Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA GUAMAN CIVIL NO: AA-22M-63-12/2023 ANTARA SMALL MEDIUM ENTERPRISE DEVELOPMENT BANK MALAYSIA BERHAD (49572-H) …PLAINTIF
AA-22M-63-12/2023
High Court of Malaysia19 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“, interlocutory applications of whatever nature, affidavits, orders and such documents other than the aforesaid which are required to be served under the Rules of Courts 2012, the Companies Act 2016, Bankruptcy Act 1967 (includes any other insolvency legislation enacted from time to time) and other relevant statutes an”
“riginating processes, interlocutory applications of whatever nature, affidavits, orders and such documents other than the aforesaid which are required to be served under the Rules of Courts 2012, the Companies Act 2016, Bankruptcy Act 1967 (includes any other insolvency legislation enacted from time to time) and other”
“aikan oleh Defendan-Defendan bahawa Defendan Kedua dan Defendan Ketiga telah secara sukarela menandatangani kesemua Perjanjian Jaminan. Dalam kes Chong Lai Peng & Ors v Grandmas Development Sdn. Bhd. [2018] MLJU 42, Mahkamah telah membuat keputusan seperti berikut: [25] Plaintif-Plaintif tidak boleh mengatakan mereka t”
“dahan dan Klausa 30 Perjanjian Jaminan, penyampaian notis tuntutan adalah dianggap sempurna selepas tiga (3) hari dari tarikh pengeposan. Dalam kes OCBC Bank (M) Bhd v Otofin Power (KL) Sdn Bhd & Ors [2020] MLJU 1932 di mana Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: [32] Secondly in this case, the Plaintiff has tender”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA GUAMAN CIVIL NO: AA-22M-63-12/2023 ANTARA SMALL MEDIUM ENTERPRISE DEVELOPMENT BANK MALAYSIA BERHAD (49572-H) …PLAINTIF
1
SUNMUSIC ENTERPRISE SDN BHD [NO. SYARIKAT: 201401002462 (1078536-W)]
2
LIM FOOI HUANG [NO. K/P: 640707-08-5470]
3
CHEAH THIAM CHUAN [NO. K/P: 850816-08-5328] …DEFENDAN-DEFENDAN PENGHAKIMAN S/N dB1voclR/Ey/KdxjtQyiPw PENGENALAN [1] Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (selepas ini disebut sebagai Plaintif telah membuat permohonan Penghakiman Terus di bawah Aturan 14 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini disebut KKM 2012) terhadap Sunmusic Enterprise Sendirian Berhad, Lim Fooi Huang dan Chaeh Thiam Chuan (selepas ini disebut sebagai Defendan-Defendan) secara bersesamaan dan berasingan dalam tindakan ini sebagaimana yang ternyata Plaintif berhak kepadanya berdasarkan pernyataan tuntutan seperti berikut:
1
Wang sejumlah RM4,658,211.60 dikira setakat 5.10.2023 [iaitu sejumlah RM894,500.40 bagi Commodity Murabahah Term Financing (CMTF-i) dan RM608,806.11 bagi Commodity Murabahah Revolving Financing (CMRF-i) dibawah Kemudahan 1 dan sejumlah RM3,154,905.09 bagi Commodity Murabahah Term Financing (CMTF-i) di bawah Kemudahan 2];
2
Selanjutnya, caj lewat bayar (Ta’widh) pada kadar kerugian sebenar (actual loss) sehingga 1.00% setahun akan dikenakan ke atas jumlah kemudahan tertunggak dan keuntungan terakru sehingga tarikh matang Kemudahan atau sehingga tarikh Penghakiman, yang mana lebih dahulu dan selanjutnya atas kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (Islamic Interbank Money Market (IIMM)) sehingga tarikh penyelesaian penuh. Kadar IIMM pada 18.12.2023 adalah 3.01% dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. S/N dB1voclR/Ey/KdxjtQyiPw FAKTA KES [2] Tuntuan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah berkenaan dengan keingkaran dan/atau kegagalan Defendan Pertama membayar balik hutang dibawah kemudahan Commodity Murabahah Term Financing (CMTF-i) berjumlah RM1,000,000.00 dan Commodity Murabahah Revolving financing (CMRF-i) berjumlah RM500,00.00 (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Kemudahan 1 tersebut”) dan dibawah Kemudahan Commodity Murabahah Term Financing (CMTF-i) berjumlah RM3,000,000.00 (selepas ini dirujuk sebagai “Kemudahan 2 tersebut”) menurut Perjanjian 1 dan Perjanjian 2 tersebut serta menurut Perjanjian Jaminan 1 dan Perjanjian Jaminan 2 tersebut yang telah ditandatangani oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga. Kemudahan 1 tersebut [3] Plaintif telah meluluskan kepada Defendan Pertama, kemudahan dibawah Commodity Murabahah Term Financing (CMTF-i) berjumlah RM1,000,000.00 dengan harga jualan sebanyak RM1,147,816.13 dan Commodity Murabahah Revolving financing (CMRF-i) berjumlah RM500,00.00 dengan harga jualan sebanyak RM612,671.23 (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Kemudahan 1 tersebut”) yang mana telah diterima oleh Defendan Pertama pada 10.2.2021. [4] Sehubungan dengan Surat Tawaran 1 tersebut, Defendan-Defendan telah menyempurnakan suratcara-suratcara sekuriti, antara lain, seperti berikut yang menyokong tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan:- S/N dB1voclR/Ey/KdxjtQyiPw a) Perjanjian Kemudahan bertarikh 6.4.2021 di antara Plaintif dan Defendan Pertama (selepas ini dirujuk sebagai “Perjanjian 1 tersebut”); b) Perjanjian Wakalah bertarikh 6.4.2021 di antara Plaintiff dan Defendan Pertama; c) Perjanjian Jaminan Peribadi bertarikh 6.4.2021 oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga. Kemudahan 2 tersebut [5] Plaintif telah meluluskan kepada Defendan Pertama, Kemudahan Commodity Murabahah Term Financing (CMTF-i) berjumlah RM3,000,000.00 Harga Jualan sebanyak RM3,866,855.63 (selepas ini dirujuk sebagai “Kemudahan 2 tersebut”) tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang termaktub di bawah Surat Tawaran bertarikh 4.4.2022. [6] Sehubungan dengan Surat Tawaran 2 tersebut, Defendan-Defendan telah menyempurnakan suratcara-suratcara sekuriti, antara lain, seperti berikut yang menyokong tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan.
a
Perjanjian Kemudahan bertarikh 13.6.2022 diantara Plaintif dan Defendan Pertama (selepas ini dirujuk sebagai “Perjanjian 2 tersebut”); S/N dB1voclR/Ey/KdxjtQyiPw
b
Perjanjian Wakalah bertarikh 13.06.2022 diantara Plaintif dan
c
Perjanjian Jaminan Peribadi bertarikh 13.6.2022 oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga (selepas ini dirujuk sebagai “Perjanjian Jaminan 2 tersebut”). [7] Defendan-Defendan telah gagal, enggan dan atau cuai untuk membayar balik Kemudahan-Kemudahan tersebut dibawah Perjanjian 1 dan Perjanjian 2 tersebut dan Perjanjian Jaminan 1 dan Perjanjian Jaminan 2 tersebut. [8] Oleh yang demikian, Plaintif melalui peguamcaranya Tetuan Lee Hishammuddin Allen Gledhill mengeluarkan Notis Tuntutan dan Penamatan bertarikh 13.10.2023 menuntut daripada Defendan-Defendan keseluruhan jumlah terhutang di bawah Kemudahan 1 dan Kemudahan 2 tersebut sebanyak RM4,658,211.60 setakat 5.10.2023 seperti jadual berikut di bawah ini. No. Kemudahan-Kemudahan Jumlah Terhutang setakat 5.10.2023 (RM) 1 Commodity Murabahah Term Financing (CMTF-i) – Kemudahan 1 894,500.40 2 Commodity Murabahah Revolving Financing (CMRF-i) – Kemudahan 1 608,806.11 3 Commodity Murabahah Term Financing 3,154,905.09 S/N dB1voclR/Ey/KdxjtQyiPw (CMTF-i) – Kemudahan 2 JUMLAH 4,658,211.60 [9]
Preamble
Menurut klausa 16.2 Perjanjian 1 dan Perjanjian 2 tersebut dan klausa 16 dan 25 Perjanjian Jaminan 1 dan Perjanjian Jaminan 2 tersebut, suatu penyata akaun dan Sijil Keberhutangan oleh pegawai Plaintif yang diberi kuasa, terhadap apa-apa jumlah yang terhutang kepada Plaintif adalah bukti mutlak (conclusive evidence) bahawa jumlah berkenaan sebenarnya terhutang dan perlu dibayar serta mengikat Defendan-Defendan (conclusive and binding). [10] Maka setakat 5.10.2023, Defendan-Defendan berhutang dengan Plaintif sejumlah RM4,658,211.60 yang merangkumi sejumlah RM894,500.40 bagi Commodity Murabahah Term Financing (CMTF-i) dan RM608,806.11 bagi Commodity Murabahah Revolving Financing (CMRF-i) dibawah Kemudahan 1 dan sejumlah RM3,154,905.09 bagi Commodity Murabahah Term Financing (CMTF-i) dibawah Kemudahan 2 sebagaimana di dalam penyata akaun setakat 5.10.2023 dan sijil keberhutangan bertarih 26.2.2024 yang ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Plaintif bagi jumlah wang yang kena dibayar dibawah Kemudahan 1 dan Kemudahan 2 tersebut. ISU [11] Sama ada terdapat isu-isu dan persoalan-persoalan yang dipertikaikan yang patut diputuskan melalui perbicaraan penuh. S/N dB1voclR/Ey/KdxjtQyiPw HUJAHAN-HUJAHAN [12] Peguamcara terpelajar Plaintif berhujah bahawa menurut carian syarikat Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga adalah pengarah dan pemegang sahaja Syarikat Defendan Pertama pada setiap masa yang berkenaan. Defendan Kedua dan Defendan Ketiga telah menandatangani kesemua perjanjian-perjanjian sekuriti termasuk Perjanjian-Perjanjian Jaminan. Defendan-Defendan tidak pernah menyangkal Notis Tuntutan dan Penamatan tersebut sehingga tindakan ini difailkan. [13] Peguamcara Plaintif seterusnya berhujah bahawa Notis Tuntutan dan Penamatan bertarikh 13.10.2023 tersebut telah dihantar kepada Defendan-Defendan di alamat yang diakui dan bukti pengeposan telah dieksibitkan. Defendan-Defendan tidak pernah menyangkal Notis Tuntutan dan Penamatan tersebut sehingga tindakan ini difailkan. [14] Pihak Plaintif seterusnya menegaskan bahawa Plaintif jelas mempunyai kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan-Defendan dan sebaliknya Defendan-Defendan tiada pembelaan bermerit maka permohonan disini adalah wajar untuk Mahkamah ini memberikan Penghakiman Terus. [15] Manakala peguamcara terpelajar Defendan-Defendan berhujah bahawa Defendan-Defendan mempunyai pembelaan bona fide yang perlu dibicarakan secara penuh di mana saksi-saksi perlu dipanggil untuk membuktikan pengiraan-pengiraan jumlah yang dituntut oleh Plaintif terhadap Defendan tersebut. S/N dB1voclR/Ey/KdxjtQyiPw [16] Pihak Defendan-Defendan menegaskan bahawa cara pihak Plaintif menimbulkan jumlah hutang atau jumlah yang dituntut itu adalah isu asal yang perlu dipersoalkan dimana segala dokumen-dokumen harus dikemukakan dan perlu dipertimbangkan dengan penuh semasa perbicaraan. Maka kegagalan Plaintif untuk mengeksibitkan apa-apa cara pecahan pengiraan jumlah yang dituntut oleh Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah satu isu yang perlu dibicarakan. DAPATAN DAN KEPUTUSAN [17] Mahkamah ini merujuk kepada bawah Aturan 14 Kaedah 1 KKM 2012 yang menyatakan seperti berikut: “1. (1) Jika dalam suatu tindakan yang baginya kaedah ini terpakai suatu pernyataan tuntutan telah disampaikan kepada Defendan dan Defendan itu telah memasukkan kehadiran dalam tindakan itu, Plaintif boleh, atas alasan bahawa Defendan tidak mempunyai pembelaan kepada suatu tuntutan yang termasuk dalam writ, atau kepada suatu bahagian tertentu suatu tuntutan itu, atau tidak mempunyai pembelaan mengenai suatu tuntutan itu atau sebahagian daripadanya kecuali tentang amaun apa-apa ganti rugi yang dituntut, memohon kepada Mahkamah untuk penghakiman terhadap Defendan itu.” S/N dB1voclR/Ey/KdxjtQyiPw [18] Mahkamah merujuk kepada prinsip undang-undang yang diputuskan dalam kes Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400 di mana Mahkamah Agong (pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “In an application under O14 the Court has to be satisfied on affidavit evidence that the defence has not only raised an issue, but also that the said issue is triable. The determination of whether an issue is triable or not triable depends on the facts or the law arising from each case as disclosed in the affidavit evidence before the Court. A complete defence need not be shown. The defence set up only show that there is triable issues.” [19] Manakala dalam kes Alloy Automative Sdn Bhd v Perusahaan Ironfield Sdn Bhd [1985] 1 MLRA 309, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan seperti berikut: “The summary jurisdiction conferred by O81 must be used with great care. It provides a procedure similar to O14. Where all the issues are clear, summary judgment should be given. A Defendant ought not to be shut out from defending unless it is very clear that he has no case in the action. A complete defence need not be shown. The defence set up need only show that there is triable issue or question or that for some reason there ought to be a trial.” S/N dB1voclR/Ey/KdxjtQyiPw [20] Pihak Plaintif telah membuat carian syarikat dan mendapati bahawa Defendan-Defendan merupakan pengarah dan pemegang saham Defendan Pertama. Tidak dipertikaikan oleh Defendan-Defendan bahawa Defendan Kedua dan Defendan Ketiga telah secara sukarela menandatangani kesemua Perjanjian Jaminan. Dalam kes Chong Lai Peng & Ors v Grandmas Development Sdn. Bhd. [2018] MLJU 42, Mahkamah telah membuat keputusan seperti berikut: [25] Plaintif-Plaintif tidak boleh mengatakan mereka tidak terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat yang terdapat di dalam PJB kerana adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa pihak-pihak adalah terikat dengan terma-terma kontrak yang telah dipersetujui oleh mereka di dalam satu-satu perjanjian tanpa mengira sama ada pihak-pihak itu membaca atau tidak membaca atau tidak memahami Bahasa yang digunakan dalam PJB. Dalam kes Yap Cheong Leong v Yanazry Damanhuri [2011] 1 LNS 619, YA Hakim telah merujuk kepada kes Wan Salimah bt Wan Jaafar v Mahmood bin Omar (Anim bt Abdul Aziz, Intervener) [1998] 5 MLJ 163 yang mengatakan “the principle that parties are bound by the terms of the contract that they sign was emphasized.” Abdul Malik Ishak, J (as he then was) said: “It is trite law when a party signs a contract knowing it to be a contract which governs the relations between them, then in the absence of fraud or misrepresentation, the party signing it is bound.” S/N dB1voclR/Ey/KdxjtQyiPw [21] Tidak dinafikan bahawa Defendan Kedua dan Defendan Ketiga telah menandatangani Perjanjian Jaminan 1 dan Perjanjian 2 tersebut maka terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian-Perjanjian Jaminan tersebut. Jelas kepada Mahkamah bahawa Notis Tuntutan dan Penamatan bertarikh 13.10.2023 tersebut telah dihantar kepada Defendan-Defendan di alamat yang diakui dalam perenggan 3 dan 4 Pernyataan Pembelaan dan bukti pengeposan telah dieksibitkan dalam Kandungan 7. [22] Notis Tuntutan dan Penamatan tersebut di serah menurut klausa 16.6. Perjanjian-Perjanjian Kemudahan tersebut dan klausa 30 Perjanjian-Perjanjian Jaminan tersebut berbunyi seperti berikut:
30
Notices
a
The service of notice and/or any legal process which includes pleadings, all forms of originating processes, interlocutory applications of whatever nature, affidavits, orders and such documents other than the aforesaid which are required to be served under the Rules of Courts 2012, the Companies Act 2016, Bankruptcy Act 1967 (includes any other insolvency legislation enacted from time to time) and other relevant statutes and the rules made thereunder (including any modification amendment or re-enactment thereto) may be given by ordinary or registered post sent to the address as stated herein and shall be deemed to have been duly served posted. S/N dB1voclR/Ey/KdxjtQyiPw
b
We agree that no change of address of any of us shall be effective on you unless actual notice of the change of address have been given to us.
c
We further agree that SME Bank may at its sole discretion record and monitor all oral and written communication with us in a manner and at times as SME Bank deems fit. [23] Menurut Klausa 16.6 Perjajian Kemudahan dan Klausa 30 Perjanjian Jaminan, penyampaian notis tuntutan adalah dianggap sempurna selepas tiga (3) hari dari tarikh pengeposan. Dalam kes OCBC Bank (M) Bhd v Otofin Power (KL) Sdn Bhd & Ors [2020] MLJU 1932 di mana Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: [32] Secondly in this case, the Plaintiff has tendered evidence in the form of the Post Office do on “Kiriman Banyak Barang-Barang Berdaftar” at pada 222, Common Bundle which listed out the names and addresses of the 2nd, 3rd and 4th Defendants in respect of the notice of demand and recall dated 14.11.2019. The said document bears the post office stamp and date as well as the registration number of the respective letters. As such, clause 31 (a) of the letter of guarantee applies to deem that the notice of demand is duly business days after posting. Thus, the notice of demand, each sent by registered post to the 2nd, 3rd ad 4th Defendants S/N dB1voclR/Ey/KdxjtQyiPw respectively is contractually, deemed to have been received on 7.11.2019. [34] In this regard, case laws have made it clear that it matters not whether the notice of demand was actually delivered or not. It is sufficient for the Plaintiff to prove that the notice of demand was properly addressed and put in the post notwithstanding that the said notice might subsequently be returned undelivered by the postal authorities (see the decision of the Court of Appeal in Affin Bank Bhd v HIB-C Industries Sdn Bhd & Ors [2013] 5 CLJ 689. [24] Mahkamah memberi perhatian bahawa Defendan-Defendan tidak pernah menyangkal Notis Tuntutan dan Penamatan tersebut sehingga tindakan ini difailkan. Selain itu, Defendan-Defendan juga tidak mengemukakan apa-apa pengiraan untuk menyangkal penyata akaun dan sijil keberhutangan yang telah dikemukakan oleh Plaintiff selain daripada pengataan kosong semata-mata. [25] Dalam kes Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying & Anor [2006] 3 CLJ 544 [FC] Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: “…whether a certificate of indebtedness issued in accordance with the express provisions of the contract which provide that the certificate is final and conclusive of the matters stated therein, is final and conclusive evidence of the amount in the absence of any manifest error on the certificate…A certificate of Indebtedness S/N dB1voclR/Ey/KdxjtQyiPw operates in the field of adjective law, excusing the plaintiff from adducing the proof of debt and shifting the burden on to the Defendant to disprove the amount claimed…A clause of this nature has been described as a conclusive evidence clause and has been held to be binding and valid by courts in Australia and England…” [26] Mahkamah berpendapat bahawa alasan atau dakwaan Defendan-Defendan adalah pengataan kosong dan langsung tidak disokong oleh apa-apa bukti. Dalam kes Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail Ali Johor & Ors [1992] 1 CLJ 14 ianya dinyatakan bahawa “…where such assertion, denial or dispute is equivocal, or lacking in precision or is inconsistent with undisputed contemporary documents or other statements by the same deponent or is inherently improbable in itself, then the Judge has a duty to reject such assertion or denial, thereby rendering the issue as not triable”. [27] Mahkamah ini telah meneliti Kandungan 11 (affidavit balasan Defendan-Defendan) yang mana Mahkamah dapati ianya juga tidak mendedahkan apa-apa pembelaan bermerit dan dakwaan-dakwaan yang dibangkitkan itu adalah langsung tidak berasas dan dan berbentuk penafian kosong semata-mata. S/N dB1voclR/Ey/KdxjtQyiPw KESIMPULAN [28] Setelah memberi pertimbangan yang sewajarnya ke atas permohonan Plaintif melalui Kandungan 8 untuk Penghakiman Terus, berdasarkan kepada fakta dan undang-undang, afidavit-afidavit yang difailkan oleh kedua-dua pihak, hujahan bertulis masing-masing, Mahkamah ini mendapati Defendan-Defendan gagal mengenengahkan pembelaan bermerit dan dakwaan yang dibangkitkan adalah tidak berasas dan bersifat pemikiran terkemudian. Maka permohonan Plaintif bersandarkan kepada Kandungan 8 (Penghakiman Terus) dibenarkan dengan kos sebanyak RM3,000.00 dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif. Tarikh:
07
07.10.2024 S/N dB1voclR/Ey/KdxjtQyiPw Pihak-pihak: Tetuan Jason Kong & Co bagi pihak Perayu Peguamcara & Peguambela No. 9-1, Jalan Damai Raya 4
03
03.91084333 Ruj: JK/LIT/SUNMUSIC-SMEDBMB/301/WY/24 Emel: jk@jasonkong.lawyer Peguamcara: Puan Anis Amirah binti Zakaria Tetuan Ganesan & Irmohizam bagi pihak Responden Peguamcara & Peguambela No. B-8-2 Megan Avenue 1 189, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur
03
03.27808080 Emel: mail@ganesanirmo.com Peguamcara: Puan Nurul Nabila binti Ismail Puan Subashini a/p Ramakrishnan S/N dB1voclR/Ey/KdxjtQyiPw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.