(ii) Putik kapas ‘H11’ (eksibit P34A – swab from anus). Versi Pembelaan Ringkasan Penyataan Tidak Bersumpah Perayu/SD1 [23] Perayu telah memberi penyataan tidak bersumpah (unsworn statement) dari kandang Tertuduh. Penyataan ini dibuat secara bertulis sebagaimana eksibit D53 dan dibacakan oleh Perayu di mahkamah terbuka. Di antara penyataan tersebut adalah seperti berikut: [i] Perayu berkelulusan ljazah Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), masih bujang dan tinggal di alamat No. 6-1-27, Apartment Seroja, Seksyen U8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan (tempat kejadian) yang disewakan oleh abangnya (SP11). S/N c60ygrxcnEq7rM5hhXbTng Sebelum ditangkap, Perayu bertugas sebagai pengarah di syarikat Hobart Dynamic Resources Sdn. Bhd bersama SP11. [ii] Perayu mengalami sakit mental dan pernah berjumpa dengan doktor psikiatri di Subang Jaya Medical Centre. Perayu juga pernah menerima rawatan di PPUM dan dia disahkan menghidap Skizofrenia. Perayu ada diberikan ubat untuk dimakan setiap hari dan juga perlu suntikan pada setiap bulan. Namun, Perayu telah tidak mengambil ubat daripada PPUM semenjak tahun 2016 kerana ubat tersebut menyebabkan dia berasa pening dan mengantuk sehingga tidak dapat melakukan aktiviti harian. SP11 dan SP4 (sahabat rapat SP11) pernah mendapatkan bantuan ustaz dan pengamal perubatan tradisional bagi membantu Perayu menghilangkan gangguan. SP11 pernah menyatakan bahawa Perayu "kerasukan". [iii] Pada tahun 2017, Perayu telah berkenalan dengan Gusnima (simati). Pada masa itu, simati berumur 38 tahun. Simati adalah warganegara Indonesia dan bekerja di kantin sekolah. Simati tinggal di pangsapuri Seri Mahligai, Shah Alam namun simati seringkali bermalam dengan Perayu di pangsapuri Seroja yang disewa oleh Perayu (tempat kejadian). [iv] Perayu menyayangi simati dan ingin berkahwin dengannya. Simati juga ingin berkahwin dengan Perayu tetapi simati masih lagi belum bercerai dengan suaminya di Indonesia. Simati kerapkali mendesak dan menekan Perayu untuk segera berkahwin dengannya meskipun simati tahu bahawa perkara S/N c60ygrxcnEq7rM5hhXbTng tersebut tidak boleh dilakukan pada masa itu kerana simati masih belum berpisah dengan suaminya. [24] Pada 10 Mac 2018, semasa Perayu sedang berada di rumahnya di pangsapuri Seroja, simati telah menelefon Perayu dan mengajak Perayu keluar makan. Perayu pergi mengambil simati di rumahnya di pangsapuri Seri Mahligai dan mereka berdua kemudiannya pergi makan di TTDI Jaya, Shah Alam. Selepas itu, Perayu berhasrat untuk menghantar simati balik ke rumah simati kerana Perayu mahu ke pejabat namun simati berkeras tidak mahu balik dan ingin mengikut Perayu. [25] Pada jam lebih kurang 3.00-4.00 petang (10 Mac 2018) semasa Perayu dan simati berada di dalam kereta untuk pulang ke rumah Perayu, simati telah memarahi Perayu dan mendesak Perayu untuk berkahwin dengannya. Akibatnya, telah berlaku pertengkaran di antara mereka berdua. [26] Apabila sampai di rumah Perayu, simati telah mengemas rumah Perayu dan tidak membenarkan Perayu keluar sambil menjerit, membentak dan menghentakkan kakinya. Pada ketika itu, Perayu mula berasa tidak selesa dan telah mengalami gangguan bunyi-bunyian serangga. Perayu mula berasa gentar, curiga dan ketakutan kerana ada sesuatu yang ingin menyerangnya. [27] Tidak lama kemudian, SP4 telah datang ke rumah Perayu untuk melihat keadaan Perayu. Beliau turut menyatakan bahawa SP11 risaukan keadaan Perayu. S/N c60ygrxcnEq7rM5hhXbTng [28] Pada hari kejadian, Perayu dan simati telah bergaduh mulut dan fikiran Perayu semakin bercelaru. Tiba-tiba simati telah mengambil pisau dari dapur dan mengugut untuk membunuh diri. Perayu menjadi panik dan telah merampas pisau tersebut daripada tangan simati bagi mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku. Di dalam pergelutan itu, Perayu tidak sedar apa yang dilakukannya tetapi setelah itu mendapati simati tidak lagi bergerak dan berlumuran darah. [29] Tangan Perayu dipenuhi darah dan Perayu kemudian ke tandas untuk mencuci tangannya. Setelah itu, Perayu telah menukar pakaiannya dan terus menghubungi SP4 dan SP11. [30] Perayu kemudian bertindak memandu kereta dan meninggalkan tempat kejadian itu. Semasa Perayu tiba di pondok pengawal pangsapuri Seroja, Perayu ternampak SP4 lalu SP4 pun mengejar Perayu. Perayu memandu kenderaannya dengan laju kerana bimbang diserang. Apabila tiba di padang bola MBSA, Perayu telah memberhentikan keretanya. SP4 membuka pintu untuk bercakap dengan Perayu. Perayu telah mengajak SP4 untuk lari kerana ada sesuatu yang hendak menyerangnya. Mereka tidak sempat berbual panjang dan Perayu terus meninggalkan SP4 dan terus memecut keretanya ke pejabat. [31] Perayu tidak berniat untuk menyebabkan kematian ke atas simati. Perayu tidak sedar apa yang telah berlaku semasa pergelutan dengan simati. Pada ketika itu, fikiran Perayu amat terganggu dan Perayu berasa sangat takut kerana ada sesuatu ingin menyerangnya. Tambahan pula, bunyi-bunyian serangga yang sering Perayu alami juga telah berlaku dalam keadaan yang sangat teruk. S/N c60ygrxcnEq7rM5hhXbTng [32] Perayu menafikan pertuduhan bunuh yang dibuat ke atas dirinya. Ringkasan Keterangan Pembelaan Dr. Benedict Francis (SD2) [33] Bermula tahun 2019 sehingga kini beliau bertugas sebagai seorang pakar psikiatrik di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Namun sebelum itu, beliau masih seorang pegawai perubatan di hospital tersebut. [34] Laporan perubatan yang dibuat dan dikemukakan oleh SD2 yang kemudiannya ditandakan sebagai ekshibit D52 adalah berpandukan kepada rekod dan rawatan perubatan terdahulu yang dibuat oleh Dr Sasitharan dan Dr Abdul Rashid ke atas Perayu yang tidak lagi berkhidmat di PPUM pada tahun 2018. Namun rekod ini masih di dalam simpanan pihak hospital. [35] SD2 mengakui bahawa beliau secara peribadi tidak pernah merawat Perayu. Beliau menyediakan laporan ini di atas arahan pihak polis (Inspektor Affendy Bin Man) dan pakar perunding SD2. [36] Berdasarkan rekod, Perayu pernah mendapat rawatan di PPUM pada tahun 2013 dan 2016. Pada ketika itu, Perayu bertindak agresif dan mudah marah (irritable). Pemeriksaan perubatan mendapati Perayu di diagnosis sebagai pengidap skizofrenia dan cannabis use disorder. [37] Pada kali pertama Perayu hadir di PPUM (24 Jun 2013), beliau didapati positif dadah jenis cannabis. Pada kali kedua Perayu di masukkan ke PPUM (13 April 2016) iaitu lebih kurang tiga (3) tahun kemudian, Perayu juga dıdapati positif cannabis. Beşar kemungkinan S/N c60ygrxcnEq7rM5hhXbTng penyakit mental yang dialami oleh Perayu adalah berpunca daripada dadah. [38] Perayu juga didapati gagal untuk kembali ke hospital bagi mendapatkan rawatan perubatan susulan yang berterusan. Perayu sepatutnya mendapatkan rawatan berkala namun Perayu tidak hadir. Malah tiada tiada rekod yang menunjukkan samada Perayu ada atau tidak mengambil ubatan untuk rawatan. Mengikut ekshibit D52, Prognosis: Poor due to presence of poor compliance of treatment and substance abuse. [39] SD2 menyatakan pengambilan dadah boleh memberi sumbangan skizofrenia dan akan membuat penyakit ini menjadi lebih teruk dan sukar untuk sembuh. [40] SD2 menyatakan pesakit seperti ini boleh hidup secara normal dengan syarat mereka mengambil ubat yang betul dan dengan doktor yang bertauliah. [41] Mengikut SD2, jika Perayu tidak mengambil ubat, simptom skizofrenia ini boleh terjadi /develop namun ianya akan mengambil masa. [42] Mengikut SD2 lagi, sama ada Perayu pulih atau pun tidak, SD2 tidak tahu kerana ekshibit D52 dibuat hanya setakat 2016 sahaja. S/N c60ygrxcnEq7rM5hhXbTng Ringkasan Pernyataan Bertulis Saksi Rebuttal Dr. Saramah bte Mohd. Isa (SP15) [43] Sewajarnya dinyatakan bahawa selepas SD2 selesai memberi keterangannya, pihak pendakwaan telah memohon untuk memanggil pakar psikiatri iaitu Dr. Saramah Binti Mohd. Isa (SP15) daripada Hopital Bahagia, Ulu Kinta Tanjung Rambutan, Perak sebagai saksi rebuttal. Permohonan ini dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana. [44] Laporan Perubatan SP15 bertarikh 11 April 2018 ditandakan sebagai ekshibit P50. [45] SP15 di dalam pernyataan bertulisnya (ekshibit P54) bertarikh 24 November 2021 menyatakan di antara lainnya seperti berikut: