Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH 3 SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO KES: BA-62D-87-05/2023 PENDAKWA RAYA DAN SOO LEONG CIN [No. KP.: 830728-05-5091] ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Dalam kes ini Tertuduh dituduh telah memasukkan dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine ke dalam badannya sendiri, suatu kesalahan di bawah S.15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) dan Tertuduh mempunyai 6 sabitan lampau di bawah S.15(1)(a) di Mahkamah Majistret Port Dickson dan Mahkamah Majistret Seremban pada tahun 2011 hingga tahun 2021, oleh itu Tertuduh berhadapan dengan hukuman di bawah S.39C(1)(b) ADB 1952 dibaca bersama S.38B Akta yang sama di mana jika sabit salah, Tertuduh boleh dipenjarakan tidak kurang 5 tahun tidak lebih 7 tahun dan sebat tidak lebih 3 sebatan diikuti perintah pengawasan tidak kurang 2 tahun dan tidak lebih 3 tahun. [2] Pertuduhan disalinkan seperti berikut, “BAHAWA KAMU PADA 22/01/2023 JAM LEBIH KURANG 1:50 PETANG, BERTEMPAT DI TANDAS BALAI POLIS USJ 8, IPD SUBANG JAYA, DALAM DAERAH PETALING, DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, DIDAPATI KAMU TELAH MASUKKAN KE DALAM BADAN KAMU SENDIRI DADAH BERBAHAYA “AMPHETAMINE DAN METHAMPHETAMINE” DAN KAMU JUGA MEMPUNYAI (6) REKOD KESALAHAN LAMPAU DI BAWAH SEKSYEN 15(1)(a) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 SEPERTI BERIKUT- 1) MAHKAMAH MAJISTRET PORT DICKSON NO. KES: 83-356-2010 NO. REPOT: LUKUT/3008/2009 TARIKH SABITAN: 04/04/2011 HUKUMAN: DENDA RM1500 INGKAR DENDA 3 BULAN 2) MAHKAMAH MAJISTRET SEREMBAN NO. KES: 83D-186-2/2016 NO. REPOT: JALAN CAMBELL/13856/2013 TARIKH SABITAN: 28/03/2016 HUKUMAN: DENDA RM3000 INGKAR DENDA 6 BULAN 3) MAHKAMAH MAJISTRET SEREMBAN NO. KES: 83D-897-6/2016 NO. REPOT: JALAN CAMBELL/8185/2016 TARIKH SABITAN: 29/08/2016 HUKUMAN: DENDA RM2500 INGKAR DENDA 7 BULAN PENJARA; 4) MAHKAMAH MAJISTRET PORT DICKSON NO. KES: 83D-350-12/2016 NO. REPOT: PORT DICKSON/3875/2016 TARIKH SABITAN: 08/12/2016 HUKUMAN: DENDA RM2000 INGKAR DENDA 5 BULAN 5) MAHKAMAH MAJISTRET SEREMBAN NO. KES: 83D-781-6/2020 NO. REPOT: SEREMBAN/1256/2016 TARIKH SABITAN: 15/06/2020 HUKUMAN: DENDA RM2000 INGKAR DENDA 8 BULAN 6) MAHKAMAH MAJISTRET PORT DICKSON NO. KES: ND-83D-156-04/2021 NO. REPOT: PORT DICKSON/2574/2020 TARIKH SABITAN: 19/05/2021 HUKUMAN: 5 BULAN PENJARA DARI TARIKH TANGKAP DAN 2 TAHUN PENGAWASAN; OLEH YANG DEMIKIAN, KAMU TELAH MELAKUKAN KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 15 (1) (a) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN BOLEH DIHUKUM DIBAWAH SEKSYEN 39C (1) (b) AKTA YANG SAMA DAN DIBACA BERSAMA SEKSYEN 38B AKTA YANG SAMA HUKUMAN: PENJARA TIDAK KURANG DARIPADA 5 TAHUN DAN TIDAK LEBIH 7 TAHUN DAN DIKENAKAN SEBAT TIDAK LEBIH DARIPADA 3 SEBATAN DIBAWAH SEKSYEN 39C (1) (b) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN DIIKUTI DENGAN PERINTAH PENGAWASAN DI BAWAH SEKSYEN 38B AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 PINDAAN 2002 TIDAK KURANG 2 TAHUN DAN TIDAK MELEBIHI 3 TAHUN. REPOT: USJ 8/801-804/2023 NO IP: SJ/JSJN/ADB/42/2023 IO: SJN HASBULLAH MERICAN BIN ABDUL RAHMAN”. [3] Pertuduhan dibacakan kali pertama pada 19-5-2023 di mana Tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Perbicaraan penuh hanya bermula pada 3-3-2025 apabila Tertuduh akhirnya dapat melantik peguambela pada 9-7-2024 iaitu peguambela daripada Tetuan Lee Chew & Co. Shah Alam. Sebelum perbicaraan, Tertuduh telah memasukkan representasi melalui peguamnya kepada pihak pendakwaan tetapi ditolak. [4] Di peringkat pendakwaan, pada 16-5-2025 selepas Mahkamah mempertimbangkan secara maksima keseluruhan keterangan pihak pendakwaan, Mahkamah mendapati pendakwaan telah membuktikan kes “prima facie” ke atas Tertuduh dan memanggil Tertuduh membela diri. [5] Pada 7-8-2025 selepas kes pembelaan, Mahkamah memutuskan pembelaan Tertuduh hanyalah penafian dan pemikiran semula yang tidak dibuktikan, oleh itu ia tidak menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan dan pendakwaan didapati telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah terhadap Tertuduh. Tertuduh disabitkan bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) hukumannya di bawah Seksyen 39C(1) ADB 1952 dan menjatuhkan hukuman penjara 7 tahun dari tarikh perintah dan 3 kali sebatan serta 3 tahun pengawasan selepas selesai pemenjaraan. [6] Pada 12-8-2025 melalui Pengarah Penjara Kajang, Tertuduh memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi terhadap hukuman ini. Alasan penghakiman ini akan memberi justifikasi terhadap sabitan dan hukuman yang diberikan ke atas Tertuduh. KES PENDAKWAAN [7] Di peringkat kes pendakwaan, Timbalan Pendakwaraya (TPR) telah mengemukakan 4 orang saksi dan 14 eksibit pendakwaan. Fakta kes pendakwaan adalah seperti berikut- - Pada 22-1-2023 lebih kurang jam 1.50 petang, Pengadu (SP1) dibantu Polis Pengiring (SP2) semasa bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Subang Jaya telah mengesahkan sampel urin telah diambil daripada Tertuduh yang mana ujian saringan awal mendapati sampel urin Tertuduh mengandungi dadah jenis methamphetamine. - Prosidur pengambilan sampel urin Tertuduh ini adalah seperti berikut. SP1 memberikan kepada Tertuduh 3 paket yang belum dibuka, yang mana setiap satu paket ini mengandungi 1 botol urin dan 1 stiker putih yang merupakan borang label untuk ditampal pada botol sampel urin. Tertuduh telah memilih 1 paket yang mengandungi 1 botol yang berlabel no. siri C0213596. Paket berisi botol sampel urin ini dibuka sendiri oleh Tertuduh di hadapan SP1. - SP1 mengisikan butir-butir dalam stiker putih kemudian dilekatkan pada botol sampel urin yang mengandungi maklumat Tertuduh sepertimana yang dapat dilihat dalam gambar P2 (A-C). - Kemudian, SP1 dan SP2 mengiringi Tertuduh ke dalam tandas lokap untuk mengeluarkan sampel urin dengan botol sampel urin dibawa sendiri oleh Tertuduh. Semasa dalam tandas sebagaimana gambar di P3, SP1 dan SP2 berada pada jarak yang dekat dengan Tertuduh dan melihat sendiri Tertuduh kencing ke dalam botol yang dibawanya tadi lalu apabila selesai botol itu ditutup oleh Tertuduh. - Kemudian, botol dengan label C0213596 yang mengandungi sampel urin itu dibawa oleh Tertuduh sendiri ke hadapan SP1 dan dibuka penutupnya, di mana SP1 kemudian memasukkan 6 test strip untuk mengesan dadah jenis MOP/ METH/ THC/ AMP/ KET/ BENZO ke dalam botol tersebut. Tindakan ini telah disaksikan oleh Tertuduh dan SP2. Selepas beberapa saat, hasil ujian test strip menunjukkan urin Tertuduh adalah positif Methamphetamine. SP1 lalu menjelaskan kepada Tertuduh tentang kesalahannya di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. - SP1 kemudian membuat laporan polis ujian saringan awal (P1) dan menyediakan borang-borang yang berkaitan untuk proses selanjutnya. Kemudian Tertuduh diminta menandatangani borang akuan pemberian urin (P4) dan Borang Ujian Pengesanan Dadah (P6) yang disediakan SP1 tadi. - SP1 kemudian menyerahkan Laporan Polis P1, Borang UPD, Borang Akuan Pemberian Urin dan botol urin Tertuduh kepada Pegawai Penyiasat (SP4) dan ini dibuktikan dengan Borang Serah Menyerah (P5). - SP4 mengesahkan telah menerima serahan tersebut pada 22-1-2023 jam 2.45pm. Gambar botol urin diambil oleh SP4 (P2 A-C) dan botol urin disimpan dalam laci meja pejabat SP4 yang mana hanya dia saja yang ada akses. - Pada 24-1-2023 jam 4 petang, SP4 mengarahkan Penghantar Barang Kes (SP3) untuk menghantar botol urin berisi sample urin Tertuduh dan borang UPD ke Jabatan Patologi HKL untuk diuji di makmal. SP3 telah menghantar sampel urin Tertuduh ke HKL pada esok paginya iaitu 25-1-2023. - Kemudian, SP3 telah mengambil laporan makmal (P7) yang telah siap pada 12-4-2024 dan kemudiannya diserahkan kepada SP4 pada hari yang sama. Menurut laporan makmal tersebut, urin Tertuduh disahkan positif Amphetamine dan Methamphetamine. - SP4 kemudian mendapatkan Laporan Sabitan Lampau Tertuduh (Borang RJ2B) pada 22-2-2023 (P8) di mana Tertuduh didapati mempunyai 6 sabitan lampau di bawah S.15(1)(a) ADB