Content
ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-11-10/2023 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: NA-21NCvC-11-10/2023 ANTARA SITI SYARIFAH BINTI AIBIDDIN (NO. K/P: 870718-05-5078) …PERAYU
NA-21NCvC-11-10/2023
High Court of Malaysia23 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-11-10/2023 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: NA-21NCvC-11-10/2023 ANTARA SITI SYARIFAH BINTI AIBIDDIN (NO. K/P: 870718-05-5078) …PERAYU
1
DAN KETUA PENGARAH PENDAFTARAN NEGARA
3
KHALID REDZA BIN SHUIB (NO. K/P: 810707-03-6061) …RESPONDEN-RESPONDEN 14/08/2024 15:27:04 NA-21NCvC-11-10/2023 Kand. 26 ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-11-10/2023 2 [DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: NA-21NCVC-11-10/2023] ANTARA SITI SYARIFAH BINTI AIBIDDIN (NO. K/P: 870718-05-5078) …PLAINTIF DAN 1. KETUA PENGARAH PENDAFTARAN NEGARA
2
2.
3
KHALID REDZA BIN SHUIB (NO. K/P: 810707-03-6061) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-11-10/2023 3 ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Di dalam kes ini Perayu (Plaintif) telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 31.05.2024 (Lampiran - 24) terhadap keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini pada 23.05.2024 di mana Mahkamah ini telah memutuskan untuk membenarkan Notis Permohonan yang difailkan oleh Responden Pertama dan Kedua (Defendan Pertama dan Kedua) untuk membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 19.10.2023 terhadap Responden Pertama dan Kedua (Defendan Pertama dan Kedua) di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1) (b) atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dengan kos sebanyak RM3,000.00 dan mesti dibayar oleh Perayu (Plaintif) kepada Responden Pertama dan Kedua (Defendan Pertama dan Kedua) tertakluk kepada fi alokatur. [2] Oleh itu Notis Rayuan di bawah Lampiran - 24 yang difailkan oleh Perayu (Plaintif) adalah terhadap keseluruhan keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini bertarikh pada 23.05.2024 tersebut. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-11-10/2023 4 [3] Seterusnya, bagi tujuan kemudahan kesemua pihak, pihak-pihak di peringkat rayuan ini akan dirujuk di dalam kapasiti mereka yang asal iaitu pihak Perayu akan dirujuk sebagai Plaintif. Manakala, pihak Responden-Responden akan dirujuk sebagai Defendan-Defendan. Notis Permohonan Defendan-Defendan (Lampiran - 10) [4] Di dalam Lampiran - 10, Defendan Pertama dan Kedua memohon di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (b) atau (d) kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk mendapatkan perintah-perintah seperti berikut:-
a
Writ dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 19.10.2023 dibatalkan terhadap Defendan Pertama dan Kedua di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(b) atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012;
b
Secara alternatif, Writ dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 19.10.2023 dibatalkan di bawah bidang kuasa sedia ada (inherent jurisdiction) Mahkamah Yang Mulia ini dibawah Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012; ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-11-10/2023 5
c
Segala prosiding terhadap Defendan Pertama dan Kedua digantung sehingga keputusan muktamad permohonan ini;
d
Kos permohonan ini ditanggung sepenuhnya oleh Plaintif; dan
e
Apa-apa relif atau perintah lain yang difikirkan suaimanfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini. [5] Notis Permohonan Defendan Pertama dan Kedua di bawah
Lampiran
Lampiran - 10 ini disokong oleh afidavit yang diikrarkan oleh Norjuanita binti Baharudin selaku Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara bertarikh pada 8.01.2024 (Lampiran - 11). Alasan-Alasan Permohonan ini [6] Di antara alasan-alasan yang disandarkan oleh Defendan Pertama dan Kedua di dalam membuat permohonan ini adalah seperti berikut:- (a) Tuntutan ini adalah mengaibkan, remeh atau menyusahkan atau merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-11-10/2023 6 Latar Belakang Kes [7] Di dalam kes ini, Plaintif telah memfailkan Writ dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 19.10.2023 terhadap Defendan-Defendan. Pada perenggan 23 Pernyataan Tuntutan Plaintif, Plaintif secara khususnya menuntut terhadap Defendan Pertama dan Kedua sebagaimana relif-relif berikut: (a) Pengisytiharan bahawa Notis Perletakan Jawatan bertarikh 22.1.2021 adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan; (b) Pengisytiharan bahawa penerimaan perletakan jawatan oleh Defendan Pertama adalah tidak sah dan tidak teratur; (c) Plaintif dibenarkan untuk kembali bekerja dengan jawatan dan gred yang sesuai; (d) Gantirugi am; (e) Gantirugi khas akibat salah penamatan; (f) Gantirugi teladan; (g) Faedah penghakiman pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh; (h) Kos; dan ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-11-10/2023 7 (i) Lain-lain perintah dan/atau relif lanjut sebagaimana yang difikirkan suai manfaat dan patut oleh Mahkamah Yang Mulia ini. Fakta-Fakta Material [8] Pada 22.1.2021 Plaintif telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Penolong Akauntan W29 dan Notis Peletakan Jawatan (Lampiran C) bertarikh 22.1.2021 kepada Timbalan Pengarah JPN Cawangan Negeri Sembilan melalui aplikasi whatsapp menggunakan nombor telefon: 011-70398691 yang disahkan merupakan nombor telefon bimbit milik Plaintif sendiri. [9] Surat peletakan jawatan dan Notis Peletakan Jawatan (Lampiran C) bertarikh 22.1.2021 tersebut mempunyai tandatangan Plaintif. [10] Akuan Penerimaan Notis Peletakan Jawatan Plaintif telah dikemukakan oleh Pengarah JPN Cawangan Negeri Sembilan kepada Defendan Pertama dan Plaintif melalui surat bertarikh 25.1.2021. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-11-10/2023 8 [11] Surat dan Notis Peletakan Jawatan Plaintif telah dikemukakan kepada Defendan Pertama oleh Pengarah JPN Cawangan Negeri Sembilan melalui surat bertarikh 16.2.2021. [12] Surat Pemakluman Peletakan Jawatan bertarikh 22.3.2021 daripada Bahagian Sumber Manusia Defendan Pertama telah diserahkan kepada Plaintif di alamat JPN Cawangan Negeri Sembilan. Melalui surat tersebut, Defendan Pertama mengambil maklum dan merekodkan peletakan jawatan Plaintif. Analisis dan Penemuan Mahkamah Prinsip undang-undang untuk membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan [13] Permohonan bagi membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan adalah diperuntukkan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 sebagaimana berikut:- 19. Striking out pleadings and endorsements (O. 18, r. 19) (1) The Court may at any stage of the proceedings order to be struck out or amended any pleading or the indorsement, of any writ in the action, or anything in any pleading or in the indorsement, on the ground that- (a) it discloses no reasonable causes of action or defence, as the case may be;or (b) it is scandalous, frivolous or vexatious; or ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-11-10/2023 9 (c) it may prejudice, embarrass or delay the fair trial of the action; or (d) it is otherwise an abuse of the process of the Court; and may order the action to be stayed or dismissed or judgment to be entered accordingly, as the case may be.” [14] Seterusnya, merujuk kepada kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors V. United Malayan Banking Corporation Bhd (1993) 4 CLJ 7, di mana Mahkamah Agung telah menyatakan seperti berikut: “The principles upon which the Court acts in exercising its power under any of the four limbs of O.18 r.19 (1) Rules of the Court are well settled. It is only plain and obvious cases that resource should be had to the summary process under this rule (per Lindley M.R. in Hubbuck v. Wilkinson (1899) 1 QB 86, p.91), and this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it ‘obviously unsustainable’ (Attorney-General of Duchy of Lancaster v. L. & N.W. Ry. Co. (1892) 3 Ch. 274, CA). It cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case, in order to see whether the party has a cause of action or a defence (Wenlock v. Moloney [1956] 1 WLR 1238; [1965] 1 All ER 871, CA). The authorities further show that if there is a point of law which requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under O. 33 r.3 (which is para materia with our O.33 r. 2 Rules of High Court) (Hubbuck v Wilkinson) (supra). The court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable.” ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-11-10/2023 10 Isu Pertama: Sama ada tindakan Plaintif terhadap Defendan Pertama dan Kedua di dalam kes ini adalah merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah (“abuse of the court process”) [15] Menurut Aturan 53 Kaedah 2(4) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, antara lain, ianya memperuntukkan bahawa: APPLICATION FOR JUDICIAL REVIEW (4) Any person who is adversely affected by the decision, action or omission in relation to the exercise of the public duty or function shall be entitled to make the application. [16] Di dalam kes ini, merujuk kepada perenggan 19 hingga perenggan 23(i) Pernyataan Tuntutan Plaintif (Lampiran - 2), Plaintif telah mencabar keputusan Defendan Pertama dalam penerimaan Notis Perletakan Jawatan Plaintif dan mencabar keputusan Defendan Pertama yang telah memutuskan bahawa Notis Perletakan Jawatan Plaintif tersebut adalah sah dan teratur. [17] Melalui relif yang dinyatakan di atas, adalah jelas bahawa permohonan oleh Plaintif adalah untuk mencabar keputusan yang dibuat oleh Defendan Pertama yang menjalankan kewajipannya sebagai satu badan atau pihak berkuasa awam. Plaintif juga di dalam relif yang dipohonnya, mengarahkan Defendan Pertama iaitu pihak berkuasa awam untuk melakukan sesuatu tindakan. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-11-10/2023 11 [18] Dalam lain perkataan, ianya jelas menunjukkan bahawa Plaintif ingin mencabar tindakan dan/atau tinggalan dan/atau keputusan oleh Defendan Pertama (”act and/or omission and/or decision”). [19] Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah tersalah atau tersilap memfailkan tindakan ini melalui Writ untuk mencabar keputusan tersebut yang mana ia sepatutnya dimulakan melalui suatu permohonan untuk kebenaran bagi Semakan Kehakiman di bawah peruntukkan Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [20] Perlu ditegaskan di sini bahawa keperluan-keperluan dan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah ketat dan percubaan untuk memintas keperluan-keperluan dibawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 tersebut dengan memulakan tindakan melalui Writ adalah merupakan satu penyalahgunaan proses Mahkamah. [21] Justeru itu, Mahkamah berpandangan bahawa tindakan Plaintif memfailkan kes ini melalui Writ adalah terjumlah kepada suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. Oleh yang demikian, Writ yang telah difailkan oleh Plaintif ini wajar dibatalkan dengan kos. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-11-10/2023 12 Isu Kedua: Sama ada tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama dan Kedua adalah berkaitan dengan tindakan, tinggalan dan / atau keputusan pihak Berkuasa Awam yang perlu dimulakan di bawah Semakan Kehakiman (Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012) [22] Merujuk kepada Aturan 53 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ianya jelas memperuntukkan seperti berikut: 1. Permohonan semakan kehakiman (A. 53, k. 1) (1) Aturan ini hendaklah mentadbir semua permohonan untuk mendapatkan apa-apa relief yang dinyatakan dalam perenggan 1 Jadual kepadaAkta Mahkamah Kehakiman 1964 bagi maksud yang dinyatakan di dalamnya. (2) Aturan ini tertakluk kepada peruntukan Bab VIII Bahagian 2 Akta Relief Spesifik 1950 [Akta 137]. [23] Seterusnya, merujuk kepada Perenggan 1 Jadual kepada Akta Mahkamah Kehakiman 1964, (Kuasa Tambahan Mahkamah Tinggi) telah memperuntukkan seperti berikut: 1. Writ prerogatif Kuasa untuk mengeluarkan arahan, perintah atau writ, termasuklah writ yang bersifat habeas corpus, mandamus, larangan, quo warranto dan certiorari, atau mana-mana yang lain, kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi menguatkuasakan hak yang diberikan oleh ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-11-10/2023 13 Bahagian II Perlembagaan, atau mana-mana daripadanya, atau bagi apa-apa maksud.” [24] Di dalam kes ini, berdasarkan relif yang dituntut oleh Plaintif terhadap Defendan Pertama dan Kedua, adalah jelas Plaintif memohon agar keputusan Defendan Pertama untuk menerima Notis Perletakan Jawatan Plaintif tersebut dibatalkan (“certiorari”) dan selanjutnya, Plaintif memohon terhadap Defendan Pertama agar Defendan Pertama membenarkan Plaintif untuk kembali bekerja dengan jawatan dan gred yang sesuai (“mandamus”). [25] Di dalam kes Arab Malaysian Finance Bhd v. Stephen Phoa Cheng Loon & Ors [2003] 1 MLJ 567, Mahkamah Rayuan di dalam kes tersebut telah memutuskan bahawa: “Now, assuming that there was a duty on the 4th defendant to act in a particular manner towards the property of the plaintiffs post collapse, such duty must find its expression in public and not private law. Accordingly, if there had been a failure on the part of the 4th defendant to do or not to do something as a public authority, the proper method is to proceed by way of an application of judicial review”. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-11-10/2023 14 [26] Seterusnya, merujuk kepada kes Robert Cheah Foong Chiew v. Lembaga Jurutera Malaysia [2009] 1 MLJ 676 di mana Mahkamah Rayuan di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut:- “(1) The High Court had applied the correct principle of law in determining the respondent’s application, viz, it would be contrary to public policy and an abuse of process to allow an individual to impugn the decision of a public authority through an ordinary action rather than under O 53 of the Rules of the High Court 1980 (‘RHC’)—which provision exists for the protection of public authorities (see para 14); O’Reilly v Mackman [1983] 2 AC 237 and Dato’ Seri Anwar Ibrahim v Perdana Menteri Malaysia & Anor [2007] 4 MLJ 422 referred”. [27] Selanjutnya, di dalam kes Subramaniam Vythilingam v. The Human Rights Commission Of Malaysia (Suhakam) & Ors [2003] 6 CLJ 175, di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah menyatakan seperti berikut: “[3a] The plaintiff should have pursued his public law remedy through judicial review proceedings under O. 53 RHC and not by way of an originating summons. By not pursuing the remedy through O 53, the plaintiff was deliberately attempting to get around the stringent requirements enumerated in O 53 RHC, including inter alia the need to serve the leave application on the Attorney General’s Chambers. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-11-10/2023 15 Enclosure (1) thus constituted an abuse of the process of the court and ought to be struck out.” [28] Di dalam kes ini adalah merupakan fakta-fakta yang tidak dipertikaikan bahawa: (a) Plaintif adalah seorang penjawat awam dan telah disahkan perkhidmatan Penolong Akauntan Gred W29 mulai 18.10.2018 dan adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan berkaitan penjawat awam; (b) Peraturan mengenai perletakan jawatan telah dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012]; (c) Peraturan 54 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] memperuntukkan mengenai pengemukaan notis peletakan jawatan. [29] Oleh itu, apa-apa tindakan undang-undang oleh Plaintif untuk mencabar sebarang keputusan atau tindakan atau pengabaian di pihak Defendan Pertama dan Kedua di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-11-10/2023 16 Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] adalah jelas melibatkan elemen undang-undang awam (“public law”) dan bukannya undang-undang persendirian (“private law”) dan hanya boleh dibawa melalui permohonan Semakan Kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [30] Justeru itu, Mahkamah berpandangan bahawa Plaintif sewajarnya memfailkan tindakan ini terhadap Defendan Pertama dan Kedua melalui permohonan Semakan Kehakiman dan bukannya melalui Writ memandangkan relif-relif yang dipohon oleh Plaintif terhadap Defendan Pertama dan Kedua adalah melibatkan undang-undang awam (“public law”) yang dilaksanakan oleh Defendan Pertama di dalam melaksanakan tugas-tugas yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] tersebut. [31] Dalam erti kata yang lain, tindakan Plaintif dengan memfailkan kes ini terhadap Defendan Pertama dan Kedua melalui Writ adalah jelas merupakan satu percubaan untuk memintas keperluan-keperluan ketat yang telah diperuntukkan di bawah ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-11-10/2023 17 Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan merupakan suatu ketidakpatuhan yang menyebabkan suatu salah laksana keadilan yang substantial, yang serius dan / atau prejudis terhadap Defendan Pertama dan Kedua di dalam tindakan ini. [32] Selanjutnya, Mahkamah juga ingin merujuk kepada kes Ahmad Amryn bin Abd Malek & Ors v. Bursa Malaysia Securities Bhd [2021] 8 MLJ 948 di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut: “[49] I have also taken into account and have been persuaded by the defendants contention that if the plaintiffs are allowed to proceed with this writ action, it would have an adverse impact and will open the floodgates for challenges against the decisions of other statutory and public bodies to be done by way of an OS or writ without complying with the necessary safeguards of judicial review proceeding. In this regard, as observed by the Federal Court in Ahmad Jefri’s case, the basic objective of the stringent conditions imposed by O 53 are intended to protect those entrusted with the enforcement of public duties against groundless harassment and to reduce delays in resolving applications in the interest of good administration.” ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-11-10/2023 18 [33] Seterusnya, merujuk kepada kes Yick Hoe Ferrous Steel Sdn Bhd v Tribunal Rayuan Kastam & Ors (2011) 7 CLJ 544 di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut: “(1) Order 53 RHC imposed stringent conditions or rules. Failure to comply with the clear provisions of O. 53 RHC was a fundamental defect that was not curable under O. 1A RHC. By commencing this action by way of originating motion, the applicant was evading the mandatory requirements of O. 53 RHC in particular the requirement to first obtain leave.” Kesimpulan [34] Oleh yang demikian, memandangkan Plaintif memfailkan tindakan ini terhadap Defendan Pertama dan Kedua melalui Writ dan bukannya melalui permohonan Semakan Kehakiman, maka tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama dan Kedua sewajarnya dibatalkan selaras mengikut Aturan 18 Kaedah 19(1)(b) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 oleh kerana ianya adalah suatu tindakan yang mengaibkan, remeh dan menyusahkan dan adalah merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah ini. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-11-10/2023 19 [35] Justeru itu, Mahkamah dengan ini memutuskan untuk membenarkan Notis Permohonan yang telah difailkan oleh Defendan Pertama dan Kedua di bawah Lampiran - 10 iaitu Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama dan Kedua dibatalkan dengan kos. Selanjutnya Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM3,000.00 dan mesti dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama dan Kedua tertakluk kepada bayaran fi alokatur. Disediakan oleh: t.t. (Mohamad Haldar bin Abdul Aziz) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 2 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. Bertarikh: 13 haribulan Ogos 2024. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-11-10/2023 20 PEGUAMCARA PERAYU/PLAINTIF: TETUAN HANIF HASSAN & CO No. 221-2B & 222-2B, Tingkat 2 Jalan Haruan 5/6 Pusat Komersil Oakland II 70300 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. PEGUAMCARA RESPONDEN-RESPONDEN / DEFENDAN PERTAMA & DEFENDAN KEDUA: PEGUAM KANAN PERSEKUTUAN Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan Jalan Campbell 70000 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.