Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI TAIPING PENDAKWA RAYA LAWAN SO TO NAY ALASAN PENGHAKIMAN
AB-45B-2-05/2023
High Court of Malaysia19 May 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI TAIPING PENDAKWA RAYA LAWAN SO TO NAY ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh telah dituduh atas kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan seperti berikut: "Bahawa kamu pada 19.3.2022 jam di antara lebih kurang 12.30 tengahari hingga 3.00 petang di alamat Lot 9256 Padang Sembai, Mukim Gerik, 33300 Gerik, dalam daerah Hulu Perak, dalam Negeri Perak Darul Ridzuan telah membunuh So Ko (No. Passport: tiada) dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan [Akta 574]."
2
OKT telah tidak mengaku salah dan meminta kes dibicarakan. Seramai 20 orang saksi Pendakwaan telah tampil memberikan keterangan.
3
Pada 19.3.2022 jam lebih kurang 3.30 petang, Low Soon Fatt (SP3), seorang penanam getah telah masuk ke ladang untuk bekerja dan ternampak sebuah motorsikal terbalik tetapi tidak menjumpai pemiliknya. Setelah selesai bekerja di ladang dan dalam perjalanan keluar dari ladang, SP3 bary terlihat tubuh mangsa tidak lebih dari 10 meter dari motorsikal yang dilihat terbalik tadi.
4
Setelah melihat mangsa, SP3 terus beredar dari situ ke rumah pemilik ladang yang dikenali sebagai Weng Nam.
5
Pada 19.3.2022 jam lebih kurang 8.35 malam, SM(B) Asri Bin Osman (SP6) yang pada ketika itu merupakan Ketua Polis Balai Bersia, telah terima satu panggilan telefon daripada DSP Firdaus Bin Abdullah iaitu Ketua Balai Polis Gerik memaklumkan terdapat satu mayat lelaki yang dijumpai di kebun getah di sempadan Kuala Rui Bongor.
6
SP6 bersama anggota Polis Bersia terdiri daripada KPL 118309, dan KPL 165611 turut dibantu oleh Insp Murugaraju A/L Muniadi daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Gerik telah ke lokasi kejadian yang berada satu kawasan kebun getah di sempadan Kuala Rui Gerik. Pada jam lebih kurang 9.00 malam, SP6 dan anggota Polis Bersia telah tiba di lokasi kejadian yang mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan. SP6 juga telah mengarahkan KPL 118309, dan KPL 165611 berpecah mencari lokasi mayat lelaki tersebut disebabkan mereka hanya dimaklumkan tempat kejadian dan tidak tahu dimana lokasi yang tepat.
7
Jam lebih kurang 9.15 malam mereka telah menjumpai mayat lelaki tersebut setelah lebih kurang 15 minit pencarian. Setelah menjumpai mayat tersebut SP6 telah mengarahkan anggota Balai Polis Bersia untuk membuat kawasan lingkungan polis menggunakan pita kuning polis supaya tiada siapa yang boleh masuk dan menggangu siasatan pihak polis. Mayat lelaki yang dijumpai dipenuhi dengan kesan kecederaan luaran berlumuran dengan darah.
8
Pada jam lebih kurang 10.40 malam, ASP Ridzuan bin Ab Aziz (SP16) yang merupakan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Gerik telah tiba ke tempat kejadian dan mengambilalih siasatan.
9
Mayat kemudiannya telah dibawa keluar dari tempat kejadian.
10
Di dalam kes ini tidak ada saksi mata yang melihat kejadian yang membawa kepada kematian mangsa. Kebergantungan pendakwaan hanyalah kepada keterangan-keterangan mengikut keadaan.
11
Tugas Mahkamah di akhir kes pendakwaan adalah seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah. Prinsip-prinsip tugas Mahkamah di akhir kes pendakwaan telah diputuskan di dalam beberapa kes tersohor termasuklah PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: "[15] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is "Yes", then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is "No" then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted,".
12
Elemen kesalahan membunuh terkandung dalam peruntukan seksyen 299 dan seksyen 300 Kanun Keseksaan. Seksyen 299 mendefinisikan secara umum 'culpable homicide' seperti berikut: "Whoever causes death by doing an act with the intention of causing death, or with the intention of causing bodily injury as is likely to cause death or with the knowledge that he is likely by such act to cause death commits the offence of culpable homicide."
13
Seterusnya seksyen 300 Kanun Keseksaan memperuntukkan tentang 'culpable homicide amounting to murder' seperti yang berikut: "Except in the cases hereinafter excepted, culpable homicide is murder:
a
If the act by which the death is caused is done with the intention of causing death.
b
If it is done with the intention of causing such bodily injury as the offender knows to be likely to cause the death of the person to whom the harm is caused;
c
If it is done with the intention of causing bodily injury to any person, and the bodily injury intended to be inflicted is sufficient in the ordinary course of nature to cause death; or
d
If the person committing the act knows that it is imminently dangerous that it must in all probability cause death, or such bodily injury as is likely to cause death, and commits such act without any excuse for incurring the risk of causing death, or such injury as aforesaid."
14
Oleh yang demikian, dengan berpandukan peruntukan seksyen 299 dan seksyen 300 tersebut, tersebut, pihak pendakwaan dalam kes ini yang melibatkan pertuduhan kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah bertanggungjawab untuk membuktikan elemen pertuduhan seperti berikut:
a
berlakunya kematian seorang yang bernama So Ko ("Mangsa") (No. Passport: tiada);
b
kematian mangsa disebabkan kecederaan yang dialaminya (bodily injury);
c
kecederaan ke atas mangsa adalah disebabkan oleh perbuatan Tertuduh;
d
perbuatan Tertuduh yang menyebabkan bencana tubuh atau kecederaan ke atas mangsa telah dilakukan pada masa, tarikh dan tempat seperti mana dalam pertuduhan;
e
bahawa dalam mengakibatkan kecederaan ke atas mangsa, Tertuduh telah, sama ada-
i
dengan niat menyebabkan kematian mangsa;
II
(ii) dengan niat menyebabkan bencana tubuh ke atas mangsa yang diketahui oleh Tertuduh boleh menyebabkan kematian mangsa;
III
(iii) dengan niat menyebabkan bencana tubuh ke atas mangsa yang pada kebiasaannya boleh menyebabkan kematian; atau
IV
(iv) dengan pengetahuan bahawa perbuatan itu sangat merbahaya dan semestinya dalam apa jua kebarangkalian akan menyebabkan kematian atau kecederaan badan yang boleh menyebabkan kematian. D. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN INTIPATI PERTAMA: MANGSA ADALAH SO KO
15
Adalah merupakan fakta yang tidak dipertikaikan bahawa dalam kes ini mangsa telah mati pada 19.3.2022.
16
Identiti mangsa telah disahkan oleh Ng Lip Yap (SP2) dan Poe Wei Keong (SP4) yang pernah mengenali mangsa sebelum ini. Saksi-saksi ini telah membuat pengecaman melalui gambar bahawa mangsa ialah So Ko yang merupakan seorang warga Myanmar. Mangsa ini tidak mempunyai pengenalan diri lain memandangkan beliau merupakan warga negara asing yang masuk secara tidak sah ke dalam Malaysia dan berkerja di sekitar ladang di Padang Sembai, Gerik, Perak. Identiti mangsa juga tidak dipertikaikan oleh pihak pembelaan. INTIPATI KEDUA: KEMATIAN MANGSA DISEBABKAN
17
Dr. Murali Narayanasamy (SP18), Patalogi Forensik mengesahkan mangsa mengalami 14 kecederaan-kecederaan berikut yang akhirnya menyebabkan kematiannya. Kecederaan-kecederaan dialami adalah seperti berikut: i. Incised wound over the right frontal region of the scalp measuring 3 x 0.5cm (opposed - 3.2cm), 160cm from the right heel and 6cm from the glabella. The wound edges exhibit a blackish discoloration. ii. Incised wound over the right frontal region of the scalp measuring 4 x 0.8cm (opposed - 4.2cm), 1cm from wound (1), 5cm from the glabella and 162.4cm above the right heel. There is a superficial fish-tail over the superior margin of the incision measuring 1.3cm x 0.1cm. The wound edges exhibit a blackish discoloration. iii. Incised wound over the vertex of the scalp measuring 3.4 x 0.3cm (opposed-3.4cm), 9.5cm above the glabella and 18cm from the right mastoid process. iv. Incised wound over the left parietal region of the scalp measuring 2 x 0.3cm (opposed-1.8cm), 9.5cm above the glabella and 12.7cm from the left mastoid process. v. Incised wound over the left temporo-parietal region of the scalp measuring 1 x 0.2cm (opposed-1.5cm), 10.4cm from the glabella and 10.7cm from the left mastoid process. The wound edges exhibit a blackish discoloration. vi. Incised wound over the left temporo-parietal region of the scalp measuring 0.9 x 0.3cm (opposed-1.2cm), 10.5cm from the left mastoid process, 1.5cm above wound (5) and 13.5cm from the glabella. The wound edges exhibit a blackish discoloration. vii. Superficial incised wound over the dorso-medial aspect, distal end of the right forearm, measuring 2 x 0.5cm (opposed-2.2cm), 24cm from the right elbow and 50.5cm from the right shoulder. Two superficial and faint fish-tailing were noted over the inferior margin of the wound. The wound edges exhibit a greyish discoloration. viii. Two superficial incised wounds over the right wrist, plantar surface, measuring 0.9 x 0.1 cm (opposed - 1cm) and 0.6 x 0.1cm, 4cm from wound (7) and 39cm from the right elbow. ix. Superficial laceration wound over the left shoulder measuring 2.8 x 0.8cm (opposed-3cm), 150.5cm above the left heel and 33.5cm above the left elbow. There were 2 fish-tails, one over the lateral border (0.5cm) and over the medial border (2.8cm). x. Deep incised wound over the posterior aspect, proximal left forearm and elbow, measuring 7.5cm gaping 3.4cm, 22cm above the left wrist and 41.5cm below the left shoulder. There is associated incisions of the underlying muscles and fracture of the left ulna and dislocation of the left head of radius, with surrounding bruising measuring 6 x 4cm. xi. Light reddish-purple bruise over the anterior aspect, left forearm, measuring 6 x 4cm, 14cm above the left wrist and 15cm below the left elbow. xii. Abrasion over the left forearm adjacent to the wrist measuring 1.7 x 1cm, 4.5cm above the left wrist and 33.5cm below the left elbow. xiii. Incised wound over the 1s' web-space of the left hand between the thumb and index finger measuring 2 x 0.5 cm. xiv. Superficial incised wound over the lateral aspect of the left thigh measuring 2.2 x 0.2cm, 20cm above the left knee and 64cm above the left heel. Fish-tailing was seen over the medial margin of the wound.
18
SP18 merumuskan sebab kematian mangsa adalah akibat daripada "Multiple incised wound" tersebut.
19
Di dalam kes ini, tidak terdapat saksi mata yang menyaksikan kejadian pembunuhan ini. Kebergantungan pendakwaan hanyalah kepada keterangan-keterangan mengikut keadaan.
20
Terdapat beberapa keterangan mengikut keadaan telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan di dalam kes ini. Pertamanya adalah keterangan dari ahli kimia, Norazida Binti Daud (SP17) yang menyatakan bahawa terdapat satu profil DNA campuran daripada dua individu diperolehi daripada kesan menunjukkan kehadiran darah pada keratan kuku "R23" yang berlabel "Unknown Male" yang mana penderma kesan spesimen darah "R20" berlabel "Unknown Male" dan penderma spesimen darah "R14" berlabel "So To Nay" adalah konsisten sebagai penyumbang kepada profil DNA campuran tersebut. Tiada DNA individu lain yang ditemui dari simati selain daripada Tertuduh. "Unknown Male" tersebut merujuk kepada mangsa iaitu So Ko.
21
Keduanya, pendakwaan bergantung kepada kesan kecederaan pada telinga kiri yang dialami oleh Tertuduh sepertimana keterangan oleh Dr. Norhayati binti Jaafar (SP7) yang merupakan Pakar Pergigian Forensik. Pemeriksaan SP7 ke atas Tertuduh mendapati: i. Kecederaan 1 luka melengkung yang tidak sekata di hadapan telinga kiri yang berukuran lebih kurang 19 mm; ii. Kecederaan 2 merupakan luka berbentuk melengkung pada telinga kiri bertentangan dengan kecederaan 1 dan berukuran lebih kurang 22mm x 7 mm; iii. Kecederaan ini berkemungkinan kecederaan bekas gigitan manusia dan kesan gigitan tersebut adalah kesan gigitan Baharu. Kesan gigitan tersebut tidak sesuai untuk analisa dan perbandingan berikut tiada ciri-ciri individu yang jelas.
22
Berdasarkan 2 keterangan di atas, pihak pendakwaan menghujahkan telah berlaku pergelutan di antara Tertuduh dan mangsa sehingga membawa kepada kematian mangsa. Persoalannya kini, adakah 2 keterangan tersebut mencukupi untuk mengatakan Tertuduhlah yang telah mengakibatkan kecederaan-kecederaan yang akhirnya membawa kepada kematian mangsa?
23
Harus diingat bahawa di dalam kes ini, terdapat 2 orang berbangsa Myanmar yang ditangkap oleh pihak polis pada 21.3.2022 di dalam siasatan kematian mangsa sepertimana Bersia Repot 178-179/22. 2 orang tersebut adalah: i. Min Aye Min Win ii. So To Nay (Tertuduh) Min Aye Min Win akhirnya telah dibebaskan dan dihantar pulang ke Myanmar manakala Tertuduh telah dituduh sepertimana pertuduhan.
24
Jika kita melihat kepada keterangan oleh Pakar Patalogi Forensik, Dr. Murali Narayanasamy (SP18), dia ada menyatakan: "TPR: Doctor, based on the injury pattern can you suggest how many individual the cause of this injury? SP18: In my opinion, it is possible that one or more individuals were involved in resulting in these injuries Yang Arif."
25
Keterangan SP18 menyatakan ada kemungkinan lebih dari seorang yang terlibat mengakibatkan kecederaan terhadap mangsa yang akhirnya membawa kepada kematiannya? Apakah penama Min Aye Min Win juga terlibat dalam kejadian ini. Min Aye Min Win ini telah dihantar pulang dan tidak pun ditawarkan kepada pihak pembelaan.
26
Selain daripada terdapatnya kemungkinan lebih dari seorang yang terlibat mengakibatkan kecederaan mangsa, Mahkamah juga telah meneliti rampasan barang kes di dalam kes ini secara khususnya dua bilah parang dan satu bilah kapak yang telah dianalisa oleh Ahli Kimia, Norazida binti Daud (SP18). Ketiga-tiga barang kes ini telah didapati tidak mempunyai kesan darah dan telah dikesat untuk analisis DNA surih. Hasil yang diperolehi adalah negatif di mana kesan DNA surih pada kedua-dua hulu parang dan kesan DNA surih pada hulu kapak adalah lemah/tidak konklusif dan tidak sesuai untuk dibuat perbandingan. Atas alasan itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa ketiga-tiga senjata tajam ini tidak dibuktikan sebagai senjata yang mengakibatkan kematian mangsa.
27
Selain daripada kegagalan mendapatkan DNA yang positif dari tiga senjata tajam tersebut, Mahkamah mendapati terdapat lebih dari satu senjata tajam dirampas dan dianalisa untuk DNA di dalam kes ini. Rampasan barang kes ini adalah dari tunjuk arah oleh Tertuduh di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950 sepertimana Grik Repot. 897/22 (P23) bertarikh 22.3.2022 dan Bersia Repot 181/22 (P25) juga bertarikh 22.3.2022. Walaupun ada rampasan dibuat, namun tidak ada sebarang Borang Bongkar disediakan berkaitan rampasan ini.
28
Persoalan kini adalah, apakah terdapat lebih dari seorang terlibat mencederakan mangsa memandangkan terdapat tiga senjata tajam yang dirampas dan dianalisa di dalam kes ini? Persoalan ini seolaholah berpadanan dengan pendapat pakar patologi forensik iaitu SP18 yang mengatakan terdapat kemungkinan lebih dari seorang yang terlibat mencederakan mangsa.
29
Usaha terakhir pihak pendakwaan untuk membuktikan kes terhadap Tertuduh adalah melalui keterangan pegawai penyiasat iaitu ASP Ridzuan bin Abdul Aziz (SP16). Di dalam Pernyataan Saksinya, SP16 telah menyatakan: "57. Hasil siasatan saya berkenaan OKT adalah: a) So To Nay OKT merupakan warganegara myanmar dan beragama Budha. b) So To Nay masuk ke dalam Malaysia secara haram pada bulan 6 bulan yang lalu c) So To Nay tidak kenal simati. Mereka tinggal dalam kawasan kebun yang sama tetapi di rumah kongsi yang berlainan. d) Pada 19/03/2022 jam lebih kurang 12.00 tengahari So To Nay telah meminta kebenaran untuk meminjam motosikal kawannya kerana mahu pergi meronda dalam kawasan kebun. e) Semasa di bawah lereng bukit, So To Nay telah berjumpa dengan mangsa dan mangsa meminta So To Nay untuk membuka pagar palang besi yang berada di laluan pintu masuk ke kebun lain. f) So To Nay telah beritahu bahawa beliau tidak mempunyai kunci dan tidak boleh membuka palang besi tersebut. g) Mangsa tidak berpuas hati terus memarahi So To Nay dan terus memaki hamun So To Nay Mereka telah bertengkar mulut mengenai perkara tersebut. h) Mangsa juga telah mengajak So To Nay untuk bertumbuk dan mereka telah bergaduh sehingga berlaku pergelutan. i) Pergelutan tersebut telah menyebabkan mangsa menggigit telinga sebelah kiri So To Nay sehingga luka. j) So To Nay dalam keadaan marah terus mengambil sebilah parang yang berada dalam raga motosikal yang dinaiki olehnya itu lalu melibas simati di beberapa bahagian. k) Luka dibahagian siku simati berpunca daripada simati mahu mempertahankan diri dan telah mengenai siku lengan tersebut. I) So To Nay juga melibas kali kedua dan telah terkena di bahagian kepala simati. m) So To Nay terus melibas simati di beberapa bahagian badan yang lain dan simati jatuh terbaring meraung kesakitan. n) So To Nay hanya meninggalkan si mati di situ tanpa berikan sebarang pertolongan dan berlalu pergi dari situ."
30
Apabila disoal balas oleh peguam, SP16 mengakui apa yang dinyatakan olehnya di dalam Pernyataan Saksinya itu adalah diambil dari percakapan Tertuduh di bawah seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.
31
Seksyen 113 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) secara jelas menyatakan: "113. Admission of statements in evidence.
1
Except as provided in this section, no statement made by any person to a police officer in the course of a police investigation made under this Chapter shall be used in evidence."
32
Berdasarkan kepada peruntukkan Seksyen 113 Kanun Tatacara Jenayah secara jelas pernyataan Tertuduh kepada pihak polis semasa siasatan tidak boleh diterima sebagai keterangan di Mahkamah dan dengan itu ditolak. Tanpa pengakuan Tertuduh sepertimana yang terkandung di dalam Pernyataan Saksi SP16 ini, maka pihak tidak ada keterangan langsung untuk mengatakan bahawa Tertuduh adalah orangnya yang telah menyebabkan kecederaan-kecederaan kepada mangsa yang akhirnya membawa kepada kematian mangsa.
33
Setelah membuat penilaian maksima terhadap keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan intipati ketiga yang perlu dibuktikan iaitu "Kecederaan Ke Atas Mangsa Adalah Disebabkan Oleh Perbuatan Tertuduh". Atas alasan ini, maka Mahkamah membuat keputusan bahawa suatu kes prima facie telah gagal dibuktikan terhadap Tertuduh dan Tertuduh dengan ini dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan tanpa dipanggil membela diri. Bertarikh pada 16.7.2026. SYED FAISAL BIN SYED AMIR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI TAIPING PERAK DARUL RIDZUAN Bagi pihak pendakwaan: TPR Mohd Waffy bin Ismail Bagi pihak pembelaan: T. Ellangovan (Tetuan Ellan & Co)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.