Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: WA-A52NCC-8892-11/2025 ANTARA SOUTHERN CABLE SDN. BHD. (No. Syarikat: 199301013800 (268538-U)) ... PLAINTIF
/akn/my/judgment/sessions-court/2026/8f3917fd-b4e5-47dc-9f06-2bb1da34ca53
Sessions Court of Malaysia15 Apr 2026WA-A52NCC-8892-11/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ote : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 42) Mahkamah ini merujuk Fulcrum Capital Sdn Bhd v Dato’ Samsudin Abu Hassan & Ors [2001] 5 CLJ 73; [2000] MLJU 610, sebagaimana dirujuk dalam Advance Solar Sdn Bhd lwn Andeli Solar Sdn Bhd & Satu Lagi [2023] SMCU 21, yang”
“defendant from raising now any disputes that they could have raised earlier." 37) Mahkamah ini juga merujuk kes Wong Cheng Yong (T/A Chengy Enterprise) & Anor v Confast Hardware & Fasteners Sdn Bhd [2018] CLJU 1285, Mahkamah Tinggi menjelaskan bahawa dalam tuntutan barangan yang dijual dan dihantar, bukti lazim ialah p”
“dan/atau SC-9 menjelaskan bahawa faedah Invois No. 217095 sebanyak RM31,719.57 masih belum dibayar walaupun prinsipalnya telah selesai. 65) Dalam Sepangar Chemical Industry Sdn Bhd v Sinora Sdn Bhd [2020] CLJU 2256, Mahkamah ini menerima bahawa dalam akaun semasa atau running account, semua liabiliti dan pembayaran dir”
“he buyer. The proof is commonly by way of producing in court the purchase order, delivery order and the invoice for the goods." 38) Selanjutnya, dalam kes Lee Sin Hwee & Ors v Ipmuda Selatan Sdn Bhd [2021] CLJU 70, Mahkamah Tinggi menerima bahawa Delivery Orders, Invoices, Receipts, Interest Debit Memo dan Statement of”
“) Mahkamah ini merujuk Fulcrum Capital Sdn Bhd v Dato’ Samsudin Abu Hassan & Ors [2001] 5 CLJ 73; [2000] MLJU 610, sebagaimana dirujuk dalam Advance Solar Sdn Bhd lwn Andeli Solar Sdn Bhd & Satu Lagi [2023] SMCU 21, yang memutuskan bahawa pemiutang berhak mengambil tindakan terus terhadap penjamin apabila hutang yang d”
“kaan yang tidak menimbulkan isu bona fide. 56) Mahkamah ini turut mengambil maklum pendekatan Mahkamah Persekutuan dalam Triple Zest Trading & Suppliers & Ors v Applied Business Technologies Sdn Bhd [2023] MLJU 2285 mengenai keperluan melihat kepada substans sebenar transaksi bagi menentukan sama ada suatu transaksi ia”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: WA-A52NCC-8892-11/2025 ANTARA SOUTHERN CABLE SDN. BHD. (No. Syarikat: 199301013800 (268538-U)) ... PLAINTIF
1
V TRADERS SDN. BHD. (dahulunya dikenali sebagai VIP TRADERS SDN. BHD. (No. Syarikat: 201501037007 (1162328-D))
2
ABDUL NASSER BIN ABDUL RAHMAN (No. K/P: 640409-02-5373) ... DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Kandungan 14 - Permohonan Plaintif untuk Penghakiman Terus terhadap Defendan Kedua di bawah Aturan 14 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012) A. PENDAHULUAN 1) Melalui Notis Permohonan di Kandungan 14, Plaintif telah memohon supaya Penghakiman Terus dimasukkan terhadap Defendan Kedua, Abdul Nasser bin Abdul Rahman (“D2”), di bawah Aturan 14 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”), secara bersesama dan berasingan dengan Defendan Pertama, V Traders Sdn. Bhd. (“D1”). 2) Relif yang dipohon dalam Notis Permohonan tersebut ialah, antara lain, penghakiman terus terhadap D2 bagi jumlah wang RM219,815.10 yang dikira setakat 10.10.2025, faedah pada kadar kontraktual 1.5% sebulan ke atas jumlah RM83,253.44 dari 11.10.2025 sehingga penyelesaian penuh, kos atas asas indemniti, serta relif lain yang difikirkan adil dan suaimanfaat oleh Mahkamah ini. 3) Permohonan ini dibawa dalam konteks tindakan Plaintif terhadap D1 sebagai penghutang prinsipal berhubung pembekalan wayar dan kabel, dan terhadap D2 sebagai penjamin berdasarkan Surat Jaminan bertarikh 15.1.2021. Selepas meneliti keseluruhan kertas kausa, afidavit-afidavit, dokumen-dokumen eksibit dan hujahan bertulis pihak-pihak, Mahkamah ini membenarkan permohonan Plaintif dengan kos interlokutori sebanyak RM3,000.00 dibayar oleh D2 kepada Plaintif. 4) Alasan-alasan berikut dikemukakan bagi menjelaskan dapatan Mahkamah ini bahawa pembelaan D2, apabila diuji terhadap dokumen-dokumen kontemporari dan undang-undang berkaitan, tidak menimbulkan isu bona fide yang wajar dibicarakan. B. KERTAS KAUSA, AFIDAVIT DAN DOKUMEN YANG DIRUJUK 5) Bagi maksud permohonan ini, Mahkamah ini telah merujuk, antara lain, kepada keseluruhan kertas kausa yang difailkan di sini antaranya Writ Saman bertarikh 25.11.2025 (Kandungan 1), Pernyataan Tuntutan bertarikh 25.11.2025 (Kandungan 2), Pembelaan Terpinda D2 bertarikh 23.12.2025 (Kandungan 10), Jawapan kepada Pembelaan Terpinda D2 bertarikh 13.1.2026 (Kandungan 12), Notis Permohonan bertarikh 20.1.2026 (Kandungan 14), Afidavit Sokongan Chan Wing Ngon (Kandungan 16), Afidavit Balasan D2, Afidavit Lanjutan D2, Afidavit Jawapan Plaintif (Kandungan 23), Hujahan Bertulis Plaintif (Kandungan 24), Hujahan Bertulis D2 (Kandungan 26), Hujahan Balasan Plaintif (Kandungan 28) dan Hujahan Balasan Defendan Kedua (Kandungan 29). 6) Mahkamah ini juga memberi perhatian khusus kepada eksibit utama, iaitu Borang Permohonan Had Kredit bertarikh 15.1.2021 (“SC-1”), Surat Jaminan bertarikh 15.1.2021 (“SC-2” / “ANAR-6”), Invois No. 217095 bertarikh 17.12.2021, Invois No. 217303 bertarikh 27.12.2021 (“SC-3” / “ANAR-2”), Pesanan Penghantaran No. 217303, Nota-nota Debit (“SC-4” / “ANAR-4”), Penyata Akaun bertarikh 10.10.2025 (“SC-5” / “SC-8”), Notis Tuntutan bertarikh 13.10.2025, emel-emel D2 bertarikh 4.11.2025 dan 7.11.2025 (“SC-6”), serta slip-slip bayaran bank yang dirujuk sebagai “ANAR-3”. 7) Keterangan yang telah dikemukakan di dalam permohonan ini adalah keterangan afidavit. Oleh itu, rujukan kepada “saksi” dalam alasan ini hendaklah difahami sebagai rujukan kepada deponen-deponen utama, iaitu Chan Wing Ngon bagi pihak Plaintif dan Abdul Nasser bin Abdul Rahman bagi pihak D2. C. KETERANGAN SAKSI-SAKSI AFIDAVIT 8) Chan Wing Ngon, selaku Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan Plaintif, mengikrarkan bahawa beliau diberi kuasa penuh oleh Plaintif dan fakta yang dideposkan adalah dalam pengetahuan peribadi beliau dan/atau diperoleh daripada rekod-rekod Plaintif yang disimpan dalam urus niaga biasa. Beliau menyatakan bahawa D1 telah menikmati kemudahan kredit komersial daripada Plaintif, bahawa D2 telah menandatangani Surat Jaminan bagi menjamin liabiliti D1, dan bahawa D1 gagal menjelaskan baki hutang mengikut terma kredit yang dipersetujui. 9) Dalam Afidavit Sokongan dan Afidavit Jawapan, Chan Wing Ngon telah menerangkan bahawa Borang Permohonan Had Kredit memberikan had kredit RM500,000.00 dengan tempoh kredit 90 hari dan menetapkan faedah lewat bayar 1.5% sebulan. Beliau turut mengemukakan Penyata Akaun, Nota Debit, invois-invois dan rekod bayaran bagi menunjukkan bagaimana jumlah tertunggak telah terkumpul dan terhasil. 10) Chan Wing Ngon selanjutnya mengakui bahawa pengiraan awal faedah yang dimasukkan dalam Pernyataan Tuntutan adalah berdasarkan tarikh invois, sedangkan pengiraan yang lebih tepat ialah selepas tamat tempoh kredit 90 hari. Pengakuan dan pembetulan ini, pada pandangan Mahkamah, bukan melemahkan kes Plaintif, sebaliknya menunjukkan pengiraan yang diperbetulkan telah dikemukakan secara terbuka kepada Mahkamah dan jumlah yang akhirnya dipohon adalah lebih rendah daripada tuntutan asal. 11) Pengiraan yang diperbetulkan dalam Afidavit Jawapan menunjukkan dua senario. Di bawah Senario 1, bayaran RM10,000.00 pada 27.8.2025 dan RM10,000.00 pada 7.10.2025 diperuntukkan kepada faedah lewat bayar, menjadikan jumlah tuntutan setakat 10.10.2025 ialah RM199,695.21. Di bawah Senario 2, sekiranya dua bayaran tersebut diperuntukkan kepada prinsipal, jumlah tuntutan setakat 10.10.2025 ialah RM199,417.93. Perbezaan antara kedua-dua senario ialah RM277.28 sahaja. 12) Abdul Nasser bin Abdul Rahman, selaku D2 dan pengarah D1 pada masa material, mengikrarkan Afidavit Balasan serta Afidavit Lanjutan bagi menentang permohonan Plaintif ini. D2 tidak menafikan secara substantif bahawa terdapat urus niaga komersial antara Plaintif dan D1, dan tidak menafikan bahawa Invois No. 217303 berjumlah RM198,000.00 telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, D1 menegaskan bahawa jumlah sebenar yang masih tertunggak sebagai prinsipal hanyalah RM63,253.44, bahawa peruntukan bayaran oleh Plaintif kepada faedah adalah tidak sah, bahawa faedah dikira ke atas lebih daripada satu invois, bahawa terdapat dakwaan faedah berkompaun, dan bahawa emel-emel beliau tidak boleh dianggap sebagai pengakuan liabiliti. 13) D2 juga membangkitkan isu bahawa kadar 1.5% sebulan bersamaan 18% setahun adalah tinggi, bersifat penal atau berunsurkan pemberian pinjaman wang, serta bahawa penghakiman terus terhadap penjamin tidak wajar sekiranya liabiliti penghutang prinsipal masih dipertikaikan. Intipati pembelaan D2 adalah bahawa isu-isu tersebut memerlukan perbicaraan penuh. 14) Mahkamah mengambil pendekatan berhati-hati dengan menilai sama ada kenyataan D2 tersebut benar-benar disokong oleh butiran material dan dokumen kontemporari. Setelah diteliti dan dinilai, Mahkamah ini mendapati kebanyakan dakwaan yang dikemukakan oleh D2 adalah bantahan lewat yang bercanggah dengan rekod invois, penyata akaun, nota debit, bayaran separa, Surat Jaminan dan emel terbuka D2 sendiri. D. FAKTA MATERIAL DAN KETERANGAN DOKUMENTARI 15) D1 merupakan pelanggan komersial kepada Plaintif. Pada 15.1.2021, D1 melalui D2 telah menandatangani Borang Permohonan Had Kredit. Dokumen tersebut memperuntukkan had kredit RM500,000.00, tempoh kredit 90 hari, dan faedah lewat bayar 1.5% sebulan atas jumlah tertunggak. Dokumen ini bukan dokumen pinjaman wang, tetapi dokumen kemudahan kredit dagangan bagi pembelian wayar dan kabel daripada Plaintif. 16) Pada tarikh yang sama, D2 telah menandatangani Surat Jaminan (rujuk ekshibit bertanda “SC-2”) sebagai penjamin kepada D1. Klausa 1 Surat Jaminan tersebut menyatakan, secara ringkas, bahawa D2 menjamin pembayaran semua wang yang pada bila-bila masa terhutang oleh D1 kepada Plaintif, termasuk faedah dan kos berkaitan. Klausa 4 Surat Jaminan tersebut pula memperuntukkan bahawa, walaupun antara D2 dan D1 D2 adalah penjamin, namun antara D2 dan Plaintif, D2 hendaklah dianggap sebagai penghutang prinsipal bagi wang yang dijamin; "Though as between me/us and the Customer I/we am/are the sureties only for the Customer, yet as between me/us and you I/we and each of us shall be deemed to be principal debtors for all the monies the payment of which is hereby guaranteed..." 17) Pada 17.12.2021 dan 27.12.2021, Plaintif telah membekalkan barangan yang direkodkan di bawah dua invois utama, iaitu Invois No. 217095 berjumlah RM119,085.74 dan Invois No. 217303 berjumlah RM198,000.00. Pesanan Penghantaran dan invois yang berkaitan menjadi dokumen utama bagi membuktikan pembekalan barangan kepada D1. 18) Bayaran separa yang dibuat oleh Defendan-Defendan, seperti direkodkan dalam afidavit dan Penyata Akaun, ialah RM16,746.56 pada 20.7.2023, RM20,000.00 pada 12.8.2024, RM48,000.00 pada 20.12.2024, RM30,000.00 pada 7.3.2025, RM10,000.00 pada 27.8.2025 dan RM10,000.00 pada 7.10.2025. Jumlah keseluruhan bayaran ialah RM134,746.56. 19) Penyata Akaun bertarikh 10.10.2025 menunjukkan baki asal yang dituntut sebanyak RM219,815.10. Penyata tersebut turut mengandungi notis standard yang menyatakan bahawa pelanggan hendaklah menyemak dan memberi maklum balas berhubung sebarang percanggahan dalam tempoh 14 hari, jika tidak penyata tersebut dianggap betul. Mahkamah ini mendapati tiada dokumen kontemporari sebelum pemfailan pembelaan yang menunjukkan D1 atau D2 membantah penyata akaun, invois, nota debit atau cara pengiraan faedah. 20) Selepas Notis Tuntutan bertarikh 13.10.2025 dikeluarkan, D2 melalui emel bertarikh 4.11.2025 dan 7.11.2025 tidak menafikan transaksi, pembekalan barangan atau liabiliti asas. Sebaliknya, D2 menyatakan bahawa D1 menghadapi kekangan kewangan kerana kelewatan bayaran projek kerajaan, memohon pengecualian faedah dan penalti, serta menyatakan bahawa pihak Defendan menerima tanggungjawab terhadap baki prinsipal mengikut rekod mereka. Emel-emel D2 di ekshibit bertanda “SC- 6” menyatakan yang berikut: "For your information V Traders Sdn Bhd (VTSB) is currently facing financial constraint from delayed payment under the government project in which your supplied cables were used... We accept responsibility for the outstanding principal balance as per our record..." E. PRINSIP UNDANG-UNDANG 21) Mahkamah ini merujuk kepada Aturan 14 Kaedah 1 KKM 2012 yang memperuntukkan seperti berikut: “1. Application by plaintiff for summary judgment (O. 14 r. 1)
Subsection
(1) Where in an action to which this rule applies a statement of claim has been served on a defendant and that defendant has entered an appearance in the action, the plaintiff may, on the ground that the defendant has no defence to a claim included in the writ, or to a particular part of such a claim, or has no defence to such a claim or part thereof except as to the amount of any damages claimed, apply to the Court for judgment against that defendant.” 22) Berdasarkan peruntukkan undang-undang, penghakiman terus hanya boleh diberikan di dalam keadaan yang jelas (plain and obvious) serta bila mana defendan-defendan gagal untuk mengemukakan isu-isu untuk dibicarakan. Prinsip undang-undang ini telah dijelaskan di dalam kes Cempaka Finance Bhd v. Ho Lai Ying & Anor [2006] 3 CLJ 544; [2006] 2 MLJ 685, dan National Company For Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 1 CLJ (Rep) 283; [1984] 1 MLRA 190; [1984] 2 MLJ 300, Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: “1) In an application under O. 14, the burden is on the plaintiff to establish the following conditions: a) that the defendant must have entered appearance;
b
(b) the statement of claim must have been served on the defendant; and
c
(c) the affidavit in support of the application must comply with the requirements of r. 2 of the O. 14 in that it must verify the facts on which the claim is based and must state the deponent’s belief that there is no defence to the claim. Once those conditions are fulfilled, the burden then shifts to the defendant to raise triable issues. The law on this is trite (see para. 5); Supreme Leasing Sdn Bhd v. Dior Enterprises & Ors [1990] 2 MLJ 36 followed.” 23) Kaedah pemakaian A. 14 KKM 2012 juga dapat dilihat melalui kes Malayan Insurance (M) Sdn Bhd v. Asia Hotel Sdn Bhd [1987] 1 CLJ 246; [1987] CLJ (REP) 182; [1987] 2 MLJ 183, Mahkamah Agung telah memutuskan: “The underlying philosophy in the O. 14 provision is to prevent a plaintiff clearly entitled to the money from being delayed his judgment where there is no fairly arguable defence to the claim. The provision should only be applied to cases where there is no reasonable doubt that the plaintiff is entitled to judgment. Order 14 is not intended to shut out a defendant. The jurisdiction should only be exercised in very clear cases.” 24) Sehubungan itu, berdasarkan prinsip undang-undang dan keputusan mahkamah persekutuan di atas mahkamah ini setelah meneliti keseluruhan kertas kausa mendapati bahawa Plaintif telah memenuhi keperluan awalan berikut:
i
(i) Penyataan tuntutan telah diserahkan kepada Defendan;
Subparagraph
(ii) Defendan telah memasuki memorandum kehadiran; dan
Subparagraph
(iii) permohonan Plaintif disokong dengan suatu afidavit yang menentusahkan fakta yang menjadi asas tuntutan yang permohonan berkaitan itu diasaskan. Deponen afidavit sokongan tersebut juga telah menyatakan bahawa mengikut kepercayaannya Defendan-Defendan tidak ada pembelaan terhadap tuntutan dalam penyataan tuntutan. 25) Memandangkan keperluan awalan tersebut di atas telah dipenuhi, beban kini beralih kepada Defendan-Defendan untuk membuktikan di bawah Aturan 14 kaedah-kaedah 3 dan KKM 2012 bahawa terdapat isu atau persoalan yang dipertikaikan yang patut dibicarakan atau terdapat sesuatu sebab yang lain patut untuk diadakan perbicaraan mengenai tuntutan terhadapnya (rujuk juga United Merchant Finance Bhd v. Majlis Agama Islam Negeri Johor [1999] 2 CLJ 151; [1999] 1 MLJ 657). 26) Aturan 14 kaedah 1(1) KKM 2012 memperuntukkan bahawa apabila Pernyataan Tuntutan telah disampaikan kepada defendan dan defendan telah memasukkan kehadiran, plaintif boleh memohon penghakiman atas alasan bahawa defendan tidak mempunyai pembelaan kepada tuntutan dalam writ atau mana-mana bahagian tuntutan tersebut. Aturan 14 kaedah 2(1) mensyaratkan permohonan disokong oleh afidavit yang mengesahkan fakta tuntutan dan menyatakan kepercayaan deponen bahawa tiada pembelaan. Aturan 14 kaedah 3(1) pula memperuntukkan bahawa melainkan permohonan ditolak atau defendan memuaskan Mahkamah bahawa terdapat isu atau persoalan yang patut dibicarakan, Mahkamah boleh memberikan penghakiman yang adil. 27) Prinsip berkenaan kualiti pembelaan dalam permohonan Aturan 14 pula dijelaskan oleh Mahkamah Agung dalam Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400: "Under an O 14 application, the duty of a judge does not end as soon as a fact is asserted by one party, and denied or disputed by the other in an affidavit. Where such assertion, denial or dispute is equivocal, or lacking in precision or is inconsistent with undisputed contemporary documents or other statements by the same deponent, or is inherently improbable in itself, then the judge has a duty to reject such assertion or denial, thereby rendering the issue not triable." 28) Mahkamah ini juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam Shell Malaysia Trading Sdn Bhd v Filotek Trading Sdn Bhd [1999] 8 CLJ 592, yang menekankan bahawa seorang defendan yang menentang penghakiman terus tidak memadai sekadar berkata beliau tidak berhutang, sebaliknya afidavitnya perlu memperincikan butiran pembelaan yang munasabah: “Lord Blackburn, in John Wallingford v. Mutual Society[1880] 5 App Cas 685 at 704, thus stressed the importance of an affidavit stating facts which can satisfy the court that there is reasonable ground for the stated defence: I think that when the affidavits are brought forward to raise that defence they must, if I may use the expression, condescend upon particulars. It is not enough to swear, 'I owe the man nothing'. Doubtless, if it was true, that you owed the man nothing, as you swear, that would be a good defence. But that is not enough. You must satisfy the judge that there is reasonable ground for saying so. So again, if you swear that there was fraud, that will not do. It is difficult to define it, but you must give such an extent of definite facts pointing to the fraud as to satisfy the judge that those are facts which make it reasonable that you should be allowed to raise the defence. Likewise, in O. 14 proceedings, a defendant's affidavit must "condescend upon particulars" and "should, as far as possible, deal specifically with the plaintiff's claim and affidavit, and state clearly and concisely what the defence is, and what facts are relied on to support it". The English Supreme Court Practice 1997 vol. 1 para. 14/3 - 4/4 relates furthermore: A mere general denial that the defendant is [not] indebted will not suffice (Wallingford v. Mutual Society [1880] 5 App. Cas. 685, per Lord Blackburn, p 701; Re General Rail Syndicate, Whiteley's case [1900] 1 Ch. 365, per Lord Lindley M.R., p 369; Anon [1875] W.N. 249, per Quain J., p 250) unless the grounds on which the defendant relies on as showing that he is not indebted are stated (ibid). If the affidavit commences with a statement that the defendant is not indebted to the plaintiff in the account claimed, or any part thereof, it should state why the defendant is not so indebted, and state the real nature of the defence relied on (Re General Rail Syndicate, above).” [Emphasis added] 29) 30) Dalam Pengiran Othman Shah bin Pengiran Mohd Yussof & Anor v Karambunai Resorts Sdn Bhd & 3 Ors [1996] 1 CLJ 257, Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa Mahkamah boleh menolak pertikaian fakta yang tidak selari dengan dokumen kontemporari yang tidak dipertikaikan: "Where the affidavit evidence discloses a dispute of facts, the Court is entitled to reject those facts if they are found to be inconsistent with undisputed contemporary documents." 31) Prinsip di dalam kes Pengiran Othman Shah ini menunjukkan bahawa apabila keterangan afidavit mendedahkan pertikaian fakta, Mahkamah berhak menolak fakta tersebut sekiranya ia didapati bercanggah dengan dokumen kontemporari yang tidak dipertikaikan. Walaupun kes tersebut diputuskan dalam konteks Aturan 18 kaedah 19, prinsip tersebut adalah terpakai secara analogi dalam permohonan di bawah Aturan 14 KKM 2012, kerana fungsi Mahkamah dalam permohonan penghakiman terus adalah untuk menentukan sama ada wujud isu bona fide yang benar-benar memerlukan perbicaraan penuh. 32) Berbalik kepada kes di hadapan Mahkamah ini, penafian Defendan Kedua berhubung liabiliti, jumlah tuntutan dan faedah lewat bayar adalah tidak memadai untuk mewujudkan isu yang perlu dibicarakan. Penafian tersebut bercanggah dengan dokumen kontemporari, khususnya Borang Permohonan Had Kredit bertarikh 15.01.2021, Surat Jaminan bertarikh 15.01.2021, invois-invois, pesanan penghantaran, penyata akaun, nota debit dan surat tuntutan. Dokumen-dokumen tersebut menunjukkan secara konsisten bahawa Defendan Kedua telah menempatkan dirinya sebagai penjamin yang bertanggungan sebagai penghutang prinsipal kepada Plaintif. Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh Defendan Kedua adalah tidak bona fide, tidak disokong oleh dokumen yang mencukupi, dan tidak mewujudkan sebarang pembelaan yang patut dibicarakan. 33) Prinsip yang sama diperincikan semula oleh Mahkamah Persekutuan dalam Icon City Development Sdn Bhd v Lee Kean Hwa & Ors [2025] 10 CLJ 867, iaitu sesuatu persoalan tafsiran kontrak yang berasaskan fakta yang jelas dan tidak dipertikaikan boleh diputuskan melalui penghakiman terus tanpa perbicaraan penuh: "That issue of interpretation of contract is a pure question of law which is plainly within the purview of the Court to decide in hearing a summary judgment application... Rarely would factual witnesses be necessary to give oral evidence as to what they understood the contract to mean..." 34) Bagi tuntutan barangan yang dijual dan dihantar, Mahkamah menerima prinsip bahawa dokumen harian perniagaan seperti borang permohonan kredit, pesanan pembelian, pesanan penghantaran, invois, nota debit dan penyata akaun boleh secara kolektif membuktikan kewujudan kontrak dan keberhutangan komersial. 35) Merujuk kepada kes Perangsang Dagang Sdn Bhd v Tanjung Teras Sdn Bhd & Ors [2008] 2 CLJ 199, Mahkamah Tinggi memutuskan: "In cases involving goods sold and delivered, there is no one piece of agreement signed by both parties... the law... had recognised that all the documentation that accompany the day to day transactions would collectively constitute a binding contract. The documents... are Delivery Orders, Delivery Notes, Invoices, Statement of Accounts and Debit Notes." 36) Mahkamah dalam Perangsang Dagang juga menyatakan bahawa kegagalan membantah penyata akaun atau caj faedah dalam transaksi berterusan boleh menimbulkan estoppel melalui doktrin non-query of account stated: "Failure to raise any objections as to the amount stated in the documents or imposition of interest despite the fact that the parties had been transacting for years would give rise to a situation of non query of account stated. The non-query would estop the defendant from raising now any disputes that they could have raised earlier." 37) Mahkamah ini juga merujuk kes Wong Cheng Yong (T/A Chengy Enterprise) & Anor v Confast Hardware & Fasteners Sdn Bhd [2018] CLJU 1285, Mahkamah Tinggi menjelaskan bahawa dalam tuntutan barangan yang dijual dan dihantar, bukti lazim ialah pesanan pembelian, pesanan penghantaran dan invois. Mahkamah turut menekankan bahawa kegagalan pembeli membantah dokumen pada masa material melemahkan pertikaian yang dibangkitkan kemudian. "Generally, it is plain that the seller in a claim for payment for goods sold and delivered must prove that the order was made and the goods were received by the buyer. The proof is commonly by way of producing in court the purchase order, delivery order and the invoice for the goods." 38) Selanjutnya, dalam kes Lee Sin Hwee & Ors v Ipmuda Selatan Sdn Bhd [2021] CLJU 70, Mahkamah Tinggi menerima bahawa Delivery Orders, Invoices, Receipts, Interest Debit Memo dan Statement of Account merupakan dokumen yang mencukupi untuk mengalihkan beban kepada defendan bagi menyangkal tuntutan; "Thus, by exhibiting the Documents the Respondent has provided evidence of the key documents to support its claim for goods sold and delivered and it now turned upon the Appellant to rebut this evidence." 39) Berhubung peruntukan bayaran, seksyen 60 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan bahawa jika penghutang menyatakan secara nyata atau melalui keadaan yang menunjukkan hutang tertentu yang hendak dijelaskan, bayaran hendaklah diperuntukkan mengikut arahan tersebut. Namun, seksyen 61 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan sebaliknya apabila penghutang tidak membuat intimasi: "Where the debtor has omitted to intimate, and there are no other circumstances indicating to which debt the payment is to be applied, the creditor may apply it at his discretion to any lawful debt actually due and payable to him from the debtor..." 40) Mahkamah Rayuan di dalam kes Imej Tenggara Sdn Bhd v Sealion Hotel Sdn Bhd [2017] 2 CLJ 651, menjelaskan bahawa apabila penghutang tidak membuat intimasi, budi bicara peruntukan berada pada pemiutang, dan beban membuktikan adanya arahan khusus terletak kepada penghutang: "The above provision [Section 61] is clear that the contractual discretion is therefore on a creditor to appropriate payment where the debtor fails to intimate the same. Where a debtor alleges appropriation to be made in a particular way the burden is on the debtor to prove the same." 41) Berhubung jaminan, seksyen 79 Akta Kontrak 1950 mentakrifkan kontrak jaminan sebagai kontrak untuk melaksanakan janji atau melepaskan liabiliti orang ketiga jika berlaku kemungkiran. Seksyen 80 menyatakan bahawa apa-apa yang dibuat atau dijanjikan untuk manfaat penghutang prinsipal adalah balasan mencukupi kepada penjamin. Seksyen 81 memperuntukkan bahawa liabiliti penjamin adalah co-extensive dengan liabiliti penghutang prinsipal melainkan diperuntukkan sebaliknya oleh kontrak. Seksyen 82 pula mentakrifkan jaminan berterusan sebagai jaminan yang meliputi siri transaksi. 42) Mahkamah ini merujuk Fulcrum Capital Sdn Bhd v Dato’ Samsudin Abu Hassan & Ors [2001] 5 CLJ 73; [2000] MLJU 610, sebagaimana dirujuk dalam Advance Solar Sdn Bhd lwn Andeli Solar Sdn Bhd & Satu Lagi [2023] SMCU 21, yang memutuskan bahawa pemiutang berhak mengambil tindakan terus terhadap penjamin apabila hutang yang dijamin telah menjadi kena bayar: "It was not open for Dato’ Samsudin, as a guarantor, to demand that Fulcrum called upon Rahaz Sdn Bhd - the principal debtor, to pay off the debt. Indeed, Fulcrum was entitled to and was at liberty to proceed against the guarantor... Bluntly put, as a guarantor Dato’ Samsudin was answerable for the default of Rahaz Sdn Bhd." 43) Seterusnya, dalam kes Bank Bumiputra Malaysia Bhd v Esah Binti Abdul Ghani [1985] CLJ Rep 41; [1986] 1 MLJ 165, prinsip yang sama diterima, iaitu pemiutang mempunyai hak tidak terhalang untuk menuntut terhadap penjamin menurut terma jaminan, tertakluk kepada kontrak yang ditandatangani. 44) Berhubung kadar faedah 1.5% sebulan dalam transaksi barangan, Perangsang Dagang memutuskan bahawa kadar tersebut merupakan amalan pasaran yang diterima dalam transaksi barangan dijual dan dihantar, dan bukan bukti bahawa pembekal barangan menjalankan perniagaan pemberian pinjaman wang: "The imposition of 1.5% interest on overdue accounts is so common in cases involving goods sold and delivered that it is safe to say that it has been a well established and accepted market practice... The companies are not scheduled businesses... and they are not involved in the business of money lending. The credit terms are imposed to facilitate the buying and selling of goods..." 45) Rujukan selanjutnya kepada Tansa Enterprise Sdn Bhd v Temenang Engineering Sdn Bhd [1994] 2 MLJ 353 dan Woon Hoe Kan & Sons Sdn Bhd v Bandar Raya Developments Bhd [1974] 1 MLJ 24, Mahkamah menerima bahawa faedah lewat bayar pada kadar yang dinyatakan dalam invois boleh dikuatkuasakan apabila pihak yang menerima invois mempunyai pengetahuan dan tidak membantah caj tersebut pada masa material. 46) Berhubung emel dan pengakuan Defendan-Defendan, seksyen 17 Akta Keterangan 1950 mentakrifkan admission sebagai kenyataan lisan atau dokumentar yang mencadangkan inferens berhubung fakta isu atau fakta relevan. Seksyen 21 memperuntukkan bahawa admission adalah relevan dan boleh dibuktikan terhadap pihak yang membuatnya. Dalam konteks komersial, kegagalan membantah notis tuntutan atau surat perniagaan juga boleh membawa implikasi evidens. 47) Dalam kes berikutnya, Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia v Lim Woon Katt [2016] 9 CLJ 73, Mahkamah Rayuan telah menekankan bahawa dalam kes komersial, jika seorang peniaga menerima surat yang menyatakan persetujuan atau liabiliti dan beliau bermaksud mempertikaikannya, beliau hendaklah menjawabnya. Kegagalan berbuat demikian boleh melemahkan pembelaan yang dibangkitkan kemudian. "In commercial cases... if one man of business states in a letter to another that he has agreed to do certain things, the person who receives that letter must answer it if he means to dispute the fact that he did so." F. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu 1: Syarat Awal Aturan 14 Telah Dipenuhi 48) Mahkamah ini berpuas hati bahawa ketiga-tiga syarat awal di bawah National Company telah dipenuhi. Pertama, tindakan ini dimulakan melalui Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah difailkan. Kedua, D2 telah memasukkan kehadiran dan memfailkan pembelaan. Ketiga, permohonan disokong oleh Afidavit Sokongan Chan Wing Ngon yang mengesahkan fakta tuntutan dan menyatakan kepercayaan bahawa D2 tidak mempunyai pembelaan yang bona fide. 49) D2 tidak menimbulkan bantahan teknikal yang kukuh terhadap pematuhan Aturan 14. Dakwaan bahawa permohonan ini cacat atau tidak sesuai kerana jumlah faedah diperbetulkan adalah tidak memadai. Pembetulan matematik yang mengurangkan jumlah tuntutan tidak menukar sifat kausa tindakan, iaitu tuntutan hutang komersial bagi barangan yang dibekalkan dan dijamin oleh D2. Isu 2: Dokumen Kontemporari Membuktikan Barangan Dijual dan Dihantar 50) Mahkamah mendapati Plaintif telah mengemukakan dokumen utama yang lazimnya diperlukan dalam tuntutan barangan yang dijual dan dihantar, iaitu borang permohonan kredit, surat jaminan, invois, pesanan penghantaran, nota debit, penyata akaun dan rekod bayaran. Dokumen-dokumen tersebut saling menyokong dan membentuk rekod transaksi komersial yang konsisten. 51) Pembelaan D2 tidak menafikan secara khusus bahawa barangan di bawah Invois No. 217303 telah dibekalkan atau bahawa D1 menerima manfaat bekalan tersebut. Sebaliknya, D2 menumpukan bantahan kepada pengiraan, peruntukan bayaran dan faedah. Dalam keadaan ini, Mahkamah tidak boleh menutup mata terhadap fakta bahawa D2 sendiri melalui emel 4.11.2025 merujuk kepada “your supplied cables were used” dalam projek kerajaan. 52) Mahkamah menerima prinsip dalam Perangsang Dagang, Wong Cheng Yong dan Lee Sin Hwee bahawa dokumen perniagaan harian, jika tidak dibantah pada masa material, mencukupi untuk menyokong penghakiman terus. Bantahan umum yang dibangkitkan selepas notis tuntutan dan selepas tindakan difailkan tidak menjadi isu triable jika bercanggah dengan dokumen kontemporari. Isu 3: Dakwaan Aturan Kredit Ialah Pinjaman Wang atau Melanggar Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 53) Mahkamah menolak hujah D2 bahawa pengaturan kredit dagangan dalam kes ini merupakan transaksi pemberian pinjaman wang. Kausa tindakan Plaintif tidak lahir daripada peminjaman wang oleh Plaintif kepada D1. Sebaliknya, tuntutan lahir daripada pembekalan wayar dan kabel kepada D1 dengan terma kredit 90 hari. 54) Kewujudan had kredit RM500,000.00 tidak menjadikan Plaintif pemberi pinjam wang. Had kredit tersebut hanyalah had komersial bagi bekalan barangan secara kredit. Tiada wang tunai dipinjamkan kepada D1; yang dibekalkan ialah barangan. Dokumen-dokumen seperti pesanan pembelian, invois, pesanan penghantaran dan penyata akaun mengukuhkan sifat transaksi sebagai goods sold and delivered. 55) Mahkamah menerima prinsip bahawa caj faedah lewat bayar 1.5% sebulan dalam transaksi barangan tidak dengan sendirinya mengubah pembekal barangan menjadi pemberi pinjam wang. Oleh itu, Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 tidak terpakai terhadap transaksi ini. Hujah D2 dalam isu ini adalah pembelaan rekaan yang tidak menimbulkan isu bona fide. 56) Mahkamah ini turut mengambil maklum pendekatan Mahkamah Persekutuan dalam Triple Zest Trading & Suppliers & Ors v Applied Business Technologies Sdn Bhd [2023] MLJU 2285 mengenai keperluan melihat kepada substans sebenar transaksi bagi menentukan sama ada suatu transaksi ialah moneylending. Dalam kes ini, substans sebenar transaksi adalah jualan barangan secara kredit, bukan pinjaman wang. Isu 4: Peruntukan Bayaran dan Seksyen 61 Akta Kontrak 1950 57) D2 berhujah bahawa bayaran RM10,000.00 pada 27.8.2025 dan RM10,000.00 pada 7.10.2025 wajib diperuntukkan kepada prinsipal dan bukan kepada faedah. Mahkamah mendapati hujah ini tidak disokong oleh bukti kontemporari. Slip bayaran yang dirujuk tidak menunjukkan sebarang arahan nyata bahawa bayaran tersebut hendaklah diperuntukkan kepada prinsipal sahaja. 58) Apabila tiada intimasi khusus oleh penghutang, seksyen 61 Akta Kontrak 1950 membenarkan pemiutang memperuntukkan bayaran kepada mana-mana hutang sah yang terhutang dan kena bayar. Prinsip ini selari dengan Imej Tenggara. Oleh itu, Plaintif berhak memperuntukkan bayaran tersebut kepada faedah lewat bayar yang telah terakru. 59) Dalam apa jua keadaan, perbezaan antara Senario 1 dan Senario 2 hanyalah RM277.28. Perbezaan matematik yang kecil dan boleh dipastikan melalui dokumen tidak memerlukan perbicaraan penuh. Mahkamah, setelah menilai seksyen 61 dan ketiadaan intimasi, menerima Senario 1 iaitu jumlah RM199,695.21 setakat 10.10.2025. Isu 5: Permulaan Faedah, Kompaun Faedah dan Pembetulan Matematik 60) D2 berhujah bahawa faedah telah dikira dari tarikh invois dan bukan selepas tempoh kredit 90 hari, dan bahawa pengiraan tersebut menunjukkan faedah kompaun. Mahkamah menerima bahawa Plaintif telah membuat pembetulan pengiraan melalui Afidavit Jawapan, iaitu faedah bagi Invois No. 217095 bermula pada 18.3.2022 dan faedah bagi Invois No. 217303 bermula pada 28.3.2022, selepas tamat tempoh kredit masing-masing. 61) Pembetulan ini adalah pembetulan bona fide yang menguntungkan Defendan kerana mengurangkan jumlah tuntutan. Ia tidak menukar kontrak, tidak menukar kausa tindakan, dan tidak menimbulkan isu fakta yang memerlukan perbicaraan. Dalam permohonan Aturan 14, Mahkamah boleh menerima jumlah yang lebih rendah dan lebih tepat jika jumlah tersebut jelas daripada afidavit dan dokumen. 62) Mahkamah juga mendapati dakwaan faedah berkompaun tidak terbukti. Jadual pengiraan Plaintif menunjukkan bahawa faedah dikira atas prinsipal tertunggak dari masa ke masa, dan dua bayaran terakhir diperuntukkan kepada faedah di bawah Senario
1
Tiada bukti bahawa faedah terdahulu dijadikan prinsipal baharu untuk menghasilkan faedah atas faedah. 63) Dalam keadaan ini, isu pengiraan hanyalah isu matematik dan tafsiran kontrak. Berdasarkan Icon City dan Bank Negara, Mahkamah tidak perlu menghantar kes ke perbicaraan hanya kerana pengiraan memerlukan penelitian; yang penting ialah sama ada fakta asas dipertikaikan secara bona fide. Di sini, fakta asas tidak dipertikaikan secara munasabah. Isu 6: Invois No. 217095 dan Akaun Semasa Berjalan 64) D2 menyatakan bahawa tuntutan Plaintif seolah-olah berasaskan Invois No. 217303 sahaja dan oleh itu faedah Invois No. 217095 tidak boleh dimasukkan. Mahkamah menolak hujah ini. Pernyataan Tuntutan memplidkan jumlah keseluruhan RM219,815.10, Penyata Akaun dan Notis Tuntutan menunjukkan akaun berjalan yang meliputi liabiliti barangan dan faedah lewat bayar, dan dokumen ekshibit bertanda SC-8 dan/atau SC-9 menjelaskan bahawa faedah Invois No. 217095 sebanyak RM31,719.57 masih belum dibayar walaupun prinsipalnya telah selesai. 65) Dalam Sepangar Chemical Industry Sdn Bhd v Sinora Sdn Bhd [2020] CLJU 2256, Mahkamah ini menerima bahawa dalam akaun semasa atau running account, semua liabiliti dan pembayaran direkodkan mengikut tarikh sebagai satu hubungan penghutang-pemiutang yang berterusan. Prinsip tersebut terpakai di sini. D2 tidak menunjukkan sebarang bantahan kontemporari terhadap penyata akaun yang membawa ke hadapan baki faedah Invois No. 217095. 66) Oleh itu, isu Invois No. 217095 tidak menimbulkan serangan hendap prosedural terhadap D2. D2 telah mengetahui asas tuntutan melalui notis tuntutan, penyata akaun, nota debit dan afidavit Plaintif. Kegagalan membantah pada masa material mewujudkan keadaan non-query of account stated. Isu 7: Emel D2 bertarikh 4.11.2025 dan 7.11.2025 67) Mahkamah meneliti emel-emel D2 dan mendapati emel tersebut tidak ditandakan “without prejudice” atau “tanpa prasangka”. Kandungannya juga bukan semata-mata rundingan penyelesaian tanpa pengakuan. Sebaliknya, D2 menjelaskan alasan kewangan, memohon pengecualian faedah, mencadangkan jadual pembayaran, dan menyatakan penerimaan tanggungjawab terhadap baki prinsipal mengikut rekod Defendan. 68) Mahkamah tidak mengatakan bahawa emel tersebut secara sendirinya menetapkan jumlah RM83,253.44 sebagai prinsipal. Namun, emel tersebut merupakan bukti kuat bahawa D2 tidak mempertikaikan pembekalan barangan, penggunaan kabel, kewujudan hutang prinsipal dan liabiliti asas D1. Oleh itu, emel tersebut melemahkan secara serius pembelaan D2 yang cuba menggambarkan keseluruhan tuntutan sebagai tidak jelas dan tidak sesuai untuk penghakiman terus. 69) Berdasarkan seksyen 17 dan 21 Akta Keterangan 1950 serta prinsip Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia v Lim Woon Katt, Mahkamah berhak mengambil kira emel terbuka D2 sebagai admission atau sekurang-kurangnya kenyataan kontemporari yang bercanggah dengan penafian lewat dalam afidavit. Isu 8: Liabiliti D2 Sebagai Penjamin 70) D2 berhujah bahawa penghakiman terus terhadap beliau sebagai penjamin adalah pramatang selagi liabiliti D1 belum diputuskan melalui penghakiman. Hujah ini ditolak. D1 telah gagal memasukkan kehadiran dan tidak mempertikaikan tuntutan. Lebih penting, D2 telah menandatangani Surat Jaminan yang secara ekspres menjadikan beliau bertanggungan kepada Plaintif sebagai penghutang prinsipal bagi semua wang yang dijamin. 71) Seksyen 81 Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa liabiliti penjamin adalah co-extensive dengan liabiliti penghutang prinsipal, melainkan kontrak memperuntukkan sebaliknya. Dalam kes ini, kontrak bukan sahaja tidak mengehadkan liabiliti D2, malah memperluaskannya melalui klausa yang menyamakan D2 sebagai penghutang prinsipal antara D2 dan Plaintif. 72) Berdasarkan Bank Bumiputra, Fulcrum Capital dan Advance Solar, Plaintif tidak diwajibkan terlebih dahulu mendapatkan penghakiman terhadap D1 sebelum menuntut D2. Setelah hutang D1 menjadi kena bayar dan D2 menjamin pembayaran tersebut, Plaintif berhak mengambil tindakan terus terhadap D2. 73) D2 tidak memplidkan atau membuktikan sebarang pembelaan khusus terhadap Surat Jaminan seperti salah nyata, penipuan, paksaan, pelepasan penjamin, variasi material tanpa persetujuan, atau pembatalan jaminan berterusan. Penafian umum bahawa jumlah dipertikaikan tidak mencukupi untuk menafikan liabiliti di bawah Surat Jaminan. G. KESIMPULAN 74) Setelah menilai keseluruhan bahan, Mahkamah ini mendapati Plaintif telah membuktikan kes prima facie di bawah Aturan 14 KKM 2012. Beban kemudiannya beralih kepada D2 untuk menunjukkan isu bona fide yang wajar dibicarakan. D2 gagal melepaskan beban tersebut. 75) Pembelaan D2 mengenai pengiraan faedah, peruntukan bayaran, Invois No. 217095, dakwaan faedah kompaun, Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan liabiliti penjamin adalah sama ada tidak disokong oleh dokumen, bercanggah dengan dokumen kontemporari, merupakan persoalan undang-undang atau matematik, atau merupakan pemikiran terkemudian yang tidak memerlukan perbicaraan penuh. 76) Mahkamah ini juga mendapati bahawa penghakiman bagi jumlah yang diperbetulkan iaitu RM199,695.21 tidak memprejudiskan D2 kerana jumlah tersebut lebih rendah daripada jumlah asal RM219,815.10 yang dipohon dalam Notis Permohonan. Pembetulan tersebut adalah berdasarkan jadual pengiraan yang diperincikan dalam Afidavit Jawapan Plaintif dan telah dibalas oleh D2. 77) Oleh itu, berdasarkan alasan-alasan yang telah dinyatakan di atas dan atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini setelah menilai keseluruhan keterangan yang ada dengan ini memutuskan dan membenarkan permohonan Plaintif di bawah Kandungan 14 dan memasukkan Penghakiman Terus terhadap D2 seperti berikut:
i
(i) D2 diperintahkan membayar kepada Plaintif, secara bersesama dan berasingan dengan D1, jumlah RM199,695.21 setakat 10.10.2025.
Subparagraph
(ii) D2 diperintahkan membayar faedah kontraktual pada kadar 1.5% sebulan ke atas baki prinsipal tertunggak sebanyak RM83,253.44 dari 11.10.2025 sehingga tarikh penyelesaian penuh.
Subparagraph
(iii) Kos permohonan ini ditetapkan sebanyak RM3,000.00 dibayar oleh D2 kepada Plaintif. Bertarikh pada 2 Julai 2026. ……….. fatimah ………. (SITI FATIMAH BINTI TALIB) Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 11 Kuala Lumpur KAUNSEL: BAGI PIHAK PLAINTIF: Peguamcara: Mr. Tan Chou Chen Tetuan Tan, Cheong & Partner BAGI PIHAK DEFENDAN KEDUA: Peguamcara: Mr. Lewis / Mr. Krish Maniam, Tetuan Krish Maniam & Co. SENARAI OTORITI YANG DIRUJUK DAN DIIKUTI
1
Advance Solar Sdn Bhd lwn Andeli Solar Sdn Bhd & Satu Lagi [2023] SMCU 21.
2
Bank Bumiputra Malaysia Bhd v Esah Binti Abdul Ghani [1985] CLJ Rep 41; [1986] 1 MLJ 165.
3
Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400.
4
Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying & Anor [2006] 3 CLJ 544; [2006] 2 MLJ 685.
5
Fulcrum Capital Sdn Bhd v Dato’ Samsudin Abu Hassan & Ors [2001] 5 CLJ 73; [2000] MLJU 610.
6
Icon City Development Sdn Bhd v Lee Kean Hwa & Ors [2025] 10
7
Imej Tenggara Sdn Bhd v Sealion Hotel Sdn Bhd [2017] 2 CLJ
651
651.
8
Lee Sin Hwee & Ors v Ipmuda Selatan Sdn Bhd [2021] CLJU 70.
9
Malayan Insurance (M) Sdn Bhd v Asia Hotel Sdn Bhd [1987] 1 CLJ 246; [1987] CLJ (Rep) 182; [1987] 2 MLJ 183.
10
National Company for Foreign Trade v Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 1 CLJ (Rep) 283; [1984] 1 MLRA 190; [1984] 2 MLJ 300.
11
Pengiran Othman Shah bin Pengiran Mohd Yussof & Anor v Karambunai Resorts Sdn Bhd & 3 Ors [1996] 1 CLJ 257.
12
Perangsang Dagang Sdn Bhd v Tanjung Teras Sdn Bhd & Ors [2008] 2 CLJ 199.
13
Sepangar Chemical Industry Sdn Bhd v Sinora Sdn Bhd [2020]
14
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd v Filotek Trading Sdn Bhd [1999]
15
Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia v Lim Woon Katt [2016] 9 CLJ 73.
16
Supreme Leasing Sdn Bhd v Dior Enterprises & Ors [1990] 2 MLJ
36
36.
17
Tansa Enterprise Sdn Bhd v Temenang Engineering Sdn Bhd [1994] 2 MLJ 353.
18
Triple Zest Trading & Suppliers & Ors v Applied Business Technologies Sdn Bhd [2023] MLJU 2285.
19
United Merchant Finance Bhd v Majlis Agama Islam Negeri Johor [1999] 2 CLJ 151; [1999] 1 MLJ 657.
20
Wong Cheng Yong (T/A Chengy Enterprise) & Anor v Confast Hardware & Fasteners Sdn Bhd [2018] CLJU 1285.
21
Woon Hoe Kan & Sons Sdn Bhd v Bandar Raya Developments Bhd [1974] 1 MLJ 24. 1)
1
PERUNTUKAN STATUTORI YANG DIRUJUK Akta Kontrak 1950 - seksyen 60, 61, 79, 80, 81 dan 82.
2
Akta Keterangan 1950 - seksyen 17 dan 21.
3
Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 - seksyen 2 (dirujuk bagi isu definisi pemberi pinjam wang / moneylending).
4
Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 - Aturan 14 kaedah 1, 2, 3 dan 4.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.