Dalam kes ini, Orang Kena Tuduh (OKT) telah dituduh dengan dua pertuduhan seperti berikut: Pertuduhan Pertama: Pertuduhan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952:- Bahawa kamu, pada tarikh 31/1/2024 jam lebih kurang 2.00 petang, di rumah rehat polis bantuan RTM, cawangan keselamatan Jabatan Penyiaran Malaysia, Angkasapuri Kota Media, di dalam daerah Brickfields, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu Methamphetamine berat bersih 8.23 gram. Oleh itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama. Hukuman:- Jika disabitkan dengan kesalahan hendaklah dikenakanmhukuman penjara bagi suatu tempoh tidak kurang daripada 2 tahun tetapi tidak lebih daripada 5 tahun dan juga akan dikenakan hukaman sebat tidak kurang daripada 3 sebatan tetapi tidak melebihi 9 sebatan. Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu, pada tarikh 31/1/2024 jam lebih kurang 2.00 petang, di rumah rehat polis bantuan RTM, cawangan keselamatan Jabatan Penyiaran Malaysia, Angkasapuri Kota Media, di dalam daerah Brickfields, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu Cannabis berat bersih 6.77 gram. Oleh itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di Akta yang sama. Hukuman:- Jika disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 20, 000.00 atau dihukum penjara selama tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya. B.