Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI TELUK INTAN DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN GUAMAN SIVIL NO. AC-B53F-2-09/2024 ANTARA SITI NORHIDAYU BENTI AMAT NASRI (NO. K/P: 911003-08-5642) ... PLAINTIF
/akn/my/judgment/sessions-court/2026/c4fdabc5-9773-48fb-bb23-27610741d09d
Sessions Court of Malaysia10 Jul 2026AC-B53F-2-09/2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ning Sdn Bhd (supra), Mahkamah Persekutuan telah memberikan definisi untuk elemen kedua seperti berikut: "On this point, the Privy Council in the case of Knupffer v. London Express Newspaper Limited [1944] AC 116, had this to say: "It is an essential element of the cause of action for defamation that the words complain”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI TELUK INTAN DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN GUAMAN SIVIL NO. AC-B53F-2-09/2024 ANTARA SITI NORHIDAYU BENTI AMAT NASRI (NO. K/P: 911003-08-5642) ... PLAINTIF
3
NORAZER BIN ABDUL AZIZ (NO. K/P: 901110-01-6539) ...DEFENDAN-DEFENDAN
a
(A) PENDAHULUAN
1
Plaintif telah tidak berpuas hati dengan keputusan saya yang diberikan pada 10/7/2026 yang menolak tuntutan dengan kos dan memfailkan ntois rayuan bertarikh 23/7/2026.
2
Rayuan Plaintif adalah terhadap sebahagian keputusan. Walaupun begitu, Plaintif merayu terhadap keputusan yang menolak keseluruhan tuntutan Plaintif seperti yang terkandung dalam notis rayuan.
3
Defendan juga telah tidak berpuas hati dengan keputusan saya tersebut dan memfailkan ntois rayuan bertarikh 24/7/2026.
4
Rayuan Defendan-Defendan juga adalah terhadap sebahagian keputusan. Walaupun begitu, Defendan-Defendan merayu terhadap keputusan yang menolak keseluruhan tuntutan balas Defendan Kedua dan Ketiga seperti yang terkandung dalam notis rayuan.
b
(B) FAKTA KES
5
Tuntutan Plaintif adalah berdasarkan tort fitnah.
6
Plaintif telah memplidkan bahawa Defendan Pertama telah memfitnah beliau dalam dua situasi, iaitu:
a
(a) 28/3/2024 - melalui akaun Facebook milik Defendan Pertama (para 13 Pernyataan Tuntutan)(P1)("Pernyataan Pertama Defendan Pertama tersebut");
b
(b) 25/5/2024 - melalui siaran di akaun TikTok milik Plaintif (para 16 Pernyataan Tuntutan)(P3)("Pernyataan Kedua Defendan Pertama tersebut").
7
Plaintif telah memplidkan bahawa Defendan Kedua telah memfitnah beliau dalam lapan situasi, iaitu:
a
(a) Tarikh tidak dinyatakan - melalui akaun Facebook milik Defendan Kedua (para 18 Pernyataan Tuntutan)(P4)("Pernyataan Pertama Defendan Kedua tersebut");
b
(b) Tarikh tidak dinyatakan - melalui akaun Facebook milik Defendan Kedua (para 21 Pernyataan Tuntutan); - Saya tidak mempertimbangkan pernyataan ini kerana dokumen yang dikemukakan kekal sebagai ID.
c
(c) 19/5/2024 - melalui akaun Facebook milik Defendan Kedua (para 25 Pernyataan Tuntutan)(P6)("Pernyataan Ketiga Defendan Kedua tersebut");
d
(d) Tarikh tidak dinyatakan - melalui akaun Facebook milik Defendan Kedua (para 29 Pernyataan Tuntutan)(P7) ("Pernyataan Keempat Defendan Kedua tersebut");
e
(e) Tarikh tidak dinyatakan - melalui akaun Facebook/Whatsapp story milik Defendan Kedua (para 32 Pernyataan Tuntutan); - Saya tidak mempertimbangkan pernyataan ini kerana dokumen yang dikemukakan kekal sebagai ID.
f
(f) Tarikh tidak dinyatakan - melalui akaun Facebook/Whatsapp story milik Defendan Kedua (para 34 Pernyataan Tuntutan); - Saya tidak mempertimbangkan pernyataan ini kerana dokumen yang dikemukakan kekal sebagai ID.
g
(g) Jun 2024 - melalui Whatsapp story milik Defendan Kedua (para 36 Pernyataan Tuntutan)(P8)("Pernyataan Ketujuh Defendan Kedua tersebut");
h
(h) Jun 2024 - melalui Facebook Messenger milik Defendan Kedua (para 43 Pernyataan Tuntutan)(P16)("Pernyataan Kelapan Defendan Kedua tersebut");
8
Plaintif telah memplidkan bahawa Defendan Ketiga telah memfitnah beliau dalam dua situasi, iaitu:
a
(a) Tarikh tidak dinyatakan - melalui akaun Facebook milik bersama Defendan Kedua (para 38 Pernyataan Tuntutan)(P10)("Pernyataan Pertama Defendan Ketiga tersebut");
b
(b) Tarikh tidak dinyatakan - secara lisan (para 40 Pernyataan Tuntutan); - Saya tidak mempertimbangkan pernyataan ini kerana tiada saksi dipanggil oleh Plaintif untuk membuktikan pernyataan ini telah diterbitkan
9
Kesemua pernyataan-pernyataan di atas dirujuk secara kolektif sebagai "Pernyataan-Pernyataan tersebut".
10
Dalam kes ini, Plaintif tidak memplidkan bahawa notis tuntutan telah diserahkan kepada Defendan-Defendan. Tiada notis tuntutan dikemukakan sebagai eksibit semasa perbicaraan.
11
Punca perbalahan dalam kes ini ialah anak Plaintif yang bernama Qarl Mayish ("QM").
12
Pada tahun 2020, Plaintif menyerahkan QM kepada Defendan Kedua untuk dijaga atas permintaan Defendan Kedua.
13
Versi ini dinafikan oleh Defendan-Defendan di mana Defendan-Defendan menyatakan QM diserahkan kepada Defendan Kedua untuk dijadikan sebagai anak angkat.
14
QM diambil oleh SP2, suami kepada Plaintif pada 19/4/2024 daripada Defendan-Defendan.
15
Semenjak itu, bermulalah hantaran-hantaran pernyataan pernyataan oleh Defendan-Defendan (kecuali Pernyataan Pertama Defendan Pertama tersebut yang bertarikh 28/3/2024) yang menjadi perkara subjek tindakan ini.
16
Defendan-Defendan telah menafikan Pernyataan-Pernyataan tersebut berunsur fitnah dan secara alternatif memplidkan pembelaan justifikasi, komen berpatutan dan tanpa niat jahat.
b
(B) ALASAN MAHKAMAH
17
Dalam kes ini, Pernyataan-Pernyataan tersebut yang dihantar oleh Defendan-Defendan dalam Facebook dan Whatsapp jatuh di bawah kategori libel.
18
Dalam kes Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd v Hue Shieh Lee [2019] 3 CLJ 729, Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: "Defamation is committed when the defendant publishes to a third person words or matters containing untrue imputation against the reputation of the plaintiff. Liability for defamation is divided into two categories, that of libel and slander. If the publication is made in a permanent form or is broadcast or is part of a theatrical performance, it is libel. If it is in some transient form or is conveyed by spoken words or gestures, it is slander (see: Gatley on Libel and Slander, 9th edn at p. 6)."
19
Dalam tort fitnah, Plaintif perlu membuktikan tiga element, iaitu:
i
(i) pernyataan berunsur fitnah,
Subparagraph
(ii) pernyataan merujuk kepada Plaintif,
Subparagraph
(iii) pernyataan tersebut telah diterbitkan.
20
Dalam kes Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (supra), Mahkamah Persekutuan telah memberikan definisi pernyataan berunsur fitnah seperti berikut: "Whether the words are defamatory lies in the nature of the statement in that it must have the tendency to affect the reputation of a person. Therefore, the question arises in whose eyes the words complained of must have the tendency to affect the plaintiff's reputation. In the Law of Defamation in Singapore and Malaysia, 2nd edn by Keith R. Evans (at p. 10), it is stated that, in applying these various tests, the court must look to a particular control group that is, in whose eyes must the estimation of the plaintiff be lowered before the words are said to be defamatory. In determining the issue, the court does not look to the actual effect of the allegations on the person's reputation, or the meaning of the words actually understood or taken by the listeners (see: JB Jeyaretnam v. Goh Chok Tong [1984] 1 LNS 139; [1985] 1 MLJ 334). It is not enough that the listeners actually take the words in a defamatory sense, for they must be reasonably justified in so understanding the words before they are found to be defamatory (see: The Straits Times Press (1975) Ltd. v. The Workers' Party & Anor [1986] 1 LNS 65; [1987] 1 MLJ 186)."
i
(i) PERNYATAAN-PERNYATAAN DEFENDAN PERTAMA TERSEBUT
21
Saya berpendapat Plaintif telah berjaya membuktikan elemen ini untuk Pernyataan Pertama Defendan Pertama tersebut kerana mempunyai kecenderungan untuk menjejaskan reputasi seseorang.
22
Plaintif ialah seorang ibu. Apabila Defendan Pertama menyatakan "di mana nama ibu", pernyataan ini cenderung untuk menyebabkan seseorang percaya bahawa Plaintif gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
23
Saya mendapati Plaintif gagal membuktikan elemen ini untuk Pernyataan Kedua Defendan Pertama tersebut kerana pernyataan tersebut adalah komen kepada penjualan produk dalam iklan di TikTok oleh Plaintif.
24
Jawapan Plaintif terhadap pernyataan tersebut juga menunjukkan bahawa Plaintif memahami Pernyataan Kedua Defendan Pertama tersebut adalah komen yang ditujukan terhadap penjualan produk.
Subparagraph
(ii) PERNYATAAN-PERNYATAAN DEFENDAN KEDUA TERSEBUT
25
Plaintif gagal membuktikan elemen ini untuk Pernyataan Pertama Defendan Kedua tersebut kerana pernyataan tersebut tidak mempunyai kecenderungan untuk menjejaskan reputasi Plaintif.
26
Plaintif sememangnya merupakan ibu kandung QM dan QM dijaga oleh Defendan Kedua dan Ketiga. QM juga telah diambil oleh SP2 untuk tinggal bersama semula dengan Plaintif.
27
Plaintif juga tidak mengemukakan bukti bahawa beliau adamengucapkan selamat hari lahir kepada QM.
28
Saya mendapati Plaintif berjaya membuktikan elemen ini untuk Pernyataan Ketiga Defendan Kedua tersebut kerana pernyataan tersebut mempunyai kecenderungan untuk menjejaskan reputasi Plaintif.
29
Pernyataan Ketiga Defendan Kedua tersebut menyamakan seseorang dengan anjing dan mempersoalkan pengorbanan yang dilakukan oleh seseorang.
30
Selanjutnya, Plaintif gagal membuktikan elemen ini untuk Pernyataan Keempat Defendan Kedua tersebut kerana pernyataan tersebut tidak mempunyai kecenderungan untuk menjejaskan reputasi Plaintif.
31
Pernyataan Keempat Defendan Kedua tersebut bersifat perbualan dengan QM dan tidak ada kena-mengena dengan Plaintiff.
32
Saya mendapati Plaintif berjaya membuktikan elemen ini untuk Pernyataan Ketujuh Defendan Kedua tersebut kerana pernyataan tersebut mempunyai kecenderungan untuk menjejaskan reputasi Plaintif.
33
Pernyataan Ketujuh Defendan Kedua tersebut menuduh seseorang makan ubat tidur dan boleh menjejaskan reputasi seseorang sekiranya terbukti tidak benar.
34
Saya juga mendapati Plaintif berjaya membuktikan elemen ini untuk Pernyataan Kelapan Defendan Kedua tersebut kerana pernyataan tersebut mempunyai kecenderungan untuk menjejaskan reputasi Plaintif.
35
Pernyataan Kelapan Defendan Kedua tersebut menyamakan seseorang dengan babi.
Subparagraph
(iii) PERNYATAAN-PERNYATAAN DEFENDAN KETIGA TERSEBUT
36
Plaintif berjaya membuktikan elemen ini untuk Pernyataan Pertama Defendan Ketiga tersebut kerana pernyataan tersebut mempunyai kecenderungan untuk menjejaskan reputasi Plaintif.
37
Saya mendapati Pernyataan Pertama Defendan Ketiga tersebut mengggambarkan seseorang sudah lama merancang untuk menipu Defendan Kedua dan Ketiga dan boleh menjejaskan reputasi seseorang sekiranya terbukti tidak benar.
d
(D) ELEMEN KEDUA: PERNYATAAN MERUJUK KEPADA PLAINTIF
38
Dalam kes Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (supra), Mahkamah Persekutuan telah memberikan definisi untuk elemen kedua seperti berikut: "On this point, the Privy Council in the case of Knupffer v. London Express Newspaper Limited [1944] AC 116, had this to say: "It is an essential element of the cause of action for defamation that the words complained of should be published "of the plaintiff", where he is not named the test of this is whether the words would reasonably lead people acquainted with him to the conclusion that he was the person referred to. The question whether they did so in fact does not arise if they cannot in law be regarded as capable of referring to him."
i
(i) PERNYATAAN PERTAMA DEFENDAN PERTAMA TERSEBUT
39
Saya mendapati dalam P4, Defendan Pertama tidak merujuk kepada Plaintif dengan nama Plaintif.
40
Plaintif memanggil SP2 yang merupakan suami beliau untuk menyatakan bahawa Pernyataan Pertama Defendan Pertama tersebut merujuk kepada Plaintif.
41
Saya berpendapat saya perlu berhati-hati menerima keterangan SP2 kerana SP2 merupakan saksi berkepentingan.
42
Dalam kes sedemikian, tentu sekali seorang suami seperti SP2 akan berpihak kepada Plaintif yang merupakan isteri beliau.
43
Plaintif juga tidak memanggil mana-mana saksi yang mengenali beliau untuk menyatakan bahawa Pernyataan Pertama Defendan Pertama tersebut merujuk kepada Plaintif.
44
Oleh itu, saya mendapati Plaintif telah gagal membuktikan elemen kedua ini untuk Pernyataan Pertama Defendan Pertama tersebut.
Subparagraph
(ii) PERNYATAAN KETIGA DEFENDAN KEDUA TERSEBUT
45
Saya mendapati dalam P6, Defendan Kedua tidak merujuk kepada Plaintif dengan nama Plaintif.
46
Plaintif juga hanya memanggil SP2 yang merupakan suami beliau untuk menyatakan bahawa Pernyataan Ketiga Defendan Kedua tersebut merujuk kepada Plaintif.
47
Seperti yang dinyatakan di atas, saya perlu berhati-hati menerima keterangan SP2 kerana SP2 merupakan saksi berkepentingan.
48
Plaintif juga tidak memanggil mana-mana saksi yang mengenali beliau untuk menyatakan bahawa Pernyataan Ketiga Defendan Kedua tersebut merujuk kepada Plaintif.
49
Oleh itu, saya mendapati Plaintif telah gagal membuktikan elemen kedua ini untuk Pernyataan Ketiga Defendan Kedua tersebut.
Subparagraph
(iii) PERNYATAAN KETUJUH DEFENDAN KEDUA TERSEBUT
50
Saya mendapati dalam P8, Defendan Kedua tidak merujuk kepada Plaintif dengan nama Plaintif.
51
Plaintif juga hanya memanggil SP2 yang merupakan suami beliau untuk menyatakan bahawa Pernyataan Ketujuh Defendan Kedua tersebut merujuk kepada Plaintif.
52
Seperti yang dinyatakan di atas, saya perlu berhati-hati menerima keterangan SP2 kerana SP2 merupakan saksi berkepentingan.
53
Plaintif juga tidak memanggil mana-mana saksi yang mengenali beliau untuk menyatakan bahawa Pernyataan Ketujuh Defendan Kedua tersebut merujuk kepada Plaintif.
54
Oleh itu, saya mendapati Plaintif telah gagal membuktikan elemen kedua ini untuk Pernyataan Ketujuh Defendan Kedua tersebut.
Subparagraph
(iv) PERNYATAAN KELAPAN DEFENDAN KEDUA TERSEBUT
55
Saya mendapati dalam P16, Defendan Kedua tidak merujuk kepada Plaintif dengan nama Plaintif.
56
Walaupun Pernyataan Kelapan Defendan Kedua tersebut tidak merujuk nama Plaintif, tetapi pernyataan ini dihantar secara sistem pesanan ringkas (SMS) kepada telefon bimbit Plaintif yang diakui oleh Defendan Kedua.
57
Oleh itu, saya berpendapat pernyataan ini merujuk kepada Plaintiff.
v
(v) PERNYATAAN PERTAMA DEFENDAN KETIGA TERSEBUT
58
Saya mendapati dalam P10, Defendan Ketiga tidak merujuk kepada Plaintif dengan nama Plaintif.
59
Plaintif juga hanya memanggil SP2 yang merupakan suami beliau untuk menyatakan bahawa Pernyataan Pertama Defendan Ketiga tersebut merujuk kepada Plaintif.
60
Seperti yang dinyatakan di atas, saya perlu berhati-hati menerima keterangan SP2 kerana SP2 merupakan saksi berkepentingan.
61
Plaintif juga tidak memanggil mana-mana saksi yang mengenali beliau untuk menyatakan bahawa Pernyataan Pertama Defendan Ketiga tersebut merujuk kepada Plaintif.
62
Oleh itu, saya mendapati Plaintif telah gagal membuktikan elemen kedua ini untuk Pernyataan Pertama Defendan Ketiga tersebut.
e
(E) ELEMEN KETIGA: PERNYATAAN TELAH DITERBITKAN
63
Dalam kes Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (supra), Mahkamah Persekutuan telah memberikan definisi penerbitan seperti berikut: "The final element that the plaintiff must prove is that the words of which he complains have been published to any third party by the defendant. As stated by Lord Esher MR in the case of Hebditch v. Macilwaine [1894] 2 QB 54 (at p. 58): "The material part of the cause of action in libel is not the writing, but the publication of the libel." "Publication" means making the defamatory statement known to some other person other than of whom it is written or spoken. The statement must be published to a third party (see: S Pakianathan v. Jenni Ibrahim & Another Case [1988] 1 CLJ 771; [1988] 1 CLJ (Rep) 233). The uttering of a libel to the party libelled is no publication for the purpose of a civil action (see: Wennhak v. Morgan [1888] 20 QBD 634). The fundamental principle is that the statement must be communicated to a third party in such manner as to be capable of conveying the defamatory imputation about the plaintiff (see: Gatley on Libel and Slander, 9th edn at p. 134).”
64
Hanya Pernyataan Kelapan Defendan Kedua tersebut (P16) sahaja yang berjaya melepasi ujian sehingga elemen ketiga ini.
65
Penting diberikan perhatian bahawa undang-undang fitnah mewajibkan penerbitan hendaklah dibuat oleh Defendan Kedua kepada pihak ketiga.
66
Walaupun Plaintif memplidkan bahawa Pernyataan Kelapan Defendan Kedua tersebut dihantar melalui Facebook Messenger, tetapi Plaintif telah memperbetulkan dalam pemeriksaan balas bahawa Pernyataan Kelapan Defendan Kedua tersebut dihantar melalui SMS ke telefon bimbit beliau.
67
Plaintif tidak memanggil mana-mana saksi lain untuk membuktikan bahawa Defendan Kedua juga menghantar Pernyataan Kelapan Defendan Kedua tersebut kepada orang lain.
68
Dalam keadaan sedemikian, saya mendapati tiada penerbitan Pernyataan Kelapan Defendan Kedua tersebut dibuat oleh Defendan Kedua kepada pihak ketiga.
69
Oleh itu, saya mendapati Plaintif telah gagal membuktikan elemen ketiga ini untuk Pernyataan Kelapan Defendan Kedua tersebut.
f
(F) TUNTUTAN BALAS
70
Defendan-Defendan menuntut balas terhadap Plaintif bahawa Plaintif telah memfitnah Defendan Kedua dan Ketiga dalam empat situasi, iaitu:
a
(a) 16/6/2024 - melalui akaun Facebook milik Plaintif (para 52 Pembelaan dan Tuntutan Balas)(D18(b));
b
(b) Hantaran pada tarikh yang sama (para 52 Pembelaan dan Tuntutan Balas)(D18(d));
c
(c) 4/6/2024 - melalui akaun Facebook milik Plaintif (para 57 Pembelaan dan Tuntutan Balas)(D19);
d
(d) 6/10/2024 - melalui akaun Facebook milik Plaintif (para 60 Pembelaan dan Tuntutan Balas)(D20); Selepas ini dirujuk sebagai "Pernyataan-Pernyataan Plaintiff tersebut".
71
Saya menguji Pernyataan-Pernyataan Plaintif tersebut dengan tiga elemen yang sama di atas.
g
(G) ELEMEN PERTAMA: PERNYATAAN BERUNSUR FITNAH
72
Defendan-Defendan berjaya membuktikan elemen ini untuk Pernyataan-Pernyataan Plaintif tersebut kerana Pernyataan-Pernyataan Plaintif tersebut mempunyai kecenderungan untuk menjejaskan reputasi seseorang.
73
Pernyataan-Pernyataan Plaintif tersebut mendakwa suami seseorang bermain kayu tiga dan ini jelas menjejaskan reputasi seseorang sekiranya terbukti tidak benar.
h
(H) ELEMEN KEDUA: PERNYATAAN MERUJUK KEPADA DEFENDAN KEDUA DAN KETIGA
74
Saya mendapati dalam D18(b), D18(d) dan D19, Plaintif tidak merujuk kepada Defendan Kedua dan Ketiga dengan nama Defendan Kedua dan Ketiga.
75
Defendan Kedua dan Ketiga tidak memanggil mana-mana saksi yang mengenali mereka untuk menyatakan bahawa Pernyataan-Pernyataan Plaintif tersebut merujuk kepada Defendan Kedua dan Ketiga.
76
Oleh itu, saya mendapati Defendan Kedua dan Ketiga telah gagal membuktikan elemen kedua ini untuk Pernyataan-Pernyataan Plaintif tersebut.
77
Memandangkan Defendan-Defendan gagal melepasi dua element dalam pembuktian Pernyataan-Pernyataan Plaintif tersebut, maka saya tidak perlu menguji Pernyataan-Pernyataan Plaintif tersebut dengan element ketiga.
i
(I) TUNTUTAN PERBELANJAAN PENGASUHAN
78
Saya mendapati Defendan-Defendan tidak mengemukakan buktidalam bentuk resit dan invois tentang perbelanjaan yangditanggung untuk menjaga dan mengasuh QM.
79
Saya menerima keterangan Plaintif bahawa beliau pernah menawarkan untuk menanggung kos-kos ini tetapi ditolak oleh Defendan Kedua dan Ketiga.
80
Oleh itu, saya menolak tuntutan perbelanjaan menjaga dan mengasuh QM oleh Defendan-Defendan terhadap Plaintiff.
k
(K) KESIMPULAN
81
Dalam keadaan sedemikian, saya mendapati Plaintif gagal membuktikan kes atas imbangan kebarangkalian terhadap Defendan-Defendan.
82
Tuntutan Plaintif ditolak dengan kos mengikut skala.
83
Saya mendapati Defendan-Defendan juga gagal membuktikan tuntutan balas atas imbangan kebarangkalian terhadap Plaintif.
84
Tuntutan balas Defendan-Defendan ditolak dengan kos mengikut skala. Bertarikh 31 Julai 2026 GAN PENG KUN HAKIM MAHKAMAH SESYEN SIVIL TELUK INTAN PERAK Peguamcara Plaintiff Siti Nor Syahidah Tetuan Amirfaliq & Syahidah Peguamcara Defendan-Defendan V Santhiran Tetuan Charanjit, V. Santhiran And Partners
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.