Penghutang Penghakiman dalam menentang permohonan Kebenaran Meneruskan Tindakan Kebankrapan (permohonan kebenaran), telah memfailkan Afidavit Bantahan dalam Kandungan 9. Dalam affidavit tersebut, Penghutang Penghakiman menafi serta membantah perenggan 3 Afidavit Sokongan Pemiutang Penghakiman dengan menyatakan bahawa dokumen-dokumen yang di failkan oleh Pemiutang Penghakiman untuk menyokong permohonan Kandungan 4 ini adalah tidak lengkap kerana tiada perjanjian pinjaman antara Pemiutang Penghakiman dengan Sekolah Antarabangsa Tun Dr. Ismail di lampirkan. Begitu juga tiada butir-butir cagaran yang diberikan sebagai sandaran terhadap pinjaman yang diberikan oleh Pemiutang Penghakiman kepada Peminjam Utama. Penghutang Penghakiman seterusnya membangkitkan sama ada cagaran-cagaran berkenaan, jikalau ada, telah direalisasikan untuk membayar balik pinjaman yang diberikan dan jika bayaran-bayaran telah dibuat sebelum ini memandangkan jumlah tuntutan hanya sebanyak RM1,191,621.13 setakat 31/07/2018, iaitu satu jumlah yang hampir sama dengan jumlah pinjaman sebanyak RM1,000,000.00 pada 06/12/2004, bagi satu tempoh masa yang panjang lebih kurang 14 tahun. Seterusnya Penghutang Penghakiman mempertikaikan rekod-rekod pembayaran-pembayaran berkenaan. S/N CZ828Udr0kiL4Dc257njew **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3