Lampiran
Lampiran A No. Tajuk Penulis Penterjemah Penerbit Kumpulan Pengganas 1. Visi Politik Gerakan Jihad Hazim Al-Madani Abu Mush’ab As-Suri Luqman Hakim Jazera 2. Generasi Kedua Al-Qaidah: Apa dan siapa Zarqawi Apa Rencana Mereka ke Depan Fuad Hussein Ahmad Syakrikin Jazera JI, AQ dan IS 3. Akankah Sejarah Terulang? Dr. Muhammad Al-Abdah Abas Mansur Tamam Jazera 4. Deklarasi Daulah Islam Irak Dewan Syariah Daulah Islam Iraq Abu Hafsh As-Sayyar Abu Musa Ath-Thayyar Islamika JI, AQ dan IS 5. Merentas Jalan Jihad Fie Sabilillah Syaikh Abdul Qadir Abdul Aziz Hassan As-Sayyari Pustaka Al Alaq 6. Misteri Pasukan Panji Hitam Muhammad Abu Fatihah Al-Adani H.Muhammad Harun Zein Jasmin Publications 7. Turki Negara Dua Wajah Abdullah Azzam Abdurrahman Al Alaq 8. Masterplan 2020: Strategi Al Qaidah Menjebak Amerika Fahmi Suwaidi - Jazera 9. Dari Usamah kepada Para Aktivis Syaikh Usamah Bin Ladin Syaikh Yusuf Al-Uyairi Umar Burhanuddin Abu Hafs As Sayyar Syahida Man Kafayeh 10. Dari Rahim Ikhwanul Muslimin ke Pangkuan Al Qaida Ayman Az Zawahiri Umar Burhanuddin Kafayeh 11. Ketika Maslahat di Pertuhankan dan Menjadi Thaghut Model Baru Abu Muhammad Ashim Al Maqdisiy Abu Sulaiman Aman Abdurrahman - IS 12. Seri Materi Tauhid for the Greatest Happiness - Abu Sulaiman Aman Abdurrahman - IS 4 [3] Di akhir kes pendakwaan, Hakim bicara yang bijaksana telah melepas dan membebaskan Perayu daripada pertuduhan atas alasan kes pendakwaan telah gagal mencapai tahap pembuktian kes prima facie. Terkilan dengan keputusan itu, Pendakwa Raya telah merayu ke Mahkamah ini. Mahkamah Rayuan (YA Datuk Wira Mohtarudin Baki, YA Dato’ Setia Hj. Mohd Zawawi Salleh dan YA Dato’ Seri Zakaria Sam) telah membenarkan rayuan Pendakwa Raya dan Perayu telah diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. [4] Setelah mendengar kes pembelaan, Hakim bicara yang bijaksana telah mensabitkan Perayu atas pertuduhan dan telah menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara ke atas Perayu berkuat kuasa mulai dari tarikh ditangkap (22.3.2016). Terkilan dengan sabitan dan hukuman tersebut, Perayu telah memfailkan rayuan ke Mahkamah ini. [5] Kami telah mendengar rayuan Perayu pada 7.11.2017 dan kami telah menangguhkan keputusan kami (CAV). Kami sekarang menyampaikan keputusan sebulat suara kami dan keputusan kami itu adalah seperti yang berikut. 5 Kes Pendakwaan [6] Fakta kes pendakwaan secara ringkasnya adalah seperti berikut. Pada 26.2.2016, jam lebih kurang 10.00 pagi, ASP Nazlee Bin Bahari (SP3) yang bertugas sebagai Pegawai Operasi di Cawangan Khas D8, Counter Terrorism, Bukit Aman telah menerima arahan daripada Pegawai Turus D8, Supt. Mohd Rabi Bin Abu Bakar untuk membuat satu laporan polis terhadap Perayu kerana disyaki terlibat dengan kes keselamatan. Pada hari yang sama jam lebih kurang 18.21 petang, SP3 telah membuat satu Laporan Polis melalui THSL/5991/16 di Balai Polis Tun HS Lee, Kuala Lumpur (P4). [7] Berikutan daripada Laporan Polis P4 tersebut, Inspektor Shafinah Binti Abdul Halim (SP1) telah diarahkan oleh Supt. Mohd Rabi Bin Abu Bakar untuk membuat tangkapan terhadap Perayu. Bertindak atas arahan tersebut, pada 22.3.2016, SP1 bersama-sama dengan satu pasukan polis yang turut disertai bersama Inspektor Noraida Binti Huzir Ibrahim, L/Kpl Amir Azimi Bin Abdullah dan L/Kpl Syed Mohd Nabil Bin Syed Sabri (SP4) telah pergi ke rumah Perayu di alamat Lot No. 1241, Jalan Lapangan Terbang, Sura, Dungun, Terengganu (‘rumah tersebut’) untuk melaksanakan tangkapan terhadap Perayu. 6 [8] SP1 dan pasukannya telah sampai di rumah tersebut pada jam 12.20 tengahari pada hari yang sama. SP1 mendapati pintu rumah tersebut dalam keadaan bertutup dan setelah diketuk, pintu telah dibuka oleh ibu Perayu, Sadiah Binti Ibrahim (SP5). Apabila disoal, SP5 memberitahu bahawa Perayu ketika itu berada di dalam biliknya yang pintunya hanya ditutup dengan kain langsir. SP1 menjalankan pemeriksaan di dalam bilik itu dan merampas antara lain, 12 buah buku yang tersenarai dalam Lampiran ‘A’ pada pertuduhan. Selain itu SP1 turut merampas beberapa item lain termasuklah satu telefon bimbit jenama Asus Zenfone 5 bersama sim card, xpax prepaid dengan satu micro (P9); satu laptop jenama Acer Aspire 4740 Series (P10); satu broadband Celcom dengan Sim Card (P28); satu dompet jenama Polo (P29) berisi Kad Pengenalan, lesen memandu dan 3 Kad Bank (P29 A-E); satu bekas plastik bersama satu hard disc (P30 dan P30A); satu buah buku nota bertulisan tangan (P39) serta beberapa lagi buah buku dan majalah yang tiada kaitan dengan pertuduhan. [9] Sepanjang pemeriksaan dan rampasan barang-barang kes dilakukan oleh SP1, sebanyak 84 keping gambar telah dirakamkan oleh SP4 [P6 (1 – 84)]. SP1 telah menyediakan Borang Senarai Gelidah (P5) yang turut ditandatangani oleh Perayu. Perayu telah ditangkap dan SP1 7 telah memaklumkan tangkapan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Oi Tiat Siong (SP6). SP6 telah hadir di tempat kejadian dan telah melukis satu Rajah Kasar dan Kunci (P7) setelah mendapat taklimat ringkas mengenai tangkapan dan rampasan barang-barang kes daripada SP1. Perayu dan barang-barang kes kemudian telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun. Di situ, SP1 telah membuat satu laporan polis melalui Dungun Report No: 1693/16 (P8). Perayu kemudiannya telah dibawa balik ke Bukit Aman dan telah diserah bersama-sama barang-barang kes kepada SP6. Satu Borang Serah Terima Barang Kes (P40) telah disediakan dan ditandatangani antara SP1 dengan SP6. [10] SP6 telah membuat penelitian terhadap isi kandungan buku-buku yang dirampas dan mendapati 12 buah buku yang dirampas disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas. Untuk kepastian, SP6 telah merujuk 12 buah buku tersebut kepada Prof. Dr. Rohan Kumar Gunaratna (SP9) dari Universiti Teknologi Singapura. SP9 setelah meneliti kandungan 12 buah buku tersebut dan telah menyediakan satu laporan seperti di Exch. P45A dan P45B (2 salinan). SP6 turut merujuk buku-buku berkenaan kepada Dr. Wan Adli Bin Wan Ramli (SP2) dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan juga kepada Ustaz Dr. Hj. Zamihan Bin Hj. Mat Zin Al-Ghari (SP10) dari Jabatan Penjara Malaysia untuk mendapatkan pandangan mengenai isi kandungan buku- 8 buku tersebut. SP2 telah mengemukakan laporannya seperti di Exch. P42. Manakala laporan oleh SP10 dikemukakan di Exch. P52. Secara ringkasnya P45A & B, P42 dan P52 mengesahkan bahawa kandungan 12 buah buku yang disebutkan dalam Lampiran A pada pertuduhan mempunyai unsur keganasan dan ada kaitan dengan Kumpulan Pengganas Jemaah Islamiah, Al-Qaeda dan Islamic States yang telah diwartakan sebagai Kumpulan Pengganas. [11] Seperti disebutkan di awal penghakiman kami, di akhir kes pendakwaan, Hakim bicara yang bijaksana telah membebaskan Perayu daripada pertuduhan atas alasan bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap Perayu. Rayuan Pendakwa Raya telah dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan dan Perayu telah diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan yang dihadapkan. Pembelaan Perayu [12] Perayu telah memilih untuk memberikan keterangan membela diri secara bersumpah dari kotak saksi. Hanya Perayu seorang mem-berikan keterangan sebagai saksi pihak pembelaan. Keterangan membela diri Perayu dapat dilihat di m/s 117 hingga 143 Rekod Rayuan Jilid 2a. 9 [13] Keterangan pembelaan Perayu dapat diringkaskan seperti berikut: (a) Perayu mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin dengan Kepujian daripada Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah dalam tahun 2012. Dia kemudian menyambung pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Akidah dan Pemikiran Islam di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya sehingga selesai semester 2. Dia kemudian telah mendaftarkan diri dan mendaftar tajuk tesis serta mendapatkan penyelia dan membuat proposal. Dia telah memilih tajuk desertasi (tesis) yang bertajuk “Implikasi Tauhid dalam Pentadbiran Negara” di bawah seliaan Penyelia Dr. Mahmud Bin Ahmad, Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam; (b) Bagi tujuan penyediaan desertasi, dia telah membeli buku-buku yang berkaitan dengan tajuk desertasi yang dipilih serta membuat salinan fotostat buku-buku termasuk buku-buku yang ditulis oleh Dr. Mahmud Bin Ahmad. Antara buku-buku yang dibeli dan dibuat salinan fotostat termasuklah 12 buah buku di dalam Lampiran A pada pertuduhan. Perayu bagaimanapun bersetuju bahawa pencalonannya untuk Ijazah Sarjana telah Iuput seperti dinyatakan dalam surat-surat dari Universiti Malaya bertarikh 23.1.2014 seperti di Exch. P48 dan P49; (c) Perayu memberitahu Mahkamah bahawa dia telah terlupa untuk mendaftarkan diri semula untuk menyambung pencalonannya. Dia percaya bahawa dia masih boleh membuat rayuan untuk meneruskan pengajiannya. Perayu turut menyatakan bahawa dia menghadapi masalah kewangan kerana gagal untuk men-dapatkan tajaan daripada pihak Kerajaan. Oleh itu dia telah 10 membuat kerja sambilan sebagai guru agama disebuah sekolah swasta. Dia telah bekerja sebagai guru sambilan selama 8 bulan sebelum berhenti dan pulang ke kampung; (d) Perayu mengakui dia mengenali Dr. Mahmud Bin Ahmad tetapi dia terkejut apabila mengetahui pensyarah itu dikehendaki oleh pihak polis. Perayu kerap mengadakan perbincangan dengan Dr. Mahmud Bin Ahmad dan berharap pensyarah itu menjadi penyelianya. Dia tidak mengetahui tentang penglibatan Dr. Mahmud Bin Ahmad dengan kegiatan Kumpulan Pengganas; (e) Perayu menyatakan 12 buah buku dalam Lampiran A pada per-tuduhan sebahagiannya dibeli dan sebahagian lagi dibuat salinan fotostat daripada buku-buku milik Dr. Mahmud Bin Ahmad. Dia berpendapat semua buku itu relevan untuk tesisnya dan ada buku-buku itu yang belum sempat dibaca. Namun Perayu tidak menafikan semua 12 buah buku itu miliknya. (f) Perayu mengetahui bahawa Dr. Mahmud Bin Ahmad telah melarikan diri ke Filipina sebelum dia ditahan oleh pihak polis. Perayu bersetuju bahawa buku-buku tersebut ada berkaitan dengan pengganas dan jihad yang tidak selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jemaah; (g) Perayu mengakui bahawa pada Januari 2014 dia memang hendak pergi ke negara Syria tetapi bukan untuk berjihad tetapi untuk menyertai misi pengaman oleh NGO Malaysia, Life Line for Syria; (h) Perayu mengakui bahawa kawannya Muammar Gaddafi pernah mengajaknya untuk melarikan diri ke Thailand sebelum ke Syria. Dia tahu kawannya itu telah ditangkap oleh pihak polis. 11 [14] Pihak pendakwaan telah memanggil seorang saksi ‘rebuttal’ iaitu Kpl. Zamri Bin Buang (PRW1). Saksi ini menyatakan pada 18.2.2014 jam lebih kurang 10.00 malam dia telah menerima satu laporan polis daripada seorang yang bernama Atam Bin Jusoh, KPT: 560214-11-5061 dari alamat Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang, Kpg. Sura, 23000 Dungun, Terengganu, pesara PERKESO. Pengadu telah melaporkan mengenai anaknya, Perayu yang telah menganggotai Kumpulan Jihad ‘Khalid Al-Walid’ dan mahu pergi ke Syria untuk berjihad. Pengadu turut menyatakan bahawa Perayu ingin melarikan diri ke Thailand dan ke Syria bersama temannya, Muammar Gaddafi serta mengancam pengadu dan isterinya jika hasrat pengadu dihalang. Saksi telah mengemukakan laporan polis pengadu tersebut sebagaimana Dungun Report No. 1492/14 (P54). [15] Setelah meneliti keterangan membela diri Perayu, Hakim bicara yang bijaksana yang bijaksana telah mendapati bahawa pembelaan Perayu tidak munasabah dan gagal untuk membangkitkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Perayu telah didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan. Setelah mendengar pihak-pihak mengenai hukuman, Hakim bicara yang bijaksana telah menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara ke atas Perayu berkuat kuasa sejak Perayu ditangkap i.e. 22.3.2016. 12 [16] Terkilan dengan keputusan Hakim bicara yang bijaksana tersebut, Perayu telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah ini terhadap sabitan dan juga hukuman. Rayuan Perayu [17] Peguam bela terpelajar telah membangkitkan 4 alasan berikut dalam hujahannya di hadapan kami untuk kami membenarkan rayuan Perayu: (a) Kes prima facie telah gagal dibuktikan; (b) sama ada kesalahan yang dipertuduhkan merupakan satu kesalahan liabiliti ketat (strict liability); (c) sama ada pembelaan Perayu telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap tujuan pemilikan 12 buah buku yang dipertuduhkan; dan (d) sama ada kesalahan dilakukan berdasarkan pemilikan semata-mata (possession per se) atau perlu dibuktikan niat jahat terhadap pemilikan tersebut (mens rea possession). [18] Berkaitan dengan isu rayuan di (a), peguam bela menghujahkan bahawa walaupun Seksyen 130JB KK memperuntukkan kesalahan dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai milikan, kawalan atau jagaan terhadap apa-apa item yang boleh dikaitkan dengan mana-mana Kumpulan Pengganas atau mana-mana perbuatan keganasan, pihak 13 pendakwaan telah mengemukakan pertuduhan terhadap Perayu melibatkan kedua-dua elemen tersebut iaitu Kumpulan Pengganas dan perbuatan keganasan. Dihujahkan bahawa kedua-dua elemen itu hendaklah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Namun, dihujahkan pendakwaan telah gagal membuktikan elemen perbuatan keganasan tersebut. Oleh itu, kes prima facie telah gagal untuk dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [19] Berkaitan dengan alasan di (b), peguam bela menghujahkan kesalahan di bawah seksyen 130JB bukanlah satu kesalahan liabiliti ketat (strict liability) kerana peruntukan tersebut tidak mem-peruntukkannya dengan nyata. Peguam bela bergantung pada Hansard dan beberapa kes yang telah diputuskan di England di bawah Terrorism Act 2000 yang menunjukkan ‘reasonable excuses’ boleh dijadikan sebagai satu pembelaan. Oleh itu dihujahkan bahawa kesalahan di bawah Seksyen 130JB bukanlah satu kesalahan liabiliti ketat. [20] Mengenai alasan rayuan ketiga di (c), peguam bela menghujahkan bahawa Perayu telah menjelaskan semasa memberikan keterangan membela diri bahawa Perayu telah memiliki 12 buah buku tersebut untuk tujuan yang sah iaitu untuk menyediakan tesis bagi Ijazah Sarjana yang dia sedang atau pernah ikuti semasa belajar di Universiti Malaya. 14 Oleh itu, dihujahkan Perayu telah berjaya menimbulkan satu keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan dan patut dibebaskan daripada pertuduhan. [21] Mengenai alasan rayuan di (d), peguam bela berhujah pihak pendakwaan hendaklah membuktikan niat jahat di pihak Perayu dalam memiliki 12 buah buku tersebut (mens rea possession) dan tidak memadai hanya membuktikan pemilikan semata-mata (possession per se). Dapatan Kami [22] Untuk kemudahan, kami perturunkan peruntukan di bawah seksyen 130 JB KK yang memperuntukkan seperti berikut: “130JB.(1) Whoever, (a) Has possession, custody and control; or (b) Provides, displays, distributes, or sells, any item associated with any terrorist group or the commission of a terrorist act shall be punished with imprisonment for a term not exceeding 7 years, or with fine, and shall also be liable to forfeiture of any such item. (2) In this section - “Item” includes publication, visual recordings, flags, banners, emblems, insignia and any other thing displaying symbols associated with a terrorist group, 15 terrorist act or ideology of a terrorist group; “Publication” includes all written, pictorial or printed, or everything as a nature similar to written or printed matter, whether or not containing any visible representation, or by its form, shape or in any other manner capable or suggesting words or ideas, or an audio recording and every copy, translation and reproduction in part or in whole thereof.” [23] Tidak dipertikaikan bahawa kesalahan di bawah Seksyen 130JB KK merupakan satu kesalahan yang melibatkan keselamatan. Kesemua kesalahan yang melibatkan keselamatan seperti terdapat di bawah Bab VI, Bab VIA, Bab VIB serta beberapa kesalahan di bawah Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 dan kesalahan di bawah Special Measures Against Terrorism in Foreign Countries Act 2015 merupakan jenis-jenis kesalahan yang wajib dibicarakan di bawah Security Offences (Special Measures) Act 2012 (“SOSMA”). Ini adalah seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Pertama di bawah Seksyen 3 SOSMA. Kesalahan di bawah Seksyen 130JB berada di bawah Bab VIA Kanun Keseksaan. Oleh itu perbicaraan bagi kesalahan di bawah Seksyen 130JB hendaklah mengikut peruntukan di bawah SOSMA. Seksyen 2 SOSMA memperuntukkan: 16 “2. This Act shall apply to security offences”, dan melalui Seksyen 12, semua kes keselamatan hendaklah dibicarakan di Mahkamah Tinggi. [24] SOSMA telah digubal melalui Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dan merupakan undang-undang yang telah digubal khas untuk membuat peruntukan khusus bagi perbicaraan kes-kes berkaitan dengan keselamatan untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman awam. Oleh yang demikian peruntukan-peruntukan yang terdapat di bawah SOSMA terpakai sekalipun peruntukan itu bertentangan dengan beberapa peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan itu sendiri serta bercanggah dengan mana-mana peruntukan undang-undang bertulis yang lain. [25] Skop dan pemakaian SOSMA telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam dua kes sebelum ini, iaitu, PP v. Yazid Sufaat & Ors [2014] 2 CLJ 670 dan PP v. Khairudin Abu Hassan & Anor [2017] 4 CLJ 701. Dalam kes Khairuddin Abu Hassan & Anor, supra, Tengku Maimun Tuan Mat, JCA menyatakannya seperti berikut: “[29] In this regard, s. 17A of the Interpretation Acts 1948 and 1967 enjoins a court to interpret a provision of an Act that would promote the purpose or object underlying the Act. It reads: 17 In the interpretation of a provision of an Act, construction that would promote the purpose or object underlying the Act (whether that purpose or object is expressly stated in the Act or not) shall be preferred to a construction that would not promote that purpose or object. [30] In Palm Oil Research and Development Board Malaysia & Anor (supra), Haidar CJ (Malaya) said at pp. 272-273 (CLJ); p. (MLJ): [2] I would, in addition, like to expressly state that I agree with the reason advanced by my learned brother, Chief Judge (Sabah & Sarawak) in answering the questions posed for our consideration. It is clear beyond doubt that in view of s. 17A of the Interpretation Acts 1948 and 1967 there is now a statutory recognition for the courts to take purposive approach in the interpretation of statutes including taxing statutes. [3] In England, though there is no equivalent provision of our s. 17A there, the House of Lords in dealing with a taxing statute in Pepper (Inspector of Taxes) v. Hart [1993] AC 593 (by majority) took a purposive approach. This is what Lord Griffiths said at p 617: The ever increasing volume of legislation must inevitably result in ambiguities of statutory language which are not perceived at the time the legislation is enacted. The object of the court in interpreting legislation is to give effect so far as the language permits to the intention of the Legislature. If the language proves to be ambiguous I can see no sound reason not to consult Hansard to see if there is a clear statement of the meaning that the words were intended to carry. The days have long passed when the courts adopted a strict constructionist view of interpretation which required them to adopt the literal meaning of the language. The courts now adopt a purposive approach which seeks to give effect to the true purpose of the legislation and are prepared to look at much extraneous material that bears upon the background against which the legislation was enacted.”. 18 [31] In a more recent case of PP v Yuneswaran a/l Ramaraj [2015] 9 CLJ 873; [2015] 6 AMR 271, Raus Sharif PCA said at p. 280: “[23] The reasons for the enactment of the statute are the safest guide to the interpretation. It would be essential for the court to examine the reasons of enactment of a particular provision in order to find out its ultimate impact vis-a-vis the constitutional provisions. In the Indian Supreme Court case of Utkal Contractors and Joinery P Ltd & Ors v. State of Orissa & Ors [1987] 3 SCC 279, it was profoundly put as follows: A statute is best understood if we know the reason for it. The reason for the statute is the safest guide to the interpretation. The words of the statute take their colour from the reason for it. How do we discover the reason for a statute? There are external and internal aids. The external aids are statements or objects and reasons when the Bill is presented to Parliament, the report of committees which preceded the Bill and the reports of Parliamentary Committees. Occasional excursions into the debates of Parliament are permitted. Internal aids are the preamble, the scheme and the provisions of the Act. Having discovered the reason for the statute and so having set sail to the wind, the interpreter may proceed ahead. No provision in the statute and no words of the statute may be construed in isolation. Every provision and every word must be looked at generally before any provision or words is attempted to be construed. The setting and the pattern are important. It is again important to remember that Parliament does not waste its breath unnecessarily. Just as Parliament is not expected to use unnecessary expressions, Parliament is also not expected to express itself unnecessarily. Even as Parliament does not use any word without meaning something, Parliament does not legislate where no legislation is called for. [32] The intention of Parliament as to the purpose and object of SOSMA can be seen from the following speech of the Minister in the Prime Minister’s Department during the second and third reading of SOSMA Bill 2012: “Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, merupakan undang-undang yang menentang keganasan. ... bertujuan untuk melindungi Malaysia 19 daripada terdedah kepada ancaman pengganas. Kita tidak mampu dengan izin, we cannot afford untuk menunggu sehingga suatu perkara berlaku kepada negara kita. Sebagai contoh, takkan hendak tunggu Menara Berkembar Petronas diletupkan kemudian keesokan harinya kita panggil Parlimen barulah Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) ini digubal. Kita harus belajar daripada pengalaman Amerika Syarikat kerana mereka hanya menggubal undang-undang yang tegas selepas tragedi 11 September 2001. Kira-kira 11 tahun dahululah. Malaysia tidak harus berlengah dan membiarkan terdapat kelompangan dalam undang-undang kita ke arah menentang keganasan. ... Kumpulan-kumpulan keganasan yang dimaksudkan ialah kumpulan-kumpulan militan atau individu yang bertindak secara sewenang-wenangnya, mendatangkan ancaman terhadap nyawa dan harta benda kepada mana-mana individu atau lokasi sasarannya. Kumpulan-kumpulan keganasan yang dimaksudkan ialah kumpulan-kumpulan yang mempunyai objektif dan agendanya sendiri mendatangkan ancaman keselamatan tidak kira apa asas perjuangannya. Sebagai contoh Jemaah Islamiah dan al-Qaeda yang telah jelas mendatangkan ancaman terhadap keselamatan dunia. ... Kerajaan menggunakan kuasa yang diberikan di bawah Perkara 149, Perlembagaan Persekutuan untuk menggubalnya. Tentu sahaja mukadimahnya akan menyerupai ISA kerana setiap Akta yang digubal di bawah Perkara 149 hendaklah diperincikan tindakan yang telah diambil itu. Akta ini adalah untuk membendung keganasan dan memerlukan kuasa Perkara 149.”. [33] From the statements by the Minister, it is crystal clear that the purpose and objective of SOSMA is to combat terrorism. 20 [34] We next made reference to the internal aid namely the preamble, the scheme and the provisions of SOSMA. The preamble of SOSMA as set out above shows that SOSMA was enacted to deal with four out of the six categories of action under Article 149(1). The scheme and the provisions of SOSMA were designed to limit the fundamental liberties under Articles 5, 9, 10, and 13 of the Federal Constitution and to depart from the procedures laid down under the Criminal Procedure Code, the law which governs the conduct of criminal cases. Although SOSMA merely regulates the trial of the offences and does not create the said offences (see PP v Yazid bin Sufaat & Ors [2015] 1 MLJ 571), undoubtedly a person charged and tried under SOSMA will lose his liberty as he will be denied bail.”. [26] Berlandaskan latar belakang ringkas mengenai SOSMA yang kami sebutkan di atas, kami terlebih dahulu akan menyentuh alasan ke dua dan ke empat rayuan Perayu iaitu sama ada kesalahan yang dipertuduhkan di bawah Seksyen 130JB KK merupakan satu kesalahan liabiliti ketat sebagaimana yang telah diputuskan oleh Hakim bicara yang bijaksana dan tidak memerlukan pembuktian elemen niat atau pengetahuan. Seperti kami sebutkan di awal penghakiman, pendirian peguam bela Perayu adalah bahawa kesalahan yang dipertuduhkan bukanlah satu kesalahan liabiliti ketat atas alasan peruntukan bagi kesalahan itu tidak menyatakan sedemikian dan merujuk kepada Hansard, Menteri turut menyatakan di Parlimen bahawa kesalahan di 21 bawah SOSMA bukanlah kesalahan liabiliti ketat dan Menteri akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenainya dengan Peguam Negara. Peguam bela juga berhujah bahawa adalah sesuatu yang tidak logik (absurd) sekiranya setiap orang yang memegang buku itu akan dianggap telah melakukan kesalahan tanpa mengirakan tujuan dan niat orang itu. Oleh itu dihujahkan elemen niat adalah relevan dan perlulah dibuktikan terhadap Perayu. Pihak pendakwaan menghujahkan sebaliknya bahawa kesalahan di bawah Seksyen 130JB adalah satu kesalahan liabiliti ketat yang tidak perlu dibuktikan niat atau pengetahuan Perayu. [27] Dalam penghakimannya, Hakim bicara yang bijaksana membuat dapatan bahawa kesalahan di bawah Seksyen 130JB KK merupakan satu kesalahan liabiliti ketat. Hakim bicara yang bijaksana telah merujuk kepada beberapa nas luar dan dalam Negara, Hansard, peruntukan di bawah Akta Tafsiran 1948/1967 serta meneliti peruntukan Seksyen 130JB tersebut dalam membuat dapatan beliau bahawa kesalahan yang dipertuduhkan adalah satu kesalahan liabiliti ketat. Dapatan Hakim bicara yang bijaksana itu kami petik di m/s 46 – 50 RR Jld.1 seperti berikut: “30. Meneliti kepada Kanun Keseksaan terutamanya Bab VI A terhadap kesalahan-kesalahan berkaitan dengan Pengganas yang 22 bermula dari Seksyen 130C, 130D, 130E, 130F, 130FA, 130FB, 130G, 130H, 130I, 130J, 130JA, 130JC, 130JD, 130K, 130M, 130N, 130O, 130P, 130Q, 130R, 130S, menyebut tentang “knowing”, “intentionally”, “having reason to believe” yang secara jelas memerlukan elemen NIAT (MEANS REA). Tetapi persoalannya adalah perkataan-perkataan tersebut tiada dalam peruntukan Seksyen 130JB(1) Kanun Keseksaan. Pada hemat saya, sekiranya pihak Parlimen berhasrat atau berniat untuk mengenakan kesalahan menurut Seksyen 130JB(1) Kanun Keseksaan dengan pembuktian Mens Rea (Niat), saya penuh percaya bahawa perkataan-perkataan “knowing”, “intentionally”, “having reason to believe” akan semestinya dimasukkan dalam peruntukan tersebut. Tetapi saya tidak mendapati apa-apa jua perkataan sebegini dalam Seksyen 130JB(1) Kanun Keseksaan. Kalaulah begitu, adakah ini bermaksud bahawa Parlimen sengaja meninggalkan perkataan-perkataan tersebut walhal peruntukan-peruntukan lain dinyatakan secara jelas?? Atau adakah ianya suatu kecuaian yang disengajakan oleh pihak-pihak?? 31. Justeru itu dalam situasi begini, saya berbalik semula kepada prinsip asal sesuatu kesalahan bagi Laibiliti Ketat ini. Pemakaian Laibiliti Ketat hanya terpakai bagi kesalahan-kesalahan tertentu sahaja yang melibatkan bagi memelihara masyarakat daripada terdedah kepada bahaya. Ianya lebih melibatkan kesalahan yang melibatkan aspek kemasyarakatan (public interest). Sesuatu kesalahan itu menjadi Liabiliti Ketat apabila ia bertentangan dengan hak masyarakat dan ketenteraman awam. Dalam keadaan yang sedemikian, saya akui tidak dapat lari dari meneliti Hansard (Penyata rasmi Dewan Rakyat) bagi meneliti hasrat pembuat undang-undang semasa undang-undang mengenai keganasan dibentangkan di Parlimen. Dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat Parlimen Ketiga 23 Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Pertama Bil. 18 bertarikh 7 April 2015 mukasurat 104, 122: “……..ini selaras dengan tekad kerajaan untuk menghindari Malaysia menjadi sumber atau hab transit bagi mana-mana kumpulan pengganas. Kesalahan khusus juga diujudkan berhubung pemilikan barang-barang yang berkaitan dengan kumpulan pengganas dan perbuatan keganasan, membina atau selainnya. Menyediakan pengangkutan bagi tujuan perbuatan keganasan serta membuat apa-apa persediaan bagi melakukan perbuatan pengganas…….. Peruntukan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015, elemen-elemen utama dalam Rang Undang-Undang ini memperuntukkan seperti berikut: ……….seksyen 130JB memperuntukkan bahawa menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya apa-apa barang yang dikaitkan dengan mana-mana kumpulan pengganas atau perlakuan sesuatu perbuatan keganasan. Kesalahan itu juga merangkumi perbuatan mengadakan, mempamerkan, mengagih atau menjual barang itu ………. ……….terima kasih Yang Berhormat. Saya mendengar hujah daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat berhubung dengan satu seksyen yang banyak dibangkitkan iaitu Seksyen 130JB(1) iaitu seksyen yang berhubung dengan possession of item. Saya sendiripun mempunyai kecurigaan juga, Yang Berhormat. Saya memahami apa yang Yang Berhormat sebut berhubung dengan possession ini dan Yang Berhormat sebut juga, itu yang asas sekali dalam sudut undang-undang, actus reus dan mens rea itu, ia tidak ada soalan mens rea proof. Asalkan ia mempunyai atau ada benda-benda macam itu, kalau dilihat secara literal undang-undang ini, boleh dihukum dan boleh dibawa ke mahkamah………. ……….Yang Berhormat, oleh kerana saya juga peka dengan proses pemindaan Yang Berhormat. Kalau saya boleh buat sekarang pindaan itu, saya boleh ubah. Masuk apa yang disebut oleh itu tadi supaya soalan mens rea itu akan dimasukkan dalam seksyen 130JB ini. Akan tetapi saya beri assurance satulah sebagaimana yang dipinta oleh Yang Berhormat Shah Alam, saya akan bincang dengan 24 AG selepas kelulusan itu nanti untuk kita membincangkan soal pindaan kepada 130JB ini………” 32. Setelah meneliti peruntukan Seksyen 130JB(1) Kanun Keseksaan dan nota-nota perbahasan melalui Penyata Rasmi Dewan Rakyat semasa undang-undang tersebut digubal, fakta-fakta ini telah ditimbulkan dan dibahaskan oleh Ahli-Ahli Parlimen. Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mengakui bahawa tiada elemen Niat dalam peruntukan tersebut. Diakhir perbahasan menyatakan untuk merujuk peruntukan berkenaan kepada Peguam Negara. Dalam perihal ini saya mendapati tiada sebarang pindaan pun dibuat ke atas peruntukan Seksyen 130JB(1)(a) Kanun keseksaan. Justeru itu, ber-landaskan kepada otoriti-otoriti di atas, objektif undang-undang ini diperbuat oleh parlimen dan susunan-susunan perkataan didalam peruntukan seksyen tersebut, adalah menjadi hemat saya bahawa peruntukan Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan merupakan suatu kesalahan Liabiliti Ketat (strict liability offence). Penghujahan peguam bahawa ini bukan merupakan suatu kes liabiliti ketat tiada mempunyai sebarang merit dan harus ditolak. Dalam keadaan yang sedemikian, mana-mana orang yang didapati memiliki apa-apa jua item yang mempunyai kaitannya dengan pengganas adalah melakukan kesalahan menurut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan. Peruntukan ini sekali gus mengenepikan apa-apa jua elemen Mens Rea samada melibatkan pengetahuan, niat dan sebagainya. Dalam menyampaikan keputusan, saya ingin merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan: Thein Hong Teck & Ors. V. Mohd Afrizan Hussain & Anor Appeal (2012) 1 CLJ 49, “…..(31) We are of the view that Section 314(1) of the Act is clear and unambiguous. As such it must be given its literal interpretation. Under the circumstances it is not the function of the court to rewrite the statute in a way in which it considers reasonable. In other words, the High 25 Court was not entitled to read words into that provision. Where the words of the statute are plain and unambiguous, the court ought to give effect to its plain meaning……..” 33. Justeru itu, tanpa mengambil kira apa-apa jua alasan yang dikemukakan oleh OKT, saya mendapati bahawa pada ketika OKT ditahan oleh pihak polis, OKT telah memiliki 12 buah buku-buku yang disenaraikan yang mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas. Oleh itu, di atas isu ini sahaja, OKT didapati bersalah dan disabitkan kesalahan menurut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan. Sungguhpun begitu, sekiranya dikatakan pemilikan buku-buku tersebut bukan merupakan suatu kesalahan Liabiliti Ketat, saya telah terus menimbangkan isu-isu lain seperti berikut dalam mencapai keputusan akhir kes ini.”. [28] Kami bersetuju dengan dapatan Hakim bicara yang bijaksana atas isu ini. Setelah kami hayati peruntukan Seksyen 130JB KK seadanya, kami berpendapat pemilikan apa-apa item (12 buah buku dalam kes ini) yang berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan dengan Kumpulan Pengganas akan menjadi satu kesalahan tanpa perlu dibuktikan Perayu mempunyai pengetahuan salah terhadap pemilikan 12 buah buku tersebut. Dalam hal perkara ini, Perayu mempunyai beban untuk menidakkan pengetahuan salah (mens rea) dipihaknya atas imbangan kebarangkalian. Untuk proposisi ini, kami bergantung pada keputusan Mahkamah Agung Kanada dalam kes R v. City Sault 26 Ste Maria [1978] 2 SCR 1299 sebagai panduan, yang menyatakan seperti berikut: “Three categories of offences are therefore now recognized (first) offences in which mens rea must be established, (second) offences of “strict liability” in which mens rea need not be established but where the defence of reasonable belief in a mistaken set of facts or the defence of reasonable care is available, and (third) offences of “absolute liability” where it is not open to the accused to exculpate himself by showing that he was free of fault. Offences which are criminal are in the first category. Public welfare offences are prima facie in the second category. Absolute liability offences would arise where the legislature has made it clear that guilt would follow on mere proof of the proscribed act.”. [29] Pandangan kami ditambah kuatkan lagi apabila dipertimbangkan hal perkara (subject matter) yang terlibat dalam pertuduhan yang membawa implikasi kepada soal keselamatan negara dan ketenteraman awam. Hal perkara yang membabitkan soal keselamatan negara sentiasa diberikan keutamaan dan pertimbangan dalam menentukan sesuatu kesalahan yang dipertuduhkan itu dikelasifikasikan sebagai liabiliti ketat. Kami berpegang pada pandangan Majlis Privy melalui Lord Scarman dalam kes Gammon (Hong Kong) Ltd and Others v. Attorney General of Hong Kong [1984] 2 All ER 503 di m/s 508, yang menyatakan seperti berikut: 27 “In their Lordships’ opinion, the law relevant to this appeal may be stated in the following propositions (the formulation of which follows closely the written submission of the appellants’ counsel, which their Lordships gratefully acknowledge): (I) there is a presumption of law that mens rea is required before a person can be held guilty of a criminal offence; (2) the presumption is particularly strong where the offence is ‘truly criminal’ in character; (3) the presumption applies to statutory offences, and can be displaced only if this is clearly or by necessary implication the effect of the statute; (4) the only situation in which the presumption can be displaced is where the statute is concerned with an issue of social concern; public safety is such an issue; (5) even where a statute is concerned with such an issue, the presumption of mens rea stands unless it can also be shown that the creation of strict liability will be effective to promote the objects of the statute by encouraging greater vigilance to prevent the commission of the prohibited act.”. [30] Begitu juga dalam kes Sweet v. Parsley [1969] 1 All ER 347; [1970] AC 132 Lord Reid telah memberikan penghakiman dalam Majlis Privy yang menyatakan seperti berikut: “But where the subject-matter of a statute is the regulation of a particular activity involving potential danger to public health, safety or morals in which citizens have a choice whether they participate or not, the court may feel driven to infer an intention of Parliament to impose, by penal sanctions, a higher duty of care on those who choose to participate and to place on them an obligation to take whatever measures may be necessary to prevent the prohibited act, without regard to those considerations of cost or business practicability which play a part in the determination of what would be required of them in 28 order to fulfil the ordinary common law duty of care. But such an inference is not lightly to be drawn, nor is there any room for it unless there is something that the person on whom the obligation is imposed can do directly or indirectly, by supervision or inspection, by improvement of his business methods or by exhorting those whom he may be expected to influence or control, which will promote the observance of the obligation (see Lim Chin Aik v. Reginam ([1963] I All ER 223 at 228, [1963] AC 160 at 174).”. [31] Kami ingin menekankan bahawa kesalahan di bawah Seksyen 130JB bukanlah merupakan satu kesalahan yang membawa maksud liabiliti mutlak (absolute liability) sebagaimana yang kami fahami dari hujahan yang dikemukakan oleh peguam bela terpelajar. Kesalahan liabiliti mutlak membawa maksud bahawa Perayu langsung tidak mempunyai sebarang pembelaan di bawah undang-undang. Pada pandangan kami, kesalahan di bawah Seksyen 130JB adalah dari kategori kesalahan liabiliti ketat dan Perayu masih mempunyai pembelaan untuk menafikan sebarang pengetahuan salah. Perkara ini telah diputuskan dalam kes R v. City of Sault Ste Maria, supra; Lim Chin Aik v. R [1962] 1 LNS 86; dan PP v. Koo Cheh Yew & Anor [1980] 2 MLJ 235. Dalam kes PP v. Ali Bin Umar & Ors [1981] 1 LNS 115, Yusoff Mohamed, H menyatakan: “On strict liability cases, the Privy Council had considered in Lim Chin Aik v The Queen [1963] MLJ 50, where it was held that the appellant, Lim Chin Aik, was not guilty of the charge of contravening the law on his 29 entering and remaining in the State of Singapore imposed by the government because he could not possibly have known of the existence of the law. Lim Chin Aik’s case was later considered by the Federal Court in Public Prosecutor v Koo Cheh Yew & Anor [1980] 2 MLJ 235 a reference under section 66(1) Courts of Judicature Act 1964, in which one of the questions referred to was whether a denial by the accused of knowledge of prohibition order, on a charge under section 135(1) of the Customs Act 1967 would entitle the accused to an acquittal. In that reference, the Federal Court found at page 238 paragraph B right column that:- “the exception to the rule against ignorance of law as a defence should not be extended beyond the cases where the defendant could not possibly have known of the existence of the law he had offended against”. and further on page 240, paragraph D left column, it was held that: “Even if he (accused) proves to the satisfaction of the court that he in fact does not know the existence of the prohibition, he is still not entitled to be acquitted unless he proves on a balance of probabilities that he could not have reasonably known of the prohibition.” (my italics). It would appear that in crimes known as strict liability cases it is still open to the accused to prove absence of knowledge and the application of the rule that mens rea is an essential ingredient of every offence has not been ousted depending on the subject-matter of the statute though the onus of proof required of the accused is on the balance of probabilities that he could not have reasonably known the existence of the law.”. [32] Setelah membuat pertimbangan terhadap pembelaan Perayu, Hakim bicara yang bijaksana membuat dapatan bahawa pembelaan 30 yang diutarakan oleh Perayu sebagai tidak munasabah, satu pemikiran terkemudian dan satu rekaan semata-mata; dan pembelaan itu tidak dapat menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan atas imbangan kebarangkalian. Dapatan Hakim bicara yang bijaksana di akhir perbicaraan seperti di m/s 95 – 96 RR Jld.1 adalah seperti berikut: “63. Saya tidak mempercayai alasan Tertuduh untuk memiliki buku-buku tersebut untuk tujuan pengajian Sarjananya dan memperolehi ilmu pengetahuan. Dalam keadaan yang sebenarnya saya mendapati bahawa OKT memiliki buku-buku tersebut bagi menimba ilmu pengetahuan mengenai pengganas dan berhasrat untuk menyokong perjuangan pengganas yang kononnya Jihad Fisabillah yang pastinya tiada kebenaran. Ketahuilah kepada OKT dan rakan-rakan beliau yang lain bahawa perjuangan jihad yang dikatakan ini sebenarnya membuang masa dan sia-sia belaka. Perjuangan ini bukan sahaja dicemuh, malah dikutuk diserata dunia oleh masyarakat sejagat. Keterangan yang dikemukakan oleh Tertuduh didapati tidak munasabah dan membangkitkan apa-apa keraguan dalam kes Pendakwaan. DENGAN YANG DEMIKIAN, SAYA BERPUASHATI BAHAWA PEMBELAAN TERTUDUH ADALAH TIDAK MUNASABAH LANGSUNG DAN TIDAK MEMBANGKITKAN SE-BARANG KERAGUAN YANG MUNASABAH DI ATAS IMBANGAN KEBARANGKALIAN. SEBALIKNYA SAYA BERPUASHATI BAHAWA PIHAK TIMBALAN PENDAKWA RAYA TELAH BERJAYA MEM-BUKTIKAN KES INI MELAMPAUI KERAGUAN YANG MUNASABAH (BEYOND ALL REASONABLE DOUBT). ATAS ALASAN-ALASAN YANG SEDEMIKIAN, SAYA MENDAPATI TERTUDUH BERSALAH 31 DAN DISABITKAN KESALAHAN MENURUT SEKSYEN 130JB(1)(a) KANUN KESEKSAAN.”. [33] Kami bersetuju dengan dapatan Hakim bicara yang bijaksana setakat bahawa kesalahan di bawah Seksyen 130JB KK yang Perayu dipertuduhkan merupakan satu kesalahan liabiliti ketat yang tidak mutlak (‘absolute liability’). Perayu masih mempunyai ruang untuk ‘exculpate’ dirinya dengan menunjukkan ketidakbersalahannya. Beban untuk membuktikan bahawa Perayu tidak mempunyai sebarang pengetahuan atau sebarang niat jahat terletak atas bahu Perayu atas imbangan kebarangkalian. Oleh itu kami mendapati tiada merit dalam hujahan peguam bela atas isu berkaitan alasan rayuan di (a) dan (d). Pada Penghakiman kami peruntukan itu tidak semestinya mengandungi pengataan bahawa kesalahan itu merupakan kesalahan liabiliti ketat. Apakah kreteria untuk menentukan kesalahan itu sebagai liabiliti ketat hendaklah berpandukan kepada tujuan dan matlamat yang ingin dicapai oleh peruntukan itu serta hal perkara (subject matter) yang terlibat dengan undang-undang yang digubal. [34] Sekarang kami beralih kepada alasan rayuan di (c) yang saling berkait rapat dengan isu di (a) dan (d) di atas. Peguam bela Perayu menghujahkan bahawa Hakim bicara yang bijaksana telah tidak dengan 32 secukupnya menimbangkan pembelaan Perayu yang telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Kami mendapati pembelaan Perayu berakar umbi kepada elemen pengetahuan. Perayu menyatakan dia tidak tahu memiliki 12 buah buku itu menjadi satu kesalahan, dia juga tidak mengetahui sepenuhnya kandungan 12 buku itu berkaitan dengan Kumpulan Pengganas dan bekaitan dengan unsur-unsur keganasan dan Perayu menyatakan dia memiliki 12 buku itu untuk persediaan bagi tesis Ijazah yang dia sedang ikuti. Perayu turut menyatakan bahawa 12 buah buku yang berkaitan tidak diharamkan pemilikannya oleh Kementerian Dalam Negeri dan bebas dijual dan senang diperoleh dari kedai-kedai buku. Secara ringkasnya, pembelaan Perayu adalah bahawa dia memiliki 12 buah buku itu secara niat baik (in good faith). [35] Pembelaan ‘good faith’ ada diperuntukkan di bawah Seksyen 52 KK yang berbunyi seperti berikut: “52. Nothing is said to be done or believed in good faith which is done or believed without due care and attention.”. [36] Pada pandangan kami, pembelaan ‘good faith’ ini hanya akan berjaya sekiranya Perayu telah bertindak secara ‘due care and attention’. Seperti dinyatakan di awal penghakiman kami, beban adalah 33 atas Perayu untuk membuktikan bahawa dia telah bertindak secara ‘due care and attention’ dan beban pembuktian itu, menurut nas-nas, adalah atas imbangan kebarangkalian. Prinsip ini telah dijelaskan oleh Yong Pung How CJ Singapore dalam kes Tan Khee Wan Iris v. PP [1995] 2 SLR 63, yang kami bersetuju sepenuhnya, seperti berikut: “However, it is not enough for the appellant to show that she was mistaken. She must also show that she believed in good faith that she had a valid licence for the relevant period. The test of whether a mistake was made in good faith is not whether the mistake was an easy one to make nor whether a reasonable person could make the mistake. The test is that laid down in s. 52 of the Penal Code. The test is whether there was due care and attention. The mistake may be a natural one to make and it may be one which reasonable persons often make. Nevertheless, the defence is not made out unless it is shown on a balance of probabilities that the appellant exercised due care and attention. Thus, it is not enough to show that the licensing officer or even the prosecution made the same mistake. All that shows is that it was a reasonable mistake to make. In order to succeed, the appellant must still show that she exercised due care and attention. No doubt in many cases the fact that a reasonable person made the same mistake will go some way towards discharging the burden of showing due care and attention, but that is not the same thing.”. [37] Seksyen 105 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang mahu mengguna pakai apa-apa pembelaan am yang diperuntukkan di bawah KK, beban untuk membuktikannya 34 hendaklah dipikul oleh orang itu. Seksyen 105 memperuntukkan seperti berikut: “105. When a person is accused of any offence, the burden of proving the existence of circumstances bringing the case within any of the general exceptions in the Penal Code, or within any special exception or proviso contained in any other part of the same Code, or in any law defining the offence, is upon him, and the court shall presume the absence of those circumstances. ILLUSTRATIONS (a) A accused of murder alleges that by reason of unsoundness of mind he did not know the nature of the act. The burden of proof is on A. (b) A accused of murder alleges that by grave and sudden provocation he was deprived of the power of self control. The burden of proof is on A. (c) Section 325 of the Penal Code provides that whoever, except in the case provided for by section 335, voluntarily causes grievous hurt shall be subject to certain punishments. A is charged with voluntarily causing grievous hurt under section 325. The burden of proving the circumstances, bringing the case under section 335, lies on A.”. [38] Dalam kes di hadapan kami, seperti yang kami nyatakan di awal penghakiman ini, pembelaan Perayu bertunjangkan kepada pembelaan suci hati (‘good faith’) seperti diperuntukkan di bawah seksyen 52 KK. 35 Kami berpendapat pembelaan suci hati merupakan salah satu pembelaan am yang terdapat di bawah KK yang terbuka kepada Perayu. Kami tidak ada menemukan nas yang telah membincangkan pembelaan am di bawah seksyen 52 KK ini selain nas yang kami petik sebelum ini dari Singapura, Tan Khee Wan Iris, supra. Sebagai analogi, kami merujuk kepada keputusan Mahkamah ini dalam kes Rikky Purba v. PP [2014] 3 CLJ 607 mengenai isu yang sama, seperti berikut: “[47] It is an established principle of criminal jurisprudence that the defence is not required to prove its case with the same rigour as the prosecution and the defence is only required to prove its case on the balance of probabilities to entitle him to rely on any general exceptions of the PC (see s. 105 of the Evidence Act 1950). It is also trite that a scenario which favours the accused should be preferred in cases where multiple inferences may be drawn from the same set of facts (See Tai Chai Keh v. PP [1948] 1 LNS 122; [1948] MLJ Supp 105 at p. 108 and PP v. Chee Cheong Hin Constance [2006] 2 SLR 24 at p. 85).” (Lihat juga Patrick Chau Fook Henn v. PP [2014] 8 CLJ 14; Zulkifli Ahmad Endin Chun v. PP [2012] 1 LNS 435). [39] Kami telah meneliti Rekod Rayuan dan kami mendapati bahawa setiap inci pembelaan Perayu telah dipertimbangkan dan diperhalusi oleh Hakim bicara yang bijaksana. Perayu tidak pernah menafikan dia memiliki 12 buah buku yang dipertuduhkan. Dalam keterangan 36 membela dirinya, Perayu menyatakan sama ada dia telah membeli buku itu dari kedai-kedai menjual buku atau telah membuat salinan fotostat buku milik Dr. Mahmud Bin Ahmad. Dalam pemeriksaan-balas, Perayu menyatakan “Ya, saya tidak menafikan semua buku-buku ini milik saya”. Keterangan SP5, ibu Perayu turut menyatakan buku-buku di dalam bilik Perayu adalah milik Perayu sendiri. Hakim bicara yang bijaksana tidak terkhilaf apabila membuat dapatan buku-buku dalam Lampiran A pada pertuduhan berada dalam milikan Perayu. [40] Apa yang dipertikaikan oleh Perayu dalam pembelaanya adalah bahawa dia tiada pengetahuan salah dalam pemilikan buku-buku tersebut dan buku-buku itu dimiliki bagi tujuan penyediaan tesis Sarjana Perayu. Walaupun begitu, Perayu dalam keterangannya mengetahui bahawa buku-buku tersebut berkaitan dengan pengganas dan Kumpulan Pengganas Al-Qaeda, Islamic State dan Jemaah Islamiah. Tiga Kumpulan Pengganas ini telah diwartakan oleh Kerajaan sebagai Kumpulan Pengganas melalui P.U.(A)301/2014 bertarikh 30/10/2014 dan P.U.(A)93/2014 bertarikh 7/4/2014 selaras dengan Seksyen 66B dan 66D Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613). Perayu turut mempunyai pengetahuan mengenai penglibatan Dr. Mahmud bin Ahmad a.k.a. Abu Handzalah dan Muamar Gadaffi Bin 37 Mohamad Shafawi dalam pasukan pengganas. Perayu mempunyai kaitan dengan kedua-dua pengganas tersebut sejak 2013 lagi dan mereka telah diwartakan sebagai pengganas melalui P.U.(A) 301/2014. Kami mendapati Hakim bicara yang bijaksana tidak terkhilaf dalam membuat dapatan bahawa Perayu mempunyai pengetahuan tentang isi kandungan buku-buku yang dipertuduhkan itu berkaitan dengan pergerakan pertubuhan pengganas. Oleh itu pembelaan Perayu bahawa dia tidak ada pengetahuan telah dipertimbangkan oleh Hakim bicara yang bijaksana dan telah ditolak. [41] Pembelaan Perayu seterusnya adalah bahawa dia memerlukan buku-buku tersebut bagi tujuan menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dan buku-buku tersebut dijadikan sebagai bahan kajian dan rujukannya. Pembelaan ini juga telah dipertimbangkan oleh Hakim bicara yang bijaksana dengan panjang lebar dalam Penghakiman beliau seperti di m/s 55 hingga 69 Rekod Rayuan Jilid 1. Setelah mengulas keterangan Perayu dan menimbang keterangan yang disampaikan oleh Wan Farahana Binti Wan Hamid (SP7) dari Institiut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya, Hakim bicara yang bijaksana telah membuat rumusan seperti berikut: “44. Apa yang jelas adalah OKT tidak memperbaharui pen-daftarannya pada bila-bila masapun sehingga pada hari OKT 38 ditangkap. Kalaulah benar OKT ini berhasrat untuk menyambung pengajian Sarjananya, beliau mempunyai tempoh masa selama dua tahun mulai dari tarikh surat (P48) pada 23 Januari 2014 sehingga tarikh ditangkap polis pada 22 Mac 2016, MENGAPA-KAH OKT TIDAK BERTINDAK UNTUK MEMPASTIKAN DIRINYA DAPAT MENERUSKAN PENGAJIAN SARJANA?? Pada hemat saya, sekiranya betul cerita OKT ini, apakah nilai keterangannya semasa pemeriksaan semula, OKT menyatakan beliau telah meminta kawannya tolong bayarkan tetapi tidak pernah menyemak. OKT melaungkan hasratnya hendak sambung belajar lagi tetapi tidak semak samada kawannya telah membuat pembayaran bagi maksud memperbaharui pendaftaran pelajarannya. Pada hemat saya, apakah nilai keterangan ini yang sangat “highly improbable”, dalam keadaan OKT yang menghadapi masalah kewangan dan telah membuat pembayaran melalui kawannya (dikatakan begitu), tetapi masih tidak menyemak samada kawannya itu telah membuat pembayaran dan memperbaharui pendaftaran pengajiannya?? Sekiranya begitu, pada hemat saya keterangan saksi (SP7) adalah amat meyakinkan Mahkamah ini bahawa OKT tiada pernah pada bila-bila masa membuat sebarang rayuan untuk diterima meneruskan pembelajarannya diperingkat Sarjana. Justeru itu pada hemat saya, saya ingin menegaskan bahawa semenjak dari OKT menerima surat notis (P48) bertarikh 23 Januari 2014 sehingga pada hari penangkapannya pada 22 Mac 2016, OKT sememangnya tiada hasrat untuk menyambung pelajarannya diperingkat Sarjana. Cerita OKT yang melaung-laungkan bahawa beliau ingin meneruskan pengajiannya diperingkat Sarjana hanyalah impian beliau ibarat suatu Mimpi disiang hari. ……. 39 47. Dalam menilai kesungguhan ini, seperti yang dinyatakan oleh peguam bahawa OKT telah mengemukakan dan menghantar tajuk tesis kepada pihak Universiti Malaya. Tetapi dalam keterangan (SP7) tiada satupun mengenai perkara ini ditekankan oleh pihak peguam. Malahan saksi (SP7) mengesahkan bahawa OKT tiada pernah pada bila-bila masa mengemukakan proposal mengenai cadangan tajuk tesisnya kepada pihak Universiti Malaya mahupun kepada Fakulti. Dalam kes pembelaan, saya mencari-cari jawapan kepada persoalan ini. Sekiranya benar cerita ini, saya penuh percaya OKT akan menegaskan dalam keterangannya bahawa SAYA TELAH MENGEMUKAKAN PROPOSAL CADANGAN TAJUK TESIS KEPADA PIHAK UNIVERSITI. Setelah beberapa kali mendengar keterangan OKT, saya tiada menemui satu jawapanpun daripada keterangan OKT mengenai perkara ini. Saya tiada menemui sebarang jawapan daripada keterangan OKT bahawa beliau telah menghantar proposal dan cadangan tesisnya. Pada hemat saya sekiranya proposal dan cadangan tajuk tesis ini tidak dikemukakan kepada pihak Universiti oleh OKT, maka adalah suatu justifikasi surat (P48) diberikan kepada OKT untuk melucutkan pengajian Sarjananya. Apalah ertinya OKT bersungguh-sungguh dan melaung-laungkan slogan beliau menulis tesisnya dan berbincang dengan Dr.Mahmood dan dalam masa yang sama beliau mengetahui bahawa beliau perlu untuk mengemukakan proposal cadangan tajuk tesis kepada pihak Universiti untuk tujuan pemeriksaan, tetapi tidak bersungguh-sungguh mengambil tindakan tersebut. Sekiranya OKT tidak membuat pembayaran yuran pengajian, sekiranya OKT juga tidak membaharui pendaftaran pengajiannya dan sekiranya OKT juga tidak mengemukakan proposal cadangan tajuk tesisnya kepada pihak Universiti, Mahkamah ini tidak dapat mengandaikan apa-apa selain dan melainkan untuk menegaskan bahawa OKT sebenarnya tiada membuat persiapan untuk menulis tesisnya. Sekali lagi saya ingin menegaskan 40 bahawa cerita OKT yang melaung-laungkan bahawa beliau ingin menulis tesis pengajiannya diperingkat Sarjana hanyalah ibarat satu FANTASI. [42] Setelah meneliti Rekod Rayuan, kami bersetuju dengan rumusan yang dibuat oleh Hakim bicara yang bijaksana mengenai pembelaan Perayu bahawa buku-buku tersebut untuk kajian dan rujukan dalam pengajiannya di peringkat Sarjana. Tidak benar dakwaan oleh peguam bela terpelajar bahawa pembelaan Perayu telah gagal dipertimbangkan dengan secukupnya oleh Hakim bicara yang bijaksana. [43] Kami mendapati Hakim bicara yang bijaksana turut mem-pertimbangkan pembelaan Perayu bahawa dia ingin pergi ke Syria bukan untuk menyertai Kumpulan Pengganas tetapi hanyalah untuk menyertai Misi Kemanusiaan – NGO Malaysia Life Line For Syria. Isu pembelaan ini berkait rapat dengan laporan polis Dungun Report 1492/14 (P54) yang telah dibuat oleh bapa Perayu sendiri pada 18/2/2014 yang antara lain menyatakan bahawa Perayu pernah mengatakan kepada bapanya bahawa Perayu ingin pergi ke Syria untuk berjihad, jika dihalang Perayu akan membunuh diri dan ibu bapanya akan mendapat kesusahan. 41 [44] Tujuan pihak pendakwaan dalam mengemukakan P54 adalah untuk mematahkan keterangan Perayu yang menafikan sebarang pengetahuan terhadap perjuangan Kumpulan Pengganas dan menafikan buku-buku yang dipertuduhkan mengandungi unsur-unsur keganasan serta berkaitan dengan Kumpulan Pengganas. Pengemukaan P54 melalui saksi rebuttal (RRW1) dibantah dengan keras oleh peguam bela terpelajar di peringkat perbicaraan kerana pembuatnya (maker) tidak dipanggil ke Mahkamah sebagai saksi. Hakim bicara yang bijaksana bagaimanapun telah menerima masuk P54 di bawah Seksyen 146 Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan seperti berikut: “146. When a witness may be cross-examined he may, in addition to the questions hereinbefore referred to, be asked any questions which tend – (a) To test his accuracy, veracity or credibility; (b) To discover who he is and what is his position in life; or (c) To shake his credit by injuring his character, although the answer to such questions might tend directly or indirectly to criminate him, or might expose or tend directly or indirectly to expose him to penalty or forfeiture.” [45] Hakim bicara yang bijaksana telah menerima masuk P54 dengan berlandaskan nas-nas Lim Baba v. PP [1962] 1 MLRH 526; [1962] 28 42 MLJ 201; Sharma Kumari a/p Oam Prakash v. PP [2000] 5 MLRH 48; [2000] 6 MLJ 282 dan juga PP v. Chia Leong Foo (2000) 1 MLRH 764; [2000] 6 MLJ 705. Walau bagaimanapun kami mendapati bahawa Hakim bicara yang bijaksana tidak membincangkan bantahan peguam bela yang menghujahkan P54 hanya boleh diterima masuk melalui pembuat dokumen itu iaitu bapa Perayu. Untuk bantahan ini, jawapan kami adalah bahawa perbicaraan terhadap Perayu adalah di bawah SOSMA, maka P54 boleh diterima masuk sebagai keterangan pada mana-mana peringkat perbicaraan tanpa dikemukakan melalui pembuat dokumen itu. Seksyen 17 dan 20 SOSMA memperuntukkan seperti berikut: “17. This part shall have effect notwithstanding anything inconsistent with the Evidence Act 1950 [Act 56].” “20. All documents seized during a raid or in the course of investigation and the contents of the documents shall be admissible as evidence.” [46] Setelah meneliti Rekod Rayuan, kami mendapati Hakim bicara yang bijaksana telah mengambilkira dan menilai semua pembelaan yang dikemukakan oleh pihak Perayu. Oleh itu sekali lagi kami menyatakan bahawa dakwaan peguam bela bahawa pembelaan Perayu gagal dinilai secukupnya adalah tidak benar. Kami bersetuju bahawa pembelaan Perayu telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan 43 yang munasabah dan pembelaan Perayu juga gagal menyangkal bahawa Perayu memiliki 12 buah buku yang dipertuduhkan secara ‘good faith’ seperti dikehendakki di bawah Seksyen 52 KK atas imbangan kebarangkalian. [47] Alasan rayuan terakhir yang dihujahkan oleh peguam bela menyentuh tentang pertuduhan yang didakwa sebagai cacat dan tidak boleh diperbaiki di bawah Seksyen 422 Kanun Acara Jenayah. Peguam bela terpelajar menghujahkan bahawa walaupun kesalahan di bawah Seksyen 130JB menyatakan kesalahan yang dilakukan jika item yang dimiliki itu merupakan “item yang berunsurkan perbuatan keganasan” atau “berkaitan dengan Kumpulan Pengganas”, pihak pendakwaan bagaimanapun telah menggunakan perkataan “dan”. Ini membawa maksud bahawa kedua-dua elemen itu hendaklah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Dihujahkan bahawa ini telah gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan dan Hakim bicara yang bijaksana bergantung pada keterangan SP10 yang mengesahkan 12 buah buku yang dipertuduhkan berkaitan dengan Kumpulan Pengganas. Hakim bicara yang bijaksana telah gagal untuk membuat pertimbangan terhadap isu sama ada 12 buah buku itu mengandungi unsur-unsur perbuatan keganasan. Oleh itu dihujahkan bahawa pertuduhan adalah cacat (defective) dan dari itu dikatakan satu kes prima facie telah gagal dibuktikan. 44 [48] Kami telah meneliti Rekod Rayuan secara menyeluruh dan kami mendapati tidak ada berlakunya prejudis sehingga mengakibatkan wujud keadaan kegagalan keadilan terhadap Perayu dalam kes ini berbangkit daripada pertuduhan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Selain diwakili oleh beberapa orang peguam bela yang berkelayakan dan berpengalaman lama dalam amalan perundangan dan kepeguaman, Perayu juga telah dapat mengemukakan pembelaannya dengan berkesan. Perayu tahu mengenai pertuduhan yang dihadapi dan telah membangkitkan isu-isu relevan semasa perbicaraannya. [49] Pada penghakiman kami selagi tidak berlakunya prejudis dan kegagalan keadilan, apa-apa kecacatan dalam pertuduhan tidak akan meruntuhkan kes pihak pendakwaan dan kecacatan itu boleh ditampung (curable) di bawah Seksyen 422 Kanun Acara Jenayah (KAJ). Ini tidak berlaku dalam kes di hadapan kami. Seksyen 156 dan Seksyen 422 KAJ, kami petik, menyatakan seperti berikut: “Section 156. Effect of errors. No error in stating either the offence or the particulars required to be stated in the charge, and no omission to state the offence or those particulars shall be regarded, at any stage of the case, as material unless the accused was in fact misled by that error or omission.” 45 “Irregularities not to vitiate proceedings 422. Subject to the provisions contained in this Chapter no finding, sentence or order passed or made by a Court of competent jurisdiction shall be reversed or altered on account of: (a) any error, omission or irregularity in the complaint, sanction, consent, summons, warrant, charge, judgment or other proceedings before or during trial or in any inquiry or other proceeding under this Code: (b) …. (c) …. unless such error, omission, irregularity,…has occasioned a failure of justice.” [50] Peguam bela terpelajar turut menghujahkan bahawa Hakim bicara yang bijaksana sepatutnya boleh melihat semula kes prima facie walaupun selepas Mahkamah Rayuan dalam panel terdahulu telah memerintahkan pembelaan Perayu dipanggil untuk menentukan sama ada elemen unsur-unsur keganasan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Kami tidak bersetuju dengan hujahan peguam bela terpelajar. Hakim bicara yang bijaksana boleh melihat semula (revisit) kes prima facie hanya sekiranya terdapat keterangan-keterangan baru dikemukakan. Dalam hal ini tidak ada apa-apa keterangan baru dikemukakan yang dapat mengubah keputusan kes prima facie bagi pembuktian elemen unsur-unsur keganasan. Sebaliknya Hakim bicara 46 yang bijaksana masih menyatakan dapatan awalnya bahawa 12 buah buku yang dipertuduhkan mempunyai kaitan dengan Kumpulan Pengganas. [51] Kegagalan keadilan (‘failure of justice’) yang dimaksudkan di bawah Seksyen 422 KAJ telah dijelaskan dalam banyak kes terdahulu. Dalam kes PP v. Ishak Hj. Shaari & Other Appeals [2003] 3 CLJ 843, Mahkamah ini telah menyatakannya seperti berikut: “The words “unless such error, omission or irregularity…has occasioned a failure of justice can be resolved by seeking answer to certain corollary questions, namely, did the accused have a fair trial, did he know what he was being tried for, and whether the allegations and facts were explained to him fairly and clearly and whether he was given a full and fair chance to defend himself? If the answer are in the affirmative, the only conclusion is that there has been no prejudice and failure of justice.”. [52] Persoalan yang sama melibatkan penggabungan dua item sebagai elemen dalam satu pertuduhan turut dibincang dan diputuskan oleh Mahkamah ini dalam kes Aisyah Bt Mohd Rose & Anor v. PP [2016] 1 MLJ 840 seperti yang berikut: “[27] In respect of the contention that the charge of ‘diamanahkan dengan penguasaan terhadap harta tertentu’ was unknown in law, learned counsel highlighted that there was no provision for such offence of ‘entrusted with the dominion over the property’ as s 409 provides for 47 ‘ …entrusted with property or with any dominion over property’. Learned counsel submitted that the charge was confusing and had caused prejudice to the appellants in defending themselves. Citing the Indian case of Abinash Chandra Sarkar & Ors v Emperor [1936] 37 Cr LJ 439, learned counsel contended that the defect in the charge could not be cured as it violated s 163 of the CPC. [28] Section 163 of the CPC as quoted above, stipulates that for every distinct offence, there shall be a separate charge. In the instant appeal, there were no distinct offences but only the offence of criminal breach of trust. In our view, there was no violation of s 163 of the CPC as such, except that if at all there was an error, it was for combining the two particulars of the offence in the charge, when the particulars ought to have been either ‘entrusted with the property’ or having ‘dominion over the property’. [29] We find the answer to this error in s 156 of the CPC which reads: No error in stating either the offence of the particulars required to be stated in the charge, and no omission to state the offence or those particulars shall be regarded, at any stage of the case, as material unless the accused was in fact misled by that error or omission. [30] Based on the above provision, what is of significance is not the error per se in the charge but whether the error had resulted in the appellants being misled. We are not convinced that the appellants had in fact been misled or prejudiced by the error in the particulars of the charge such that they were not able to put up a proper defence.”. [53] Pada penghakiman kami pada peringkat ini kami hanya perlu melihat sama ada wujudnya atau telah berlakunya satu kegagalan 48 keadilan. Kami mendapati tidak ada berlakunya sebarang prejudis atau kegagalan keadilan dalam kes ini. Perayu telah dapat mengemukakan pembelaannya dengan dibantu oleh peguam bela yang terpelajar. Selain itu kami telah meneliti Rekod Rayuan dan mendapati adanya keterangan yang mencukupi untuk mengekalkan sabitan terhadap Perayu atas pertuduhan dan bahawa sabitan adalah selamat. Dalam kes Razali Bin Samani v. PP [2011] 5 MLJ 188, Mahkamah ini telah memutuskan seperti berikut: “[20] In the charge the offence was alleged to have taken place on 20 February 2004. However, the evidence show that the offence and the arrest took place on 19 February 2004. This issue was not raised in the court below or before us and the learned trial judge did not address this issue in his judgment. Notwithstanding that we were of the view that the error in the charge against the appellant had not occasioned a failure of justice. There was sufficient evidence to warrant the conviction. It is trite law that in a criminal case the duty of the court is to consider whether the conviction is right (see Mohd. Johi bin Said & Anor v Public Prosecutor [2005] 5 MLJ 409; [2005] CLJ 389).”. [54] Mahkamah ini dalam kes Kwok Pin Hwee lwn PP [2017] 1 LNS 533 telah mengulangi prinsip undang-undang mantap mengenai budi bicara dalam melihat semula kes prima facie dan telah memutuskan seperti berikut: 49 “[17] Undang-undang kini telah mantap tentang pendekatan yang harus diambil oleh YA Hakim bicara dalam keadaan tertuduh telah diperintahkan untuk membela diri oleh Mahkamah Rayuan. Prinsip ini telah dijelaskan dalam beberapa kes. Dalam kes Pendakwa Raya v. Sulaiman bin Saidin [2010] 1 CLJ 184; [2010] 3 MLJ 383 Sulaiman Daud HMR menjelaskan: “[27] Sebelum merumuskan isu atau isu-isu yang berbangkit dalam rayuan ini, kami mendapati perlu untuk mengulangi bahawa tertuduh telah dipanggil untuk membela diri setelah Mahkamah ini, dalam Rayuan terdahulu, mengetepikan keputusan Hakim Bicara diakhir kes pendakwaan. Sehubungan dengan itu, kami mendapati tiada keperluan bagi kami untuk menimbangkan semula isu-isu yang telah diputuskan oleh Mahkamah ini terdahulu mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan di akhir kes pensakwaan, kecuali jika terdapat keterangan-keterangan baru yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan yang boleh menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.” Perkara yang sama telah dinyatakan juga dalam kes Mohd Azrin bin Che Meh v. Pendakwa Raya [2011] 1 LNS 1304; [2012] 1 MLJ 450 melalui penghakiman Azahar Mohamed HMR (ketika itu): “[32]…sepertimana yang kami nyatakan sebentar tadi, panel Mahkamah Rayuan telah memutuskan pada 3 Ogos 2008 bahawa terdapat kes prima facie terhadap Perayu. Maka menjadi tanggungjawab Perayu untuk menyangkal kes pendakwaan. Ini bermakna, Perayu boleh disabitkan atas keterangan prima facie tersebut sekiranya Perayu gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.” Begitu juga dalam kes Manimaran a/l Amas v. PP [2014] 1 LNS 1412; [2015] 1 MLJ 18, diputuskan: 50 “[22] In the course of the submissions, we had sought clarification from learned counsel and it was made clear to us that what we were urged to do was to revisit the decision of the previous panel of this court in calling upon the appellants to enter on their defence. [23] Whilst the appellants may, when an appeal is pursued further at the Federal Court, argue that the Court of Appeal erred in calling upon the appellants to enter on their defence, we, on our part were in no position to review the said decision of the previous panel of the Court of Appeal. The instant appeal, in our view, shoud focus on whether the defence had raised a reasonable doubt on the prosecution case. ……. [25] In the instant appeal, since all the appellants were called upon by the Court of Appeal to enter on their defence, it must necessarily mean that the Court of Appeal was satisfied that the prosecution had proved all the ingredients of the charge, including the element of common intention, before concluding that a prima facie case had been made out by the prosecution. There was therefore no necessity for us to revisit the issues on whether a prima facie case had been made out. What we need to consider was whether the evidence from the defence had cast a reasonable doubt on the prosecution’s case. (tekanan oleh kami) (Rujuk juga: Ouseng Sama-ae v. PP [2010] 6 CLJ 416 (MR); Mohd Azrin bin Che Meh v. Pendakwa Raya [2011] 1 LNS 1304; [2012] 1 MLJ 450; Mohd Nazrul Shuhaimi v. Pendakwa Raya [2014] 1 LNS 1271 (MR)) [18] Selaras dengan prinsip di atas, kami mengambil pendirian bahawa kami tidak perlu menimbangkan semula isu-isu yang telah dibangkitkan dan diputuskan di akhir kes pendakwaan oleh Mahkamah 51 Rayuan terdahulu kecuali jika terdapat keterangan baru yang dibangkitkan oleh pihak Perayu yang boleh menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Dengan itu, apa yang perlu kami pertimbangkan adalah sama ada keterangan yang dikemukakan oleh pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan.”. [55] Berkaitan dengan alasan dan isu yang sama, peguam bela terpelajar telah menghujahkan bahawa Hakim bicara yang bijaksana telah gagal untuk membuat dapatan bahawa 12 buah buku yang dipertuduhkan mengandungi unsur-unsur perbuatan keganasan sepertimana dalam pertuduhan. Kami menolak hujahan peguam bela terpelajar atas alasan bahawa pada peringkat ini tiada sebarang keperluan untuk Hakim bicara yang bijaksana untuk membuat dapatan berkenaan setelah panel terdahulu Mahkamah Rayuan memerintahkan pembelaan Perayu dipanggil. Tanggungjawab Hakim bicara yang bijaksana pada peringkat ini hanyalah untuk menentukan sama ada pembelaan Perayu berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah atau tidak. Hakim bicara yang bijaksana setelah menimbangkan pembelaan Perayu mendapati bahawa pembelaan Perayu telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan dan telah mensabitkan Perayu dengan pertuduhan. 52 Dalam penghakimannya, Hakim bicara yang bijaksana membuat dapatan seperti berikut: “[33] Justeru itu, tanpa mengambil kira apa-apa jua alasan yang dikemukakan oleh OKT, saya mendapati bahawa pada ketika OKT ditahan oleh pihak polis, OKT telah memiliki 12 buah buku-buku yang disenaraikan yang mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas. Oleh itu, di atas isu ini sahaja, OKT didapati bersalah dan disabitkan kesalahan menurut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan. Sungguhpun begitu, sekiranya dikatakan pemilikan buku-buku tersebut bukan merupakan suatu kesalahan Laibiliti Ketat, saya telah terus menimbangkan isu-isu lain seperti berikut dalam mencapai keputusan akhir kes ini. …… [36] Berdasarkan kepada keterangan-keterangan OKT semasa pemeriksaan balas, persoalan sama ada OKT telah membaca buku-buku tersebut bukanlah suatu isu. Apa yang penting adalah semasa membeli buku-buku tersebut dan ketika OKT ditahan oleh pihak polis, OKT mengetahui status buku-buku tersebut. Dalam soal ini, sungguhpun tiada keperluan dipihak Timbalan Pendakwa untuk membuktikannya, saya berpuashati bahawa pada ketika OKT ditangkap oleh polis, malahan semasa membeli buku-buku tersebut dan berada dalam pemilikannya, OKT mengetahui bahawa ianya berkaitan dengan pergerakan pengganas Al-Qaeda dan Islamic State. ……. [62] Tahap pembuktian pihak-pihak juga telah dibincangkan dan dijelaskan dalam kes-kes tersebut dan diambil perhatian pada membuat pertimbangan keseluruhan kes ini. Gambaran keseluruhannya yang dilihat diakhir kes adalah Tertuduh sememangnya mempunyai 53 pemilikan buku-buku tersebut yang mempunyai kaitan dengan kegiatan pengganas. Cerita dan kerisauan bapa OKT tentang keselamatan keluarganya menyebabkan laporan polis (P54) dibuat.” [56] Kami tidak mendapati sebarang kekhilafan oleh Hakim bicara yang bijaksana dalam membuat dapatan dan keputusan bahawa Perayu disabitkan atas pertuduhan. Sabitan Perayu disokong oleh keterangan yang kukuh dan mencukupi yang tidak memerlukan campurtangan Mahkamah atasan. [57] Kes K S Roberts v. PP [1970] 1 LNS 44; [1970] 2 MLJ 137 boleh diterima sebagai analogi dalam menilai elemen pengetahuan yang dinafikan oleh Perayu walaupun kes itu melibatkan satu kesalahan di bawah Seksyen 292(a) KK kerana pemilikan buku majalah yang mengandungi bahan lucah untuk penjualan. Raja Azlan Shah J (sebagaimana Almarhum Tuanku ketika itu) memutuskan seperti berikut: “The conviction is impugned on another ground that the appellant has no knowledge that the publication is obscene as he is only a retailer and therefore not expected to know what is contained in every publication. The argument is based on the false premise that before a person is found guilty of selling or keeping for sale any obscene publication, the prosecution must prove that he “knows” that the publication is obscene. In a case under s. 292(a) of the Penal Code knowledge that the publication is obscene need not be proved. If the law is otherwise it would place an intolerable burden on the prosecution. The difficulty of 54 obtaining legal evidence of the offender’s knowledge of the obscenity of the publication has made the liability strict. Absence of knowledge may only be taken in mitigation of sentence.”. [58] Begitu juga dalam kes Mohamed Ibrahim v. PP [1962] 1 LNS 100; [1963] 1 MLJ 289 yang faktanya juga melibatkan pemilikan untuk penjualan 65 buah buku “Tropic of Cancer” yang mengandungi bahan lucah, satu kesalahan di bawah Seksyen 292(a) KK. Pembelaan Perayu dalam kes itu adalah bahawa dia tidak ada pengetahuan buku-buku itu mengandungi bahan lucah kerana dia tidak memahami Bahasa Inggeris. Hakim Thomson, CJ telah menolak pembelaan Perayu bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan terhadap kandungan 65 buah buku tersebut mengandungi bahan lucah. Hakim Thomson, CJ menyatakan: “It is clearly one object of s. 292 of the Penal Code to protect those members of the public, particularly the younger members of the public who may be tempted to buy and so expose themselves to the corrupting influence of obscene books. To adopt the language of Lord Coleridge in Blaker v. Tillstone, it is clear that any enactment forbidding possession for sale of obscene books would be nugatory if in every case it was open for the person in possession to say that he did not know the contents of the books he was selling and if it were for the prosecution to negative that assertion. In every case it would be open to any person wishing to sell such books to employ as his vendor persons ignorant of the English language who would be immune from punishment. I can see no reason for differentiating between the person who sells books and the person who sells beer or beef or tobacco. It is 55 his business to ensure that his merchandise is such that the public who buy from him do not suffer and the most the prosecution can be expected to prove is not knowledge but the existence of means of acquiring knowledge.”. [59] Kami telah berkesempatan meneliti dua kes dari England yang dirujuk oleh peguam bela terpelajar dan telah diputuskan di bawah Terrorism Act 2000. Dua kes yang dirujuk itu ialah Regina v. G [2010] 1 AC 43 dan Regina v. Zafar [2008] QB 810. Kami mendapati peruntukan di bawah Seksyen 57 Terrorism Act 2000 yang dirujuk oleh peguam bela berbeza dengan peruntukan di bawah Seksyen 130JB KK. Dalam kes Regina v. G, supra, G dipertuduhkan di bawah Seksyen 58 manakala J telah dipertuduhkan di bawah Seksyen 57(1) atas kesalahan memiliki barangan “…for a purpose connected with instigation, preparation or commission of an act of terrorism……”. J turut dituduh di bawah Seksyen 58(1)(b) kerana memiliki maklumat “….useful to a person committing or preparing an act of terrorism…”. Jelas sekali peruntukan undang-undang di England yang dirujuk oleh peguam bela terpelajar adalah jauh berbeza. Oleh yang demikian, kes Regina v. G, supra, tidak boleh terpakai sebagai panduan oleh Mahkamah-Mahkamah di Malaysia. Bahagian yang dirujuk oleh peguam bela diperturunkan seperti berikut: 56 “Per curiam. Under section 57(1) of the 2000 Act, contrast to section 58 (1), the circumstances of the defendant’s possession of the articles in question are a crucial element of the offence. By virtue of section 118(2) of the 2000 Act, a defence under section 57(2) is assumed to be satisfied when, even though reasonable suspicion to the contrary has been proved beyond reasonable doubt, the defendant adduces sufficient evidence to entitle the court or jury to find that his possession of the article was not in fact for a terrorist purpose unless the prosecution proves beyond reasonable doubt that the defence has not been made out. Section 118(2) does not require the prosecution to go further and prove that the defendant’s possession was for a terrorist purpose in order to rebut the section 57(2) defence.”. [60] Seksyen 57 dan 58, Terrorism Act 2000 dengan jelas memperuntukkan mengenai kesalahan dan pembelaan terhadap pertuduhan-pertuduhan di bawah Seksyen-Seksyen tersebut, seperti berikut: “57.(1) A person commits an offence if he possesses an article in circumstances which give rise to a reasonable suspicion that his possession is for a purpose connected with the commission, preparation or instigation of an act of terrorism. (2) It is defence for a person charged with an offence under this section to prove that his possession of the article was not for a purpose connected with the commission, preparation or instigation of an act of terrorism. 57 (3) In proceedings for an offence under this section, if it is proved that an article – (a) was on any premises at the same time as the accused, or (b) was on premises of which the accused was the occupier or which he habitually used otherwise than as a member of the public, the court may assume that the accused possessed the article, unless he proves that he did not know of its presence on the premises or that he had no control over it. (4) A person guilty of an offence under this section shall be liable – (a) on conviction on indictment, to imprisonment for a term not exceeding 15 years, to a fine or to both, or (b) on summary conviction, to imprisonment for a term not exceeding six months, to a fine not exceeding the statutory maximum or to both.”. dan “58.(1) A person commits an offence if – (a) he collects or makes a record of information of a kind likely to be useful to a person committing or preparing an act of terrorism, or (b) he possesses a document or record containing information of that kind. (2) In this section ‘record’ includes a photographic or electronic record. (3) It is a defence for a person charged with an offence under this section to prove that he had a reasonable excuse for his action or possession. 58 (4) A person guilty of an offence under this section shall be liable – (a) on conviction on indictment, to imprisonment for a term not exceeding 10 years, to a fine or to both, or (b) on summary conviction, to imprisonment for a term not exceeding six months, to a fine not exceeding the statutory maximum or to both.”. [61] Seksyen 57(2) dan 58(3) di bawah Terrorism Act 2000 tersebut yang membuat peruntukan mengenai pembelaan seseorang tertuduh tidak terdapat di bawah KK dan pembelaan sedemikian tidak terbuka kepada Perayu dalam kes rayuan di hadapan kami. [62] Dalam kes Regina v. Zafar, supra, Perayu-Perayu merupakan 4 pelajar sebuah Universiti telah dipertuduhkan di bawah seksyen 57(1) Terrorism Act 2000 kerana memiliki bahan-bahan untuk membuat bom dan mortar. Sekali lagi pertuduhan terhadap mereka menyatakan mereka memiliki barangan tersebut dengan tujuan “….connected with the commission, preparation or instigation of an act of terrorism.”. Peruntukan sedemikian jelas tidak terdapat di bawah seksyen 130JB KK. Oleh itu, kesalahan di bawah seksyen 57(1) Terrorism Act 2000 tidak boleh disamakan dengan Seksyen 130JB KK. Oleh yang demikian, Mahkamah-Mahkamah di England telah memutuskan bahawa 59 beban pembuktian atas pihak pendakwaan untuk membuktikan tujuan dan niat tertuduh dalam memiliki barangan yang dipertuduhkan adalah untuk tujuan berkaitan dengan keganasan kerana Seksyen 57(1) Terrorism Act 2000 tidak berbentuk liabiliti ketat seperti seksyen 130JB KK. [63] Setelah meneliti Rekod Rayuan dan setelah menimbangkan hujahan pihak-pihak atas isu-isu yang telah dibangkitkan dalam rayuan Perayu, kami mendapati tiada merit dalam rayuan Perayu terhadap sabitan. Rayuan Perayu terhadap sabitan ditolak. Sabitan oleh Mahkamah Tinggi disahkan dan dikekalkan. Hukuman [64] Perayu turut merayu terhadap hukuman 5 tahun penjara yang dijatuhkan oleh Hakim bicara yang bijaksana. Seksyen 130JB KK memperuntukkan hukuman penjara maksima 7 tahun dan item yang terlibat boleh dilucuthak. Peguam bela terpelajar menghujahkan hukuman 5 tahun adalah berlebihan (excessive). Perayu seorang pesalah pertama dan masih berusia muda. Perayu memohon agar hukuman penjara dikurangkan. 60 [65] Sebelum menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara, Hakim bicara yang bijaksana telah menitikberatkan bahawa kesalahan yang dilakukan adalah serius kerana item yang berkaitan dengan Kumpulan Pengganas dapat mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam. Oleh itu kesalahan Perayu ialah kesalahan yang berat dan serius. Walau bagaimanapun kami bersetuju dengan hujahan peguam bela terpelajar bahawa hukuman 5 tahun penjara yang dijatuhkan oleh Hakim bicara yang bijaksana adalah terlampau berlebihan. Hakim bicara yang bijaksana langsung tidak melihat kepada trend penghukuman terhadap kes-kes yang melibatkan SOSMA yang telah diputuskan sebelum ini. [66] Dalam menimbangkan rayuan Perayu terhadap hukuman, kami telah merujuk kepada kes-kes yang berikut sebagai panduan: (i) PP lwn Ummi Kalsom Bahak [2015] 7 CLJ 503 – pertuduhan di bawah Seksyen 130J(1)(a) KK dibaca bersama dengan Seksyen 511 KK kerana cubaan untuk memberikan sokongan kepada Kumpulan Pengganas IS di Syria. Mengaku salah, dan dihukum 2 tahun penjara sejak tarikh ditangkap. Hukuman maksima 15 tahun (cubaan). Disahkan oleh Mahkamah Rayuan dan juga oleh Mahkamah Persekutuan; 61 (ii) PP v. Yazid Sufaat & Ors [2014] 2 CLJ 670 – pertuduhan di bawah Seksyen 130G(a) KK kerana mempromosi ideologi untuk melakukan perbuatan keganasan. Mengaku salah semasa perbicaraan berlangsung setelah pertuduhan pindaan ditawarkan. Dihukum 7 tahun penjara. (iii) PP v. Hassan Hj Ali Basri [2014] 2 CLJ 72 – pertuduhan di bawah Seksyen 130C KK kerana melakukan perbuatan keganasan dengan menyembunyikan maklumat yang diterima mengenai kedatangan Kumpulan Pengganas untuk menyerang Lahad Datu, Sabah. Dihukum dengan hukuman penjara maksima 7 tahun. Bicara penuh dan hukuman disahkan oleh Mahkamah Rayuan. (iv) PP lwn Mohd Syafrien Rasid [2015] 1 LNS 943 – pertuduhan kerana cubaan untuk memberikan sokongan kepada Kumpulan Pengganas di Syria di bawah Seksyen 130J KK dibaca bersama dengan Seksyen 511 KK. Mengaku salah. Dihukum 2 tahun penjara. Rayuan ke Mahkamah Rayuan ditarik balik. (v) PP lwn. Murad Halimuddin Hassan & Yang Lain & Satu Lagi Kes [2016] 1 LNS 554 – pertuduhan di bawah Seksyen 130G(a) KK kerana memberikan sokongan kepada Kumpulan Pengganas IS di Syria. Tertuduh pergi berperang di Syria dan telah tercedera. Setelah balik ke Malaysia terlibat dalam merekrut pejuang untuk berjuang bersama pengganas di Syria, kesalahan di bawah Seksyen 130J KK. Mengaku salah dan dihukum 18 tahun penjara bagi setiap pertuduhan berjalan serentak sejak tarikh ditangkap. 62 (vi) PP v. Muhammad Sani Mahdi Sahar [2016] 1 LNS 1150 – pertuduhan di bawah Seksyen 130JB KK kerana memiliki rakaman-rakaman video memaparkan perlakuan perbuatan Kumpulan Pengganas. Mengaku salah dan dihukum 18 bulan penjara. Disahkan oleh Mahkamah Rayuan. (vii) PP lwn. Mohd Haniffa Syedul Abbar [2016] 1 LNS 1654 – pertuduhan di bawah Seksyen 130Q KK kerana mngendalikan harta Kumpulan Pengganas dan Seksyen 130JB KK kerana memiliki item-item berkaitan unsur dan Kumpulan Pengganas. Mengaku salah. Pertuduhan pertama 10 tahun penjara dan pertuduhan kedua 2 tahun penjara, berjalan berasingan. Hukuman disahkan oleh Mahkamah Rayuan. (viii) PP lwn. Jusninawati Abdul Gani [2016] 1 LNS 1657 – kesalahan gagal memberikan maklumat mengenai perbuatan pengganas di bawah Seksyen 130M KK. Bicara penuh dan dipenjarakan 7 tahun sejak tarikh ditangkap. (ix) PP v. Anuar Ab Rani [2016] 1 LNS 946 – pertuduhan di bawah Seksyen 130JB KK kerana memiliki 1 buah buku “Misteri Pasukan Panji Hitam” berkaitan dengan Kumpulan Pengganas Jema’ah Islamiah (JI) dan Al-Qaedah; dan 7 keping gambar dalam telefon bimbit berkaitan perbuatan keganasan memenggal leher dan tanda sokongan kepada Kumpulan Pengganas Islamic States (IS). Responden telah mengaku salah. Dikenakan hukuman 2 tahun penjara sejak tarikh ditangkap; 63 (x) PP v. Azizi Abdullah [2017] 1 LNS 562 – pertuduhan di bawah Seksyen 130J kerana memberikan sokongan kepada pertubuhan pengganas, mengaku salah, 13 tahun penjara. Dua (2) pertuduhan bawah Seksyen 130JB(1)(a) kerana memiliki 1 bendera IS, video-video berkaitan dengan IS dan buku-buku berkaitan dengan IS. Mengaku salah, 4 tahun penjara serentak; (b) telefon bimbit mengandungi komen-komen berkaitan IS dalam Kumpulan whatsapp “Gagak Hitam” dan “Amanah vs PAS”. Mengaku salah, 4 tahun penjara serentak. (xi) PP v. Muhammad Hakimi Azman [2017] 1 LNS 1017 – memiliki 7 imej gambar dalam komputer riba berkaitan dengan Kumpulan Pengganas IS. Mengaku salah, 1 tahun penjara dari tarikh ditangkap. [67] Setelah mendengar penghujahan pihak-pihak, kami membenarkan rayuan Perayu terhadap hukuman. Hukuman 5 tahun penjara oleh Hakim bicara yang bijaksana diketepikan dan kami gantikan dengan hukuman 3 tahun penjara berkuat kuasa dari tarikh ditangkap (22.3.2016) Konklusi [68] Atas alasan-alasan yang kami huraikan di atas, kami membenarkan sebahagian rayuan Perayu. Rayuan Perayu terhadap sabitan ditolak. Sabitan oleh Mahkamah Tinggi dikekalkan. Kami membenarkan rayuan Perayu terhadap hukuman. Hukuman Mahkamah 64 Tinggi 5 tahun penjara sejak tarikh ditangkap diketepikan dan digantikan dengan hukuman 3 tahun penjara sejak tarikh ditangkap (22.3.2016). Bertarikh: 7 Disember 2017. t.t (KAMARDIN BIN HASHIM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguam cara Bagi Pihak Perayu: Haniff Khatri Abdulla (Mohd Kamaruzaman A.Wahab Mohd Zubir Embong Ahmad Amzar Ahmad Azlan Ilyani Khuszairy, bersamanya) Tetuan Aziz & Co No.9, Tingkat 1, Jalan Hiliran, 20300 Kuala Terengganu Bagi Pihak Responden: Faizah Mohd Salleh Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bahagian Perbicaraan & Rayuan Putrajaya