Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG DALAM NEGERI PULAU PINANG RAYUAN SIVIL NO. PA-16-2-02/2022 ANTARA SRI PERUMAL @ PERUMAL … PERAYU DAN JC TOOLS SDN. BHD. … RESPONDEN (DALAM PEJABAT TENAGA KERJA GEORGETOWN KES SAMAN KETUA PENGARAH TENAGA KERJA NO. KBR/107012020/0132 ANTARA SRI PERUMAL @ PERUMAL …Pengadu DAN JC TOOLS SDN. BHD. …Defendan) ALASAN PENGHAKIMAN A. PENGENALAN [1] Ini adalah rayuan Perayu/Pengadu ke atas keseluruhan keputusan Penolong Pengarah Tenaga Kerja Georgetown yang diberikan pada 14.1.2022 yang telah menolak tuntutan Perayu/Pengadu terhadap Responden/Defendan untuk faedah penamatan dan gaji ganti notis yang keseluruhannya berjumlah RM34,241.59. [2] Pihak-pihak akan dirujuk sebagai Pengadu dan Defendan sepertimana di Pejabat Tenaga Kerja. B. LATAR BELAKANG [3] Pengadu merupakan pekerja kepada Defendan bermula 18.3.2002 dengan pendapatan bulanan sebanyak RM2,500.00. Waktu bekerja Pengadu adalah pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat bermula 8 pagi sehingga 5.15 petang. Bermula pada 18.3.2020, syarikat Defendan tidak dapat beroperasi disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kemudiannya, syarikat Defendan telah dibenarkan untuk kembali beroperasi pada 21.4.2020. Oleh itu, Defendan telah memaklumkan Pengadu berkenaan pengoperasian semula syarikat dan mengarahkan Pengadu untuk masuk berkerja semula pada 21.4.2020. [4] Sebelum itu pada 6.4.2020, Pengadu telah terlibat dalam satu kemalangan di tempat kerja dan telah memperolehi cuti sakit daripada Hospital Pulau Pinang untuk tempoh dari 6.4.2020 hingga 4.5.2020 dan seterusnya cuti tambahan dari 4.5.2020 hingga 11.5.2020. Pengadu telah menyerahkan sijil cuti sakit bagi tempoh 6.4.2020 sehingga 4.5.2020 kepada Defendan pada 4.5.2020 semasa Pengadu hadir ke pejabat dan sijil cuti sakit tambahan pula telah diserahkan kepada Defendan pada 12.5.2020. Walaupun Defendan mengetahui bahawa Pengadu masih dalam tempoh cuti sakit sehingga 4.5.2020 tetapi pada 28.4.2020, Defendan telah menyerahkan surat tunjuk sebab dan seterusnya Pengadu telah ditamatkan perkhidmatan pada 8.5.2020. [5] Sebaliknya menurut Defendan, Pengadu hanya memaklumkan cuti sakit beliau yang bertarikh 4.5.2020 kepada majikan pada 12.5.2020 iaitu selepas Defendan mengeluarkan surat penamatan perkhidmatan kepada Pengadu pada 8.5.2020. Justeru itu, kegagalan Pengadu untuk menyerahkan sijil cuti sakitnya kepada Defendan dalam masa 48 jam dalam dua keadaan di atas adalah terjumlah kepada ketidakhadiran tanpa kebenaran majikan dan boleh ditamatkan perkhidmatannya. C. HUJAHAN PENGADU [6] Dalam surat tunjuk sebab bertarikh 28.4.2020 yang dikeluarkan oleh Defendan, adalah jelas dan ketara bahawa Defendan sudah pun mempunyai niat untuk menamatkan perkhidmatan Pengadu. Ini dapat dilihat dengan jelas daripada kandungan surat tersebut seperti berikut:- “…You were reported to work on 21 April, 2020 during the MCO Period, whereby the Management has a discussion with you and some other employees on its termination. Despite the plan being unfinalized by you have absent since 22 April 2022 without any notice to the company. You are hereby requested to report yourself to the Head of Department on or before 4.5.2020 to finalize on the termination plan. By failing to do so, you are considered breaching the contract of employment by being continuously absent for work more than 2 consecutive working days without prior leave from the company. The company reserved the right to terminate the contract and claim compensation from you”. [7] Lanjutan dari surat di atas, Pengadu menegaskan bahawa bahawa dari awal lagi telah terdapat cadangan dan niat untuk menamatkan perkhidmatan Pengadu. Bahkan saksi Defendan sendiri telah mengakui semasa pemeriksaan balas bahawa Defendan mengetahui Pengadu masih dalam cuti sakit pada 8.5.2020, semasa surat penamatan diserahkan walaupun cuti sakit Pengadu tamat pada 11.5.2020. Saksi Defendan juga mengakui bahawa seseorang pekerja yang berada dalam cuti sakit tidak akan dan tidak boleh dibuang kerja. Oleh itu, surat penamatan bertarikh 28.4.2020 yang dikeluarkan oleh Defendan adalah bertentangan dengan peruntukkan undang-undang. [8] Oleh itu, Penolong Pengarah Tenaga Kerja telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila tidak mempertimbangkan bahawa Defendan mempunyai pengetahuan mengenai cuti sakit Pengadu dan sekaligus terkhilaf apabila menolak tuntutan Pengadu untuk faedah penamatan dan gaji notis sebanyak RM34,241.59. D. HUJAHAN DEFENDAN [9] Defendan menghujahkan bahawa Notis Rayuan Pengadu adalah cacat dan perlu dibatalkan atas sebab Notis tersebut telah difailkan di luar tempoh masa 14 hari daripada tarikh keputusan diberikan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Ini adalah bertentangan dengan Seksyen 77 Akta Kerja 1955 dan Aturan 55 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Memandangkan keputusan oleh JTK telah diberikan pada 14.1.2022, tarikh terakhir untuk Pengadu memfailkan rayuan sepatutnya pada 28.1.2022, namun Pengadu hanya memfailkan notis rayuannya pada 4.2.2022. Oleh itu, Notis Rayuan Pengadu ini hendaklah dibatalkan. [10] Kegagalan Pengadu untuk memaklumkan kepada Defendan berkenaan sijil cuti sakit beliau dalam masa 48 jam adalah terjumlah kepada ketidakhadiran Pengadu ke kerja tanpa kebenaran majikan. Ianya adalah satu undang-undang yang mantap bahawa pekerja mempunyai tanggungjawab untuk memaklumkan majikan berkenaan cuti sakit pekerja dengan segera atau dalam masa 48 jam. Undang-undang ini termaktub dalam Seksyen 60(F)(2) Akta Kerja 1955. Bukan itu sahaja, Seksyen 15(2) Akta yang sama juga telah memperuntukkan bahawa kontrak di antara majikan dan pekerja adalah dianggap terbatal apabila pekerja itu tidak hadir ke kerja selama 2 hari berturut-turut tanpa kebenaran daripada majikan. [11] Defendan menegaskan bahawa Pengadu hanya mengemukakan sijil cuti sakitnya yang pertama pada 4.5.2020 iaitu setelah surat tunjuk sebab dikeluarkan pada 28.4.2020 dan Pengadu telah gagal untuk hadir ke mesyuarat yang diadakan oleh Defendan pada 4.5.2020 walaupun Pengadu sendiri telah hadir ke pejabat untuk mengemukakan sijil cuti sakitnya yang pertama. Pengadu juga hanya menyerahkan sijil cuti sakitnya tambahan pada 12.5.2020 iaitu setelah surat penamatan telah dikeluarkan pada 8.5.2020. Justeru itu, kegagalan Pengadu untuk menyerahkan sijil cuti sakitnya kepada Defendan dalam masa 48 jam dalam dua keadaan di atas adalah terjumlah kepada ketidakhadiran tanpa kebenaran majikan. Oleh itu, Defendan tidak melanggari undang-undang apabila mengeluarkan surat penamatan kepada Pengadu. E. ANALISA DAN KEPUTUSAN [12] Dalam membuat keputusan, saya merujuk kepada undang-undang yang mantap bahawa mahkamah ini tidak akan campur tangan dengan keputusan Hakim Mahkamah Rendah melainkan hakim tersebut didapati telah salah (plainly wrong) dalam membuat keputusan. Merujuk kepada kes ICON CITY DEVELOPMENT SDN BHD v. K-SHIN CORPORATION SDN BHD [2022] 1 MLRA 151, Mahkamah telah memutuskan seperti berikut:- [14] We were mindful of the limited role of the appellate court in relation to findings of facts made by the court of first instance. In the case of Lee Ing Chin v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 1 MLRA 95; [2003] 2 MLJ 97; [2003] 2 CLJ 19; [2003] 2 AMR 357 where the Court of Appeal held as follows: "... an appellate court will not, generally be speaking, intervene unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. But appellate interference will take place in cases where there has been no or insufficient judicial appreciation of the evidence." [16] In the Federal Court case of Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of the Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Ors [2020] 6 MLRA 193; [2020] 12 MLJ 67; [2020] 10 CLJ 1, Zabariah Mohd Yusof FCJ delivering the judgment of the court, held inter alia as follows:"