Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-A52NCvC-3-01/2022 ANTARA SPRING ENERGY SDN BHD NO. SYARIKAT: 446344-H …PLAINTIF DAN JAGUH SAKTI NO SYARIKAT: 1156059-A …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A. Pengenalan
TA-A52NCvC-3-01/2022
Sessions Court of Malaysia29 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“oof It is a trite law that the burden of proof lies on the Plaintiff to prove every single fact as pleaded in its Statement of Claim (SoC). This is clearly provided for in ss 101, 102, and 103 of our Evidence Act 1950. In the case of Johara Bi Abdul Kadir Marican v. Lawrence Lam Kwok Fou & Anor [1980] l MLRA 385; [1981”
“158. Selanjutnya Mahkamah merujuk kepada kes Ewe Saw Lee v. Dato' Sri Andrew Kam Tai Yeow [2023] CLJU 2797 yang memutuskan bahawa: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 41 "(iii) An aspect to note about opinion evidence is that opinion evidenc”
“141. Mahkamah merujuk kepada kes Wong Yee Liang v. Reyne Design Sdn Bhd [2024] CLJU 2748 di mana YA Mohd Radzi Bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa: "[10] Now, SP2 made reference to that conversation dated 2.09.2021 in her Witness Statement at Question 28 where she st”
“150. Mahkamah merujuk kepada kes Pedoman Asli Sdn Bhd v. Majlis Agama Islam Negri Johor [2025] CLJU 886 memutuskan bahawa **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 38 "[76] It is P which had first raised about LISB's appointment by D to replace”
“141. Mahkamah merujuk kepada prinsip undang-undang di dalam kes Multimedia Glory Systems Sdn Bhd V Kerajaan Malaysia & Ors [2025] MLRHU 720 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan prinsip undang-undang ini dalam penghakimannya seperti berikut:- “The Burden Of Proof It is a trite law that the burden of proof lies on th”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-A52NCvC-3-01/2022 ANTARA SPRING ENERGY SDN BHD NO. SYARIKAT: 446344-H …PLAINTIF DAN JAGUH SAKTI NO SYARIKAT: 1156059-A …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A. Pengenalan
1
Ini merupakan rayuan oleh pihak Defendan terhadap keputusan yang diberikan oleh Mahkamah, yang telah membenarkan sebahagian tuntutan Plaintif dengan kos. 10/11/2025 15:07:50
2
Mahkamah telah membenarkan tuntutan Plaintif sebagaimana penyata tuntutan di perenggan 22 Pernyataan Tuntutan sebagaimana berikut:
22
22.1 Satu deklarasi bahawa wujudnya perjanjian yang mengikat Plaintif dan Defendan mengikut terma-terma Perjanjian Lisan tersebut.
22
22.2 Satu deklarasi bahawa Perjanjian Lisan Tersebut ditamatkan akibat penggantungan Projek tersebut dalam awal bulan Julai 2018.
22
22.3 Defendan dikehendaki membayar balik kepada Plaintif baki bayaran pendahuluan sebanyak RM 269,104.80.
22
22.4 Ditolak.
22
22.5 Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh.
22
22.6 Kos sebanyak RM 8000 dibayar oleh pihak Defendan kepada Plaintif.
3
Defendan merupakan pemajak berdaftar sebidang tanah yang dikenal sebagai HSD 4339, PT12172, Mukim Mercang, Daerah Marang,Terengganu yang berukuran lebih kurang 4507.307 hektar (“Tanah tersebut”).
4
Pada atau sekitar bulan April 2018, Plaintif telah antara yang lain, memaklumkan Defendan bahawa:-
4
4.1. Plaintif akan memasuki satu Perjanjian Subkontrak dengan sebuah syarikat bernama China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd ("Perjanjian CCC") untuk pembinaan Jalan Raya Sementara bagi satu projek yang dikenali sebagai "East Coast Rail Link Project' (ECRL) ("Projek tersebut"); dan
4
4.2. Tanah/bahan mentah ("raw earth”) dalam kuantiti yang besar adalah diperlukan untuk dibekalkan bagi kegunaan Projek tersebut.
5
Plaintif dengan itu telah meminta Defendan supaya membenarkan Plaintif memasuki Tanah tersebut untuk mengekstrak tanah/bahan mentah (“raw earth”) untuk dibekalkan bagi kegunaan Projek tersebut dan membeli tanah/bahan mentah ("raw earth”) yang diekstrak daripada Defendan. Defendan telah bersetuju dengan permintaan Plaintif ini.
6
Plaintif dan Defendan seterusnya telah secara lisan bersetuju dengan terma-terma berikut:-
6
6.1. Harga belian bagi tanah/bahan mentah ("raw earth") yang diekstrak oleh Plaintif atas Tanah tersebut disetujui pada harga RM1.00 setiap meter padu ("per cubic metre");
6
6.2 Plaintif perlu membayar jumlah sebanyak RM300,000.00 kepada Defendan sebagai bayaran pendahuluan ("Advance
6
6.3. Bayaran untuk pembelian tanah/bahan mentah ("raw earth”) yang diekstrak oleh Plaintif dari Tanah tersebut akan ditolak/dibayar daripada Bayaran Pendahuluan tersebut sehingga ianya habis dan selepas itu tiada lagi bayaran pendahuluan akan dibuat oleh Plaintif kepada Defendan;
6
6.4. Tempoh masa bagi Plaintif mengekstrak tanah/bahan mentah dari Tanah tersebut untuk dibekalkan bagi kegunaan Projek tersebut adalah tertakluk kepada dan wujud selama tempoh masa Perjanjian CCC serta tempoh perlaksanaan Projek tersebut; dan
6
6.5. Bayaran Pendahuluan dan/atau apa-apa baki Bayaran Pendahuluan yang selebihnya dikehendaki dipulangkan oleh Defendan kepada Plaintif apabila Projek tersebut disiapkan ("completed”) atau ditamatkan (“terminated'') atau digantungkan ("suspended”) (selepas ini terma-terma dalam Perenggan-Perenggan 6.1 sehingga 6.5 di atas akan dirujuk sebagai ''Perjanjian Lisan").
7
Atas permintaan Defendan, Plaintif telah bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran Bayaran Pendahuluan tersebut kepada Defendan. Pada atau sekitar 3.5.2018, Plaintif telah membuat bayaran sebanyak RM300,000.00 kepada Defendan sebagai Bayaran Pendahuluan tersebut melalui satu cek PBB 6744911 bayaran yang mana telah diterima oleh Defendan.
8
Dengan itu, Plaintif telah dibenarkan dan diberi akses untuk memasuki Tanah tersebut untuk menjalankan kerja-kerja pengekstrakan tanah/bahan mentah ("raw earth") disitu. Maka, satu kontrak perjanjian telah pun terjalin dan wujudnya Perjanjian Lisan yang mengikat Plaintif dan Defendan.
9
Plaintif telah memasuki Tanah tersebut dan menjalankan kerja-kerja pengekstrakan tanah/bahan mentah (“raw earth") atas Tanah tersebut sejak bulan Mei 2018. Fakta ini diketahui oleh pengarah-pengarah Defendan iaitu Encik Mike Koshy George dan Encik Liew Jeong Sheng.
10
Bagi tujuan memformalkan terma-terma Perjanjian Lisan tersebut, Defendan telah menyediakan draf Perjanjian berdasarkan Persetujuan Lisan tersebut dan menghantarnya kepada Plaintif melalui e-mel pada 22.5.2018 untuk kelulusan Plaintif ("Deraf Perjanjian Yang Pertama").
11
Selepas perbincangan di antara Plaintif dan Defendan berkenaan dengan Draf Perjanjian Yang Pertama dan pindaan dibuat Defendan telah memberi draf Perjanjian yang kedua kepada Plaintif melalui e-mel pada 25.5.2018 untuk kelulusan Plaintif (''Deraf Perjanjian Yang Kedua").
12
Selepas perbincangan di antara Plaintif dan Defendan berkenaan dengan Draf Perjanjian Yang Kedua dan pindaan dibuat, Defendan telah memberi draf perjanjian yang ketiga kepada Plaintif melalui e-mel pada 10.6.2018 untuk kelulusan Plaintif ("Draf Perjanjian Yang Ketiga").
13
Tetapi sebelum Plaintif dan Defendan sempat memformalkan Perjanjian Lisan tersebut, Projek tersebut telah digantungkan ("Suspended'') dalam awal bulan Julai 2018.
14
Selepas Projek tersebut digantungkan dalam awal bulan Julai 2018, Plaintif tidak lagi mengekstrak tanah/bahan mentah ("raw earth”) dan telah keluar dari Tanah tersebut dalam bulan Julai 2018.
15
Fakta ini juga diketahui oleh pengarah-pengarah Defendan iaitu Encik Mike Koshy George dan Encik Liew Jeong Sheng.
16
Oleh itu, Plaintif hanya berada di Tanah tersebut lebih kurang 2 bulan sahaja untuk menjalankan pengekstrakan tanah/bahan mentah (“raw earth") iaitu dari bulan Mei 2018 sehingga bulan Julai 2018.
17
Dalam tempoh masa kira-kira 2 buIan tersebut, dari Mei 2018 sehingga Julai 2018, jumlah tanah/bahan mentah ("raw earth”) yang telah di ekstrak oleh Plaintif untuk dibekalkan bagi kegunaan Projek tersebut adalah sebanyak 30,895.20 meter padu. Justeru, harga pembelian jumlah tanah/bahan mentah ("raw earth”) adalah sebanyak RM30,895.20 di mana butiran penuh adalah dalam pengetahuan Defendan.
18
Selepas mengambil kira harga pembelian sebanyak RM30,895.20 yang ditolak daripada Bayaran Pendahuluan sebanyak RM300,000.00 tersebut, terdapat baki Bayaran Pendahuluan sebanyak RM269,104.80 yang perlu dipulangkan oleh Defendan kepada Plaintif ("Baki Bayaran Pendahuluan").
19
Walaupun beberapa permintaan dan peringatan telah dibuat oleh Plaintif, Defendan telah cuai, enggan dan gagal membayar balik Baki Bayaran Pendahuluan sebanyak RM269,104.80 tersebut kepada Plaintif.
20
Plaintif telah melalui peguam cara Plaintif menghantar notis tuntutan bertarikh 21.7.2020 kepada Defendan untuk menuntut pembayaran balik Baki Bayaran Pendahuluan sebanyak RM269,104.80 tersebut daripada Defendan.
21
Namun demikian, sehingga tarikh pemfailan pernyataan tuntutan, Defendan tidak mengendahkan permintaan dan tuntutan yang dibuat oleh Plaintif dan telah dan masih enggan dan gagal membayar balik baki Bayaran Pendahuluan sebanyak RM269,104.80 tersebut kepada Plaintif. C. Pembelaan Defendan
22
Defendan mengakui setakat Plaintif ada memaklumkan bahawa mereka akan memasuki perjanjian dengan syarikat China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (Syarikat CCC).
23
Namun begitu Defendan tidak ada pengetahuan tentang kandungan perjanjian tersebut dan meminta Plaintif membuktikan pernyataannya dengan beban pembuktian yang ketat.
24
Defendan hanya mengetahui bahawa Plaintif mahu membeli tanah (“raw earth”) dari Defendan bagi kegunaan projek mereka dengan Syarikat CCC.
25
Defendan ada membenarkan Plaintif untuk memasuki tanah Defendan bagi menjalankan kerja-kerja pengekstrakan tanah.
26
Seterusnya Defendan mengatakan seperti berikut:- a) Defendan memberi kebenaran kepada Plaintif untuk membuat kerja-kerja pengekstrakan tanah di Tanah tersebut kerana Plaintif telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM300,000.00. b) Disebabkan bayaran tersebut telah dibuat, kontrak yang mengikat antara Plaintif dan Defendan adalah bahawa Defendan mesti memberi kebenaran kepada Plaintif untuk melakukan kerja-kerja mengekstrak tanah di Tanah tersebut.
27
Defendan mengakui setakat ada menyediakan draf perjanjian bagi kerja mengekstrak Tanah tersebut melalui peguam Ng Aik Win dari Tetuan Edwin Ng, Syamsul & Associates.
28
Walau bagaimanapun, draf perjanjian tersebut tidak disempurnakan kerana tiada tarikh yang ditetapkan sama ada oleh pihak Plaintif atau Defendan untuk memuktamadkan dan melaksanakan Perjanjian tersebut.
29
Selain daripada itu, Defendan meminta Plaintif membuktikan pengataannya dengan beban pembuktian yang ketat.
30
Defendan langsung tidak diberikan maklumat oleh Plaintif pada masa tersebut bahawa projek ECRL mereka telah digantung sementara waktu.
31
Sebaliknya Defendan hanya mengetahuinya selepas melihat di dalam media.
32
Plaintif juga langsung tidak memaklumkan kepada Defendan bila mereka berhenti menjalankan kerja mengekstrak tanah di Tanah tersebut.
33
Seterusnya Defendan mengatakan seperti berikut:- a) Sepanjang Plaintif menjalankan kerja mengekstrak tanah di Tanah tersebut, Defendan tidak pernah menerima sebarang maklumat tentang berapa banyak tanah yang telah di ekstrak. b) Plaintif tidak pernah menunjukkan apa-apa dokumen sama ada invois atau doket yang menunjukkan jumlah tanah yang telah diekstrak. c) Disebabkan itu Defendan tiada maklumat tentang jumlah tanah yang telah di ekstrak. Namun begitu, berdasarkan keadaan di Tanah tersebut selepas diperiksa, Defendan mendapati bahawa jumlah tanah yang telah di ekstrak oleh Plaintif bernilai lebih RM300,000.00.
34
Oleh yang demikian, Plaintif tidak berhak menuntut apa-apa dari Defendan.
35
Seterusnya berkenaan notis Plaintif bertarikh 21.7.2020, salah seorang pengarah Plaintif yang dikenali sebagai “Yap" memberitahu bahawa Plaintif tersilap menghantar notis tersebut dan mengatakan Defendan tak perlu berbuat apa-apa.
36
Yap memberitahu akan menyelesaikan perkara ini dengan seorang lagi pengarah syarikat Plaintif. Disebabkan itu Defendan tidak menjawab notis bertarikh 21.7.2020 tersebut kepada Plaintif.
37
Seterusnya Defendan mengatakan seperti berikut:- a) Plaintif tidak berhak ke atas wang RM269,104.80 tersebut kerana Plaintif telah mengekstrak tanah di Tanah milik Defendan yang mana setakat pengetahuan Defendan ia telah melebihi jumlah yang telah dibayar oleh Plaintif. b) lni kerana sebaik mengetahui bahawa projek ECRL tersebut telah digantung, Defendan telah pergi ke Tanah tersebut dan mendapati bahawa tanah yang di ekstrak telah melebihi jumlah RM300,000.00 yang dibayar oleh Plaintif. c) Oleh itu pengataan Plaintif kononnya Defendan telah diperkayakan secara tidak adil adalah tidak berasas.
38
Sepanjang pengetahuan Defendan jumlah tanah yang diekstrak oleh Plaintif di Tanah Defendan telah melebihi apa yang dibayar oleh Plaintif. D. Fakta-Fakta yang Dipersetujui
39
Defendan merupakan pemajak berdaftar sebidang tanah yang dikenali sebagai HSD 4339, PT 12172, Mukim Mercang, Daerah Marang, Terengganu yang berukuran lebih kurang 4507.307 hektar ('Tanah tersebut’)
40
Plaintif memaklumkan Defendan bahawa Plaintif akan memasuki satu Perjanjian Subkontrak dengan syarikat China Communications Contruction (ECRL) Sdn Bhd (“syarikat CCC”).
41
Plaintif telah meminta Defendan supaya membenarkan Plaintif memasuki Tanah tersebut untuk mengekstrak tanah/bahan mentah (raw earth) untuk dibekalkan bagi kegunaan projek dengan Syarikat CCC tersebut dan membeli tanah/bahan mentah (raw earth) yang diekstrak daripada Defendan.
42
Defendan telah bersetuju dengan permintaan Plaintif ini.
43
Plaintif dan Defendan seterusnya telah secara lisan bersetuju dengan terma-terma berikut:
43
43.1. Harga belian bagi tanah/bahan mentah (“raw earth”) yang diekstrak olehPlaintif atas tanah tersebut disetujui pada harga RM 1.00 setiap meter padu (“per cubic metre”)
43
43.2. Plaintif perlu membayar jumlah sebanyak RM300,000 kepada Defendan sebagai bayaran pendahuluan (“Advance
43
43.4. Bayaran untuk pembelian tanah/bahan mentah (“raw earth”) yang di ekstrak oleh Plaintif dari Tanah tersebut akan ditolak/dibayar daripada Bayaran Pendahuluan tersebut sehingga ia habis dan selepas itu, tiada lagi bayaran pendahuluan akan dibuat oleh Plaintif kepada Defendan.
44
Atas permintaan Defendan, Plaintif telah bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran Bayaran Pendahuluan tersebut kepada Defendan.
45
Pada atau sekitar 3.5.2018, Plaintif telah membuat bayaran sebanyak RM300,000.00 kepada Defendan sebagai Bayaran Pendahuluan tersebut melalui satu cek P88674491, bayaran yang mana telah diterima oleh Defendan.
46
Dengan itu, Plaintif telah dibenarkan dan diberi akses untuk memasuki Tanah tersebut untuk menjalankan kerja-kerja pengekstrakan tanah/bahan mentah ("raw earth") di situ.
47
Plaintif telah memasuki Tanah tersebut dan menjalankan kerja-kerja pengekstrakan tanah/bahan mentah ("raw earth") atas Tanah tersebut sejak bulan Mei 2018.
48
Fakta ini diketahui oleh pengarah-pengarah Defendan iaitu Encik Mike Koshy George dan Encik Liew Jeong Sheng.
49
Isu-Isu untuk Dibicarakan Isu-isu yang hendak dibicarakan yang difailkan adalah sebagaimana berikut: a) Sama ada terdapat perjanjian lisan di antara Plaintif dan Defendan atas terma-terma seperti yang diplidkan dalam perenggan 6.1 hingga 6.5 Pernyataan Tuntutan tersebut? b) Sama ada Plaintif hanya mengekstrak jumlah “raw earth” sebanyak 30,895.20 meter padu dari Tanah tersebut yang bernilai RM30,895.20 ataupun jumlah “raw earth” yang diekstrak oleh Plaintif adalah bernilai melebihi RM30,000.00? c) Sama ada Plaintif berhak untuk tuntutannya terhadap Defendan sebanyak RM269,104.80?
50
Perbicaraan Perbicaraan penuh telah berjalan selama dua hari iaitu pada 12.08.2024 dan 13.02.2025 dengan 5 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan, iaitu dua orang saksi di pihak Plaintif dan tiga orang saksi bagi pihak Defendan.
51
Saksi-Saksi yang memberi keterangan adalah sebagaimana berikut: a) SP1: Yap Yee Huat (Pengarah Eksekutif Plaintif) b) SP2: Rosli Bin Ahmad (Juruukur) c) SD1: Koshy George (Pengarah Defendan) d) SD2: Wan Mohd Faiz Bin Wan Abd Rahman (Juruukur) e) SD3: Ng Aik Win (Peguam yang menyediakan draf perjanjian) F. Hujahan Plaintif I. Isu Pertama
52
Terma dalam perenggan 6.1 hingga 6.3 Pernyataan Tuntutan tersebut telah dipersetujui oleh Defendan melalui perenggan 4.1 hingga 4.3 dalam Fakta-fakta Yang Dipersetujui (Ikatan B), iaitu:- 1) Harga belian bagi raw earth yang diekstrak oleh Plaintif atas Tanah tersebut disetujui pada harga RM1.00 setiap meter padu; 2) Plaintif perlu membayar jumlah sebanyak RM300,000.00 kepada Defendan sebagai bayaran pendahuluan ("Advance Payment"); 3) Bayaran untuk pembelian “raw earth” yang diekstrak oleh Plaintif dari Tanah tersebut akan ditolak/dibayar daripada Bayaran Pendahuluan tersebut sehingga ianya habis dan selepas itu tiada lagi bayaran pendahuluan akan dibuat oleh Plaintif kepada Defendan.
53
Terma dalam perenggan 6.4 Pernyataan Tuntutan tersebut telah diperuntukkan dalam klausa 2.1 dalam draf perjanjian ke-3 di m.s. 30 lkatan G, iaitu:- "Contract Duration 2.1 The duration of this Agreement shall commence from the execution of this Agreement and upon the Vendors receipt of the Purchaser's payment of the Deposit and the Advance Payment as outlined in Clause 3.1 (a) & (b) hereinafter and the tenure of which shall be bound on a back-to-back / concurrent basis with the duration of the Purchaser's Supply/ Contractor Agreement with CCCC ECRL."
54
SD1 iaitu pengarah Defendan mengesahkan Defendan bersetuju dengan klausa 2.1 tersebut semasa pemeriksaan balas.
55
Manakala terma dalam perenggan 6.5 Pernyataan Tuntutan tersebut iaitu pembayaran pendahuluan atau baki pembayaran pendahuluan akan dipulangkan apabila perjanjian siap, ditamatkan, digantung telah diperuntukkan dalam klausa 3.4 (ii) dalam draf perjanjian ke-3 di m.s. 31 lkatan G, iaitu: “3.4 Further, the advance payment or any balance remaining shall be fully refunded to the Purchaser by the Vendor under any of the following circumstances:-
II
(ii) Termination and/or suspension of the entire ECRL project, which in effect shall pause the termination and/or suspension of the Supply/Contractor Agreement between the Purchaser and CCC ECRL."
56
SD1 iaitu pengarah Defendan mengesahkan Defendan bersetuju dengan klausa 3.4(ii) tersebut semasa pemeriksaan balas.
57
Maka Plaintif berhujah bahawa terdapat perjanjian lisan di antara Plaintif dan Defendan atas terma-terma seperti yang diplidkan dalam perenggan 6.1 hingga 6.5 Pernyataan Tuntutan tersebut.
58
Adalah fakta yang dipersetujui bahawa Plaintif telah memasuki Tanah tersebut dan menjalankan kerja-kerja pengekstrakan “raw earth” atas Tanah tersebut sejak bulan Mei 2018.
59
Perjanjian lisan di antara Plaintif dan Defendan telah ditamatkan akibat daripada penggantungan Projek ECRL tersebut awal Julai 2018.
60
Dalam Jawapan 3 Penyata Saksi beliau, SP1 memberikan keterangan bahawa:- A: On or around April 2018, the Plaintiff had informed Defendant that:- (i) the Plaintiff will enter into a subcontract agreement with a company named China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd ("the CCC Agreement") for the construction of temporary road for a project known as "East Coast Rail Link Project" ("the said Project"); and a large quantity of raw earth/material is required to be supplied to be used for the construction of the said temporary road.
61
Raw earth yang diekstrak itu akan digunakan untuk Projek ECRL tersebut. Tetapi Projek ECRL tersebut telah digantung pada awal Julai 2018.
62
Dalam Jawapan 17 Penyata Saksi beliau, SP1 memberikan keterangan bahawa:- A: After the East Coast Rail Link Project was suspended in early July 2018, the CCC Agreement/the Subcontract was also terminated as the construction of the said temporary road was no longer needed. Thereafter the Plaintiff no longer extracted raw earth/materials and had exited from the said Land in the month of July 2018. This fact is also known to the Defendant's directors namely Mr Mike Koshy George and Mr Liew Jeong Sheng.This means the Plaintiff was at the Land for approximately 2 months only to carry out extraction of the raw earth/materials ie from May 2018 until July 2018.
63
SD1 dalam pemeriksaan balas mengesahkan bahawa Defendan mengetahui penggantungan Projek ECRL tersebut (Lampiran42: m.s. 51-52).
64
Seterusnya, SD1 juga bersetuju bahawa Plaintif berhenti mengekstrak “raw earth” pada awal Julai 2018 (Lampiran 42: m.s. 53).
65
Menurut perjanjian lisan (seperti dalam klausa 2.1 dalam draf perjanjian ke-3 di m.s.30 lkatan G), semasa Plaintif berhenti membekalkan “raw earth” kepada syarikat CCC, maka tempoh perjanjian di antara Plaintif dan Defendan akan ditamatkan atas “back to back or concurrent basis”.
66
Maka Plaintif berhujah bahawa Perjanjian lisan di antara Plaintif dan Defendan telah ditamatkan akibat daripada penggantungan Projek ECRL tersebut awal Julai 2018.
67
Plaintif hanya mengekstrak 30,895.20 cubic meters “raw earth” sehingga awal Julai 2018.
68
Dalam Jawapan 18 Penyata Saksi, SP1 memberikan keterangan bahawa:- Q: How much raw earth was extracted by the Plaintiff from the said Land during that 2 months period? A: During that 2 months period, the Plaintiff used the following to extract and transport the raw earth from the said Land:-
i
(i)1 excavator 30 mt (metric ton);
II
(ii)1 excavator 10 mt;
III
(iii) 4 dump truck;
IV
(iv)1 bulldozer; and
v
(v)1 roller compactor. These machines are only capable of extracting about 20,000 cubic meters per month. During about the 2 months' period from May 2018 to July 2018, the amount of raw earth/materials which were extracted by the Plaintiff to be supplied for the use of the said Project is 30,895.20 cubic meters. Hence, the purchase price of the amount of raw earth/materials is RM30,895.20 where the full details are within the knowledge of the Defendant.”
69
Keterangan SP1 di atas tidak dicabar oleh peguam Defendan semasa pemeriksaan balas.
70
Maka Plaintif berhujah bahawa kegagalan peguam Defendan mencabar keterangan SP1 di atas "amount to an acceptance of the witness's testimony".
71
Laporan Juruukur Di samping itu, Mahkamah ini telah mengarahkan pihak-pihak untuk melantik juruukur dan menjalankan pengajian ke atas Tanah tersebut supaya menentukan jumlah “raw earth” yang telah di ekstrak oleh Plaintif.
72
Maka pihak-pihak bersama dengan juruukur masing-masing telah menjalankan pengajian di atas Tanah tersebut pada 15.03.2023.
73
Selepas itu, juruukur Plaintif telah menyediakan satu laporan juruukur yang diekshibitkan dalam Afidavit Juruukur.
74
SP2 iaitu Juruukur Plaintif mengemukakan Afidavit Juruukur tersebut yang telah ditandakan sebagai ekshibit P3.
75
Plaintif berhujah bahawa SP2 telah menerangkan cara dan bagaimana beliau membuat tinjauan dan menilaian dan mencapai pendapat beliau bahawa “raw earth” yang telah di ekstrak oleh Plaintif dari Tanah tersebut adalah sebanyak 39,306.030 meter padu.
76
Di samping itu, Defendan juga mengemukakan laporan juruukurnya melalui SD2.
77
Dalam laporan juruukur Defendan tersebut, SD2 membuat kesimpulan bahawa tiada data permukaan tanah yang asal (“Original Ground Level”) yang dapat beliau gunakan untuk membuat sebarang penghitungan isi padu tanah.
78
Kedua-dua SP2 dan SD1 memberikan keterangan bahawa terdapat “original ground level” atas Tanah tersebut iaitu timbunan tanah yang dapat dilihat dalam muka surat 100 hingga 103 lkatan J.
79
Walaupun SD2 mengesahkan bahawa SD1 pernah memberitahunya timbunan tanah tersebut adalah “original ground level” Tanah tersebut, tetapi SD2 tidak pernah menerangkan perkara ini dalam laporan juruukur beliau.
80
SD2 juga tidak pernah menerangkan dalam laporan juruukurnya mengapakah beliau berpendapat timbunan tanah tersebut (seperti dalam muka surat 100 hingga 103 lkatan J) bukanlah “original ground level” Tanah tersebut walaupun telah diberitahu oleh SD1.
81
lni adalah perkara yang paling penting kerana SD2 membuat kesimpulan dalam laporan juruukurnya bahawa "tiada data permukaan tanah yang asal (“Original Ground Level”) yang dapat beliau gunakan untuk membuat sebarang penghitungan isi padu tanah" tetapi SD2 gagal menerangkan original ground level Tanah tersebut yang telah diberitahu oleh SD1.
82
Plaintif berhujah bahawa laporan juruukur yang dikemukakan oleh SD2 telah gagal menerangkan perkara penting tentang “original ground level” itu, maka ia adalah tidak lengkap dan/atau cacat.
83
Oleh yang demikian, Plaintif berhujah bahawa pendapat SD2 sepatutnya ditolak oleh Mahkamah dan pendapat SP2 diterima sebagai pendapat yang betul, iaitu bahawa “raw earth” yang telah di ekstrak oleh Plaintif dari Tanah tersebut adalah sebanyak 39,306.030 meter padu.
84
Menurut harga belian “raw earth” yang dipersetujui iaitu RM1.00 setiap meter padu, jumlah harga belian yang perlu dibayar oleh Plaintif kepada Defendan (untuk “raw earth” sebanyak 39,306.030 meter padu tersebut) adalah sebanyak RM39,306.
85
III. Isu Ketiga Plaintif berhujah bahawa terdapat perjanjian di antara Plaintif dan Defendan (yang telah dipersetujui oleh SD1) bahawa jika terdapat baki Bayaran Pendahuluan dan perjanjian di antara Plaintif dan CCC dibatalkan atau digantung, maka Defendan hendaklah memulangkan baki Bayaran Pendahuluan kepada Plaintif.
86
Plaintif telah membayar kepada Defendan jumlah RM300,000.00 sebagai Bayaran Pendahuluan.
87
Maka selepas mengambil kira jumlah harga belian sebanyak RM39,306 yang perlu dibayar oleh Plaintif kepada Defendan, maka jumlah yang Defendan perlu pulangkan kepada Plaintif adalah sebanyak RM260,694.
93
Isu Pertama Plaintif dalam perenggan 6.1 hingga 6.5 Pernyataan Tuntutan menyatakan terdapat perjanjian lisan antara Plaintif dan Defendan seperti di m/s 6 & 7 Ikatan A. Walau bagaimanapun Defendan dalam Pembelaan hanya mengakui perjanjian di perenggan 6.1 hingga 6.3 Pernyataan Tuntutan dan menafikan perenggan 6.4 dan 6.5 iaitu berkaitan tempoh masa pengekstrakan tanah serta pengembalian semula baki bayaran (sila rujuk m/s 23 lkatan A).
94
Semasa pemeriksaan balas, peguam Plaintif telah menunjukkan dokumen-dokumen ms 8 - 37 Bahagian B di lkatan G dan mengatakan bahawa pihak-pihak telah bersetuju dengan kandungan dokumen-dokumen tersebut walaupun ia tidak ditandatangani.
95
Namun SD1 dalam keterangannya mengatakan bahawa hanya ada perbincangan dan belum ada persetujuan dicapai kerana pihak-pihak masih boleh membuat pertukaran terma dalam dokumen perjanjian tersebut.
96
SD3 juga dalam keterangannya mengatakan tidak pasti sama ada terma-terma dalam m/s 29 hingga 37 lkatan G sudah dipersetujui oleh Defendan.
97
Pengataan Plaintif bahawa kononnya terdapat perjanjian lisan antara Plaintif dan Defendan seperti di perenggan 6.4 dan 6.5 Pernyataan Tuntutan adalah disangkal.
98
Ini kerana pengataan Plaintif kononnya terma-terma dalam dokumen di lkatan G telah dipersetujui walaupun belum ditandatangani telah disangkal oleh SD1 yang mengatakan bahawa pihak-pihak hanya membuat perbincangan tetapi belum ada persetujuan dicapai memandangkan segala terma akan dimuktamadkan dalam perjanjian bertulis.
99
SD3 juga yang menyediakan dokumen di ms 29 hingga 30 lkatan G tidak pasti sama ada terma-terma tersebut telah dipersetujui oleh Defendan.
100
Justeru, pengataan Plaintif bahawa terdapat perjanjian lisan antara Plaintif dan Defendan seperti di perenggan 6.4 dan 6.5 Pernyataan Tuntutan tidak dapat dibuktikan.
101
II. Isu Kedua Dalam Pembelaan (sila rujuk perenggan 11.2, ms 25 lkatan A), Defendan mendakwa tidak mengetahui berapa banyak Raw Earth yang telah diekstrak Plaintif kerana tidak pernah ditunjukkan dokumen seperti invois yang menunjukkan jumlah Raw Earth diekstrak.
102
SP1 semasa sesi soal balas mengakui terdapat invois kepada syarikat CCC bagi kerja-kerja yang sudah dibuat.
103
Walau bagaimanapun, apabila diminta untuk menunjukkan invois dan dokumen bagi tuntutan kerja sebanyak 30,895.20 m3 kepada syarikat CCC, Plaintif tidak dapat mengemukakannya dan mendakwa invois serta dokumen tersebut ada di pejabat.
104
Berdasarkan keterangan di atas, kegagalan Plaintif mengemukakan dokumen invois tersebut walaupun selepas dinyatakan dalam pembelaan Defendan menunjukkan bahawa Plaintif sebenarnya sengaja tidak mahu mengemukakan dokumen invois tersebut di mahkamah.
105
Kegagalan ini menyebabkan keesahan invois tersebut dan kandungannya tidak dapat diuji melalui pemeriksaan balas. Walhal, sekiranya dokumen invois tersebut dikemukakan, ia akan dengan mudah dapat menunjukkan amaun sebenar yang dituntut oleh Plaintif daripada syarikat CCC.
106
Defendan berhujah bahawa kegagalan Plaintif mengemukakan dokumen material tersebut menyebabkan satu inferens mengikut seksyen 114(g) Akta Keterangan 1957 perlu dibuat ke atas Plaintif.
107
lni kerana kegagalan Plaintif mengemukakan dokumen invois tersebut walaupun ia dengan mudah akan menunjukkan jumlah tuntutan Plaintif kepada syarikat CCC, memberikan inferens bahawa jika ia ditunjukkan sebenarnya keterangan dokumen invois tersebut tidak akan menyebelahi Plaintif dalam tuntutannya.
108
Mengapa Plaintif tidak mengemukakan dokumen invois tersebut untuk menyokong tuntutan mereka? Ataupun sebenarnya dokumen tersebut menyatakan sebaliknya? Malangnya Defendan tiada peluang untuk memeriksa dokumen penting ini.
109
Justeru, pengataan Plaintif kononnya hanya 30,895.20 m3 Raw Earth diekstrak dari Tanah tersebut tidak dapat dibuktikan.
110
A. Laporan Juruukur Dalam P3 dan keterangan oleh SP2 adalah satu cakap dengar (''Hearsay").
112
Seterusnya, SP2 selaku Jurukur yang dilantik Plaintif untuk membuat kerja survey dan mengukur kuantiti tanah yang telah diekstrak oleh Plaintif di Tanah tersebut mengakui semasa pemeriksaan balas bahawa kerja “survey” di Tanah tersebut bukan dilakukan oleh beliau tetapi seorang yang bernama Mustafa bin Man (selepas ini dirujuk sebagai "En.Mustafa").
113
SP2 tidak pergi serta tidak berada di tapak Tanah tersebut dan hanya menandatangani surat mengikut apa yang dibuat oleh En. Mustafa.
114
Justeru, dalam kes sekarang pengakuan SP2 bahawa beliau mengambil data bagi laporan beliau dalam P3 dari En. Mustafa yang tidak dipanggil menjadi saksi serta pengakuan SP2 yang beliau tidak pergi ke tapak Tanah tersebut, menyebabkan laporan juruukur di P3 dan keterangan SP2 yang bersandarkan kepada laporan tersebut adalah satu keterangan “hearsay” dan tidak boleh diterima oleh mahkamah. B. Laporan Juruukur dalam P3 disediakan berdasarkan maklumat data yang diberikan oleh seorang yang tidak berkelayakan.
115
Seperti diterangkan sebelum ini, laporan Jurukur dalam P3 disediakan oleh SP2 berdasarkan “survey” yang dibuat oleh En. Mustafa tanpa SP2 sendiri hadir berada di tapak Tanah tersebut. Bukan itu sahaja, SP2 juga mengesahkan bahawa En. Mustafa yang menjalankan kerja “survey” tersebut bukan seorang juruukur yang berlesen.
116
Memandangkan En. Mustafa bukanlah seorang juruukur yang berkelayakan, maka data yang diambil oleh beliau boleh dipertikai dan adalah diragui ketepatannya.
117
Tambahan pula, memandangkan En. Mustafa tidak menjadi saksi Plaintif maka Defendan tidak dapat menguji kredibiliti data-data yang diambil oleh beliau di tapak tanah tersebut.
118
Berdasarkan keterangan-keterangan bahawa Laporan Juruukur di P3 adalah “hearsay” dan ia disediakan berdasarkan data yang diperoleh dari seorang yang tidak berkelayakan, maka Defendan berhujah bahawa Laporan Juruukur di P3 dan keterangan oleh SP2 yang disandarkan kepada Laporan Juruukur tersebut tidak boleh diterima oleh mahkamah.
119
Mahkamah tidak boleh mengambil kira keterangan saksi yang dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pihak ketiga, yang mana saksi tersebut langsung tidak berada di tapak untuk melihat/memerhati sendiri fakta yang dikatakan. Tambahan lagi jika pihak ketiga tersebut tidak memberikan keterangan di mahkamah untuk diuji oleh peguam dan juga bukan seorang yang berkelayakan. C. Keterangan SD2 tentang jumlah Raw Earth diekstrak adalah lebih kredible
120
SP2 dalam keterangannya semasa pemeriksaan balas mengakui bahawa untuk mengetahui jumlah tanah yang diambil, kedudukan “Original Ground Level” (OGL) mesti dikenal pasti.
121
Namun begitu apabila ditanya tentang data seperti ketinggian tempat yang dikatakan lokasi OGL tersebut dan kedalaman tempat yang dikorek, SP2 mengatakan beliau tiada maklumat tersebut kerana “survey” data dibuat oleh orang lain.
122
SP2 juga mengakui dalam pemeriksaan balas bahawa beliau tidak tahu kedudukan OGL yang sebenar.
123
Disebabkan ketiadaan maklumat kedudukan OGL yang sebenar, SP2 mengakui bahawa kiraan yang beliau perolehi iaitu jumlah 39,306.30 m3 Raw Earth yang diekstrak hanyalah andaian (assumption) beliau sahaja.
124
Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh SP2 di atas, Defendan berhujah bahawa laporan yang disediakan oleh SP2 di P3 bukanlah satu laporan yang kredibel. Ini kerana SP2 mengakui bahawa untuk mengetahui jumlah “Raw Earth” yang diekstrak, ia perlu dikira berdasarkan kedudukan OGL yang sebenar yang mana dalam kes ini SP2 mengakui tidak mengetahui kedudukan OGL yang sebenar.
125
Disebabkan ketiadaan maklumat OGL tersebut, SP2 juga mengakui bahawa kiraan 39,306.30 m3 Raw Earth yang diekstrak hanyalah andaian (assumption) beliau sahaja dan ia bukanlah jumlah yang sebenar.
126
Justeru, jumlah sebenar “Raw Earth” yang diekstrak sebenarnya tidaklah diketahui dan apa yang dinyatakan oleh SP2 hanyalah andaian beliau semata-mata.
127
Dapatan SP2 yang mengatakan kedudukan OGL yang sebenar tidak diketahui adalah sama dengan dapatan oleh SD2 seperti yang dinyatakan dalam laporannya di D5.
128
Dalam D5, SD2 menyatakan bahawa beliau tidak dapat membuat kiraan isi padu “Raw Earth” yang diekstrak kerana tiada data permukaan tanah yang asal (OGL).
129
SD2 tetap konsisten dengan dapatan tersebut walaupun ditanya berulang kali semasa pemeriksaan balas oleh peguam Plaintif.
130
Justeru, berdasarkan keterangan oleh SP2 dan SD2, dapatan yang dipersetujui oleh kedua-dua saksi tersebut adalah kedudukan OGL yang merupakan perkara paling penting untuk mengira isipadu “Raw Earth” tidak dapat dikenal pasti.
131
Disebabkan itu, jumlah isipadu “Raw Earth” yang telah diekstrak dari Tanah tersebut sebenarnya tidak dapat dikira, sepertimana dapatan yang dibuat oleh SD2 dalam D5.
132
Melalui keterangan-keterangan yang ada di atas, Defendan berhujah bahawa tiada keterangan yang dapat menyokong pengataan Plaintif kononnya Raw Earth yang diekstrak hanya berjumlah 30,895.20 m3.
133
Ini disebabkan kegagalan Plaintif mengemukakan dokumen panting iaitu invois tuntutan kerja yang dibuat terhadap syarikat CCC, walhal melalui invois tersebut jumlah “Raw Earth” yang telah diekstrak akan diketahui dengan mudah.
134
Selain itu, Laporan Juruukur di P3 dan keterangan SP2 yang bersandarkan kepada laporan tersebut adalah satu “hearsay” kerana ia dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pihak ketiga yang tidak dipanggil sebagai saksi di mahkamah. Tambahan pula, pihak ketiga yang memberikan maklumat tersebut bukanlah seorang yang berkelayakan sekali gus membangkitkan persoalan tentang kredibiliti maklumat yang diberikan terhadap Laporan Juruukur di P3 tersebut.
135
Pengataan SP2 yang memberikan pendapat bahawa jumlah isipadu “Raw Earth” di ekstrak sekitar 39,306.30 m3 sahaja juga hanyalah andaian beliau semata-mata dan telah disangkal melalui keterangan oleh SD2 dan Laporan Juruukur D5. lni kerana kedudukan OGL bagi mengira isi padu “Raw Earth” yang di ekstrak tidak dapat dikenal pasti, sekali gus menyebabkan kiraan tidak dapat dibuat.
136
Justeru, pengataan Plaintif kononnya Raw Earth yang diekstrak hanya berjumlah 30,895.20 m3 telah disangkal dan tidak dapat dibuktikan.
137
Isu Ketiga Seperti dihujahkan sebelum ini, Plaintif gagal membuktikan pengataannya apabila tiada keterangan yang menyokong pengataan Plaintif bahawa “Raw Earth” yang di ekstrak hanya berjumlah 30,895.20 m3. Tiada keterangan yang dapat menunjukkan jumlah sebenar “Raw Earth” yang diekstrak.
138
Kegagalan membuktikan pengataan ini menyebabkan tuntutan Plaintif sebanyak RM269,104.80 adalah kabur dan tidak dapat dibuktikan.
139
Justeru, Plaintif tidak berhak untuk menuntut jumlah RM269,104.80 daripada Defendan.
140
H. Alasan Keputusan Adalah undang-undang mantap bahawa beban pembuktian terletak ke atas pihak yang menuntut sesuatu perkara sebagai benar.
141
Mahkamah merujuk kepada prinsip undang-undang di dalam kes Multimedia Glory Systems Sdn Bhd V Kerajaan Malaysia & Ors [2025] MLRHU 720 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan prinsip undang-undang ini dalam penghakimannya seperti berikut:- “The Burden Of Proof It is a trite law that the burden of proof lies on the Plaintiff to prove every single fact as pleaded in its Statement of Claim (SoC). This is clearly provided for in ss 101, 102, and 103 of our Evidence Act 1950. In the case of Johara Bi Abdul Kadir Marican v. Lawrence Lam Kwok Fou & Anor [1980] l MLRA 385; [1981] J.MW 139. the Federal Court expounded on the mechanics of burden of proof at p l42 as follows: "...it was all a matter of proof and that until and unless the plaintiff had discharged the onus on her to prove her case on a balance of probabilities the burden did not shift to the defendant and no matter if the defendant's case was completely unbelievable, the claim against him must in this circumstance be dismissed."
142
Justeru itu, mengguna pakai prinsip undang-undang dalam kes tersebut, beban pembuktian terletak ke atas Plaintif dalam kes sekarang untuk membuktikan tuntutannya terhadap Defendan. Mahkamah berpendapat bahawa pihak Plaintif telah berjaya melepaskan beban pembuktian tersebut.
135
Isu Pertama Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah membayar sejumlah RM300,000 kepada Defendan sebagai bayaran pendahuluan untuk harga tanah yang dikeluarkan oleh pihak Plaintif dan fakta ini tidak dipertikaikan oleh Defendan.
136
Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah membuktikan bahawa terdapat perjanjian di antara Plaintif dan Defendan untuk mengeluarkan tanah terlibat tetapi terma-terma perjanjian tidak dimuktamadkan melalui satu perjanjian bertulis.
137
Walau bagaimanapun, Mahkamah menerima bahawa Plaintif telah membuktikan bahawa satu draf perjanjian bertulis telah dibuat oleh peguam cara Defendan (SD3) mengikut arahan SD1.
138
Mahkamah mendapati bahawa terma-terma perjanjian yang dinyatakan dalam pernyataan tuntutan adalah sama dengan terma-terma yang dinyatakan di dalam draf perjanjian bertulis.
139
Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah membuktikan bahawa terma-terma perjanjian di antara Plaintif dan Defendan telah dipersetujui secara lisan.
140
Mahkamah mendapati bahawa terma-terma perjanjian lisan tersebut termaktub dalam draf perjanjian bertulis tersebut dan perkara ini telah tidak disangkal oleh Defendan sama ada dalam pernyataan pembelaan ataupun menerusi bukti-bukti lain atau saksi-saksi Defendan semasa perbicaraan penuh.
141
Mahkamah merujuk kepada kes Wong Yee Liang v. Reyne Design Sdn Bhd [2024] CLJU 2748 di mana YA Mohd Radzi Bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa: "[10] Now, SP2 made reference to that conversation dated 2.09.2021 in her Witness Statement at Question 28 where she stated that the Defendant had admitted owing the Plaintiff the amount of RM60.000 and that the said amount was separate from the amount of RM150,000 that was paid earlier. There was no cross examination of SP2 on this conversation and its contents and she was not challenged on the truth of the conversation. It has been held in Aik Meng (M) Sdn. Bhd. & 8 Ors v. Chang Ching Chuen & 3 Ors [1995] 3 CLJ 639; [1995] 3 AMR 2375 and Capital Insurance Berhad v. Cheong Heng Loong Goldsmiths (KL) Sdn. Bhd. [2005] 6 AMR 177; [2005] 6 MLJ 593, the failure to cross examine a witness on a material issue may amount to an admission of the truth of the statement."
142
Mahkamah menerima hujahan Plaintif bahawa sekiranya terdapat terma-terma lain yang dipersetujui oleh Plaintif dan Defendan, pihak- pihak semestinya telah membuat draf perjanjian ke-4 dan kerja-kerja pengeluaran tanah tidak mungkin diteruskan oleh Plaintif.
143
Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah membuktikan bahawa perjanjian bertulis tidak dapat ditandatangani dan/atau dilaksanakan oleh pihak-pihak kerana perjanjian Plaintif dengan syarikat CCC telah ditamatkan dan/atau digantung.
144
Mahkamah mendapati bahawa Defendan mempunyai obligasi menurut perjanjian lisan tersebut untuk memulangkan baki bayaran pendahuluan kepada Plaintif apabila perjanjian Plaintif dengan syarikat CCC ditamatkan dan/atau digantung kerana perkara ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
145
Isu Kedua Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah membuktikan bahawa kerja-kerja pengekstrakan tanah dari Tanah tersebut dilaksanakan dalam satu tempoh yang singkat setelah kedua-dua pihak memasuki perjanjian lisan tersebut.
146
Mahkamah menerima keterangan juruukur Plaintif dan laporan juruukur Plaintif sebagai laporan yang sahih.
147
Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah membuktikan bahawa pihak yang telah turun ke Tanah tersebut dan membuat kerja-kerja ukuran telah berbuat demikian atas arahan dan pengawasan juruukur bertauliah Plaintif. Oleh sebab itu, tiada isu berkaitan En. Mustafa memandangkan En. Mustafa menjalankan kerja-kerja peninjauan dengan arahan dan pengawasan pihak SP2.
148
Mahkamah mendapati bahawa bantahan Defendan ke atas tauliah pihak yang melakukan kerja-kerja ukur di Tanah tersebut serta laporan juruukur Plaintif adalah tidak berasas kerana kesemuanya telah dilaksanakan selaras dengan arahan dan pengetahuan juruukur bertauliah Plaintif.
149
Mahkamah mendapati bahawa Defendan telah gagal untuk membuktikan Original Ground Level (OGL) kerana: a) Gagal mengemukakan keterangan untuk menjelaskan peninjauan dan pengiraan yang dibuat sebelum ini, b) Juruukur Defendan tidak dapat membuat pengiraan untuk menentukan OGL, dan c) Tiada keterangan daripada juruukur Defendan mengenai pendapatnya berkaitan tanah yang dikeluarkan sama ada berlebihan dengan yang dikira oleh juruukur Plaintif ataupun berpadanan dengan apa yang dikira oleh Mustafa Chew dan syarikat CCC.
150
Mahkamah merujuk kepada kes Pedoman Asli Sdn Bhd v. Majlis Agama Islam Negri Johor [2025] CLJU 886 memutuskan bahawa "[76] It is P which had first raised about LISB's appointment by D to replace P. However, this was not put to S01 when he gave evidence in court or even put to SD2. No questions were put accordingly concerning this letter of award purportedly issued by D to LISB. Refer to Wong Swee Chin v. PP [1981] 1 MLJ 212 (Federal Court):- "On this point we need only say there is a general rule that failure to cross examine a witness on a crucial part of the case will amount to an acceptance of the witness's testimony." [77] Refer also to Aik Meng (M) Sdn Bhd & 8 Ors v. Chang Ching Chuen & 3 Ors & Another Case [1995] 3 CLJ 639 (Court of Appeal) pages 658-660:- "lt is essential that a party's case be expressly put to his opponent's material witnesses when they are under cross examination. A failure in this respect may be treated as an abandonment of the pleaded case and if a party, in the absence of valid reasons, refrains from doing so, then he may be barred from raising it in argument. It is quite wrong to think that this rule is confined to the trial of criminal causes. It applies with equal force in the trial of civil causes as well."
151
Berdasarkan sebab ini, Mahkamah menolak pengataan Defendan bahawa pengekstrakan tanah yang dilakukan oleh Plaintif di atas Tanah tersebut adalah melebihi jumlah bayaran pendahuluan sebanyak RM300,000.
152
Mahkamah mendapati bahawa pengiraan serta peninjauan yang dibuat di atas Tanah tersebut oleh Defendan melalui Mustafa Chew dan juruukur syarikat CCC tidak dapat diterima kerana dokumen serta gambar-gambar yang dieksibitkan telah diubah oleh Defendan.
153
Mahkamah mendapati bahawa Defendan telah gagal untuk mengemukakan sebagai saksi-saksi Mustafa Chew dan juruukur syarikat CCC untuk memberi keterangan tentang cara pengukuran dan pengiraan dilaksanakan serta menjelaskan ubahsuai yang dilakukan ke atas gambar-gambar yang dieskhibitkan.
154
Mahkamah mendapati bahawa Defendan telah gagal untuk membuktikan pihak yang sebenarnya yang membuat pengukuran dan pengiraan untuk menyokong pengataan Defendan tentang OGL dan jumlah tanah yang telah diekstrak oleh Plaintif.
155
Mahkamah mendapati bahawa juruukur Defendan yang terkini gagal menentukan OGL dan mengemukakan kesimpulan bercanggah dengan pengukuran dan perkiraan Mustafa Chew dan syarikat CCC.
156
Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah membuktikan OGL menerusi juruukur Plaintif. Ini adalah kerana kesimpulan juruukur Plaintif sama dengan pandangan SD1 yang mengesahkan laporan Mustafa Chew dan syarikat CCC.
157
Mahkamah merujuk kepada kes Wong Swee Chin [1981] 1 MLJ 212 yang memutuskan bahawa:- "...Our system of jurisprudence does not generally speaking, remit the determination of dispute to experts. Some questions are left to the robust good sense of a jury. Others are resolved by the conventional wisdom of a judge sitting alone. In the course of elucidating disputed questions, aids in the form of expert opinions are in appropriate cases placed before juries or judges. But, except on purely scientific issues, expert evidence is to be used by the court for the purpose of assisting rather than compelling the formulation of the ultimate judgments. In the ultimate analysis it is the tribunal of fact, whether it be a judge or jury, which is required to weigh all the evidence and determine the probabilities. It cannot transfer this task to the expert witness, the court must come to its own opinion.Therefore the nature of DW2's evidence must be examined in the light of the above principles."
158
Selanjutnya Mahkamah merujuk kepada kes Ewe Saw Lee v. Dato' Sri Andrew Kam Tai Yeow [2023] CLJU 2797 yang memutuskan bahawa: "(iii) An aspect to note about opinion evidence is that opinion evidence will not serve as conclusive evidence of proof of facts in the issue. In PP v Mohamed Kassim bin Yatim Hashim: Yeop SaniJ, it is settled law that evidence by a handwriting expert can never be conclusive because it is only opinion evidence. Opinion evidence is viewed as corroborative rather than conclusive, and the court will be at liberty to refuse if the expert evidence does not assist the judges in determining the issues at hand."
159
Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah membuktikan bahawa pengekstrakan di atas Tanah tersebut dilaksanakan dalam tempoh singkat dan menggunakan peralatan yang hanya membenarkan pengekstrakan di atas Tanah tersebut dibuat dalam kuantiti yang sedikit.
160
Mahkamah mendapati bahawa fakta-fakta ini menyokong tuntutan Plaintif bahawa Plaintif hanya dapat melaksanakan kerja-kerja pengekstrakan dalam tempoh yang singkat kerana perjanjian Plaintif dengan syarikat CCC telah ditamatkan dan/atau digantung.
161
Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah membuktikan tuntutannya menerusi dokumen yang bertajuk “Details of the work done under Subcontract 02” yang telah dieksibitkan di ms 73 Ikatan
162
Mahkamah mendapati bahawa dokumen tersebut membuktikan bahawa jumlah tanah yang diekstrak Plaintif adalah sebanyak 30.895.20 meter padu.
163
Isu Ketiga Memandangkan Mahkamah telah mencapai dapatan yang menyebelahi Plaintif untuk isu pertama dan isu kedua, maka isu ketiga juga dijawab menyebelahi tuntutan Plaintif. Perjanjian dengan CCC telah tamat dan oleh sebab itu perjanjian dengan pihak Defendan juga telah tamat dan tidak dapat diteruskan. Plaintif telah membuat bayaran pendahuluan dan oleh sebab tersebut berhak untuk baki bayaran pendahuluan untuk dipulangkan selepas ditolak dengan harga tanah yang diambil daripada tanah tersebut.
164
Kesimpulan Berdasarkan kesimpulan dan dapatan Mahkamah yang dinyatakan di atas, maka Mahkamah telah, atas imbangan kebarangkalian, membenarkan tuntutan Plaintif seperti yang dinyatakan di permulaan alasan penghakiman ini. Bertarikh: 10 November 2025 Wan Nor Aklima binti Wan Salleh Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 2 Kuala Terengganu Terengganu. Peguam cara bagi pihak Plaintif: Encik Chan Suay Hwa Tetuan Wilson Wong, Phan & Co Peguam cara bagi pihak Defendan: Encik Syamsul Fariq bin Mohd Isa Tetuan Edwin Ng, Syamsul & Associates.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.