MISS PRAKAT TACHAN (NO. PASPOT: AB 2982798) [KES DIBICARAKAN BERSAMA] S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg PENGHAKIMAN [1] Soon Pin Kiong dan Miss Prakat Tachan (dirujuk “OKT-OKT”) dalam kes ini telah dituduh dengan pertuduhan-pertuduhan seperti berikut: PERTUDUHAN PINDAAN KES BA-45A-41-3/2022 (OKT - SOON PING KIONG) – EKSIBIT P2 Bahawa kamu pada 17/11/2020 jam lebih kurang 11.40 pagi bertempat di parkir di tepi kedai Pusat Servis Kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Services, No. 43, Jalan Apollo U5/192, Bandar Pinggir Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 12,255.7 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Hukuman: Mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas sebatan. PERTUDUHAN KES BA-45A-42-3/2022 OKT1 - SOON PING KIONG DAN OKT2 - MISS PRAKAT TACHAN – EKSIBIT P6 PERTUDUHAN PERTAMA Bahawa kamu bersama-sama pada 17/11/2020 jam lebih kurang 12.00 tengah hari bertempat di tingkat atas, Pusat Servis Kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Services, No. 43, Jalan Apollo U5/192, Bandar Pinggir Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 30,937 gram dan dengan itu S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan Hukuman: Mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas sebatan. PERTUDUHAN KEDUA TERPINDA (BA-45A-42-03/2022) – EKSIBIT P8 Bahawa kamu bersama-sama pada 17/11/2020 jam lebih kurang 12.00 tengah hari bertempat di tingkat atas, Pusat Servis Kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Services, No. 43, Jalan Apollo U5/192, Bandar Pinggir Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 1785.8 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan Hukuman: Mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas sebatan. S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg PERTUDUHAN BAGI KES BA-45A-42-3/2022 OKT1 - SOON PING KIONG DAN OKT2 - MISS PRAKAT TACHAN – EKSIBIT P11 PERTUDUHAN PERTAMA Bahawa kamu bersama-sama pada 17/11/2020 jam lebih kurang 12.00 tengah hari bertempat di tingkat atas, Pusat Servis Kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Services, No. 43, Jalan Apollo U5/192, Bandar Pinggir Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Ketamine seberat 9538 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan Hukuman: Mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas sebatan. PERTUDUHAN KEDUA Bahawa kamu bersama-sama pada 17/11/2020 jam lebih kurang 12.00 tengah hari bertempat di tingkat atas, Pusat Servis Kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Services, No. 43, Jalan Apollo U5/192, Bandar Pinggir Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati memiliki racun berjadual jenis Etizolam seberat 4725 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 30(5) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan Hukuman: Denda tidak lebih RM 10 000.00 atau penjara tidak lebih 4 tahun atau kedua-duanya sekali S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg PERTUDUHAN BAGI KES BA-45-60-11/2022 OKT - SOON PING KIONG DAN OKT - MISS PRAKAT TACHAN – EKSIBIT P14 Bahawa kamu bersama-sama pada 17/11/2020 jam lebih kurang 12.00 tengah hari bertempat di tingkat atas, Pusat Servis Kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Services, No. 43, Jalan Apollo U5/192, Bandar Pinggir Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati memiliki dadah berbahaya Heroin dan Monoacetylmorphine seberat 11.1 gram (1.7 gram Heroin dan 9.40 gram Monoacetylmorphine) dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan Hukuman: Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 sebatan [2] OKT-OKT tidak mengaku salah apabila kesemua pertuduhan dibacakan dan mohon dibicarakan. [3] Pada 30.10.2024, di akhir kes pendakwaan, Mahkamah setelah menilai dan mempertimbangkan secara maksima keterangan saksi pendakwaan dan kredibiliti saksi-saksi pendakwaan, telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT-OKT. Mahkamah telah memerintahkan kedua-dua OKT membela diri terhadap pertuduhan-pertuduhan tersebut. Kedua-dua OKT telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg [4] Pada 6.6.2025, di akhir kes pendakwaan, Mahkamah memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah dan Mahkamah telah mensabitkan OKT-OKT sepertimana pertuduhan. [5] Tidak berpuas hati atas keputusan Mahkamah ini, OKT-OKT telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 11.6.2025 terhadap keseluruhan keputusan atas sabitan dan hukuman untuk pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) yang dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama ke Mahkamah Rayuan. [6] Manakala untuk pertuduhan di bawah seksyen 12(2) yang dihukum di bawah seksyen 39A(2) ADB 1952 dan pertuduhan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang dihukum di bawah seksyen 30(5) Akta Racun 1952, rayuan atas sabitan sahaja [7] Berikut adalah keputusan muktamad Mahkamah ini. FAKTA KES [8] Keempat-empat kes (No. Kes: BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42- 03/2022, BA-45A-43-03/2022 dan BA-45-60-11/2022) adalah dibicarakan secara bersama kerana keempat-empat kes ini melibatkan saksi-saksi yang sama. Hanya no. kes: BA-45A-41- 03/2022 melibatkan OKT Soon Ping Kiong sahaja dan pertuduhan tersebut adalah berkenaan dengan dadah di dalam kotak (eksibit P21) yang dijumpai di dalam kereta. S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg [9] Manakala kes kedua, kes ketiga dan kes keempat (No. Kes: A-45A- 42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 dan BA-45-60-11/2022) melibatkan OKT - Soon Ping Kiong dan OKT Miss Prakat Tachan telah dituduh bersama dan pertuduhan-pertuduhan adalah berkenaan dengan dadah dan racun yang dijumpai di dalam rumah. [10] Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai sebelas (11) orang saksi bagi membuktikan kes terhadap OKT-OKT seperti berikut: SP1 L/Kpl Aizad bin Mustafa (jurustor) SP2 Insp Kaslizaini bt Abidin (pengambil barang kes) SP3 Insp Mohd Razali bin Mohd Zulkipli (penghantar barang kes) SP4 Dr. Saravana Kumar a/l Jayaram (ahli kimia dadah) SP5 Insp Nor Badrol Hisham bin Md Nor (Pegawai Serbuan) SP6 Lim Khin Min (pemilik rumah kedai) SP7 Sharifah Nur Hafiza binti Syed A Rahman (ahli kimia DNA) SP8 Kpl Ruslan bin Ismail (jurugambar) SP9 L/Kpl Mohd Amirul bin Riduan SP10 Ng Ban Leong SP11 DSP Mohd Joharizal bin Hamzah (Pegawai Penyiasat) S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg [11] Pada 17.11.2020 jam lebih kurang 11.40 pagi, pengadu (SP5) dan anggota serbuan telah membuat pemerhatian ke atas sebuah kereta Toyota Altis nombor pendaftaran VFA 6330 yang di parkir di tepi kedai pusat servis kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Service, No. 43, Jalan Apollo U5/192, Bandar Pinggir Subang, seksyen U5, Shah Alam, Selangor (tempat kejadian). Kemudian, datang OKT 1 yang membawa sebuah kotak menghala ke arah kereta tersebut. OKT 1 dilihat memasukkan kotak tersebut ke dalam boot kereta tersebut. [12] SP5 telah menghampiri OKT 1 dan memperkenalkan diri sebagai polis lalu membuat pemeriksaan fizikal ke atas OKT 1 namun tidak menjumpai apa-apa barang salah. SP5 menjumpai serangkai kunci dan alat kawalan jauh berlogo Toyota (P41A) dalam genggaman tangan kanan OKT 1. Melalui semakan JPJ, kereta Toyota Altis tersebut dimiliki oleh teman Wanita (OKT2) kepada OKT1. [13] Pemeriksaan ke atas kotak (P21) yang dibawa oleh OKT 1 menjumpai (1) bungkusan besar plastik berwarna hitam (P31) dan di dalamnya terdapat (17) bungkusan kecil warna hitam (P31A – P31Q) dan di dalam setiap bungkusan kecil itu terdapat plastik lutsinar bertulis AAA (P31A(1) – P31Q(1)) mengandungi ketulan mampat kristal disyaki dadah syabu anggaran berat 17480 gram. [14] Seterusnya, OKT 1 telah membuka kunci mangga pada pintu gril tingkat bawah menggunakan kunci yang dijumpai daripada OKT 1 dan pergi ke rumah di tingkat atas pusat servis kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Service tersebut. Ketika SP5 dan anggota serbuan S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg bersama OKT 1 sampai di hadapan pintu utama rumah tersebut dapati pintu bertutup tetapi tidak berkunci. [15] OKT 1 membuka pintu tersebut dan apabila memasuki rumah tersebut, pengadu dapati terdapat OKT 2 dan anaknya yang berada di ruang tamu rumah. Pengadu memperkenalkan diri sebagai polis kepada OKT 2. [16] Seterusnya, OKT 1 telah menunjukkan (3) beg bagasi dan (1) beg plastik yang terdapat di ruang tamu sebelah kiri pintu masuk. Pengadu telah membuka ketiga-tiga beg bagasi tersebut di hadapan kedua-dua OKT dan menjumpai barang seperti berikut: a. (1) beg bagasi warna coklat bertulis United Polo Club (P17) mempunyai (33) bungkus plastik hijau bertulis Guanyinwang masing-masing terdapat plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah Syabu anggaran berat 33980 gram. b. (1) beg bagasi hitam bertulis Kamiliant (P18) mengandungi