kos perbicaraan ini ditetapkan atas jumlah RM30,000.00 dibayar oleh plaintif kepada defendan. S/N t2JtaSV7m02/fUGwKp2wyg Analisa dan Dapatan Mahkamah Tinggi [38] Dalam rayuannya di hadapan Mahkamah ini, plaintif (Steadfast Inspection Sdn Bhd dan seorang lagi) terhadap keseluruhan keputusan Tn HMS yang bijaksana yang menolak tuntutan plaintif dan keputusan Tn HMS yang bijaksana yang membenarkan tuntutan balas defendan (Line Gama Sdn Bhd). [39] Apabila Mahkamah ini membenarkan sebahagian sahaja rayuan plaintif di mana Mahkamah ini mengenepikan keputusan Tn HMS yang bijaksana yang memerintahkan plaintif (Steadfast Inspection Sdn Bhd dan seorang lagi) membayar baki tertunggak sebanyak RM800,000.00 kepada defendan (Line Gama Sdn Bhd), plaintif (Steadfast Inspection Sdn Bhd) tidak memfailkan rayuan selanjutnya ke Mahkamah Rayuan. [40] Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan difailkan oleh defendan (Line Gama Sdn Bhd) yang mana defendan tidak berpus hati apabila Mahkamah ini mengenepikan tuntutan balas defendan agar plaintif membayar baki tertunggak sebanyak RM800,000.00 kepada defendan. [41] Mahkamah telah meneliti rayuan ini dan mendengar hujahan lisan pihak-pihak dan meneliti hujahan bertulis pihak-pihak. [42] Keputusan Tn HMS yang bijaksana adalah berdasarkan Perjanjian-Perjanjian Pelaburan yang disebut sebagai terdapat 3 Perjanjian yang dimasuki oleh pihak-pihak. S/N t2JtaSV7m02/fUGwKp2wyg [43] Dalam pertikaian ini, Mahkamah mendapati wujud suatu perjanjian “pinjaman kewangan” hanya sah dan berkuatkuasa apabila ada pemindahan wang dibuat daripada pemberi pinjaman (defendan) kepada penerima pinjaman (plaintif). Apabila pembayaran pinjaman dibuat, maka peruntukan undang-undang kontrak sebagaimana yang dirujuk oleh Tn HMS yang bijaksana beserta nas undang-undang kes adalah terpakai. Dalam keadaan kemungkiran atau perlanggaran perjanjian di mana penerima pinjaman gagal membayar balik wang pinjaman maka wujudlah tuntutan yang sah. [44] Tn HMS yang bijaksana menolak tuntutan plaintif terhadap defendan dan alasan penghakiman Tn HMS yang bijaksana sudah diteliti oleh Mahkamah ini di peringkat rayuan. Mahkamah ini mengekalkan dapatan dan keputusan Tn HMS yang bijaksana. Pengekalan keputusan Tn HMS yang bijaksana tidak dirayu oleh plaintif. [45] Namun begitu, keputusan Mahkamah ini di peringkat rayuan telah mengenepikan keputusan Tn HMS yang bijaksana bagi tuntutan balas dirayu kerana pada pendapat dan hujahan Line Gama Sdn Bhd (Perayu/defendan dalam tuntutan asal/plaintif dalam tuntutan balas), Mahkamah ini telah melakukan kekhilafan. Prinsip Campur tangan dan Gangguan Mahkamah pada peringkat rayuan [46] Ciri utama bagi sesuatu “appellate intervention” adalah jelas dan mantap dalam semua peringkat rayuan. Tugas Mahkamah yang mendengar rayuan ialah untuk memastikan sama ada Mahkamah yang membicarakan itu mencapai keputusannya berdasarkan keputusan atau S/N t2JtaSV7m02/fUGwKp2wyg dapatan secara betul mengenai keterangan dan berasaskan kepada undang-undang. [47] Mahkamah Persekutuan dalam kes Gan Yook Chin (P) & Anor v. Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1 memutuskan – “[14] In our view, the Court of Appeal in citing these cases had clearly borne in mind the central feature of appellate intervention, ie to determine whether or not the trial court had arrived at its decision or finding correctly on the basis of the relevant law and/or the established evidence. In so doing, the Court of Appeal was perfectly entitled to examine the process of evaluation of the evidence by the trial court. Clearly, the phrase ‘insufficient judicial appreciation of evidence’ merely related to such process. This is reflected in the Court of Appeal’s restatement that a judge who was required to adjudicate upon a dispute must arrive at his decision on an issue of fact by assessing, weighing and, for good reasons, either accepting or rejecting the whole or any part of the evidence placed before him. The Court of Appeal further reiterated the principle central to appellate intervention, ie that a decision arrived at by a trial court without judicial appreciation of the evidence might be set aside on appeal. This is consistent with the established plainly wrong test.”. [48] Begitu juga dalam kes Kerajaan Malaysia v. Global Upline Sdn Bhd and Another Appeal [2017] 1 MLJ 170 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa “an appellate court will not intervene unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its conclusion and where there has been insufficient judicial appreciation of the evidence”. S/N t2JtaSV7m02/fUGwKp2wyg [49] Mahkamah Persekutuan dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng (administratrix for the estate of Tan Ewe Kwang, deceased) & Ors [2020] 10 CLJ 1 memutuskan “the principle on which an appellate court could interfere with findings of fact by the trial court is ‘the plainly wrong test’ principle”. [50] Prinsip undang-undang mengenai appellate intervention only justified that on the available evidence, that the SCj is erred (Kes Tan Sri Khoo Teck Puat & Anor v. Plenitude Holdings Sdn Bhd [1993] 2 CLJ 146). [51] Dua ujian yang dikenal pasti perlu dipenuhi bagi tujuan appellate intervention adalah “plainly wrong test” and “insufficient judicial appreciation of evidence test” (the case of Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 MLJ 97 at 98-99). [52] Dalam kes Ong Leong Ciou & Anor v. Keller (M) Sdn Bhd & Ors And Another Appeal [2019] 3 MLRA 322 at 329, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa – “[125] We are mindful of the limited role of the appellate court in relation to the findings of facts made by the court of first instance. The general principle is that the conclusion of a trial judge is a finding of fact on the oral evidence based on the demeanour and credibility of the witness before him or her. Generally, such finding ought not be disturbed unless the appellate court is convinced that it is plainly wrong. It would not be sufficient to warrant an S/N t2JtaSV7m02/fUGwKp2wyg appellate interference merely because the appellate court entertains doubt whether such finding is right.”. [53] Dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of the Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Anor [2020] 10 CLJ 1, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa – “... an appellate Court should not interfere with factual findings of a trial judge unless it was satisfied that the decision of the trial Judge was plainly wrong or one that no reasonable Judge could have reached. If it is not, the fact that the appellate Court may have reached a different conclusion on the facts, is irrelevant.”. [54] Berkenaan dengan pinjaman oleh plaintif, pada perenggan 8 pernyataan tuntutan dengan jelas memperihalkan jadual yang berikut: Tarikh Pemberi pinjam Cara pembayaran Jumlah 13-6-2018 Laniteec Sdn Bhd Pindahan ke akaun RM200,000.00 3-7-2018 Mohd Rangzaib bin Abdul Maarof Cek tempatan RM100,000.00 3-7-2018 Mohd Rangzaib bin Abdul Maarof Cek tempatan RM300,000.00 S/N t2JtaSV7m02/fUGwKp2wyg Tarikh Pemberi pinjam Cara pembayaran Jumlah 3-7-2018 Mohd Rangzaib bin Abdul Maarof Cek tempatan RM200,000.00 5-7-2018 Mohd Rangzaib bin Abdul Maarof Cek tempatan RM200,000.00 11-7-2018 Laniteec Sdn Bhd Kemasukan tunai RM280,000.00 2-8-2018 Laniteec Sdn Bhd Cek tempatan RM520,000.00 [55] Jadual pada perenggan 10 pernyataan tuntutan memperihalkan mengenai pembayaran balik pinjaman berjumlah RM1,800,000.00 oleh plaintif kepada Safiah binti Yusoff (pengarah Laniteec Sdn Bhd/meninggal dunia); Laniteec Sdn Bhd dan Mohd Rangzaib bin Abdul Maarof. [56] Walaupun plaintif memplidkan bahawa Laniteec Sdn Bhd mengakui bahawa wang sebanyak RM800,000.00 telah dibayar balik oleh plaintif berdasarkan Surat Laniteec Sdn Bhd, namun berdasarkan alasan penghakiman Tn HMS yang bijaksana, Mahkamah ini mendapati Tn HMS yang bijaksana memutuskan bahawa plaintif gagal membuktikan pembayaran balik tersebut. Maka dengan itu, tuntutan balas defendan adalah dibenarkan. [57] Mahkamah ini mendapati bahawa Tn HMS yang bijaksana bergantung sepenuhnya kepada keterangan 2 orang saksi defendan iaitu Muhammad Hazree bin Abdul Maarof (SD-1) yang merupakan pengarah kepada syarikat defendan (Line Gama Sdn Bhd) dan Mohd Rangzaib bin S/N t2JtaSV7m02/fUGwKp2wyg Abdul Maarof (SD-2) iaitu pemberi pinjaman kepada plaintif. Manakala, dokumen Surat Laniteec Sdn Bhd mengenai pengakuan pembayaran balik ditolak sepenuhnya oleh Tn HMS yang bijaksana. [58] Walaupun alasan diberikan oleh Tn HMS yang bijaksana mengenai “kecacatan”, dan kegagalan plaintif membuktikan mengenai Surat Laniteec Sdn Bhd, Mahkamah ini mendapati bahawa bukti pembayaran balik wang berjumlah RM800,000.00 itu bukannya semata-mata terkandung pada Surat Laniteec Sdn Bhd yang dipertikaikan, terdapat bukti kemasukan pembayaran ke dalam akaun bank Safiah binti Yusoff dan ke akaun Laniteec Sdn Bhd. Mahkamah ini mendapati Tn HMS yang bijaksana gagal mengiktiraf pembayaran balik wang sebanyak RM800,000.00 oleh plaintif. [59] Tn HMS yang bijaksana adalah khilaf apabila gagal meneliti kandungan pembelaan terpinda pada perenggan yang berikut: “2.1 Mohd Rangzaib bin Abdul Maroof pada setiap masa bertindak sebagai wakil dan/atau ejen Defendan untuk membuat pembayaran dan menerima pembayaran yang berkaitan dengan INVESTMENT AGREEMENT bertarikh 1-7-2018.