata-kata SP2: “it’s physical abuse which is not self-inflicted”. [24] Dr Nizam Malik bin Mohamed (SP3) merupakan Doktor Pakar Pediatrik di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur. SP3 juga merupakan ahli Pasukan Pencegah Penganiayaan Dan Pengabaian Kanak-Kanak atau dikenali sebagai “Suspected Child Abuse and Neglect “(SCAN). SP3 telah menyediakan Laporan Perubatan terhadap SP18 bertarikh 6.10.2021 (Eksibit P65). Berdasarkan P65 tersebut, SP3 menyatakan bahawa terdapat banyak kesan luka lama pada muka, leher kiri, bahagian belakang, perut dan peha kanan SP18. Kesan luka terkini pada kedua-dua belah lengan SP18 dibalut semasa pemeriksaan. SP3 juga menyatakan terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa SP18 telah didera. [25] Dr. Sheshadri Sridar (SP4) bertugas sebagai pegawai perubatan di Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, Hospital Kuala Lumpur. Pada 24.6.2021, SP4 telah dirujuk dengan SP18. Berdasarkan Laporan Perubatan bertarikh 3.11.2021 (Eksibit P72), SP4 mendapati terdapat luka yang terbuka di kedua-dua lengan bawah SP18. Hasil pemeriksaan SP4 juga menunjukkan kesan-kesan parut di muka, kepala, abdomen dan bahagian belakang badan SP18. SP4 menjelaskan bahawa kesan-kesan parut tersebut terjadi akibat daripada luka lecuran atau luka terbakar yang lama. SP4 telah merawat luka-luka tersebut dengan memberikan ubat berkaitan dan juga membuat dressing ke atas luka-luka tersebut. [26] SP4 seterusnya menjelaskan anggaran usia bagi luka-luka yang terdapat di seluruh badan SP18. Dengan merujuk kepada P6 (1), (4) dan (5), SP4 menjelaskan usia parut di bahagian kepala SP18 adalah dalam lingkungan 3, 4 atau 5 bulan. Bagi kesan luka di leher dan bahagian belakang badan SP18 (P6 (2) dan (3)), SP4 menjelaskan bahawa usia luka tersebut dalam lingkungan 2 minggu ke 1 bulan. Merujuk kepada luka terbuka di lengan kanan SP18 seperti di gambar P6(8), SP4 menyatakan bahawa ianya dalam lingkungan 2 minggu ke 1 bulan. SP2 selanjutnya menjelaskan bahawa jangka masa luka terbuka di lengan kiri SP18 seperti di gambar P6 (9) dan (10) adalah dalam lingkungan 10 hari ke satu bulan. SP4 selanjutnya menyatakan bahawa terdapat banyak luka dan kesan luka di badan SP18, oleh itu tidak mungkin ia disebabkan oleh satu punca atau satu kejadian sahaja. [27] Dr Salmi binti Mohamed Sukur (SP15) merupakan doktor pakar pembedahan plastik yang bertugas di HKL. Pada 26.6.2021, SP15 membuat pemeriksaan perubatan ke atas SP18. SP15 telah merawat luka di kedua-dua belah tangan SP18. Beliau bertanggungjawab mencuci luka SP18 dan membuat dressing luka SP18. Sepanjang tempoh SP15 merawat SP18 beliau mendapati kecederaan yang dialami oleh SP18 adalah serius di mana luka-luka tersebut mengambil masa untuk sembuh. Daripada dapatan beliau, beliau mengatakan bahawa luka di kedua-dua belah tangan SP18 adalah luka lecuran tahap “Second Degree Burn” dan ianya bukan disebabkan kemalangan (‘non-accidental injuries’) atau kecederaan yang dibuat sendiri (‘self-inflicted injuries’) [28] Dr. Wan Asyikin binti Wan Azlan (SP17), seorang doktor pakar psikiatrik yang dirujuk untuk membuat pemeriksaan terhadap SP18. Hasil pemeriksaan beliau menunjukkan bahawa SP18 seorang kanak-kanak Down Syndrome yang boleh mengurus diri sendiri (Eksibit P172). SP18 menunjukkan ‘gesture’ tangan dan menyebut air panas semasa temubual. [29] Dr. Anullalwathi a/l Balasena (SP13) merupakan pegawai perubatan yang menjalankan pemeriksaan ‘Bone Age’ terhadap SP18. SP13 telah membuat analisa terhadap tulang tangan SP18 bagi mengenalpasti umurnya. Daripada analisa tersebut, beliau mendapati umur SP18 adalah dalam anggaran 180 bulan (bersamaan 15 tahun) semasa pemeriksaan yang dilakukan pada 23.7.2020. Pada 3.8.2020 beliau telah menyediakan laporan ‘Bone Age’ (Eksibit P62) untuk SP18. [30] Wan Zuriena binti Wan Ismail (SP14) merupakan jururawat di Taman Sinar Harapan yang menjaga penghuni-penghuni di Taman Sinar Harapan. Beliau pernah merawat SP18 semasa SP18 berada di Taman Sinar Harapan sebelum dan selepas SP18 diserahkan kepada Perayu. Beliau telah memberi keterangan perbandingan keadaan SP18 sebelum dan selepas diserahkan kepada Perayu. SP14 juga mendapati bahawa selepas SP18 dihantar semula ke Taman Sinar Harapan, SP18 takut dengan orang dan tidak sama seperti dahulu. [31] SP16 adalah doktor di Klinik Setapak. Klinik Setapak ini merupakan klinik yang dikunjungi oleh Perayu bersama SP18 untuk mendapatkan ubat bagi merawat luka SP18. SP16 telah menyediakan surat (Eksibit P169) yang mengesahkan Perayu tidak pernah membawa SP18 ke klinik beliau untuk mendapatkan rawatan. Perayu hanya memaklumkan kepada SP16 bahawa salah seorang anaknya telah kena air panas dan meminta ubat bagi merawat kecederaan tersebut. [32] Azrin Aisyah binti Mohd Razi (SP21) merupakan juruteknik Cuckoo yang menjalankan servis mesin penapis air Cuckoo di Kondominium Irama Wangsa tersebut. Beliau mengesahkan bahawa berdasarkan servis penyelengaraan yang dilakukannya, ia menunjukkan mesin penapis air Cuckoo tersebut dalam keadaan baik. SP21 selanjutnya mengesahkan bahawa mesin penapis air Cuckoo di rumah OKT tersebut masih boleh digunakan untuk air panas dan sejuk. [33] Muhammad Redzuan bin Satori (SP22) juga merupakan juruteknik Cuckoo yang membaiki “adapter” pada mesin penapis air Cuckoo di rumah Perayu. Beliau memaklumkan bahawa masalah “adapter” tidak menganggu fungsi mesin penapis air tersebut. Mesin penapis air tersebut tidak rosak dan masih boleh digunakan untuk air panas dan sejuk. [34] Inspektor Suhaili Binti Mahat (SP19) adalah pegawai penyiasat asal yang menyiasat kes ini. Beliau telah menyiasat kes ini setakat pertuduhan pertama dikenakan ke atas Perayu. Berdasarkan siasatannya, dalam tempoh Februari hingga Jun 2021, Perayu adalah individu yang mempunyai pemeliharaan ke atas SP18. Dalam tempoh tersebut, SP19 merumuskan bahawa SP18 telah mengalami kecederaan fizikal iaitu cedera di bahagian tangan sebelah kanan 0.5% “total body surface area” (TBSA) dan sebelah kiri 1% TBSA. Hasil siasatan SP19 juga menunjukkan terdapat parut-parut di seluruh badan dan siasatan SP19 juga telah menjurus kepada dapatan bahawa SP18 telah mengalami kecederaan fizikal dan emosi dalam tempoh tersebut. Pada 20.8.2021, Perayu telah dituduh di bawah s 31 (1) (a) AKK 2001 bagi pengabaian kepada SP18 sehingga berlakunya kecederaan fizikal dan emosi tersebut telah berlaku dalam tempoh pemeliharaan Perayu. [35] ASP Rohaini binti Baharom (SP20) merupakan pegawai penyiasat yang mengambil alih kes ini setelah SP19 dipindahkan ke bahagian lain. SP20 mendapati bahawa terdapat keterangan yang menunjukkan berlaku penganiayaan oleh Perayu terhadap SP18. Keterangan yang diambil dari penghuni-penghuni dan kenalan-kenalan rapat Perayu juga telah mengesahkan bahawa Perayu telah menganiaya SP18, dengan cara menyimbah air panas yang diambil daripada mesin Cuckoo, memberi SP18 makan cili, mengurung SP18 di bilik laundry dan memaksa SP18 untuk makan najis. SP20 juga merujuk kepada keterangan doktor pakar yang telah menyatakan kecederaan SP18 adalah bukan daripada kemalangan atau perbuatan sendiri dan ianya berlaku dalam tempoh yang lama. Hasil siasatannya juga menyimpulkan bahawa adalah tidak berkemungkinan insiden yang mengakibatkan kecederaan-kecederaan SP18 berlaku hanya sekali sahaja. Latarbelakang Prosiding di Mahkamah Sesyen [36] Pada 20.8.2021, Perayu pertama kali dihadapkan dengan pertuduhan yang berikut: Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu di antara bulan Februari 2021 sehingga bulan Jun 2021, bertempat di rumah alamat No. Unit B-17- 02, Irama Wangsa Condominium, Jalan 3/27E, Seksyen 10, di dalam Daerah Wangsa Maju, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak perempuan yang bernama SP18, berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.” [37] Pada 25.11.2021 pihak pendakwaan telah mengemukakan satu lagi pertuduhan terhadap Perayu seperti berikut: Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu di antara bulan Februari 2021 sehingga bulan Jun 2021, bertempat di rumah alamat No. Unit B-17- 02, Irama Wangsa Condominium, Jalan 3/27E, Seksyen 10, di dalam Daerah Wangsa Maju, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak perempuan yang bernama SP18, berusia 13 tahun telah menganiaya iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.” [38] Sepanjang dan sehingga selesai perbicaraan, Perayu telah diwakili seramai tiga belas (13) orang peguambela. [39] Pihak pendakwaan telah memanggil dua puluh dua (22) orang saksi untuk memberi keterangan. [40] Pada 24.11.2022, di Mahkamah terbuka HMS telah membuat keputusan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie bagi Pertuduhan Kedua terhadap Perayu di bawah s 31 (1) (a) AKK. [41] Peruntukan s 173 (ha) Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”) telah dibacakan dan diterangkan kepada Perayu oleh HMS dan Perayu setelah itu memaklumkan bahawa dia memilih untuk memberi keterangan bersumpah di peringkat pembelaan. [42] Perayu selepas itu membuat satu permohonan untuk satu penggantungan prosiding sementara menunggu permohonan Notis Usulnya (“Notis Usul tersebut”) di Mahkamah Tinggi bagi semakan keputusan prima facie yang telah dibuat oleh HMS. Permohonan Perayu telah ditolak oleh HMS. [43] Notis Usul tersebut kemudiaanya telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi. [44] Pada 5.1.2022, Perayu telah membuat satu lagi permohonan bagi mendapatkan rakaman percakapan saksi-saksi di bawah seksyen 112 KTJ. HMS telah menolak permohonan tersebut atas alasan rakaman percakapan saksi-saksi pendakwaan adalah ‘privilege documents’. [45] Pada 7.12.2022, HMS telah memutuskan permohonan Perayu untuk memanggil semula SP5 dan SP15 ditolak dan hanya SP20 sahaja yang dibenarkan untuk dipanggil semula kerana terdapat isu baru yang timbul semasa SP21 dan SP22 memberi keterangan dan SP20 perlu disoal balas mengenai isu berkenaan. [46] Perayu juga telah memohon untuk menemuramah saksi pendakwaan yang ditawarkan. Seramai tujuh (7) orang saksi-saksi yang ditawarkan yang telah dipilih oleh Perayu untuk ditemuramah seperti berikut: i. Syahirah binti Mohd Ikhsan; ii. Hani Azura binti Zulkifli; iii. Nor Aida Shahira binti Zailiah; iv. Nurul Balqies Qaisara binti Abdul Salam; v. Noor Marliana binti Ramlee; vi. Sarjan Siti Nur Balqes binti Abdul Rahim;dan vii. Sarjan Nur Mastisha binti Maidinsha [47] Perayu telah memanggil dua (2) orang daripada tujuh (7) orang saksi-saksi pendakwaan yang ditawarkan dan ditemuramah di peringkat pembelaan iaitu: i. Noor Marliana binti Ramlee; dan ii. Sarjan Siti Nur Balqes binti Abdul Rahim [48] Tarikh-tarikh untuk perbicaraan diteruskan di peringkat pembelaan kemudiannya ditetapkan oleh HMS. Pada 5-9 Disember 2022, kes ditangguhkan kerana Perayu dimasukkan ke hospital dan mendapat cuti sakit. [49] HMS telah menetapkan sembilan (9) hari lagi untuk sambung bicara yang mana tarikh-tarikh tersebut telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan peguambela Perayu namun, kes telah ditangguhkan juga atas pelbagai sebab. [50] Pada 26.1.2023, pihak pembelaan telah memohon penangguhan namun HMS telah menolak permohonan tersebut dan kes di peringkat pembelaan telah diteruskan. Kesemua 13 orang peguambela yang mewakili Perayu kemudiannya telah menarik diri dari mewakili Perayu. Kes telah ditangguhkan sekali lagi dan Mahkamah Sesyen telah melantik Encik Muhamad Izwan bin Ishak dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (“YBGK”) untuk mewakili Perayu. Walaubagaimanapun, pada 20.2.2023, peguambela yang mewakili Perayu di peringkat pendakwaan yang telah menarik diri sebelum ini iaitu Encik Mohammad Farhan Maaruf telah kembali dan hadir semula ke Mahkamah mewakili semula Perayu manakala Encik Muhamad Izwan bin Ishak dari YBGK telah menarik diri. Petisyen Rayuan Perayu [51] Terdapat seratus sembilan belas (119) alasan rayuan yang telah dinyatakan dalam petisyen Perayu di hadapan Mahkamah ini. Alasan-alasan tersebut boleh disimpulkan dalam dapatan Mahkamah ini seperti berikut. Dapatan Mahkamah 1. Pertuduhan Defektif dan Ketidakpatuhan Prosedur oleh HMS [52] Bagi pihak Perayu, telah dihujahkan bahawa HMS telah gagal mematuhi peruntukan prosedur di bawah ss. 158, 159, 162, 173 (h) (ii), 173 (i) dan 257 (1) KTJ yang telah mengakibatkan Perayu dinafikan dari mendapat satu perbicaraan yang adil. [53] Peguambela bagi pihak Perayu telah menarik perhatian mahkamah bahawa pada satu tahap iaitu apabila bermulanya perbicaraan di peringkat pembelaan, Perayu telah tidak diwakili oleh mana-mana peguam. Pada peringkat tersebut HMS dikatakan telah hanya membaca dan menerangkan kepada Perayu Pertuduhan Kedua dengan pindaan namun tiada pengakuan diambil dan/atau direkodkan oleh HMS. HMS juga dikatakan gagal untuk memastikan Perayu bersedia untuk dibicarakan di atas Pertuduhan Kedua dengan pindaan tersebut. Oleh yang demikian adalah menjadi hujahan Peguambela Perayu bahawa terdapat kegagalan di pihak HMS mematuhi peruntukan s. 158 KTJ dan sekaligus s. 159 Kanun yang sama. Menurut Peguambela lagi, s. 173 (h) (ii) dan s. 173 (i) KTJ juga terpakai dalam keadaan Pertuduhan Kedua yang dipinda tersebut. [54] Peguambela telah memetik kes Hj Maamor bin Hj. Abdul Manap v Public Prosecutor [2002] 6 MLJ 668 di mana panduan berkenaan prosedur yang perlu diikuti apabila pertuduhan dipinda telah diberikan. [55] Menurut Peguambela lagi, setelah pindaan dibuat kepada pertuduhan, s. 162 KTJ yang merupakan suatu peruntukan mandatori perlu juga dipatuhi di mana Perayu hendaklah dimaklumkan oleh HMS berkenaan dengan haknya untuk memanggil semula saksi-saksi pendakwaan berkaitan dengan pindaan kepada Pertuduhan Kedua terhadapnya kerana pada ketika itu Perayu tidak diwakili oleh peguam. HMS dihujahkan telah terkhilaf apabila telah terus mengarahkan Perayu untuk membacakan pernyataan saksinya yang telah disediakan oleh peguambelanya yang terdahulu. Perayu dikatakan tidak diberikan pilihan dalam memberikan keterangan dan oleh yang demikian, HMS juga dikatakan telah gagal mematuhi peruntukan s. 257 KTJ yang memerlukan HMS menerangkan kes pendakwaan terlebih dahulu kepada Perayu apabila Perayu tidak diwakili oleh peguam. [56] Menurut Peguambela Perayu, kegagalan-kegagalan di pihak HMS yang tersebut di atas, telah menyebabkan Perayu terkeliru dan diprejudiskan dalam pembelaanya serta telah mengakibatkan salah laksana keadilan yang serius. [57] S.158 KTJ antara lain memperuntukkan bahawa mahkamah boleh mengubah atau menambah pertuduhan terhadap tertuduh dan tiap-tiap perubahan atau tambahan itu hendaklah dibaca dan diterangkan kepada tertuduh. Lanjutan dari pengubahan atau penambahan kepada pertuduhan tersebut, s. 159 KTJ pula antara lain memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah terus memanggil tertuduh untuk mengaku salah atau tidak dan bertanyakan sama ada tertuduh bersedia dibicarakan di atas pertuduhan atau pertuduhan yang diubah atau yang ditambah itu. [58] S.159 KTJ memperuntukkan bahawa jikalau tertuduh itu mengatakan yang ia tidak bersedia berbuat demikian, maka mahkamah hendaklah menimbangkan sebab-sebab yang ia mungkin memberi, dan jika mahkamah meneruskan perbicaraan dengan segera maka itu tidak menerbitkan keadaan prasangka terhadap tertuduh itu membela dirinya atau pendakwa menjalankan kes itu. Maka, selepas dibuat atau perubahan atau tambahan, mahkamah bolehlah, pada pertimbangannya, meneruskan perbicaraan itu seolah-olah pertuduhan baru atau pertuduhan yang diubah atau ditambah itu ialah pertuduhan asal. [59] Kedua-dua ss. 158 dan 159 KTJ diperturunkan dalam bahasa asalnya di sini: 158. “Court may alter or add to charge (1) Any Court may alter or add to any charge at any time before judgment is pronounced. (2) Every such alteration or addition shall be read and explained to the accused. 159. “When trial may proceed immediately after alteration or addition If a charge is framed or alteration or addition made under either section 157 or 158, the Court shall immediately call upon the accused to plead thereto and to state whether he is ready to be tried on the charge or altered or added charge. If the accused declares that he is not ready, the Court shall duly consider the reasons he may give and if proceeding immediately with the trial is not likely, in the opinion of the Court, to prejudice the accused in his defence or the prosecutor in the conduct of the case, the Court may, in its discretion, after the charge or alteration or addition has been framed or made, proceed with the trial as if the new or altered or added charge had been the original charge” [60] HMS semasa di akhir kes pendakwaan telah meminda Pertuduhan Kedua dengan menambah subperenggan (a) kepada subseksyen 31 (1) AKK. HMS berhak berbuat demikian di bawah s. 158 KTJ. HMS telah menjelaskan berkenaan isu ini dalam penghakimannya seperti berikut: “[3] Saya telah merujuk kepada pertuduhan kedua dan saya dapati pertuduhan kedua hanya menyatakan OKT didakwa melakukan kesalahan di bawah seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 (“AKK 2001”). Pihak pendakwaan tidak menyatakan sama ada OKT dituduh di bawah seksyen 31 (1) (a) atau seksyen 31 (1) (b) AKK 2001. Pertuduhan kedua ini tidak pernah dipinda oleh pihak pendakwaan sehingga kes pendakwaan ditutup. PIhak pembelaan juga tidak pernah membangkitkan isu pertuduhan kedua ini sehingga keputusan di akhir kes pendakwaan disampaikan. …. [6] Pada 24.11.2022 saya telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT bagi pertuduhan pertama di bawah seksyen 31 (1) (a) AKK 2001. [7] Berkenaan dengan pertuduhan kedua, walaupun pihak pendakwaan dan pihak pembelaan tidak membangkitkan isu tentang peninggalan sub-seksyen (1) (a) atau (1) (b), pada 24,11.2022, saya telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT bagi pertuduhan kedua di bawah seksyen 31 (1) (a) AKK 2001. [8] Saya telah memutuskan bahawa, meskipun pihak pendakwaan hanya menyatakan pertuduhan kedua tersebut di bawah seksyen 31 (1) AKK 2001, tanpa menyatakan sama ada ia di bawah sub-seksyen (1) atau (b), mahkamah ini mempunyai kuasa untuk menentukan bahawa pertuduhan kedua tersebut jatuh dalam sub-seksyen (1) berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan yang berkaitan. Seksyen 158 Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”) memberikan kuasa kepada Mahkamah untuk mengubah atau menambah kepada sebarang pertuduhan pada bila-bila masa sebelum keputusan di akhir kes pembelaan diumumkan. [9] Pada 26.1.2023, sebelum kes pembelaan bermula, saya sekali lagi menjelaskan dan menerangkan kepada OKT bahawa pertuduhan kedua telah ditambahkan dengan sub-seksyen 1 (a) menjadikan ia pertuduhan di bawah seksyen 31 (1) (a) AKK 2001, berdasarkan kepada keputusan kes prima facie yang telah diputuskan pada 24.11.2022 dan selaras dengan seksyen 158 KTJ. Setelah saya menerangkan penambahan sub-seksyen (1) (a) AKK 2001 tersebut, selaras dengan seksyen 158 (2) saya telah membacakan dan menerangkan kepada OKT pertuduhan kedua yang ditambah dengan sub-seksyen (1) (a) sepertimana berikut: “Bahawa kamu di antara bulan Februari 2021 sehingga bulan Jun 2021, bertempat di rumah alamat No. Unit B-17- 02, Irama Wangsa Condominium, Jalan 3/27E, Seksyen 10, di dalam Daerah Wangsa Maju, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak perempuan yang bernama SP18, berusia 13 tahun telah menganiaya iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama. … [129] Di akhir kes pembelaan, pihak pembelaan menghujahkan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa kesemua elemen yang diperlukan di bawah seksyen 31 (1) (a) AKK 2001 dan bagi pertuduhan kedua, tiada peruntukan seksyen dinyatakan dalam pertuduhan dan tidak dipinda sehingga akhir kes pembelaan. [130] Meskipun dalam hujahan bertulis di peringkat akhir kes pendakwaan, pihak pembelaan tidak mengemukakan bantahan terhadap peninggalan sub-seksyen (1) (a) atau (1) (b) dalam pertuduhan kedua tersebut, saya telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT bagi pertuduhan kedua di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. [131] Adalah menjadi dapatan saya bahawa meskipun pihak pendakwaan hanya menyatakan pertuduhan kedua tersebut di bawah seksyen 31 (1) AKK 2001, tanpa menyatakan sama ada ia di bawah sub-seksyen (1) atau (b), mahkamah ini mempunyai kuasa untuk membuat dapatan bahawa pertuduhan kedua tersebut jatuh dalam sub-seksyen (1) berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan yang relevan. Kuasa saya untuk mengubah atau menambah kepada sebarang pertuduhan pada bila-bila masa sebelum diumumkan di akhir kes pendakwaan adalah jelas diperuntukkan dalam seksyen 158 Kanun Tatacara Jenayah (‘KTJ’) [132] Pada 26.1.2023, sebelum kes pembelaan bermula, saya sekali lagi menjelaskan dan menerangkan kepada OKT bahawa pertuduhan kedua telah ditambahkan dengan sub-seksyen 1 (a) menjadikan ia pertuduhan di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, berdasarkan kepada keputusan kes prima facie yang telah diputuskan pada 24.11.2022 dan selaras dengan seksyen 158 KTJ. Setelah saya menerangkan penambahan sub-seksyen (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 tersebut, selaras dengan seksyen 158 (2) saya telah membacakan dan menerangkan kepada OKT pertuduhan kedua yang ditambah dengan sub-seksyen (1) (a).. “ [61] Mahkamah ini telah meneliti nota prosiding/keterangan di Mahkamah Sesyen dan mendapati HMS telahpun membacakan Pertuduhan Kedua dengan pindaan tersebut serta telah menerangkan hak-hak Perayu (sila lihat Rekod Rayuan Jilid 2 (O) muka surat 2921-2923 dan Rekod Rayuan Jilid 2 (P) muka surat 3029-3030). Apa yang tidak dilakukan oleh HMS ialah bertanya kepada Perayu sama ada Perayu mengaku salah bagi kesalahan dalam Pertuduhan Kedua yang dipinda menurut kehendak s. 173 (i) KTJ yang memperuntukkan: “173 (i)The charge if amended shall be read to the accused as amended and he shall be again asked whether he is guilty of the offence in the charge as amended.” [62] Walaubagaimanapun, Mahkamah ini berpandangan bahawa kegagalan HMS untuk bertanyakan kepada Perayu sama ada Perayu mengaku salah kepada Pertuduhan Kedua yang dipinda itu hanyalah satu ketinggalan yang tidak mengakibatkan salah keadilan yang serius kepada Perayu. Ini adalah kerana, pertuduhan terhadap Perayu masih di bawah seksyen 31 (1) AKK di mana Perayu telah tidak mengaku salah dari awal pertuduhan dikenakan terhadapnya dan memohon dibicarakan. Di samping itu Perayu sememangnya sedang dibicarakan pada ketika itu. [63] S. 31 (1) AKK memperuntukkan mengenai kesalahan penganiyaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak dan perbuatan-perbuatan tersebut adalah satu kesalahan di bawah sub-perenggan (a) subseksyen 31(1) AKK. Peruntukan di bawah s. 31 (1) AKK menyatakan: 31. “Penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak (1) Mana-mana orang, yang merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak— (a) yang menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian; atau (b) yang menganiayai dari segi seks kanak-kanak itu atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya” [64] Adalah jelas bahawa keterangan yang dikemukakan semasa di peringkat pendakwaan sama sekali tidak terjatuh di bawah sub-perenggan (b) subseksyen 31 (1) AKK iaitu penganiyaan secara seks terhadap SP18. Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan- keterangan dan pemeriksaan balas saksi-saksi pendakwaan menzahirkan bahawa Perayu sedar dan tidak terkeliru bahawa pertuduhan terhadapnya adalah berkaitan penganiayaan yang dilakukan olehnya ke atas SP18 yang telah menyebabkan SP18 mengalami kecederaan fizikal dan emosi. Mahkamah ini mendapati pindaan yang dilakukan oleh HMS adalah satu pindaan teknikal dan tidak terjumlah kepada satu pindaan yang ‘substantial’. Adalah dapatan mahkamah ini bahawa kegagalan HMS untuk bertanyakan kepada Perayu sama ada Perayu mengaku salah atas Pertuduhan Kedua yang dipinda tidak terjumlah kepada ketidakpatuhan yang membatalkan prosiding atau telah mengakibatkan salah keadilan yang serius. Di bawah s. 422 KTJ, dapatan HMS tidak boleh diakas atau diubah hanya kerana alasan Perayu tidak ditanya semula sama ada mengaku salah atas Pertuduhan Kedua yang dipinda apabila pindaan tersebut telahpun dibaca dan diterangkan kepada Perayu. [65] Dalam kes Hee Nyuk Fook v Public Prosecutor [1988] 2 MLJ 360 perayu dalam kes tersebut telah dituduh dengan satu kesalahan menipu di bawah s. 420 Kanun Keseksaan. Dua pindaan kepada pertuduhan di bawah seksyen yang sama telah dibuat dan pindaan yang pertama iaitu jumlah wang yang dikatakan telah diperdayakan untuk diberikan kepada perayu telah dipinda di akhir kes pendakwaan. Pertuduhan yang dipinda itu telah dibacakan tetapi tidak diterangkan kepada tertuduh. Dua persoalan undang-undang telah dikemukakan kepada Mahkamah Agung seperti berikut: “(a)Where in the course of trial a charge is amended, is it mandatory to read and explain the amended charge to an accused person pursuant to the provision of section 158(ii) of the Criminal Procedure Code. (b)If the answer to question (a) is in the affirmative, then is the omission to read and explain the amended charge to an accused person a mere irregularity which can be cured by recourse to section 422 of the Criminal Procedure Code.” [66] Mahkamah Agung telah menjawab dan menerangkan aplikasi s. 158 (ii) KTJ seperti berikut: “Section 158 states: (i) Any court may alter or add to any charge at any time before judgment is pronounced or in the case of trials by jury or trials with the aid of assessors before the verdict of the jury is returned or the opinions of the assessors are expressed. (ii) Every such alteration or addition shall be read and explained to the accused.” Section 422 of the Code says: “Subject to the provisions contained in this Chapter no finding, sentence or order passed or made by a court of competent jurisdiction shall be reversed or altered on account – of any error, omission or irregularity in the complaint, summons, warrant, charge, judgment or other proceedings before or during trial, or in any inquiry or other proceeding under this Code; or … unless such error, omission, improper admission or rejection of evidence, irregularity, want or misdirection has occasioned a failure of justice.” The question that arises is whether section 158(ii) is mandatory or directory. In our view, the word “shall” appearing therein, though generally taken as mandatory, does not mean to be so in every case. No hard and fast rule can be laid down because it depends on the facts and circumstances of a particular case, the purpose and object for which such provision is made, the intention of the legislature in making the provision and the serious inconvenience or injustice which may result in treating the provision one way or the other (see Interpretation of Statutes by Bindra, 7th Ed., p. 662). We are of the view that the safest way is to look into the subject-matter of the case, consider the importance of the provision that has been disregarded, the relation of the provision to the object of the Code and decide in that order whether the matter is imperative or only directory (see Howard v Bodington (1877) 2 PD 203 at p 211). Applying the test to the facts and surrounding circumstances of the case, we hold that in so far as this case is concerned, the provision of section 158(ii) is not imperative but directory. The provisions contained therein only lay down a rule of procedure and do not relate to the mode of trial. A fortiori in the light of the provision of section 422 of the Code. The nature of the amendment being purely technical and in no way substantial has not rendered the omission to read over and explain the amended charge to the applicant at the close of the defence a serious irregularity as to vitiate the proceeding or has occasioned a failure of justice. Applying the test to the facts and surrounding circumstances of the case, we hold that in so the applicant after it was read over to him by virtue of section 173(h), (i) and (j) of the Code. Section 173(h), (i) and (j) of the Code reads: “(h) If, when such evidence has been taken, the court is of opinion that there are grounds for presuming that the accused has committed the offence charged or some other offence which such court is competent to try and which in its opinion it ought to try, it shall consider the charge recorded against the accused and decide whether it is sufficient and, if necessary, shall amend the same. (i) The charge if amended shall be read to the accused as amended and he shall be again asked whether he is guilty or has any defence to make. (j) If the accused does not plead guilty to the charge as amended or if no amendment is made the accused shall then be called upon to enter upon his defence and to produce his evidence, and shall at any time while he is making his defence be allowed to recall and cross-examine any witness present in the court or its precincts.” In the instant case, he was called upon to enter his defence after the amended charge was read over to him.”[Penekanan diberikan] [67] Seterusnya, atas isu pertuduhan lagi, pihak Perayu menghujahkan bahawa HMS telah gagal menilai ketidakpatuhan pendakwaan dalam merangka pertuduhan bagi memenuhi keperluan ss. 152 dan154 KTJ yang tidak boleh dipulihkan oleh ss. 156 dan 422 KTJ. HMS dihujahkan gagal menilai bahawa tiada sebarang keterangan dari mana-mana saksi pendakwaan yang menzahirkan kecederaan fizikal dan emosi yang dialami oleh SP18 berlaku dalam jangka masa sepertimana yang dinyatakan dalam pertuduhan terhadap Perayu. [68] Pihak Perayu berhujah bahawa jangka masa yang dinyatakan dalam pertuduhan telah membuka ruang kepada saksi-saksi pendakwaan khususnya SP5 dan SP8 memberi keterangan yang ditokok tambah dan direka cipta. Menurut pihak Perayu satu-satunya saksi yang memberikan keterangan berkaitan dengan jangka masa yang dinyatakan dalam pertuduhan hanyalah SP8 yang tidak disokong oleh mana-mana saksi lain termasuklah SP5. Menurut pihak Perayu lagi, sehingga ke akhir kes pendakwaan dan pembelaan, tidak terdapat kecederaan yang ditemui pada SP18 dan satu-satunya kecederaan yang dapat dilihat pada mangsa adalah pada Mei 2021 yang merupakan keterangan yang konsisten dengan pembelaan Perayu iaitu kecederaan yang dialami oleh SP18 adalah akibat insiden kemalangan terkena air panas dari Thermos yang berlaku di bilik laundry. [69] Peruntukan untuk masa dinyatakan dalam pertuduhan adalah merupakan satu kehendak undang-undang di bawah s. 153 KTJ. S. (1) KTJ khususnya memperuntukkan seperti berikut: “Particulars as to time, place and person 153. (1) The charge shall contain such particulars as to the time and place of the alleged offence and the person, if any, against whom or the thing, if any, in respect of which it was committed as are reasonably sufficient to give the accused notice of the matter with which he is charged.” [70] Secara ringkasnya, suatu pertuduhan adalah satu notis yang diberikan kepada tertuduh akan perkara yang dipertuduhkan terhadapnya dan juga merupakan satu makluman kepada mahkamah akan perkara yang sama serta arah keterangan yang akan dibawa oleh pihak pendakwaan (lihat Mejar Ali Zaman Ali Hassan v Capt. Abdul Kadir & Anor [1989] 2 CLJ 643; [1989] 2 CLJ (Rep) 117; [1989] 3 MLJ 32 yang memetik kes Humayoon Shah v R (21) WR 72). [71] Di samping itu, s 154 KTJ juga adalah relevan. S. 154 KTJ menyatakan: 154. “When manner of committing offence must be stated When the nature of the case is such that the particulars mentioned in sections 152 and 153 do not give the accused sufficient notice of the matter with which he is charged, the charge shall also contain such particulars of the manner in which the alleged offence was committed as will be sufficient for that purpose.” [72] Sepertimana yang diperuntukkan dalam KTJ, suatu pertuduhan perlu menyatakan mengenai masa, tempat, orang atau perkara terhadap orang yang dikatakan melakukan kesalahan dan juga bagaimana kesalahan itu dikatakan dilakukan. Ujian sebenar di dalam setiap kes ialah sama ada tertuduh mendapat notis yang mencukupi mengenai apa yang dipertuduhkan terhadapnya (lihat Tang Kum Sang v Public Prosecutor [1960] 1 LNS 139; [1960] 1 MLJ 509). [73] Namun demikian, adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa pertuduhan yang mengandungi anggaran masa kejadian adalah mencukupi sebagai notis kepada tertuduh. Dalam kes Willie Sodoi v. PP [1994] 3 CLJ 515, Hakim Ian Chin (pada ketika itu) telah memutuskan bahawa satu pertuduhan yang menyatakan kesalahan berlaku sekitar Februari 1991 adalah "reasonably sufficient notice of the matter charged". Hakim Ian Chin menyatakan seperti berikut: “Therefore, a charge should at least state the time the offence was alleged to have been committed. In this case, the charge alleges the offence to have been committed sometime in February 1991 which I think is reasonably sufficient notice of the matter charged. See Re Lim Yong Eng [1955] CLJU 121; [1955] 1 LNS 121. Since a charge requires the date of the alleged commission of the offence to be stated, the evidence that go towards supporting the charge should likewise establish the approximate date in which the offence was committed.” [74] Hakim yang sama telah juga merujuk dan telah bersetuju dengan dapatan dalam kes R v Hartley [1972] 2 QB 1, C.A. yang menyatakan: “where the words "on or about [the date] are used", to render a verdict of guilty lawful the offence must be shown to have been committed "within some period which has a reasonable proximation to the date mentioned in the indictment.” [75] Menurut pertuduhan di dalam kes ini kejadian di mana SP18 telah dianiaya yang mengakibatkan kecederaan fizikal dan emosi berlaku adalah di antara bulan Februari 2021 sehingga Jun 2021. Pihak pendakwaan telah menarik perhatian mahkamah ini kepada keterangan-keterangan SP1, SP5 dan SP8. [76] SP1 dalam keterangannya menzahirkan bahawa kali terakhir dia berjumpa SP18 ialah di Kondiminium Irama Wangsa sekitar bulan Februari 2021 di mana SP18 dikatakan berkurung dalam bilik dan kelihatan tidak gembira. Pada 24.6.2021, SP1 telah membawa keluar SP18 dari Kondiminium Irama Wangsa dan mendapati SP18 telah mengalami kecederaan. [77] SP5 mula tinggal di Kondiminium Irama Wangsa bersama Perayu dan SP18 pada bulan Februari 2021 dan semasa tinggal di situ, beliau telah melihat kejadian penganiayaan fizikal yang berlaku ke atas SP18 yang dilakukan oleh Perayu. [78] SP8 pula memberi keterangan bahawa beliau telah pergi ke rumah Perayu iaitu di Kondiminium Irama Wangsa pada bulan Februari dan April 2021 di mana pada April 2021, beliau telah bermalam di sana. Semasa berada di Kondiminium Irama Wangsa, iaitu di apartment yang didiami oleh Perayu dan SP18, SP8 telah menyaksikan bagaimana SP18 telah berdiri di tepi dinding, tidak ceria dan tidak berani memandang ke arah SP8. SP18 dikatakan dilihat dalam ketakutan. [79] Mahkamah ini berpuas hati bahawa jalinan keseluruhan keterangan SP1, SP5 dan SP8 jelas menzahirkan bahawa SP18 telah dianiaya oleh Perayu yang mengakibatkan kecederaan fizikal dan emosi sekitar jangka masa yang dinyatakan dalam pertuduhan terhadapnya iaitu di antara Februari sehingga Jun 2021. Perayu telah dituduh pada 20.8.2021 dan mahkamah ini berpandangan pertuduhan pertama dan kedua (yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan pada 25.11.2021) merupakan notis yang mencukupi untuk Perayu menyediakan pembelaannya dan ini telah terbukti melalui pembelaan yang telah dikemukakan oleh Perayu sepanjang prosiding berlangsung di Mahkamah Sesyen. [80] Pihak Perayu seterusnya menimbulkan isu mengenai kekaburan pertuduhan terhadap Perayu khususnya mengenai bentuk penganiayaan dan pengabaian yang dikatakan telah dilakukan oleh Perayu sepertimana yang dikehendaki di bawah s. 154 KTJ. [81] Mahkamah ini berpandangan bahawa isu mengenai kekaburan atau kekeliruan terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadap seorang tertuduh seharusnya ditimbulkan semasa pertuduhan pertama kali dikemukakan terhadap tertuduh. Seperti yang dinyatakan terdahulu, s. 154 KTJ diperuntukkan untuk memastikan orang yang dituduh mendapat notis yang mencukupi mengenai perkara yang dipertuduhkan terhadapnya kerana kegagalan memberikan notis yang mencukupi tersebut akan memprejudiskan tertuduh. Ianya juga adalah untuk membolehkan mahkamah mengambil maklum dan mengawal keterangan-keterangan yang dikemukakan adalah relevan serta berada dalam ruang batasan kesalahan yang dikatakan dilakukan. [82] Penerangan yang cukup jelas atas isu ini pernah diberikan oleh Augustine Paul PK (pada ketika itu) dalam kes Zulkiflee bin Mohd Dom v Public Prosecutor [1997] 4 MLJ 161. Di dalam kes tersebut, Augustine Paul PK (pada ketika itu) telah menjelaskan mengenai peruntukan s. dan s. 156 KTJ seperti berikut: “In my opinion an analytical reading of both the sections reveal that they are in harmony with each other. They have their own separate and distinct roles to play in the CPC and, as a matter of fact, complement each other and are not in conflict. Section 154 is a general provision while s 156 serves to qualify it. Section 154 will render a charge defective if an objection to its non-compliance is taken before the commencement of the trial while s 156 will not invalidate such a charge if the objection is taken during or at the conclusion of the trial in the circumstances mentioned in the section. This becomes apparent when it is realized that the object of s 154 is, firstly, to ensure that the accused has sufficient notice of the matter with which he is charged as otherwise he will be seriously prejudiced in his defence and, secondly, to enable the court to keep in view the real points in issue and to confine the evidence to such matters. This as of necessity means, in the light of the explicit provisions of s 156, that the requirements of s 154 arise for consideration before the commencement of the trial with appropriate amendments, if necessary. In this regard I refer to PP v Raymond Chia Kim Chwee & Anor [1985] 2 MLJ 63 where Mohamed Azmi J (as he then was) in commenting on this section said at p 66: … the charge must give such particulars as are necessary to enable the accused to prepare his defence or give proper instructions to his counsel before trial. (Emphasis added). On the other hand the words in s 156 ‘… at any stage of the case …’ and ‘… unless the accused was in fact misled by such error or omission …’ show that this section is activated after the commencement of the trial. This is obvious as the question of the accused being misled or not will only arise at that stage. The section states in unmistakable terms that if the accused has not been misled such error or omission to state the offence or the particulars required shall not be regarded as material. The fact that the accused has not been misled despite the defect in the charge amounts to the objects of s 154 being satisfied. It follows that the object of s 156 is to ensure that technical defects in the charge should not be allowed to defeat the ends of justice. In considering the application and object of this section the 2 AIR Commentaries on The Code of Criminal Procedure (1973) says at pp 594–594: It is for the court to decide in each case whether the defect in a charge has misled the accused. The question of prejudice to the accused is ultimately one of inference from all the facts and circumstances of the case. The court will be slow to entertain the question of prejudice when the details are not furnished. In considering the question of whether the accused has been prejudiced in his defence by the defect in the charge, regard must be had to the fact that the objection to the frame of the charge was not raised till at late stage of the proceedings. The section is aimed, among other things, at objections on the ground of variance between the charge and the evidence. But the fundamental principle in all criminal charges is that the accused should not be prejudiced in his defence and, therefore, where a charge expressed in vague terms has been understood in a certain sense and proceedings have gone on on such basis, it is not thereafter open to the prosecution to contend that the charge means something else. The object of the section is that technical defects in the charge should not be allowed to defeat the ends of justice. The corollary is that a conviction cannot be set aside unless the accused has been misled by the omission of an essential ingredient in the charge as the section is in mandatory terms (see Low Seng Wah v PP [1962] MLJ 107). The burden is on the accused to establish that he was misled by the error or omission. As Neal J said in Low Seng Wah v PP [1962] MLJ 107 in considering s 156 of the Code, at p 109: It appears to me, therefore, that to succeed on this appeal the appellant must established two things. Firstly, that an essential ingredient of the offence was omitted from the charge and secondly, he was misled by that omission. … In this appeal there was nothing to suggest that the accused had been misled. No objection had been taken to the defect in the charge by the accused either at the commencement or in the course of the trial. On the contrary his case falls squarely within the parameters of illustration (b) of s 156 of the CPC. Though the particulars of the deception have not been set out in the charge the accused defended himself and gave his own account of the transaction. …. The complainant was carefully cross-examined on these issues by learned counsel for the defence and it cannot be said that the accused was prejudiced by the defect in the charge. In the circumstances the omission to set out the particulars of the deception in the charge cannot be said to be material to warrant a ruling that the charge is defective. I pause to add that defects in the charge as in the appeal before me ought to have been rectified by the trial court (see Lew Cheok Hin v R [1956] MLJ 131).” [Penekakan diberikan] [83] Mahkamah ini mendapati tidak ada bantahan yang dikemukakan oleh Perayu dari mula dia dipertuduhkan sehinggalah selesai perbicaraan atas alasan dia telah terkeliru atau kabur mengenai pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya. Sepanjang perjalanan kes di peringkat pendakwaan, Perayu telah diwakili oleh sepasukan peguambela yang berwibawa. Sekali lagi ditekankan, tidak ada sebarang bantahan yang dibuat atau ditimbulkan mengenai keesahan pertuduhan terhadap Perayu di peringkat awal Perayu dituduh mahupun di mana-mana peringkat perbicaraan. Meneliti prosiding/nota keterangan, mahkamah ini mendapati pemeriksaan balas saksi-saksi pendakwaan adalah begitu panjang dan berlarutan hingga beberapa hari yang jelas menunjukkan Perayu berupaya memberikan arahan sewajarnya kepada barisan peguambela-peguambela yang mewakilinya dan tahu serta faham akan pertuduhan terhadapnya. Mahkamah ini mendapati Perayu tidak boleh dikatakan sebagai terkeliru atau kabur tentang pertuduhan terhadapnya. [84] Secara keseluruhan di atas isu pertuduhan yang dikatakan cacat, defektif dan kabur atau mengelirukan, mahkamah ini mendapati tidak terdapat sebarang keterangan dan keadaan yang menunjukkan Perayu telah terkeliru dengan pertuduhan terhadapnya yang mengakibatkan dia tidak berupaya untuk membela diri. Mahkamah ini mendapati Perayu telah diberikan notis yang mencukupi melalui pertuduhan yang telah dikemukakan sejak dari awal lagi dan Perayu berupaya memahami “the nature of the case” dan bagaimana kesalahan dikatakan dilakukan. Mahkamah ini mendapati ianya memadai bagi tujuan dan keperluan s. 152 dan s. 153 KTJ. [85] Keseluruhan prosiding iaitu melalui keterangan-keterangan yang dikemukakan dan pemeriksaan balas yang panjang terhadap saksi-saksi pendakwaan menzahirkan Perayu tahu, tidak terkeliru dan faham bahawa pertuduhan terhadapnya adalah penganiyaan yang telah dilakukan olehnya yang mengakibatkan SP18 mengalami kecederaan fizikal dan emosi. [86] Mahkamah ini berpuas hati bahawa melalui pemeriksaan balas saksi-saksi pendakwaan, Perayu sama sekali tidak diprejudiskan dengan pertuduhan yang dikemukakan sama ada sebelum atau selepas dipinda oleh HMS sebagai Hakim bicara. Pemeriksaan balas yang dikendalikan oleh barisan peguambela-peguambela Perayu menzahirkan pembelaan Perayu adalah dan berkaitan dengan pertuduhan terhadapnya. [87] Mahkamah ini juga mendapati melalui keterangan-keterangan yang telah dikemukakan pihak pendakwaan telah membuktikan “the approximate date” di mana kesalahan-kesalahan dilakukan iaitu di antara Februari 2021 sehingga Jun 2021 iaitu tarikh kejadian yang dinyatakan dalam pertuduhan. Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah memenuhi ujian sebenar (the real test) iaitu memberikan notis yang mencukupi yang adil bagi memberitahu Perayu jenis kesalahan yang dilakukan. Sememangnya pertuduhan terhadap Perayu tidak boleh menyatakan secara spesifik tarikh-tarikh kejadian kerana pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan bahawa pengabaian dan penganiayaan ke atas SP18 telah berlaku ‘in a span of time’ iaitu dalam tempoh masa sepertimana yang dinyatakan dalam pertuduhan-pertuduhan. [88] Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa tidak ada keperluan bagi pihak pendakwaan memberi butiran bagaimana kesalahan itu dilakukan kerana itu melibatkan keterangan-keterangan yang akan dikemukakan. Seksyen 152 (2) KTJ menyatakan bahawa “if the law which creates the offence gives it any specific name the offence may be described in the charge by that name only”. Mahkamah ini mendapati pindaan yang dilakukan oleh HMS tidak menukar sifat dan juga elemen pertuduhan. Penambahan sub-perenggan (a) kepada sub-seksyen 31 (1) AKK yang dilakukan oleh HMS kepada Pertuduhan Kedua kekal sebagai kesalahan penganiyaan sepertimana yang terkandung dalam Pertuduhan Kedua yang asal sejak dari awal lagi. Elemen-elemen pertuduhan juga masih kekal sama. Mahkamah ini mendapati tidak berlaku kegagalan keadilan yang telah memprejudiskan Perayu sama ada sebelum perbicaraan bermula dan juga selepas HMS yang bijaksana meminda pertuduhan kedua terhadap Perayu di akhir kes pendakwaan. [89] Seterusnya, Perayu telah menimbulkan isu bahawa HMS juga telah juga gagal untuk memberikan hak Perayu memanggil semula saksi-saksi pendakwaan yang berkaitan dengan Pertuduhan Kedua yang dipinda semasa Perayu tidak diwakili oleh peguam sepertimana peruntukan s. 162 KTJ. [90] Seksyen 162 KTJ dalam bahasa asalnya memperuntukkan: 162. “Recall of witnesses when charge altered Whenever a charge is altered or added by the Court after the commencement of the trial the prosecutor and the accused shall be allowed to recall or re-summon and examine, with reference to the alteration or addition, any witness who may have been examined, and may also call any further evidence which may be material.” [91] Atas isu ini, Mahkamah ini telahpun mendapati bahawa pindaan yang dibuat ke atas pertuduhan Pindaan Kedua adalah satu pindaan yang teknikal dan Perayu tidak terkeliru dan faham bahawa pertuduhan terhadapnya adalah penganiyaan yang telah dilakukan olehnya yang mengakibatkan SP18 mengalami kecederaan fizikal dan emosi. Apa yang lebih penting ialah Perayu bukannya tidak diwakili sama sekali di peringkat pembelaan. Peguambela yang mewakili Perayu di peringkat pendakwaan yang telah menarik diri semasa di awal peringkat pembelaan iaitu Encik Mohammad Farhan Maaruf telah dan hadir ke Mahkamah mewakili semula Perayu di peringkat pembelaan. Mahkamah ini mendapati bahawa walaupun peruntukan s. 162 KTJ tidak dilaksanakan oleh HMS semasa beliau meminda Pertuduhan Kedua di akhir kes pendakwaan, permohonan untuk memanggil semula saksi-saksi pendakwaan telah dibuat oleh peguambela Perayu di bawah s 173 (j) (iii) KTJ di peringkat pembelaan. Permohonan telah didengar oleh HMS. Setelah mendengar permohonan Perayu, HMS telah membenarkan SP20 dipanggil semula kerana terdapat dokumen atau fakta baru yang timbul pada masa itu. [92] HMS dalam alasan penghakimannya menyatakan seperti berikut: “[157] Pada 7.12.2022 pihak pembelaan telah mengemukakan permohonan untuk memanggil semula saksi-saksi pendakwaan di bawah seksyen 173 (j) (iii) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Senarai saksi-saksi yang akan dipanggil semula oleh pihak pembelaan adalah seperti berikut: Yasmin Nahar bin Mohamed (SP5), ASP Rohani binti Baharom (SP20) dan Doktor Salmi binti Muhd Shukor (SP15). Pihak pendakwaan telah membantah permohonan tersebut dengan menghujahkan bahawa walaupun seksyen 173 (j) (iii) KTJ membenarkan pemanggilan semula saksi, tetapi permohonan perlu dibuat secara berasas dan memerlukan penilaian oleh Mahkamah dengan berhati-hati. [158] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa pemanggilan semula saksi di bawah seksyen 173 (j) (iii) KTJ merupakan hak tertuduh dalam mendapatkan satu perbicaraan yang adil. Pihak pembelaan juga menghujahkan bahawa seksyen 173 (j) (iii) KTJ ini perlu dibaca bersama dengan seksyen 138 (4) KTJ di mana seksyen 138 (4) ini tidak menggariskan apa-apa prasyarat yang perlu dipenuhi dalam pemanggilan semula saksi-saksi pendakwaan. Pihak pembelaan juga berhujah bahawa perkataan “shall” telah digunakan dalam seksyen 173 (j) (iii) KTJ, oleh itu ia menunjukkan peruntukan tersebut bersifat mandatory ke atas Mahkamah dalam membenarkan pemanggilan semula saksi-saksi. Untuk menyokong hujah-hujahnya, pihak pembelaan merujuk kepada kes-kes PP v Mohamed Azmin Ali [2000] 3 MLRH 72; Mohd Jalil bin Abdullah & Anor vs Public Prosecutor [1996] 5 MLJ 564; dan Chin Kek Shen v PP [2013] 7 CLJ 435. [159] Saya berpendapat Mahkamah ini mempunyai tanggungjawab, kuasa dan juga budi bicara untuk menentukan sama ada pemanggilan semula saksi yang dinamakan terjumlah kepada unsur “frivolous or vexatious” (remeh atau menyusahkan). Pendapat saya ini adalah berasaskan kepada kes Hassan v PP [1962] 1 LNS 52 [1962] 29 MLJ 323, yang mengikut keputusan dalam kes Ong Boon Siang & Ors v PP [1960] 1 LNS 81 [1961] MLJ 4, di mana telah diputuskan bahawa permohonan di bawah seksyen 173 (j) (iii) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) untuk memanggil semula saksi kebiasaannya akan dibenarkan kecuali pemanggilan semula saksi berkaitan adalah “frivolous or vexatious”. Dapatan saya juga berpandukan kepada kes PP v Mohamed Azmin Ali [2000] 7 CLJ 628 yang menyatakan: “The concern that the calling and recalling of witnesses should not be used as a device for vexation, delay or otherwise defeat the ends of justice is reflected in s. 173(l)(1) which provides for the calling of witnesses whether or not he has been previously examined: (l)(1) If the accused applies to the Court to issue any process for compelling the attendance of any witness (whether he has or has not been previously examined in the case) for the purpose of examination or cross-examination or the production of any document or other thing, the Court shall issue such process unless it considers that such application should be refused on the ground that it is made for the purpose of vexation or delay or for defeating the ends of justice. Such ground shall be recorded by it in writing. (2) The Court may, before summoning any witness on such application, require that his reasonable expenses incurred in attending for the purposes of the trial be deposited in Court. [160] Untuk menentukan sama ada permohonan memanggil semula saksi-saksi pendakwaan tersebut bebas dari unsur “vexatious or delay or for defeating the ends of justice”, Mahkamah ini perlu meneliti siapakah saksi-saksi yang akan dipanggil dan apakah tujuan atau alasan pemanggilannya. Maka, tindakan saya seterusnya adalah untuk meneliti alasan pemanggilan semula bagi setiap saksi yang disenaraikan oleh pihak pembelaan. (1) Yasmin Nahar binti Mohamed (SP5) [161] Pihak pembelaan menyatakan alasan untuk memanggil semula SP5 adalah untuk memastikan keterangan yang diberikan semasa peringkat kes pendakwaan dan kes pembelaan adalah konsisten, memandangkan SP5 merupakan saksi utama dan saksi mata dalam kes ini. [162] Dalam mempertimbangkan alasan tersebut, pertamanya, saya menekankan bahawa Mahkamah ini yang akan menentukan sama ada keterangan SP5 adalah konsisten atau tidak berdasarkan kepada keterangannya di peringkat kes pendakwaan dan keterangan SP5 kemudiannya akan diteliti dan dinilai serta dibandingkan dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan juga pembelaan. Alasan untuk memanggil SP5 semula adalah semata-mata untuk menentukan consistency keterangannya adalah tidak kukuh. [163] Dalam mempertimbangkan alasan tersebut di atas, saya juga merujuk kepada perbicaraan ketika pemanggilan Yasmin sebagai saksi SP5 dan juga nota keterangan berkaitan. Saya mendapati SP5 hadir ke Mahkamah menjalani pemeriksaan utama selama 2 hari perbicaraan iaitu pada 7 dan 8 April 2022, dan beliau telah diperiksa balas oleh pihak pembelaan selama 5 hari perbicaraan iaitu pada 13,14, 15 dan 20 April 2022 dan 30 Mei 2022. Yasmin juga telah hadir pada 31 Mei 2022 untuk diperiksa semula. Secara keseluruhannya, SP5 telah berada di Mahkamah memberikan keterangan selama 8 hari perbicaraan. [164] Setelah merujuk kepada keterangan SP5, saya mendapati pemeriksaan ke atas SP5 “was sufficiently comprehensive and completely executed by both the prosecution and the defence”. Pihak pembelaan juga telah mencadangkan bahawa SP5 telah membuat 30 penipuan dengan merujuk kepada keterangan-keterangan SP5 yang didakwa tidak konsisten dan bercanggah. Selain itu, pihak pembelaan telah memeriksa balas SP5 melalui 5 orang peguambela yang menyentuh pelbagai tajuk dan isu. Pihak Pembelaan juga telah mengemukakan soalan balas berbentuk “suggesting” dan “putting” bagi mengemukakan kes pembelaan seawall mungkin dan secara tersiratnya menunjukkan “positive evidence will be called to prove the matters put”. Oleh itu, pihak pembelaan telah diberikan tempoh masa yang secukupnya untuk memeriksa balas SP5 bagi membangkitkan isu berkaitan konsistensi dan juga isu kredibiliti. (2) ASP Rohaini binti Baharom (SP20) [166] Pihak pembelaan menyatakan bahawa alasan untuk memanggil semula ASP Rohaini binti Baharom (SP20) adalah untuk memeriksa balas berkaitan keterangan yang diberikan oleh SP21 dan SP22. Saksi SP21 dan SP22 telah memberikan keterangan yang mengaitkan diri mereka dengan SP20. Namun perkara ini tidak dapat diperiksa balas dan ditanyakan kepada SP20 kerana beliau telah memberikan keterangan sebelum SP21 dan SP22 dipanggil untuk memberikan keterangan. Saya mendapati bahawa alasan yang diberikan untuk memanggil semula SP20 adalah kukuh dan wajar dibenarkan. Namun, soalan yang boleh ditanyakan oleh pihak pembelaan kepada SP20 nanti hanya soalan yang berkaitan dengan keterangan SP21 dan keterangan SP22 sahaja. (3) Doktor Salmi binti Muhd Shukor (SP15). [167] Pihak pembelaan menyatakan bahawa alasan untuk memanggil semula Doktor Salmi binti Muhd Shukor (SP15) adalah untuk mendapatkan pengesahan beliau memandangkan beliau satu-satunya doktor pakar kulit yang dipanggil oleh pendakwaan dan keterangan beliau sepatutnya mengakas pendapat doktor-doktor lain yang telah memberikan keterangan. Secara ringkasnya, dapat difahami bahawa, tujuan pihak pembelaan ingin memanggil semula SP15 adalah untuk mendapatkan pengesahan SP15 bahawa keterangan beliau sepatutnya mengakas pendapat doktor-doktor lain yang telah memberikan keterangan. Dalam isu ini, saya merujuk kepada keterangan SP15 ketika disoal balas oleh pihak pembelaan: “S: Okay, jika ada seorang Dr kata itu 3rd degree, Dr sendiri kata 2nd degree, pendapat Dr itu sebenarnya lebih betul sebab Dr seorang consultant hierarki teratas. Sebagai pakar kelecuran, saya cakap 2nd degree. Jadi Dr punya pendapat lebih betul ya? Paling betul, 2nd degree? Saya tak nak bandingkan. Saya just tanya maksudnya kalau dalam hierarki itu Dr betul bukan? Tapi saya cakap saya punya diagnosis 2nd degree. Saya tak cakap dia salah saya betul, saya tak nak.” [168] Berdasarkan jawapan SP15 tersebut, SP15 telah menyatakan bahawa pendapat dan jawapan beliau adalah berasaskan kepakaran beliau sebagai seorang pakar kelecuran. SP15 juga menegaskan bahawa jawapan tersebut adalah berdasarkan diagnosis beliau sendiri. SP15 selanjutnya menegaskan bahawa beliau tidak mahu membandingkan atau mengesahkan bahawa pendapat beliau yang paling betul di antara doktor-doktor yang lain. Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut, saya berpendapat, tiada keperluan untuk memanggil semula SP15 hanya untuk mendapatkan pengesahan bahawa keterangan beliau sepatutnya mengakas pendapat doktor-doktor lain. SP15 jelas telah menyatakan pendiriannya mengenai isu tersebut. Adalah jelas bahawa isu sama ada pendapat atau diagnosis SP15 sepatutnya mengakas pendapat doktor-doktor lain sewajarnya diputuskan oleh Mahkamah ini berdasarkan keterangan sedia ada dan keterangan-keterangan berkaitan di peringkat pembelaan. Oleh itu, saya memutuskan bahawa pemanggilan semula saksi SP15 adalah ditolak.” [93] Mahkamah ini mendapati walaupun di akhir kes pendakwaan HMS tidak ada menentukan sama ada Perayu mahu memanggil saksi-saksi pendakwaan semula semasa HMS meminda Pertuduhan Kedua, Perayu telah menggunakan haknya dengan membuat permohonan di bawah s. 173 (j) (iii) KTJ selepas itu. Maka hujahan Perayu bahawa kekhilafan HMS yang tidak memenuhi prosedur di bawah s. 162 KTJ telah mengakibatkan salah laksana keadilan yang serius adalah tidak bermerit. Hak untuk memanggil semula saksi-saksi pendakwaan telah diguna oleh Perayu dengan membuat permohonan sewajarnya namun demikian, HMS juga mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada terdapat keperluan untuk saksi-saksi pendakwaan yang dipohon itu dipanggil semula. [94] Mahkamah ini bersetuju dengan alasan dan pertimbangan yang diberikan oleh HMS dalam membenarkan hanya seorang saksi pendakwaan iaitu SP20 untuk dipanggil semula. Adalah penting untuk ditekankan bahawa keadilan bukan hanya wajar dan mesti diberikan kepada Perayu sebagai seorang tertuduh semata-mata, tetapi keadilan juga wajar diberikan kepada saksi-saksi yang memberikan keterangan. HMS yang merupakan Hakim bicara berhak untuk membuat dapatan dan tidak terkhilaf apabila mendapati bahawa saksi-saksi yang telah disoal balas dengan panjang lebar dan memakan masa berhari-hari oleh bukan seorang tetapi beberapa orang peguambela telahpun dilakukan dengan menyeluruh oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan. Meneliti nota keterangan, mahkamah ini mendapati Perayu tidak boleh dikatakan telah terlepas peluang untuk mendapat keadilan yang sewajarnya. Malah, mahkamah ini berpandangan sekiranya HMS membenarkan permohonan Perayu untuk memanggil semula saksi-saksi yang telah disoal balas tanpa sebarang penilaian akan keperluan mereka dipanggil semula, maka itu sebenarnya akan mengakibatkan salah laksana keadilan menurut undang-undang jua. [95] Perlu ditekankan di sini bahawa Perayu banyak mengutarakan peruntukan undang-undang yang dikatakan telah tidak dipatuhi oleh pihak pendakwaan dan juga HMS yang bijaksana. Walaubagaimanapun mahkamah ini mendapati Perayu gagal untuk menzahirkan bagaimana dan apakah ketidakadilan yang telah dialaminya akibat dari ketidakpatuhan-ketidakpatuhan tersebut di atas. Yang pasti, setelah meneliti nota keterangan, mahkamah ini mendapati hak-hak Perayu jelas terpelihara oleh HMS pada setiap masa dan melalui barisan peguambela-peguambela yang bijaksana, Perayu berupaya membentangkan pembelaannya tanpa sebarang halangan. 2. Kekhilafan dalam Dapatan Prima Facie oleh HMS. [96] Pihak Perayu seterusnya mengutarakan beberapa alasan dalam petisyennya berkaitan dengan dapatan prima facie oleh HMS di akhir kes pendakwaan. [97] Pertamanya, HMS dikatakan telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal membuat satu penilaian maksimum dan memutuskan bahawa elemen kedua kesalahan di bawah s. 31 (1) (a) AKK (iaitu Perayu mempunyai pemeliharaan ke atas SP18 dalam jangkamasa yang dinyatakan dalam pertuduhan) telah dipenuhi oleh pihak pendakwaan hanya berdasarkan terma-terma yang terkandung dalam Perintah Jagaan Sementara (P42) dan Perintah Jagaan Tetap (P43) SP18. Pihak Perayu menghujahkan bahawa Perayu tidak boleh dipertanggungjawabkan melakukan kecederaan ke atas SP18 hanya kerana terdapat perintah-perintah jagaan sementara dan tetap dalam P42 dan P43 kerana terdapat orang lain (seperti SP5) yang turut diamanahkan menjaga dan berada bersama SP18 semasa ketiadaan Perayu. [98] Perayu memberikan contoh di mana dalam kes Pendakwa Raya lwn Rudiana binti Razali [2019] MLJU 820 Mahkamah Tinggi antara lain telah bersetuju dengan dapatan Mahkamah perbicaraan bahawa walaupun responden dalam kes tersebut mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak yang berada di taska (tempat kejadian), pengasuh dan guru lain yang bertugas di taska tersebut juga mempunyai pemeliharaan bagi maksud s 31 (1) (a) AKK dan mereka bersama-sama responden juga bertanggungjawab (joint responsibility) ke atas pemeliharaan kanak-kanak di taska tersebut. [99] Berkenaan isu ini, HMS dalam alasan penghakimannya telah membuat dapatan seperti berikut: “Eleman (ii): OKT mempunyai pemeliharaan terhadap mangsa dalam tempoh dan jangka masa seperti dalam pertuduhan. [59] Apakah yang dimaksudkan dengan pemeliharaan seorang kanak-kanak atau “having the care of a child” sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 31 (1) AKK 2001? Untuk menjawab persoalan tersebut, saya merujuk kepada kes PP v Norhayati Hashim & Anor [2020] 10 CLJ 246. Dalam kes tersebut, Mahkamah Tinggi telah menerangkan bahawa ‘care of child’ iaitu pemeliharaan seorang kanak-kanak bagi seksyen 317 Kanun Keseksaan dan seksyen 31 (1) AKK 2001 adalah seperti berikut: “Care of child is not defined under s. 317 of the Penal Code. However, guided by the provision of s. 31 (1) of the Child Act 2001, it is the considered view of this court that care of a child under s 317 of the Penal Code means to dutifully protect a child from any form of physical, mental and emotional injury and that duty to protect includes the duty to not expose or leave that child in any place with the intention of abandoning such child.” [60] Merujuk kepada pertuduhan pertama dan kedua yang dipertuduhkan terhadap OKT, tempoh dan jangka masa pertuduhan adalah di antara bulan Februari 2021 sehingga bulan Jun 2021. Maka, bagi memenuhi tuntutan elemen (ii) ini, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa OKT mempunyai pemeliharaan terhadap Bella dalam tempoh dan jangka masa di antara bulan Februari 2021 sehingga bulan Jun 2021. [61] Pada 14.7.2020, OKT telah mendapat Perintah Jagaan Sementara ke atas Bella sehingga 24.9.2020. Seterusnya, pada 24.9.2020, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah supaya Bella diletakkan dalam jagaan OKT sehingga Bella mencapai umur 18 tahun (“Ekshibit P43”). Perintah P43 dengan jelas meletakkan syarat, antara lainnya, supaya Bella tidak boleh dipindah hak penjagaan dan pemeliharaannya kepada orang lain tanpa proses yang sah di sisi undang-undang. SP12 juga mengesahkan bahawa Bella telah diserahkan kepada OKT pada 24.9.2020 dan OKT telah dipertanggungjawabkan untuk pemeliharaan dan penjagaan Bella mulai 24.9.2020. [62] Berdasarkan perintah yang dikemukakan sebagai ekshibit P43, adalah jelas bahawa Bella berada dalam jagaan dan kawalan OKT bagi tempoh masa seperti dalam pertuduhan, iaitu di antara bulan Februari 2021 sehingga Jun 2021. Hak pemeliharaan dan penjagaan Bella tidak pernah berpindah kepada orang lain dan kekal bersama OKT sepanjang tempoh tersebut. Oleh itu, saya mendapati elemen (ii) ini bagi pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua juga telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan.” [100] Tidak dapat dipertikaikan bahawa melalui P42 dan P43, Perayu telah dinyatakan sebagai Orang Yang Layak dan Sesuai untuk menerima SP18 dalam jagaannya. P43 pula meletakkan syarat bahawa SP18 tidak boleh dipindah hak kepada orang lain, perlu diberikan pendidikan dan kasih sayang tanpa diskriminasi dengan kanak-kanak lain, tiada penganiayaan dan pengabaian. [101] Mahkamah ini mendapati bahawa melalui P42 dan P43, adalah jelas Perayu dipertanggungjawabkan untuk memastikan SP18 berada dalam keadaan selamat sepanjang masa dan SP18 tidak boleh diabaikan dan dianiaya. Perayu perlu patuh dalam melaksanakan tanggungjawabnya bagi memastikan SP18 dilindungi dari sebarang bentuk kecederaan fizikal, mental dan emosi dan tanggungjawab itu termasuklah untuk tidak membiarkan SP18 berada dalam keadaan yang mendedahkan SP18 kepada kecederaan-kecederaan. Sekiranya SP18 mendapat sebarang kecederaan adalah menjadi tanggungjawab Perayu untuk membawa SP18 mendapatkan rawatan. [102] Berbeza dengan kes-kes yang dirujuk oleh peguambela bagi pihak Perayu di mana tidak terdapat perintah mahkamah bagi menjaga mangsa kanak-kanak yang terlibat, P42 dan P43 di dalam kes ini adalah instrumen-instrumen yang memberikan tanggungjawab yang khusus kepada Perayu untuk memastikan tiada sebarang pengabaian dan penganiyaan berlaku ke atas SP18. Justeru itu, mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS bahawa dalam jangka masa yang dinyatakan dalam pertuduhan, Perayu adalah orang yang bertanggungjawab memastikan SP18 berada dalam keadaan selamat sepanjang masa serta tidak boleh diabaikan dan dianiaya oleh sesiapapun. Berdasarkan P42 dan P43, hak dan tanggungjawab Perayu ke atas SP18 tidak pernah berpindah atau bertukar kepada individu-individu lain. Maka seandainya benar ada orang lain yang telah menganiaya SP18, Perayu seharusnya mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas orang tersebut tetapi ini tidak dilakukan. [103] Keduanya, pihak Perayu menghujahkan bahawa elemen ketiga pertuduhan juga gagal dipenuhi kerana pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan bagaimanakah penderaan atau pengabaian yang dikatakan dilakukan oleh Perayu yang telah mengakibatkan kesan-kesan kecederaan fizikal dan emosi yang dialami oleh SP18. [104] Untuk alasan ini, Perayu mempertikaikan dapatan HMS tentang keterangan SP2, SP3, SP4 dan SP15 dan mengaitkan perlakuan penderaan dan pengabaian yang dikatakan dilakukan oleh individu lain. [105] Pihak Perayu juga menghujahkan bahawa HMS terkhilaf apabila bergantung kepada keterangan-keterangan SP14, SP1, SP8 dan SP5 apabila mendapati SP18 juga mengalami kecederaan emosi dalam tempoh penjagaan Perayu. Perayu telah mempertikaikan kredibiliti SP14, SP1, SP8 dan SP5 dan menghujahkan bahawa keterangan-keterangan saksi-saksi pendakwaan tersebut telah dipatahkan melalui keterangan SD8 dan SP17 yang telah membuat kesimpulan bahawa SP18 tidak mengalami kecederaan emosi. [106] Apa yang dapat disimpulkan dari keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan ialah berdasarkan catatan SP2 dalam laporannya di P55 (B), terdapat lebih kurang 18 kecederaan dan parut di tubuh SP18. Selaras dengan kecederaan fizikal dan emosi yang telah dibuktikan dalam elemen ketiga pertuduhan, HMS telah juga mendapati elemen keempat pertuduhan kedua telah juga dibuktikan berdasarkan keterangan-keterangan yang relevan dengan kecederaan-kecederaan fizikal yang telah dibuktikan. [107] SP2 semasa pertama kali berjumpa dengan SP18 telah mendapati terdapat banyak luka-luka di badan mangsa serta “burn wounds” dan “multiple scar” serta “patches here and there”. SP2 mendapati kesemua luka-luka tersebut termasuklah luka di tangan SP18, tiada kedapatan rawatan yang telah diberikan atau lambat mendapatkan rawatan. SP2 telah merumuskan bahawa kecederaan yang dialami oleh SP18 adalah “non-accidental injury”. [108] SP4 melalui laporannya di P65 pula menyatakan antara lain bahawa 1.5% luka yang dialami oleh SP18 adalah “open wound” dan luka-luka kelecuran dan kebakaran lain adalah lebih besar dari 1.5%. SP4 dalam keterangannya juga menyatakan bahawa ada banyak luka yang dialami oleh SP18 yang tidak konsisten dengan “one possible cause”. SP4 seterusnya menjelaskan lagi bahawa memandangkan luka SP18 adalah dalam, rawatan dan pemulihan dijangka akan mengambil masa yang lama iaitu lebih dari satu tahun. [109] Melalui keterangan SP2 dan SP4, mahkamah ini mendapati bahawa SP18 sebenarnya mengalami kecederaan yang serius yang menurut SP4 memerlukan SP18 dimasukkan ke hospital bagi pemantauan dibuat ke atasnya dan tindakan sewajarnya oleh pakar perubatan. [110] Mahkamah ini mendapati kecederaan-kecederaan yang dialami oleh SP18 telah dijelaskan dengan terperinci oleh saksi-saksi perubatan iaitu SP2, SP3, SP4 dan SP15. Rangkuman keterangan-keterangan saksi-saksi perubatan tersebut jelas menzahirkan bahawa kecederaan yang dialami oleh SP18 adalah “non-accidental injury” dan bukan “self-inflicted injury”. [111] Berkaitan dengan kecederaan emosi yang dialami oleh SP18, HMS telah bersandarkan kepada keterangan-keterangan SP1, SP5, SP8 dan SP14 yang telah melihat perubahan yang ketara pada SP18 sebelum dan selepas kejadian. [112] Mahkamah ini berpuas hati bahawa tidak terdapat kekhilafan di pihak HMS apabila mendapati elemen ketiga pertuduhan (bahawa mangsa telah mengalami kecederaan fizikal dan emosi semasa berada dalam pemeliharaan Perayu) telah dipenuhi oleh pihak pendakwaan bersandarkan keterangan-keterangan SP2, SP3, SP4, SP15, SP14, SP8, SP1 dan SP5. Dapatan dan penilaian HMS adalah seperti berikut: “Elemen (iii): Mangsa telah mengalami kecederaan fizikal dan emosi semasa berada dalam pemeliharaan OKT [63] Kedua-dua pertuduhan terhadap OKT melibatkan kecederaan fizikal dan emosi. Untuk membuktikan elemen (iii) ini, khususnya kecederaan fizikal, saksi-saksi yang terdiri daripada doktor-doktor perubatan telah dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk mengesahkan kecederaan fizikal yang dialami oleh Bella. Saksi-saksi daripada kalangan doktor perubatan adalah SP2, SP3, SP4 dan SP15. Kecederaan Fizikal [64] SP2 adalah doktor yang mula-mula merawat Bella ketika Bella dibawa ke HKL. SP2 telah menjalankan pemeriksaan ke atas Bella pada 24.6.2021. Setelah pemeriksaan dijalankan, SP2 mengesahkan bahawa terdapat "Infected Burn Wound Over Bilateral Forearm” (ekshibit P6 [8], [9] dan [10]). SP2 berpendapat bahawa luka di lengan bawah tersebut adalah “third degree burn wound”. SP2 menjelaskan jangka masa luka tersebut berlaku berkemungkinan dalam 5 hingga 7 hari. SP2 juga menerangkan bahawa terdapat pelbagai parut lama pada seluruh badan Bella. SP2 berpandangan bahawa kesan luka di peha Bella yang ditandakan sebagai “Y” dalam gambar P(11) adalah kerana ditekan dengan objek yang sangat panas (an extremely hot object would have been pressed on that particular place). [65] Dengan merujuk kepada gambar pergelangan tangan dalam P6 (7), SP2 menjelaskan bahawa kesan tanda bulatan di pergelangan tangan Bella adalah kesan luka akibat diikat dengan kuat. SP2 merujuk kepada gambar P6 (6) yang menunjukkan kesan lingkaran berbentuk gelang di bahagian siku tangan kanan Bella. Beliau menerangkan bahawa kesan seperti lingkaran gelang tersebut adalah kesan kecederaan kerana diikat dengan ketat. SP2 juga merujuk kepada gambar P6 (11) yang menunjukkan kesan lingkaran di kedua-dua pergelangan kaki Bella. SP2 selanjutnya menjelaskan bahawa kesan lingkaran di kedua-dua pergelangan kaki tersebut terhasil kerana ia telah diikat dengan kuat dan seterusnya menyebabkan kecederaan. Berikut adalah keterangan SP2 berkaitan kecederaan yang dialami Bella akibat pergelangan kaki dan tangannya diikat dengan kuat: Circular old scar? Ya it’s a circular old scar. So if you see this particular scar, yang circular old scar, gambar rajah 6, you boleh lihat circular old scar gambar rajah 7 pun dekat dia punya wrist, pergelangan tangan. Mah: Gambar 7 pergelangan tangan? Pergelangan tangan dan juga gambar rajah 11. Kat kedua belah pergelangan kaki So, jadi So all these circular old scars it shows pernah di, how to say Mah: Pernah? It’s like it’s been tied before this. So actually a mark that is cause by tying. That’s why it’s circular. So it’s a well demarcated, that means dia well defined lesion. Kita pakai perkatan lesion lah. In medical term is lesion. Luka, ya it’s a well-defined lesion over the pergelangan, the pelipat tangan, pergelangan kaki dan pergelangan tangan. This is, so this is basically untuk gambar rajah 6 6, 7 dan 11 ya doctor? Ya” [66] Berdasarkan pemeriksaan tersebut, SP2 juga telah menyediakan Laporan Pemeriksaan Mangsa yang ditandakan sebagai ekshibit P55 (A) dan P55 (B). Hasil pemeriksaan SP2 direkodkan dalam Lampiran D, ekshibit P55 (B), saya perincikan seperti yang berikut: Bil. Jenis kecederaan / Parut Tempat cedera / Parut Gambar Dalam 1. Ekshibit P6 Infected wound about 8cm x 4cm, with scab formation, granulation tissue, minimal bleeding seen. Lengan bawah kanan 2. P6 (8) Infected wound with granulation tissue about 15cm x 4cm, no active bleeding, no pus discharge Lengan bawah kiri 3. P6 (8),(9) & (10) Old scar, no bleeding Pipi kiri dan leher kiri 4. P6 (1) & P(2) Old scar about 15cm x 8cm and not tender Belakang badan 5. P6 (3) Minimal abrasion wound Kepala, jam 9 6. P6 (4) & (5) Bald patch, sel rambut telah mati Kepala, jam 6 7. P6 (4) & (5) Old Scar no deformity Kepala, atas 8. P6 (5) Circular old scar over Fossa decubital, well-defined lesion Siku tangan kanan 9. P6 (6) Old scar , well-defined lesion Pergelangan tangan kanan 10. P6 (7) Old scar , well-defined lesion Pergelangan kaki kiri dan kanan 11. Bite mark scar, non tender , ditandakan sebagai “X” Perut 12. Old scar about 6cm x 6cm, ditandakan sebagai “Y” Peha atas kanan 13. Old scar, Belakang badan bawah leher 14. Old scar Belakang badan bawah leher 15. Old scar Belakang badan bawah leher 16. Old scar, minimal scab Atas payu dara kiri 17. Old scar Lengan kiri atas 18. Old scar Lengan kiri atas [67] SP2 juga menyatakan bahawa terdapat kesan luka berbentuk gigitan di bahagian perut Bella. SP2 menjelaskan bahawa kesan luka berbentuk gigitan tersebut terjadi kerana luka akibat digigit oleh seseorang. SP2 mencatatkan kecederaan tersebut di dalam ekshibit P55 (B) sebagai “Bite mark scar, non tender”. Dengan merujuk kepada gambar P6 (11), SP2 telah memberikan keterangan seperti yang berikut: Seterusnya gambar 11 In this, gambar rajah 11 kita boleh lihat kat atas perut dia, atas perut dia, ya, ada there’s a bite mark. Bite mark scar which is not tender. So ini yang I cakap tadi yang if it’s not tender ertinya dia sekarang dah tak rasa sakit. But we can see that it’s like 11 to 12 o’clock from this particular photo. There’s a bite mark over there. Tadi doctor ada sebut pasal bite mark scar tu kan? Ya betul Apa sebenarnya kebarangkalian penyebab bite mark tu? Penyebab? Digigit Digigit? Ya. Yang I cakap dia bite mark scar kerana boleh nampak, how you say, our teeth, our teeth punya well defined teeth punya demarcation kat atas sana So maknanya gigi tu nampak? Tak nampak gigi dia, nampak kesan kena gigit dengan gigi” [68] SP3 merupakan doktor pakar pediatrik yang menganggotai pasukan SCAN. SP3 telah menyediakan Laporan Perubatan terhadap Bella yang bertarikh 6.10.2021 (“ekshibit P65”). Berdasarkan ekshibit P65, SP3 menerangkan bahawa terdapat banyak kesan luka lama pada muka, leher kiri, bahagian belakang, perut dan peha kanan Bella. Kesan luka yang terkini dan masih baru adalah luka yang terdapat pada kedua-dua belah lengan Bella. SP3 juga menyatakan terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa Bella telah didera. [69] SP4 adalah seorang doktor yang bertugas di bahagian Plastik Surgeri dan Rekonstruktif, HKL. SP4 telah membuat pemeriksaan ke atas Bella dan menyatakan bahawa terdapat kesan luka lecur pada kedua-dua bawah lengan Bella dan kesan-kesan parut di seluruh badan Bella. SP4 menjelaskan bahawa kesan-kesan parut tersebut terjadi akibat daripada luka lecuran atau luka terbakar. SP4 seterusnya telah menjelaskan anggaran usia bagi luka-luka yang terdapat di seluruh badan Bella dengan merujuk kepada gambar-gambar dalam P6 (1) hingga (11). SP4 menyatakan bahawa usia parut di bahagian kepala Bella adalah luka yang paling lama, iaitu dalam lingkungan 3, 4 atau 5 bulan. Oleh itu, jelas bahawa jangka masa berlakunya kesemua kecederaan di tubuh Bella adalah sewaktu Bella berada dalam pemeliharaan dan penjagaan OKT. SP4 juga telah menyediakan Laporan Perubatan yang ditandakan sebagai ekshibit P72. [70] SP15 adalah doktor pakar pembedahan plastik yang bertugas di HKL. Pada 26.6.2021, jam lebih kurang 11.00 pagi, SP15 telah membuat pemeriksaan ke atas Bella. SP15 telah merawat luka di kedua-dua belah tangan Bella. SP15 juga telah mencuci luka Bella dan membuat dressing bagi luka-luka yang dialami oleh Bella. Sepanjang SP15 merawat Bella, beliau mendapati bahawa kecederaan yang dialami Bella adalah serius dan luka-luka tersebut mengambil masa untuk sembuh. SP15 selanjutnya menjelaskan bahawa luka di kedua-dua belah tangan Bella adalah luka lecuran tahap "Second Degree Burn". SP15 juga bersetuju bahawa usia luka seperti dalam gambar P6 (1), (4) dan (5) adalah dalam lingkungan 3 ke 4 bulan. SP5 menerangkan bahawa usia luka lecur di kedua-dua lengan bawah tangan Bella adalah 3 minggu. SP15 mengesahkan bahawa luka-luka yang dialami Bella bukan disebabkan oleh kemalangan (non accidental injuries) atau bukan kecederaan yang dibuat sendiri (self-inflicted injuries). [71] Berdasarkan keterangan SP2, SP3, SP4 dan SP15, Laporan Pemeriksaan Mangsa P55 (A) dan (B), Laporan Perubatan P65 dan P72, gambar-gambar kecederaan Bella dalam ekshibit P6 (1) hingga (11) dan juga rakaman ekshibit P149 (A) dan (B), adalah dibuktikan bahawa terdapat luka lecur pada kedua-dua bawah lengan Bella ketika Bella berada dalam jagaan OKT. Berdasarkan keterangan-keterangan dan juga ekshibit-ekshibit tersebut, terdapat kesan dan luka lama pada kepala, muka, leher kiri, bahagian belakang, perut dan peha kanan Bella yang terjadi akibat daripada luka lecuran atau luka terbakar. Lecuran atau luka terbakar yang mengakibatkan parut-parut tersebut juga dapat dbuktikan berlaku ketika Bella dalam jagaan OKT. [72] Dapat juga dibuktikan bahawa kesan tanda bulatan seperti gelang di pergelangan tangan Bella adalah kesan luka akibat diikat dengan kuat (gambar P6 [7]). Selain itu, kesan bulat berbentuk gelang di bahagian siku tangan kanan Bella gambar (P6 [6]) adalah kesan kecederaan kerana diikat dengan ketat. Luka yang mengakibatkan kesan luka dipergelangan tangan dan bahagian siku Bella juga dibuktikan berlaku ketika Bella dalam jagaan OKT. Kecederaan melecur, kesan luka yang terjadi akibat daripada luka lecuran atau luka terbakar dan juga kesan luka akibat diikat adalah menepati tafsiran kecederaan fizikal yang diperuntukkan di bawah seksyen 17(2)(a) AKK 2001. Maka, pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa Bella telah mengalami kecederaan fizikal semasa berada dalam pemeliharaan OKT. Kecederaan Emosi [73] Bagi membuktikan Bella telah mengalami kecederaan emosi semasa berada dalam pemeliharaan OKT, pihak pendakwaan telah memanggil Wan Zuriena binti Wan Ismail ("SP14"). SP14 merupakan jururawat di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah Seremban. SP14 bertugas di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah sejak 8.3.2006 sehingga kini. Bidang Tugas SP14 adalah untuk menjaga hal-hal berkaitan kesihatan dan rawatan bagi penghuni di Taman Sinar Harapan. SP14 mula mengenali Bella sejak Bella mula-mula ditempatkan di Taman Sinar Harapan, pada tahun 2011 dan sehingga kini. SP14 menerangkan bahawa semasa Bella dalam pemerhatian dan jagaannya di Taman Sinar Harapan, Bella adalah seorang kanak-kanak yang ceria, manja dan mudah bergaul. Ketika Bella dihantar ke Taman Sinar Harapan Seremban, umur Bella dalam lingkungan 3 tahun dan Bella amat manja dengan kakitangan Taman Sinar Harapan termasuklah SP14. SP14 melihat dengan dekat tumbesaran Bella dan menyifatkan Bella adalah kanak-kanak Sindrom Down yang cerdik dan pandai berdikari. Bella boleh mandi sendiri, memakai baju sendiri, boleh makan sendiri dan mendirikan solat. [74] Kali terakhir SP14 melihat Bella sebelum diserahkan kepada OKT adalah pada Julai 2020. Pada 14 Julai 2020, Bella telah dibawa ke Mahkamah Seremban untuk melanjutkan perintah pemeliharaan Bella. Namun, pada tarikh tersebut Perintah Pemeliharaan ke atas Bella telah diberikan kepada OKT. SP14 melihat dan berjumpa Bella semula pada 4.7.2021. Pada tarikh tersebut, SP14 bertugas syif petang di Taman Sinar Harapan. Ketika berjumpa Bella, SP14 nampak rambut Bella dipotong pendek, muka berparut, ada kesan parut, dan kedua-dua belah tangan berbalut. SP14 menjelaskan bahawa selepas Bella tinggal semula di Taman Sinar Harapan, beliau ditugaskan untuk mencuci luka di tangan Bella, menyapu ubat dan seterusnya membalut luka-luka tersebut. SP14 juga menerangkan bahawa ketika beliau sedang membuat rondaan pada 4.7.2021, jam lebih kurang 9.00 malam, beliau terdengar seorang kanak-kanak menjerit dan beliau mendapati kanak-kanak yang menjerit tersebut adalah Bella dan kelihatan dalam trauma. SP14 juga mendapati bahawa Bella akan mengigau di waktu malam. Bella juga tidak mesra seperti sebelumnya dan sukar untuk rapat dengan orang lain kecuali dengan orang tertentu sahaja seperti SP14. [75] Semasa SP1 datang ke Kondominium Irama Wangsa pada 24.6.2021, SP1 melihat sendiri kecederaan-kecederaan yang Bella alami. SP1 menerangkan bahawa Bella kelihatan sangat trauma dan beliau cuba menenangkan Bella dengan mengatakan akan membawa Bella berjumpa doktor. Berikut diturunkan keterangan SP1 berkenaan trauma yang Bella alami: ..... Saya bukan sukarelawan yang jumpa Bella sehari dua hari.Kemudian saya tanya Bella apa jadi kat Bella. Bella cakap kena cili, kena jirus air panas, kena ikat. Saya cakap siapa. Dia sebut Syomin, dia sebut Aida Balqies Benon. Saya tanya Ina mama ada buat tak? Dia macam confuse sikit. Benon buat apa? Dia macam confuse sikit so tak nak push. Lepas tu dia senyum dia kata sayang mummy. Saya cakap tak apa mummy ada kat sini, mummy ada dengan Bella. Sebab dia nampak sangat trauma kan budak sindrom down. Saya kata tak apa kita pergi hospital. Nanti doctor periksa Bella. [76] SP5 menyatakan bahawa sejak mula mengenali Bella, beliau adalah seorang kanak-kanak yang pandai berdikari, pandai mengambil hati dan disukai ramai. Namun, selepas duduk dengan OKT, Bella mula berubah menjadi sedih dan kemurungan. SP5 menyatakan perubahan emosi Bella ini mula ketara dan disedarinya semenjak bulan April 2021. SP5 mengesahkan perubahan emosi Bella ini ketika diperiksa balas oleh peguambela seperti yang berikut: Dia tak buat perangai dan tak kacau orang Setuju Sangat, macam mana ayat dia? Ayat Mummy adalah, saya ulang ayat ni lah, ayat pendek kata Bella ni seorang yang sangat disukai ramai, setuju? Setuju Tapi tak lama lepas tu keterangan Yasmin, bila dah duduk dengan Bainun, Bella pun mula berubah. Sedih, kemurungan. Setuju? Setuju Kalau ikut keterangan dia, dia kata, ikut keterangan ni lah, Yasmin, Bella ni mula berubah bulan April. Betul? J : Setuju” [77] SP8 pernah beberapa kali datang dan bermalam di Kondominium Irama Wangsa tersebut. SP8 mengenali perangai dan tingkah laku Bella sejak beliau datang ke kondominium tersebut pada bulan Disember 2020. Menurut SP8, Bella adalah seorang yang ceria dan sentiasa berkomunikasi apabila berjumpa dengannya. SP8 selanjutnya menjelaskan bahawa beliau dapat melihat perubahan tingkah laku dan emosi Bella. SP8 menjelaskan bahawa bermula bulan April 2021, Bella sudah tidak senyum langsung kepadanya, Bella juga sudah tidak berkomunikasi dengan SP8 dan tidak mempunyai hubungan mata (eye contact) dengannya. Berikut diturunkan keterangan SP8 yang menjelaskan tentang perubahan tingkah laku dan emosi Bella: Sepanjang kamu kata kamu dah pergi banyak kali ke rumah tersebut, keadaan Bella maksudnya apa yang Bella pakai? Keadaan Bella ni dia sebab saya pergi daripada bulan 12 sampai lah last saya pergi bulan 6. So dia daripada seorang yang ceria well dress maknanya pakaian dia pun macam, dia selalunya kalau saya nampak dia, dia pakai pakaian rumah lah, maknanya t- shirt dengan seluar sama ada seluar pendek atau seluar panjang. Sebelum pertama kali yang saya nampak dia cedera bulan 5 tu dia ada juga pakai lengan pendek, baju t-shirt lengan pendek. Tapi lepas yang saya dah mula nampak dia cedera pada bulan 5 tu selalunya saya datang memang Bella akan pakai baju lengan panjang. Yang tu saya perasan lah. Lepas tu daripada seorang yang ceria saya nampak dan boleh berkomunikasi dengan saya ada eye contact, towards the end to dah start daripada bulan 4 tu memang dia dah tak ada senyum langsung, dah tak berkomunikasi langsung, dah tak ada eye contact langsung. Memang nampak dia ketakutan lah. Maknanya saya nampak perubahan dia daripada seorang yang ceria dan boleh berkomunikasi kepada seorang yang memang dah tak ada communication langsung dengan sesiapa dalam rumah tu.” [78] SP3 adalah seorang pakar pediatrik, iaitu pakar kanak-kanak. SP3 telah menjalani latihan dalam bidang perubatan remaja. Antara tugas SP3 adalah memeriksa dan merawat pesakit kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan. Setelah menemu bual dan memeriksa keadaan Bella, SP3 menjelaskan bahawa kecederaan-kecederaan yang dialami Bella sememangnya memberi kesan psikologi kepada Bella. Kesan psikologi tersebut melibatkan kesan negatif kepada fungsi mental Bella. Tambahan pula, Bella merupakan kanak-kanak kurang upaya, Sindrom Down, yang tidak dapat memberikan maklum balas yang jelas. Seksyen 17(2)(b) AKK 2001 menerangkan bahawa seorang kanak-kanak boleh mengalami kecederaan emosi sekiranya terdapat gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental. Berikut adalah keterangan SP3 mengenai kesan psikologi kepada Bella: Jadi ada apa-apa lagi yang doctor ingin katakan sebagai kesimpulan atas pemeriksaan terhadap Bella? Kesimpulan yang saya dapat berikan ialah terdapat kemungkinan bahawa kecederaan-kecederaan tersebut tidak nampak seperti kecederaan yang dilakukan sendiri atau dilakukan secara tidak sengaja. Dan kedua, bila dilihat pada kecederaan ini saya sangat bimbang dan risau kerana kecederaan-kecederaan tersebut boleh memberi kesan dari segi psikologi kepada Bella. Dan dia tidak dapat memberikan maklumat secara jelas. Jadi penempatan yang selamat adalah satu tindakan untuk memastikan keselamatan Bella pada masa hadapan.”[Penekanan ditambah] [79] Saksi pakar SP4 telah menjelaskan kesan-kesan parut pada tubuh Bella. Dengan merujuk kepada kecederaan serius di kedua-dua tangan Bella (P6 [8], [9], dan [10]), SP4 menjelaskan bahawa parut daripada kecederaan tersebut bukan hanya setakat luka yang telah tertutup, bahkan Bella akan ada morbidity (unhealthy mental state or attitude), rasa sakit, rasa gatal. Walaupun luka akan kering, ia cenderung untuk luka semula dan menjadi ulser, menyebabkan Bella akan rasa tegang. Kesemua perkara ini akan memberi kesan kepada Bella, termasuk psychological effect. SP4 seterusnya menjelaskan bahawa parut-parut tersebut menyebabkan Bella mengalami ‘recollection of the trauma’, yang bermaksud ingatan trauma. Definisi trauma dalam “Kamus Dewan Edisi Keempat” adalah: Rasa terkejut (terganggu fikiran yang amat sangat) yang meninggalkan kesan yang mendalam, menakutkan dan berpanjangan. Maka adalah jelas bahawa Bella mengalami trauma yang mengganggu fungsi mental dan emosinya. SP4 menerangkan kesan psikologi terhadap Bella seperti yang berikut: Kita dah habis luka. Luka for me is injury. Tetapi doktor juga sebutkan scar iaitu parut. Boleh doktor ceritakan ataupun jelaskan kesan parut pula pada Bella? Kesan parut kalau luka kebakaran itu adalah superficial.......Tapi memang ada kesan yang luka itu sudah sembuh. Cuma dia punya kesan adalah dia akan nampak hypopigmented dengan pigmentation spot.............. Kalau katakan ada parut yang dibuat daripada luka yang lebih dalam like dalam keadaan Bella ini, tengok luka yang di tangan yang ada eschar ataupun keruping tu yang dalam gambar 9, 10 and 8, so bila dia sembuh dia akan sembuh dengan parut. So parut yang scar ini dia bukan hanya setakat luka itu tertutup. Dia akan ada morbidity. Dia akan ada sakit , dia akan rasa gatal, dia akan kering, dia cenderung untuk pecah dan jadi luka lagi, jadi ulcer lagi and dia akan rasa tegang. Kesemua ini akan beri kesan kepada pesakit. And then of course ada psychological effects juga daripada appearance. Ada parut-parut semua ini, ada gangguan sebab tengok parut ini, recollection of the trauma.” [80] Mengenai pembuktian kecederaan emosi, saya merujuk kepada keterangan SP14, SP1, SP5, dan SP8. Keterangan saksi-saksi tersebut menunjukkan bahawa Bella adalah seorang kanak-kanak yang ceria, berdikari dan mudah mesra dan mudah bergaul dengan orang lain. Namun, semasa dalam jagaan OKT, dan selepas berlaku beberapa insiden seperti yang dijelaskan oleh saksi-saksi tersebut, Bella kemudiannya bertukar menjadi seorang kanak-kanak yang berada dalam keadaan trauma, selalu mengigau di waktu malam, sukar bergaul dengan orang lain, sentiasa sedih, kemurungan, tidak mahu berkomunikasi dengan orang lain dan sentiasa dalam ketakutan. Perubahan tingkah laku tersebut dan gangguan emosi yang dihadapi oleh Bella adalah menepati tafsiran kecederaan emosi yang diperuntukkan di bawah seksyen 17(2)(b) AKK 2001. [81] Saksi-saksi pakar yang terdiri daripada SP3 dan SP4 pula menerangkan bahawa kecederaan-kecederaan yang dialami Bella memberi kesan psikologi kepada Bella. Kesan psikologi tersebut melibatkan kesan negatif kepada fungsi mental Bella. Saksi-saksi pakar tersebut juga menjelaskan bahawa Bella mengalami trauma yang mengganggu fungsi mental dan emosinya. Kesan psikologi yang mengganggu fungsi mental dan emosi Bella juga menepati tafsiran kecederaan emosi yang diperuntukkan di bawah seksyen 17(2)(b) AKK 2001. Oleh itu, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa Bella telah mengalami kecederaan emosi semasa berada dalam pemeliharaan OKT. Maka, adalah menjadi dapatan saya, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen (iii) ini bagi kedua-dua pertuduhan. [82] Saya telah menjelaskan dapatan-dapatan saya berkaitan elemen (i), (ii) dan (iii) bagi kedua-dua pertuduhan. Dapatan seterusnya pula adalah berkaitan dengan elemen (iv) bagi pertuduhan pertama dan juga pertuduhan kedua. Dalam pertuduhan pertama, OKT dituduh mengabaikan mangsa sehingga menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi. Oleh itu Elemen (iv) yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan adalah: Elemen (iv) [bagi Pertuduhan Pertama]: ОКТ telah mengabaikan Bella iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi [83] Dalam kes Pendakwa Raya v Rudiana Binti Razali [2019] 1 LNS 1198, Mahkamah Tinggi telah menjelaskan bahawa mengabaikan bermaksud: "neglect, pay insufficient or no attention to or fail to take proper care" iaitu cuai / lalai atau kurang memberikan perhatian atau tiada perhatian atau gagal menjaga dengan baik. Saya juga merujuk kepada artikel yang bertajuk: “Kecuaian dan Pengabaian Kanak-kanak oleh Ibu Bapa: Kedudukannya di Bawah AKK 2001 dan Prinsip Syariah (2015) 19 JUUM 37 – 49”. Dalam artikel tersebut, penulis menjelaskan maksud menganiayai dan mengabaikan dalam seksyen 31(1)(a) AKK 2001 adalah seperti yang berikut: “Merujuk peruntukan ini, menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan merupakan jenis-jenis perbuatan berbeza. Walau bagaimanapun, keempat-empat jenis perbuatan ini dapat dijelaskan seperti berikut, menganiayai merupakan satu perbuatan yang dilakukan dengan cara menindas, menyeksa atau menyakiti seseorang dengan cara yang zalim. Manakala mengabaikan dapat dijelaskan sebagai satu perbuatan seseorang yang tidak memberikan perhatian tanpa mengendahkan tanggungjawab ke atasnya.” [Penekanan ditambah] [84] Pertuduhan Pertama menyatakan ОКТ telah mengabaikan Bella iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi. Pengabaian dalam konteks pertuduhan pertama ini merujuk kepada tindakan OKT yang lalai, membiarkan, tidak mengendahkan dan tidak memberikan perhatian kepada keadaan Bella sehingga Bella mengalami kecederaan fizikal dan seterusnya kecederaan emosi. Dalam membuktikan pertuduhan pengabaian terhadap OKT ini, saya berpendapat niat OKT untuk menyebabkan kecederaan kepada Bella bukanlah menjadi intipati kesalahan yang perlu dibuktikan. Ini bermakna, jika OKT tidak berniat untuk mendatangkan kecederaan kepada Bella sekalipun, namun, jika tindakan pengabaian OKT itu telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan mental, maka OKT telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 31(1)(a) AKK 2001 tersebut. [85] Untuk mensabitkan OKT dengan pertuduhan pertama ini, tiada keperluan untuk saya memutuskan bahawa OKT yang telah mencederakan Bella. Adalah memadai untuk saya dapati bahawa Bella telah mengalami kecederaan-kecederaan tersebut ketika Bella dalam pemeliharaan OKT, dan kecederaan tersebut berlaku akibat daripada pengabaian OKT. Namun, dalam kes ini, saya berpendapat adalah perlu untuk saya kenal pasti apakah kecederaan yang dilakukan oleh OKT dan apakah kecederaan yang dilakukan oleh orang lain (atau kecederaan yang diakibatkan oleh perkara lain). Ini adalah kerana OKT dituduh dengan dua pertuduhan. Pertuduhan kedua yang melibatkan penganiayaan memerlukan saya untuk membuat dapatan positif kecederaan manakah yang telah dilakukan oleh OKT. Sekiranya kecederaan tersebut dilakukan oleh OKT, sewajarnya OKT dituduh dengan penganiayaan dan bukannya pengabaian. Adalah tidak wajar untuk OKT dituduh mengabaikan dan dalam masa yang sama OKT juga dituduh dengan pertuduhan menganiayai bagi kecederaan yang sama. Maka, bagi pertuduhan pertama yang melibatkan elemen pengabaian, saya terlebih dahulu akan menentukan kecederaan manakah yang dilakukan oleh orang lain (atau kecederaan yang diakibatkan oleh perkara lain). [86] Bagi kecederaan yang berkaitan dengan pertuduhan mengabaikan, saya dapati terdapat kecederaan Bella yang tidak dilakukan oleh OKT. Kecederaan tersebut adalah kecederaan di pergelangan tangan Bella, kedua-dua pergelangan kaki Bella dan juga kecederaan di bahagian siku Bella. Kecederaan-kecederaan tersebut berlaku akibat diikat dengan kuat. SP5 telah mengakui bahawa beliau dan Aida yang telah mengikat Bella sehingga tangan Bella menjadi bengkak dan cedera. SP5 mengakui beliau pernah mengikat Bella lebih daripada 5 kali. Kecederaan Bella akibat diikat oleh SP5 dan Aida telah disahkan dan diterangkan oleh SP2 dengan merujuk kepada gambar-gambar kecederaan akibat ikatan dalam ekshibit P6 (6) dan P6 (7) dan P6 (11). Kecederaan-kecederaan akibat diikat dengan kuat tersebut berlaku semasa Bella dalam jagaan OKT. [87] Selain daripada kecederaan akibat diikat tersebut, terdapat satu lagi kecederaan yang tidak dilakukan oleh OKT, iaitu kecederaan akibat gigitan di perut Bella. Saya dapati, kecederaan ini terjadi kerana bahagian perut Bella telah digigit oleh SP5. Dapatan saya ini adalah berdasarkan kepada pengakuan SP5 sendiri yang mengatakan bahawa beliau yang telah mengigit Bella. Kecederaan Bella akibat digigit oleh SP5 telah disahkan oleh pendapat pakar iaitu, SP2. Dengan merujuk kepada gambar-gambar kecederaan Bella, P6 (11), SP2 menjelaskan bahawa kesan gigitan di perut Bella adalah kecederaan akibat gigitan seseorang. Pengakuan SP5 melalui keterangannya telah direkodkan seperti yang berikut: Semalam Yasmin dah cerita apa kejadian berlaku pada Bella. Jadi hari ini kita teruskan. Semalam ada satu gambar, ada gambar kecederaan yang kita tunjuk pada Yasmin, Yasmin ada cerita dekat gambar no 11 ada kesan Yasmin kata kena gigit dekat perut Ya betul Boleh tak kita nak minta Yasmin cuba cerita tentang kejadian kena gigit ni? Gambar no 11 yang kesan gigit di perut Bella, saya gigit atas arahan Siti Bainun kerana Bella tak dengar cakap Siti Bainun sebab Bella diarahkan berdiri tapi Bella nak duduk. So Siti Bainun geram Siti Bainun arahkan saya supaya saya buat apa yang boleh buat. Seperti biasa Siti Bainun arahkan ambil syringe, ambil air panas bagi dekat badan Bella. Tapi Bella menggelupur tapi ketika itu Bella tak rasa sakit. Siti Bainun jadi marah jadi Siti Bainun suruh arahkan saya untuk gigit perut Bella.” [88] Kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Bella akibat diikat oleh SP5 dan Aida, dan juga kecederaan akibat digigit oleh SP5 telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan sebagaimana diterangkan dalam isu mengenai pembuktian elemen (iii) di atas. Seterusnya, adalah tidak dapat disangkal bahawa lanjutan daripada kecederaan-kecederaan yang terjadi akibat daripada pengabaian OKT, Bella juga telah mengalami kecederaan emosi. [89] Berdasarkan keterangan SP2 dan SP5, dapat dibuktikan bahawa kecederaan akibat diikat oleh SP5 bersama Aida, dan kecederaan akibat digigit oleh SP5 tersebut terjadi semasa Bella di bawah pemeliharaan dan penjagaan OKT. OKT jelas lalai, membiarkan, tidak mengendahkan dan tidak memberikan perhatian kepada keadaan Bella, malahan merelakan dan menggalakkan Bella dicederakan oleh SP5, sehingga menyebabkan Bella mengalami kecederaan-kecederaan tersebut dan seterusnya mengalami kecederaan emosi. Justeru, saya mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen (iv) bagi pertuduhan pertama, bahawa ОКТ telah mengabaikan Bella iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi. [90] Memandangkan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan dan memenuhi elemen-elemen pertuduhan pertama, iaitu pertuduhan mengabaikan, saya dengan ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu prima facie kes bagi pertuduhan pertama terhadap OKT. [91] Kembali kepada pertuduhan kedua, persoalan terakhir yang perlu saya putuskan adalah, sama ada Elemen (iv) bagi pertuduhan kedua dapat dipenuhi oleh pihak pendakwaan? Elemen ke (iv) di bawah pertuduhan kedua adalah seperti yang berikut: Elemen (iv) [Pertuduhan kedua]: OKT telah menganiaya mangsa dengan menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi tersebut. [92] Dalam kes Pendakwa Raya v Rudiana Binti Razali (supra), Mahkamah Tinggi telah menjelaskan bahawa menganiaya bermaksud: "maltreatment (penganiayaan), abuse (dera) atau torture (seksa). Untuk elemen ini dipenuhi, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa OKT yang telah mendera atau menyeksa mangsa Bella hingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi tersebut. [93] Merujuk kepada elemen (iii), kecederaan-kecederaan pada tubuh Bella yang telah dibuktikan adalah luka lecur pada kedua-dua bawah lengan Bella dan juga parut-parut lama akibat kecederaan. Adalah dibuktikan juga bahawa luka lecur pada kedua-dua bawah lengan Bella dan kecederaan yang mengakibatkan parut-parut di tubuh Bella telah berlaku semasa Bella berada di bawah pemeliharaan OKT. Kecederaan-kecederaan tersebut telah diterangkan dan disahkan oleh saksi-saksi pakar SP2, SP3, SP4 dan SP15. Berdasarkan catatan SP2 di Lampiran D, ekshibit P55 (B), terdapat lebih kurang 18 kecederaan dan parut akibat kecederaan yang terdapat di tubuh Bella. Selaras dengan kecederaan fizikal dan emosi yang telah dibuktikan (dalam elemen [iii]), maka dalam memutuskan sama ada elemen (iv) bagi pertuduhan kedua ini dapat dibuktikan atau sebaliknya, saya akan meneliti dan seterusnya membuat dapatan berdasarkan ruang lingkup keterangan yang relevan dengan kecederaan-kecederaan fizikal yang telah dibuktikan. [94] Untuk membuktikan bahawa OKT telah menganiayai dan mendera Bella hingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi tersebut, pihak pendakwaan telah memanggil SP5 untuk memberikan keterangan. SP5 adalah saksi mata yang mendakwa telah melihat kejadian penganiayaan terhadap Bella. SP5 merupakan salah seorang penghuni di Kondominium Irama Wangsa tersebut semenjak sekitar bulan Februari dan Mac 2021. SP5 berumur 18 tahun semasa tinggal di Kondominium Irama Wangsa tersebut. [95] SP5 menjelaskan bahawa luka-luka di badan Bella adalah disebabkan oleh air panas yang disimbah oleh OKT. SP5 menerangkan bahawa kejadian pertama OKT menyimbah air panas ke badan Bella adalah disebabkan Bella tidak mahu makan. Pada waktu itu, SP5 telah memegang badan Bella, OKT telah mengambil air panas dari mesin penapis air Cuckoo dan kemudian menyimbah air panas tersebut ke badan Bella menggunakan cawan. Berikut diturunkan keterangan SP5 yang berkaitan: Lepas tu bila Cik masukkan air panas dalam cawan IKEA lepas dia buat macam mana? Cik arahkan saya untuk pegag Bella untuk bagi air panas tu dekat badan Bella. Di badan Bella bahagian mana yang dia sempat Maksud Yasmin bahagian mana dia sempat tu, cuba Yasmin? Maksud saya, saya pegang Bella ikut arahan Cik. Saya pegang, kalau Bella mengelakkan diri dia Cik terus bagi air panas tu dekat badan Bella. Kalau kena tangan kena tangan, kalau kena belakang kena belakang. Tadi Yasmin sebut bahagian tangan. Boleh Yasmin cerita macam mana dia bagi air panas tu? Cik ambil cawan IKEA, Cik ambil dekat Cuckoo, Cik ambil air panas, dia terus bagi dekat Bella. Terus bagi tu macam mana? Simbah dekat badan Bella terus” [96] SP5 menerangkan bahawa insiden OKT menyimbah air panas ke badan Bella berlaku beberapa kali, bukan sahaja menggunakan cawan, malahan OKT juga menggunakan picagari untuk pancutkan air panas ke badan Bella. Kejadian kedua yang menyebabkan Bella dipancut dengan air panas adalah kerana Bella telah membuang air besar di bilik dobi. Berikut adalah keterangan SP5 berkaitan penganiayaan tersebut: Boleh Yasmin cerita kejadian ke-2 pula? Ataupun kejadian lain yang Yasmin ingat? Kejadian yang lain saya ingat Tentang air panas ya? Ya Okay cuba Yasmin cerita? Di ruang tamu Bella kena ikat kaki dengan tangan sebab Bella berak dekat laundry. Cik suruh saya, Cik arahkan saya, Aida ikat kaki dengan dengan tangan dia dan ambil air panas menggunakan Sekejap Yasmin. Tadi Cik suruh siapa? Saya, Aida dan Balqies ambilkan cawan IKEA. Lepas tu ambil isi air panas. Dan masa yang sama isi air panas dalam syringe juga dan beri kepada Bella tanpa henti Beri tu apa maksudnya? Simbah dekat badan Bella. Tak kisah di bahagian mana sekalipun. Ketika itu Bella dibogelkan Bahagian badan yang mana? Depan belakang, kira seluruh badan Bella Seluruh badan ya? Ya Siapa yang simbah tadi ni? Cik Cik ni siapa? Siti Bainun [97] SP5 selanjutnya menerangkan bahawa selain disimbah dengan air panas, Bella juga pernah ditekap dengan kuali panas di pehanya. Kejadian ini berlaku apabila OKT marah atas perbuatan Bella yang telah minum air vitagen kepunyaan Noor Marliana binti Ramlee tanpa kebenaran. SP5 telah menjelaskan bahawa kesan kecederaan akibat ditekap dengan kuali panas adalah seperti dalam gambar ekshibit P6 (11). SP5 telah menandakan tempat kecederaan akibat ditekap kuali panas tersebut dengan tandaan “Y”. Keterangan SP5 berkenaan Bella ditekap dengan kuali panas secara verbatim adalah seperti yang berikut: Cuba Yasmin cerita Bella minum air Vitagen Kak Ina. Selepas tu Cik dapat tahu Cik ambil air panas, Cik arahkan saya sendiri ambil air panas dekat Cuckoo dan saya bagi air panas tu dekat Cik, Cik bagi dekat Bella. Dan terus Cik ambil kuali panas yang kecil baru lepas goreng telur dadar letak dekat peha Bella” [98] SP2 menjelaskan bahawa semasa kali pertama berjumpa Bella, terdapat banyak luka-luka di badan mangsa serta “burn wounds” dan “multiple scar” serta “patches here and there”. Memandangkan tiada rawatan atau lambat dalam mendapatkan rawatan bagi kecederaan-kecederaan Bella, maka SP2 menjelaskan bahawa kecederaan-kecederaan tersebut adalah “suspected non accidental injury” (NAI). SP2 menerangkan bahawa kesan luka di peha Bella yang ditandakan sebagai “Y” dalam gambar P6 (11) adalah kerana ditekan dengan objek yang sangat panas. Saya memetik kata-kata SP2: “An extremely hot object would have been pressed on that particular place”. Maka, keterangan SP2 adalah selaras dan bertepatan dengan keterangan bahawa kecederaan di peha Bella tersebut akibat ditekap dengan objek (kuali) yang sangat panas. SP2 menyimpulkan bahawa kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Bella adalah akibat penderaan secara fizikal dan juga bukannya kecederaan yang dilakukan sendiri. Maka dapatan SP2 jelas menyokong keterangan SP5 berkaitan penderaan yang dilakukan oleh OKT terhadap Bella. Keterangan SP2 berkaitan kecederaan akibat penderaan adalah seperti yang berikut: Baik, berdasarkan kecederaan-kecederaan yang doktor dah sebutkan tadi, apa yang boleh doktor simpulkan? So base on my experience working in emergency department and I, base on the courses I went for, base on what I’ve thought and what I’ve discussed with my specialist, I could say that this is a non accidental injury Can you explain further? Which means it’s a physical abuse which is not self-inflicted” [99] SP3 adalah seorang pakar pediatrik atau pakar kanak-kanak yang telah berkhidmat lebih 20 tahun dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Setelah membuat pemeriksaan terhadap Bella, beliau mendapati luka-luka pada badan Bella terjadi dalam pelbagai peringkat dan berlaku dalam jangka masa yang berbeza (different stages of wound). SP3 seterusnya menerangkan bahawa kecederaan itu berlaku beberapa kali dan dalam peringkat-peringkat masa yang berbeza. Penjelasan SP3 berkaitan kecederaan Bella terjadi dalam jangka masa berbeza mengesahkan keterangan SP5 bahawa insiden OKT menyimbah air panas ke badan Bella berlaku beberapa kali, dan dalam jangka masa berbeza. [100] Selepas memeriksa Bella, SP3 mengesyaki terdapat unsur penderaan yang kuat apabila melihat keadaan tubuh badan Bella. Dapatan SP3 bahawa kecederaan Bella adalah akibat penderaan jelas menyokong keterangan SP5 bahawa Bella telah didera oleh OKT. Keterangan SP3 yang relevan adalah seperti berikut:- Tadi doktor ada katakan yang doktor merasakan terdapat unsur-unsur penderaan. Boleh jelaskan? Ada beberapa ciri-ciri yang terdapat dalam hasil pemeriksaan yang memberikan saya mengesyaki bahawa terdapat unsur-unsur penderaan. Yang pertamanya terdapat kesan-kesan luka dan kecederaan yang sangat ketara tapi pesakit hadir ke hospital atas tujuan covid-19. Sekiranya covid-19 tidak menjadi isunya, maka pesakit tidak dapat hadir untuk mendapatkan rawatan untuk kecederaan yang sangat teruk. Itu satu. Kedua, kecederaan-kecederaan tersebut tidak dapat dilakukan oleh pesakit sendiri kerana ini boleh menyebabkan kesakitan yang sangat teruk untuk dihadapi oleh pesakit. Kerana kecederaan dalam bahagian kulit atau bahagian badan disebabkan kita manusia yang ada sakit, secara semulajadi secara refleksnya apabila terkena benda panas atau cecair atau benda yang kita tak selesa dan menyebabkan kesakitan, kita akan menjauhkan diri kita daripada kesakitan atau punca yang menyebabkan kecederaan. Bagi kes Bella terdapat kecederaan luka yang mustahil bagi Bella untuk meneruskan atau nak menyerahkan dirinya untuk dicederakan sebegitu sekali atas sebabkan diri sendiri. So besar kemungkinan ini adalah kecederaan-kecederaan yang dilakukan dengan sengaja dan bukan satu, besar kemungkinan kecederaan tersebut tidak konsisten dengan kemalangan atau tidak disengajakan. Satu lagi perkara yang dilihat adalah kecederaan berlaku di kedua-dua belah tangan. Sekiranya itu adalah satu kemalangan maka dia mungkin berlaku sebahagian daripada tangan dan tidak berlaku di kedua-dua belah tangan. Sebelah tangan tidak akan mencederakan tangan yang satu lagi. Kalau kita fikir dari segi mekanisma-mekanisma, kemungkinan-kemungkinan berlakunya kecederaan. Dan satu lagi yang dilihat ialah terdapat pelbagai peringkat kecederaan dalam usia yang berbeza yang memberi maklumat bahawa terdapat kecederaan yang berlaku berulang kali. Sekiranya kecederaan tersebut adalah disebabkan kemalangan maka kemalangan tersebut berlaku sekali dan tidak berlaku berulang-ulang kali. Jadi disebabkan pelbagai usia kecederaan maka kecederaan yang berulang kali besar kemungkinan tidak disebabkan oleh unsur-unsur kemalangan. Menyedari semua hakikat ini dan faktor-faktor yang saya sebut sebentar tadi, saya sangat mengesyaki terdapat unsur penderaan yang sangat kuat. Dan saya sebagai pakar kanak-kanak saya ingin memastikan keselamatan serta kesihatan pesakit Bella terjamin. Tindakan saya ialah saya telah menghubungi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat siasatan dan penyeliaan untuk penempatan Bella” [101] SP4 juga menerangkan bahawa kecederaan-kecederaan Bella tidak mungkin disebabkan oleh satu insiden atau satu penyebab (one possible cause) kerana terdapat pelbagai kecederaan dan parut yang pelbagai jenis dan ia tidak konsisten dengan satu punca atau penyebab. SP4 juga menegaskan bahawa corak kecederaan Bella tidak menunjukkan seperti terkena air panas yang meleleh atau mengalir ke bawah. Selain itu, kecederaan-kecederaan tersebut berlaku pada masa berlainan. Penjelasan SP4 ini jelas menyokong keterangan SP5 bahawa Bella telah beberapa kali disimbah air panas dengan menggunakan cawan oleh OKT, Bella telah beberapa kali dipancut dengan air panas menggunakan picagari oleh OKT dan peha Bella telah ditekap dengan kuali panas oleh OKT. Keterangan SP4 mengenai perkara ini adalah seperti berikut: Nanti kita akan ke sana. Sekarang kita masih lagi pada hari kejadian dan doktor menghabiskan masa 2-3 jam buat pemeriksaan dan memberi rawatan kepada Bella. Apakah luka jenis ataupun luka parut dan scar yang doctor nampak pada masa itu? Bella punya luka itu from apa yang saya nampak adalah yang usually bila kami bagi diagnosis pada masa itu kami akan tulis diagnosis untuk open wound. So Bella punya luka masa itu adalah 1.5%. Tapi itu adalah open wound. Tapi luka-luka kelecuran ataupun bakar yang lain tu adalah lagi besar daripada 1.5%. Yang berada di badan dengan lengan and also dekat muka and leher. Memang ada banyak luka and dia tidak konsisten dengan one possible cause. ............Because dalam keadaan dia, dia punya pattern luka itu adalah bukan macam nampak macam air panas yang meleleh ke bawah. And then dia bukan hanya melibatkan satu lengan, dia melibatkan dua lengan. And then dia juga melibatkan dia punya belakang. Dia punya luka yang sudah sembuh itu adalah di belakang. And also menunjukkan yang dia adalah berlaku pada mungkin masa yang berlainan. Because dia punya some of tempat yang dah sembuh itu dia nampak macam sudah matang, some parts nampak macam masih merah, not matang. Which means more recent baru dia sembuh.” [102] SP15 telah berkhidmat sebagai doktor pakar bedah plastik lebih 23 tahun. Berdasarkan kepakarannya, SP15 menjelaskan bahawa kecederaan di kedua-dua lengan bawah Bella adalah “second degree burn” atau “partial thickness burn”. SP15 menjelaskan bahawa tahap kelecuran adalah bergantung kepada suhu dan tempoh masa luka tersebut terdedah kepada suhu tersebut (“severity of the burn depends on the temperature and time of exposure”). SP15 menerangkan bahawa luka lecuran boleh disebabkan oleh air panas yang dikeluarkan daripada penapis air seperti jenama Coway dan Cuckoo. Maka, penjelasan SP15 ini menyokong keterangan SP5 yang mengatakan, antara lainnnya, luka-luka lecur di badan Bella adalah akibat disimbah dengan air panas yang diambil dari penapis air jenama Cuckoo. Berikut adalah keterangan SP15 yang berkaitan: Jadi Dr menyebut tadi 45 degree of celcius. Jadi maksud Dr 45 degree celcius ini adalah tahap yang tinggi atau macam mana? Kalau dia dibiarkan lama, kalau patient tu pengsan kena sawan ke lepastu air meleleh lama, 45 tu panas akan dapat burn jugak lah. Tapi kalau kata acutely macam splash ke tertumpah ke, mesti lagi boiling water lebih daripada 60. Tahap kepanasan yang macam mana ni Dr maksudkan? Lebih 60. Tahap kepanasan yang boleh menyebabkan kelecuran ni? Air yang daripada cerek baru masak do, gas stove tu panas, air yang simpan dekat dalam flask pun panas.Lepas tu air yang dekat Coway tu pun Cuckoo tu pun, tak patut bagi jenama lah tapi air yang dari mesin tu pun panas. Water dispenser maksud Dr? Ya water dispenser. Tapi saya tak tahu nak kata temperature dia berapa dari sana. Saya pun takde benda tu. Baik Dr, tahap minimum untuk dapat melecur ni. Tahap yang minimum, berapa degree Dr? Yang boleh dapat kelecuran ini. Itu yang saya cakap tu. Kita tak boleh kata tepat even kalau ada paper kita baca ada study pun, its always ada time versus apa temperature. Takde kata one thing, oh that temperature that time, mesti burn. Tak. Temperature lain tapi time lain pun burn juga.” [113] Mahkamah ini mendapati bahawa penilaian secara maksimum telah dilakukan oleh HMS yang bijaksana terhadap saksi-saksi pendakwaan iaitu saksi-saksi perubatan dan saksi mata SP5. Keterangan SP5 telah disokong oleh saksi-saksi perubatan SP2, SP3, SP4 dan SP15 yang telah memeriksa mangsa dan SP5 tidak boleh dikatakan telah mereka-reka keterangannya. HMS dalam penemuannya mendapati seperti berikut: “[121] Berdasarkan keterangan terus (direct evidence) oleh saksi mata SP5, yang telah disokong oleh keterangan saksi-saksi pakar, SP2, SP3, SP4 dan SP15, adalah menjadi dapatan saya bahawa OKT telah menganiaya mangsa dengan menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi tersebut. Keterangan Bella juga menyokong keterangan SP5 terutamanya keterangan mengenai kecederaan lecur di kedua-dua lengan bawah Bella. Bella sendiri dengan jelas menyatakan bahawa kecederaan-kecederaan di lengannya adalah disebabkan oleh OKT dengan menggunakan air panas. Maka, saya memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan elemen (iv) bagi pertuduhan kedua ini.” [114] HMS yang bijaksana tidak terkhilaf dalam dapatannya dan mahkamah ini mendapati bahawa berdasarkan keseluruhan keterangan-keterangan yang dikemukakan, ‘the irresistible inference” menjuruskan kepada Perayu dan Perayu lah orang yang telah menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi mangsa. [115] Mahkamah ini juga bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa keterangan SD8 hanyalah merupakan pendapat dalam bentuk komen ke atas laporan perubatan yang telah dibuat oleh seorang pakar yang telah membuat pemeriksaan dan pemerhatian ke atas mangsa. Keterangan SD8 tidak boleh menyangkal atau mengakas atau pun menimbulkan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan bahawa mangsa telah diabaikan dan dianiaya oleh Perayu dan saksi-saksi perubatan dan saksi-saksi pakar yang telah melihat dan memeriksa mangsa yang mengesahkan bahawa kecederaan-kecederaan yang dialami oleh mangsa bukan terhasil dari satu insiden sahaja. Malahan, SD8 menyokong keterangan SP14 bahawa SP18 mengalami gangguan emosi seperti dalam keterangannya: “S (Mah): Sebelum mahkamah melepaskan saksi, saya merujuk kepada soalan yang dikemukakan oleh TPR berkaitan dengan situasi di mana penjaga telah bertukar dan kembali kepada penjaga asal. Saya rujuk kepada beberapa kejadian berlaku. Doktor kata bukan PTSD kan, tapi dalam bidang psikologi dipanggil apa tu, emosi yang… Actually, kita gunakan benda yang sama sebab psikologi and psychiatrist tidak ada redundancy cuma the psychiatry buat the medical part, more on the prescription ubat. S (Mah): So kita panggil apa dari segi masalah yang tidak dapat tidur malam, dia takut dengan orang, gangguan emosi ke. It could be gangguan emosi, it can be acute stress problem, dia banyak, banyak kategori.” [116] Adalah penting untuk meneliti maksud atau definisi kecederaan emosi yang dinyatakan di bawah seksyen 17 (2) AKK iaitu: “17 (2) Bagi maksud Bahagian ini, seseorang kanak-kanak – (a) (b) dicederakan dari segi emosi jika ada gangguan yang substantial dan boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu yang didalilkan dengan antara lain, kecelaruan mental atau tingkah laku, termasuk keresahan, kemurungan, penyedirian, kelangsangan atau perkembangan lambat:” [117] Adalah jelas post traumatic stress disorder atau gangguan stress pasca trauma tidak termasuk dalam takrifan kecederaan emosi di bawah AKK. [118] Justeru penilaian oleh HMS ke atas keterangan SP14 yang jelas menyatakan bahawa beliau mendapati SP18 semasa dihantar semula ke Taman Sinar Harapan telah menjerit di tengah malam menunjukkan SP18 telah mengalami kecederaan emosi yang telah disokong oleh keterangan saksi pembelaan iaitu SD8. Mahkamah ini juga mendapati HMS tidak terkhilaf dalam dapatannya apabila beliau memutuskan seperti berikut: “[178] Pertama, saya akan merujuk kepada keterangan OKT yang menafikan bahawa Bella mengalami kecederaan emosi. Di akhir kes pendakwaan, saya telah memutuskan bahawa keterangan SP1, SP3, SP4, SP5, SP8 dan SP14 telah berjaya membuktikan Bella mengalami kecederaan emosi akibat daripada insiden-insiden yang berlaku semasa beliau dipelihara oleh OKT. Dalam peringkat kes pembelaan, pihak OKT telah memanggil Dr. Abdul Rahman bin Ahmad Badayai (SD8) untuk menyangkal keterangan-keterangan yang menunjukkan bahawa Bella telah mengalami kecederaan emosi. Dengan merujuk kepada keterangan SP14, SD8 berpendapat bahawa dengan satu insiden Bella mengigau, Bella tidak boleh dikatakan telah menderita Post-traumatic stress disorder (PTSD) atau gangguan stres pasca trauma. Ini kerana simptom PTSD memerlukan tempoh pemerhatian minimum selama sebulan, sebelum seseorang boleh disahkan mendapat PTSD. [179] Setelah meneliti keterangan SD8, saya mendapati masalah tidak dapat tidur malam, termasuk simptom yang dialami Bella seperti mengigau dan menjerit semasa waktu tidur, walaupun bukan PTSD, tetapi ia boleh dikategorikan sebagai kecederaan emosi. Ini kerana, menurut SD8, iaitu saksi pihak pembelaan sendiri, PTSD adalah kemuncak kecederaan emosi. Justeru, adalah selamat dan tepat untuk saya memutuskan bahawa Bella juga telah mengalami kecederaan emosi akibat daripada apa yang berlaku semasa beliau dipelihara oleh OKT. Saya juga telah memutuskan bahawa kecederaan emosi tersebut, sebagaimana yang telah diterangkan oleh SP1, SP3, SP4 SP5, SP8 dan SP14, adalah menepati tafsiran kecederaan emosi di bawah seksyen 17(2)(b) Akta Kanak-Kanak 2001. Oleh itu, keterangan pihak pendakwaan yang menunjukkan Bella mengalami kecederaan emosi masih kekal utuh (“intact”) dan tidak tergugat dengan keterangan pihak pembelaan.” [119] Mahkamah ini berpuas hati bahawa HMS telahpun membuat dapatan fakta dan penemuan yang betul dan relevan. Mahkamah ini juga mendapati pihak Responden/Pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua elemen-elemen bagi pertuduhan kedua. HMS tidak terkhilaf apabila mendapati satu kes prima facie telahpun dibuktikan terhadap Perayu di akhir kes pendakwaan. 3. Kredibiliti SP5 dan SP8 [120] Terdapat lebih kurang 13 alasan yang bertindih yang telah dikemukakan oleh pihak Perayu dalam petisyen rayuannya berkaitan kredibiliti SP5 dan SP8. SP5 dan SP8 dikatakan telah mereka-reka, menokok tambah, tidak bercakap benar di mahkamah dan keterangan mereka tidak disokong. [121] Telah menjadi menjadi undang-undang yang mantap bahawa pendekatan yang perlu diambil oleh mahkamah yang mendengar rayuan apabila berhadapan dengan penilaian kredibiliti saksi oleh Hakim bicara, ianya adalah “prerogative” Hakim bicara yang telah melihat “demeanour” dan mendengar saksi-saksi semasa memberi keterangan di mahkamah. Kelebihan audio visual ini tidak ada pada Hakim yang mendengar rayuan. Maka mahkamah yang mendengar rayuan tidak wajar mengusik dapatan Hakim Bicara kecuali terdapat alasan yang substantif dan memaksa mahkamah yang mendengar rayuan mengusik dapatan Hakim bicara tersebut. (lihat keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Lee Ah Seng & Anor v PP [2007] 5 CLJ 1] [122] Mahkamah ini mendapati HMS telah membuat penilaian mengenai kredibiliti SP5 seperti berikut: “Kredibiliti SP5 (Yasmin Nahar binti Mahmood) [103] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa keseluruhan kes terhadap OKT di bawah pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua hanya bergantung sepenuhnya kepada circumstantial evidence. Kecuali keterangan daripada SP5 yang merupakan seorang interested witness dan tidak boleh dipercayai, tiada mana-mana saksi pernah melihat kejadian SP18 disimbah air panas oleh OKT. [104] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa kredibiliti SP5 sebagai seorang saksi boleh dipertikai disebabkan keterangan yang tidak konsisten ketika pemeriksaan dijalankan. SP5 juga sering memasukkan watak dan fakta yang baru. Sebagai satu-satunya saksi mata yang berada di tempat kejadian pada setiap masa dan menyaksikan kesemua kejadian penganiayaan yang dilakukan oleh OKT maka pihak pembelaan memohon, seperti mana di dalam kes PP v Noor Hesham Bn Hamid [2022] 1 LNS 2107, agar Mahkamah meneliti dengan cermat keterangan SP5. [105] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa SP5 merupakan saksi yang kredibel. Dengan merujuk kepada kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP [2002] 3 CLJ 457, pihak pendakwaan menghujahkan, dalam menilai keterangan saksi-saksi pendakwaan, Mahkamah hendaklah melihat perkara yang tidak konsisten tersebut dan menentukan sama ada ianya “contradiction” atau pun hanya “discrepancies”. [106] Pihak pendakwaan juga menghujahkan bahawa keterangan saksi pendakwaan, SP5, yang tidak konsisten hanyalah berkaitan perkara-perkara yang “minor” dan tidak “material” untuk membuktikan elemen pertuduhan. Berdasarkan kes Muniandy & Ors v PP [1966] 1 MLJ 257, Mahkamah perlu memberikan pertimbangan utama terhadap “the inherent probability of a fact in issue”. Bagi kes ini, seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, “fact in issue” adalah sama ada OKT melakukan pengabaian dan penganiayaan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi kepada Bella. [107] Adalah menjadi tugas saya untuk membuat penilaian maksimum (maximum or positive evaluation) terhadap semua keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan di Mahkamah termasuk berkaitan dengan kebolehpercayaan (credibility) saksi-saksi. Pertamanya, saya bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa, sekiranya saya mendapati terdapat keterangan yang tidak konsisten dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan, saya hendaklah meneliti perkara yang tidak konsisten tersebut dan seterusnya menentukan sama ada ianya “contradiction” atau pun hanya “discrepancies” (rujuk kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP [supra]). [108] Dengan hormat, saya tidak bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan yang mengatakan bahawa keseluruhan kes terhadap OKT di bawah pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua hanya bergantung sepenuhnya kepada circumstantial evidence. Ini kerana terdapat direct evidence yang dikemukakan oleh SP5 sebagai saksi mata dalam kes ini. [109] Keterangan SP5 adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan fakta yang disaksikan sendiri oleh beliau. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat keterangan yang tidak konsisten dalam keterangan SP5. Namun, selaras dengan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP [supra] saya perlu menentukan sama ada perkara yang tidak konsisten itu dianggap sebagai “contradiction” atau pun hanya “discrepancies”. [110] Ketika SP5 diperiksa balas, peguambela OKT telah mencadangkan kononnya terdapat 30 penipuan oleh SP5. Namun begitu, SP5 menafikan cadangan tersebut. Semasa diperiksa semula oleh pihak pendakwaan, SP5 juga telah menjelaskan dan menafikan dakwaan penipuan tersebut. Saya telah meneliti dakwaan penipuan-penipuan tersebut dan mendapati penipuan-penipuan yang dicadangkan adalah perkara-perkara yang “minor” dan tidak “material” untuk membuktikan elemen pertuduhan. Tambahan pula, dokumen-dokumen yang dirujuk oleh peguambela untuk membuktikan kononnya SP5 tidak bercakap benar juga masih kekal sebagai ID dan tidak pernah ditukarkan menjadi ekshibit D. Dokumen-dokumen tersebut adalah: IDD103, 1DD99 (I) dan (J), IDD108 (A), IDD99 (K), IDD109, IDD110, dan IDD24 (B). Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa dokumen-dokumen yang ditandakan sebagai “Identity document” (ID) tidak boleh dijadikan sebagai bukti. Maka, cadangan pihak pembelaan bahawa kononnya SP5 tidak bercakap benar adalah lemah dan wajar ditolak. Saya merujuk kepada kes Soo Hong & Leong Kew Moi v UMBC [1997] 1 MLJ 690, Mahkamah Rayuan memutuskan (di muka surat 695): “During the course of the trial, various documentary exhibits were referred to by both sides and marked as exhibits to be identified (ID) since the admissibility of such documents were objected to by either side on the ground that the makers were not called. I rule that since these documents were not strictly proved as required by s 73(a) of the Evidence Act 1950 thereby deprives the opportunity to test the authenticity of their contents, such exhibits remain inadmissible.” [111] Saya juga mendapati, walaupun terdapat “inconsistency” dalam keterangan SP5, keterangan-keterangan yang tidak konsisten tersebut hanyalah satu “discrepancies” yang tidak sama sekali menjejaskan kredibiliti SP5. SP5 sudah semestinya tidak dapat mengingat setiap butiran dan berkemungkinan bercampur aduk dengan perkara-perkara yang hampir sama. Isu utama yang perlu dipertimbangkan ialah, sama ada kewujudan “discrepancies” cukup untuk memusnahkan kredibiliti saksi. Tiada rule of law yang menghendaki keterangan seorang saksi hendaklah sama ada diterima secara keseluruhannya atau ditolak secara total. Mahkamah adalah kompeten untuk menerima sebahagian testimoni saksi dan menolak sebahagian yang lain. Pendekatan saya ini adalah selaras dengan panduan yang diberikan dalam kes PP v. Datuk Haji Harun bin Haji Idris [1977] 1 MLJ 15, yang memutuskan: “In my opinion, discrepancies there will always be, because in the circumstances in which the events happened, every witness does not remember the same thing and he does not remember accurately every single thing that happened. It may be open to criticism, or it might be better if they took down a note-book and wrote down every single thing that happened and every single thing that was said. But they did not know that they are going to be witnesses at this trial. I shall be almost inclined to think that if there are no discrepancies, it might be suggested that they have concocted their accounts of what had happened or what had been said because their versions are too consistent. The question is whether the existence of certain discrepancies is sufficient to destroy their credibility. There is no rule of law that the testimony of a witness must either be believed in its entirety or not at all. A court is fully competent, for good and cogent reasons, to accept one part of the testimony of a witness and to reject the other. It is, therefore, necessary to scrutinize each evidence very carefully as this involves the question of weight to be given to certain evidence in particular circumstances”. [112] Saya selanjutnya mendapati bahawa keterangan saksi SP5 yang tidak konsisten hanyalah berkaitan perkara-perkara yang tidak “material” untuk membuktikan elemen-elemen pertuduhan. Berdasarkan panduan daripada kes Muniandy & Ors v PP (supra), saya perlu memberikan pertimbangan utama terhadap “the inherent probability of a fact in issue”. Bagi kes ini, saya berpendapat, “fact in issue” adalah elemen-elemen yang perlu dibuktikan bagi kedua-dua pertuduhan terhadap OKT. Justeru, tumpuan saya hanya kepada keterangan yang utama dan relevan bagi menentukan sama ada “fact in issue” yang berkaitan dapat memenuhi kehendak elemen-elemen pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua. Maka, saya mendapati SP5 adalah saksi yang berwibawa dan kredibel dan keterangan beliau adalah utuh walaupun setelah disoal balas. Saya juga mendapati tindak tanduk dan demeanour SP5 jelas menunjukkan beliau adalah saksi yang bercakap benar dan keterangannya wajar diterima.” [123] Pihak Perayu telah juga memohon untuk SP5 dipanggil semula semasa di peringkat pembelaan dan alasan yang diberikan ialah untuk memastikan keterangan SP5 yang diberikan di peringkat pendakwaan dan pembelaan adalah konsisten. HMS dalam pertimbangannya telah menyatakan seperti berikut: “ (1) Yasmin Nahar binti Mohamed (SP5) [161] Pihak pembelaan menyatakan bahawa alasan untuk memanggil semula SP5 adalah untuk memastikan keterangan yang diberikan semasa peringkat kes pendakwaan dan kes pembelaan adalah konsisten, memandangkan SP5 merupakan saksi utama dan saksi mata dalam kes ini. [162] Dalam mempertimbangkan alasan tersebut, pertamanya, saya menekankan bahawa Mahkamah ini yang akan menentukan sama ada keterangan SP5 konsisten atau tidak berdasarkan kepada keterangannya diperingkat kes pendakwaan dan keterangan SP5 kemudiannya akan diteliti dan dinilai serta dibandingkan dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan juga pembelaan. Alasan untuk memanggil SP5 semula semata-mata untuk menentukan consistency keterangannya adalah tidak kukuh. [163] Dalam mempertimbangkan alasan tersebut, saya juga merujuk kepada perbicaraan ketika pemanggilan Yasmin sebagai saksi SP5 dan juga nota keterangan berkaitan. Saya mendapati SP5 hadir ke Mahkamah menjalani pemeriksaan utama selama 2 hari perbicaraan iaitu pada 7 dan 8 April 2022, dan beliau telah diperiksa balas oleh pihak pembelaan selama 5 hari perbicaraan iaitu pada 13, 14, 15, 20 April 2022 dan 30 Mei 2022. Yasmin juga telah hadir pada 31 Mei 2022 untuk diperiksa semula. Secara keseluruhannya, SP5 telah berada di Mahkamah memberikan keterangan selama 8 hari perbicaraan. [164] Setelah merujuk kepada keterangan SP5, saya mendapati pemeriksaan ke atas SP5 “was sufficiently comprehensive and completely executed by both the prosecution and the defence.” Pihak pembelaan juga telah mencadangkan bahawa SP5 telah membuat 30 penipuan dengan merujuk kepada keterangan-keterangan SP5 yang didakwa tidak konsisten dan bercanggah. Selain itu, pihak pembelaan telah memeriksa balas SP5 melalui 5 orang peguambela yang menyentuh pelbagai tajuk dan isu. Pihak pembelaan juga telah mengemukakan soalan balas berbentuk “suggesting” dan “putting” bagi mengemukakan kes pembelaan seawal mungkin dan secara tersiratnya menunjukkan “positive evidence will be called to prove the matters put”. Oleh itu, pihak pembelaan telah diberikan tempoh masa yang secukupnya untuk memeriksa balas SP5 bagi membangkitkan isu berkaitan konsistensi dan juga isu kredibiliti. [165] Berdasarkan kepada huraian-huraian di atas dan keterangan yang diberikan oleh SP5, termasuklah pemeriksaan-pemeriksaan balas terhadap SP5 semasa kes pendakwaan, saya mendapati bahawa permohonan pihak pembelaan untuk memanggil semula SP5 adalah “vexatious” atau menyusahkan dan juga “delay” atau melengah-lengahkan prosiding Mahkamah. Oleh itu, pemanggilan semula saksi SP5 wajar ditolak.” [124] Adalah penting untuk ditekankan bahawa pemerikaan balas tidak sepatutnya bertujuan untuk mencari kesalahan atau mencari percanggahan dalam keterangan saksi-saksi. Pemeriksaan balas sepatutnya bertujuan untuk mencungkil (elicit) keterangan daripada saksi bagi menyokong kes pihak yang menyoal balas. Setelah meneliti pemeriksaan balas terhadap SP5 terutamanya, mahkamah ini mendapati soalan-soalan balas yang panjang oleh barisan pembelaan terhadapnya lebih merupakan kepada soalan yang cuba mempamerkan bahawa SP5 sebagai “antagonist” dan berkepentingan. Namun, sepertimana dapatan HMS, mahkamah ini juga bersetuju bahawa keterangan SP5 yang tidak konsisten hanyalah berkaitan perkara-perkara yang tidak material dan tidak menjejaskan pembuktian intipati pertuduhan dan “facts in issue” terhadap Perayu. Mahkamah ini juga tidak ada sebab untuk tidak bersetuju dengan dapatan HMS yang mendapati SP5 adalah saksi yang berwibawa dan kredibel dan keterangannya adalah utuh walaupun setelah disoal balas dengan panjang lebar. Tidak ada sebab untuk mahkamah ini mengusik dapatan HMS berkaitan dapatan HMS mengenai tindak tanduk dan ‘demeanour’ SP5 yang menunjukkan SP5 adalah saksi yang bercakap benar mengenai kejadian yang berlaku ke atas SP18 dan tidak ada sebab untuk menolak keterangannya hanya kerana terdapat percanggahan-percangghan yang tidak material kepada intipati pertuduhan terhadap Perayu. [125] Satu pemerhatian sangat penting yang perlu ditekankan di sini ialah setelah meneliti keterangan SP5 dan juga SP8 yang dipertikaikan oleh pihak pembelaan, mahkamah ini mendapati adalah sukar untuk membuat dapatan bahawa kedua-dua saksi ini mereka-reka cerita terhadap Perayu apabila keterangan mereka disokong oleh keterangan perubatan yang merupakan independent evidence yang secara konsisten mendapati kecederaan yang dialami oleh mangsa adalah “non-accidental injuries”. Mahkamah ini berpuas hati bahawa HMS telah memberikan pertimbangan utama terhadap “the inherent probability of a fact in issue” di mana di bawah s. 31 (1) AKK “fact in issue” yang material adalah Perayu telah melakukan pengabaian dan penganiayaan ke atas SP18 sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi kepada SP18. Mahkamah ini juga mendapati bahawa tidak terdapat keterangan atau keadaan yang membolehkan apa-apa dapatan dibuat bagi menunjukkan SP5 dan SP8 mempunyai motif untuk mengenakan atau menganiaya Perayu melainkan mereka sendiri telah menyaksikan kecederaan yang dialami oleh SP18 yang menurut SP5 adalah dilakukan oleh dan atas arahan Perayu. 4. Dapatan Saksi-saksi perubatan dan pakar. [126] Pihak Perayu seterusnya mempertikaikan penemuan saksi-saksi perubatan dan saksi-saksi pakar yang telah merawat SP18 dan menghujahkan bahawa keterangan saksi-saksi perubatan dan pakar juga bercanggah dengan keterangan saksi mata serta bercanggah juga dengan keterangan SD8. [127] SD8 bukanlah seorang doktor perubatan tetapi sebaliknya merupakan seorang pensyarah dalam bidang psikologi di mana bidang kepakaran beliau berbeza dengan pakar psikiatri. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa pandangan yang diberikan oleh SD8 ke atas laporan yang dibuat oleh SP17, seorang pakar psikiatrik adalah sekadar pandangan (opinion) dan bukan merupakan keterangan fakta berbanding dengan saksi-saksi perubatan dan pakar yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan yang telah memeriksa dan melihat sendiri keadaan SP18 pada masa yang material. SD8 sama sekali tidak bertemu dan menemubual SP18 (serta tidak menyediakan sebarang laporan) dan komen beliau terhadap laporan yang dibuat oleh SP17 tidak wajar diterima sebagai satu dapatan yang konklusif. Kesemua saksi-saksi perubatan yang telah memeriksa SP18 telah membuat kesimpulan yang konsisten bahawa kecederaan yang dialami oleh SP18 adalah “non-accidental” dan bukan “self-inflicted injury”. HMS tidak terkhilaf apabila memutuskan seperti berikut: “(vi) Keterangan daripada saksi-saksi pakar mengesahkan bahawa kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Bella bukan terhasil dari satu insiden sahaja [195] Para doktor yang menjadi saksi pendakwaan juga telah mengesahkan bahawa kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Bella bukan terhasil dari satu insiden sahaja. Dr. Meenambigai, SP2 mengesahkan bahawa terdapat banyak luka-luka di badan mangsa serta “burn wounds” dan “multiple scar” serta “patches here and there”, dan berpendapat ianya adalah “suspected non accidental injury” (NAI) dan ianya berlaku dalam masa yang berlainan (It did not happen at the same time. It happen at multiple different times). Dr. Nizam, SP3 menjelaskan bahawa kecederaan-kecederaan di badan Bella berlaku pada masa-masa yang berbeza, berlaku lebih sekali dalam peringkat-peringkat masa yang berbeza. Dr. Sridar, SP4 pula menjelaskan bahawa kecederaan berlaku pada masa yang berlainan kerana ada kecederaan yang telah sembuh dan ada kecederaan yang belum sembuh. Dapatan Dr. Salmi, SP15 pula menyatakan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Bella tidak mungkin disebabkan oleh satu insiden sahaja. Keterangan doktor-doktor tersebut adalah keterangan pakar yang diperuntukkan di bawah seksyen 45 Akta Keterangan 1950. OKT juga tidak pernah mengemukakan keterangan pakar yang boleh menyangkal keterangan mereka. Oleh itu, adalah jelas bahawa dapatan dan pengesahan doktor-doktor tersebut jelas menolak dakwaan OKT bahawa kecederaan-kecederaan Bella disebabkan oleh satu insiden kemalangan.” 5. Keterangan SP18 [128] Keterangan SP18 juga telah dicabar oleh pihak Perayu. Keterangan SP18 telah diberikan secara tidak bersumpah. Antara lain, Perayu mengatakan bahawa SP18 telah disoal dengan soalan-soalan memimpin dan telah dipimpin oleh pihak pendakwaan. [129] Setelah meneliti nota keterangan/prosiding, mahkamah ini mendapati tidak terdapat sebarang soalan yang dikemukakan oleh barisan pembelaan kepada SP18 tentang sama ada terdapat sesiapa yang telah memimpin dan melatih SP18 untuk memberikan keterangan terhadap Perayu. Mahkamah ini mendapati dengan tahap “intellectual disability moderate”, SP18 telah memberikan keterangan berdasarkan apa yang telah dialaminya. Tidak ada sesuatu yang “out of the ordinary” yang dapat dilihat dalam keterangan yang telah diberikan oleh SP18. Tidak ada kesalahan dari segi undang-undang untuk HMS menerima keterangan SP18 yang diberikan secara tidak bersumpah lebih-lebih lagi apabila terdapatnya keterangan sokongan yang kukuh untuk menyokong keterangan SP18 yang jelas menunjukkan kejadian ke atas SP18 telah berlaku. Maka, walaupun keterangan SP18 mempunyai nilai yang rendah, ianya tidak menjejaskan pembuktian elemen kesalahan yang dipertuduhkan terhadap Perayu. Mahkamah ini mendapati HMS telahpun membuat penilaian yang maksima ke atas keterangan SP18 dan telah dengan betul mengaplikasikan budibicaranya dalam menerima keterangan SP18. Tidak terdapat kekhilafan di pihak HMS apabila membuat dapatan mengenai keterangan SP18 seperti berikut: “Keterangan oleh Mangsa / Bella [113] Saya merujuk kepada keterangan oleh Bella, mangsa dalam kes ini. Dr. Wan Asyikin binti Wan Azlan (“SP17”) menjelaskan bahawa Bella adalah seorang kanak-kanak istimewa sindrom down yang mempunyai intellectual disability moderate. Penilaian klinikal yang dibuat oleh SP17 mencadangkan Bella mempunyai pemikiran seorang kanak-kanak berumur 7 tahun. Pihak pendakwaan telah memanggil Bella sebagai saksi pendakwaan ke-18 (SP18). [114] Perbicaraan yang melibatkan Bella sebagai saksi telah dijalankan melalui rangkaian secara langsung selaras dengan seksyen 3(1)(b) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (“AKSKK 2007”). Sepanjang perbicaraan saksi Bella, Dr. Norjumawatun binti Shahruddin berada bersama saksi Bella sebagai perantara selaras dengan seksyen 8 AKSKK 2007. Selain itu, Puan Nurul Fahidah binti Azmi juga bersama Bella sepanjang perbicaraan saksi Bella berlangsung. Peranan Puan Nurul Fahidah adalah sebagai orang dewasa yang menemani saksi Bella selaras dengan seksyen 9 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007. [115] Selaras dengan seksyen 133A Akta Keterangan 1950, preliminary enquiry telah dijalankan sebelum Bella memberikan keterangan. Inkuiri tersebut dijalankan untuk menentukan sama ada Bella memahami kewajipan bercakap benar di Mahkamah, kesan dan akibat tidak bercakap benar. Saya mendapati bahawa Bella memahami kewajipan bercakap benar namun Bella kurang memahami kesan memberi keterangan dengan bersumpah. Setelah selesai membuat inkuiri, saya telah membuat keputusan untuk Bella memberikan keterangan tanpa sumpah. Berikut adalah sebahagian preliminary enquiry tersebut: Tak apa, Bella? Apa yang tak? Kalau cakap tipu berdosa tak? Dosa Kalau berdosa, Bella kena cakap betul ke cakap tipu? Ha? Okay takpe takpe. Hari ni cuba Bella teka Kak Kira nak Bella cakap betul ke tipu? Ahh. Dengan izin Tuan, pihak pendakwaan telah selesai dengan preliminary question. Kami mohon dapatan Mahkamah samada kanak-kanak boleh mengangkat sumpah atau tidak, Tuan? Mah: Kita merujuk kepada Sekyen 133A 133A Tuan Mah : Mahkamah ambil kira Bella memahami keperluan bercakap benar berbanding tipu tadi berdasarkan kepada ujian dijalankan. Walaupun tidak memahami kesan sumpah, kita boleh teruskan. Saya rasa kita boleh teruskan tanpa angkat sumpah” [116] Semasa pemeriksaan utama dijalankan oleh pihak pendakwaan, terdapat beberapa soalan memimpin atau leading question yang ditanyakan kepada Bella. Perkara ini telah dibantah oleh pihak pembelaan. Namun saya membenarkan untuk pihak pendakwaan meneruskan soalan memimpin yang berkaitan. Dalam hujahan di akhir kes pendakwaan, pihak pembelaan menghujahkan bahawa walaupun bantahan telah dibuat, Mahkamah tetap membenarkan pihak pendakwaan meneruskan soalan sekaligus telah bertindak bertentangan dengan Akta Keterangan 1950 dan seterusnya memprejudiskan OKT. Pihak pembelaan mendakwa bahawa keprihatinan Mahkamah kepada keadaan Bella amat mulia, namun keprihatinan tersebut sama sekali tidak boleh mengatasi undang-undang di bawah Akta Keterangan 1950. [117] Saya perlu tegaskan di sini bahawa pihak pembelaan perlu akur bahawa Mahkamah ini mempunyai budi bicara yang luas dalam membenarkan soalan berbentuk memimpin dalam pemeriksaan utama. Leading question akan dibenarkan sekiranya Mahkamah berpendapat ia penting untuk ditanya demi kepentingan keadilan. Sewajarnya demi kepentingan keadilan, saya harus membenarkan beberapa soalan memimpin yang relevan bagi membolehkan Bella memahami soalan dengan baik dan dapat memberikan jawapan yang benar berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya. Bella bukan sahaja seorang kanak-kanak yang berumur 13 tahun, bahkan beliau adalah kanak-kanak istimewa sindrom down yang mempunyai pemikiran kanak-kanak berumur 7 tahun. Pihak pembelaan perlu faham bahawa Mahkamah ini bukan sahaja perlu prihatin, malahan wajib bertindak sewajarnya demi kepentingan keadilan. Pendekatan saya ini adalah wajar dan saya seterusnya merujuk kepada buku teks; “Sarkar on Evidence, Fourteenth Edition 1993”. Di muka surat 2030, pengarang buku tersebut menyatakan: “The above six exceptions must not be taken as exhaustive. The Court has always a wide discretion in the matter, and it will allow leading questions to put whenever it considers necessary in the interest of justice. Indeed the judge has, says Taylor, a discretionary power – Not controllable by the court of appeal see [Lawdon v. L, 5 Ir CLR 27] – of relaxing the general rule, whenever, and under whatever circumstances and to whatever extent, he may think fit, though the power should only be excercisd so far as the purposes of justice plainly require [Tay s 1405].” [118] Mengenai isu soalan memimpin ini, saya mendapati tiada kes tempatan terkini yang membincangkan tentang budi bicara Mahkamah dalam membenarkan soalan memimpin kepada saksi kanak-kanak dalam pemeriksaan utama. Dalam isu ini, saya berpendapat adalah bermanfaat untuk saya merujuk kepada kes terkini di Mahkamah Amerika Syarikat yang telah memutuskan isu ini secara khusus. Saya merujuk kepada kes Standridge v. State, 2023 WL 2395918 (Ark.App. 2023). Dalam kes ini Jimmy Standridge (tertuduh) telah dituduh dengan pelbagai kesalahan seksual terhadap anaknya, MC. MC berumur 8 tahun ketika kesalahan dilakukan dan berumur 15 tahun ketika perbicaraan dijalankan. Selepas tertuduh disabitkan dengan pertuduhan tersebut, tertuduh merayu atas alasan Hakim perbicaraan telah terkhilaf kerana menyalahgunakan budi bicaranya dengan membenarkan soalan memimpin ditanyakan kepada MC dalam pemeriksaan utama. Pada 8.3.2023, The Court of Appeals of Arkansas tidak bersetuju dengan alasan tersebut dan menolak rayuan tertuduh, selanjutnya memutuskan: “Standridge next alleges the circuit court abused its discretion when it allowed the State to continue leading the witness over defense counsel objection. Several times during MC's testimony, she was difficult to hear or understand. The prosecutor would repeat what she said, then ask the next question. After doing this for a bit, defense objected. At the sidebar conference, the court acknowledged it was sensitive to the defense's position but ultimately decided to allow it to continue because MC was occasionally difficult to hear, and the prosecutor was helping ensure the witness's testimony was understandable. The court did ask the witness to speak up.” [119] Justeru, adalah jelas bahawa saya menggunakan budi bicara saya dengan wajar dan seharusnya keterangan yang diberikan oleh Bella wajar dipertimbangkan sebaiknya. Dalam keterangannya, ketika dirujuk dengan gambar P6 (8), Bella menyatakan gambar tersebut adalah gambarnya. Apabila ditanya kenapa dengan tangannya, Bella menjawab Cik Benon yang buat. Bella juga kerap menggunakan perkataan “air panas, cili makan, cili mata, tahi makan”. Perkataan-perkataan tersebut kerap kali diulang oleh Bella. Bella juga telah mengecam OKT di dalam Mahkamah semasa perbicaraan berlangsung. Berikut adalah keterangan Bella apabila ditanya tentang kecederaan ditangannya: S Bella. Mohon untuk dirujuk gambar 8 (P6), Tuan. M/s 4 Tuan, gambar 8. Bella, cuba Bella tengok itu gambar apa tu, Bella? Itu gambar apa? Bella Gambar Bella juga? Ha Kenapa dengan tangan Bella tu? Cik Benon Cik Benon buat apa? Air manas Air panas. Bella, Cik Benon buat air panas dekat mana? Ni (tunjuk tangan kiri) Okay Ni (tunjuk tangan kanan) Okay Ni (tunjuk bawah bahu kiri) Okay. Ada lagi? Ni (tunjuk leher) Okay. Bella, Bella kena air panas ni dekat rumah siapa? Ya Shira? S : Bella kena air panas dekat rumah siapa? J : Cik Enon” [120] Keterangan tidak bersumpah oleh Bella adalah rendah nilai probatifnya. Seksyen 133A Akta Keterangan 1950 menyatakan keterangan Bella memerlukan keterangan sokongan (corroboration) seperti laporan perubatan atau pakar, keterangan circumstantial ataupun keterangan daripada saksi yang lain. Saya perlu memastikan bahawa keterangan sokongan hendaklah dapat mengaitkan tertuduh seperti yang dinyatakan dalam kes R v Baskerville [1916] 2 KB 658. Yang pastinya, OKT tidak boleh disabitkan hanya berdasarkan keterangan tidak bersumpah kanak-kanak (Rujuk kes Chao Chong & Anor v Public Prosecutor [1960] MLJ 238). Dalam kes ini, saya mendapati keterangan Bella wajar diterima sebagai keterangan yang menyokong keterangan SP5. Keterangan Bella yang jelas dan dapat difahami adalah keterangannya mengenai kecederaan di kedua-dua tangannya. Sebagaimana nota prosiding yang diturunkan di atas, Bella telah menunjukkan kedua-dua tangannya yang cedera berdasarkan gambar dalam ekshibit P6 (8), dan seterusnya menjelaskan Cik Benon (OKT) buat tangan Bella dengan air panas di rumah OKT. [121] Berdasarkan keterangan terus (direct evidence) oleh saksi mata SP5, yang telah disokong oleh keterangan saksi-saksi pakar, SP2, SP3, SP4 dan SP15, adalah menjadi dapatan saya bahawa OKT telah menganiaya mangsa dengan menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi tersebut. Keterangan Bella juga menyokong keterangan SP5 terutamanya keterangan mengenai kecederaan lecur di kedua-dua lengan bawah Bella. Bella sendiri dengan jelas menyatakan bahawa kecederaan-kecederaan di lengannya adalah disebabkan oleh OKT dengan menggunakan air panas. Maka, saya memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan elemen (iv) bagi pertuduhan kedua ini.” [130] Adalah diperhatikan bahawa di dalam kes ini, pihak Perayu bukan sahaja telah membuat dakwaan-dakwaan terhadap saksi-saksi pendakwaan yang dikatakan telah berbohong, telah dipimpin dan sebagainya, malahan Perayu juga telah membuat dakwaan terhadap pengantara (Dr Jumawaton) yang telah dibenarkan oleh mahkamah melalui permohonan di bawah s. 8 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007. Perayu mendakwa bahawa Dr Jumawaton adalah bukan pihak berkecuali dan telah mengetahui skrip manakah yang akan dimulakan terlebih dahulu seperti yang diajarkan kepada SP18. Mahkamah ini mendapati dakwaan-dakwaan ini sama sekali tidak berasas dan tidak dapat dibuktikan oleh pihak Perayu. 6. Saksi-saksi yang tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan [131] Dalam petisyen rayuannya, pihak Perayu seterusnya mempersoalkan mengenai kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan saksi-saksi material bagi melengkapkan naratif kes mereka iaitu penghuni-penghuni tempat kejadian dan/atau pelawat-pelawat yang merupakan saksi mata iaitu Aida, Balqis, Ina, Hani Azura, Haiza, Syahira, Siti dan Aidil yang dikatakan bukan merupakan suatu watak rekaan. Kagagalan itu dihujahkan sebagai ‘fatal’ kepada kes pendakwaan dan oleh yang demikian, anggapan di bawah s. 114 (g) Akta Keterangan 1950 adalah terpakai. [132] Tidak ada ketetapan dari segi prosedur dan atau undang-undang berapakah bilangan saksi yang mesti atau seharusnya dipanggil oleh pihak pendakwaan dalam membuktikan kes terhadap orang yang dituduh. Apa yang perlu dilakukan oleh pihak pendakwaan hanyalah mengemukakan saksi yang perlu dalam merungkai naratif yang lengkap bagi kes mereka yakni, bagi membuktikan elemen-elemen yang penting dalam pertuduhan. [133] Pemakaian s. 114 (g) Akta Keterangan 1950 adalah kuasa budibicara seorang Hakim kerana pemakaian perkataan “may” di dalam peruntukan tersebut. Pemakaian s. 114 (g) Akta Keterangan 1950 iaitu pemakaian anggapan yang bertentangan hanya boleh dibuat apabila terdapatnya saksi yang material yang bukan sahaja tidak dipangggil tetapi tidak ditawarkan dan mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan cuba menyembunyikan keterangan yang mereka ada dan pihak pendakwaan melakukan sedemikian dengan motif untuk menggagalkan pembelaan. Ini telah dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Ghasem Hozouri Hassan v PP [2018] 6 CLJ 133 seperti berikut: “[48] The law pertaining to s. 114(g) of the Evidence Act is settled. Under s. 114(g) of the Evidence Act 1950, the court may presume that evidence which could be and is not produced would if produced be unfavourable to the person who withholds it. The usage of the word 'may' gives the discretion to the court whether or not to invoke the adverse inference to a given set of facts. It is not a mandatory inference. To draw an adverse inference against the prosecution, the court must be satisfied that the witness that was not offered was a material witness, the prosecution purposely withholds evidence which it possessed and which was always available; and that what the prosecution did was done with an ulterior motive to frustrate the defence. (Nanda Kumar Kunyikanan & Anor v. PP [2011] 8 CLJ 406). [49] The aforesaid authority above set out is the correct position of the law, that is, court will not invoke an adverse inference against prosecution if it believes that the facts and/or the prosecution's reasons for not calling the supposed material witnesses show no cause for it. Moreover, the prosecution only needs to produce witnesses who are necessary in the unfolding of its complete narrative, that is, to prove the essential elements of the crime….” [134] Mahkamah ini mendapati kesemua saksi-saksi yang dinyatakan oleh pihak Perayu telahpun ditawarkan kepada Perayu oleh pihak pendakwaan. Tidak ada sebarang fakta atau keadaan yang dapat menunjukkan pihak pendakwaan mempunyai ‘ulterior motive’ untuk menyembunyikan bukti dan menggagalkan pembelaan. Mahkamah ini juga mendapati sekalipun saksi-saksi yang dinyatakan oleh pihak Perayu tidak dipanggil untuk memberi keterangan, selain dari hakikat bahawa mereka telahpun ditawarkan oleh pihak pendakwaan, ketiadaan keterangan mereka sama sekali tidak menjejaskan kes pihak pendakwaan terhadap Perayu. Pihak Perayu sebenarnya boleh memanggil saksi-saksi yang dinyatakan oleh mereka kerana saksi-saksi ini telahpun ditawarkan oleh pihak pendakwaan. Namun, ‘for reasons best known to them’ pihak Perayu telah memilih untuk tidak memanggil saksi-saksi ini di peringkat pembelaan tetapi sebaliknya memilih untuk membuat dakwaan dan menjemput mahkamah mengaplikasikan s. 114 (g) Akta Keterangan 1950 terhadap pendakwaan. Mahkamah ini mendapati tiada merit dalam dakwaan dan hujahan pihak Perayu atas isu ini. 7. Isu pemacu pena (pendrive) P163. [135] Petisyen Perayu mengulangi lagi isu yang telah ditimbulkan di Mahkamah Sesyen mengenai penerimaan masuk P163. HMS dikatakan telah terkhilaf dalam dapatan fakta dan undang-undang apabila pihak pendakwaan pendakwaan gagal memberikan keseluruhan ekstrak kandungan salinan lembut (soft copy) P163 kepada pihak Perayu. Isu ini telah ditangani oleh HMS seperti berikut: “(3) Sama ada pihak pendakwaan gagal memberikan keseluruhan ekstrak "soft copy" daripada “pen drive” (P163) [133] “Pen drive” atau pemacu pena (P163) mengandungi data peribadi pemilik telefon bimbit yang bernama Hani Azura binti Zulkifli (salah seorang daripada saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan). P163 telah menjalani proses analisis dan menyebabkan ia tidak boleh disalin ke “soft copy”. Oleh kerana “soft copy” tersebut tidak dapat dibuat dan tidak dapat diserahkan kepada pihak pembelaan, maka satu perbincangan telah dijalankan. Kedua-dua pihak, pendakwaan dan pembelaan bersetuju untuk melihat isi kandungan P163 di Mahkamah. Kedua-dua pihak telah meneliti isi kandungan P163. [134] Berdasarkan rekod Mahkamah, tarikh-tarikh telah ditetapkan untuk kedua-dua pihak meneliti isi kandungan P163 yang mempunyai 15,045 muka surat. Tarikh-tarikh untuk kedua-dua pihak meneliti kandungan P163 di Mahkamah telah ditetapkan pada 6.7.2022, 7.7.2022, 13.7.2022 dan 14.7.2022. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa pihak pendakwaan telah sedaya upaya memberikan masa dan peluang untuk pihak pembelaan meneliti kandungan P163. Maka, ia tidak fatal kepada “chain of evidence” dan bukanlah satu kepincangan yang fatal kepada kes pendakwaan. [135] Selain itu, saya mendapati bahawa ekstrak soft copy daripada pen drive P163 tersebut merupakan dokumen sokongan yang dikemukakan untuk membantu Mahkamah memahami kronologi kes ini dan juga menguatkan kes pendakwaan. Saya juga telah memutuskan dan menentukan dokumen-dokumen yang relevan dan yang perlu ditandakan sebagai ekshibit. Tidak semua kandungan pemacu pena tersebut adalah relevan bagi pertuduhan-pertuduhan kes ini. Justeru, kegagalan pihak pendakwaan memberikan keseluruhan ekstrak soft copy daripada pemacu pena, jika ada, jelas tidak membolehkan pemakaian seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950.” [136] Mahkamah ini mendapati isu yang telah ditimbulkan oleh pihak Perayu ini hanyalah satu cubaan untuk membuang masa mahkamah. Apakah sebenarnya yang diingini oleh pihak Perayu daripada kandungan P163? Hakikatnya 4 hari telah diberikan oleh HMS untuk pihak-pihak meneliti kandungan P163 dan pihak Perayu gagal menyatakan bagaimanakah kegagalan pihak pendakwaan memberikan keseluruhan ekstrak "soft copy" daripada “pen drive” (P163) telah menjejaskan atau mengagalkan pembelaannya. 8. Permohonan rakaman percakapan s. 112 KTJ saksi-saksi yang ditawarkan [137] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa meneliti hujahan bertulis mereka, pihak Perayu sebenarnya tidak menyatakan apakah bentuk bantahan dan pertikaian berkenaan isu ini di mana di perenggan 16 dan 387 hujahan bertulis Perayu adalah tergantung. Namun demikian isu ini juga telah ditangani oleh HMS dan mahkamah ini mendapati tidak ada sebab untuk mengusik ‘ruling’ HMS atas isu ini. HMS telah menyatakan seperti berikut: “Permohonan-Permohonan yang dibuat Oleh Pihak Pembelaan Selepas OKT dipanggil Membela Diri. [147] Setelah OKT dipanggil membela diri, pihak pembelaan telah menfailkan dua permohonan yang penting untuk saya huraikan dalam alasan penghakiman ini. Dua permohonan tersebut adalah seperti yang berikut: (a) Permohonan Mendapatkan Rakaman Percakapan di Bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah; dan (b) Permohonan Pemanggilan Semula Saksi di bawah seksyen 173 (j)(iii) Kanun Tatacara Jenayah a. Permohonan Mendapatkan Rakaman Percakapan di Bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah [148] Pada 5.12.2022 pihak pembelaan telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan rakaman percakapan di bawah seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah bagi kesemua 15 saksi-saksi pendakwaan yang ditawarkan kepada pihak pembelaan. Pihak pendakwaan pula telah membantah permohonan untuk mendapatkan rakaman-rakaman percakapan tersebut. [149] Pihak pembelaan berhujah bahawa permohonan ini adalah satu penzahiran dokumen di bawah seksyen 51 KTJ yang melibatkan kenyataan saksi-saksi yang ditawarkan kepada pihak pembelaan setelah berakhir kes pendakwaan dan OKT telah dipanggil membela diri. Pihak pembelaan juga berpendirian bahawa kenyataan saksi-saksi tersebut amat diperlukan dan penting untuk pihak pembelaan dalam menyediakan suatu pembelaan yang sempurna. [150] Pihak pembelaan merujuk kepada kes Siti Aisyah v PP [2019] 7 CLJ 27 di mana Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan perayu yang dibuat di bawah seksyen 51 KTJ bagi pihak pendakwaan mengemukakan salinan kenyataan saksi-saksi yang direkodkan di bawah seksyen 112 KTJ berhubung saksi-saksi yang ditawarkan kepada pihak pembelaan. [151] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa rakaman percakapan yang direkodkan di bawah seksyen 112 KTJ adalah rakaman percakapan yang dibuat semasa siasatan oleh pihak polis. Oleh itu, rakaman percakapan tersebut adalah “privileged”. Untuk menyokong hujahan tersebut, pihak pendakwaan telah merujuk kepada kes-kes: Husdi v PP [1979] 2 MLJ 304; PP vs Dato’ Seri Anwar Ibrahim & Anor Appeal [2010] 2 MLJ 353; Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abd Razak lwn PP [2020] 11 MLJ 527; Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abd Razak lwn PP [2020] 7 CLJ 785 dan juga kes Siti Aisyah v PP [2019] 7 CLJ 27. [152] Setelah mempertimbangkan permohonan tersebut dan juga hujahan kedua-dua pihak, saya memutuskan bahawa pernyataan yang dibuat di bawah seksyen 112 KTJ adalah pernyataan yang dibuat ketika siasatan maka ia adalah terlindung atau “privilege”. Selain itu, penyataan tersebut tidak boleh diterima dalam keterangan kecuali untuk tujuan mencabar kebolehpercayaan saksi di bawah seksyen 155 Akta Keterangan dan seksyen 113 (2) KTJ dan beberapa pengecualian lain. [153] Saya merujuk kepada kes Martin Rhienus v Sher Singh [1949] 1 MLJ 201 yang memutuskan bahawa pernyataan yang dibuat kepada polis di bawah seksyen 112 KTJ dan begitu juga dalam masa penyiasatan adalah terlindung sepenuhnya. Saya juga perlu akur dengan keputusan kes yang dirujuk oleh kedua-dua pihak iaitu kes Husdi v PP [1979] 2 MLJ 304, yang telah memutuskan bahawa atas dasar polisi awam, pihak pendakwaan tidak perlu memberikan penyataan di bawah seksyen 112 KTJ kerana wujud bahaya atau risiko “tampering with the witnesses”. [154] Saya juga sedar mengenai kes yang dirujuk oleh pihak pembelaan iaitu kes Siti Aisyah v PP [2019] 7 CLJ 27 yang telah membenarkan permohonan pihak pembelaan yang dibuat di bawah seksyen 51 KTJ bagi pihak pendakwaan mengemukakan salinan kenyataan saksi-saksi di bawah seksyen 112 KTJ. Namun, saya juga telah meneliti dan merujuk kepada kes Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abd Razak lwn PP [2020] 7 CLJ 785 di mana Mahkamah dalam kes tersebut telah merujuk kepada kes Husdi vs PP (supra) dan telah memutuskan bahawa sebaik sahaja pernyataan di bawah seksyen 112 tersebut diputuskan sebagai “absolute privileged” untuk tujuan kehakiman, maka ia juga “privileged” bagi tujuan lain. Maka, tidak terdapat hak untuk memeriksa. [155] Pihak pembelaan menyatakan bahawa penghakiman di dalam kes Husdi vs PP (supra) yang menyatakan pernyataan 112 suatu privileged document adalah tidak lagi relevan dan tidak terpakai, memandangkan ia tidak seiring dengan seksyen 113 (2), (3), (4) dan (5) KTJ. Dengan hormat, saya tidak bersetuju dengan hujahan ini kerana seksyen tersebut hanya memperuntukkan pengecualian untuk tujuan mencabar kebolehpercayaan saksi dan juga dalam keadaan-keadaan atau tujuan tertentu seperti yang dinyatakan dalam seksyen 113 tersebut. Namun adalah jelas ia tidak menegaskan bahawa penyataan 112 bukan lagi “privileged document”. [156] Selain itu, fakta dalam kes Siti Aisyah v PP (supra) tersebut juga wajar dibezakan kerana dalam kes tersebut (dalam hal ini saya bersetuju dengan hujahan TPR) saksi-saksi yang ditawarkan ada yang telah meninggal dunia dan ada saksi yang tidak dapat dikesan. Ia berbeza dengan kes di hadapan saya ini, di mana semua saksi-saksi yang ditawarkan adalah “available” dan boleh ditemu bual oleh pihak pembelaan. Jadi tidak akan berlaku “miscarriage of justice”. Maka, sewajarnya saya membuat keputusan ini dengan merujuk kepada prinsip yang diputuskan dalam kes Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abd Razak lwn PP [2020] 7 CLJ 785 yang merujuk kepada kes Husdi vs PP (supra). Atas huraian-huraian dan alasan-alasan tersebut, saya telah menolak permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan rakaman percakapan di bawah seksyen 112 KTJ bagi kesemua 15 saksi-saksi pendakwaan yang ditawarkan kepada pihak pembelaan.” 9. Penyiasatan oleh pegawai penyiasat yang tidak lengkap [138] Terdapat 13 isu yang ditimbulkan oleh pihak Perayu berkaitan dengan dakwaan penyiasatan pegawai penyiasat yang dikatakan tidak lengkap. Isu-isu tersebut boleh dirumuskan seperti berikut: 1. Kegagalan pegawai penyiasat dalam mendapatkan rakaman cctv di lokasi-lokasi tempat kejadian dan klinik Setapak serta buku log pelawat kondominium tempat kejadian; 2. Pegawai Peyiasat tidak melihat atau mendengar isi kandungan rakaman video P149A dan P149B (rakaman video dari telefon bimbit SP1 yang merakam keadaan penghuni rumah tersebut semasa SP1 datang ke kondominium Irama Wangsa (tempat kejadian)); 3. Pegawai Penyiasat tidak merampas mesin penapis Cuckoo sejak permulaan kes, yang mana kegagalan tersebut menunjukkan isu air panas yang dikatakan dicurahkan kepada SP18 adalah satu cerita yang direka-reka dan diada-adakan oleh saksi pendakwaan; 4. Pegawai Penyiasat juga dikatakan gagal menghantar penapis air Cuckoo untuk pemeriksaan lanjut serta gagal mengambil gambar jarak dekat penapis air tersebut; 5. Siasatan pegawai penyiasat dikatakan berat sebelah dan sambil lewa dan dilakukan kerana tekanan kes ini menjadi viral dan bukan kerana fakta-fakta yang diberikan; 6. Siasatan pegawai penyiasat dikatakan berat sebelah dan memihak hanya kepada SP1 dan saksi-saksi lain yang menentang Perayu dan bersangka buruk atau mempunyai “bad faith” terhadap Perayu; 7. Bahawa pegawai penyiasat telah membuat andaian sendiri berdasarkan kebiasaan kes-kes lain tanpa siasatan lanjut, tanpa melihat video serta tanpa mendengar perbualan di dalam video yang dirakam dan disebarkan oleh SP1; 8. SP20 sebagai Pegawai Penyiasat Gantian gagal mendengar keterangan penting dalam rakaman video CIC Polis DiRaja Malaysia dan tidak menyiasat laporan-laporan polis yang dibuat oleh Perayu berkenaan laporan polis palsu yang dibuat oleh saksi-saksi dan/atau pihak ketiga terhadap Perayu; 9. Pegawai Penyiasat SP19 dan SP20 dikatakan tidak merakam percakapan lanjut saksi-saksi selepas SP5 membuat laporan polis (P75) dan memberi fokus menyiasat cerita-cerita paslu berbanding cerita dari versi Perayu; 10. Kegagalan pegawai penyiasat untuk mengemukakan borang bongkar khusus untuk telefon Hani Azura; 11. Pegawai Penyiasat gagal menyiasat dengan telus dan tidak berat sebelah; 12. Pegawai Penyiasat SP19 dan SP20 dikatakan gagal mencari dan menemubual penduduk/jiran di sekitar kondominium tempat kejadian dan gagal mendapatkan rakaman cctv tempat kejadian; 13. Pegawai Penyiasat dikatakan telah memilih bukti-bukti yang hanya menunjukkan kebersalahan Perayu [139] Setelah meneliti keterangan-keterangan dan dapatan serta penemuan HMS, Mahkamah ini mendapati isu-isu yang ditimbulkan oleh pihak Perayu di atas adalah isu-isu yang tidak dapat menjejaskan ‘sufficiency of evidence’ yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan dalam membuktikan pertuduhan terhadap Perayu. Pihak pendakwaan telahpun mengemukakan saksi-saksi mata yang telah melihat kejadian dan saksi-saksi perubatan dan pakar yang telah menyokong kejadian pengabaian dan penganiayaan terhadap SP18. Mahkamah ini juga berpuas hati bahawa HMS telah membuat dapatan dan penemuan berdasarkan keterangan-keterangan yang relevan dan nyata dan tidak ada keadaan dan fakta yang menunjukkan HMS telah membuat keputusannya berdasarkan faktor-faktor luaran. Di peringkat ini, mahkamah ini juga mendapati terdapat tohmahan-tohmahan yang tidak berasas yang dibuat oleh pihak Perayu yang telah ditujukan kepada HMS dalam hujahan bertulis bagi pihak Perayu. Pihak pendakwaan telah menarik perhatian mahkamah ini mengenai hujahan pembelaan yang mengatakan HMS telah menokok tambah fakta, menyembunyikan keterangan dengan meringkaskan nota prosiding, berat sebelah dengan cara ‘pick and choose’ keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi sedangkan pihak Perayu tidak pernah membuat permohonan untuk membandingkan nota prosiding. Mahkamah ini memandang serius dakwaan-dakwaan yang tidak berasas dan tiada bukti terhadap seorang Hakim. Meneliti nota keterangan dan prosiding di Mahkamah Sesyen, mahkamah ini mendapati HMS telah membuat dapatan dan penemuannya berlandaskan fakta dan keterangan yang terus dan sokongan. Tidak ada keadaan dan asas yang telah ditunjukkan oleh pihak Perayu yang mewajarkan dakwaan-dakwaan terhadap HMS yang telah membuat keputusan menurut undang-undang di bawah s. 31 (1) (a) AKK. [140] Bagi isu mesin penapis air Cuckoo, HMS telahpun membuat dapatan bahawa SP21(juruteknik Servis Cuckoo) dan SP22 (Juruteknik Cuckoo) adalah saksi-saksi pakar yang telah mengesahkan bahawa mesin penapis air tersebut berfungsi dengan baik pada masa yang material. Malahan saksi Perayu iaitu SD2 sendiri ada menyatakan bahawa mesin penapis tersebut berfungsi dengan baik semasa beliau membancuh susu formula untuk anaknya. Untuk isu mesin penapis air Cuckoo ini, HMS telah membuat penilaian yang maksimum dan tidak ada sebab untuk mahkamah ini mengusik dapatan beliau: “(2) Sama ada mesin penapis air Cuckoo rosak [206] Pihak pembelaan berhujah bahawa mesin penapis air jenama Cuckoo adalah dalam keadaan rosak dan tidak boleh digunakan. OKT mendakwa bahawa mesin Cuckoo di Kondominium Irama Wangsa telah rosak dalam tempoh Februari hingga Jun 2021. Dakwaan bahawa mesin penapis air rosak disokong dengan keterangan SD6. SD6 adalah individu yang kerap kali berkunjung ke rumah OKT. Dalam keterangannya SD6 menyatakan bahawa mesin Cuckoo tersebut rosak dan beliau memasak air panas menggunakan periuk dan juga termos yang ada di rumah OKT. [207] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa SP5 telah mengatakan bahawa mesin penapis air Cuckoo tidak rosak dan masih digunakan semasa tempoh kejadian. Selanjutnya, keterangan yang diberikan oleh SP21 dan SP22 juga telah menunjukkan tiada kerosakan kepada mesin penapis air Cuckoo di rumah OKT apabila tiada aduan diterima berkenaan kerosakan. Servis yang dilakukan oleh SP21 juga menunjukkan mesin penapis air tersebut dalam keadaan baik. SP22 pula telah memberitahu Mahkamah mesin penapis air itu dalam keadaan baik. [208] Pihak pendakwaan seterusnya menghujahkan bahawa saksi-saksi pembelaan yang lain menyatakan perkara yang berbeza-beza tentang mesin Cuckoo. Keterangan SD2 menyatakan mesin Cuckoo berfungsi dengan baik semasa beliau membancuh susu formula untuk anaknya. Keterangan SD3 pula menyatakan bahawa mesin Cuckoo rosak. Keterangan SD6 pula menyatakan bahawa mesin Cuckoo adakalanya rosak dan adakalanya berfungsi. [209] Setelah meneliti keterangan-keterangan yang berkaitan dengan isu mesin penapis air jenama Cuckoo ini, saya bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa SP21 dan SP22 adalah saksi awam yang tidak mempunyai kepentingan di dalam kes ini. Selain itu, SP21 dan SP22 merupakan saksi yang mempunyai kepakaran dari segi teknikal berkenaan dengan mesin penapis air Cuckoo. Saya tidak menemui sebarang alasan yang menunjukkan bahawa SP21 dan SP22 saksi yang tidak kredibel dan keterangan mereka tidak boleh diterima. Selain itu, SP5 dan SP8 juga telah mengesahkan bahawa sekitar tempoh masa seperti dalam pertuduhan, mesin penapis air Cuckoo berfungsi dengan baik. [210] Saya juga mendapati bahawa keterangan OKT berkenaan mesin penapis air Cuckoo rosak dalam tempoh Februari hingga Jun 2021 adalah bertentangan dengan keterangan SD2. Saksi pembelaan sendiri, SD2 tidak menyokong keterangan OKT dengan menyatakan bahawa SD2 menggunakan air panas dari mesin Coway, Cuckoo, semasa membancuh susu formula untuk anaknya. SD2 juga mengatakan bahawa mesin Cuckoo dalam keadaan elok. Ini juga menunjukkan bahawa fakta mesin Cuckoo tersebut tidak dipasang atau tidak digunakan adalah tidak benar apabila SD2 mengesahkan mesin tersebut berfungsi dan dalam keadaan baik. [211] Pihak pembelaan juga tidak memanggil agen Cuckoo untuk mengesahkan atau menyokong keterangan OKT yang mengatakan bahawa mesin Cuckoo telah rosak. Maka, tiada keterangan saksi kredibel dan competent yang boleh menyangkal keterangan SP21 dan SP22. Saya juga mendapati bahawa OKT mendakwa dia tidak berada di rumah semasa mesin Cuckoo tersebut diservis dan diperbaiki oleh SP21 dan SP22. Namun, saya dapati keterangan OKT tidak disokong oleh mana-mana saksi yang dipanggil untuk mengesahkan keberadaan OKT di luar rumah pada masa berkenaan. [212] Saya merujuk kepada keterangan SP21 yang telah menjelaskan bahawa pada 17.5.2021, jam lebih kurang 11.30 pagi, beliau telah datang ke Kondominium Irama Wangsa tersebut untuk menjalankan servis mesin penapis air Cuckoo tersebut. Dalam tempoh tersebut, SP21 telah berjumpa dengan OKT. SP21 selanjutnya mengesahkan bahawa berdasarkan servis yang dilakukannya, ia menunjukkan mesin penapis air tersebut dalam keadaan baik. SP21 juga telah mengemukakan borang “Natural Care Services” (NCS) bertarikh 19.5.2021 (ekshibit P205 [10], [13], [26]) bagi menyokong keterangannya. [213] Pada 24.5.2021, jam lebih kurang 12.00 tengah hari, SP22 tiba di Kondominium Irama Wangsa untuk membaiki adapter pada mesin penapis air Cuckoo. SP22 juga telah berjumpa OKT ketika berada di kondominium tersebut. SP22 menerangkan bahawa masalah adapter tidak mengganggu fungsi mesin penapis air tersebut. Mesin penapis air tersebut masih boleh digunakan untuk air panas dan sejuk. Dokumen-dokumen tersebut telah dikemukakan bagi menyokong keterangan SP22: Profile Pekerja Cuckoo oleh SP22 (P213); Intensive Care Services (ICS) Report oleh SP22 (P205 [17], [27], [29]); gambar semasa servis dibuat di rumah OKT (P219 [1] - [5]); dan Resit ICS Reinstallation (P205 [8] dan [28]). [214] Berdasarkan keterangan SP5, SP8, SP21 dan SP22 yang disokong dengan bukti dokumentar, P205 (10), (13), (26), ekshibit P213, ekshibit P205 (17), (27), (29), ekshibit P219 (1 - 5), dan ekshibit P205 (8) dan (28), saya mendapati bahawa dalam tempoh masa antara bulan Februari hingga Jun 2021, mesin penapis air Cuckoo adalah dalam keadaan baik dan masih boleh digunakan untuk menghasilkan air panas dan juga sejuk.” 10. Pembelaan Perayu [141] HMS juga telah dikatakan gagal membuat pertimbangan bahawa pembelaan Perayu bukanlah pembelaan penafian, direkacipta mahupun pemikiran terkemudian. Menurut pembelaan Perayu, kesemua kecederaan yang dialami oleh SP18 berlaku dalam satu kejadian sahaja yang berlaku sekitar 6.5.2021 hingga 9.5.2021 semasa Perayu tiada di rumah. Menurut Perayu, SP18 dan Balqies telah bergaduh. SP18 dikatakan telah mengamuk dan lari ke dapur dan telah menarik rak di bilik laundry yang berisi thermos pemanas air jenama Trio Cuisine 5.5. liter. Thermos tersebut dikatakan terjatuh, terbuka dan menimpa SP18. Air panas di dalam thermos tersebut telah tertumpah pada tangan, leher, kaki dan badan SP18 apabila SP18 tergelincir. [142] Mahkamah ini membandingkan versi Perayu yang mengatakan kecederaan SP18 terhasil dari satu insiden sahaja dengan keterangan saksi-saksi perubatan mengenai kecederaan yang dialami oleh SP18. Perlu diulangi bahawa saksi-saksi perubatan yang di antaranya adalah saksi-saksi pakar telah membuat penemuan bahawa kecederaan yang dialami oleh SP18 adalah “non-accidental injury”. [143] SP2, doktor perubatan yang telah memeriksa SP18 telah menyatakan bahawa kecederaan yang dialami oleh SP18 sebagai “it’s a physical abuse which is not self-inflicted”. [144] SP3 yang merupakan doktor pakar pediatrik yang juga telah memeriksa SP18 menyatakan bahawa terdapat banyak kesan luka lama pada muka, leher kiri, bahagian belakang, perut dan peha kanan Bella. Kesan luka terkini pada kedua-dua belah lengan Bella dibalut semasa pemeriksaan. SP3 juga menyatakan terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa Bella telah didera. [145] SP4 yang bertugas sebagai pegawai perubatan di Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, Hospital Kuala Lumpur di mana SP18 telah dirujuk kepadanya telah menyatakan bahawa terdapat luka yang terbuka di kedua-dua lengan bawah SP18. Hasil pemeriksaan SP4 juga menunjukkan terdapat kesan-kesan parut di muka, kepala, abdomen dan bahagian belakang badan SP18. SP4 menjelaskan bahawa kesan-kesan parut tersebut terjadi akibat daripada luka lecuran atau luka terbakar yang lama. SP4 telah merawat luka-luka tersebut dengan memberikan ubat berkaitan dan juga membuat dressing ke atas luka-luka tersebut. SP4 seterusnya telah menjelaskan anggaran usia bagi luka-luka yang terdapat di seluruh badan SP18 dan menjelaskan bahawa usia parut di bahagian kepala SP18 adalah dalam lingkungan 3, 4 atau 5 bulan. Bagi kesan luka di leher dan bahagian belakang badan SP18 usianya dalam lingkungan 2 minggu ke 1 bulan. Merujuk kepada luka terbuka di lengan kanan SP18 seperti di gambar P6 (8), SP4 menyatakan bahawa ia berusia dalam lingkungan 2 minggu ke 1 bulan. SP4 selanjutnya menjelaskan bahawa jangka masa luka terbuka di lengan kiri SP18 seperti di gambar P6 (9) dan (10) adalah dalam lingkungan 10 hari ke satu bulan. SP4 selanjutnya menyatakan bahawa terdapat banyak luka dan kesan luka di badan SP18, yang tidak mungkin disebabkan oleh satu punca atau satu kejadian sahaja. [146] SP15 merupakan doktor pakar pembedahan plastik yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur. Pada 26.6.2021, SP15 telah membuat pemeriksaan perubatan ke atas SP18. SP15 telah merawat luka di kedua-dua belah tangan SP18. Beliau bertanggungjawab mencuci luka SP18 dan membuat ‘dressing’ luka SP18. Sepanjang SP15 merawat SP18 beliau dapati bahawa kecederaan yang dialami SP18 adalah serius di mana luka-luka tersebut mengambil masa untuk sembuh. Beliau mengatakan bahawa luka di kedua-dua belah tangan SP18 adalah luka lecuran tahap “Second Degree Burn” dan ianya bukan disebabkan oleh kemalangan (“non accidental injuries”) atau kecederaan yang dibuat sendiri (“self-inflicted injuries”). [147] Terdapat ‘overwhelming evidence’ yang mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami oleh SP18 bukanlah terhasil dari satu insiden sahaja dan keterangan-keterangan perubatan tersebut dan dinilai bersama keterangan saksi-saksi pendakwaan SP5, SP8 dan SP1, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS bahawa pembelaan Perayu gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. [148] Mahkamah ini juga mendapati bahawa HMS telah membuat penilaian yang terperinci mengenai pembelaan Perayu dan tidak ada sebab untuk mahkamah ini mengusik dapatan HMS. Dapatan HMS di peringkat pembelaan dikemukakan di sini: “Keputusan di Akhir Kes Pembelaan [170] Di peringkat akhir kes pembelaan, saya perlu memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kedua-dua pertuduhan terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah atau sebaliknya. Namun, sebelum memutuskan sedemikian, saya mempunyai tugas untuk meneliti semula keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan sepanjang perbicaraan kes pendakwaan dan juga kes pembelaan. Tugas ini adalah selaras dengan seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) yang menyatakan: "(1) At the conclusion of the trial, the court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. (2) If the court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the court shall find the accused guilty and he may be convicted on it. (3) If the court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the court shall record an order of acquittal." [171] Kes Md Zainudin bin Raujan v. Public Prosecutor [2013] 4 CLJ 21 menerangkan pemakaian seksyen 182A tersebut dengan menyatakan: "At the conclusion of the trial, s. 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well - established principles enunciated in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. [172] Pada peringkat kes pembelaan ini, persoalan utama yang perlu saya rungkaikan adalah, sama ada saya boleh menerima penjelasan saksi-saksi pembelaan. Sekiranya saya menerima penjelasan mereka, sudah pasti saya perlu melepaskan OKT. Langkah seterusnya, walaupun sekiranya saya tidak mempercayai penjelasan pihak pembelaan, tidak semestinya saya perlu mensabitkan OKT. Ini kerana, OKT masih berhak dilepaskan dan dibebaskan sekiranya pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Panduan undang-undang yang mantap ini telah digariskan di dalam kes Mat v. Public Prosecutor (1963) 1 MLJ 263 yang memutuskan seperti yang berikut: "The position may be conveniently stated as follows:- (a) If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused's guilt.....Convict. (b) If you accept or believe the accused's explanation........ Acquit. (c) If you do not accept or believe the accused's explanation.. Do not convict but consider the next steps below. (d) If you do not accept or believe the accused's explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt...........Convict. (e) If you do not accept or believe the accused's explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt...... Acquit." [173] Maka, di peringkat kes pembelaan ini, adalah memadai untuk pihak pembelaan menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan sebagaimana yang dijelaskan dalam kes Hiew Min Yong v. PP [2001] 5 MLJ 1. [174] Berkenaan dengan tahap keraguan munasabah yang diperlukan untuk menyangkal kes Pendakwaan dalam satu perbicaraan jenayah, saya merujuk kepada panduan yang diberikan oleh kes PP v. Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16 yang memutuskan bahawa: “A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence”. [175] Dengan berpegang kepada otoriti-otoriti yang tersebut di atas, saya telah meneliti semula keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan sepanjang perbicaraan kes pendakwaan dan seterusnya meneliti keseluruhan keterangan OKT dan juga saksi-saksi pembelaan di peringkat kes pembelaan. Secara khususnya, saya juga telah membuat analisis terhadap pembelaan OKT bagi kedua-dua pertuduhan. Penemuan Mahkamah di Akhir Kes Pembelaan bagi Pertuduhan Pertama dan Pertuduhan Kedua [176] Berdasarkan kepada pertuduhan pertama, OKT telah dituduh mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak Bella mengalami kecederaan fizikal dan emosi. Bagi pertuduhan kedua pula, OKT telah dituduh menganiaya iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi. Pada peringkat kes pendakwaan sebelum ini, saya telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen-elemen bagi pertuduhan pertama dan juga elemen-elemen bagi pertuduhan kedua, selaras dengan seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Keterangan Pembelaan OKT [177] Saya telah meneliti keterangan pembelaan, secara ringkasnya, OKT menumpukan kepada tiga isu yang menjadi asas kepada pembelaannya. Tiga isu tersebut adalah seperti yang berikut: (1) OKT menafikan bahawa Bella mengalami kecederaan emosi memandangkan tiada bukti menunjukkan Bella mengalami PTSD atau gangguan stres pasca trauma; (2) OKT telah mengamanahkan jagaan Bella kepada SP5 yang berada di tempat kejadian semasa insiden Bella terkena air panas berlaku; dan (3) keterangan pembelaan utama yang menjadi sandaran OKT adalah dakwaan bahawa Bella telah cedera akibat daripada insiden kemalangan terkena air panas dari termos yang berlaku di bilik laundry, Kondominium Irama Wangsa tersebut. [178] Pertama, saya akan merujuk kepada keterangan OKT yang menafikan bahawa Bella mengalami kecederaan emosi. Di akhir kes pendakwaan, saya telah memutuskan bahawa keterangan SP1, SP3, SP4, SP5, SP8 dan SP14 telah berjaya membuktikan Bella mengalami kecederaan emosi akibat daripada insiden-insiden yang berlaku semasa beliau dipelihara oleh OKT. Dalam peringkat kes pembelaan, pihak OKT telah memanggil Dr. Abdul Rahman bin Ahmad Badayai (SD8) untuk menyangkal keterangan-keterangan yang menunjukkan bahawa Bella telah mengalami kecederaan emosi. Dengan merujuk kepada keterangan SP14, SD8 berpendapat bahawa dengan satu insiden Bella mengigau, Bella tidak boleh dikatakan telah menderita Post-traumatic stress disorder (PTSD) atau gangguan stres pasca trauma. Ini kerana simptom PTSD memerlukan tempoh pemerhatian minimum selama sebulan, sebelum seseorang boleh disahkan mendapat PTSD. [179] Setelah meneliti keterangan SD8, saya mendapati masalah tidak dapat tidur malam, termasuk simptom yang dialami Bella seperti mengigau dan menjerit semasa waktu tidur, walaupun bukan PTSD, tetapi ia boleh dikategorikan sebagai kecederaan emosi. Ini kerana, menurut SD8, iaitu saksi pihak pembelaan sendiri, PTSD adalah kemuncak kecederaan emosi. Justeru, adalah selamat dan tepat untuk saya memutuskan bahawa Bella juga telah mengalami kecederaan emosi akibat daripada apa yang berlaku semasa beliau dipelihara oleh OKT. Saya juga telah memutuskan bahawa kecederaan emosi tersebut, sebagaimana yang telah diterangkan oleh SP1, SP3, SP4 SP5, SP8 dan SP14, adalah menepati tafsiran kecederaan emosi di bawah seksyen 17(2)(b) Akta Kanak-Kanak 2001. Oleh itu, keterangan pihak pendakwaan yang menunjukkan Bella mengalami kecederaan emosi masih kekal utuh (“intact”) dan tidak tergugat dengan keterangan pihak pembelaan. [180] Pembelaan kedua OKT merujuk kepada dakwaan bahawa OKT telah mengamanahkan jagaan Bella kepada SP5 yang berada di tempat kejadian, kononnya semasa insiden Bella terkena air panas berlaku. Ketika menghujahkan isu ini, OKT menyatakan bahawa Bella bukan berada di bawah pengawasan dan jagaannya kerana OKT berada di tempat kerja iaitu di Rumah Bonda. Pihak pembelaan menghujahkan bahawa situasi tersebut adalah sama dengan mana-mana ibu bapa lain yang perlu bekerja dan meninggalkan anak dengan orang dewasa lain. Sekiranya kecederaan berlaku (merujuk kepada kes-kes yang dilaporkan) pengasuh, penjaga, atau orang dewasa yang menjaga kanak-kanak tersebut pada ketika itu yang akan didakwa di Mahkamah. [181] Saya mendapati dakwaan OKT bahawa SP5 yang wajar dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku terhadap Bella adalah dakwaan yang sangat lemah, tidak munasabah dan wajar ditolak. Saya memutuskan bahawa tindakan OKT memindahkan tanggungjawab menjaga Bella kepada Yasmin pada tempoh masa seperti yang didakwa (sekiranya benar berlaku) adalah tidak sah, tidak wajar dan melanggar perintah Mahkamah P43, berdasarkan alasan-alasan yang berikut: (i) Tindakan itu jelas bertentangan dengan Perintah Mahkamah bertarikh 24.9.2020 (ekshibit P43) yang mensyaratkan bahawa Bella tidak boleh dipindah hak penjagaannya kepada orang lain tanpa proses yang sah di sisi undang-undang. P43 juga meletakkan syarat supaya Bella perlu diberi pendidikan dan kasih sayang tanpa diskriminasi dengan kanak-kanak lain, tiada pengabaian dan juga penganiayaan. Dalam isu ini juga, saya merujuk kepada sikap OKT yang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati perintah Mahkamah. Ketika diperiksa balas oleh pihak pendakwaan sama ada OKT memahami syarat- syarat perintah P43, OKT menyatakan dia tidak tahu syarat-syarat perintah P43 tersebut. Jawapan OKT adalah mengelirukan dan saya juga ada mencatatkan demeanour OKT semasa memberi jawapan dalam nota prosiding menurut s.271 KTJ. SP12 dengan jelas telah menerangkan bahawa syarat-syarat yang tertera dalam perintah tersebut telah diterangkan olehnya kepada OKT. Berikut adalah keterangan SP12 yang mengesahkan bahawa beliau telah menerangkan kepada OKT syarat-syarat P43 tersebut: “S To rephrase that question, Tuan. Apa tindakan Encik Imran setelah perintah jagaan tetap tersebut dikeluarkan? Selepas perintah jagaan tetap itu dikeluarkan oleh Mahkamah bagi Kanak-Kanak Kuala Lumpur pada 24/09/2020, saya telah terangkan dan jelaskan pada Siti Bainun berkenaan dengan perintah tersebut. Dan Siti Bainun juga telah saya serahkan satu perintah jagaan tetap yang dikeluarkan oleh Mahkamah bagi Kanak-Kanak Kuala Lumpur.” (ii) Tindakan OKT memberikan tanggungjawab kepada SP5 yang masih muda (berumur 18 tahun) untuk menjaga 4 orang kanak-kanak, Bella, Balqies, Aida dan Tulus Jiwa adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima, tidak munasabah serta tidak bertanggungjawab. Adalah tidak wajar untuk meminta remaja berusia 18 tahun mengawasi dan menjaga 4 orang kanak-kanak, (dua daripadanya sindrom down). Saya berpendapat bahawa tindakan OKT yang meninggalkan 4 kanak-kanak tanpa mengadakan persediaan sewajarnya bagi pengawasan yang berpatutan adalah bertentangan dengan seksyen 33 AKK 2001 yang memperuntukkan: “33. Mana-mana orang, yang merupakan ibu atau bapa atau penjaga atau orang yang pada masa itu mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak, yang meninggalkan kanak-kanak itu— (a) tanpa mengadakan persediaan bagi pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan bagi kanak-kanak itu; (b) selama suatu tempoh yang tidak berpatutan memandangkan semua hal keadaan; atau (c) dalam keadaan yang tidak berpatutan memandangkan semua hal keadaan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan” (iii) SP5 adalah salah seorang penghuni Kondominium Irama Wangsa tersebut. Beliau bukanlah seorang amah atau pengasuh yang dibayar gaji untuk menjaga dan memelihara keempat-empat kanak-kanak tersebut ketika OKT keluar bekerja. . [182] Saya seterusnya merujuk kepada pembelaan utama OKT berkaitan dakwaan kemalangan yang melibatkan Bella di bilik dobi. OKT mengatakan satu-satunya kejadian yang menyebabkan kecederaan ke atas Bella adalah Bella terkena air panas dari termos di bilik dobi. OKT menerangkan bahawa pada tarikh antara 6 hingga 9.5.2021, OKT bersama Noor Marliana binti Ramlee (“SD3”) telah keluar dari Kondominium Irama Wangsa untuk bekerja di Rumah Bonda. Pada hari tersebut, OKT telah meninggalkan Bella bersama-sama empat (4) orang yang lain iaitu Yasmin (“SP5”), Balqies, Aida dan Tulus Jiwa di Kondominium Irama Wangsa tersebut. [183] OKT menerangkan bahawa ketika sedang bekerja, dia telah menerima panggilan telefon dari Yasmin (SP5) yang menceritakan kejadian pergaduhan antara Bella dan Balqies yang menyebabkan tumpahan air dari termos ke atas Bella. Insiden kemalangan yang mencederakan Bella tersebut berlaku di bilik laundry. [184] OKT menyatakan bahawa Bella ketika kemalangan itu berada dalam jagaan SP5 yang telah diamanahkan olehnya untuk menjaga semua kanak-kanak tersebut. Maka, OKT mendakwa bahawa kecederaan yang dialami Bella berlaku semasa Bella dalam jagaan SP5. Dakwaan OKT berkenaan insiden kemalangan tersebut disokong oleh keterangan saksi pembelaan SD3. Saksi pembelaan Nor Hazirah binti Masling (“SD2”) juga mendakwa bahawa insiden Bella terkena air panas sebenarnya berlaku kerana SP5 sendiri yang menceritakan insiden kemalangan tersebut kepadanya. [185] Adalah menjadi hujahan pihak pembelaan bahawa dakwaan Bella terkena air panas dari termos di bilik laundry adalah “rebutting evidence” yang dikemukakan untuk menyangkal bukti prima facie bahawa OKT telah mengabaikan dan mendera Bella sebagaimana pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua. Setelah meneliti “evidence in rebuttal” tersebut, saya memutuskan bahawa keterangan berkenaan insiden kemalangan Bella terkena air panas adalah wajar ditolak, atas alasan-alasan seperti yang berikut: (i) Keterangan OKT berkaitan insiden kemalangan Bella terkena air panas adalah keterangan dengar cakap, “hearsay evidence”. [186] Keterangan OKT berkaitan insiden kemalangan Bella terkena air panas adalah keterangan dengar cakap atau “hearsay evidence”. OKT tidak berada di tempat kejadian dan tidak menyaksikan kejadian yang didakwa berlaku tersebut. OKT mendakwa kejadian tersebut diceritakan oleh SP5 dan melibatkan Bella, Balqies dan Aida. Namun begitu, SP5 menyatakan kejadian tumpahan air panas tersebut tidak pernah berlaku. Bella pula tidak pernah mengesahkan kejadian tersebut berlaku walaupun telah dipanggil memberikan keterangan. Balqies dan Aida telah ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan. Namun Balqies dan Aida tidak dipanggil oleh pihak pembelaan sebagai saksi untuk mengesahkan sama ada insiden kemalangan berkenaan air panas tersebut benar-benar berlaku. [187] Peguambela OKT berhujah bahawa kegagalan memanggil Aida dan Balqies untuk melengkapkan dan memperkukuhkan naratif pendakwaan adalah fatal dan membawa kepada satu inferens, sekiranya saksi-saksi ini dibawa, ia adalah tidak akan membantu kes pendakwaan. Peguambela OKT merujuk kes Ti Chuee Hiang v Public Prosecutor [1995] 2 MLJ 433 sebagai sokongan. Peguambela OKT juga berhujah kegagalan memanggil saksi-saksi material di dalam kes ini termasuklah Aida, Balqies, Syahirah dan Hani Azura adalah satu salah laku keadilan (miscarriage of justice) melalui kegagalan tersebut. [188] Pihak pendakwaan pula berhujah bahawa tanpa memanggil Balqies dan Aida, ianya tidak menjejaskan kes pendakwaan. Keterangan SP5 adalah keterangan yang kredibel dan telah pun diterima oleh Mahkamah. Keterangan SP5 telah disokong oleh keterangan SP8 dan saksi-saksi pendakwaan yang lain. Pihak pendakwaan merujuk kepada seksyen 134 Akta Keterangan 1950 dan kes Khoon Chye Hin v. Public Prosecutor [1961] MLJ 105 untuk menyokong hujahannya. [189] Mengenai isu pembuktian ini, peguambela perlu memahami apakah naratif atau versi yang ingin pihak pembelaan buktikan. Naratif yang telah dibuktikan secara prima facie oleh pihak pendakwaan adalah kecederaan lecur di tangan dan badan Bella adalah akibat simbahan dan pancutan air panas oleh OKT, selain itu Bella juga telah ditekap dengan objek panas oleh OKT. Naratif pendakwaan telah dibuktikan berdasarkan keterangan langsung, atau direct evidence SP5 yang disokong dengan keterangan saksi-saksi pakar SP2, SP3, SP4, SP15 dan seterusnya disokong juga oleh keterangan Bella. Dapatan ini telah saya putuskan di akhir kes pendakwaan. [190] Peguambela OKT sepatutnya faham, sekiranya pembelaan ingin mengemukakan naratif yang berbeza, mereka perlu mengemukakan bukti kerana beban pembuktian versi pembelaan adalah di bahu mereka. Tambahan pula, pihak pendakwaan telah menawarkan saksi-saksi pendakwaan yang tidak dipanggil iaitu Balqies dan Aida. OKT mendakwa kecederaan Bella tersebut adalah disebabkan insiden terkena air panas dari termos di bilik dobi, yang telah disaksikan oleh Bella, SP5, Aida dan Balqies. Versi yang sangat berbeza daripada versi pendakwaan yang telah dibuktikan secara prima facie. SP5 ketika diperiksa balas telah menafikan insiden terkena air panas dari termos tersebut dan ketika Bella memberikan keterangan, insiden terkena air panas dari termos ini tidak pernah disahkan berlaku oleh Bella. Peluang yang ada untuk pihak pembelaan membuktikan versinya adalah dengan memanggil Aida dan Balqies untuk menyokong keterangan OKT. Namun, peguambela OKT tidak berbuat demikian. Selain itu, Mahkamah ini juga telah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menemubual saksi-saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan, termasuk Balqies dan Aida, sebelum kes pembelaan bermula. Apa yang jelas, pihak pembelaan yang enggan dan menolak untuk memanggil mereka atas sebab-sebab yang mereka sendiri sedia maklum. Hujahan peguambela yang menuntut Mahkamah membuat “inference” yang memihak kepada OKT dan mendakwa tindakan pendakwaan adalah “miscarriage of justice” adalah satu dakwaan yang dangkal dan tidak berasas. Untuk lebih memahami pemakaian seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950, rujukan wajar dibuat kepada panduan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Ghasem Hozouri Hassan v. PP [2018] 6 CLJ 133 yang menyatakan: “[48] The law pertaining to s. 114(g) of the Evidence Act is settled. Under s. 114(g) of the Evidence Act 1950, the court may presume that evidence which could be and is not produced would if produced be unfavourable to the person who withholds it. The usage of the word 'may' gives the discretion to the court whether or not to invoke the adverse inference to a given set of facts. It is not a mandatory inference. To draw an adverse inference against the prosecution, the court must be satisfied that the witness that was not offered was a material witness, the prosecution purposely withholds evidence which it possessed and which was always available; and that what the prosecution did was done with an ulterior motive to frustrate the defence. (Nanda Kumar Kunyikanan & Anor v. PP [2011] 8 CLJ 406). [49] The aforesaid authority above set out is the correct position of the law, that is, court will not invoke an adverse inference against prosecution if it believes that the facts and/or the prosecution's reasons for not calling the supposed material witnesses show no cause for it. Moreover, the prosecution only needs to produce witnesses who are necessary in the unfolding of its complete narrative, that is, to prove the essential elements of the crime and in this case, custody, control, and knowledge. Applying the above principles to our present case, we are satisfied that there was no evidence to suggest even the slightest inkling that the prosecution withheld testimonies by Javad @ Hasan Tiren and Samaneh Momen in a deliberate scheme to impair the truth or frustrate the appellant's defence.” (ii) OKT gagal memaklumkan serta berbincang dengan Encik Imran (SP12) sebagai Pegawai Pelindung Bella apabila timbul masalah [191] Pada 24.9.2020, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah supaya Bella diletakkan dalam jagaan OKT sehingga Bella mencapai umur 18 tahun ("Ekshibit P43"). Berdasarkan P43 (perenggan 3), OKT sebagai orang yang telah diperintahkan untuk memelihara Bella hendaklah memaklumkan serta berbincang dengan Encik Imran (SP12) sebagai Pegawai Pelindung Bella apabila timbul sebarang masalah. OKT tidak memaklumkan Encik Imran dengan segera mengenai kejadian kecederaan Bella akibat air panas dari termos di laundry yang dikatakan berlaku pada tarikh lebih kurang 6 ke 9 Mei 2021. Tetapi OKT hanya memaklumkan SP12 pada 24.6.2021 melalui aplikasi WhatsApp ketika Bella telah dibawa ke hospital. Walau bagaimanapun, mesej WhatsApp OKT kepada SP12 (Ekshibit P36) adalah bercanggah dengan keterangan OKT bahawa Bella lari ke dapur, berebut sesuatu dengan Balqies dan terkena air panas di laundry. Di muka surat 5, mesej OKT kepada SP12 hanya menyatakan: “dia suka sangat buka tempat air panas” dan dalam mesej WhatsApp itu juga OKT menyatakan: “da banyak kali kena”, Kegagalan OKT memaklumkan kejadian ini kepada Encik Imran dalam tempoh yang munasabah selepas kejadian berlaku dan seterusnya menghantar mesej yang bercanggah dengan kejadian yang dikatakan berlaku, menunjukkan OKT mereka-reka cerita berkenaan dengan kejadian air panas tumpah di bilik dobi. (iii) Bella didakwa telah dibawa ke Klinik Setapak dan Surgeri, Prima Setapak selepas hampir sebulan kejadian berlaku iaitu pada 2.6.2021 [192] Pada tarikh antara 6 ke 9 Mei 2021, OKT mendakwa Bella cedera akibat air panas tertumpah dari termos yang jatuh lalu menyebabkan kecederaan melecur yang teruk. Namun, Bella didakwa telah dibawa ke Klinik Setapak dan Surgeri, Prima Setapak selepas hampir sebulan kejadian berlaku iaitu pada 2.6.2021. Tindakan OKT membawa Bella atau merujuk kecederaan Bella kepada Doktor selepas hampir sebulan kejadian yang menyebabkan kecederaan serius kepada Bella adalah tidak munasabah. Kedua-dua keterangan ini adalah bercanggah di antara satu sama lain. Ini menunjukkan insiden kemalangan air panas tersebut sebenarnya tidak pernah berlaku. (iv) Dakwaan SD2 kononnya SP5 telah menceritakan kepadanya tentang insiden kemalangan yang menyebabkan Bella terkena air panas adalah “afterthought” [193] .SD2 mendakwa bahawa SP5, Yasmin telah menceritakan kepada beliau tentang insiden kemalangan yang menyebabkan Bella terkena air panas. Namun begitu, dakwaan SD2 ini tidak pernah ditanyakan atau dicadangkan kepada mana-mana saksi pendakwaan terutamanya SP5 untuk mengesahkan perbualan antara SP5 dan SD2. Nama SD2 juga tidak pernah ditimbulkan atau disebut semasa peringkat pendakwaan sehinggalah beliau hadir di Mahkamah sebagai saksi pembelaan. Keterangan SD2 berkenaan insiden kemalangan tersebut bersifat pemikiran terkemudian (“afterthought”), maka dakwaan mengenai insiden kemalangan Bella terkena air panas ini wajar ditolak. (v) Kecederaan yang dialami oleh Bella mencakupi hampir keseluruhan badan dan bukan pada bahagian tertentu [194] Sekiranya termos terjatuh ke atas badan Bella, dan menyebabkan penutupnya terbuka, lalu air panas tertumpah dan terkena pada badan Bella, secara logiknya ia akan menyebabkan luka lecur pada bahagian tertentu sahaja dan bukan kecederaan yang mencakupi hampir keseluruhan badan sebagaimana yang dialami oleh Bella. Oleh itu, dakwaan luka-luka yang dialami oleh Bella diakibatkan oleh satu insiden kemalangan adalah tidak munasabah dan wajar ditolak. (vi) Keterangan daripada saksi-saksi pakar mengesahkan bahawa kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Bella bukan terhasil dari satu insiden sahaja [195] Para doktor yang menjadi saksi pendakwaan juga telah mengesahkan bahawa kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Bella bukan terhasil dari satu insiden sahaja. Dr. Meenambigai, SP2 mengesahkan bahawa terdapat banyak luka-luka di badan mangsa serta “burn wounds” dan “multiple scar” serta “patches here and there”, dan berpendapat ianya adalah “suspected non accidental injury” (NAI) dan ianya berlaku dalam masa yang berlainan (It did not happen at the same time. It happen at multiple different times). Dr. Nizam, SP3 menjelaskan bahawa kecederaan-kecederaan di badan Bella berlaku pada masa-masa yang berbeza, berlaku lebih sekali dalam peringkat-peringkat masa yang berbeza. Dr. Sridar, SP4 pula menjelaskan bahawa kecederaan berlaku pada masa yang berlainan kerana ada kecederaan yang telah sembuh dan ada kecederaan yang belum sembuh. Dapatan Dr. Salmi, SP15 pula menyatakan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Bella tidak mungkin disebabkan oleh satu insiden sahaja. Keterangan doktor-doktor tersebut adalah keterangan pakar yang diperuntukkan di bawah seksyen 45 Akta Keterangan 1950. OKT juga tidak pernah mengemukakan keterangan pakar yang boleh menyangkal keterangan mereka. Oleh itu, adalah jelas bahawa dapatan dan pengesahan doktor-doktor tersebut jelas menolak dakwaan OKT bahawa kecederaan-kecederaan Bella disebabkan oleh satu insiden kemalangan. (vii) Ketiadaan rekod panggilan yang menunjukkan SP5 menelefon OKT pada tarikh dan masa sebagaimana OKT katakan [196] OKT mendakwa bahawa SP5 telah menceritakan insiden kemalangan Bella terkena air panas tersebut melalui panggilan telefon. Namun OKT tidak mengemukakan sebarang rekod panggilan telefon yang menunjukkan SP5 menelefon OKT pada tarikh dan masa sebagaimana yang dikatakan oleh OKT. Untuk mendapatkan rekod panggilan tersebut bukannya perkara yang sukar. Dalam kes ini saya dapati dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh pihak pembelaan mencecah ratusan dokumen. Namun, rekod panggilan yang penting ini tidak dikemukakan oleh pihak pembelaan, sedangkan ia adalah bukti penting untuk menunjukkan bahawa perbualan telefon antara SP5 dan OKT benar-benar berlaku. (viii) Pengakuan OKT bahawa terdapat kecederaan pada badan Bella sebelum Mei 2021 [197] OKT sendiri mengakui terdapat kecederaan pada badan Bella sebelum Mei 2021. Ketika disoal balas, OKT sendiri bersetuju bahawa kecederaan memang sudah ada pada tangan kiri Bella pada bulan Mac dan April, 2021. Berdasarkan jawapan OKT sendiri yang mengesahkan kecederaan di tangan kiri Bella sudah ada sejak bulan 3 dan 4, 2021, ia jelas membuktikan bahawa kecederaan-kecederaan Bella bukan disebabkan oleh insiden kemalangan terkena air panas tersebut yang kononnya berlaku antara 6 hingga 9 Mei 2021. (ix) Percanggahan keterangan antara SD2 dan OKT mengenai kejadian kemalangan yang berlaku [198] SD2 mendakwa telah mengakui dan memberitahunya tentang kejadian insiden air panas terkena badan Bella. Namun begitu, perincian keterangan SD2 berkaitan kejadian tersebut adalah berbeza dengan penceritaan daripada OKT sendiri. SD2 menerangkan bahawa SP5 telah disuruh untuk membawa Bella ke tandas dan menyiram air di tempat yang terkena air panas. Namun begitu, OKT tidak pernah sekali-kali menyebut dalam keterangannya berkenaan pernah meminta SP5 melakukan perkara tersebut. Oleh itu, terdapat percanggahan yang ketara antara keterangan SD2 dan OKT mengenai insiden tersebut. Keterangan SD2 semasa pemeriksaan utama diturunkan seperti berikut:- Siapa bergaduh? Balqies dengan Bella Yasmin cerita siapa tarik Bella? Diorang lah,Yasmin Balqies tarik Bella masuk toilet alirkan air dekat tempat air panas.sementara tunggu Bonda balik, Bonda suruh tarik Bella masuk toilet Bonda ni SB dan tiada di rumah waktu ini? Betul” [199] Berdasarkan keterangannya, OKT hanya memberitahu dia bergegas pulang dan tidak menyatakan telah memberi apa-apa pesanan kepada sebagaimana yang diceritakan oleh SD2. Percanggahan ini menunjukkan bahawa kejadian tersebut sebenarnya tidak pernah berlaku. Berikut adalah keterangan OKT di dalam pernyataan saksinya, PS-SD1(A) di muka surat 58 mengenai kejadian kemalangan tersebut yang bercanggah dengan keterangan SD2:- “Yang saya ingat dia beritahu saya Bella terkena air panas. Saya bergegas balik. Mestilah saya panik bila dengar apa yang terjadi. Saya sampai dan mendapati Yasmin telah tiada di rumah” 11. Ketidakhadiran peguam Perayu semasa Perayu membaca Pernyataan Saksinya [149] Isu terakhir yang dapat disimpulkan dalam petisyen rayuan Perayu ialah mengenai dakwaan Perayu bahawa dia dipaksa untuk meneruskan pembelaannya tanpa kehadiran peguam semasa di peringkat pembelaan. Di atas dakwaan ini, HMS telah menerangkan seperti berikut: “Isu-isu Berbangkit di Peringkat Kes Pembelaan (1) Sama ada tindakan Hakim mengarahkan OKT membacakan pernyataan saksinya tanpa diwakili peguam memprejudiskan OKT [200] Untuk memperhalusi isu ini, adalah penting untuk saya jelaskan kronologi prosiding yang berkaitan untuk menunjukkan bahawa terdapat pelbagai isu yang timbul pada permulaan perbicaraan kes pembelaan, terutamanya penarikan diri oleh semua peguam OKT. Pada mulanya, OKT telah diwakili oleh 5 orang peguambela (dari 5 firma guaman berlainan). Mereka adalah Nur A'minahtul Mardiah binti Md. Nor, Nurul Hafidzah binti Hassan, Nur Ellena binti Mohamed Razif, Asiah binti Abd Jalil dan Mohammad Farhan bin Maaruf. Pada mulanya tarikh kes pembelaan telah ditetapkan pada 5, 6, 7, 8 dan 9 Disember 2022. Namun, pada tarikh-tarikh tersebut kes tidak dapat dijalankan kerana OKT dimasukkan ke wad hospital dan mendapat cuti sakit. [201] Pada 9.12.2022, saya telah menetapkan tarikh-tarikh perbicaraan lanjut bagi kes pembelaan. Tarikh-tarikh perbicaraan kes pembelaan yang telah ditetapkan adalah terdiri dari tarikh-tarikh yang dipersetujui oleh pihak-pihak dan juga tarikh-tarikh tambahan yang Mahkamah tetapkan. Tarikh bicara pembelaan telah ditetapkan pada: 5, 6, 16, 17, 18, 19, 20, 26, 27 Januari 2023; 20, 21, 22, 23, 24, 27, 28 Februari 2023 dan 6, 7, 8, 9, 10, 27, 28, 29, 30 Mac 2023. Sebanyak 25 hari ditetapkan bagi memastikan ia mencukupi untuk perbicaraan kes pembelaan kerana pihak pembelaan akan memanggil 15 saksi pembelaan (senarai saksi pembelaan bertarikh 24.11.2022), dan jumlah tersebut tidak termasuk saksi-saksi yang mungkin akan dipanggil semula. Walaupun tarikh kes pembelaan tersebut telah ditetapkan, saya menyatakan kepada pihak-pihak bahawa sekiranya terdapat tarikh tersebut yang bertindih dengan kes bicara keutamaan yang lain, maka mereka boleh membuat permohonan berkaitan. Arahan saya ketika prosiding berlangsung dicatatkan seperti yang berikut: “Mah: ..........sekiranya ada permohonan dan sebagainya, tiada masalah untuk saya mempertimbangkan nanti. Masukkan apa-apa surat atau sebagainya, sekiranya benar-benar tidak dapat hadir maklum kepada saya dan saya akan membuat arahan atau perintah sewajarnya untuk tarikh-tarikh tersebut” [202] Tarikh bicara yang sepatutnya berjalan pada 5 dan 6 Januari 2023 telah ditangguhkan kerana terdapat perintah penggantungan prosiding daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pada 16.1.2023 kes ini telah berlangsung untuk peringkat pembelaan. Sebelum perbicaraan dimulakan, Peguam A’minahtul memaklumkan kepada Mahkamah bahawa beliau ingin menarik diri kerana 2 peguambela lain, iaitu Peguam Farhan dan Peguam Ellena telah menfailkan Notis Penarikan diri sebagai peguambela OKT pada 13.1.2023. Peguam Farhan dan Peguam Ellena menarik diri kerana jadual kes mereka yang lain telah bertindih dengan kes di Mahkamah ini. Disebabkan mereka berdua menarik diri maka jadual kehadiran peguam-peguam bagi pihak pembelaan telah terjejas dan oleh itu Peguam A’minahtul juga ingin menarik diri dari mewakili OKT. [203] Berdasarkan rekod, sejak penetapan tarikh-tarikh bicara pembelaan pada 9.12.2022, sehingga 16.1.2023, Mahkamah ini tidak pernah menerima sebarang permohonan untuk melapangkan kes atau menggantikan tarikh-tarikh bicara tertentu atas alasan pertindihan tarikh dengan kes lain. Hanya Tetuan Nurul Hafidzah & Associates yang telah menulis surat bertarikh 27.12.2022 dan menyatakan bahawa beliau tiada tarikh lapang dari Januari sehingga Mac 2023 kerana terdapat kes-kes lain yang telah ditetapkan lebih awal. Namun begitu, saya tidak dapat mempertimbangkan permohonan tersebut kerana tiada perincian berkenaan kes-kes yang dikatakan bertindih untuk saya teliti dan pertimbangkan. Peguam A’minahtul juga mengesahkan bahawa beliau tidak membuat permohonan untuk penangguhan atau penjadualan semula tarikh kerana semua peguambela tersebut telah bersetuju akan hadir ke Mahkamah berdasarkan jadual yang dipersetujui. [204] Saya selanjutnya meminta peguam A’minahtul untuk terus mewakili OKT pada tarikh-tarikh lapang yang telah dipersetujui oleh pihak pembelaan. Namun Peguam A’minahtul menyatakan beliau ingin menarik diri kerana tiada arahan daripada OKT dan OKT ingin melantik peguam yang baru. Apabila OKT diminta mengesahkan perkara tersebut, OKT menyatakan bahawa dia hendak melantik peguam yang baru kerana peguam-peguamnya tidak lapang. Memandangkan kesemua 5 peguambela OKT telah menarik diri, kes bicara pada 17, 18, 19 dan 20 Januari 2023 terpaksa dilapangkan. Saya telah memberikan peluang kepada OKT untuk melantik peguambela yang baru untuk perbicaraan pada 26 dan 27 Januari 2023. OKT menyatakan akan cuba melantik peguambela yang baru pada tarikh-tarikh tersebut. [205] Pada 26.1.2023 OKT masih gagal mendapatkan peguambela yang baru walaupun OKT mempunyai peguam yang mewakili kesnya di Mahkamah Tinggi (bagi kes semakan terhadap pertuduhan kes ini) dan di Mahkamah Rayuan (bagi tindakan sivil berkaitan Rumah Bonda). Setelah saya mempertimbangkan perkara-perkara yang berkaitan, saya telah mengarahkan OKT membaca Pernyataan Saksi OKT (PS-SD1[A]) dan Pernyataan Saksi Tambahan (PS-SD1[B]). OKT hanya diarahkan untuk membaca Pernyataan Saksi yang tidak dibantah oleh pihak pendakwaan. Pernyataan-Pernyataan Saksi tersebut telah disediakan oleh peguam-peguam yang mewakili OKT sebelum ini, dan ia telah diserahkan kepada pihak pendakwaan mengikut prosidur yang ditetapkan. Jadi saya berpendapat tiada isu yang boleh memprejudiskan OKT. Ini kerana, bagi pernyataan-pernyataan saksi yang dibantah oleh pihak pendakwaan, saya tangguhkan pembacaannya sehingga OKT diwakili peguam. OKT telah membacakan pernyataan-pernyataan saksinya yang tidak dibantah pada 26 dan 27.1.2023. Pada 27.1.2023 kes telah ditangguhkan ke 20.2.2023 untuk OKT melantik peguam bagi menjawab bantahan oleh pihak pendakwaan. Pada 20.2.2023, OKT telah diwakili oleh peguam semula. Berikut adalah arahan saya pada 26.1.2023 mengenai perkara tersebut: “Mah: Baiklah, kamu dengar baik-baik ya, arahan saya: Saya telah meneliti ke atas semua fakta, faktor dan perkara yang berkaitan dengan kes ini, khususnya merujuk kepada permohonan kamu untuk menangguhkan kes ini. Perlu saya tekankan, Mahkamah ini mempunyai “absolute discretion” untuk membenarkan atau menolak permohonan penangguhan, namun “such discretion must be excercised judiciously” (rujuk kes Mohd Najib Hj Abd Razak v. PP & Other Appeals (NO 2) [2022] 8 CLJ 378. Dalam kes ini, saya perlu menggunakan budi bicara saya dengan bijaksana, oleh itu, hari ini saya akan memulakan kes pembelaan kamu dengan membacakan pernyataan saksi kamu yang telah diterima oleh pihak pendakwaan dan selaras dengan prosidur berkaitan. Saya mengambil kira pernyataan saksi tersebut yang mempunyai dua volume, pernyataan saksi utama dan tambahan, yang masing-masingnya mempunyai 131 dan 81 muka surat. Saya percaya pembacaan pernyataan-pernyataan saksi tersebut oleh OKT akan mengambil masa yang agak lama dan boleh diselesaikan dalam masa dua hari perbicaraan ini, iaitu hari ini dan esok, 27.1.2023. Saya juga mengambil berat tentang hak kamu OKT untuk diwakili peguam, maka, saya akan menangguhkan pemeriksaan balas pihak pendakwaan terhadap kamu, sehingga ke tarikh bicara yang telah ditetapkan selepas 27.1.2023, iaitu pada 20.2.2023, yang mana saya percaya berdasarkan permohonan kamu, kamu berjanji akan mendapatkan peguam dalam masa lebih kurang sebulan dari 2 surat kamu bertarikh 23.1.2023.” [150] Meneliti nota keterangan mahkamah ini mendapati HMS telah menetapkan 25 hari perbicaraan di peringkat pembelaan dan perlu ditekankan bahawa sepanjang perbicaraan bermula sehingga selesai peringkat pendakwaan, Perayu telah diwakili oleh sepasukan peguambela. Namun demikian bila perbicaraan di peringkat pembelaan bermula dan ditetapkan pada 5 dan 6 Januari 2023, seorang demi seorang peguambela Perayu menarik diri atas alasan tarikh-tarikh yang diberikan oleh HMS adalah tidak sesuai sedangkan tarikh-tarikh tersebut telah lama ditetapkan. Mahkamah ini mendapati penarikan diri peguambela-peguambela Perayu di peringkat pembelaan bermula adalah satu taktik untuk melewatkan perbicaraan. [151] Namun demikian, HMS telah dengan secara berhemah dan adil membenarkan penangguhan bagi Perayu melantik peguam baru bagi mewakilinya dan beberapa penangguhan telah diberikan oleh HMS. Seorang peguam dari YBGK telah kemudiannya hadir mewakili Perayu namun selepas itu Perayu memaklumkan bahawa peguambelanya yang terdahulu akan kembali mewakilinya. [152] Pada 26.1.2023, setelah beberapa penangguhan diberikan, HMS telah mengarahkan Perayu untuk membaca Pernyataan Saksinya. Pihak pendakwaan telah membuat bantahan terhadap beberapa bahagian dalam Pernyataan Saksi Perayu atas alasan undang-undang dan HMS telah membenarkan bahagian-bahagian tersebut di’reserve’ sementara menunggu kehadiran peguam bagi menjawab isu undang-undang tersebut. Mahkamah ini telah meneliti rekod rayuan Jilid 2 (P) muka surat 3020 sehingga 3026 dan mendapati HMS telahpun mengingatkan Perayu akan hak-haknya dan menjelaskan hak-haknya. [153] Selepas Perayu selesai membaca Pernyataan Saksinya, HMS telah membenarkan penangguhan pemeriksaan utama, pemeriksaan balas ke satu tarikh untuk memberikan peluang Perayu diwakili. [154] Barisan peguambela yang mewakili Perayu telah kemudiannya muncul semula dan tidak ada pertikaian dibuat mengenai Pernyataan Saksi Perayu. Malahan peguambela Perayu telah menjawab isu undang-undang yang ditimbulkan oleh pihak pendakwaan dan perbicaraan di peringkat pembelaan telah berjalan dengan Perayu diwakili semula oleh barisan peguambela sebelum ini. [155] Berdasarkan fakta dan latarbelakang isu ini, mahkamah ini mendapati tidak ada kegagalan di pihak HMS dalam melaksanakan tanggungjawabnya di bawah s. 257 (1) KTJ. Berbeza dengan kes-kes yang dirujuk oleh pihak Perayu seperti kes Azahan bin Mohd Aminallah v Public Prosecutor [2005] 5 MLJ 334; Sharul Mizan bin Abdullah Sani lwn Pendakwa Raya [2023] 6 CLJ 300; Kiew Foo Mui & Ors v Public Prosecutor [1995] 3 MLJ 505 dan Lee Kwan Who v Public Prosecutor [2009] 5 MLJ 301, Perayu di sini telah diberikan peluang untuk membela diri, Pernyataan Saksinya dibaca dan kemudiannya Perayu telah diwakili semula oleh barisan peguambela yang telah mewakilinya dari permulaan kes sehingga selesai peringkat pendakwaan. Mahkamah ini mendapati Perayu telah berupaya mengutarakan pembelaannya melalui barisan peguambelanya yang dapat dilihat dari keterangan yang diberikan oleh Perayu secara bersumpah dan dari pemeriksaan saksi-saksi pembelaan. Oleh yang demikian, mahkamah ini berpuas hati bahawa HMS tidak terkhilaf dalam membuat dapatan bahawa pembelaan Perayu telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. [156] Mahkamah ini juga berpuas hati bahawa hukuman-hukuman yang dijatuhkan ke atas Perayu bukanlah “manifestly inadequate or excessive or illegal or otherwise not a proper sentence” berdasarkan keterangan-keterangan dan fakta-fakta yang telah dikemukakan. HMS didapati telah Encik Asyraaf bin Abu Bakar Hamzah Puan Fatin Syaza Irdina binti Muhamad Eddin Syazri Encik Muhammad Rohaizat bin Mohd Amin Peguam Pemerhati Dato' Dr Baljit Singh A/L Balwant Singh dan Cik Gurpreet Kaur Pannu A/P Karam Singh Dato’ Khairul Anuar bin Rahmat Dato’ Yasmeen Binti Muhamad Shariff Dr. Mahmud bin Abdul Jumaat Encik Mohd Radzi bin Yatiman Puan Agitha a/p Gunasagran