Content
1 DALAM MAHKMAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (BAHAGIAN KUASA-KUASA KHAS) PERMOHONAN BAGI SEMAKAN KEHAKIMAN NO. WA-25-363-08-2019 Dalam perkara suatu Keputusan Responden seperti yang dinyatakan melalui surat bertarikh 29.7.2019; Dan Dalam perkara Notis Taksiran Tambahan bagi tahun taksiran 2017 bertarikh 29.7.2019 Dan Dalam perkara suatu permohonan untuk antara lain, suatu Perintah Certiorari; Dan Dalam perkara Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 2 ANTARA SRI SELTRA SDN. BJD. PEMOHON DAN KETUA PENGARAH HASIL DALAM NEGERI RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Ini merupakan permohonan Pemohon untuk kebenaran bagi semakan kehakiman bagi relif-relif berikut: i. Pemohon diberikan kebenaran oleh Mahkamah untuk memfailkan satu permohonan untuk: a. Suatu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Responden dalam bentuk notis taksiran bagi tahun taksiran (TT) 2017 yang bertarikh 29.7.2019 (Keputusan tersebut) pada asas bahawa Keputusan Responden adalah haram (illegal), tidak sah (void), menyalahi undang-undang (unlawful), dan/atau melebihi kuasa (in excess of authority), ketidakwarasan (irrational) dan/atau tidak munasabah (unreasonable) dan menyebabkan penafian terhadap jangkaan sah Pemohon kerana seksyen 4C Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) tidak boleh digunapakai. 3 b. Suatu deklarasi bahawa Tanah yang diambil alih oleh Pihak Berkuasa Negeri bukan merupakan stok perdagangan Pemohon dan oleh itu adalah tertakluk kepada cukai keuntungan harta tanah, di mana berikutan dengan Perenggan 3(f) Jadual 2, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976), harga pelupusan adalah dianggap sebagai sama dengan harga pemerolehan dan oleh itu, tiada keuntungan di mana cukai keuntungan harta tanah boleh dikenakan. c. Suatu deklarasi bahawa seksyen 4C ACP 1967 tidak berpelembagaan dan boleh dibatalkan oleh Mahkamah ini atas asas bahawa ia berupa menyingkirkan hak seseorang untuk menerima pampasan yang mencukupi bagi pengambilalihan yang dijamin oleh Perkara 13(2) Perlembagaan Persekutuan. ii. Bahawa semua prosiding-prosiding yang selanjutnya termasuk penguatkuasaan untuk membatalkan Keputusan tersebut ditentukan secara penuh dan muktamad. iii. Bahawa segala arahan dan perintah yang diperlukan dan berasaskan arahan dan perintah tersebut diberikan. iv. Bahawa kos-kos permohonan ini adalah kos-kos di dalam kausa. 4 v. Segala relif-relif lain dan selanjutnya yang dianggap patut dan sesuai oleh Mahkamah. FAKTA PENTING [2] Pemohon merupakan sebuah syarikat dwi-tujuan di mana ia merupakan suatu syarikat pembangunan hartanah dan syarikat pemegang pelaburan. Dalam tempoh 2.12.1991 hingga 22.5.1992, Pejabat Tanah Ulu Langat (Pejabat Tanah) telah memberi milik 100 ekar tanah di Tanah Hutan Simpan Bukit Sungai Puteh, Mukim Ampang, Daerah Ulu Langat (Tanah tersebut) kepada Pemohon antara lain untuk penempatan semula penduduk setinggan. Tanah tersebut diperoleh oleh Pemohon dengan bayaran premium berjumlah RM3,282,761.60. [3] Tanah tersebut dimasukkan ke dalam akaun Pemohon sebagai aset semasa (development Properties and Expenditure-long term leasehold land held for future development). Pada tahun 1997, memandangkan kecerunan Tanah tersebut melebihi 25 darjah, Tanah tersebut telah jatuh ke dalam kategori berisiko tinggi dalam “Garis Panduan Pembangunan di Kawasan Bukit” yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (GP KPKT 1997). Justeru itu, Tanah tersebut hanya boleh digunakan untuk pembangunan ketumpatan rendah, iaitu pembangunan bangunan-bangunan yang tidak lebih daripada 3 tingkat. [4] Pada tahun 1999, disebabkan klasifikasi Tanah tersebut dalam kategori berisiko tinggi dan sekatan yang dikenakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Pemohon telah menggugurkan pertimbangannya untuk memajukan Tanah tersebut. Sebaliknya, Permohon merancang untuk memegang Tanah tersebut bagi 5 tujuan pelaburan dan mengklasifikasikan semula daripada aset semasa (hartanah pembangunan dan perbelanjaan) kepada aset bukan semasa. [5] Selanjutnya, pada 22.3.2012, Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan notis tentang niat untuk mengambilalih Tanah tersebut (Borang A) dalam warta kerajaan di bawah s.4 Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960). Berikutan dengan itu, Pemohon dihalang daripada melaksanakan apa-apa kerja ke atas Tanah tersebut. [6] Pada 23.7.2015, Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan suatu notifikasi dalam Borang D di bawah s.8 APT1960 untuk mengambilalih sebahagian Tanah tersebut bagi tujuan Projek Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) (Borang D Pertama). Jangkaan keluasan tanah yang akan diambilalih seperti yang disenaraikan dalam Borang D Pertama adalah 56.52 ekar. Pentadbir Tanah kemudiannya telah mengeluarkan suatu Notis Pengambilalihan Tanah Secara Wajib (Borang F) pada 21.8.2015 selaras dengan s.11 APT 1960 untuk bahagian Tanah tersebut yang akan diambilalih secara wajib di bawah Borang D Pertama. [7] Pada 6.3.2017, Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan notifikasi kedua dalam Borang D di bawah s.8 APT 1960 (Borang D Kedua) yang pada dasarnya telah menyemak semula jangkaan keluasan Tanah yang akan diambilalih secara wajib kepada 42.83 ekar. Selanjutnya, pada 26.4.2017, Pentadbir Tanah mengeluarkan Notis Pengambilalihan Tanah Secara Wajib (Borang F) di bawah s.11 APT 1960 untuk bahagian Tanah tersebut yang akan diambilalih secara wajib di bawah Borang D Kedua. [8] Pada 24.5.2017 dan 1.6.2017, Pentadbir Tanah telah mengeluarkan Notis Tawaran Pampasan bertulis (Borang H) untuk bahagian Tanah yang 6 akan diambilalih secara wajib di bawah Borang D Kedua tersebut. Jumlah pampasan yang ditawarkan dalam Borang H tersebut adalah sebanyak RM240,305,083.33 dan jumlah ini dipersetujui oleh Pemohon. Lanjutan itu, Pentadbir Tanah telah mengeluarkan Notis bahawa Tanah Telah Diambil Milik di bawah s.22 APT 1960 (Borang K) untuk bahagian Tanah yang akan diambilalih secara wajib di bawah Borang D Kedua tersebut. Pada 13.7.2017, Pemohon telah menerima bayaran pampasan berjumlah RM180,228,812.50. [9] Pada bulan Ogos 2017, Pemohon telah diarahkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Selangor untuk meninggalkan bahagian Tanah yang telah diambilalih secara wajib. Selanjutnya, pada 16.3.2018, Pemohon melalui agen cukainya telah menulis kepada Responden untuk mendapatkan persetujuan Responden bahawa keuntungan yang didapatkan daripada pengambilalihan Tanah secara wajib adalah dikecualikan daripada cukai keuntungan harta tanah di bawah Perenggan 3(f), Jadual 2, ACKHT 1976. Di dalam surat tersebut, Pemohon menekankan kepada Responden bahawa Tanah yang diambilalih secara wajib merupakan aset modal Pemohon kerana: i. Tanah tersebut dipegang sebagai pelaburan jangka panjang. ii. Tanah tersebut bukan dilupuskan atas niat Pemohon sendiri tetapi adalah diambilalih secara wajib oleh Pihak Berkuasa Negeri. iii. Tanah tersebut dipegang oleh Pemohon selama 25 tahun tanpa apa-apa aktiviti dijalankan di atas Tanah tersebut. [10] Sementara menunggu persetujuan Responden, Pemohon sebagai pembayar cukai yang baik dan bertanggungjawab mengambil langkah 7 yang berhemah dengan menyemak semula jangkaan cukai yang kena dibayar bagi TT 2018 untuk mengambil kira cukai pendapatan (yang berpotensi) kena dibayar. [11] Atas cadangan Responden, Pemohon mengeluarkan suatu surat kepada Cawangan Pembayar untuk menjelaskan dengan selanjutnya bahawa pampasan yang diterima daripada pengambilalihan wajib Tanah tersebut jatuh dalam skop ACKHT 1976 dan bukan tertakluk kepada cukai pendapatan kerana Tanah tersebut merupakan aset modal Pemohon. Dengan pandangan untuk menyelesaikan perkara ini secara baik, Pemohon telahpun mengambil langkah sejauh mencadangkan pengakuan sukarela bagi penarikan Tanah tersebut daripada stok perdagangannya untuk kegunaan sendiri bagi pelaburan tempoh panjang pada tahun 1999. Walau bagaimanapun, pada setiap masa yang material, Pemohon berdiri dengan tegas atas pendiriannya bahawa Tanah tersebut merupakan aset modal Pemohon dan pampasan daripada pengambilalihan wajib jatuh dalam ambit Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT). [12] Walaupun begitu, Responden tetap mengekalkan pendiriannya bahawa pampasan daripada pengambilan wajib Tanah tersebut tertakluk kepada ACP 1967. Selanjutnya, Responden mengeluarkan suatu surat penemuan audit kepada Pemohon yang memaklumkan Pemohon bahawa pampasan yang diterima tersebut adalah tertakluk kepada s.4C ACP 1967 kerana Responden mengambil pandangan bahawa Tanah tersebut merupakan stok perdagangan Pemohon. Berikutan dengan ini, Responden menyemak semula pengiraan cukai pemohon bagi TT 2017 berdasarkan tawaran pampasan dalam Borang H. 8 [13] Pemohon kemudiannya telah memberikan penjelasan melalui surat-menyurat di antara Pemohon dan Responden yang menegaskan bahawa: i. Seksyen 4C ACP 1967 hanya boleh digunapakai untuk menaklukkan pampasan daripada pengambilalihan secara wajib tanah kepada cukai pendapatan di mana Tanah tersebut merupakan stok perdagangan Pemohon. Dalam perkara ini, Tanah tersebut dengan jelasnya bukan stok perdagangan Pemohon tetapi harta tanah pelaburan Pemohon. ii. Seksyen 4C ACP 1967 adalah tidak berperlembagaan kerana ia bertujuan untuk menyingkirkan hak Pemohon kepada pampasan yang mencukupi bagi pengambilalihan tanah secara wajib seperti yang dilindungi oleh Perkara 13 dalam Perlembagaan Persekutuan. [14] Walaupun Pemohon telah berulang-kali memberikan penjelasan kepada pihak Responden, namun Responden, tanpa mengambil kira penjelasan Pemohon, terus mencapai Keputusan tersebut pada 29.7.2019 dalam bentuk Notis Taksiran Tambahan ke atas Pemohon bagi TT 2017 untuk mengenakan cukai berjumlah RM70,919,239.81 ke atas Pemohon. Tidak berpuas hati dengan keputusan Responden tersebut, maka Pemohon telah memfailkan permohonan semakan kehakiman ini bagi mencabar Keputusan tersebut atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas. Pihak Jabatan Peguam Negara bagaimanapun membantah terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman ini antara lainnya atas alasan-alasan berikut: 9 i. Permohonan semakan kehakiman Pemohon di sini adalah pra-matang atas alasan bahawa Pemohon boleh merayu kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) terlebih dahulu sepertimana yang diperuntukkan di bawah s.99 ACP iaitu hak Pemohon untuk merayu terhadap notis taksiran tambahan tersebut. ii. Terdapat remedi domestik iaitu rayuan ke PKCP yang gagal digunapakai oleh Pemohon. Oleh yang demikian, permohonan semakan kehakiman ini merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. iii. Permohonan semakan kehakiman Pemohon di sini adalah remeh dan menyusahkan dan oleh itu bertentangan dengan Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memandangkan terdapat remedi domestik yang diperuntukkan di bawah ACP. iv. Pemohon di dalam tindakan ini mencabar notis taksiran tambahan bagi TT 2017 yang diisukan oleh Putatif Responden. Sekiranya Pemohon tidak berpuas hati atau terkesan dengan taksiran di dalam notis taksiran tambahan tersebut, Pemohon sepatutnya membuat rayuan ke PKCP. Hak untuk merayu telah diperuntukkan di bawah s.99 ACP. v. Di hadapan PKCP, Pemohon mempunyai segala peluang untuk berhujah berkenaan kesnya dan mempunyai peluang untuk 10 mengemukakan ekshibit dan memberikan keterangan sekiranya perlu. vi. PKCP merupakan korum yang betul untuk memutuskan sebarang rayuan cukai. Pemohon masih belum menggunapakai remedy domestik yang diperuntukkan di mana PKCP masih belum membuat sebarang keputusan dan oleh yang demikian, pemfailan permohonan semakan ini adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah. vii. Sekiranya Pemohon tidak berpuas hati dengan keputusan PKCP, maka Pemohon mempunyai hak statutori untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi menurut Perenggan 34, Jadual 5 ACP. viii. Permohonan kebenaran semakan kehakiman ini adalah remeh, menyusahkan, tidak tepat dan tidak berasas. Ini adalah kerana Pemohon telah mencabuli prosedur rayuan yang diperuntukan di bawah s.99 ACP di mana Pemohon telah gagal mematuhi prosedur rayuan tersebut sebelum memfailkan permohonan semakan kehakiman ini. ix. Pemohon sepatutnya menggunapakai segala remedi domestik yang diperuntukan terlebih dahulu sebelum memfailkan permohonan semakan kehakiman ini di Mahkamah. Perintah certiorari merupakan suatu budi bicara Mahkamah yang mana tidak akan diberikan oleh Mahkamah sekiranya terdapat remedi alternatif. 11 x. Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara ini dan tidak seharusnya melayan permohonan semakan kehakiman ini memandangkan Pemohon mempunyai hak untuk merayu ke PKCP menurut s.99 ACP 1967. Hujahan Pemohon [15] Pemohon berhujah bahawa “ordinary threshold’ bagi kebenaran untuk semakan kehakiman adalah rendah iaitu sama ada permohonan adalah “frivolous”. Permohonan semakan kehakiman masih boleh dibuat meskipun terdapat remedi dalaman menurut s.99 ACP1967 sekiranya dibuktikan terdapatnya keadaan-keadaan luar biasa wujud seperti;