Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Cited by
0
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Authorities cited
1
Earlier cases and laws this decision relies on
Cites[2025] CLJU 1945External
“43. Mahkamah ini telah meneliti dengan cermat alasan-alasan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi dalam Mohd Faridshah Abidin Mohd Rizuan v Pendakwa Raya [2025] CLJU 1945 dan Pendakwa Raya v Govindnan Chinden [1998] 2 CLJ 370. Walau bagaimanapun, dengan penuh hormat, Mahkamah ini tidak dapat menerima pendekatan yang diam”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
PB-43-32-02/2026 Kand. 17 27/07/2026 14:15:11 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI DI BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG NO. BICARA SEMAKAN: PB-43-3...
PB-43-32-02/2026 Kand. 17 27/07/2026 14:15:11 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI DI BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG NO. BICARA SEMAKAN: PB-43-32-02/2026 ANTARA SIVA A/L MARNIAM (NO. KP: 790101-07-5343) ...PEMOHON LAWAN PENDAKWA RAYA ...RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
section
1. Permohonan Semakan Jenayah ini merupakan salah satu daripada 31 Permohonan Semakan Jenayah yang kini berada di hadapan Mahkamah ini. Wal...
1. Permohonan Semakan Jenayah ini merupakan salah satu daripada 31 Permohonan Semakan Jenayah yang kini berada di hadapan Mahkamah ini. Walaupun setiap permohonan difailkan secara berasingan oleh pemohon masing-masing, kesemua permohonan tersebut membangkitkan persoalan undang-undang dan isu-isu yang sama serta bersandarkan latar belakang prosiding yang sama.
section
2. Oleh sebab setiap permohonan melibatkan Pemohon yang berbeza dan difailkan di bawah nombor kes yang berasingan, adalah lebih sesuai seki...
2. Oleh sebab setiap permohonan melibatkan Pemohon yang berbeza dan difailkan di bawah nombor kes yang berasingan, adalah lebih sesuai sekiranya suatu penghakiman berasingan disampaikan bagi setiap permohonan. Walau bagaimanapun, memandangkan isu-isu yang dibangkitkan serta hujahan yang dikemukakan adalah sama, alasan-alasan yang terkandung dalam penghakiman ini adalah juga terpakai, mutatis mutandis, kepada baki 30 permohonan Semakan Jenayah yang telah didengar bersama.
section
3. Intipati aduan Pemohon ialah bahawa terdapat ketidakpatuhan terhadap beberapa peruntukan Kanun Tatacara Jenayah, khususnya seksyen 152(6...
3. Intipati aduan Pemohon ialah bahawa terdapat ketidakpatuhan terhadap beberapa peruntukan Kanun Tatacara Jenayah, khususnya seksyen 152(6), seksyen 173(a) dan seksyen 253, berhubung tatacara pembacaan pertuduhan serta sabitan terdahulu. Menurut Pemohon, ketidakpatuhan tersebut telah menjejaskan kesahan prosiding yang dijalankan di Mahkamah Sesyen.
section
4. Berasaskan dakwaan tersebut, Pemohon telah memfailkan permohonan Semakan Jenayah ini bagi mendapatkan relif-relif yang dipohon, termasuk...
4. Berasaskan dakwaan tersebut, Pemohon telah memfailkan permohonan Semakan Jenayah ini bagi mendapatkan relif-relif yang dipohon, termasuk suatu perintah supaya beliau dilepaskan tanpa dibebaskan (Dismissal Not Amounting to Acquittal). Latar Belakang
section
5. Latar belakang yang membawa kepada pemfailan permohonan ini bermula daripada prosiding jenayah yang sedang berjalan di Mahkamah Sesyen B...
5. Latar belakang yang membawa kepada pemfailan permohonan ini bermula daripada prosiding jenayah yang sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Butterworth.
section
6. Pada 30 Januari 2026, Pemohon telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Semasa...
6. Pada 30 Januari 2026, Pemohon telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Semasa pertuduhan dibacakan, pihak Pendakwa Raya turut membacakan butir-butir sabitan terdahulu yang berkaitan dengan pertuduhan yang dihadapi oleh Pemohon.
section
7. Peguam yang mewakili Pemohon kemudiannya membantah tatacara tersebut atas alasan bahawa pembacaan sabitan terdahulu pada peringkat terse...
7. Peguam yang mewakili Pemohon kemudiannya membantah tatacara tersebut atas alasan bahawa pembacaan sabitan terdahulu pada peringkat tersebut adalah bertentangan dengan peruntukan Kanun Tatacara Jenayah, khususnya seksyen 253. Menurut Pemohon, sabitan terdahulu hanya boleh dibacakan pada peringkat yang dibenarkan oleh undang-undang dan bukannya semasa pertuduhan mula-mula dibacakan kepada seseorang tertuduh.
section
8. Susulan bantahan tersebut, Mahkamah Sesyen telah memberikan beberapa arahan kepada pihak Pendakwa Raya berhubung pindaan terhadap pertud...
8. Susulan bantahan tersebut, Mahkamah Sesyen telah memberikan beberapa arahan kepada pihak Pendakwa Raya berhubung pindaan terhadap pertuduhan. Pemohon kemudiannya memfailkan permohonan Semakan Jenayah ini bagi mencabar kesahan tatacara yang telah diikuti dalam prosiding Mahkamah Sesyen. Peruntukan-Peruntukan Kanun Tatacara Jenayah Yang Berkaitan
section
9. Permohonan ini berkisar kepada pemakaian beberapa peruntukan di bawah Kanun Tatacara Jenayah yang berkaitan dengan tatacara pembacaan pe...
9. Permohonan ini berkisar kepada pemakaian beberapa peruntukan di bawah Kanun Tatacara Jenayah yang berkaitan dengan tatacara pembacaan pertuduhan, pengendalian sabitan terdahulu serta peringkat-peringkat prosiding jenayah.
section
10. Secara khusus, perhatian telah diberikan kepada peruntukan peruntukan berikut.
10. Secara khusus, perhatian telah diberikan kepada peruntukan peruntukan berikut.
section
11. Pertama ialah seksyen 152 Kanun Tatacara Jenayah yang memperuntukan seperti berikut: Bentuk pertuduhan.
11. Pertama ialah seksyen 152 Kanun Tatacara Jenayah yang memperuntukan seperti berikut: Bentuk pertuduhan.
section
152. (1) Tiap-tiap pertuduhan di bawah Kanun ini hendaklah menyatakan kesalahan yang atasnya tertuduh dipertuduh.
152. (1) Tiap-tiap pertuduhan di bawah Kanun ini hendaklah menyatakan kesalahan yang atasnya tertuduh dipertuduh.
subsection
(2) Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu memberinya apa-apa nama tertentu, kesalahan itu boleh diperihalkan dalam pertuduhan it...
(2) Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu memberinya apa-apa nama tertentu, kesalahan itu boleh diperihalkan dalam pertuduhan itu dengan nama itu sahaja.
subsection
(3) Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu tidak memberinya apa-apa nama tertentu, sekian banyak daripada takrif kesalahan itu me...
(3) Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu tidak memberinya apa-apa nama tertentu, sekian banyak daripada takrif kesalahan itu mestilah dinyatakan supaya tertuduh diberitahukan tentang perkara yang mengenainya dia dipertuduh.
subsection
(4) Undang-undang dan seksyen bagi undang-undang yang terhadapnya kesalahan itu dikatakan telah dilakukan hendaklah disebut dalam pertuduha...
(4) Undang-undang dan seksyen bagi undang-undang yang terhadapnya kesalahan itu dikatakan telah dilakukan hendaklah disebut dalam pertuduhan itu.
subsection
(5) Hakikat bahawa pertuduhan itu dibuat adalah bersamaan dengan suatu pernyataan bahawa tiap-tiap syarat di sisi undang-undang yang dikehe...
(5) Hakikat bahawa pertuduhan itu dibuat adalah bersamaan dengan suatu pernyataan bahawa tiap-tiap syarat di sisi undang-undang yang dikehendaki oleh undang-undang untuk mewujudkan kesalahan yang dipertuduh itu telah dipenuhi dalam kes tertentu itu.
subsection
(6) Jika tertuduh itu telah disabitkan terdahulu atas apa-apa kesalahan dan tujuannya adalah untuk membuktikan bahawa sabitan terdahulu itu...
(6) Jika tertuduh itu telah disabitkan terdahulu atas apa-apa kesalahan dan tujuannya adalah untuk membuktikan bahawa sabitan terdahulu itu bagi maksud menambah hukuman yang Mahkamah itu berwibawa untuk mengawardnya, fakta, tarikh dan tempat sabitan terdahulu itu hendaklah dinyatakan dalam pertuduhan itu. Jika pernyataan itu ditinggalkan, Mahkamah boleh menambahnya pada bila-bila masa sebelum hukuman dijatuhkan. Tumpuan khusus adalah terhadap subseksyen (6).
section
12. Seterusnya ialah seksyen 173(a) Kanun Tatacara Jenayah.
12. Seterusnya ialah seksyen 173(a) Kanun Tatacara Jenayah.
section
173. Tatacara yang berikut hendaklah dipatuhi oleh Majistret dalam perbicaraan terus:
173. Tatacara yang berikut hendaklah dipatuhi oleh Majistret dalam perbicaraan terus:
a
(a) Apabila tertuduh hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah suatu pertuduhan yang mengandungi butir-butir kesalahan yang dia dituduh hendaklah dibentuk dan dibacakan dan dijelaskan kepadanya, dan dia hendaklah ditanya sama ada dia bersalah atas kesalahan yang dipertuduh itu atau minta dibicarakan.
section
13. Seksyen 253 Kanun Tatacara Jenayah pula memperuntukan seperti berikut. Tatacara jika terdapat sabitan terdahulu.
13. Seksyen 253 Kanun Tatacara Jenayah pula memperuntukan seperti berikut. Tatacara jika terdapat sabitan terdahulu.
section
253. Jika tertuduh dipertuduh atas suatu kesalahan yang dilakukan selepas suatu sabitan terdahulu bagi apaapa kesalahan, tatacara yang dite...
253. Jika tertuduh dipertuduh atas suatu kesalahan yang dilakukan selepas suatu sabitan terdahulu bagi apaapa kesalahan, tatacara yang ditetapkan terdahulu daripada ini hendaklah diubahsuaikan seperti yang berikut:
a
(a) bahagian pertuduhan yang menyatakan sabitan terdahulu itu tidak boleh dibacakan di dalam Mahkamah, dan tertuduh itu tidak boleh ditanya sama ada dia telah disabitkan terdahulu daripada itu sebagaimana yang dikatakan dalam pertuduhan itu melainkan jika dan sehingga dia sama ada telah mengaku salah atau disabitkan atas kesalahan yang kemudian itu;
b
(b) jika dia mengaku salah atau disabitkan atas kesalahan yang kemudian itu, dia hendaklah selepas itu ditanya sama ada dia telah disabitkan terdahulu daripada itu sebagaimana yang dikatakan dalam pertuduhan itu;
c
(c) jika dia menjawab bahawa dia telah disabitkan sedemikian terdahulu daripada itu, Mahkamah boleh meneruskan untuk menjatuhkan hukuman ke atasnya dengan sewajarnya, tetapi jika dia menafikan bahawa dia telah disabitkan sedemikian terdahulu daripada itu atau enggan untuk atau tidak menjawab soalan itu, Mahkamah hendaklah membuat siasatan berkenaan dengan sabitan terdahulu itu.
section
14. Turut perlu diberi perhatian ialah peruntukan berkaitan di bawah Akta Keterangan 1950, khususnya seksyen 54. Watak buruk dahulu tidakla...
14. Turut perlu diberi perhatian ialah peruntukan berkaitan di bawah Akta Keterangan 1950, khususnya seksyen 54. Watak buruk dahulu tidaklah berkaitan kecuali bagi menjawab.
section
54. (1) Dalam prosiding jenayah, fakta bahawa orang tertuduh itu berwatak buruk tidaklah berkaitan, melainkan jika keterangan telah diberik...
54. (1) Dalam prosiding jenayah, fakta bahawa orang tertuduh itu berwatak buruk tidaklah berkaitan, melainkan jika keterangan telah diberikan bahawa dia berwatak baik, dan dalam hal yang demikian fakta itu menjadi berkaitan.
subsection
(2) Seorang yang dipertuduh dan dipanggil sebagai saksi tidak boleh ditanya, dan jika ditanya tidak dikehendaki menjawab, apa-apa soalan ya...
(2) Seorang yang dipertuduh dan dipanggil sebagai saksi tidak boleh ditanya, dan jika ditanya tidak dikehendaki menjawab, apa-apa soalan yang cenderung menunjukkan bahawa dia telah melakukan, atau telah disabitkan atau dipertuduh atas apa-apa kesalahan selain kesalahan yang dia dipertuduh pada masa itu, atau adalah berwatak buruk melainkan jika -
a
(a) bukti bahawa dia telah melakukan atau disabitkan atas kesalahan lain itu, ialah keterangan boleh terima bagi menunjukkan bahawa dia melakukan kesalahan yang dia dipertuduh pada masa itu;
b
(b) dia sendiri atau melalui peguam belanya telah menyoal saksi bagi pihak pendakwa dengan tujuan hendak membuktikan watak baiknya sendiri, atau telah memberikan keterangan mengenai watak baiknya, atau keadaan atau penjalanan pembelaan adalah sebegitu hingga melibatkan tohmahan atas watak pendakwa atau saksi bagi pihak pendakwa; atau
c
(c) dia telah memberikan keterangan terhadap mana-mana orang lain yang dipertuduh atas kesalahan yang sama. Huraian 1 - Seksyen ini tidak terpakai bagi kes yang dalamnya watak buruk mana-mana orang adalah dengan sendirinya suatu fakta persoalan. Huraian 2 - Sesuatu sabitan yang dahulu adalah berkaitan sebagai keterangan mengenai watak buruk.
section
15. Selain itu, pertuduhan yang dihadapi oleh Pemohon adalah di bawah seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah se...
15. Selain itu, pertuduhan yang dihadapi oleh Pemohon adalah di bawah seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39C Akta yang sama, yang mana melibatkan elemen sabitan terdahulu sebagai sebahagian daripada struktur pertuduhan tersebut.
section
16. Seksyen-seksyen 15(1) dan 39C(1) dan (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 masing-masing memperuntukan seperti berikut. Self administration.
16. Seksyen-seksyen 15(1) dan 39C(1) dan (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 masing-masing memperuntukan seperti berikut. Self administration.
section
15. (1) Any person who-
15. (1) Any person who-
a
(a) consumes, administers to himself or suffers any other person, contrary to section 14 to administer to him any dangerous drug specified in Parts III and IV of the First Schedule; or
b
(b) is found in any premises kept or used for any of the purposes specified in section 13 in order that any such dangerous drug may be administered to or smoked or otherwise consumed by him, shall be guilty of an offence against this Act and shall be liable on conviction to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years. Increased penalty where person has prior admissions or convictions.
section
39C. (1) Where a person who has not less than-
39C. (1) Where a person who has not less than-
a
(a) two previous admissions;
b
(b) two previous convictions under paragraph 10(2)(b) or paragraph 15(1)(a) or any combination of the sections;
c
(c) one previous admission and one previous conviction under paragraph 10(2)(b) or paragraph 15(1)(a);
d
(d) one previous admission and two previous convictions under section 31A; or
e
(e) one previous conviction under paragraph 10(2)(b) or paragraph 15(1)(a) and two previous convictions under section 31A, is found guilty of an offence under paragraph 10(2)(b), paragraph 15(1)(a) or section 31A, he shall, instead of being liable to the punishment provided for that offence under the section under which he has been found guilty, be punished with imprisonment for a term which shall not be less than five years but shall not exceed seven years, and he shall also be punished with whipping of not more than three strokes.
subsection
(2) Where a person who has been punished under subsection (1) is convicted of a subsequent offence under paragraph 10(2)(b), paragraph 15(1...
(2) Where a person who has been punished under subsection (1) is convicted of a subsequent offence under paragraph 10(2)(b), paragraph 15(1)(a) or section 31A, he shall, instead of being liable to the punishment provided for that offence under the section under which he has been found guilty, be punished with imprisonment for a term which shall not be less than seven years but shall not exceed thirteen years, and he shall also be punished with whipping of not less than three strokes but not more than six strokes.
section
17. Walau bagaimanapun, Mahkamah ini menegaskan bahawa peruntukan-peruntukan di atas tidak boleh dibaca secara terasing, sebaliknya perlu d...
17. Walau bagaimanapun, Mahkamah ini menegaskan bahawa peruntukan-peruntukan di atas tidak boleh dibaca secara terasing, sebaliknya perlu ditafsirkan secara harmoni bagi memastikan pematuhan kepada prinsip keadilan prosedur jenayah. Hujahan Pemohon Serta Relif Dipohon
section
18. Pemohon melalui Permohonan Semakan Jenayah serta hujahan bertulis yang difailkan menghujahkan bahawa prosiding di Mahkamah Sesyen telah...
18. Pemohon melalui Permohonan Semakan Jenayah serta hujahan bertulis yang difailkan menghujahkan bahawa prosiding di Mahkamah Sesyen telah dicemari oleh suatu ketidakpatuhan terhadap peruntukan-peruntukan mandatori Kanun Tatacara Jenayah yang mengawal cara sesuatu pertuduhan hendak dibacakan kepada seorang tertuduh.
section
19. Menurut Pemohon, bagi suatu pertuduhan di bawah seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952, bahagian pertuduhan yang merujuk kepada sabitan...
19. Menurut Pemohon, bagi suatu pertuduhan di bawah seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952, bahagian pertuduhan yang merujuk kepada sabitan terdahulu tidak sepatutnya dibacakan kepada tertuduh pada peringkat pertuduhan mula-mula dibacakan. Pemohon berhujah bahawa tindakan sedemikian adalah bercanggah dengan seksyen 253 Kanun Tatacara Jenayah yang memperuntukkan bahawa pertuduhan tidak boleh mengandungi atau dibacakan bersama apa-apa pernyataan mengenai sabitan terdahulu seseorang tertuduh, kecuali dalam keadaan-keadaan yang diperuntukkan oleh undang-undang.
section
20. Pemohon seterusnya berhujah bahawa seksyen 253 Kanun Tatacara Jenayah hendaklah dibaca secara harmoni dengan seksyen 152(6) dan seksyen...
20. Pemohon seterusnya berhujah bahawa seksyen 253 Kanun Tatacara Jenayah hendaklah dibaca secara harmoni dengan seksyen 152(6) dan seksyen 173(a) Kanun yang sama. Menurut Pemohon, walaupun seksyen 152(6) memperuntukkan bahawa pertuduhan hendaklah dibaca dan diterangkan kepada tertuduh, kewajipan tersebut hanya terpakai kepada suatu pertuduhan yang sah di sisi undang-undang. Oleh itu, seksyen 152(6) tidak boleh ditafsirkan sebagai mengenepikan larangan yang diperuntukkan di bawah seksyen 253.
section
21. Pemohon juga menghujahkan bahawa pembacaan bahagian pertuduhan yang menyatakan sabitan terdahulu telah mendedahkan Mahkamah kepada fakt...
21. Pemohon juga menghujahkan bahawa pembacaan bahagian pertuduhan yang menyatakan sabitan terdahulu telah mendedahkan Mahkamah kepada fakta yang pada sisi undang-undang sepatutnya tidak dipertimbangkan pada peringkat tersebut. Menurut Pemohon, tindakan sedemikian bukan sahaja bertentangan dengan seksyen 253 Kanun Tatacara Jenayah, malah turut bercanggah dengan prinsip am keterangan sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 54 Akta Keterangan 1950 berhubung ketakterimaan keterangan mengenai watak buruk atau sabitan terdahulu, melainkan dalam keadaan-keadaan yang dibenarkan oleh undang-undang.
section
22. Berdasarkan hujahan-hujahan tersebut, Pemohon menegaskan bahawa prosiding di Mahkamah Sesyen telah terjejas oleh suatu ketidakpatuhan t...
22. Berdasarkan hujahan-hujahan tersebut, Pemohon menegaskan bahawa prosiding di Mahkamah Sesyen telah terjejas oleh suatu ketidakpatuhan terhadap peruntukan undang-undang yang bersifat mandatori dan bahawa ketidakpatuhan tersebut telah menyebabkan berlakunya suatu ketidakadilan yang mewajarkan campur tangan Mahkamah ini melalui bidang kuasa semakan jenayah.
section
23. Sehubungan itu, Pemohon memohon agar Mahkamah ini menggunakan bidang kuasa semakannya untuk mengenepikan keseluruhan prosiding yang tel...
23. Sehubungan itu, Pemohon memohon agar Mahkamah ini menggunakan bidang kuasa semakannya untuk mengenepikan keseluruhan prosiding yang telah berlangsung di Mahkamah Sesyen, membatalkan keputusan yang telah dibuat berhubung pembacaan pertuduhan tersebut, serta perintah supaya "rayuan ini dibenarkan, sabitan dan hukuman terhadap Perayu diketepikan, dan seterusnya Perayu dilepaskan dan dibebaskan".
section
24. Semasa penghujahan lisan pada 18 Jun 2026, peguam bagi Pemohon turut mencadangkan bahawa tatacara yang "betul" adalah supaya rujukan ke...
24. Semasa penghujahan lisan pada 18 Jun 2026, peguam bagi Pemohon turut mencadangkan bahawa tatacara yang "betul" adalah supaya rujukan kepada seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 hanya dikemukakan selepas sabitan atau pengakuan bersalah oleh seseorang tertuduh terhadap pertuduhan asas di bawah seksyen 15(1)(a) Akta yang sama.
section
25. Peguam untuk Pemohon juga membangkitan satu isu baharu semasa pendengaran penuh ini, iaitu Pertuduhan dipinda tidak ditandatangani. Huj...
25. Peguam untuk Pemohon juga membangkitan satu isu baharu semasa pendengaran penuh ini, iaitu Pertuduhan dipinda tidak ditandatangani. Hujahan Pihak Pendakwa Raya
section
26. Walaupun Mahkamah ini telah mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis, pihak Pendakwa Raya telah gagal memfailkan sebaran...
26. Walaupun Mahkamah ini telah mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis, pihak Pendakwa Raya telah gagal memfailkan sebarang hujahan bertulis bagi Permohonan Semakan Jenayah ini.
section
27. Namun demikian, semasa pendengaran penuh pada 18 Jun 2026, Timbalan Pendakwa Raya telah mengemukakan hujahan secara lisan bagi menentan...
27. Namun demikian, semasa pendengaran penuh pada 18 Jun 2026, Timbalan Pendakwa Raya telah mengemukakan hujahan secara lisan bagi menentang permohonan Pemohon.
section
28. Pada asasnya, pihak Pendakwa Raya menghujahkan bahawa seksyen 152 Kanun Tatacara Jenayah hanya memperuntukkan tatacara pembacaan dan pe...
28. Pada asasnya, pihak Pendakwa Raya menghujahkan bahawa seksyen 152 Kanun Tatacara Jenayah hanya memperuntukkan tatacara pembacaan dan penerangan pertuduhan kepada seseorang tertuduh, manakala seksyen 253 Kanun yang sama merupakan suatu peruntukan yang berasingan di bawah Bab XXIV yang mengandungi peruntukan-peruntukan am berhubung siasatan dan perbicaraan. Menurut pihak Pendakwa Raya, kedua-dua peruntukan tersebut hendaklah dibaca mengikut ruang lingkup masing-masing.
section
29. Pihak Pendakwa Raya turut menghujahkan bahawa suatu pertuduhan di bawah seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 mempunyai ciri-ciri terse...
29. Pihak Pendakwa Raya turut menghujahkan bahawa suatu pertuduhan di bawah seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 mempunyai ciri-ciri tersendiri memandangkan kewujudan sabitan terdahulu merupakan sebahagian daripada elemen yang membentuk kesalahan tersebut. Oleh yang demikian, pihak Pendakwa Raya mengambil pendirian bahawa rujukan kepada sabitan terdahulu dalam pertuduhan di bawah seksyen 39C boleh dibacakan kepada tertuduh semasa pertuduhan dibacakan.
section
30. Pihak Pendakwa Raya turut menghujahkan bahawa tiada peruntukan di bawah seksyen 152 Kanun Tatacara Jenayah yang mensyaratkan tandatanga...
30. Pihak Pendakwa Raya turut menghujahkan bahawa tiada peruntukan di bawah seksyen 152 Kanun Tatacara Jenayah yang mensyaratkan tandatangan seseorang tertuduh pada pertuduhan sebagai suatu keperluan mandatori. Apabila diminta oleh Mahkamah ini untuk mengemukakan autoriti kehakiman yang menyokong pendirian pihak Pendakwa Raya berhubung isu-isu yang dibangkitkan, tiada sebarang keputusan mahkamah dikemukakan. Analisis dan Keputusan Mahkamah Ini. Isu sebenar yang perlu diputuskan.
section
31. Setelah meneliti keseluruhan rekod prosiding, hujahan bertulis Pemohon serta hujahan lisan kedua-dua pihak, Mahkamah ini berpendapat ba...
31. Setelah meneliti keseluruhan rekod prosiding, hujahan bertulis Pemohon serta hujahan lisan kedua-dua pihak, Mahkamah ini berpendapat bahawa isu sebenar yang perlu diputuskan adalah jauh lebih sempit daripada pelbagai hujahan yang telah dikemukakan.
section
32. Tiada pertikaian bahawa seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 mensyaratkan kewujudan sabitan terdahulu sebagai salah satu elemen yang m...
32. Tiada pertikaian bahawa seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 mensyaratkan kewujudan sabitan terdahulu sebagai salah satu elemen yang membolehkan hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap seseorang yang disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta yang sama. Tiada juga pertikaian bahawa seksyen 152(6) Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa fakta, tarikh dan tempat sabitan terdahulu hendaklah dinyatakan dalam pertuduhan apabila sabitan terdahulu itu hendak digunakan bagi tujuan meningkatkan hukuman.
section
33. Persoalan sebenar ialah sama ada seksyen 253 Kanun Tatacara Jenayah melarang bahagian pertuduhan yang merujuk kepada sabitan terdahulu...
33. Persoalan sebenar ialah sama ada seksyen 253 Kanun Tatacara Jenayah melarang bahagian pertuduhan yang merujuk kepada sabitan terdahulu daripada dibacakan kepada tertuduh semasa pertuduhan dibacakan di bawah seksyen 173(a) Kanun yang sama, khususnya dalam konteks suatu pertuduhan yang melibatkan seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.
section
34. Pada hemat Mahkamah ini, peruntukan-peruntukan yang berkaitan tidak boleh ditafsirkan secara berasingan. Sebaliknya, seksyen 152(6), se...
34. Pada hemat Mahkamah ini, peruntukan-peruntukan yang berkaitan tidak boleh ditafsirkan secara berasingan. Sebaliknya, seksyen 152(6), seksyen 173(a) dan seksyen 253 Kanun Tatacara Jenayah hendaklah dibaca secara harmoni supaya setiap satunya diberi kesan selaras dengan tujuan legislatifnya.
section
35. Seksyen 152(6) memperuntukkan bahawa apabila sabitan terdahulu hendak digunakan bagi tujuan meningkatkan hukuman yang boleh dikenakan o...
35. Seksyen 152(6) memperuntukkan bahawa apabila sabitan terdahulu hendak digunakan bagi tujuan meningkatkan hukuman yang boleh dikenakan oleh Mahkamah, fakta, tarikh dan tempat sabitan terdahulu tersebut hendaklah dinyatakan dalam pertuduhan. Peruntukan ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa sabitan terdahulu merupakan sebahagian daripada kandungan pertuduhan dalam keadaan-keadaan yang diperuntukkan oleh undang-undang.
section
36. Seksyen 173(a) pula memperuntukkan bahawa pertuduhan yang mengandungi butir-butir kesalahan hendaklah dibacakan dan diterangkan kepada...
36. Seksyen 173(a) pula memperuntukkan bahawa pertuduhan yang mengandungi butir-butir kesalahan hendaklah dibacakan dan diterangkan kepada tertuduh sebelum pengakuannya direkodkan. Tujuan peruntukan tersebut adalah bagi memastikan tertuduh memahami dengan jelas sifat pertuduhan yang dihadapinya sebelum memilih sama ada untuk mengaku salah atau menuntut dibicarakan.
section
37. Sebaliknya, seksyen 253 bukanlah suatu peruntukan yang mengawal pembentukan pertuduhan. Tujuan utama seksyen tersebut adalah untuk meng...
37. Sebaliknya, seksyen 253 bukanlah suatu peruntukan yang mengawal pembentukan pertuduhan. Tujuan utama seksyen tersebut adalah untuk mengelakkan sabitan terdahulu digunakan secara prejudis terhadap seseorang tertuduh sebelum Mahkamah menentukan sama ada beliau bersalah atau tidak terhadap pertuduhan semasa. Peruntukan tersebut merupakan suatu perlindungan prosedural yang bertujuan memelihara keadilan perbicaraan. Kedudukan seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.
section
38. Pertuduhan yang dihadapi oleh Pemohon adalah suatu pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa kepada p...
38. Pertuduhan yang dihadapi oleh Pemohon adalah suatu pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa kepada pemakaian seksyen 39C Akta yang sama. Dalam keadaan sedemikian, kewujudan sabitan terdahulu bukanlah suatu fakta sampingan semata-mata tetapi merupakan sebahagian daripada rejim statutori yang diwujudkan oleh Parlimen bagi menentukan liabiliti kepada hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 39C.
section
39. Sehubungan itu, Mahkamah ini tidak dapat menerima hujahan Pemohon bahawa seksyen 39C hanya boleh diperkenalkan selepas seseorang tertud...
39. Sehubungan itu, Mahkamah ini tidak dapat menerima hujahan Pemohon bahawa seksyen 39C hanya boleh diperkenalkan selepas seseorang tertuduh mengaku salah atau disabitkan atas pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a). Pendekatan sedemikian tidak disokong oleh mana-mana peruntukan Kanun Tatacara Jenayah mahupun Akta Dadah Berbahaya 1952.
section
40. Jika pendekatan yang dicadangkan oleh Pemohon diterima, persoalan-persoalan yang nyata akan timbul. Antaranya, di bawah peruntukan mana...
40. Jika pendekatan yang dicadangkan oleh Pemohon diterima, persoalan-persoalan yang nyata akan timbul. Antaranya, di bawah peruntukan manakah seseorang tertuduh sebenarnya dipanggil untuk menjawab pertuduhan; bilakah pertuduhan tersebut hendak dipinda bagi memasukkan seksyen 39C; dan apakah asas statutori yang membenarkan pertuduhan sedemikian diubah hanya selepas pengakuan atau sabitan direkodkan. Tiada jawapan yang memuaskan telah dikemukakan oleh Pemohon terhadap persoalan-persoalan tersebut. Keputusan Mahkamah Rayuan dalam Mohd Faridshah.
section
41. Tafsiran di atas, pada pandangan Mahkamah ini, turut disokong oleh keputusan Mahkamah Rayuan dalam Public Prosecutor v Mohd Faridshah A...
41. Tafsiran di atas, pada pandangan Mahkamah ini, turut disokong oleh keputusan Mahkamah Rayuan dalam Public Prosecutor v Mohd Faridshah Abidin bin Mohd Rizuan (Rayuan Jenayah No. P-05-277-06/2024), yang telah membincangkan secara khusus hubungan antara seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan seksyen 253 Kanun Tatacara Jenayah.
section
42. Mahkamah Rayuan menjelaskan bahawa seksyen 253 tidak melarang butiran sabitan terdahulu daripada dimasukkan ke dalam pertuduhan. Perunt...
42. Mahkamah Rayuan menjelaskan bahawa seksyen 253 tidak melarang butiran sabitan terdahulu daripada dimasukkan ke dalam pertuduhan. Peruntukan tersebut hanya mengawal tatacara penggunaannya dalam prosiding. Mahkamah Rayuan turut menegaskan bahawa menyingkirkan elemen sabitan terdahulu daripada pertuduhan akan mengubah struktur statutori pertuduhan itu sendiri serta menjejaskan pengoperasian seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.
section
43. Mahkamah ini telah meneliti dengan cermat alasan-alasan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi dalam Mohd Faridshah Abidin Mohd Rizuan v P...
43. Mahkamah ini telah meneliti dengan cermat alasan-alasan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi dalam Mohd Faridshah Abidin Mohd Rizuan v Pendakwa Raya [2025] CLJU 1945 dan Pendakwa Raya v Govindnan Chinden [1998] 2 CLJ 370. Walau bagaimanapun, dengan penuh hormat, Mahkamah ini tidak dapat menerima pendekatan yang diambil dalam keputusan-keputusan tersebut setakat mana ia menyentuh isu yang menjadi pertikaian dalam permohonan ini. Sebagai Mahkamah Tinggi, Mahkamah ini terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam Public Prosecutor v Mohd Faridshah Abidin bin Mohd Rizuan yang, pada hemat Mahkamah ini, telah memberikan tafsiran yang lebih tepat terhadap hubungan antara seksyen 152(6), seksyen 173(a) dan seksyen 253 Kanun Tatacara Jenayah dalam konteks pertuduhan yang melibatkan seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952. Selaras dengan prinsip stare decisis, Mahkamah ini terikat untuk mengikuti dan mengaplikasikan prinsip-prinsip undang-undang yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan tersebut. Seksyen 54 Akta Keterangan 1950.
section
44. Mahkamah ini juga tidak menerima hujahan Pemohon yang bersandarkan seksyen 54 Akta Keterangan 1950. Peruntukan tersebut mengawal kebole...
44. Mahkamah ini juga tidak menerima hujahan Pemohon yang bersandarkan seksyen 54 Akta Keterangan 1950. Peruntukan tersebut mengawal kebolehterimaan keterangan mengenai watak buruk atau sabitan terdahulu semasa perbicaraan. Ia bukan suatu peruntukan yang mengawal kandungan sesuatu pertuduhan ataupun menjejaskan kehendak nyata seksyen 152(6) Kanun Tatacara Jenayah atau rejim statutori seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952. Pertuduhan yang Tidak Ditandatangani
section
45. Mahkamah ini seterusnya beralih kepada hujahan Pemohon bahawa pertuduhan yang dipinda adalah tidak sah kerana tidak ditandatangani. Di...
45. Mahkamah ini seterusnya beralih kepada hujahan Pemohon bahawa pertuduhan yang dipinda adalah tidak sah kerana tidak ditandatangani. Di hadapan Mahkamah ini, peguam bagi Pemohon sendiri mengakui bahawa tiada sebarang peruntukan dalam Kanun Tatacara Jenayah mahupun mana-mana autoriti kehakiman yang secara khusus mensyaratkan bahawa sesuatu pertuduhan hendaklah ditandatangani bagi menjadikannya sah di sisi undang-undang. Sebaliknya, Mahkamah ini mendapati bahawa Kanun Tatacara Jenayah tidak memperuntukkan apa-apa syarat sedemikian. Dalam keadaan tersebut, ketiadaan tandatangan pada pertuduhan tidak dengan sendirinya menjadikan pertuduhan itu cacat atau menjejaskan kesahan prosiding. Malah, seksyen 422(a) Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa tiada dapatan, hukuman atau perintah sesuatu mahkamah boleh diketepikan semata-mata atas alasan terdapat apa-apa kesilapan, ketinggalan atau ketidakteraturan dalam pertuduhan atau prosiding, melainkan jika ketidakteraturan tersebut telah menyebabkan suatu kegagalan keadilan (failure of justice). Dalam kes ini, Pemohon bukan sahaja gagal menunjukkan berlakunya suatu kegagalan keadilan, malah Mahkamah ini berpuas hati bahawa bantahan tersebut tidak mempunyai sebarang merit. Kesimpulan
section
46. Setelah mempertimbangkan keseluruhan hujahan serta peruntukan undang-undang yang berkaitan, Mahkamah ini berpuas hati bahawa Pemohon ga...
46. Setelah mempertimbangkan keseluruhan hujahan serta peruntukan undang-undang yang berkaitan, Mahkamah ini berpuas hati bahawa Pemohon gagal menunjukkan wujudnya apa-apa ketidakpatuhan terhadap Kanun Tatacara Jenayah yang mencemari kesahan prosiding di Mahkamah Sesyen. Mahkamah ini juga tidak mendapati wujud sebarang ketidakadilan prosedur yang mewajarkan campur tangan melalui bidang kuasa semakan jenayah.
section
47. Sehubungan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa permohonan Semakan Jenayah ini adalah tidak bermerit. Permohonan ini dengan itu ditolak....
47. Sehubungan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa permohonan Semakan Jenayah ini adalah tidak bermerit. Permohonan ini dengan itu ditolak. 23 Julai 2026 YA DR. CHOONG YEOW CHOY HAKIM MAHKAMAH TINGGI BUTTERWORTH Pihak-pihak: Pemohon Anbananthan Yathiraju & Sharini Anbananthan (Anba & Associates) Responden : Puan Sariza binti Ismail Timbalan Pendakwa Raya
Something wrong on this page?
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.