Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN PEMULA NO.: BL-24NCvC-118-11/2023 ANTARA SITI NORHALIZA BINTI ABDULLAH PLAINTIF
BL-24NCvC-118-11/2023
High Court of Malaysia22 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“parents must be sought. The contrary approach of allowing the child to be converted on the consent of only one parent would give rise to practical conundrums. A purposive reading of art. 12(4) of the Federal Constitution that promotes the welfare of the child and is consistent with good sense would require the consent”
“cessary for this court to clarify the law on this "procedural minefield" (as described by Lord Lowery in Roy v. Kensington and Chelsea FPC (supra). [61] declaration under common law. But s. 41 of the Specific Relief Act 1950 armed them with the statutory authority to do so. It is also commonly accepted that O. 15 r. 16”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN PEMULA NO.: BL-24NCvC-118-11/2023 ANTARA SITI NORHALIZA BINTI ABDULLAH PLAINTIF
1
1.
2
KERAJAAN NEGERI SELANGOR DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 1, 7 dan 11] Terdapat 3 permohonan yang difailkan dalam tindakan ini yang mana Mahkamah akan membuat keputusan untuk ketiga-tiga permohonan ini kerana ianya berkaitan antara satu sama lain.
Lampiran
LAMPIRAN 1 Ini adalah permohonan dari Plaintif untuk satu deklarasi bagi perkara-perkara berikut: - 20/08/2024 10:29:29 BL-24NCvC-118-11/2023 Kand. 46 (a) Bahawa Plaintif adalah seorang yang mengakui dan mengamalkan agama Hindu dan bukan agama Islam; (b) Suatu deklarasi satus bagi agama Plaintif di Jabatan Rekod Pendaftaran hendaklah dipinda dan diperbetulkan kepada Agama Hindu dan bukannya Agama Islam; (c) Suatu deklarasi bahawa Plaintif tidak pernah menganut Agama Islam dan sentiasa menganut Agama Islam sejak lahir; (d) Suatu deklarasi bahawa penukaran Agama Plaintif adalah tidak sah dari mula; (e) (f) Kos ditanggung oleh Defendan. II. LAMPIRAN 7 Ini adalah adalah permohonan daripada Defendan 1 untuk membatalkan Saman Pemula yang difailkan oleh Plaintif dibatalkan dibawah Aturan 18 Kaedah 19(1) (a) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 kerana ianya tidak mendedahkan kausa tindakan munasabah, mengaibkan, remeh dan/atau penyalahgunaaan proses Mahkamah. LAMPIRAN 11 Permohonan Plaintif dibawah Aturan 15 Kaedah 6, Aturan 20 Kaedah 3 dan Aturan 92 Kaedah 4 Kadah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk menambah Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara sebagai Defendan dan Plaintif dibenarkan untuk meminda Saman Pemula dan Afidavit Sokongan dalam masa 14 hari dari tarikh perintah. A. LATAR BELAKANG [1] Tindakan Plaintif tidak mendedahkan sebarang kausa tindakan yang munasabah terhasdap Defendan 1. Hal Perkara 12(4) Perlembagaan Malaysia hanya dibangkitkan oleh Plaintif semata-mata untuk memulakan prosiding ini di Mahkamah Tinggi Sivil. [2] Status Plaintif yang mendakwa dirinya bukan seorang beragama Islam adalah suatu persoalan undang-undnag yang hanya wajar dan patut diputuskan oleh Mahkamah Syariah yang berkompeten dan mempunyai bidang kuasa dalam memutuskan permohonan ini kerana persoalan status agama Islam melibatkan persoalan hukum syarak. Tindakan Plaintif adalah suatu cubaan pintu belakang bagi mengelak dan menafikan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan demikian ianya satu proses penyalahgunaan kuasa dan proses pengenalan Plaintif jelas tidak ditujukan kepada Defendan 1 sebaliknya kepada Jabatan Pendaftaran Negara yang bukan pihak dalam tindakan ini, B. JAWAPAN PLAINTIF [3] Plaintif adalah seorang anak yang dilahirkan daripada ibu bapa yang menganut agama Hindu. Ibu Plaintif bernama Thanaletchumi a/p Kadappan telah berkahwin dengan bapa Plaintif bernama Karupaiyah a/l Perumal pada 20.1.1982 mengikut tradisi agama Hindu. Plaintif dilahirkan pada 30.1.1997 dan ketika kelahirannya kedua-dua ibu dan bapa Plaintif masih beragama Hindu. Bapa Plaintif telah mendaftarkan namanya sebagai Ravina a/p Karupiyah. Sejak dilahirkan, Plaintif telah dibesarkan sebagai seorang penganut Hindu. [4] Pada atau sekitar tahun 1999, kedua-dua ibu bapa Plaintif telah tinggal secara berasingan. Plaintif dan tiga (3) kakaknya tinggal bersama ibu Plaintif. Pada atau sekitar tahun 2004, ibu Plaintif telah berhasrat untuk mengahwini seorang lelaki Islam, maka ibu Plaintif telah menukar agamanya kepada agama Islam dan dia berbuat demikian pada 16.2.2004 di Pejabat Agama Islam Daerah Klang. Pada 25.11.2004, ibu Plaintif telah membawa Plaintif (ketika itu hanya berumur 7 tahun) ke Pejabat Agama Islam Daerah Klang untuk menukar agama Plaintif kepada agama Islam. Plaintif tidak memahami apa yang berlaku waktu itu. [5] Bapa Plaintif tidak hadir semasa proses penukaran agama Plaintif dan hanya ibu Plaintif sahaja yang hadir semasa pertukaran agama tersebut berlaku dan bapa Plaintif tidak pernah memberikan kebenaran dan/atau persetujuan serta tidak pernah dimaklumkan berkenaan dengan pertukaran agama Plaintif. Plaintif dan ibunya telah diisukan Kad Perakuan Memeluk Islam oleh Pejabat Agama Islam Daerah Klang, dan nama mereka juga telah ditukar kepada nama Islam iaitu Nuraishah binti Abdullah bagi ibunya dan Siti Norhaliza binti Abdullah (Plaintif) masing-masing. [6] Selepas pertukaran agama tersebut, ibu Plaintif terus membesarkan Plaintif berdasarkan prinsip-prinsip agama Hindu. Pada 11.12.2010, bapa Plaintif telah meninggal dunia dan Plaintif mengakui dia adalah penganut agama Hindu dan menjalankan kehidupan mengikut kepercayaan agama Hindu dan dia tidak pernah mengamalkan ajaran agama Islam pada bila-bila masa sejak pertukaran agama Plaintif oleh ibunya. C. JAWAPAN DEFENDAN-DEFENDAN [7] Defendan 1 ini dirujuk sebagai D1 adalah sebuah badan berkanun dan bidang kuasa D1 tertakluk kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 ini . D1 tiada kaitan dan tiada bidang kuasa berhubung dengan deklarasi yang dipohon Plaintif melalui prayer (i) dan (ii) Lampiran 1. Merujuk kepada prayer (iii) Lampiran 1, hal tersebut berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah dan relif yang berkenaan boleh diberi oleh Mahkamah Syariah. Merujuk kepada payer (iv) dan (v) Lampiran 1 ianya adalah relif yang hanya wajar dibuat melalui suatu permohonan semakan kehakiman melalui perintah certiorari dan/atau mandamus dan ianya memerlukan kebenaran Mahkamah. [8] Persoalan status atau deklarasi berhubung status agama Islam seseorang boleh di buat di Mahkamah Tinggi Syariah. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh memerintahkan agar kes dirujuk dan mengarahkan Plaintif menjalani sesi bimbingan dan/atau kaunseling dan setelah selesai kaunseling akidah, Mahkamah Tinggi Syariah berhak untuk memutuskan samada Plaintif adalah bukan beragama Islam. [9] Hal perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan sengaja ditimbulkan di dalam konteks pengislaman Plaintif sebagai cubaan dan alasan bagi memulakan prosiding di Mahkamah Tinggi Malaya sedangkan tindakan ini bukan satu permohonan semakan kehakiman terhadap mana-mana keputusan pengislaman Plaintif. Tindakan Plaintif adalah suatu cubaan pintu belakang bagi mengelak dan menafikan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan ianya merupakan suatu penyalahgunaan kuasa dan proses Mahkamah. [10] Setakat kad-kad perakuan memeluk agama Islam telah dikeluarkan oleh D1 kepada Plaintif dan ibunya setelah mereka memeluk Islam, tiada sebarang paksaan terhadap Plaintif dan ibunya untuk memeluk agama Islam. Pemelukan agama Islam oleh Plaintif telah dijalankan menurut prosedur dan tatacara yang diperuntukkan oleh undang-undang. Nama-nama baharu Islam tersebut adalah pilihan ibu Plaintif. [11] Plaintif bersama-sama ibunya, Nurasiah binti Abdullah hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Selangor Daerah Klang untuk memeluk Islam. Ibu Plaintif telah diislamkan pada 16.2.2004 oleh Yaakob Alwi bin Abdullah [Lampiran 32]. Plaintif kelihatan bersedia dan maklum akan tujuannya ke pejabat tersebut untuk memeluk Islam dan dia hadir lengkap berhijab termasuk membawa gambar ukuran paspot yang diperlukan bagi Borang Pengisytiharan Memeluk Agama Islam. Deponen (Yaakob Alwi) telah mendapatkan pengesahan Plaintif beserta ibunya bahawa Plaintif bersedia dan benar-benar hendak memeluk Islam disamping diperjelaskan kepada Plaintif asas dan makna memeluk Islam. [12] Plaintif telah dibimbing melafaz syahadah dalam Bahasa Arab dan Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah kepada Plaintif yang turut diulangi/disebut oleh Plaintif di dalam Bahasa Arab dan Bahasa Malaysia. Deponen (Yaakob Alwi) dan saksi-saksi berpuas hati bahawa pengislaman Plaintif adalah menurut hukum syarak dan dia meneruskan untuk mengisi/ menyediakan Borang Pengisytiharan Siti Norhaliza sendiri oleh Plaintif dan ibunya. Tiada sebarang paksaan terhadap Plaintif untuk memeluk agama Islam dan syahadah telah disebut dengan kerelaan Plaintif sendiri. [13] Ibu Plaintif telah selepas pengislaman Plaintif membawa Plaintif untuk sama-sama menghadiri kelas pengajian Agama Islam/Fardhu Ain bagi muallaf (namun tidak dijelaskan tempoh pengajian tersebut dihadiri oleh Plaintif). C. KEPUTUSAN MAHKAMAH [14] Mahkamah membuat keputusan untuk Lampiran 7 dan Lampiran 1 bersama-sama dan seterusnya Lampiran 11. Lampiran 7 adalah permohonan oleh Defendan 1 untuk membatalkan tindakan Plaintif di Lampiran 1 bagi memohon suatu deklarasi bahawa Plaintif bukanlah pengamal agama Islam sebaliknya dia adalah pengamal agama Hindu dan dia tidak pernah menganut agama Islam sejak lahir tetapi adalah penganut agama Hindu. Plaintif juga memohon deklarasi bahawa penukaran agama Plaintif oleh ibunya adalah tidak sah dari mula dan namanya adalah Ravina a/p Karupiyah dan bukannya Siti Norhaliza binti Abdullah. [15] Alasan utama Defendan 1 untuk memohon membatalkan tindakan Plaintif adalah kerana persoalan status atau perisytiharan berhubung status agama Islam seseorang hanya boleh dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah tersebut berhak memutuskan samada Plaintif bukan lagi beragama Islam. Plaintif sengaja menimbulkan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan sebagai cubaan dan alasan semata-mata untuk memulakan prosiding ini di Mahkamah Tinggi Malaya, sedangkan tindakan disini bukan suatu permohonan semakan kehakiman terhadap mana-mana keputusan pengislaman Plaintif. Tindakan Plaintif adalah suatu cubaan pintu belakang bagi mengelak dan menafikan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan ianya satu penyalahgunaan proses Mahkamah. [16] Alasan utama D1 membuat permohonan dibawah Aturan 18 Kaedah 19 (1)(a), (b) dan (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 adalah kerana penentuan samada Plaintif bukan orang yang beragama Islam atau tidak adalah melibatkan penyiasatan tentang keesahan tindakan keluar agama Islamnya di bawah undang-undang Islam menurut Hukum Syarak yang mana hanya Mahkamah Syariah yang memiliki kepakaran dan sesuai untuk menentukan permohonan Plaintif ini. [17] Persoalan status, permohonan untuk keluar Islam atau pengisytiharan berhubung status agama Islam seseorang boleh dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh memerintahkan agar kes dirujuk dan mengarahkan Plaintif menjalani sesi bimbingan, kaunseling/konsultansi akidah dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk membimbing dan menasihati Plaintif dan memahami implikasi permohonan yang dibuatnya. Plaintif sendiri mengakui bahawa pada 25.11.2004, dia telah menjalani proses dan prosedur pengislaman di Pejabat Agama Islam Daerah Klang dan diisukan Kad Perakuan Agama Islam, maka tiada keraguan secara fakta yang zahir bahawa Plaintif adalah seorang yang beragama Islam pada masa ini. Tiada sebarang kekeliruan terhadap status Plaintif yang beragama Islam dan pemasalahan atau persoalan samada dia masih beragama Islam dalam keadaan kepercayaan dan amalan peribadinya yang didakwa Plaintif telah/sedang menjurus ke agama Hindu sewajarnya diputuskan oleh Mahkamah Syariah. [18] Plaintif pula berhujah bahawa kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan-defendan adalah bukan kausa tindakan yang tidak munasabah, mengaibkan, remeh atau menyusahkan. Terdapat isu-isu untuk dibicarakan seperti: - a) samada Plaintif faham tentang pertukaran agamanya kepada agama Islam ketika beliau masih bawah umur; b) samada Plaintif adalah seorang beragama Islam sejak lahir; c) samada prosedur pertukaran agama Plaintif yang pada masa tersebut adalah seorang kanak-kanak bawah umur telah dipatuhi; d) samada terdapat unilateral conversion sekiranya bapa Plaintif tidak hadir semasa pertukaran agama tersebut; e) samada unilateral conversion adalah sah di sisi undang-undang; f) samada pertukaran agama tersebut merupakan unilateral adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah; dan g) samada pertukaran agama tersebut adalah tidak sah dan batal. [19] Undang-undang mantap berkaitan pembatalan tindakan dan/atau tuntutan Plaintif dibawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012 adalah jelas iaitu ianya hanya boleh dilakukan didalam keadaan jelas dan nyata bahawa tuntutan Plaintif tidak boleh dipertahankan, ianya satu kausa tindakan yang sia-sia, dan juga satu penyalahgunaan proses Mahkamah. Jika sekalipun tuntutan Plaintif adalah lemah dan tidak akan berjaya jika dibawa ke perbicaraan penuh asalkan ia mendedahkan suatu kausa tindakan dan/atau membangkitkan beberapa persoalan yang sesuai untuk diputuskan, maka ianya seharusnya ditetapkan untuk pendengaran. Lihat Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 7; Sivakumar a/l Varatharaju Naidu v Ganesan a/l Retanam [2011] 6 MLJ 72] [20] Kausa tindakan Plaintif adalah isu keesahan pertukaran agama ke agama Islam pada 25.11.2004, iaitu samada pertukaran agama tersebut mematuhi undang-undang kerana Plaintif pada waktu material adalah kanak-kanak di bawah umur (7 tahun). Plaintif mendakwa dia telah ditukarkan agama secara unilateral conversion dan bukan dilahirkan sebagai seorang Islam dari awal. Plaintif menghujahkan bahawa ini adalah satu kes melibatkan pertukaran agama bersifat ab initio renunciation manakala D1 menghujahkan bahawa permohonan ini bersifat renunciation yang mana hanya Mahkamah Syariah sahaja mempunyai bidang kuasa untuk memutuskannya. Mahkamah mendapati berdasarkan isu-isu yang ditimbulkan oleh Plaintif jelas menunjukkan ianya bukan satu kes dimana permohonan bawah Aturan 18 Kaedah 19 (1) (a), (b) atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 terpakai, di mana ianya memerlukan penyiasatan yang menyeluruh atas apa yang dikemukakan walaupun secara affidavit. Oleh itu, permohonan D1 di Lampiran 7 ditolak dengan kos. LAMPIRAN 1 I. Adakah Mahkamah Tinggi Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar Saman Pemula atau Mahkamah Syariah? [21] Untuk memutuskan samada Mahkamah Tinggi Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar Saman Pemula ini atau Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa, perlu dilihat sifat permohonan yang dipohon oleh Plaintif di sini kerana, sekiranya ia bersifat ab initio maka Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa renunciation bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. [22] Plaintif menghujahkan isu pengislamannya adalah satu kes ab initio renunciation dia tidak pernah memeluk Agama Islam dan sejak lahir dia mengamalkan ajaran Agama Hindu dan perkara ini disahkan oleh ibu Plaintif melalui afidavitnya di Lampiran 3 bahawa walaupun Plaintif memeluk Agama Islam bersama dengannya, Plaintif tidak pernah dibesarkan mengikut ajaran Agama Islam. Plaintif mendakwa ibunya secara unilateral telah membawanya untuk memeluk agama Islam ketika dia berumur 7 tahun dan namanya ditukar kepada Siti Nohaliza binti Abdullah . Ayah Plaintif beragama Hindu dan telah meninggalkan Plaintif dan ibunya ketika Plaintif berusia 2 tahun dan tidak pernah memberi persetujuan kepada pengislaman Plaintif. Plaintif dibesarkan menjalani ajaran Hindu oleh seorang ibu yang memeluk Islam. Plaintif tidak pernah mematuhi ajaran Islam. [23] dan hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa. Plaintif adalah seorang Islam kerana ibunya telah membawanya untuk memeluk agama Islam ketika dia berumur 7 tahun secara rela tanpa sebarang paksaan. Plaintif juga diberi Kad Perakuan Agama Islam dan dia dibesarkan oleh ibunya yang telah memeluk agama Islam. Ibu Plaintif mengamalkan ajaran Islam dengan berterusan menerima bantuan zakat dan menghadiri kelas fardhu ain. [24] Suatu yang tidak boleh dipertikaikan adalah Plaintif adalah anak sah taraf hasil perkahwinan kedua ibubapanya yang diadakan di sebuah kuil Hindu di Kapar pada 20.1.1982 mengikut tradisi agama Hindu. Perkahwinan kedua ibu bapa Plaintif tidak didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara namun perkahwinan ibu bapa Plaintif adalah sah selaras dengan seksyen 4 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 yang merupakan satu peruntukan anggapan perkahwinan sebelum Akta ini berkuatkuasa (deeming provision) 1) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh sahnya sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman sebelum daripada tarikh yang ditetapkan. (2) Perkahwinan itu, jika sah di bawah undang-undang, agama, adat atau kelaziman yang di bawahnya perkahwinan itu telah diupacarakan, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini. Plaintif dilahirkan pada 30.1.1997 hasil perkahwinan kedua ibubapanya yang beragama Hindu dan bapa Plaintif menamakan seperti di Lampiran 2 ekshibit SNA-1. [25] Daripada pembacaan affidavit Plaintif, dia menyatakan permohonannya adalah bersifat initio walaupun kesan daripada perintah deklarasi yang dipohon Plaintif seolah-olah dia menolak agama Islam (renouncing Islam). Isu yang penting di sini selain isu keesahan pemelukan agama Islamnya adalah isu legal sebagai seorang yang beragama Islam menjadi persoalan dan pertikaian didalam tindakan ini. Di dalam kes ab initio, isu di hadapan Mahkamah adalah bukan isu akidah atau fahaman tetapi lebih kepada isu identitinya di bawah Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Persekutuan didalam kes Rosliza bt Ibrahim v Kerajaan Negeri Selangor & Anor [2021] 2 MLJ 181, penghakiman oleh Tengku Maimun KHN dimana YAA menyatakan seperti berikut: - At the risk of repetition, if a matter concerns an ab initio case, that is, the question whether a person is in the first place a necessitates constitutional interpretation. This is because the phrase constitutional term. Accordingly, the civil courts are empowered, indeed, duty bound to adjudicate the matter. It is only in renunciation cases where one already professes or proclaims to profess the religion of Islam (irrespective of whether they actually practice the faith) with the subsequent decision to change what they profess, that the matter is removed to the jurisdiction of the Syariah Court. The distinction drawn from the case of Lina Joy and Azmi illustrates the difference, whether it is an ab initio case or a renunciation case will require a careful [penekanan ditambah] [26] Isu utama yang ditimbulkan oleh D1 adalah samada Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa dalam memutuskan tindakan yang difailkan oleh Plaintif disini. Pembentukan Mahkamah Sivil Atasan dan bidang kuasanya adalah seperti Perkara 121 Bahagian Kesembilan Perlembagaan Persekutuan manakala penubuhan Mahkamah Syariah pula adalah hasil statut selaras dengan Senarai Persekutuan Jadual Kesembilan, Senarai II Item 1. Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan menjamin hak untuk sesiapa pun menganuti agama dan menjalankan suruhan agama pilihannya. Perkara 11. Kebebasan Beragama [1] Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan Agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkannya. D1 pula bergantung kepada peruntukan Seksyen 74(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan bahawa - 74. Jusrisdiction doesn not extend to non-Muslims. (2) For the avoidance of doubt, it is hereby declared that a Muslim shall at all times be acknowledged and treated as a Muslim unless a declaration has been made by a Syariah Court that he is no longer a Muslim. [27] Samada kes ini adalah bersifat ab initio maka selaras dengan keputusan didalam kes Rosliza (supra) ianya memerlukan penilaian yang teliti berdasarkan fakta-fakta jelas yang dibentangkan oleh pihak-pihak dan persoalan samada seseorang itu menganut agama Islam adalah berkait dengan entiti dan kedudukan perundangannya (legal status) di bawah Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan satu tafsiran perlembagaan (constitutional interpretation) yang mana Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskannya. II. Adakah Plaintif seorang beragama Hindu sejak lahir? [28] Plaintif adalah anak sah taraf yang dilahirkan pada 30.1.1997 hasil perkahwinan kedua ibu bapanya paa 20.1.1982. Perkahwinan kedua ibu dan bapa Plaintif dijalankan mengikut upacara agama Hindu di sebuah kuil di Kapar sebelum Akta Membaharui (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 berkuatkuasa. Perkahwinan ibu dan bapa Plaintif tidak didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara tetapi ianya sah selaras dengan Seksyen 4 Akta. Sijil Kelahiran Plaintif tertera nama bapanya (Lampiran 2 ekshibit SNA-1). Jelas dari fakta ini, Plaintif ketika dilahirkan adalah seorang bergama Hindu kepada kedua ibu dan bapanya juga beragama Hindu. [29] Persoalan pertukaran agama dari Hindu kepada Islam timbul apabila ibu Plaintif memeluk Islam pada 25.11.2004 ketika Plaintif masih kanak-kanak. Bapa Plaintif masih kekal dengan agama asalnya dan telah tinggal berasingan dengan ibu Plaintif pada waktu material (tiada fakta menunjukkan bahawa berlaku penceraian dan meletakkan penjagaan Plaintif sepenuhnya kepada ibu Plaintif (sole custodial right). Ibu Plaintif telah membawa Plaintif ke Jabatan Agama Islam Klang dan Plaintif telah memeluk agama Islam. Ibu Plaintif telah memeluk Islam pada 16.2.2004 (lebih kurang 10 bulan lebih awal dari Plaintif). Fakta ini disahkan oleh pegawai yang bertugas mengislamkan ibu Plaintif dan Plaintif pada waktu material (Lampiran 32). Plaintif dan ibunya kemudiannya diberi Kad Perakuan Memeluk Islam (Lampiran 2 ekshibit SNA-2) [30] Ibu Plaintif di dalam afidavitnya (Lampiran 3) di perenggan 14 menyatakan bahawa pengislaman Plaintif adalah tanpa persetujuan bapa Plaintif (pada waktu pengislaman Plaintif (25.11.2004) Plaintif berumur 7 tahun. Adakah pengislaman Plaintif oleh ibunya adalah batal dan tidak sah? [31] Adalah satu fakta yang tidak boleh dinafikan bahawa ketika pengislaman pada 25.11.2004, Plaintif hanya berumur 7 tahun. Persetujuan bapa Plaintif tidak diperolehi ketika pengislaman Plaintif (disahkan oleh ibu Plaintif melalui Lampiran 3). D1 di dalam menjawab isu ini menyatakan Kad Perakuan Memeluk Islam adalah bukti konklusif bahawa Plaintif adalah seorang yang beragama Islam selaras dengan Seksyen 112 AIRIE 2003 dimana ianya memperuntukkan: - 112. Perakuan Memeluk Agama Islam (1) Pendaftar hendaklah memberi tiap-tiap orang yang pemelukan agama Islam olehnya telah didaftarkan suatu Perakuan Memeluk Agama Islam dalam bentuk yang ditetapkan. (2) Perakuan Memeluk Agama Islam hendaklah menjadi bukti muktamad tentang fakta-fakta yang dinyatakan dalam Perakuan itu. D1 menghujahkan bahawa Kad Perakuan Memeluk Islam (Lampiran 2 ekshibit SNA-2) adalah suatu bukti konklusif bahawa Plaintif adalah seorang beragama Islam. [32] Selain itu, Yaakob Alwi bin Abdullah (pegawai yang telah mengislamkan Plaintif pada 25.11.2004) didalam afidavitnya di 5. Lampiran 32 menyatakan seperti berikut: - Berhubung dengan pengislaman Plaintif pada 25.11.2004, saya menyatakan yang berikut: - (i) Plaintif bersama-sama dengan ibunya, Nurasiah binti Abdullah telah hadir di pejabat Jabatan Agaman Islam Selangor Daerah (ii) Ibu Plaintif telah diislamkan pada 16.2.2004 yang mana saya adalah pegawai yang mengislamkan. (iii) Plaintif kelihatan bersedia dan maklum akan tujuannya ke Pejabat tersebut iaitu untuk memeluk agama Islam. Plaintif hadir lengkap berhijab/bertudung termasuk membawa gambar berukuran paspot yang diperlukan bagi Borang Pengisytiharan Memeluk Agama Islam. (iv) Saya telah mendapatkan pengesahan Plaintif beserta ibunya bahawa Plaintif bersedia dan benar-benar hendak memeluk agama Islam disamping menjelaskan asas dan makna memeluk Islam kepada Plaintif. (v) Saya telah membimbing lafaz syahadah dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan dalam B bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi diulangi/disebut oleh Plaintif di dalam Bahasa Arab dan Bahasa Malaysia. (vi) Saya dan saksi-saksi berpuas hati bahawa pengislaman Plaintif adalah menurut Hukum Syarak dan saya meneruskan untuk mengisi/menyediakan Borang Pengisytiharan Memeluk Agama Islam Plaintif. (vii) dipilih sendiri oleh Plaintif dan ibunya. (viii) Pada pemerhatian saya, tiada sebarang paksaan terhadap Plaintif untuk memeluk agama Islam dan syahadah telah disebut dengan kerelaan Plaintif sendiri. Dilampirkan dan ditandakan disini sesalinan Borang Pengisytiharan Memeluk Agama Islam Plaintif bertarikh - D1 menghujahkan bahawa Kad Perakuan memeluk Islam ini adalah bukti konklusif dan muktamad dan tidak boleh dicabar mengenai pemelukan Islam oleh Plaintif. [32] Sekali lagi adakah Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan keesahan pengislaman Plaintif? Jawapannya adalah ya. Mahkamah Tinggi Sivil mempunyai bidangkuasa untuk memutuskan keesahan pengislaman Plaintif. Ini adalah kuasa semakan (supervisory power) iaitu kuasa kehakiman Mahkamah Sivil yang merupakan struktur asas yang diperuntukkan dibawah perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. Bidangkuasa Mahkamah Syariah adalah seperti yang diperuntukkan dibawah Seksyen 61 AIRIE 2003. Dalam keadaan menentusahkan keesahan pengislaman seorang minor oleh Pendaftar adalah bidang kuasa Mahkamah Sivil. Mahkamah Persekutuan didalam kes Indira Ghandhi Mutho v Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors and Other Appeals [2018] 3 CLJ 149, Zainun Ali (ketika menjadi HMP) memutuskan: - (10) concerned with the status of her children as Muslims converts or with the questions of Islamic personal law and and practice, but rather with the more prosaic questions of the legality and constitutionality of the administrative action taken by the Registrar in the exercise of his statutory powers. Since the appellant was a non muslim and so had no locus to appear before the Syariah court for the present application, the matter was now before this court, seeing as the Syariah Court does not have the power to expand its own jusridiction to choose to h application. The High Court was seized with jurisdiction, to the exclusion of the Syariah court, to hear the matter and had rightly done so [penekanan ditambah] [33] Adakah pengeluaran Kad Perakuan Memeluk Islam dibawah Seksyen 112(2) AIRIE 2003 adalah sesuatu bukti yang koklusif dan muktamad serta tidak boleh dicabar bahawa Plaintif telah memeluk agama Islam pada 25.11.2004; jawapannya adalah negatif. Pendaftar hendaklah mematuhi peruntukan dibawah AIRIE 2003 apabila melibatkan pemelukan agama Islam. Jika mana-mana peruntukan dibawah AIRIE 2003 dilanggar, maka ianya boleh dicabar di Mahkamah Sivil kerana Mahkamah Sivil mempunyai kuasa semakan (supervisory power) untuk memastikan samada Pendaftar telah mematuhi prosedur yang ditetapkan atau telah melangkau kuasa dalam melaksanakan tugas statutori yang diperuntukkan dibawah Enakmen tersebut. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Indira Ghandi (supra) sekali lagi mengingatkan kita berkenaan kesan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan berkenaan bidang kuasa Mahkamah Sivil. The effect of art. 121(1A) is not to oust the jurisdiction of the civil courts as soon as a subject matter relates to the Islamic religion. Although judicial trend in the past have taken the position that since matters of conversion involves Islamic law and practice, it must follow that the Syariah courts must have jurisdiction over such matters to the exclusion of the civil courts, this approach was unduly simplistic. It ignores the broader constitutional context in which art.121(1A) is framed. The powers of judicial review and of constitutional or statutory interpretation power under art. 121(1). Such power is fundmentally inherent in their constitutional role as the bulwark against unlawful legislation and executive action. As part of the basic structure of the constitution, it cannot be abrogated from the civil courts or conferred upon the Syariah courts, whether by constitutional amendment, Act of Parliament or state legislation. ditambah] Berkenaan dengan kuasa Pendaftar dalam proses mengislamkan seorang muallaf dan menjalankan tugasnya seperti yang diperuntukkan dibawah AIRIE 2003, beliau hendaklah memastikan peruntukkan Seksyen 117 AIRIE 2003 dipatuhi terlebih dahulu memandangkan Plaintif ketika diislamkan pada 25.11.2004 adalah seorang minor. Seksyen 117. Keupayaan untuk memeluk agama Islam Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang yang tidak beragama Islam boleh memeluk agama Islam jika dia sempurna akal dan- (a) sudah mencapai umur lapan belas tahun; atau (b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu dan bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan Islam olehnya. Di dalam tindakan di hadapan Mahkamah ini, pengislaman Plaintif telah dibuat ketika dia berumur 7 tahun dan selaras dengan peruntukan Seksyen 117(b) maka persetujuan dari ibu dan bapanya adalah diperlukan. Ibu Plaintif di dalam afidavitnya (Lampiran 3) mengesahkan bapa Plaintif tidak hadir dan tidak memberi persetujuan terhadap proses pengislaman Plaintif. Tiada sebarang bukti bahawa bapa Plaintif pada bila-bila masa memberikan persetujuan dan/atau keizinan untuk pengislaman Plaintif. Pendaftar tidak boleh bergantung kepada Plaintif kelihatan bersedia, memahami kesan memeluk agama Islam dan mengucap kalimah syahadah (dalam keadaan Plaintif pada ketika itu seorang minor) tanpa memastikan peruntukan Seksyen 117(b) dipatuhi, ini kerana Seksyen 117(b) adalah pra syarat pemelukan Agama Islam oleh seorang minor yang berumur bawah 18 tahun seperti Plaintif. Kes Indira Ghandi (supra) memutuskan: - the life of a child, imposing on him a new and different set of personal laws. Where a decision of such significance as the conversion of a child is made, it is undoubtedly in the best interest of the child that the consent of both parents must be sought. The contrary approach of allowing the child to be converted on the consent of only one parent would give rise to practical conundrums. A purposive reading of art. 12(4) of the Federal Constitution that promotes the welfare of the child and is consistent with good sense would require the consent of both parents (if both) are living) for the conversion of a minor child. Since custody of the children had been granted to the appellant, it was the appellant who exercised the dominat influence in their lives. To allow the other spouse to unilaterally convert ous [penekanan ditambah] [34] Keizinan untuk pengislaman Plaintif tidak diperolehi dari bapanya selaras dengan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan. Di dalam Seksyen 117(b) AIRIE 2003, jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, keizinan kedua-dua ibu dan bapa adalah satu pra-syarat untuk pengislaman seorang minor. Oleh itu sebelum Plaintif memeluk Islam, maka keizinan dari kedua ibu dan bapa adalah diperlukan dan tidak hanya salah seorang dari mereka kerana ianya tidak menyatakan sedemikian. Inilah interpretasi berkenaan perkataan ibu bapa yang diperjelaskan oleh Mahkamah Persekutuan didalam kes Indira Ghandi (supra). Bapa Plaintif meninggal dunia pada 11.12.2010 ketika Plaintif berumur 13 tahun, namun ketika Plaintif diIslamkan, bapanya masih hidup dan keizinan bapanya tidak diperolehi; oleh itu, didapati Pendaftar telah tidak mematuhi peruntukkan Seksyen 117(b) AIRIE 2003, maka pengislaman Plaintif pada waktu material adalah tidak sah. IV. Oleh kerana pengislaman Plaintif adalah tidak sah, maka adakah Plaintif kekal beragama Hindu? [35] Inilah isu pokok yang perlu diputuskan oleh Mahkamah dalam permohonan Saman Pemula Plaintif ini. Ibu Plaintif didalam Lampiran 3 mengesahkan dia membesarkan Plaintif sebagai seorang yang beragama Hindu walaupun Plaintif memeluk agama Islam. Plaintif tinggal bersama ibunya sejak dia lahir sehinggalah dia memeluk agama Islam (dibawa oleh ibunya untuk berbuat demikian kerana ibunya telah memeluk agama Islam terlebih dahulu). Ibunya juga mengesahkan dia tidak mendapat keizinan bapa Plaintif untuk membawa Plaintif memeluk agama Islam. Plaintif pula didalam affidavit sokongannya menyatakan dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam seperti berpuasa, pergi ke masjid ataupun menyambut apa-apa perayaan berkaitan dengan agama Islam; sebaliknya dia mengemukakan gambar-gambar dia di kuil untuk bersembahyang. Fakta yang ditimbulkan oleh D1 hanyalah Plaintif pemegang Kad Perakuan Memeluk Islam dan ibu Plaintif menerima bantuan daripada badan-badan Agama Islam selain ibu Plaintif menghadiri kelas fardhu ain. [36] Berdasarkan fakta-fakta yang didedahkan oleh Plaintif dan D1 di dalam affidavit masing-masing; Mahkamah ini perlu melihat bukti dalam memastikan Plaintif dibawah Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Persekutuan didalam kes Rosliza Ibrahim (supra) menjelaskan isu ini dari sudut Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan: - in art. 11 (1) of the FC which guarantees the not only mere professing but extends to how one identifies oneself with a specific religion. Item 1 of the State List, however, singularly , and so, contrasting art. 11(1) with Item 1 of the State List, it is plain that the latter was deliberately more narrowly , so long as one is a Muslim by identification, whether he practices it or not, he is no less legally identified as . Taken in this context, there is a notable difference between term and is justiciable before the Civil Courts, whilst the latter is a question of faith and dogma and falls within the jurisdiction of the Syariah Courts by virtue of art. 121(1A) of the FC. ditambah] [37] Plaintif dilahirkan oleh ibu dan bapa yang beragama Hindu, maka Plaintif adalah seorang beragama Hindu sebelum dari 25.11.2004. Fakta ini, tidak dipertikaikan oleh D1. Plaintif adalah anak sah taraf yang lahir dari perkahwinan yang sah ibu dan bapanya dan fakta ini juga tidak dipertikaikan. Plaintif mengaku di dalam afidavitnya dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam dan ibunya mengesahkan perkara ini bahawa Plaintif tidak pernah dibesarkan dengan ajaran Islam. Ini bukan kes dimana Plaintif mengatakan dia bukan lagi seorang Islam tetapi dia menyatakan bahawa tidak pernah menganuti agama Islam (atas alasan yang dinyatakan diatas). Mahkamah Persekutuan didalam kes Rosliza Ibrahim (supra) memberikan perbezaan atas 2 fakta iaitu dia bukan lagi seorang Islam dengan dia tidak pernah menganuti agama Islam:- At this juncture, a very fundamental distinction identified earlier, emerges. The former refers to renunciation cases which was explained, fall within the jurisdiction of the Syariah Courts. The latter, which may be loosely described as ab initio cases, cannot, on a coherent application of the law, fall within the jurisdiction of the Syariah Courts. [92] Ab initio cases are unique and peculiar where the person claims never have been a Muslim in the first place but for some the religion of Islam Logically, any legal presumption as to their Muslim status cannot apply because they were never identified as Muslim to begin with. Here, Lina Joy(supra) and like cases may be distinguished by referring to the decision of Yew Jen Kie J (as shen then was) in Azmi (supra) [penekanan ditambah] [38] Kes di hadapan Mahkamah ini adalah kes bersifat ab initio kerana Plaintif bukan beragama Islam dari lahir, ini dibuktikan dengan surat beranaknya di mana namanya adalah Ravina a/p Karupiyah. Dia telah di bawa ke pejabat Agama Islam Selangor di Klang ketika dia hanya berumur 7 tahun oleh ibunya untuk memeluk agama Islam tanpa keizinan dan/atau persetujuan ayahnya. D1 mengatakan Plaintif adalah beragama Islam berdasarkan cara pengislamannya dengan mengucap syahadah, bertudung ketika hadir ke Jabatan Agama Islam dan ibunya menerima bantuan dari badan agama Islam dan menghadiri kelas fardhu ain dan yang paling penting pengeluaran Kad Memeluk Agama Islam atas nama Plaintif yang mana kedudukan kad ini telah diputuskan diawal tadi bahawa dia boleh dicabar keesahannya kerana Pendaftar gagal memastikan Seksyen 117(2) AIRIE 2004 dipatuhi. Kes ab initio seperti kes ini bukan melibatkan kepercayaan dan akidah tetapi identiti seseorang di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ia dibezakan dengan kes renunciation un dia seorang yang beragama Islam, dia tidak lagi mempunyai kepercayaan dan yakin agama tersebut (Rujukan perenggan 103 keputusan Rosliza Ibrahim (supra) Oleh itu adalah jelas, Plaintif adalah seorang yang beragama Hindu sejak asalnya. Walaupun Plaintif tinggal bersama ibunya yang beragama Islam, namun di dalam perenggan 12 Lampiran 3 afidavit ibunya, ibunya menegaskan dia tidak pernah membesarkan Plaintif mengikut ajaran Islam. Walaupun ada keterangan bahawa ibunya ada menghadiri kelas fardhu ain dengan Plaintif, tetapi apabila melibatkan Plaintif tiada sebarang keterangan berkenaan itu. Mahkamah mendapati bahawa satu-satunya keterangan sekiranya untuk dipertimbangkan bahawa Plaintif ada mengamalkan Islam adalah setakat di perenggan 6 Lampiran 32 Afidavit oleh Yaakob Alwi bin Abdullah yang menyatakan bahawa Plaintif selepas pengisalamannya turut hadir bersama ibunya ke kelas fardhu ain anjuran Majlis Agama Islam Selangor. Namun keterangan itu hanyalah avermen semata-mata dan tidak disokong dengan penjelasan tentang tempoh Plaintfi menghadiri kelas tersebut apatah lagi bukti kehadirannya. Oleh itu, untuk adalah sukar kerana keterangan kearah itu tiada dikemukakan oleh D1 ataupun oleh mana-mana keterangan bebas. Sedangkan, Plainttif dalam afidavitnya menunjukkan bahawa dia mengamalkan agama hindu berdasarkan gambar-gambar di kuil seperti eksibit SNA-5 Lampiran 2 Afidavit Sokongan Plaintif. Maka, pada imbangan kebarangkalian, Plaintif sebenarnya merupakan seorang yang beragama dan mengamalkan agama Hindu dan Mahkamah ini mengambil notis penghakiman (judicial notice) kepada norma hidup seorang Islam tidak akan sekali-kali melakukan perkara yang melibatkan penyembahan selain daripada Allah seperti yang digambarkan di dalam SNA-5 tersebut. Ingin ditekankan bahawa notis penghakiman (judicial notice) ini tidak sekali-kali membawa ratio bahawa Mahkamah ini mengambil peranan Mahkamah Syariah dalam menentukan samada seseorang Islam telah terkeluar dari agama islam seperti dalam kes renunciation, tetapi terhad kepada fungsi Mahkamah ini untuk menentukan legal identity Plaintif apabila Mahkamah ini telah membuat penemuan bahawa pengislaman Plaintif adalah tidak sah dan terbatal. LAMPIRAN 11 [39] Ini adalah permohonan Plaintif di bawah Aturan 15 Kaedah 6 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Aturan 20 Kaedah 3 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk mendapatkan perintah-perintah yang berikut: - a) Bahawa Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara yang beralamat di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, No 20, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya, boleh ditambahkan sebagai Defendan bersama dalam klausa dalam prosiding ini; b) Bahawa Plaintif boleh diarahkan untuk membuat pindaan yang perlu kepada Saman Pemula dan juga Afidavit Sokongan (di Lampiran 1 dan 2) dalam tempoh 14 hari selepas perintah ini dibuat; c) Jika relif (a) dibenarkan, semua prosiding selanjutnya dalam tindakan ini digantung di bawah kuasa sedia ada Mahkamah sehingga Plaintif meminda Saman Pemula dan Afidavit Sokongan untuk tindakan ini dengan menambah Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara sebagai Defendan Ketiga di bawah Aturan 15 Kaedah 6(2)(b) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012; d) Sekiranya relif di perenggan (a) dibenarkan, Plaintif diberi kebenaran untuk meminda di bahagian intitulement dan juga kertas-kertas kausa lain yang difailkan disini seperti yang ditunjukkan di dalam Deraf Saman Pemula Terpinda dan Deraf Afidavit Sokongan Terpinda di Lampiran A; e) Bahawa kos permohonan ini boleh menjadi kos dalam klausa; dan f) Perintah selanjutnya atau perintah seperti yang Mahkamah Mulia ini anggap patut. [40] Peguamcara Plaintif mendapati bahawa penambahan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara sebagai Defendan akan memastikan bahawa segala perkara yang dipertikaikan dalam kes di hadapan Mahkamah yang Mulia ini boleh diputuskan dengan berkesan dan selengkapnya dan dihakimi ke atasnya. Oleh itu, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara juga seharusnya ditambah sebagai satu pihak dalam tindakan ini kerana wujud soalan atau isu yang berbangkit daripada atau berhubungan dengan atau berkaitan dengan apa-apa relif atau remedi yang dituntut dalam kausa yang melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara tersebut. [41] Plaintif ingin menambah Jabatan Pendaftaran Negara kerana di dalam Saman Pemula Plaintif, dia memohon relif-relif yang hanya boleh dibuat oleh Jabatan Pendaftaran Negra iaitu prayer (ii) dan (v). Adakah Plaintif yang merujuk kepada intitulmen berpaksikan kepada Seksyen 41 Akta Relief Spesifik 1950 telah menggunakan mod tindakan yang tepat melalui Saman Pemula? Seksyen 41 Akta Relief Spesifik 1950 entitled to any legal character, or to any right as to any property, may institute a suit against any person denying, or interested to deny, his title to the character or right, and the court may in its discretion make therein a declaration that he is so entitled, and the plaintiff need not in that suit ask for any further relief: Provided that no court shall make any such declaration where the plaintiff, being able to seek further relief than a mere declaration or title, omits to do so. Di dalam kes Ahmad Jefri Mohd Jahri v. Pengarah Kebudayaan & Kesenian Johor & Ors [2010] 5 CLJ 865 James Foong Hakim Mahkamah Persekutuan (ketika itu) menyatakan: This approach was adopted in a subsequent High Court case of Kuching Waterfront Development Sdn Bhd (formerly known as Tolaz Sdn Bhd) v. Superintendent of Lands and Surveys, Kuching Division & Ors (unreported) where David Wong J said: SAG however submits that Kuching Waterfront ought to have applied to the Court under Order 53 of the Rules of High Court 1980, to quash the condition. And since there was no such application Kuching Waterfront cannot challenge the reasonableness of the imposed condition now. This contention no doubt is based on the celebrated case of O'Reilly v. Mackman [1982] 2 All ER 1124 where the House of Lords held that, as a general rule, litigants whose rights are affected by decisions of Public Authorities such litigants must challenge those decisions by way judicial review under Order 53 and not by way of ordinary claim and failure to do that would amount to an abuse of the process of the court. A similar contention was made and discussed in the recent Federal Court's case No. 06-04-2009 (A) - YAB Dato' Zambry bin Abd Kadir & 6 Others v. YB Sivakumar a/l Varatharaju Naidu where the Federal Court on the 14 April 2009 held that Order 53 is not an exclusive but an alternate provision for litigants to enforce their rights affected by public authorities... I have since obtained a copy of the judgment which I have read and agree with. [60] In view of the various decisions on this point, particularly that of YAB Dato' Dr. Zambry, it is necessary for this court to clarify the law on this "procedural minefield" (as described by Lord Lowery in Roy v. Kensington and Chelsea FPC (supra). [61] declaration under common law. But s. 41 of the Specific Relief Act 1950 armed them with the statutory authority to do so. It is also commonly accepted that O. 15 r. 16 RHC also provides the High Court with such power (see Lord Diplock's judgment in O'Reilly v. Mackman (supra) at p. 1127). However, O. 53 RHC sets out a specific procedure for an aggrieved party seeking relief, incorporating a declaration (as provided by s. 41 of the Specific Relief Act ) against a public authority for infringement of his rights to which he was entitled to be protected under public law, to follow. It is our view that when such an explicit procedure is created (as compared to a general provision set out under O. 15 r. 16 RHC ) to cater for this purpose, then as a general rule all such application for such relief must commence according to what is set down in O. 53 RHC, otherwise it is liable to be struck off for abusing the process of the court. This general rule enunciated in O'Reilly v. Mackman (supra) has in fact been acknowledged by this court in Majlis Perbandaran Ampang Jaya v. Steven Phoa Cheng Loon & Ors (supra) and repeated in YAB Dato' Dr. Zambry (supra). However, like all general rules, there are exceptions. This again was recognised by Lord Diplock in O'Reilly v. Mackman where he referred to "particularly where the invalidity of the decision arises as a collateral issue in a claim for infringement of a right of the plaintiff arising under private law or where none of the parties objects to the adoption of the procedure by writ, or originating summons". Then of course there is the exception for a claim against the public authority for negligence as decided in Majlis Perbandaran Ampang Jaya v. Steven Phoa Cheng Loon & Ors. There may be others and these "are left to be decided on a case to case basis" as spoken by Lord Diplock in O'Reilly v. Mackman. The circumstances in YAB Dato' Dr. Zambry is obviously one such exception where this court found that a challenge by the appellants on their suspension from attending a State Legislative Assembly is a matter that affects their legal status. For this, the aggrieved party can commence their claim by way of an originating summons rather than an application under O. 53 RHC. [62] We observed that a challenge on the use of appropriate procedure is very much fact based. Thus, it is necessary for a judge when deciding on such matter to first ascertain whether there is a public law element in the dispute. If the claim for infringement is based solely on substantive principles of public law then the appropriate process should be by way of O. 53 RHC. If it is a mixture of public and private law then the court must ascertain which of the two is more predominant. If it has a substantial public law element then the procedure under O. 53 RHC must be adopted. Otherwise, it may be set aside on the ground that it abuses the court's process. But if the matter is under private law though concerning a public authority, the mode to commence such action under O. 53 RHC is not suitable. Aside from this, there could be other circumstances like the kind in YAB Dato' Dr. Zambry. Much depends on the facts of the case. But generally the court should be circumspect in allowing a matter which should be by way of O. 53 RHC to proceed in another form. To say that it is open to an applicant seeking judicial review to elect any mode he prefers, as implied in Kuching Waterfront, would, in our considered opinion, be rendering O. 53 RHC redundant. This is certainly not the intention of the drafters of this rule who had a purpose in mind. When the purpose of this rule is in the interest of good administration, then this rule must be adhered to, except in the limited and exceptional circumstances discussed. [63] With this, we have answered the 1st question posed to us. [64] As to the second question, we are of the firm conviction that the appellant's claim for infringement of his rights by the respondents is based solely on public law. There is no trace of private law involvement nor do the circumstances justify it to be an exception to the general rule. For this, we agree with the courts below that the appellant's writ should be struck off as an abuse of the court's process. [42] Jika kita rujuk semula prayer 2 dan 5 permohonan Plaintif adalah jelas bahawa permohonan deklarasi yang diminta adalah supaya status agamanya dalam rekod pendaftaran dipinda dan penukaran agamanya adalah tidak sah dari mula. Jika permohonan Lampiran 11 ini dibenarkan, relif yang dipohon berkaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat diberi kerana mod yang sepatutnya digunakan adalah Semakan Kehakiman Seksyen 41 Akta Relif Spesifik seperti yang diputuskan didalam kes Ahmad Jefri Mohd Jahri (supra) sekiranya permohonan deklarasi ini bersifat public law yang menuntut kepada tindakan pihak berkuasa yang berwajib untuk melaksanakan tindakan tertentu dan jelas mengandungi elemen certiorari (an order to quash or nullify the decision of a public body) dan mandamus (order for the public body to do something) maka mod yang perlu digunakan oleh Plaintif adalah melalui semakan kehakiman. Oleh itu, Plaintif harus menggunakan mod yang betul untuk menuntut tindakan pihak berkuasa untuk melaksanakan tindakan seperti yang dipohon didalam prayer (ii) dan (v). Oleh itu, Lampiran 11 ditolak dengan kos. IV. KESIMPULAN [43] Oleh itu, berdasarkan alasan-alasan diatas, Mahkamah membenarkan permohonan Plaintif di Lampiran 1 untuk prayer (i), (iii) dan (iv) sahaja. Kos tindakan untuk Lampiran 1, 7 adalah RM3,000.00 setiap Lampiran. Untuk Lampiran 11 kos tindakan ditanggung oleh Plaintif. Bertarikh 22 Julai 2024 t.t. (NORLIZA BINTI OTHMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG PEGUAMCARA BAGI PLAINTIF : Tetuan Raj & Sach C-5-42, Tingkat 5, Blok Camilia, 10 Boulevard, Lebuhraya SPRINT, PJU 6A, 47400, Petaling Jaya, Selangor PEGUAMCARA BAGI RESPONDEN : Tetuan Khalek Awang & Associates No. B-4-6B, Ostia Bangi Business Avenue, Section 14 43650 Bandar Baru Bangi Selangor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.