defendan kedua mengakui sijil keberhutangan dianggap muktamad [28] Defendan pertama telah gagal membuat pembayaran secara ansuran seperti dijadualkan oleh pihak plaintif. [29] Defendan-defendan telah hadir ke pejabat plaintif pada 5.1.2024 untuk memohon menangguhkan apa jua tindakan guaman terhadap defendan-defendan. Pada masa berkenaan, plaintif telah pun memperolehi penghakiman ingkar terhadap defendan pertama dan defendan kedua. Setelah meneliti permohonan, plaintif meluluskan permohonan defendan tertakluk kepada pembayaran yang ditetapkan melalui surat tanpa prejudis, bermula Januari sehingga Mei 2024. [30] Susulan dari pengaturan ini, plaintif telah menarik balik Notis Kebankrapan terhadap defendan pertama dengan kebebasan memfailkan semula. [31] Namun, selepas itu defendan-defendan telah gagal mematuhi jadual pembayaran yang ditetapkan, Justeru plaintif memfailkan semula Notis Kebankrapan terhadap defendan pertama. [32] Sekitar Ogos 2024 defendan pertama mendapat kelulusan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit. Susulan itu, sekali lagi plaintif menarik balik Notis Kebankrapan dengan kebebasan memfailkan semula. [33] Plaintif memaklumkan kepada defendan pertama bahawa plaintif telah bersetuju untuk meluluskan permohonan defendan pertama di bawah skim SDRS iaitu Structures Assessment Parameters for SDRS dengan memberi kelonggaran kepada defendan pertama berkaitan ansuran bulanan, enam bulan moratorium, kadar keuntungan mengikut kadar asal, pengemukaan 18 cek tarikh ke hadapan. Plaintif juga menangguhkan tindakan guaman terhadap defendan pertama dan penjamin iaitu defendan kedua tertakluk kepada pematuhan. [34] Pada masa ini , tiada sebarang tindakan perlaksanaan difailkan terhadap defendan pertama dan defendan kedua susulan kelulusan permohonan AKPK oleh defendan pertama. [35] Defendan Kedua tidak boleh mendakwa tidak mengetahui kewujudan Perjanjian Kemudahan kerana Jaminan yang diberikan oleh Defendan Kedua adalah berkaitan dengan Kemudahan yang diberikan kepada pelanggan pertama melalui Perjanjian Kemudahan. [36] Terma dalam perjanjian jaminan adalah jelas dan tidak mengandungi sebarang kekaburan. Oleh itu, Defendan Kedua tidak boleh mendakwa tidak mengetahui terma yang menetapkan bahawa sebarang rundingan antara Plaintif dan Defendan Pertama tidak akan menjejaskan liabiliti Defendan Kedua. [37] Saya merujuk kepada kes otoriti yang menyatakan bahawa pihak adalah terikat dengan perjanjian yang ditandatangani dan jika terma adalah jelas, maka tidak perlu ada bukti lain. Di dalam kes DEUTSCHE BANK (MALAYSIA) BHD v MBD HOLDINGS BERHAD & ANOR [2015] 6 MLRA 583, diputuskan seperti berikut: “But where a claim is based on a proved or admitted express agreement, the courts do not require, in addition, proof that parties to an ordinary commercial relationship actually intended to be bound” [38] Di dalam kes BANK MUAMALAT MALAYSIA BHD & ORS V REDHA RESOURCES SDN BHD & ORS (2016) 1 LNS 1156, diputuskan seperti berikut: “[21] Parties in this case were aware of these clear terms upon entering into all the agreements between them and have agreed on these terms voluntarily. They have acted on the agreements and the Respondents had in fact benefitted from the transactions involved and should not be allowed to raise issues on the terms voluntarily agreed upon.” [39] Di dalam kes TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM V. BANK ISLAM MALAYSIA BHD & ANOTHER CASE [2010] 4 CLJ 388 diputuskan : "[13] The issue before me is therefore whether the challenge on the validity of the BBA Facility Agreement is a bona fide triable issue. In my view, questioning of the validity of an agreement after benefiting from it and upon default, in itself lacks bona fide...... To turn around and challenge the validity of an agreement entered voluntarily after reaping the benefit under it appears to be a mere afterthought.” [40] Plaintif telah mengemukakan sijil keberhutangan. Mengenai sijil keberhutangan yang menjadi bukti jumlah keberhutangan, saya merujuk kepada kes CEMPAKA FINANCE BHD V HO LAI YING (TRADING AS KH TRADING) & ANOR [2005] 2 MLRA 736 yang memutuskan: ”A certificate of indebtedness operates in the field of adjectival law, excusing the plaintiff from adducing the proof of debt and shifting the burden onto the defendant to disprove the amount claimed. In the instant case, the relevant cls. 27 and 7.03 of the loan agreement and guarantee agreement respectively were sufficiently clear. A clause of this nature has been described as a conclusive evidence clause and has been held to be binding and valid by courts in Australia and England. The certificate of indebtedness, issued in accordance with the aforesaid cls. 27 and 7.03, was lucid enough. There was nothing to indicate or suggest any manifest error on the face of the said certificate nor was any fraud shown.” [41] Berkaitan isu penjamin utama yang mana defendan kedua di dalam kes ini dianggap penjamin utama, saya merujuk kepada kes ANDREW LEE SIEW LING v UNITED OVERSEAS BANK (M) BHD [2012] 3 CLJ 708 yang memutuskan seperti berikut: "It is our considered view that in the present case the appellant, being a person who has given a guarantee and more importantly an indemnity, is primarily liable for losses which the principal borrower could not have been made liable. His liability is not dependent or secondary to the liability of the principal borrower. He is a principal debtor himself. The liability under a contract of indemnity does not depend on whether the principal debt is enforceable. It has no reference in law to the obligation of any third person. In essence, the liability of the person who has given an indemnity can be more extensive than that of the liability of the principal borrower. [42] Terma-terma perjanjian jaminan adalah jelas, maka defendan kedua tidak boleh lari dari tanggungjawab beliau sebagai penjamin dan anggapan sebagai peminjam utama. [43] Sebarang pengaturan pembayaran di antara plaintif dengan defendan pertama, tidak menjejaskan hak plaintif untuk merekodkan penghakiman terhadap defendan kedua. Apatah lagi di dalam kes ini, penghakiman ingkar telah didapati sebelum sebarang pengaturan penstrukturan bayaran dibuat. Tambahan pula di dalam kes ini, plaintif tidak memulakan lagi apa-apa tindakan perlaksanaan terhadap defendan kedua. Kesimpulan [44] Di dalam kes ini, saya mendapati bahawa serahan writ saman dan penyata tuntutan telah dibuat dengan sempurna mengikut terma kontrak. Maka penghakiman ingkar terhadap Defendan Kedua adalah teratur. Seterusnya, saya mendapati bahawa Defendan Kedua tidak mempunyai pembelaan bermerit. Oleh yang demikian, permohonan Defendan Kedua untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar ditolak dengan kos. Bertarikh pada hari ini 10hb. Mac, 2025.