of the conditions, restrictions in interest and other provisions subject to which the land is for the time being held by that person or body, so far as the same are required by any provision of this Act to be specified to referred to in that document.” [48] Di dalam hal ini, sekiranya wujud keputusan oleh Responden Kedua, Responden Ketiga ataupun Responden Keempat di dalam pengeluaran geran hakmilik bagi Lot 15042 tersebut dan atas pengeluarannya ada pihak yang terjejas atau mendapat kemudaratan daripadanya, orang yang terjejas atau yang akan mendapat kemudaratan kerana keputusan tersebut (who is adversely affected by the decision of any public authority) adalah Soo Thong Liang sendiri. [49] Adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa di dalam kes ini Pemohon tidak boleh berlindung atas kelonggaran undang-undang keperluan ketat geran probet di atas dasar atau sandaran bahawa 40 wujudnya keadaan khas atau istimewa kes dan demi melindungi dan mengekalkan pesaka Soo Thong Liang membawa prosiding semakan kehakiman ini terhadap Responden-Responden dengan hanya bersandarkan kepada satu wasiat yang menamakan beliau sebagai pentadbir pesaka. Pemohon mestilah membuktikan dengan keterangan-keterangan dokumentar tarikh sebenarnya bapanya telah meninggal dunia bagi Mahkamah ini menentukan keupayaan undang-undang Pemohon di dalam membawa tindakan ini di samping menentukan siapakah yang sebenarnya mempunyai kapasiti undang-undang dan siapakah yang terjejas atau dimudaratkan akibat pengeluaran geran hakmilik bagi Lot 10542 (Lot 404) dikeluarkan. [50] Di dalam hal ini, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa Pemohon sendiri telah tidak memberikan keterangan sebenar mengenai kedudukan kematian bapanya. Fakta akan kesahihan kematian dan tarikh kematian Soo Thong Liang adalah sangat penting bagi menentukan kapasiti undang-undang Pemohon dan tanpanya telah timbul keraguan ke atas pengataan dan kedudukan Pemohon sendiri sebagi wasi dan waris. Mahkamah ini 41 berpandangan bahawa kalaulah benar Soo Thong Liang telah meninggal dunia dan geran probet masih belum dikeluarkan bagi pesakanya, semestinya Pemohon sedar bahawa bukti kematian bapanya mesti dikemukakan ke Mahkamah ini. Bukti kematian ini perlu bukan sahaja untuk mengesahkan kematian dan tarikhnya tetapi juga bagi menunjukkan bahawa wasiat itu adalah wasiat terakhir apatah lagi, di dalam Wasiat (Pengesahan) bertarikh 26.2.2005 ini telah menunjukkan Soo Thong Liang telah menukar wasiatnya beberapa kali semenjak tahun 1995. Perubahan-perubahan wasiat Soo Thong Liang pada tahun-tahun 1995, 1999, 2001 dan 2004 boleh dilihat di dalam isi kandungan Wasiat (Pengesahan) yang dibuat oleh Soo Thong Liang pada 26.2.2005 tersebut. “Terjemahan WASIAT (PENGESAHAN) Saya Soo Thong Liang telah membuat satu wasiat yang baru pada 22.2.05, saya telah menulis wasiat tersebut dengan pen dan memutuskan untuk memberi kuasa kepada anak lelaki kedua saya Soo Kian Huat untuk melaksanakan pengurusan harta saya dan ia akan berkuatkuasa serta-merta. Saya sangat percaya kebolehan pengurusan anak lelaki kedua saya. Wang tunai yang ditinggalkan oleh saya akan diberikan kepada setiap anak perempuan, kerana mereka telah berumah tangga. 42 Menantu perempuan saya juga sangat mengambil berat terhadap keluarga. Yang amat saya ambil berat adalah anak perempuan saya yang ketiga (Soo Beng Eng) yang masih belum berkahwin. Orang yang diberi kuasa (Soo Kian Huat) sepatutnya menjaga dia. Hasrat saya pun telah ditunaikan, keharmonian dan kerjasama dalam keluarga. Saya amat jelas dan mengetahui bahawa segala yang diatur dan diuruskan. Dan saya pernah buat perubahan wasiat pada tahun 1995, 1999, 2001, 2004. Oleh itu, setelah saya berfikir dengan teliti saya telah berubah sekali wasiat saya. Anak lelaki sulung saya Soo Kian Teck akan dapat semua business yang saya berusaha selama ini dan dia juga akan dapat kebun yang dihadiahi oleh saya kepada emaknya dan kebun neneknya dan sebuah rumah banglo semi-d. Tuan Rumah, Ditulis oleh Soo Thong Liang 26/2/05” [51] Di samping itu, pada tahun 2013 semasa Pemohon memfailkan permohonan untuk kebenaran semakan kehakiman ini, Pemohon sendiri tidak mendeposkan apa-apa mengenai kematian Soo Thong Liang ataupun wasiat bertarikh 22.2.2005. [52] Wasiat Soo Thong Liang ini hanya timbul pada tahun 2014 apabila Pemohon memfailkan Afidavit Sokongannya bagi permohonan menjadikan Ang Lai Huat sebagai pihak ketiga dan juga pada tahun 43 2015 apabila Pemohon memfailkan Afidavit Balasannya yang diikrarkan pada 10.3.2015 (Kandungan 30) bagi perkara substantif semakan kehakiman Pemohon setelah posisinya sebagai tuanpunya/pemilik hartanah-hartanah tersebut disangkal dengan kerasnya oleh Responden-Responden. Persoalannya, adakah wasiat tersebut adalah wasiat yang terakhir dan mutlak yang Pemohon boleh bergantung ke atasnya bagi tujuan pengeluaran geran probet kepadanya bagi mentadbir pesaka Soo Thong Liang. Ini tidak terjawab kerana tidak ada pengesahan tentang kematian dan tarikh kematian Soo Thong Liang. [53] Sekali lagi penelitian ke atas wasiat tersebut mendapati bahawa Soo Thong Liang di dalam wasiatnya menyatakan berikut: “I APPOINT MY SON, SOO KIAN HUAT (NRIC No. 610801-10-5805) of No. 191, Jalan Bunga Pekan, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan to be Executors and Trustees of this my Will.” Tetapi di dalam Wasiat (Pengesahan) ayat yang berbeza telah digunakan Soo Thong Liang di mana beliau telah menamakan Pemohon sebagai orang yang melaksanakan harta dan 44 berkuatkuasa serta merta. Kandungan Wasiat (Pengesahan) ini adalah berbeza daripada yang dinyatakan dalam wasiat dalam Bahasa Inggeris itu. Daripada perbezaan-perbezaan ini, Mahkamah ini berpandangan bahawa hasrat Soo Thong Liang boleh dikatakan kabur dan tidak jelas di dalam menentukan siapakah yang sebenarnya yang beliau hasratkan untuk mentadbir pesakanya apabila beliau meninggal dunia. [54] Satu lagi penelitian terhadap wasiat bertarikh 22.2.2005 dan juga Wasiat (Pengesahan) bertarikh 26.2.2005 mendapati kandungan Wasiat (Pengesahan) tidak menggambarkan kandungan sebenar wasiat, malahan Mahkamah ini boleh katakan sebahagian besarnya adalah berbeza. Atas kedudukan ini juga, pengataan Pemohon yang beliau adalah wasi pesaka Soo Thong Liang adalah kurang meyakinkan, di samping orang yang dihasratkan oleh Soo Thong Liang untuk mentadbirkan keseluruhan pesakanya (harta alih, harta tak alih dan perniagaannya) selepas kematiannya. [55] Mahkamah ini juga berpandangan bahawa tarikh Soo Thong Liang meninggal dunia sangat penting (crucial) bagi menentukan samada 45 wujud atau tidak keadaan khas/istimewa yang memerlukan perlaksanaan segera bagi melindungi dan mengekalkan pesaka Soo Thong Liang, lantas Pemohon mempunyai locus standi atau kapasiti undang-undang bagi membolehkan Mahkamah ini memberikan hak kepada Pemohon untuk didengar atas aduannya (a legal right to be heard) walaupun tanpa geran probet. [56] Mahkamah ini menekankan sekali lagi bahawa di dalam afidavit Pemohon, Pemohon bukan sahaja tidak langsung menyatakan bilakah Soo Thong Liang telah meninggal dunia tetapi tidak juga mendeposkan langsung alasan-alasan kenapa geran probet tidak dipohon oleh beliau sejak kematian Soo Thong Liang, malahan tiada eksibit atau dokumen yang menunjukkan samada suatu permohonan mengenai geran probet telah difailkan atau tidak oleh Pemohon. Kalau diandaikan Soo Thong Liang telah meninggal dunia sejurus selepas perlaksanaan wasiatnya pada 22.2.2005, maka tempoh masa dari tahun 2005 sehingga 2013 adalah lebih kurang lapan (8) tahun. Adalah menjadi dapatan Mahkamah ini, di dalam keadaan sebegini, mana mungkin wujud keadaan khas atau istimewa yang memerlukan perlaksanaan segera untuk Pemohon mendapat faedah 46 daripada keperluan ketat undang-undang yang mewajibkan atau memerlukan suatu geran probet atau geran pentadbiran kuasa untuk memberi seseorang itu locus standi atau kapasiti undang-undang sedangkan (jika benar-benar Soo Thong Liang telah meninggal dunia pada tahun 2005 atau tarikh/tahun lain yang dinyatakan Pemohon) Pemohon sendiri sebenarnya tidak menunjukkan kepada Mahkamah ini bahawa beliau telah mengambil langkah-langkah untuk mentadbir pesaka Soo Thong Liang dengan segera. Tempoh masa lapan tahun adalah suatu jangka masa yang panjang dan lama untuk tidak mengambil apa-apa langkah untuk mentadbir pesaka. Kelewatan ini telah menunjukkan sikap tidak acuh dan tidak seriusnya Pemohon. Maka, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini kalaulah benar Soo Thong Liang telah meninggal dunia sejurus selepas menandatangani Wasiat (Pengesahan) pada 26.2.2005, maka, pengecualian keperluan ketat undang-undang tidak boleh diberikan kepada Pemohon. Pemohon yang mengaku wasi atau waris kini tampil selepas tempoh lebih 8 tahun atas dasar kononnya memelihara, melindungi dan mengekalkan pesaka simati. Jelas di dalam kes ini, tidak wujud langsung keadaan khas atau istimewa untuk Mahkamah ini melonggarkan keperluan ketat undang-undang 47 bagi perwakilan pesaka Soo Thong Liang, apatah lagi pengeluaran geran hakmilk mutlak Lot 15042 telah dikeluarkan sejak tahun 2004 lagi. [57] Justeru, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini, atas alasan locus standi atau kapasiti undang-undang sahaja, Pemohon semestinya gagal di dalam permohonannya. [58] Namun begitu, demi kesempurnaan, Mahkamah ini akan mempertimbangkan juga tiga alasan lain yang ditimbulkan oleh Responden-Responden. Alasan ii: Tindakan semakan kehakiman Pemohon ini telah difailkan di luar tempoh masa yang sah sebagaimana peruntukkan di bawah Aturan 53 Kaedah 3(6) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. [59] Selain daripada menghujahkan bahawa Pemohon tidak mempunyai locus standi untuk membawa prosiding ini, adalah dihujahkan juga oleh Responden-Responden bahawa tindakan semakan kehakiman 48 Pemohon ini telah difailkan di luar tempoh masa yang sah sebagaimana peruntukkan di bawah Aturan 53 Kaedah 3(6) KKM 2012 dan juga di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (KKMT 1980). [60] Aturan 53 Kaedah 3(6) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (KKMT 1980) memperuntukkan berikut: Aturan 53 Kaedah 3(6) KKMT 1980 “Permohonan untuk kajian penghakiman hendaklah dibuat segera dan di dalam apa-apa keadaan 40 hari dari tarikh apabila alasan-alasan permohonan mula ditimbulkan atau apabila keputusan dimaklumkan kali pertama pada Pemohon dengan syarat Mahkamah boleh, setelah dipohon dan jika dianggap mempunyai alasan yang baik untuk berbuat demikian, melanjutkan jangka masa 40 hari.” [61] Apabila KKM 2012 dikuatkuasakan pada 1.8.2012, tempoh masa pemfailan sesuatu permohonan bagi semakan kehakiman telah dipinda seperti berikut: Aturan 53 Kaedah 3(6) KKM 2012 49 “suatu Permohonan bagi semakan kehakiman hendaklah dibuat segera dan dalam mana-mana hal dalam tiga bulan dari tarikh bila alasan bagi permohonan itu mula-mula berbangkit atau bila keputusan itu mula-mula diberitahu kepada Pemohon” [62] Adalah dihujahkan oleh peguam Responden-Responden, jikapun Pemohon diandaikan mempunyai kapasiti undang-undang untuk memulakan tindakan semakan kehakiman terhadap Responden-Responden, permohonan Pemohon ini telah difailkan di luar tempoh masa diperuntukkan di bawah kedua-dua Aturan 53 KKMT 1980 dan juga KKM 2012. Menurut peguam Responden-Responden, Pemohon telah mengetahui tentang perkara ini sejak daripada 9.3.2010. Ini berdasarkan kepada surat Responden Pertama (“SKH- 2”). Namun, Pemohon hanya memfailkan permohonan ini pada 21.6.2013 iaitu selepas 3 tahun dari tarikh pengetahuan tersebut. Adalah dihujahkan bagi pihak Responden Pertama bahawa tarikh bermulanya untuk Pemohon memfailkan permohonan semakan kehakiman ialah tiga bulan bermula dari tarikh surat bertarikh 24.12.2012 yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor kepada Pemohon yang memberikan maklum balas berkenaan aduan Pemohon serta mengarahkan Pemohon membuat semakan 50 Mahkamah sekiranya wujud ketidakpuasan hati akan fakta berkenaan. (“Ekshibit-A” Afidavit Jawapan Responden Pertama - Kandungan 29). Menurut Responden lagi, Pemohon sepatutnya memfailkan tindakan ini dalam tempoh tiga bulan dari tarikh surat 24.12.2012. Walau bagaimanapun Pemohon hanya memfailkan tindakan ini pada 21.6.2013. Adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa adalah jelas dan nyata, permohonan Pemohon adalah di luar had masa 3 bulan dan tiada perlanjutan masa telah dipohon oleh Pemohon bagi kelewatan tersebut. [63] Pemohon cuba membawa permohonannya di dalam tempoh masa tiga bulan dengan menghujahkan bahawa sebagai wasi dan benefisiari pesaka Soo Thong Liang, pesaka hanya telah terjejas atau dimudaratkan dengan keputusan Responden-Responden apabila Responden-Responden telah gagal menghentikan Responden Ketujuh daripada meneruskan kerja-kerja pembinaan di atas Lot 15042 tersebut di mana Responden Ketujuh telah tidak mematuhi atau tidak menghiraukan perintah Responden Pertama melalui surat bertarikh 24.6.2013. Menurut Pemohon tarikh itu hanya bermula pada 26.3.2013. 51 [64] Pertamanya, hujahan peguam Pemohon semestinya gagal dengan dapatan Mahkamah di perenggan-perenggan mengenai tindakan pengeluaran hakmilik mutlak yang dikeluarkan pada tahun 2004 (9.12.2004). Kedua, adalah sesuatu yang tidak munasabah jika dikatakan tarikh bermula pada 26.3.2013 menurut tarikh surat Responden Pertama yang mengarahkan Responden Ketujuh untuk memberhentikan kerja-kerja pembangunan di atas Lot 15042 dan mengembalikan dan membersihkan struktur di tapak binaan sedia ada tersebut kepada keadaan yang sedia ada. Ketidakpatuhan atau kegagalan Responden Ketujuh mematuhi arahan-arahan Responden Pertama tidaklah boleh menjadi satu keputusan ataupun tinggalan di pihak berkuasa (Responden-Responden) yang mengakibatkan kemudaratan kepada Pemohon yang membolehkan relif-relif certiorari ataupun mandamus terbuka kepada Pemohon. Surat Responden Pertama bertarikh 26.3.2013 adalah semata-mata notis-notis untuk mengarahkan Responden Ketujuh untuk meroboh dan membersihkan struktur di tapak binaan sedia ada tersebut kepada keadaan yang sedia ada. Di dalam keadaan ini, Responden Pertama telah melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh sesebuah Majlis Daerah yang tidak membenarkan mana-mana orang 52 meneruskan dengan kerja-kerja pembangunan bagi pelan pembangunan yang tidak diluluskan atau ditolak. Kalaupun ada pihak yang terjejas atau dimudaratkan akan perintah atau notis-notis roboh tersebut, ianya adalah Responden Ketujuh yang tidak boleh atau dihalang daripada meneruskan kerja-kerja pembangunan di atas tanahnya. Mana mungkin Responden Ketujuh yang tidak mematuhi arahan Responden Pertama tersebut, ianya dikatakan satu keputusan atau tinggalan Responden Pertama yang menjejaskan atau memudaratkan Pemohon. [65] Di dalam kes ini, pada dapatan Mahkamah kalaupun diandaikan pesaka Soo Thong Liang terjejas atau dimudaratkan di atas pengeluaran geran hakmilik Lot 15042 dan setelah mempertimbangkan masa yang diambil di dalam usaha-usaha perbincangan melalui surat-menyurat dan mesyuarat, tempoh masa tiga bulan itu sewajarnya bermula dari tarikh 24.12.2012 (surat Pejabat Menteri Besar kepada Pemohon) yang menyarankan kepada Pemohon untuk membuat semakan kehakiman sekiranya masih tidak puashati lagi. Nyata tempoh 3 bulan telahpun lama luput. Justeru, prosiding semakan kehakiman oleh Pemohon ini sememangnya 53 adalah diluar tempoh had masa yang ditetapkan oleh undang-undang. iii. Tidak ada anjakan yang berlaku [66] Peguam Responden-Reponden telah menghujahkan bahawa sebenarnya tiada anjakan yang berlaku seperti yang didakwa oleh Pemohon. Menurut Peguam Responden-Responden surat bertarikh 24.12.2012 yang dialamatkan kepada Pemohon adalah jelas. [67] Mahkamah ini telah meneliti penerangan Encik Nazrul Shukri dan bersetuju dengan peguam Responden-Responden bahawa Pelan Akui PA 50918 telah menterjemahkan dengan jelas bahawa ukuran-ukuran bagi lot-lot 405, 406, 407 and 408 adalah sepertimana yang tertera di dalam hakmilik sementara masing-masing, telah dikekalkan di dalam geran hakmilik mutlak yang baru iaitu lot-lot 15043, 15044, 15045 and 15046 menurut PA 81057 (Eksibit NS-3, Kandungan 36). Geran Hakmililk Lot No. 15042 diwujudkan bagi menggantikan Hakmilik Sementara (Qualified title PT 404 HSD 1821) di dalam memutlakkan hakmilik. Berdasarkan pemecahan Lot-lot 379-403 & 54 405-408 tersebut, Borang 11 A (Eksibit SKH 1, Kandungan 2) iaitu Suratan Hakmilik Sementara telah dikeluarkan bagi lot-lot tersebut dan tujuan Suratan Hakmilik Sementara (Qualified Title) jelas diperuntukkan di bawah seksyen 176 seperti berikut: Section 176 Purposes and effect of qualified title.